Lemon Dari Hati

11:53 PM 4 Comments A+ a-


Salam

Alhamdulillah, dah 5 hari kembali di Irbid.

Dari elok-elok sihat walafiat dekat Malaysia (kecuali kaki yang injured sehari sebelum raya), entah macam mana waktu dalam perjalanan balik ke Jordan, saya dan Maisarah yang sekali balik sama-sama dapat flu dan common cold pun sama-sama dalam flight. Badan mogok kot tak mahu balik. Haha. 

Sampai-sampai Jordan, jadi agak deteriorate. Perubahan cuaca mungkin. Selesema. Sakit tekak. Suara sengau tahap pitch paling huduh. SOB dan batuk teruk terutama di waktu pagi. 

Nak masuk hospital pun rasa semacam. Tambah-tambah bila kena bentang history depan doktor, malu rasa nak bercakap dengan suara hidung  macam Suneo dalam Doraemon tu.

Tapi ada satu peristiwa yang buat saya dan Maisarah terkedu suatu hari. 

Kisahnya, Selasa lepas saya dan Maisarah sama-sama naik teksi ke Mujammak Amman untuk ke hospital. Macam biasa. Dalam teksi, kami ada la sembang sama-sama sikit. Tentang pelajaran, tentang kesihatan, dan tentang ubat yang nak kasi diri sendiri baik. Tapi sikit pun tak sembang dengan pakcik teksi kecuali hanya cakap bas mana kami nak berhenti nanti.

( Ini pakcik teksi itu dan bukti kebaikan dia)

Tengah-tengah kami khusyuk bersembang berdua dengan masing-masing suara sengau dengan batuk yang berselang-seli, tiba-tiba pakcik ni panggil kami...

Pakcik teksi : Lau samaht, nah.. (sambil hulur lemon dua biji ke belakang)

Terkejut. Eh, pakcik ni nak suruh kitaorang sarapan lemon ke apa? Tapi kami tetap ambil lemon tu, meraikan. Satu saya serahkan pada Maisarah sebab dia kasi dua.

Tiba-tiba, pakcik tu kasi lagi dua biji lemon. 

Maisarah : Ainul, pakcik ni kasi sorang dua biji la...
Saya : Err.. Syukran pakcik (Tak tahu nak cakap apa)

Kami agak pelik. Memang la orang Arab kadang-kadang suka kasi sedekah. Tapi lemon? Pagi- pagi pukul tujuh? Masam kot..... Erm, takpelah. 

Dan sebaik sahaja kami sampai dan nak turun, pakcik tu cakap sesuatu pada kami :

" Semoga Allah sembuhkan kamu semua "

Seriously, memang saya dan Maisarah tergamam. Lepas tu baru teringat waktu batuk selesema macam ni memang orang arab selalu suruh minum air lemon campur madu. Mama (tuan rumah di Jordan) pun selalu pesan itu kalau kami tak sihat. 

Ok, maksudnya pakcik tu bagi kami ubat tadi - lemon. Dan dia bagi dalam keadaan kami tak minta atau cakap apa-apa pun dengan dia mengenai hal ni. Memang mengejut. Macam dia dah perasan sendiri dan ada impulse concern nak tolong usaha sembuhkan kami. Ya rabbi, baiknya hati pakcik... *mata bergenang*

Untuk seorang kawan sedar bahawa kita tak sihat dan concern tentang kita adalah satu perkara biasa saya rasa. Even yeah, maybe ada jugak yang buat tak tahu. Tapi untuk seorang strangers concern dan sama membantu tanpa perlu diberitahu, itu adalah sesuatu yang ............ angellic. kan?  Tersentuh kitaorang tau. 

Terima kasih pakcik. Pakcik buat kami kembali jatuh chenta dengan Jordan lepas kembali dari Malaysia, walaupun sehari dua lepas tu rasa nak belasah orang jordan balik sebab buat perangai..

Semoga Allah sentiasa mudahkan kehidupan pakcik dunia akhirat sebab kebaikan pakcik. Amin.....

Action does really speaks louder than word.

Ok, mari sihatkan diri sendiri cepat.

=D 


***************************************************************************

- 30 ogos. Birthday Maisarah. Pertama kali dapat sambut sama-sama sepanjang hampir 6 tahun dekat Jordan. Dulu asyik jatuh time cuti kat Malaysia je. Selamat ulang tahun ke 23, Mai! Semoga berjaya dunia akhirat dan grad dengan cemerlang sama-sama June depan. Amin.. ^^,


- homesick masih bersisa. Terutama bila ngilu tapak kaki yang injured masih terasa. Rindu dengan abah yang hari-hari check, urut dan balut kaki saya dengan daun apa ntah salai panas (rawatan tradisional) sebab saya malas nak pergi klinik malam raya. Dan rindu dengan mama yang ajar saya macam mana nak pakai kerusi sebagai ganti crutch bila seharian saya tak mampu pijak lantai sebab sakit sangat. Dan rindu juga dengan adik beradik yang kuat membebel bila kakak diaorang dapat cuti free tak payah buat kerja rumah time peak hour nak raya. Muahaha. 

- Minggu pertama kelas ? Ok la tapi bila sekumpulan kecik dengan 9/12 ahli adalah orang Malaysia- shocked? Hish, bukan tak suka tapi tak biasa dengan susunan macam ni (doktor yang susun). Bila ramai sangat malaysian, kebarangkalian nak mix dengan arab jadi kurang sket sebab dah ada geng, so memang rapat dengan geng je lah. . Lepas tu, senang sangat jadi attack kata kita tak kawan arab, padahal .... =(  Takpelah, nasib baik satu roatation je. Insyallah kheir. 

- Jumpa banyak sangat baby-baby baru. Fresh from the womb lagi. Suka2! hehe. tapi tak berani nak dekat sangat, sebab takut saya bawak infection bila tak sihat sekarang. Yosh, insyallah minggu depan kita boleh kacau mereka dengan lebih giat. (^^,)Y

- 31 ogos2012 :
  a) Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia~ 
  b) Selamat menyambut ulang tahun ke 5 untuk batch saya yang tersayang - MEP7! Dulu pertama kali datang Jordan 31 ogos 2007. Sekarang dah masuk tahun 6 dah. Dentist-dentist pun dah grad. How the time flies~ Semoga kita semua dapat grad bersama-sama Jun/Julai tahun depan dengan bahagia. Insyallah. Amin. 

- 1 September : Selamat Pengantin Baru untuk Abang Hanafi dan Kak Saedah! Ini the 2nd sepupu belah ayah yang akan hilang status bujang trang tang tang. Kena masuk geng mazni, tak leh sama geng dengan kitaorang dah. Hehehe.. Semoga dikurniakan rumahtangga yang mawaddah, barakah dan rahmah dunia akhirat sampai ke syurga. Amin... 

- 1 September : Jemputan khas dari kami sekeluarga. Datang, jangan tak datang. =)

- Jumpa satu formula lagi untuk elak diri down untuk tahan penat : PENAT
Thanks KS. Bila baca balik, memang boleh kembalikan niat asal, insyallah. Kita hidup lil allahi ta'ala kan? 
Fighting!

ma3assalamah.




Jemputan

7:50 PM 0 Comments A+ a-


Oak Tree Wannabe

10:31 PM 1 Comments A+ a-

Salam



 - 10 months to go -



The Oak Tree
by Johnny Ray Ryder Jr.


A mighty wind blew night and day.
It stole the Oak Tree's leaves away.
Then snapped its boughs
and pulled its bark
until the Oak was tired and stark.

But still the Oak Tree held its ground
while other trees fell all around.
The weary wind gave up and spoke,
"How can you still be standing Oak?"

The Oak Tree said, I know that you
can break each branch of mine in two,
carry every leaf away,
shake my limbs and make me sway.

But I have roots stretched in the earth,
growing stronger since my birth.
You'll never touch them, for you see
they are the deepest part of me.

Until today, I wasn't sure
of just how much I could endure.
But now I've found with thanks to you,
I'm stronger than I ever knew.




The beginning of the future is getting nearer. Well, can't believe it myself that I've endured this nearly 6 years of ups and downs here. Now, it's only 10 months to go. It's useless to give up at this stage right?

 I wonder where this path will lead me. I'm hoping for a burning bright future for sure. Ameen, Insyallah.

For this final year of med student life, let us appreciate our life in Jordan more. Gain as much as we can to be a good future doctor. And don't give a damn to all the bad side of being a final year student. 

Get strong! Be like an oak tree. And insyallah with His help, we can get through anything. I'm sure!

Ok, Ainul? 

Strive for it! 
Fighting!





.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


**and  I do hope Allah will greatly take care of everyone I left in Malaysia for this one critical year. Specially both of my grannies and all my family. Can't wait to show them the fruit of our labor. Insyallah. May everything will be fine, safe and sound till the D-day hit the town.

** please pray for our success please. Your kind du3aaa is highly appreciated. =)


Eid Mubarak fil Aidilfitri

1:52 AM 0 Comments A+ a-


Assalamualaikum!

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Raya tahun ini insyallah bakal jadi raya yang paling bermakna - kerana bagi saya, Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan terbaik yang pernah saya lalui sebagai hamba. Syukur ke hadrat Allah yang mengurniakan kudrat dan semangat yang lebih kuat, nikmatnya melalui Ramadhan kali ini sangat berbeza. Malah jauh lebih manis dan lebih zouq dari biasa. Haza min fadhli Rabbi.

Tahun ini tahun pertama saya menyambut Ramadhan penuh di Malaysia selepas 6 tahun campur-campur Ramadhan Malaysia dan Jordan yang mana suasananya tentu berbeza. Tapi alhamdulillah rasanya Ramadhan tahun ini terasa sama hebat macam di Jordan. Macam sangat dipermudahkan oleh Allah untuk macam-macam benda sepanjang bulan ni. 

Pertamanya, saya macam dah dapat terbayang bahawa ini satu-satunya Ramadhan yang saya lalui dalam cuti, kosong tanpa sebarang tanggungjawab kerja mahupun study. Tahun depan, mungkin saya dah mula kerja atau induksi dalam Ramadhan - bermakna busy. Jadi Ramadhan tahun inilah Ramadhan yang sangat saya harapkan penuh dengan target yang mungkin sukar saya perolehi selepas ini. Kena all out! Dan inilah antara pendorong utama untuk jadi lebih baik dari sebelumnya dalam Ramadhan mulia. 

Satu perkara yang saya perasan sangat lain tahun ni adalah tahun ini adalah tahun pertama dalam 23 tahun saya hidup dekat dunia, akhirnya alhamdulillah saya mampu buat tarawikh 20 rakaat setiap kali ke masjid dengan lapang dan tenang, malah suka!. *semoga Allah ampunkan kelewatan sedar diri saya

Kalau dulu rasa berat sangat nak habiskan 20 rakaat sebab lama sangat, tahun ni Allah kasi rasa yang buat saya jadi tak puas sepanjang tarawikh di masjid. Banyak sangat doa saya, satu-satu saya sebut sepanjang itu ( mungkin ini antara faktor yang dapat buat saya rasa 20 rakaat tu ok sebenarnya) - mungkin juga berkat pelbagai perkara yang terjadi dalam hidup sekarang, jadi impian dan harapan saya bertambah-tambah pulak. Jadi pengharapannya makin tinggi, maka dengan itu jugalah diri saya terasa makin rendah dan makin perlukan Allah.  

Baru sekarang saya macam tersedar, dulu mungkin saya berat nak buat 20 rakaat tarawikh atau ibadat-ibadat lain sebab saya rasa hidup saya dah cukup ok, tak payah meminta-minta dah daripada Allah. Sikit-sikit doa cukuplah. Saya tak pernah nampak keperluan untuk meminta sesuatu yang lebih kehadapan dan lebih penting - seperti nak jumpa Allah di syurga misalannya. Blurff!  Teruknya saya pernah lupa diri. Allah hai, semoga ini adalah permulaan baru untuk saya kembali kepada Dia. 

Dan memandangkan selepas ini adalah tahun Red Zone saya ( akhir tahun klinikal , akhir tahun bergelar pelajar universiti, akhir tahun nak bersedia memasuki alam kerjaya yang dewasa, tahun terakhir di luar negara, tahun terakhir sebelum kekal di Malaysia, tahun akhir ke saya hidup *gulp* ) maka boleh bayangkan apa perasaanya untuk melangkah ke sana? I really really need to be closed to Allah. Dan saya berharap sangat-sangat hati yang satu ni hanya penuh dengan untuk Allah sahaja segala-gala perkara yang saya lakukan - saya tahu ini sangat susah dan Ramadhan inilah satu-satunya peluang yang bukan calang-calang saya dapat untuk betul-betul berharap. 

That's why, inilah sebab kenapa saya merasakan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang bermakna. Tak puas setakat 30 hari Ramadhan menjelma. Suasananya banyak mendorong dan melorongkan jalan dengan lebih mudah untuk saya kembali pada Dia. Salah satu projek saya - stay away from Facebook (except facebook utk GKLN) juga terlaksana dengan jayanya berkat Ramadhan. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Semoga semua ibadat yang kita laksanakan sepanjang Ramadhan ini diterima Allah. Taqabbal Allah minna wa minkum, taqabbal ya kareem~ Amin. Amin. Amin. Ya Rabbal 3alamin... 

Mungkin terlampau simple je benda ini pada orang lain, tapi bagi saya pencapaian Ramadhan kali ini adalah sesuatu yang penting dalam hidup saya yang baru nak bertatih menuju jalan-Nya. I have a lot things to be appreciated during this Ramadhan. Bukan sekadar tahan lapar dan minum yang biasa, tapi Ramadhan kali ini lebih dalam maksudnya untuk saya. I love Ramadhan very much! 

Dan kerana kejayaan pertama Ramadhan kali ini, Hari Raya Aidilfitri tahun ini juga rasanya macam lagi menarik. Rasa macam baru graduate dari madrasah tarbiyah Ramadhan. Belum cukup hebat lagi untuk dapat anugerah Emas, tapi untuk lulus dari kebiasaan pun dah cukup Alhamdulillah. Mari score lagi power selepas ini. Yosh!  Semoga istiqamah ini akan kekal walaupun Ramadhan dah tiada. Insyaallah...~





Jadi bersempena hari mulia ini, saya nak ucapkan :

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin kepada semua yang mengenali diri saya. Ampun maaf dipinta kalau pernah menyakitkan hati sesiapa. Semoga hari baik bulan baik nih Allah sucikan diri kita dari segala dosa dan meningkatkan saham kita di Akhirat sana. Dan sekali lagi semoga sagala amal ibadat kita diterima Allah s.w.t sentiasa

Amin. 

EID MUBARAK !  =D

Kullu 3am wa antum bikheir~












** akan raya pertama di Parit Buntar, Perak (penuh satu kerabat tahun ni. horray!) dan seterusnya di Sabak Bernam. 25 hb - balik Jordan. Aih.

I want to be the richest man on earth in Ramadhan

4:06 PM 2 Comments A+ a-

Salam 25 Ramadhan buat semua~


Menjelang masuknya 10 malam yang terakhir ni, entah kenapa waktu membaca 10 juzuk yang terakhir dalam al-quran pun saya selalu terhenti lama di ayat-ayat yang memaparkan tentang kepentingan Sedekah.

Macam ada sesuatu yang menarik-narik perhatian dekat situ, topik sedekah tu. Selama ni macam tak perasan pulak rupanya banyak sangat ayat sedeqah dalam Al-quran. Banyak sangat! Sampai macam terasa Allah nak tekan tekan kita supaya tahu yang sedekah tu sangat penting walaupun sedikit.

Misalnya ini:


( Surah Al Munaafiquun> Ayat 10) 

Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: “Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?”

Mungkin juga sebab dalam bulan Ramadhan ni, trigger untuk bersedekah makin tinggi mengingatkan yang  Rasulullah pun suka menggandakan sedekah dalam bulan mulia ni. Apatah lagi dengan ganjaran yang dah confirm sure dapat bonus dari  Allah, siapa tak nak kan?

Cuma yang selalu menjadi masalah dalam hati sekarang adalah selalu sangat saya rasa tak mampu nak sedekah banyak-banyak macam orang lain. Ye lah, kita student je pun. Takde duit banyak. sob.sob. Alahai, sedihnya. Mana aci macam ni. Kurang la saham akhirat kita. ='(

Sampai lah tadi terbaca satu artikel yang dapat mengurangkan resah ini di celah-celah Subuh tadi. Alhamdulillah. Macam terangkat satu beban. Dah tahu rupanya banyak lagi cara boleh bersedekah. Ok, kita boleh pecut lagi dalam 10 hari terakhir ni.... eh dah 5 hari terakhir dah kan? Walaweh, kena cepat ni!



Rasulullah pernah bersabda bahawa


"Semua kebaikan adalah sedekah ”.
( Riwayat al-bukhari )

Malahan, lebih cool lagi baginda juga bersabda bahawa 

“Setiap ruas tulang dari para manusia itu harus memberikan sedekah setiap harinya yang di situ terbitlah matahari. Berlaku adil antara dua orang itu pun sedekah, ucapan yang baik itupun sedekah, dengan setiap langkah yang dijalaninya untuk pergi shalat juga sedekah, melemparkan apa-apa yang berbahaya dari jalan itu juga sedekah.” (Muttafaq ‘alaih)

Wah! Banyaknya sedekah tanpa duit dah boleh kita dah sekarang! Err.. agak-agak menulis blog untuk memberitahu kebaikan kepada orang lain dikira sedekah tak? Hehe. Harap-harap semoga diterima Allah lah amalan seciput dari saya yang miskin wang ini. Aminnnnnn~ 

Ok, berdasarkan artikel yang saya baca tadi, ada banyak lagi sebenarnya list kita nak bersedekah tanpa wang. Jadi, mari kita cuba senaraikan.

1. Mulakan dengan senyuman.

Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya oleh sahabat bagaimana untuk bersedekah andai tidak memiliki apa-apa, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Tak susah nak senyum. Yang susah itu hanya jadi bila kita ada mindset kalau kita senyum nanti orang fikir kita gila atau kita nak mengorat dia. Eh, senyum kat sesama jantina je lah. Apa susah. Takkan senyum dekat makcik tepi jalan pun kita takut makcik tu nak marah kita balik kan? Itu maksudnya apa? Maksudnya kita sendiri yang paranoid. Hoho. Kalau cuak sangat, senyum je kat kanak-kanak. Itu paling mendamaikan.  Jadi, mulakanlah hari mu dengan senyuman~ =D

Teringat satu kisah comel yang sangat suwit : 

Ada seorang budak selalu tersenyum dekat tabung masjid. Perilaku itu sering diperhatikan oleh imam, dan imam itu berasa hairan dan curiga .Suatu hari imam bertanya pada budak tersebut, “Kenapa kamu senyum kat tabung tu?” Budak tu pun jawab, “Cikgu saya pesan, senyum itu satu… sedekah. Saya takde duit nak sedekah, jadi senyum jelah kat tabung tu. Sedekah jugak!!”  - siapa nak tiru? hehehe... 


2. Ingatilah Allah dengan berzikir selalu

Daripada Abu Zarr r.a. juga, (beliau meriwayatkan): Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW: Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah mendapat banyak pahala. Mereka shalat sebagaimana kami shalat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka. Lalu baginda bersabda :

Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh amar ma’aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamu pun adalah sedekah

Mereka bertanya: Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnyapun dia beroleh pahala? Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala.

Tengok macam mana Nabi pujuk sahabatnya yang cemburu dengan orang-orang kaya. Macam kita. Kita pun jeles jugak kan? Tapi Nabi tak marah, malah nabi tunjukkan lagi cara yang termudah untuk sedekah. 

Allah pun dah kasitau "Barangsiapa mengingati Daku di dalam dirinya seorang diri, maka saya akan mengingatinya seorang diri di dalam diriKu. Barangsiapa mengingati saya di khalayak ramai, maka saya akan mengingati mereka di hadapan khalayak para malaikat yang lebih baik daripada mereka." Oh, bahagianya! =)



3. Alihkan benda yang memudaratkan di jalan

Ini yang saya suka katakan sebagai Act of Simple yet Adorable. Rasulullah banyak kali pesan tentang perlakuan yang sangat wajar diamalkan ini. Sebab amalan ini boleh tingkatkan social alertness kita dan mewujudkan suasana persekitaran yang tak mementingkan diri sendiri. 


Dari Aisyah ra, bahwasanya Rasulullah saw. berkata, “Bahwasanya diciptakan dari setiap anak cucu Adam tiga ratus enam puluh persendian. Maka barang siapa yang bertakbir, bertahmid, bertasbih, beristighfar, menyingkirkan batu, duri atau tulang dari jalan, amar ma’ruf nahi mungkar, maka akan dihitung sejumlah tiga ratus enam puluh persendian. Dan ia sedang berjalan pada hari itu, sedangkan ia dibebaskan dirinya dari api neraka.” (HR. Muslim)

Bukan takat batu, sebarang benda je lah yang kita rasa boleh buat orang mudarat kalau terkena, kita patut alihkan. Atau pun boleh juga dilakukan kalau kita ternampak ada buah-buahan atau barang jatuh dari rak di pusat beli-belah macam yang program Lau Ka Na Bainana (Andai Rasulullah sedang di antara kita) yang Arab Saudi buat tu.  Saya pun tengah nak cuba amal benda ni dan benda yang banyak support saya untuk buat adalah dengan mindset itu : macam mana kalau tetiba Rasulullah ada dekat sini. Sangat memotivasikan diri. Alhamdulillah. 

4. Berkatalah yang baik-baik sahaja

Daripada Nabi SAW bersabda : Kalimah yang baik itu sedekah. ( Riwayat Bukhari dan Muslim ).

Yang baik-baik itu maksudnya mungkin yang tidak mengandungi kata-kata yang menyakitkan hati orang, yang tidak sarcasm, yang ada ingatan supaya mengingati Allah dan yang ada dengan saranan yang boleh menggembirakan hati manusia. 

Lagi pun kalau puasa kan memang selalu dah sinonim dengan tak boleh marah? Jadi kenapa nak kempiskan pahala kita dengan kata-kata yang tak elok? Dah cun-cun Allah siap nak kasi pahala sedekah bila kita berkata-kata yang baik, rugi sangat-sangat kalau kita hilangkan peluang tu dengan mengikut nafsu amarah yang tak kemana.  ok, jadi jagalah lidah kita sentiasa. 

5. Buatlah amal kebaikan sebanyaknya walaupun simple

Ramadhan ini adalah masa yang terbaik untuk kita berbakti pada masyarakat menggunakan tenaga/bakat/keupayaan yang kita ada.

Tambah-tambah dalam bulan Ramadhan ni, terlalu banyak sangat benda-benda ala-ala Ramadhan yang kita boleh buat - maknanya yang fokus tentang Ramadhan dan susah nak jumpa kat waktu lain la.

Misalan? Kita boleh buat majlis iftar ramai-ramai dengan kawan-kawan ( bagi yang terer memasak), kita boleh bentang atau lipat sejadah dekat masjid (pada yang berkesempatan pergi masjid hanya time tarawikh), kita boleh buat program untuk anak yatim (pada yang hebat program-program nih), kita boleh buat design-design poster Ramadhan dan kad raya (pada yang kreatif), kita boleh ambil peluang untuk mengajar orang mengaji waktu tadarus (pada yang mantap ilmu tajwid), kita boleh ziarah orang sakit (untuk yang suka kaunseling ke) dan banyak lagi lah!

Eh, tapi satu lagi benda yang kita kena ingat selain nak berbakti pada masyarakat adalah berbakti pada orang tua dan keluarga kita. Waktu ini lah kita nak rapatkan lagi hubungan kekeluargaan kita dengan buka puasa sama-sama, masak sama-sama, sahur sama-sama, tarawikh sama-sama, qiam sama-sama, shopping raya sama-sama. eh. boleh lah.

Dan pada yang kedua orang tuanya kurang upaya, waktu ini lah pahala kita menjaga orang tua kita boleh jadi berbillion billion lemon tingginya kalau kita ikhlas sedaya upaya jaga orang tua kita betul-betul terutama kalau yang ada masalah nak puasa. Dan yang ibu bapanya dah tiada, semoga marathon ibadah kita sepanjang Ramadhan kita boleh jadi pahala yang berterusan untuk kedua ibu bapa kita di sana biar kubur mereka terang benderang lebih dari biasa. Insyallah..

( Adaptasi artikel Ramadhan Series : 5 ways to give Physical Sadaqah )
.
.
.


Amacam? Banyak je kan benda yang kita boleh sedekah walaupun tanpa duit. Ini yang juga kita namakan sebagai sedekah fizikal. Hanya berbekal badan sendiri, semua sedekah boleh kita beri. Insyallah. Semoga Allah menerima usaha kita ini sebagai penyelamat kita di akhirat kelak amin.

Apa lagi ya contoh sedekah fizikal lain yang korang boleh buat bulan Ramadhan ni? Jom la kita share..

Dan jangan lupa untuk marathon sedekah sepanjang 5 hari berbaki Ramadhan tahun ini. Apa tunggu lagi, kejor yob kejor! *shiuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu*

ε=ε=ε=ε=ε=ε=┏( >_<)┛ 

Ma3assalamah!

** Bitaufiq kawan-kawan yang bakal exam dekat Jordan. Buat periksa elok2! Fighting! ^^,
** Akhirnya, dah hujung Ramadhan baru dapat peluang nak join circle kat Malaysia. Banyak sungguh dugaan. alhamdulillah. yeay!

LQ

9:25 AM 0 Comments A+ a-



Minggu Pengakhiran Kita

9:27 PM 1 Comments A+ a-

Salam

It's 21 Ramadan...!

Antara doa yang paling patut jadi utama sekarang adalah doa supaya Allah pertemukan kita dengan malam Lailatul Qadar.

Special sangat ni bulan ni. Setahun sekali je ada. Khas untuk orang-orang yang banyak dosa macam saya. Seronok sangat dengar Allah yang Maha Pemaaf itu lebih-lebih sangat baik hati untuk memaafkan kita pada malam Lailatul Qadar. Agak-agak kalau lah dapat jumpa malam tu, mesti banyak doa-doa kita makbul kan?

Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, "Sesiapa berdiri (solat) pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim).

Dari Aisyah Radiallahuanha, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan". (HR Bukhari) 

Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah s.a.w. beriktikaf (duduk di dalam masjid) pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan ramadhan”. (HR Bukhari) 

Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (HR Bukhari dan Muslim) 

وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"(HR Termidzi) 




Allah..allah...allah...

Baru semalam rasanya saya dah ada buat salah balik dengan Allah. Rasa menyesal sangat. Kata nak berubah, tapi terbuat jugak. Dah la dapat balasan tunai plak tu pagi ni. Tak pasal-pasal pagi ni saya tak sudah-sudah diselimuti rasa "adakah yang terjadi hari ni sebab dosa aku semalam?'' waaaaaaaaaaaaaaa! T,T

Tapi bila baca balik tentang Lailatul-Qadar.... eh, ada peluang lagi la! macam Allah punish then Allah pujuk balik supaya balik. Ya Rabbi, besarnya cinta dan kasih sayang Kau pada kami. Apesal lah aku asyik tersasar-sasar nih? * nak lempang diri sendiri sebab tak reti-reti jadi baik*

Ustaz Zaharuddin pernah tulis yang Lailatul Qadar ni lebih kurang macam peluang last minute yang Allah bagi pada kita.  Hebat sangat Allah sampai faham benar dengan manusia macam kita yang selalu terpaksa last-last minute baru nak jadi baik. Alhamdulillah kan? Kalau tak, menangis tak berlagu lah kita jawabnya.

Sebab itu sayang sangat kalau kita tak endah dengan Lailatul Qadar yang banyak kebaikannya. Sekali lagi terutama paling penting untuk orang-orang yang rasa banyak sangat beban dosa macam saya. Nak buat baik, jom lah banyakkan sekarang. Nak beribadat, pulunlah beribadat sekarang (ibadat pun banyak kan? Tak semestinya wajib kena duduk masjid memanjang. Yang tak mampu macam wanita uzur pun banyak cara lain ada.)

Ingatan untuk diri sendiri yang tengah nak adapt mencari Lailatul qadar dalam keadaan sekeliling tengah semangat nak raya :

1)  nak buat kuih tu, set niat buat kuih untuk kasi sedekah orang makan.
2) nak  nak menjahit baju, sambil buat sambil zikir sikit ingat dekat Allah.
3) Nak keluar jalan shopping baju raya, kalau jumpa tabung-tabung sedekah tu hulur-hulur ler sikit, sedekah banyak takpe. Nak shopping banyak kena jaga-jaga, ingat orang miskin, ingat membazir kawan siapa?.
4) Kalau dah excited sangat tak sabar bila nak raya weh bosan ok puasa, sila sedar diri lepas ni mana nak jumpa lagi Ramadan yang boleh dapat pahala over the limit, ntah-ntah tahun depan kita mati. *gulp*
5) Ok, taubat hari-hari tak boleh lupa juga.

ok, selamat berlumba mencari Lailatul-Qadar. Semoga Allah makbulkan doa saya, doa anda, dan doa semua umat Islam di muka bumi ni sepanjang Ramadan tahun ini. Doakan semua orang sekali, itu lagi power insyallah sampai. Ramadan is not over yet. Ada lagi 9 hari nak kejor yob kejor semaksima mungkin kumpul saham akhirat (dunia insyallah sure ikut punya).

Allahhumma ballighna Lailatul-qadr.... Amin~

zikir yok


ha dan lagi satu..

** Juga saya dengan rendah dirinya memohon doa dari kalian:

1. Nenek saya baru ditahan di wad. COPD. Mohon doakan nenek saya cepat sembuh dan cepat keluar. Saya tak sampai hati nak tengok nenek berlama-lama di hospital dalam keadaan nak raya. Dan saya takut kalau tergaduh dengan nenek lagi pasal ubat sebab nenek dah la tak berapa gemar makan ubat. adeh.

2. Abah saya baru kena batu karang. Gabra kitaorang tengok abah yang selama ni sihat tiba-tiba pagi tadi sakit sangat sampai tak berapa boleh jalan. Dan saya yang kononnya dah tahun 6 perubatan ni boleh plak blank sebab terkejut dan takut. Sendiri nak menangis bila tengok abah sakit. Alhamdulillah batu tak besar mana, tapi mohon doakan supaya ia cepat keluar. Selagi tak keluar, selagi tu abah sakit.

Saya tak mintak benda lain dalam masa yang terdekat kecuali semua ahli keluarga,sahabat dan kenalan saya sihat walafiat sentiasa. Sebabnya saya ada masa cuma lagi seminggu dua untuk berada di Malaysia dengan mereka dalam apa jua keadaan sekali pun. Tak sedap nak balik dalam keadaan saya tahu ada yang sakit. Sebab itu kalau boleh, saya mohon doa dari yang membaca juga mana tahu kot-kot ada antara anda yang doanya sangat makbul -supaya doakanlah agar Allah perkenankan harapan saya supaya semua orang sekeliling saya sihat sentiasa jasmani emosi rohani dan sebagainya tanpa ada masalah. Kalau ada masalah pun, biarlah jumpa jalan penyelesaiannya. Boleh ya? Terima kasih banyak-banyak.

Saya doakan semoga Allah makbulkan juga semua doa dan harapan anda semua. Amin~

Jumpa lagi.


Warisan Cinta

2:59 AM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum

" Chara...buat..kerim-nya.. Buboh... champuran...achuan .....ayer rose....bentok macham.... arggghhhh! Kak Ina, tolong ah~  tension aku buat benda nih ... "

Asyraf dah mula garu kepala. Barangkali sudah penat otak dan mata. Padahal belum sampai pun lima minit lagi dia memulakan operasi ini.

Kepingan-kepingan kertas usang yang bertimbun di sebelah komputer kami nampaknya bukan mudah untuk diterjemah oleh seorang anak muda yang kurang fasih tentang bahasa lama. Tapi kerana kasih dan sayang (dan errr upah yang agak lumayan kononnya), maka digagahi juga untuk bersabar dengan usaha membaik pulih warisan cinta milik keluarga kami ini.


Asyraf yang sedang giat bekerja

[ nota ringkas : Tok adalah gelaran untuk ibu kepada abah, dan tokwan adalah gelaran kepada bapa kepada abah saya ]

Sebenarnya, kertas-kertas bertulis yang sudah dimakan usia ini adalah milik tok dan tokwan sejak zaman-berzaman lagi. Malah dengarnya sejak zaman Maklong belum lagi lahir pun, buku ini sudah mula dihasilkan. Maknanya berkemungkinan besar buku ini sudah mencecah usia lebih 50 tahun. 

Ia bukan calang-calang buku. Semuanya adalah bertulisan tangan. Dan setiap satu patah perkataan di dalam buku ini semuanya adalah hasil titik peluh tokwan yang begitu rajin menulis setiap resepi yang dijumpai di luar  untuk disimpan dan digunakan oleh tok untuk tujuan saja-saja masak dan juga jualan. Fuh, romantik ok~

Maka dengan berbekal kan buku inilah, sepanjang peninggalan tokwan ke tempat kerja, tok memasak dan membuat kuih untuk dijual di Temerloh, Singapura, Taiping dan pelbagai lagi tempat( sebab tokwan askar, jadi selalu pindah randah) sampai lah zaman Acu dah berkerja, baru tok berhenti jual kuih raya- Dan yang menjualnya tentulah abah dan adik beradik.

Macam comel pula saya nampak. Terasa satu keluarga semua bersatu padu mencari nafkah jual kuih termasuk tokwan yang kerjanya menyalin resepi kuih-muih tu. Dari ayah ke ibu ke anak, semua tolong-monolong. =)


Seingat saya dahulu waktu saya sekolah rendah, buku resepi tokwan ni masih utuh walaupun dah kusam. Kami selalu bawak keluar guna buku ini waktu dekat raya sebab kebiasaanya kami sepupu sepapat akan gotong royong tolong tok buat kuih raya untuk di jual waktu kami kecil.

Pernah sekali dua saya sumbangkan masuk resepi yang saya terjumpa dulu, syaratnya mesti bukan kuih muih yang tokwan dah biasa tulis. Biskut modenlah kiranya. Bakinya banyak saya sendiri yang salin resepi penting lama ke buku sendiri, sebab bukan senang nih tokwan nak kasi pinjam buku resepi dia untuk dibawa keluar rumah. Istimewa katanya, takut hilang. Hehe. 

Tapi sejak empat lima tahun ni seingat saya tok dah tak menjual kuih raya. Acu sahaja yang kadang-kdang buat kuih raya untuk famili. Tapi sebab dah biasa buat, kadang-kadang dah tak payah bukak buku dah. Semua dah ada dalam ingatan tok. Maka dengan itu, buku ini pun semakin jarang menunjukkan muka. Terperuk dalam simpanan tokwan. 

Tahun ini bila tokwan dah tak ada, entah macam mana tok teringin nak buka balik buku resepi ini. Malangnya masalah terjadi bila masing-masing tak tahu mana tokwan simpan buku berharga keluarga ini. Jenuh memunggah. Sampailah akhirnya kami semua terjumpa buku ini di celah-celah timbunan buku-buku lama tokwan di sudut salah sebuah bilik di kampung.

Keadaan buku ini sekarang dah cukup menyedihkan. Suku dah dimakan anai-anai dan muka suratnya pun dah berterabur pecah terpisah. Nasib baik tokwan letak mukasurat, senang lah nak cari susunan. 

Disebabkan rasa sayang sangat dekat buku yang penuh memori ni, abah ambil keputusan untuk salin balik semua resepinya. Alang-alang masih boleh baca lagi, baik simpan sekarang. Tok dan para makcik pakcik pun setuju. Dan tukang penyalin nya siapa lagi? Anak-anak abah la jawabnya - dengan upah 50 ringgit kalau boleh habis salin dalam masa 2 hari - which is dah failed dah pun sebab payah sangat nak baca tulisan tokwan yang sangat itallic dengan bahasa lama yang agak memeningkan kepala. Antik sangat nih. Macam baca batu bersurat je kitaorang rasa. Haih. *Pening*


Sekarang dah masuk hari keempat operasi pembaik pulih buku resepi warisan. Separuh buku pun tak habis lagi salin masuk komputer. Masakan tidak, membaca pun dah terkedek-kedek. Belum campur dengan tanda baca yang jarang ada, haru-biru nak betulkan komposisi ayat resepi tokwan yang simple tapi kompleks dibaca. Macam mana lah tok boleh baca dengan gilang gemilangnya dulu. Cucu-cucu ni dah rasa boleh naik rabun baca macam nih. heh.

Tapi takpelah, sebab sayang punya pasal jadinya Asyraf dan saya insyallah akan cuba jugak habiskan untuk terjemah buku ini secara bahasa melayu zaman moden dengan tulisan news roman untuk dihadiahkan kepada abah yang akan menghadiahkan pula kepada tok sebagai tanda ingatan dari tokwan tercinta yang dah tiada. Alang-alang kami dah nak habis cuti, mungkin ini boleh jadi kenangan juga untuk keluarga kami sendiri nanti kan?

Dan yang paling saya suka untuk ketengahkan melalui perkara ini adalah saya tak nampak bayangan tokwan akan hilang daripada kami dengan adanya buku-buku resepi tokwan ni. Tulisan itu tetap kekal walaupun penulisnya telah tiada. Itu antara kelebihannya pada penulisan di kalangan kita. Tak kiralah buku ke diari ke blog ke puisi ke artikel ke atau apa-apa sekalipun bentuk penulisan, selagi mana ia terus wujud walaupun selepas kita tiada, insyallah manfaatnya tetap kekal selagi ada yang membacanya. Dan bila dibaca, terasa-rasa seperti penulisnya ada di sisi kita. 

 Dengan ini, saya juga mengharapkan semoga dengan terbaik-pulihnya resepi tokwan ini, semoga pahalanya terkirim sama ke sana. Untuk tokwan yang kami cinta. Alfatihah~ 

Khas untuk keluarga tersayang...

Tulus ikhlas dari Arina & Asyraf

** Doakan kami cepat habiskan projek ini. =D



Rapuh

11:08 PM 0 Comments A+ a-






Masih bagai di ais tipis
Tiap waktu menggeletar
bergoyang cari seimbang

Allah

Sampai saat mana kah
Baru mampu aku seteguh daya kutub-Mu?

(15 Ramadan)








Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintai - Mu
Dalam dada ku harap hanya
Diri-Mu yang bertakhta


Kan dah cakap Allah tu lagi tahu ...

3:13 PM 5 Comments A+ a-

Assalamualaikum.

Salam August dan Salam Ramadhan ke-14~



Untuk tahun ini sebelum memasuki bulan Ogos, rasa macam ada satu perasaan yang rasa tak nak sangat masuk bulan Ogos. Sebabnya ada satu plan yang kononnya dinanti-nantikan sampai tension nak prepare waktu Mei lepas rupanya terpaksa dibatalkan Jun lalu. Yakni plan nak pergi Taiwan 10 ogos ni untuk program ACTION - yang mana last-last tak menjadi! - sebab rakan seMalaysia yang plan nak pergi sekali rupanya nak buat walimah September ni, so cancel pergi Taiwan. Nak pergi sendiri memang tak berani lagi.

Allah! Pinar-pinar rasa. Satu sebab dah habis sejumlah wang yang sangat banyak sebab semua benda dah bayar (program tu kata boleh refund tapi sampai sekarang refund tak sampai-sampai. Humph! Tiket flight je alhamdulillah dah dapat balik).Dan satu lagi rasa segan ya amat dek kawan-kawan ramai dah tahu plan ni. Plus dah tulis dalam blog dah dengan penuh angan-angan. Kan dah warning selalu nak bertolak lagi sehari baru boleh tulis, padan muka taknak dengar amaran hati sendiri. Allah2~ Sabar je lah.. Insyallah ada hikmahnya walaupun actually rasa macam dah nak menangis awal-awal tu dengar berita kena cancel.

Makanya bila masuk 1 Ogos kelmarin, dalam kepala asyik terbayang 'Taiwan....Taiwan..Taiwan'. Lagi syahdu bila baca paper Ahad ada tulis pasal Islam di Taiwan yang sangat mengujakan. Weh, asal asyik nampak pasal Taiwan nih?  Huaa, teringin nak pergi!  T_T  Eh eh budak ni. Sabar lah, tak reti ke?.  Tabuh kang gedik sangat.


Tiba-tiba.......!


Berita utama TV3 jam 10 malam pada 2 Ogos 2012 melaporkan :




A tropical storm inched across northern Taiwan on Thursday after already dumping up to five feet of rain that has flooded farmland, swollen rivers and paralyzed life on much of the densely populated island of 23 million people.

Saola weakened from a typhoon to a tropical storm by late afternoon, but its slow movement and continuing heavy rains raised the prospect of devastating flooding in areas that have absorbed more than 58 inches of rain since Tuesday.
It has caused five deaths and left two people missing in Taiwan after killing 26 people in the Philippines.

In the day in the northeastern county of Ilan, rescuers used rubber boats and amphibious vehicles to help hundreds escape flooded homes.

Dozens of flights were canceled at Taipei's main international airport, where heavy winds destroyed two jetways, and rail transport throughout the island was disrupted. All seven major reservoirs in Taiwan released large quantities of water to prevent flooding.

By nighttime, Saola was centered just off northern Taiwan, moving northwest toward China at 10 mph. It had sustained winds of 54 mph, gusting to 71 mph.

Offices and businesses were closed throughout northern Taiwan. In Taipei, normally busy streets were deserted except for cleanup crews clearing off fallen trees and branches. The Defense Ministry mobilized 48,000 soldiers to help mitigate the storm's impact.

Television footage showed acre upon acre of flooded farmland in low-lying coastal areas, punctuated by scenes of raging rivers and roads blocked by mudslides in the island's mountainous center.

The typhoon left at least 26 people dead in the Philippines and forced 180,000 to flee their homes. Coast guard and other disaster-response groups rescued 125 people from stricken sea vessels and flooded villages, according to Benito Ramos, who heads the government's National Disaster Risk Reduction and Management Council.

China's east coast was bracing for dual landfalls, Saola and Typhoon Damrey to its north. Coastal provinces were moving residents to safety in anticipation of flooding, the official Xinhua News Agency said.


Read more: http://www.foxnews.com/world/2012/08/02/taiwan-flooded-with-almost-5-feet-typhoon-rain/#ixzz22Qavk4BM



@_@      *gasp*


Abah pandang anak abah. Anak abah pandang abah balik.

Lepas tu masing-masing kembali pandang tv yang sedang memaparkan banjir yang super dasyat sampai bumbung pun tenggelam dan jalan raya pun ada yang berlubang-lubang sebab mendak lalu runtuh. Ini banjir kilat Terengganu Kelantan rasanya tak ganas macam ni nih.

" Did you see what Allah had plan for you? " bisik hati paling dalam...


Dan Dialah yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dengan tadbir dan takdir); dan Dialah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya. (Al-An'am : 18)



 Subhanallah wa bihamdihi subhanallahil adzim..... ~ *mata genang-genang sebab terkejut*

-Ampun Ya Allah, andai aku pernah ter-mempertikaikan keputusan-Mu-



p/s: 
Tak tahu la program tu masih diteruskan atau tak. Kalau diteruskan jugak, mungkin ada kelebihan buat mereka yang terlibat sebab boleh terus buat praktikal natural disaster support on the spot. Tapi untuk berprogram dalam keadaan macam ni, ermm susah nak cakap. Wallahualam. Apa pun, saya doakan yang terbaik untuk semua warga Taiwan. Semoga mereka bersabar dengan ujian yang menimpa kali ini. Dan semoga segala urusan mereka dipermudahkan Allah. Amin. 



Masa Depan

5:15 AM 0 Comments A+ a-



" Mak sorang, ok kan? "

Baru pagi tadi bukak iklan kat atas. Tak sangka pulak petang ni dengar yang real life punya cerita yang lebih kurang sama. Lagi agak buat ramai yang makan dalam bila ayat yang bold dekat tu ditanya pada ibu yang tengah masuk hospital. What the.....

Ok, mungkin masing-masing ada masalah tersendiri. Kita mana tahu. Tapi masalahnya bila budak mentah macam jagung pun dah ternampak penyelesaian yang lebih rasional, agak-agak kalau dia tegur orang dewasa umur dah lebih 50 tahun, budak tu kena luku tak?

Tak tahu lah....

Sekarang ni selain cuba selalu peringatkan diri sendiri, harap jugak satu je. Semoga teman hidup masa depan kelak akan selalu ingatkan saya dan bertegas dengan saya untuk selalu utamakan orang tua bila saya dah berkeluarga nanti, macam yang mama dan abah selalu ingatkan pada kami.

Na3uzubillahiminzalik, moga saya dijauhkan dari jadi anak derhaka mahupun anak yang pentingkan diri bila dah busy nanti. Harapnya walaupun mungkin bakal sibuk dengan kerja sebagai doktor, semoga Allah selalu kurniakan peluang untuk berbakti pada kedua ibu bapa (dan mertua - wajib jugak sayang macam ibu bapa) sampai saya mati.

Amin.. 100x
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *