Mencari Imah

12:52 AM 7 Comments A+ a-




Imah 

adalah kegilaan 

buat aku

dan mereka 

jadi kesatuan




I.M.A.H, where are you~?  *dah pening*


Final

12:31 AM 0 Comments A+ a-


Lagi 25 hari .......

* Masa oh masa, tak boleh ke jalan slow-slow sikit? *


 - J.O.R.D.A.N -

>-<

Susah lah nak memaafkan....

7:21 PM 2 Comments A+ a-


Salam



Dear Miss B,

I'm so sorry to hear about your problems. Can't take the grudges away huh?
Yeah, I know it's difficult since I also have the same problems, sometimes....

But do you know that : 


"  Life is to short. Grudges are a waste of perfect happiness.

 Laugh when you can apologize when you should and let go of

 what you can't change. Love deeply and forgive quickly. Take 

chances. Give everything and have no regrets. Life is to short to

be unhappy. You have to take the good with the bad, smile when

 you should,love what you got and always remember what you

 had. Always forgive but never forget. Learn from your

 mistakes but never regret. People change and things go 

wrong. But always remember life goes on."


and ..... 

 [ Life is far too short to be sad, to be mad, to hold regret, 
to look back, to be depressed, and to be unkind. Be nice and do good, everyday is new. ]


Still cannot ah? 

Okay, what about if we go back to the basic? 

" O Allah, help me! "




So, tengah ada rasa Bengang?  Dendam? Tak puas hati? 
Tak tenang? Sedih secara tiba-tiba?

Terasa macam hatiku sedang berbolak balik lebih laju dari gelembung buih-buih air panas yang sedang menggelegak? 

Cuba check kalau-kalau sebab ini (A) atau ini (B)....

Eh, ada lagi satu sebab saya baru jumpa - hati tengah keras kematu macam batu! *gasp!*


Sebab tu kah selalu rasa payah sangat nak memaafkan orang?  Alamak...  >o<

Who knows?~

Dah tu? Nak buat apa?

Pernah dengar tak amalan-amalan pelembut hati? 

Erm... yang suruh baca Surah Taha ayat 1 sampai 5tu ke? 
Atau yang salah satu doa dalam Al-Ma'thurat tu?

Haa! Yang itu salah satu antara yang amalan-amalan yang ada. Ada banyakkkkk lagi dan semuanya memang dari zikir dan al-quran. Sebab tu kita kena banyakkan baca quran dan berzikir. Nak lembutkan hati orang boleh, nak lembutkan hati sendiri mestilah lagi boleh. =)

Apa ayat-ayat spesific yang kita boleh pakai untuk melembutkan hati? 

Jom baca ini:

Cara terbaik adalah melembutkan hati-hati mereka adalah dengan zikir dan ayat-ayat Allah S.W.T. dan berdoa semuga Dia melembutkan hati-hati mereka yang keras itu.

Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar al-Khattab r.a, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)

Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati.

KAEDAH PERTAMA.

Mengikut aturannya, bacalah:

Pertama : Baca surah Al-Fatihah ayat 1-7.

Maksudnya :
[1Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
[5Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
  
Kedua : Baca Surah al-Hasyr ayat 21

59:21


Maksudnya : "Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."

Ketiga : Baca Surah Taha ayat 1-5.

Maksudnya :
"Dengan nama Allah. Yang Maha Pemurah , lagi Maha Mengasihani
1.  Thaahaa.
2.  Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4.  Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5.  (Iaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy."

Kemudian baca doa pelembut hati di bawah

“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”

“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”

Kemudian tiupkan ke air

Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan hati untuk diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum. 


KAEDAH KEDUA

Kaedah dengan cara  zikir dan doa pelembut hati .

Zikir dan Doa Pelembut Hati

Zikir ini elok dia amalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut atau suami yang mahu hati  isterinya menjadi lembut.

Beristighfar sebanyak 3 kali, dan niatkan untuk melembutkan hati suami
Kemudian baca : "Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir "

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak) .

Selain daripada itu amalkan doa ini:

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"


 KAEDAH KETIGA

Zikir dan Doa Pelembut Hati.

Baca Ya Latif, ya Latif sebanyak  7 kali kemudian diikuti dengan membaca Surah Asy-Syura ayat 19. ( baca ayat al-Quran dalam bahasa Arab)

Maksudnya : "Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Surah Asy-Syuura ayat 19)

Hembus dimuka suami  dan hembusan itu dibawa turun ke hati suami.
Ulangkan sebanyak 3 kali.atau 7 kali. Insya Allah hati suami akan menjadi lembut.


Selain daripada itu amalkan doa ini:

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

(Cara-cara ini boleh digunakan oleh suami kepada isteri dan ibu bapa kepada anak-anaknya)

{Amalkanlah cara-cara ini setiap hari insya Allah akan ada  perubahan dan kesannya.}


 KAEDAH KEEMPAT
Doa Untuk Melembutkan Hati yang Marah

Pada orang yang marah kepada kita, contohnya suami atau rakan, agar lembut hatinya, bacalah dihadapannya Surah an-Nisaa Ayat 84. berulang-ulang (Sila rujuk Al-Quran)

Maksudnya: "Semoga Allah menahan kekuatan orang-orang kafir dan Allah yang lebih kuat dan lebih sangat siksaNya. Ya Tuhan yang Maha Pemelihara dan Maha Pemberi Keselamatan."

KAEDAH KELIMA

Apabila kita marah maka doa untuk mengawal diri daripada sifat marah bacakan doa ini :

"Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk. Ya Allah bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Sekiranya isteri ingin menyejukkan hati suami yang marah boleh baca doa diatas dan ubah sedikit :

"Ya Allah, sejukkanlah hati suamiku (fulan bin fulan) dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk. Ya Allah bersihkan hati suamiku (fulan bin fulan) daripada dosa-dosa sebagimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kotoran."

KAEDAH KEENAM

Doa untuk melembutkan hati anak

Doa pelembut hati Surah Asy-Syuura ayat 19'

Maksudnya : "Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Surah Asy-Syuura ayat 19)
Baca di waktu malam semasa anak sedang tidur.

i. Letakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri

ii. Istighfar 3 x kemudian niatkan dalam hati

Ya Allah lembutkanlah hati anakku

Ya Allah jadikanlah anakku ini anak yang soleh/solehah

iii. Kemudian baca doa di atas (Surah Asy-Syuura ayat 19)

iv. Dah habis baca doa tadi tiup umbun-umbun kepala , muka dan dada anak 3 X
Amalkan doa ini secara istiqamah, insya Allah akan dapat keberkatan dan pertolongan dari Allah . Doa ini juga boleh di amalkan untuk diri sendiri dengan meletakkan tangan kanan di dada kiri dan baca doa di atas.Boleh juga di amalkan oleh isteri atau suami. 

KAEDAH KETUJUH

 DOA PENGASIH
Kita berdoa semoga kita dikasihi oleh orang-orang yang beriman dan kita mengasihi orang yang beriman,  sebagaimana doa yang diajarkan Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

"Ya Allah! Limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap diri hamba-Mu yang beriman, limpahkanlah juga perasaan cinta mereka terhadapku."

Suami boleh juga berdoa dengan doa pengasih ini  supaya dia mengasihi dan dikasihi oleh isterinya :
"Ya Allah! Limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap isteriku (Pulan bte Pulan) dan limpahkanlah juga perasaan cinta isteriku (Pulan bte Pulan) terhadap diriku"
(Jika berpoligami sebut isteri-isteriku tak payah sebut nama)

Sahabat yang dimuliakan,
Doa-doa di atas adalah cara dan ikhtiar kita untuk melembutkan hati insan yang dikasihi samaada isteri, suami, anak-anak, ibu bapa, adik beradik, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja dengan niat dan hasrat untuk kebaikan. Semoga hati yang keras dapat dilembutkan dengan izin Allah. Jika sekiranya usaha dan doa telah dilaksanakan hati seseorang itu masih tidak mahu lembut dan tetap keras macam batu maka serahkanlah kepada Allah S.W.T. kerana sesungguhnya hidayah itu adalah hak mutlak Allah S.W.T.

Nabi S.A.W. berdoa supaya Allah S.W.T. memberi hidayah dan melembutkan hati salah satu daripada dua Umar (iaitu Umar al-Khattab dan Umar bin Hisham (Abu Jahal) maka Allah S.W.T. makbulkan doa Nabi S.A.W. dengan diberinya taufik dan hidayah-Nya kepada Umar al-Kahattab.

Oleh itu kita jangan berputus asa jika insan yang dikasihi masih tidak mahu berubah, yang penting kita teruskan berdoa selepas lepas solat, dimalam hari selepas solat tahajjud dan di waktu-waktu mustajab doa semoga dimakbulkan doa dan hajat kita





Voila! Banyaknya cara nak melembutkan hati guna doa, zikir dan ayat Quran~

Cuba la amalkan. Yang penting kita serahkan pada Allah. Insyallah, Allah tu kan pemegang hati-hati manusia. Semoga hati kita yang keras kegedang rasa payah nak memaafkan orang pun Allah turut lembutkan sama. Amin. Doa banyak-banyak sama ok. Doakan saya sekali. =D

Eh, bukan anda dah cukup lembut hati ke?

Heh, setiap tulisan itu lebih banyak merujuk kepada diri sendiri lah. Ntah-ntah penyakit saya jauh lagi kronik dari anda. Siapa tahu? Allahu a3lam. Tapi yang pasti, kita semua manusia dan manusia mesti akan ada masalah yang sama. ok? Jadi, doakan lah semua kita sekali ya..~

اللهم حبب إلينا الإيمان وزينه في قلوبنا وكره إلينا الكفر والفسوق والعصيان... اللهم إنا نسألك حبك وحب من يحبك وحب عمل يقربنا 
إلى حبك....


Ma3assalamah~

Sekuntum Dandelion untuk anda - GKLN

6:50 PM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum....





dari sarang MAKSURA, kau lihat segala mahakarya
mereka berubah menjadi nisan yang bertitah
"hidupkanlah kembali raja puisi untuk mati"
si atas sepeku retak cermin, di bawah sepeku
kelopak bunga - meretak dan mengelopak untuk
sepeku musim lagi kerana kaulah raja puisi 

(Hazwan Ariff Hakimi)


Alhamdulillah selepas hampir lebih 9 bulan, akhirnya naskah terbaru terbitan GKLN untuk tahun ini berjaya disiapkan.  Kali ini lebih hebat lagi sebab bukan sekadar satu, tapi alhamdulillah sampai sudah ada trilogi - 3 buah berjaya dihasilkan bersama. Mabruk~

Dandelion - wajar saya ibaratkan sebagai barisan 62 kuntum dandelion yang sedia menerbangkan benih-benih 162 puisi yang sarat dengan pelajaran kehidupan bertunjang iman. Dengan pengalaman berbeza di padang yang tidak sama, setiap dandelion punya kisah sendiri untuk di hamparkan di seluruh muka bumi. Doa kami moga usaha-usaha dandelion ini mampu untuk membawa hikmah Tuhan di setiap hati yang sudi untuk dibajai. Insyallah~

Trem Ke Pintu Syurga - Dunia ibarat sebuah perjalanan dan dalam kembara ke pintu syurga bertemu Tuhan, pelbagai kisah sudah tentu dapat kita perhatikan. Inilah umpamanya 17 cereka yang tertulis di dalam Trem Ke Pintu Syurga. Setiap perhentiannya pasti ada makna, dan makna itu lah yang kita perlu genggam erat supaya kembara kita insyallah kekal lurus hingga ke daerah abadi di sana~ 


Sasterawanara Keraton  - ''I'm speechless!'' - SK bukan sekadar himpunan lontaran pemikiran dan suara batin penyair, malah menjadi bahan dokumentasi bagi mengenali gaya kepengarangan penyair ini dari sudut stilistik. Penuh dengan keseimbangan estetika makna dan estetika bahasa. Rugi kalau tak baca. =)

Inilah tiga buku yang mengabdikan suara kami dan usaha-usaha kami untuk menyumbang kepada ummat kita. Semoga ada kebaikannya untuk kalian yang membaca. Insyallah~


Untuk sesiapa yang berminat untuk membeli, boleh dapatkan di sini : Beli Trilogi GKLN 2012~ 


Insyallah ada diskaun kalau beli kombo.


Dan tidak akan rugi sesiapa yang membeli untuk ilmu. =)


Jom beli!






.
.
.
.
.
.
.
.
.












** Pertama kali jadi penyelenggara buku bersama, fuh berat! Terima kasih kasih untuk sahabat-sahabat penyelenggara yang mencurahkan ilmu mengajar saya - Senior Fahd, Abang Hazwan, Iqbal, Shahkang, dan Rasydan. Semoga usaha kalian diganjari Allah dengan sebaik-baik ganjaran. Maaf salah silap, harap next time boleh tunjuk ajar lagi. Terima kasih seinfiniti. =)


06

3:40 AM 0 Comments A+ a-


Alhamdulillah dah hari ke-6... =)

Ada peningkatan tak?

Jeritan dari Rohingya

6:50 AM 1 Comments A+ a-


Salam

"Tiada manusia di atas muka bumi ini, ditimpa apa yang menimpa umat Islam di Myanmar..."

Adakah anda tahu bahawa bilangan penduduk di Myanmar melebihi 50 juta,
dan dianggarkan bilangan umat Islam yang dikenali sebagai "Rohingya" adalah 
sebanyak 15% daripada keseluruhan jumlah penduduk. Separuh daripada
mereka berada dalam wilayah Arakan.Di wilayah tersebut, peratusan 
umat Islam adalah lebih daripada 70% dan selebihnya adalah penganut
 agama Buddha. 

Adakah anda tahu bahawa Islam datang ke rantau ini semasa pemerintahan 
Abbasiyah Khalifah Harun al-Rashid pada abad ketujuh sehingga ia menjadi 
sebuah negara Islam yang bebas dan telah diperintah seramai 48 raja muslim
lebih daripada tiga setengah abad.

Pada 1784, Raja (Burma)Myanmar (Budabay) yang merupakan seorang yang
 beragama Buddha telah menjajah wilayah ini dan menggabungkannya dengan
 Burma kerana takut penyebaran Islam di kawasan ini. Kekejaman berleluasa 
dan tinggalan-tinggalan Islam seperti masjid-masjid dan sekolah-sekolah 
dihancurkan .Ulama-ulama Islam dan pendakwah-pendakwah dibunuh, dan
penganiayaan dan rompakan ke atas umat Islam berlaku secara berterusan. 

Selepas itu ,golongan Fasis telah mengambil alih kuasa di Burma lantaran perbolakan
 kuasa yang berlaku ketika itu.Semenjak itu, umat Islam di sana terdedah pada
 semua jenis ketidakadilan dan penindasan, pembunuhan, pengusiran, kesempitan
 ekonomi, dan rampasan tanah . Bahkan kewarganegaraan mereka turut dirampas
 kerana mereka dituduh menyerupai kaum Benggali dari segi agama,rupa ,dan bahasa. 
Adakah anda tahu bahawa umat Islam di Myanmar tidak mempunyai hak untuk 
kewarganegaraan . Adakah anda tahu bahawa banyak kenyataan badan-badan 
hak asasi manusia berhubung isu rogol secara terancang yang menyasarkan
 wanita-wanita muslimah.

Adakah anda tahu bahawa tidak dibenarkan seorang muslim untuk berkahwin
 sebelum umur 30 dan tidak dibenarkan seorang muslimah berkahwin sebelum umur 
25, dan kadang-kadang semua umat Islam tidak dibenarkan berkahwin dalam
tempoh waktu yang tertentu.Sekiranya telah memenuhi syarat-syarat untuk
berkahwin yang ditetapkan, bermulalah kesukaran untuk mendapatkan kelulusan,
yang tidak akan diperolehi kecuali dengan bayaran yang tinggi dan rasuah
 kepada pegawai-pegawai tentera.

Sekiranya seorang wanita Islam mengandung, dia perlu pergi ke Pusat Tentera
di kawasannya untuk mendedahkan perutnya dengan alasan pemeriksaan janin 
melalui x-ray. Mereka bertindak sedemikian rupa supaya keluarga-keluarga Islam
 tidak berfikir untuk mendapatkan anak dan mengandung,kerana mereka
 mengetahui sensitiviti umat Islam mengenai isu aurat. 

Adakah anda tahu, bahawa selama beberapa hari,banyak kumpulan bersenjatakan
 pisau dan buluh tajam dari banyak kawasan dan bandar berkeliaran di wilayah 
Arakan, membunuh semua orang-orang Islam yang dijumpai, membakar dan 
memusnahkan ratusan rumah, terutamanya di kawasan "Mounganaw" di utara 
wilayah ini, di samping kota modal "Sittwe" yang merupakan ibu negeri wilayah Arakan. 

Tiada manusia di atas muka bumi ini, ditimpa apa yang menimpa umat Islam 
di Myanmar, dan tiada agama yang dihina sepertimana Islam dihina di Myanmar.

(Diterjemah daripada artikel bahasa arab oleh Abdullah Azzam)

-kredit dari blog Tidak  Best-



Perlukan lebih lagi tentang Rohingya?


** Allah.Allah. 

Tak tahu nak buat apa? 

Dalam kita kejar keberkatan bulan Ramadhan ni, paling-paling kurang jom la sekali doakan untuk Rohingya supaya terlepas dari tindasan yang tak berperikemanusiaan macam ni. Sekali lah dengan Syria, Palestin dan pelbagai lagi negara-negara yang menindas muslimin dan muslimat di serata dunia sekarang.

It's the thought that counts~


My Dear Mama

11:45 PM 0 Comments A+ a-

Salam

Semalam waktu tengah sama-sama memasak dengan mama, tiba-tiba mama cakap 

" Ok tak makanan nih? Tapi mesti memang tak sama hebat macam abah buat."

.
.
.
.
.
.
.
.


eh. eh. apesal macam ada bau kecik ati nih?  =)


Dear mama ( I know mama always read my blog.. ^^,) -

Ala mama, nothing in the world can compare to thee, my dear mama~ 

Abah lain, mama lain. Both are very 100x special to me in their own ways. 

Nak tahu something tak, mama?

Salah satu benda yang boleh buat Arina rasa paling lapang dan secure in life dari dulu sampai sekarang adalah waktu lepas setiap kali solat bila mama doa dekat ubun-ubun Arina dan and seal your kiss on it. Takde sapa boleh lawan. Power dia dasyat sungguh rasa. Rasa macam ok, I have nothing to be scared of in the world dah. *Off you go, all my problem! Dusyum3 by mama's doa!*  

Bila mama tanya nak doa apa, selalu tak tahu nak jawab macam mana. Nak semua doa boleh? Hehehe. * nak mintak yang mengada-ngada, segan =p * Tapi bila Arina doa dekat ubun-ubun mama pun Arina tak tahu nak doa apa sebab banyak sangat doa nak bagi. The only thing that I always remember is I pray to Allah to always grant you the best in the world and hereafter. 

Love you very much, mama! 
* I wish to be like mama in the future *

Sorry for still not being the best anak solehah for you yet.
Keep praying for me, ya ma?

 =)

[ macam comel ok bila tulis pasal sorang je, sorang lagi jeles. Dulu adik pun macam tu jugak. Adoyai. Okla let me announce here, I love all my family members - Abah, mama, Asyraf, Fatimah, Amira, Aiman ] 


** selalu rasa macam susah sungguh kan nak jadi anak soleh solehah ni? Kadang-kadang mesti ada jugak terlepas terbuat benda-benda yang tak patut kita buat, ha lepas tu mula la rasa macam isk menyesalnya. Sob2. Cuba lagi. Cuba lagi. Semoga Allah permudahkan kita untuk jadi anak soleh solehah untuk kedua ibu bapa kita. Amin...

Ini ada few pictures on ways to treat your parent. Harap membantu sedikit sebanyak~








Yang paling penting rasanya adalah banyakkan doa supaya kita tak termasuk dalam golongan anak derhaka. Cakap sekarang memang senang tapi masa depan nanti semua kita tak tahu lagi. Banyak sangat kes jadi bila anak-anak dah dewasa dan ibu bapa makin tua, ramai dah lupa janji nak balas jasa.  Semoga Allah jauhkan kita dari buat something yang lukakan hati kedua ibu bapa kita sampai akhir nyawa kita. Dan semoga Allah terus jadikan kita sebagai sumber pahala untuk ibu bapa kita sampai bila-bila tak kira sekarang mahupun bila  mereka dah tiada.

Love your parents. Taati lah mereka selagi mana suruhan mereka tidak melanggar syariat Allah. Ingat,

 “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)


Insyallah, Amin..~

=)

! لاَ تَيْئَسُوا - La Tai Asu !

10:26 PM 0 Comments A+ a-

Salam

" Kenapa semangat sangat nak buat semua benda-benda ni sekarang? "

" Sebab nak balik. It's enough. Nak jadi better. " 






اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ


Boleh ke?

Yep, memang susah pun. Siapa kata senang?
Hari ni pun ada dah termissed.
Tapi takpe, cuba lagi. Insyallah mesti boleh.

Tapi kita tak sama kan?

Rendah diri biarlah berpada, sahabat.
Kan rugi kalau terlepas peluang yang Allah dah bagi.
Belum cuba belum tahu.
Usaha dulu, kemudian baru boleh tengok hasilnya.

“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya”

Al-Najm 53:39

Macam mana nak kuat?

Erm..... percaya? 


Because I Believe

I believe in Him
I believe in me
I believe in them
and I believe in you. 

 ! لاَ تَيْئَسُوا 


Allah ma3akum.

Ramadhan Rambles

7:01 PM 0 Comments A+ a-


Salam

Warning 1 : Ini Rambles in a desultory or long-winded wandering fashion. Might take your time without any benefit. The writer had had a culture shock of not being at work, headache due to some health problem, a bit revenge of doing something bad for heart, and tension due to a worsening computer. Read at your own risk. AOR.




A ) 

Spent 2 first Taraweeh with Tok in Kampung Kedah. Reminiscing the childhood moment sekali pergi ramai-ramai ke surau an-najah dengan mama, abah, tok, angah, and dik yah. Erm... cuma kali ni kurang someone important - tokwan. 

Tok did  looked like she's really in struggle with herself. Dengan kaki yang tak berapa nak sihat, tok tak habis-habis recite 'Ya Allah ya tuhan, harap-harap la air wuduk tahan sampai habis' sepanjang jalan - which means sampai ke taraweeh last 20 rakaat. Fuh, tinggi ok semangat tok nak pergi surau jugak sembahyang taraweeh sampai habis. Insaf daku.

1st day habis-habis solat witir tu, kami yang lain dah terperasan tok macam menangis. Eh, mengapakah? 

Angah bisik " mesti teringat tokwan... "

Allah hai... Tokwan~

Kesiannya tok.

It's turn out to be true. Turun je tangga surau, tok dah mula cerita macam-macam pasal tokwan dengan muka yang sembap dan mata yang merah.

" Tadi pandang depan, tok nampak kerusi tokwan hang selalu solat duduk kat surau..."

" Selalu tahun lepas tok wan hang selalu tanya 'mak hang nak naik motor dak ni?' time nak pi surau, tapi tok tak mau. Tok takut jatuh lagi macam haritu.."

" Abang zul tadi jumpa dia cerita dia nangis teringat tokwan tahun ni, selalu depa dua pi bukak puasa sama-sama kat surau selalu.."

and the stories goes on.....~

Nampak tok sebak, kitaorang pun sebak gak. Tapi tak tau nak buat apa, so jadi je lah pendengar setia. Rindu jugak sebenarnya dekat tokwan. Selalu time-time puasa ni tokwan la paling excited sikit. Dulu waktu masih kanak-kanak ribena pun, tokwan selalu gak bawak gi bukak puasa sama-sama kat surau. Kitaorang kanak-kanak amik turn siapa nak ikut tokwan. Tapi tu dulu la. Rindunya~

This Ramadhan might be a little bit hard for us, tok lah terutama. I bet abah pun mesti rasa lain jugak. I just hope Allah will grant us a lot of strength to overcome this moment. Nothing can be done except for duaa. I believe Tokwan is in happy there. Ramadhan is a blissful month, may Allah bless everyone here and there. Ameen...


B) 

Sebagai seorang budak asrama yang dah lama duduk asrama sejak berusia 13 tahun, menjahit yang simple-simple itu adalah satu kerja simple. Ye la, duduk asrama siapa nak jahitkan kalau baju koyak? Takkan nak biar baju berlubang kan? 

Tapi takat tu je lah yang boleh pun.

Tak tau kenapa balik Malaysia kali ni, tiba-tiba dapat hidayah teringin nak belajar jahit baju kurung sendiri. I mean handmade baju kurung - from stratch. Fuh, cabaran tu untuk yang memang tak tahu macam diri sendiri.

How come eh tetiba nak belajar? Mungkin sebab asyik terjumpa orang terer buat baju kurung, tetiba rasa macam eh eh tak boleh jadi nih, nak try jugak. Dan mungkin juga sebab tension bila hantar kat orang, banyak sangat plak problemnya. Baik buat sendiri, jimat pun jimat. And one more thing, saja nak built up diri sendiri yang budak medik pun tahu ye nak menjahit - siap boleh jahit orang lagi. *gelak kejam*

First step, google Dummies for Sewing. *fokus*

Second step, sewing in action! 

Dengan penuh gigihnya buat pola dari kertas suratkhabar lama dengan ukuran yang pelbagai-bagai. Pusing sana, pusing sana.Adeh, berkurun tinggal buat baju (last buat baju adalah baju kedah, time KH jugak dulu. hoho), cramp rasa tangan sekarang. Nak menggunting pun rasa menggeletar. Harap-harap jadi la baju nih. Kalau tak jadi, kita simpan buat kenangan je la. hehe. 

Cuma lawaknya bila waktu malam mama datang observe tengok baju yang dah gunting, terus mama 
" Ya Rabbi..! Apa besar sangat kain ni gunting? Ikut ukuran ke tak? Sampai ngam2 habis baki..Isk3." 

T_T

Adoyai, tak pasal-pasal kena oter balik semua ukuran. Tu la, dah siap ukur masuk kelim, yang gi tambah lagi tambahan time gunting siapa suruh? *orang takut terkecik laaa~* Haha, maka duduk la Puan Mama tolong anak daranya gunting baju semula kasi betul ikut skema. ><  

Susahnya nak belajar. Macam mana orang boleh terer jahit baju ha? Takpe2, praktis make perfect kata orang. Ganbatte Ainul! 

Eh tapi kan I felt something nice bila duduk dua-dua dengan mama buat baju. Terasa macam dejavu sekejap bila teringat keadaan kitaorang malam ni sebijik macam dalam satu gambar waktu saya kecik dulu - mama tengah sibuk nak jahit langsir and her little chubby princess dengan rambut tocang satu datang menyibuk nak tolong gariskan dekat pembaris - which then abah datang and capture the moment. Kan Mama, kan? =)

Habis macam tongkang pecah rumah tu berterabur dengan cebisan kain. Haha. Sorry ma. Nanti orang kemas. Ok, sekarang dah habis satu fasa menggunting. Tinggal nak hantar jahit tepi and then boleh sambung jahit. Hoyeah! Semoga baju kurung menjadi baju kurung dengan jayanya. =p

Tapi malam tadi jugak dapat warning..

" Ma, ni dah tahu jahit baju ni lepas ni boleh amik upah. Dpat duit! Hehe"
" Jangan ngada! Study je dulu. Duit tu tempat lain boleh dapat.." opss. hehe~

* Belum datang aura nak study lepas attachment, maka ini lah kerja kita - rumah.*
* I really wish nak buat baju untuk mama dengan Amira one day. Kalau dah lagi power, nak buat baju untuk abah, Asyraf and Aiman plak. Hoho, tinggi ke langit sungguh cita-cita. AMin... *



C)

It's the 3rd Ramadhan dah. And we didn't go to Bazaar Ramadhan yet. Horeay! =D

Hari-hari masuk dapur masak dengan mama and abah. Since Ramadhan is a special month plus weekend, so the dishes should be quite special. And selalunya kalau special-special nih, the main chef should be Encik Abah~! 

Two days of resepi abah yang jenuh anak dia nak menghafal masuk kepala. Bukan senang nak cari kat internet stail abah. Abah memang hebat memasak. Sukati dia je nak bina resepi baru just dengan merasa something kat luar.  Anak dia? Minat tu minat tapi bakat belum cukup power.. Jangan kan masak je, rumah, taman, semua benda, semua tak capai lagi level master abah. Berapa puluh tahun kena bertalaqi nih?

Yang paling tak tahan, every time kalau buat kerja yang tak kena dengan pandangan abah, ayat dia mesti ada nama mak mertua. Hai, memang mak mertua perlu ditakuti eh? -_-'

Aish, jangan banyak songeh. Sila berusaha jadi anak solehah dengan sangat lebih laju.~

Yosh~ 

** Oh no, ada virus datang menyerang. Laptop jatuh sakit, dengan tuan-tuan dia pun dah dapat sore throat sekali. Semoga Allah cepat menyembuhkan keduanya. Amin...~ **

Da.

Wassalam.


Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *