Jangan Cengeng

11:38 PM 4 Comments A+ a-


salam

Bila dah mula jatuh sayang betul-betul dekat Department Kecemasan

mula lah rasa macam sayanggg sangat nak keluar pergi Department Medical,

kalau tak best karang macam mana?

(T_T)

*sedihnya*

tak boleh ke tak pergi?


Hey budak cengeng!

 "..Dan (ingatlah) ketika orang kafir mengatur rancangan terhadap engkau (wahai Muhammad saw), (iaitu) untuk menangkap engkau, atau membunuh engkau, atau mengusir engkau. Mereka membuat rancangan dan Allah (juga) membuat rancangan, dan Allah adalah sebaik-baik Pengatur rancangan. .."
 ( Al-Anfaal 8 :30 )

" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." 
(Al-Baqarah 2:216)


ngerti ini?

Nak risau apa? Allah kan ada....

Fokus ok, fokus!

Just do your job properly. And the rest, leave them to Allah. 
(berapa kali lah nak ulang nih?)

Fighting! 

sekian~

nanti update cerita-cerita lain ya
doakan saya berjaya dunia akhirat

ma3assalamah.

Ahlan wasahlan kepada diri sendiri ke Medical Department esok
Selamat memulakan hidup baru~ 

*Mulakan hari dengan senyuman*
(^_^)Y beace~

p/s: Entry untuk diri sendiri + kurang manfaat untuk orang lain kecuali kalau sama situasi. hehe

Kekasih di Taman Barzakh

12:41 AM 1 Comments A+ a-


Salam

Hari ini kami sekeluarga berpagian menziarah kekasih-kekasih hati di Taman Barzakh Kampung Kedah (bahagia sikit nampak bila sebut ^^, ). Dah dekat 3 minggu, baru hari ini berkesempatan pergi. Seriously rindu sangat-sangat pada mereka. 

Taman Syurga Fatimah

Fatimah, my beloved sister. Masuk tahun ni maknanya dah dekat 7 tahun dia dekat sini, dah tak berada dengan kami. Setiap kali datang usap batu nisan dia, terbayang-bayang saya mengusap tangan dia yang mulus, rambut dia yang halus setiap hari. Rindu nak peluk dia kuat-kuat setiap kali dia tarik. Kenangan yang akan terus kekal sama, tak berubah sampai bila-bila. Apa agaknya khabar Fatimah ya? Lama tak nampak walau dalam mimpi. Mesti dia tengah gembira kat sana. Dia kan dah memang ahli syurga. = ) 



Tok wan. Pertama kali menziarah tokwan dalam keadaan ni. Tanpa nampak muka, tanpa dengar suara. Sebak. Tahun ni dah tak boleh tanya pada tokwan, tokwan nak hadiah apa? Nampaknya doa-doa je lah yang Arina boleh kasi lepas ni. Maaf Tokwan, Arina tak sempat balik haritu. Rindu sangat-sangat dekat Tokwan setiap kali balik rumah Tok. Nampak kerusi malas tokwan, nampak keychain tokwan, nampak bengkel tokwan. Haih. Sampai posmen pun tanya tokwan pergi mana lama tak nampak. Tapi tokwan mesti sekarang tengah rehat dengan bahagia kan? Patutnya kitaorang happy, sebab tokwan dah lapang tanpa gangguan. Rest in Peace, tokwan!  =)

*alfatihah*

Wahai Allah, ampunilah Fatimah dan tokwan, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya...
Amin.

p/s: Kali ni saja nak letak gambar taman diaorang dalam blog, nanti rindu-rindu kalau tak dapat ziarah, boleh tatap puas-puas dekat sini. 

p/s: Ada orang bergurau nak cop tempat dekat sini jugak nanti. Haih, kot ye pun, kasi can la Arina balas semua jasa-jasa dulu, nak habiskan semua impian-impian dulu.. Ni orang malas nak balik Jordan nih. Bikin orang cuak je. 
*Ya Allah, makbulkan doa-doa dan impian aku..*
.
.
.
.
terjumpa ini
puisi dari Ahmad Fedtri Yahya

TENANGLAH DIKAU DI SANA
(nak tribute untuk Fatimah dan Tokwan)


Sekalipun malam ini
kita mengalirkan air mata darah
dan meratap hingga esok pagi
Tidak mungkin orang yang dirindui
akan kembali berada di sisi
seperti selalu

betapa memori yang berlalu itu
membuatkan perasaan seperti tengkujuh bila tiba musimnya

Hati ini pasti menangis 
dan terus menangis 
tertekan

Betapa hati ini tertekan
saat wajah yang sarat 
dengan kasih sayang itu hilang dari pandangan
yang ada hanya potret lama yang terdakap di kamar kenangan

sekejap sungguh kalian hadir di sini 
rindunya hanya tuhan yang tahu

menjadi bintang dan pujaan 
adakala dicerca 
adakala disanjung
ada kala menderita 
ada kala kesepian 
ada kala dikhianati
ada kala di benci

hari ini berduka esok senyum semula
kerana itu kalian amat istimewa 
seteguh kesabaran di hati

bukankah kita pelakon di pentas dunia
dan tuhan telah mematikan watak kalian
tidak bisa lagi menyanyi dan berdrama dengan karya pujangga 
kerana ada pentas baru di alam berbeza

kami relakan pemergian kalian 
walau berat rasa hati melepaskan pergi
kerana itu takdir dan suratan hidup 
dan kami pasti menyusul
pada suatu detik yang menjadi rahsia illahi


Info best:

Rindukan kesayangan anda yang dah tiada?
Rasa lost? Terputus? Hilang?

Tidak. Tidak. Tidak.

Sabar...

Kita masih boleh berhubung dengan diaorang tahu.
Err tapi bukan lah berhubung macam kita pakai handset tu. 
Tu dah macam syirik la plak. (say no to WARIS kekasihku seru,ok ~)

Maksudnya dekat sini, kita still boleh sampaikan pahala dengan diaorang. Secara basicnya begini..


إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh”(HR. Muslim no. 1631)


Nak lebih pembacaan : 1, 2, 3

 Bak kata buku La Tahzan, jangan lah bersedih hati (kejap takpe, berpanjangan tak boleh) kerana dukacita tidak bisa membawa kembali sesuatu atau seseorang yang telah pergi, ia tidak bisa menghidupkan kembali orang yang telah meninggal dan ia tidak bisa mengubah dan memberi manfaat apa pun. 

Daripada kita berterusan sedih-sedih sampai menyalahkan takdir, kan lebih baik kita mendoakan mereka dan membantu mereka jugak? Sebab suatu hari nanti, ingatlah yang kita juga akan menuruti jejak langkah mereka yang pergi. So, insyallah kita akan jumpa lagi. 

Tapi selagi belum sampai masa kita, buatlah yang terbaik dalam hidup ni dulu. Persiapkan diri untuk dunia seterusnya. Selagi ada peluang, ambiklah. Jangan dilepaskan. Grab semua pahala yang ada kalau boleh. Hidup ni kan untuk Allah. Untuk agama, untuk ummat, untuk mak ayah, untuk sesiapa yang memerlukan. Jadi, live your life to the fullest.Nabi pun pesan,

“Jika pun berlaku kiamat, di tanganmu masih ada benih pohon kurma, jika kamu berkesempatan menanamnya, maka hendaklah kamu menanamnya.”

ok, 
kearah kecemerlangan dunia akhirat

Ma3assalamah~

Empathic Doctor

9:57 AM 5 Comments A+ a-

Salam


Hari ini apabila mata menyaksikan ...

seorang doktor muslim yang dengan selamba mengatakan "Tangan awak tak patah kan? Nah, lap sendiri gel kat perut tu" pada pesakit yang terbaring lesu lepas ultrasound sebelum terus pergi sampai patient tercengang berusaha sendiri 


dan


seorang doktor non-muslim yang dengan concern menerangkan "Kehidupan berkeluarga ni kena kerjasama ibu dan ayah untuk jaga kesihatan keluarga" pada parent seorang bayi yang hanya demam biasa sampai tiba-tiba bilik jadi sesi kaunseling keluarga berjaya.


Lalu, kami sebagai pelajar perubatan biasa hanya mampu melihat dan berdoa


" Maha Suci Allah, Pemegang hati-hati manusia. Berikanlah hidayah untuk keduanya. Moga suatu hari nanti Kau tetapkanlah kami agar menjadi doktor yang hatinya basah dengan nilai iman dan kemanusiaan walau apa jua keadaan dari mula hingga ke akhirnya  Sesungguhnya kami ini hamba-Mu yang lemah lagi hina. Amin ya Rabbal 3alamin. "  
-sambil benam dalam2 di dasar hati, tolong jangan nanti jadi macam ni- 


Empati, mana kamu pergi?




p/s:

Memanglah bukan semua doktor sini perangai macam ni.  Ramai lagi doktor muslim yang akhlaknya cukup mantap yang saya dah jumpa dekat sini Tapi cukuplah sekadar bertemu sekadar seorang dua yang adabnya kurang, tersiat-siat rasa dalam jiwa. Dia terlupa mungkin untuk bayangkan apalah agaknya rasa kalau keluarga sendiri kena layan begitu rupa.

Nak tegur, tak berani
Nak report, tak sampai hati
Doa je lah yang mampu
Mungkin sebab beliau masih hijau (mentah dlm pengalaman)
Let us hope dah makin lama nanti, ethic + manners beliau lebih baik dari sebelumnya

Apa-apa pun, saya cukup respek pada doktor yang masih mampu tersenyum dan bersabar di depan patient bila patient datang dengan pelbagai ragam. Belakang lain cerita lah, kadang-kadang geram pun memang kita kena lepas gak. Tapi yang penting, depan-depan tu kan bagus kalau kita behave dulu seketika.

** Sebelum habis attachment kat Emergency nanti, InsyaAllah saya nak jumpa face to face dengan doktor-doktor penyabar kegemaran saya dekat sini untuk minta nasihat terutama Doktor Suzan (Indian) yang sangat-sangat tip-top dalam menasihati patient macam pakar psikiatrik. Never once she failed to amazed us everytime she deal with the patient.

Last week, seorang Chinese mother sangat-sangat terima kasih dekat dia sebab tolong ajar macam mana nak handle budak kecik punya mengada-ngada walhal takde kaitan sangat dengan problem budak tu datang klinik. Today, even kes setakat baby demam biasa, Dr Suzan kasi management very detailed to the root of the problem sampai akhirnya terbongkar rupanya ibu selalu kecik hati dengan ayah, ayah selalu tension dengan ibu bila anak sakit - dah jadi bilik kaunseling plak green zone tu bila doktor Suzan nasihati diaorang sambil ibu nangis-nangis dan ayah tunduk-tunduk sedar silap sendiri. 

Bak kata Amirah - "Dr Suzan ni kan macam contoh terbaik Doktor yang bukan sekadar prescribe ubat pada patient, tapi dia prescribe kehidupan... " 

......dan lagi best sebenarnya kalau dapat dimasukkan sekali dengan nilai-nilai ad-din kita...... =)


Ingat Ainul, dah kerja nanti baca balik entry ini - jangan sesekali kamu jadi doktor yang tiada empati!


Ok, sekian


** Nak diingatkan juga, ini adalah satu-satunya benda yang kureng sket lah yang saya jumpa dekat sini (hospital seberang jaya) sepanjang 2 minggu dekat sini. Maka boleh kata dia macam ratio sangat-sangat nipis. Staff A&E mostly sangat baik dan sangat bagus. Entah kenapa hari ni terjumpa situasi atas tadi. Mungkin juga doktor tu tersilap atau teremo sebab penat. Husnuzon dulu ya. Apa-apa pun, doakanlah yang buruk itu berubah, dan yang baik itu dikekalkan. Insyallah.





A&E Family of Hosp. Seberang Jaya

1:15 AM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah hampir masuk 2 minggu jadi penyibuk setia dekat Department Kecemasan Hosp. Seberang Jaya, Penang. Dekat sini, saya ada ditemani  dengan 2 lagi student preklinikal dari Mansoura - Amiratain (2 Amira). So far, rasanya saya memang enjoy buat attachment dekat sini. Best!

Minggu pertama, kami cuma dibenarkan untuk melihat-lihat sahaja orang buat kerja. Tapi sebenarnya rasanya banyak kali jugak tolong secara tak langsung bila doktor dan staff kelam kabut waktu peak hour. Just belum cucuk orang sendiri  je lagi. Okay lah. Staff-staff dekat sini semua cool dan best! I've learn many things and got many experiences even baru nak masuk minggu kedua duduk sini.

Kalau dulu awal-awal nak masuk, rasa takut sangat sebab asyik dimomokkan dengan cerita-cerita belakang tabir Hospital di Malaysia yang saya rasa macam agak banyak horror . Tapi bila dah masuk sini, rasanya takdelah horror sangat pun. Ok je. Masalah-masalah sampingan tu memang la ada, tapi the most important things is how you yourself react to the situation. Kalau kita pandai handle, masalah pun tak nampak macam masalah sangat. Life pun takdelah sampai stress gila-gila.

Perkara pertama yang saya perasan waktu awal-awal datang sini adalah team management yang sangat dititikberatkan dikalangan staff dekat sini. Dan tulang belakangnya yang paling kukuh tentulah dia punya Bos - Head of Department! (HOD). HOD department kecemasan sini adalah seorang doctor malay woman named Dr Azleen. Age dalam lingkungan 40 something. Gaya dia seriously macam Dr Muhaya. Sangat pakar motivasi, sangat mantap dalam public relation and sangat berpersonaliti. Everytime dia cakap dalam morning report rasa sangat WOW! Orang tak berdispilin pun rasa macam mesti kena jadi disiplin sebab segan dengan dia.

One of the most important things that I love about her ialah dia punya skill bermasyarakat. Kitaorang semua ahli-ahli dalam department tu everyday akan diingatkan yang 'ALL OF US ARE A FAMILY'. So, kenalah be like a family. Kena tahu semua nama staff, kena senyum and greet everyone everytime jumpa, kena treat each other dengan baik, tak puas hati jumpa belakang / cakap depan, kena take care of each other, backing up each other before investigate, work as a team and blabla3. But, how?  Dr Azleen akan buat  aktiviti testing-testing pagi-pagi dalam certain hari untuk check. Seriously cool! Siap ada pesan-pesan lagi there should not be any perasan terer dekat sini- HO kena hormat staff, doctor kena treat staff same level and so on. Awesome! Tapi kalau tak buat kerja baik, ha siaplah kena sound dengan tegas by her. Bagus kan?

Ini yang saya suka nih. Baru rasa best bila kerja. Kenal semua, dan boleh sembang-sembang dengan semua dengan baik. But still lah ada je sorang dua yang saya masih cuak-cuak nak dekat nak tegur, tapi takpe slow-slow dulu. Ada timing nanti, kita masuk la pelan-pelan kan?  ^^, Till now rasanya I've known more than half of the doctors and staff here.

Dr Azleen the awesome big boss, Dr Suresh the best 2nd big boss and my most respectful lecturer here, all the cool and amazing Dr  MOs - Dr Pratap, Dr Anusia, Dr Liu, Dr Don, Dr Brian, Dr Chee, Dr Suzan, Dr. Mathi, Dr Tarun, Dr Lian, Dr lelaki-melayu-yang-terlupa-nama (ada lagi ke eh selain nih?), all the good and hardworking abang kakak Dr HOs - Dr Loo, Dr Sivan, Dr Sivansangari, Dr Victor, Dr Victor 2 ( lupa nama tapi cam muka sebab suka gaduh dengan kitaorang), Dr Lee, Dr Chen, Dr Cheng, Dr See (?), Dr Hoong, Dr Suja, Dr Faried, Dr. Kavitha, Dr Nazmi, Dr Vanessa, and few other doctors Chinese yang saya selalu mixed up nama, all the supportive kakak nurse - Kak Zura, Kak Iwani, Kak Nadia, Kak Nadiah, Kak Mashitah, Kak Anees, Kak Mimi, Kak Ros, Kak Dayah, Kak Mira, Sister Hajjah dan kakak2 lain and also all the funny and talkative encik-encik PPP and PPK - En. Ravi, Haji, en. syafiq, en. viginesh, en. faiz, en.nik, en qayum, en. anas, en kamarul, en. aswad, dan ramai lagi encik-encik lain yang saya lupa nama sebab ramai sangat.

Everyone are so good to us. Jarang la kena marah (means pernah je kena sekali - tu pun sebab doktor salah faham je kot. Plus dia tengah berasap maybe sebab lapar dah tengahari but patient still ramai. hehe). Yela, nak marah apa la sangat kat student, banyak je tak tau. ^^,

Since we are a family here, maka semua staff terutama doctor-doctor muda dekat sini juga memang diajar macam mana nak protect diri sendiri dan department bila berurusan dengan department luar. Disebabkan department Kecemasan ni selalu jadi pintu pertama untuk pesakit masuk hospital, memang jumpa boleh jumpa terlampau banyak ragam manusia. Tak kiralah patient yang bermasalah atau orang lain macam waris atau department lain yang bermasalah. Apatah lagi apabila department kecemasan ni asyik selalu bakal jadi kambing hitam kalau apa-apa jadi nanti.

Sebab itu, sepanjang 2 minggu saya ke hulu ke hilir ikut doctor dan semua staff, banyak sangat cerita dalaman yang saya dah dengar. Dan saya juga dapat tahu dan belajar sendiri cara-cara mereka nak handle masalah macam tu. One of the jalan penyelesaian adalah jadi tegas! Tapi untuk doctor-doctor muda yang biasa nak jadi tegas kadang-kadang sangat lawak. Tambah-tambah bila dapat tips dari senior doctor yang boleh tahan otai dan banyak idea gila. Funny yet really serious and important untuk kemaslahatan semua.

Overall, semua staff and doctor sangat supportive dan banyak bantu kami nak kenal sistem hospital dekat malaysia. Selalunya makin tinggi jawatan doctor tu, makin rajin dia nak mengajar kita. Kalau HO memang kadang-kadang kita kena approach lebih sikit, sebab diaorang kelam kabut nak buat itu ini banyak. But still, they are willing to help you - even it might take a little bit of time to have the answer. Kalau nurse dengan encik PPP or PPK lagilah, the best ever! Sangat-sangat baik.

Kena marah dengan doktor? Setakat ni sekali je depan patient n staff , sebab tak tau dengue. Huahua. Padan muka. Tapi no offense pun rasa. Alhamdulillah, tapi lepas tu tak pasal-pasal femes satu department, ada satu hari tu, everytime bukak buku lama sangat lama mesti ada yang tanya " dik, nak cari info apa? kalau nak tahu lagi pasal dengue, tu sana ada papan dengue kalau nak baca." Aiseh, segan plak tapi rasa terharu sebab ramai helpful nak tolong. Tapi lepas tu tak kena marah dah pun, even tak tau something, they are still okay.

Dalam satu department kecemasan ni, kita ada 3 zone. Zon Merah untuk resus area (paling teruk), zon kuning untuk separa teruk dan zon hijau untuk yang takdelah teruk sangat. Bayangkan setiap zon ada satu staff nurse, satu MO, satu atau dua HO, dan beberapa PPK dan PPP. Bila peak hour time pesakit masuk tak henti-henti, fuh ke hulu ke hilir semua orang busy. Zon Hijau siap selalu kena deal dengan patient mengamuk lagi sebab diorang kata doktor lambat walhal pesakit sebelumnya yang agak kadang-kadang lewat sikit.

Dah makin lama berada di sini, saya dapat perhatikan pattern perangai doktor masing-masing dan staff-staff yang bertugas. Alhamdulillah dari kesemua staff dan doctor yang ada, saya perasan tak ramai pun yang jenis angin kus-kus. Ada lah sorang dua je. Kalau dah nampak macam lain macam je, better duduk jauh-jauh la. Just look and see only. Don't ask nor nyibuk lebih-lebih sampai diorang cool down sikit - diaorang sangat baik je sebenarnya bila tak angin. Dan sometimes adalah lebih baik bila mereka yang tengah angin itu blah, kita cuba cool down patient balik kalau patient plak angin sebab doktor angin. Backup family la katakan. Lagipun kita sendiri dah nampak betapa sibuk ya amat dan letih ya amat doktor-doktor kat sini. So, husnuzzon je la dulu. And amankan keadaan. Ini juga pesan Dr Azleen. =)

Tapi yang lain, mostly sangat awesome dan pandai kawal diri. Ada beberapa doktor MO dan HO yang saya sangat suka dekat sini. Diaorang sangat peramah, suka buat lawak, and tak terpengaruh pun dengan emosi sekeliling. Kalau diaorang penat atau sakit hati dengan sesiapa. diaorang mengadu dekat partner yang ada time tu or buat tak tau saja. Either seriously mengadu sedih pada rakan sekerja atau buat lawak merapu kepada kitaorang si adik-adik yang selalu tolong jadi pom-pom family kat sebelah (asyik nyebut "sabar doctor, sabar.." banyak2 kali) . Pastu buat mesyuarat tingkap ramai-ramai kat meja. haha. Best2!

Oh ye, disebabkan department kecemasan ni sangat busy kecuali kami si medik student yang paling rileks, maka memang lah saya sangat bersimpati dengan warga kerja dekat department nih. Perkara alamak! pertama yang kami dah pernah rasa adalah tak duduk langsung dari pagi sampai petang berjam-jam. Berdiri sepanjang masa clerk patient terutama bila kerusi pun penuh (nak duduk kerusi pun seminit dua, then bangun balik). Patah pinggang aku! Nasib baik dah biasa time round surgery kat Jordan dulu sampai terpengsan, kiranya ok la boleh adapt sikit. Kakak nurse pun dah pesan, ni salah satu azabnya bila nak duduk kecemasan. Itu pun kalau nak makan or nak solat, pandai-pandai la curik masa sket tengah-tengah patient tengah dah stabil sikit ke then pergila pecut kejap. Takleh lama-lama, kang kesian kat orang lain kerja kelam-kabut. Makan pun siap makan kat pantry je. Jangan harapla nak lenggang kangkung pergi kantin macam kitaorang yang student nih.

Apa lagi ya nak cerita?

Cases? Banyak sangat la plak yang itu. Kita cerita about family of this department je lah dulu ya.

Ok lah. sampai sini je dulu. Next time kita sambung lain tentang attachment ni.

Till Then

Ma3assalamah.


p/s: A & E stands for Accident & Emergency.


Akhlak Day in Amman

3:27 PM 9 Comments A+ a-

Salam



Berbaki lagi sehari dua sebelum bakal terbang ke Malaysia, maka hari ini saya khususkan untuk ke Amman membeli hadiah buat orang Malaysia. Kebetulan yang menempah kiriman tahun ini agak banyak. Jadi awal-awal lagi saya sudah berdoa harap-harap rezeki kami dimurahkan pada hari ini.

Awalnya kami mahu ke balad Amman, memborong souvenir di sana. Tapi bila teringat tengahari sekarang sangat berbahang, batal lah. Baik pergi Kedai Al-Afghani dalam Mecca Mall sahaja, berbumbung sikit. Tapi harganya memang agak jauh sikit lah beza, tapi kualiti dekat sini lagi bagus. Takpe, kita testing dulu. Kalau tak cukup barang, petang-petang sikit nanti baru ke balad.

Hampir dua jam ke hulu ke hilir dengan taukey Al-Afghani mintak itu ini dari sekecil-kecil benda seperti keychain dan cincin (dia jadi model) hingga sebesar-besar benda seperti fannous sampai tak cukup bakul, kami serahkan pada dia untuk mengira - lepas kami dapat detect selalu dia yang kasi diskaun paling tinggi.

keychain besi kualiti paling elok dari 1.35 JD jadi 1 JD
fridge magnet 2 JD jadi 1.25 JD
gelang benang 0.75 JD jadi 0.5 JD
penanda buku 0.5 JD jadi 0.3 JD
mug plastik 3.25 JD jadi 2.75 JD
tshirt 8.50 JD dari 6 JD
cincin batu 21 JD jadi 17 JD
fannous dari 19 JD jadi 15 JD

total diskaun semua adalah lebih dari 20 JD! =)

alhamdulillah3x~ Moga Allah murahkan rezeki pakcik-pakcik~

Dah la tadi saya dah cukup kagum tengok salah seorang pakcik tuan kedai ni speaking fluently in French layan customer French sambil terang pasal 'apa itu azan' kat orang-orang French ni. Then start plak bukak cerita pasal Islam in France dekat kawan-kawan sekedai dia. Good2~ ^^, Jumpa lagi pakcik!

Owh, ada benda lagi yang tak cukup. Jadi ok lah kita ke balad Amman pula lepas solat Asar.

Di Amman, ada dua kisah.


Dari asar sampai nak maghrib, kami sedaya upaya nak cepat-cepat habiskan beli semua list sebab esok malas dah nak keluar. Tapi sampai ke maghrib, Syarsyaf (alas meja) tak jumpa-jumpa lagi yang seperti yang ditempah. Tension.

Kisah pertama bila saya mula nak terbuat perangai sebab maisarah asyik tak henti-henti bertelefon bila saya perlukan dia untuk tengokkan mana satu baju yang better cepat-cepat untuk orang Malaysia bila petang makin larut . Ada sekali tu saya terdengus geram dan terbebel depan sorang pakcik ni bila maisarah kelam kabut kejap datang kejap keluar. Sekali pakcik tu cakap pada saya "Ya anak perempuanku, tak baik kau buat macam tu. Kawan kau tengah sibuk. Sabar." dengan penuh nada tegur yang kasih sayang. Aaa! segannya! T_T tapi kenapa tetiba rasa terharu plak ni kena tegur. Ish, terima kasih pakcik. Masuk ke dasar hati nih pakcik tegur.

Kisah kedua pula di kedai terakhir kami sebelum maghrib itu adalah kedai souvenir tingkat dua yang memang selalu dikunjungi oleh student-student Melayu di sini. Salah seorang penjual muda di kedai tersebut (alamak, lupa nama) sangat bijak dan mesra pelanggan. Selain tabah melayan kitaorang yang banyak songeh, dia siap tolong lagi bawa kami ke kedai-kedai Syarsyaf yang dia tahu supaya kami dapat jimat masa. Syukran!

Kebetulan dia ni bakal melanjutkan pelajaran ke Malaysia dalam tempoh yang saya tak sure bila - dalam bidang perlancongan. Maka bersemangat sungguh dia nak praktis bahasa Melayu dengan kami. Total perbualan  hampir separuh dia try guna bahasa melayu. Semangat!

Keupayaan bahasa dia bagi saya agak tinggi berbanding biasa- Selain Arab, dia fasih English dan sekarang dia tengah study bahasa Melayu dan bahasa Jepun. Bila dia dapat tahu yang kami juga tahu serba sedikit bahasa Jepun, makin excited dia bantai cakap 4 bahasa terus - Arab, English, Melayu, Jepun. Dah la laju plak tu bercakap. Bab memperkenalkan diri je dah sangat power, seperenggan lebih lagi dia kasi. Wohoo.  Siap tunjuk juga pada kami buku bahasa Jepun level one yang dia tengah study dan hiragana yang dia sedang praktis.

Bila kami tengah sibuk memilih, dia bising cakap melayu....
" Ini cantik. Murah. Okay la... Dua belas dapat sembilan dinar sahaja" 
(sapa ngajar dia lah lah ni?)

Bila kami tak dapat jumpa macam yang kami mahu, dia semangat memujuk guna Jepun...
" Sumimasen ne.. Ano..daijobu desuka? Doushiyou..? "
  ( aku duduk negara mana sebenarnya nih?)

Bila kami nak balik, semua sekali dia keluar...
" Okay, ma3assalamah, see you, jumpa lagi, sayonara! Hajimemashite!~
(bye!)

** Dia cakap lepas habis Japan, dia nak try study Chinese plak. Wow, banyak mana dia nak belajar? Hebat! So, kitaorang pun promote la alang2 engkau nak study semua bahasa Asia, apa kata pergi belajar bahasa Korea sekali. Lengkap sikit. hehehe.. =p

Ok, mari balik. Dah maghrib~

Tahan teksi, dapat terus satu kereta sarfis putih milik sorang pakcik tua nih. Kami pun terang yang kami nak ke Mujammak Tobabbur. On the way tu, dia tanya either yang kami ni nak pulang ke Irbid ke? Kalau nak, dia boleh hantarkan terus. Seperti biasa, benda pertama kena tanya adalah Berapa Cas Pakcik Ambil?

Selalunya teksi ni kalau jenis kedekut, dia akan mintak 20-30 JD untuk ke Irbid. Sarfis plak depend on driver dia. Minima selalu kami dapat 3-4 JD sorang (12 JD untuk 4 space) untuk sampai pintu rumah kalau dari Mujammak. Tapi pakcik ini dia bagi penerangan harga detail ya amat.

Balad - Tobabbur : 3 JD
Tobabbur - Irbid : 2.50 JD
Irbid - Syari' Jamiah : 1.80 JD (kot)
and a few harga lagi....

tapi total sum up bila kira-kira Balad Amman ke Pintu Rumah Kami adalah 10 JD untuk 3 space. Eh, Murah sangat sambil jimat masa sebab dah lewat!

On the way tu juga, dia tanya boleh tak kalau dia amik penumpang lagi yang sehala. Well, go on lah pakcik. Kitaorang tak kisah. Kitaorang lagi ok sebab boleh murah. Sekali rupanya malam ni, sepanjang dia bawa kami balik Amman ke Irbid, hampir 4 penumpang tambahan dia tolong sepanjang jalan - cas pun setakat sorang 0.75 kursy untuk dalam sekilometer dua. Wah, baik sangat pakcik nih. Sampai ke orang tahan tengah jalan tengah bukit pun dia tolong bawak gi kasi ke tempat banyak teksi. Sob3, insaf kitaorang.


Oh ye, sebelum tu kitaorang ada pesan yang kitaorang nak stop solat jama' maghrib dgn isya' kejap before balik. Plan asal nak solat kat Mujammak Tobabbur, tapi bila ada sorang penumpang tambahan nak ke Sweileh, pakcik tu bawak kami solat kat masjid Ishak Abdul Jabar Al-qawasimi (?) dekat area 3urjan.

Bila nak turun, kami nak bawak turun skali plastik-plastik barang tapi pakcik tu perasan kot yang kami macam ragu-ragu takut dia lari so dia pun cakap "Don't worry! Tawakkaltu 3ala Allah, aku tunggu. Kalau korang tak caya, aku tunggu kat depan masjid. Aku tak masuk kereta" Erm, boleh caya ke nih? *risau*

Mula-mula, dia pun keluar sekali dengan kami ke masjid dan siap tolong pergi tanya orang masjid lagi mana tempat solat untuk wanita. Dalam hati kami masih ada ragu-ragu, Ya Allah harap sangat pakcik ni tak jahat. Habis solat, bila keluar cari pakcik, kami nampak dia tengah duduk atas bahu jalan depan masjid, jauh dari kereta dan tak tunggu dalam kereta - sebijik macam yang dia janji. Allah! Alhamdulillah.. Pakcik baik!

Habis kami solat, dalam perjumpaan kami stop kejap di mujammak Tobabbur kot-kot ada sapa-sapa nak ke Irbid. Dalam 10 minit, takde. Baru nak bertolak, tiba-tiba ada seorang lelaki berkejaran ke kereta kami. Pakcik baik ni pun gostan kereta dia dan tunggu lelaki tu masuk. Dalam kereta, kami memasang telinga.

Pakcik : Eh, mana kau pergi tadi. Aku tunggu rasanya tadi takde orang.
Lelaki : Maaf. Maaf. Aku tengah solat belakang kereta satu lagi. Nak sahut tak sempat. Nasib baik Allah buat kereta kau nak bertolak betul-betul lepas aku habis. Alhamdulillah

Allah.Allah.Allah.Allah.

Lelaki: Eh, yang belakang ini orang mana? Malaysia ke Indonesia?
Kami : Malaysia2~
Pakcik :  Diaorang ni Malaysian ya akhi! Muhtaram katheer. Tadi aku bawak diorang dari Balad Amman nk ke Irbid. Kau tahu, diaorang sanggup nak solat maghrib dulu sebelum balik Irbid. Jarang ni kita jumpa akhawat muslim yang muhtaram, aurat tertutup bagus, shopping-shopping pun ingat nak solat, aku pun disuruhnya berhenti sebab nak solat, lepas tu mengingatkan aku supaya amanah so aku pun keluar kereta sebab nak buktikan yang aku ni amanah. Ingat dekat Allah.. blablabalablablaa....


(cop.cop.cop amboi pakcik, over nampak. Nampak sungguh malaikat betul kami nih dari ayat pakcik. Segala puji-pujian tu kita balikkan pada Allah ye pakcik)

Kalaulah pakcik tahu yang malam ni saya tetiba rasa macam Allah asyik nak pesan suruh berakhlak mulia melalui akhlak pakcik. Daripada cara pakcik layan setiap penumpang-penumpang pakcik sepanjang jalan, daripada cara pakcik yang tak henti-henti pesan kat kami next time amman better pergi mana lagi murah, daripada cara pakcik yang time pergi stesen minyak pakcik offer kami air yang pakcik dapat dan daripada berpuluh-puluh offer dari pakcik untuk jadi seperti ayah kami dan tempat rujukan kami kalau nak kereta atau guide kemana jua kami nak pergi, saya rasa macam Allahu Akbar, ni yang saya sayang Jordan nih! Nasib baik sempat kenal pakcik sebelum grad.

Lagi taching to the heart bila pakcik terkejut macam tak puas hati sedih yang kami nak balik lusa sedangkan bila dah kenal-kenal sikit tadi, pakcik plan nak bawak kami jumpa Ummu Rami satu famili (nama pakcik ni Abu Rami) dan belajar macam-macam termasuk masakan arab dan tidur rumah pakcik esok. Alahai pakcik,  terima kasih banyak-banyak. Don't worry. Kami still ada lagi setahun kat sini. Insyallah, kita boleh berukhwah secara satu famili lagi lepas ni lepas kami datang balik =)

Dan kisah terakhir bila kami nak bayar duit sebelum turun. Sebab dah terbiasa, saya suka untuk buka lampu dulu sebelum bayar sebab dulu pernah kena tipu dengan satu teksi ni yang kata saya bayar sedinar padahal saya kasi 5 dinar.

Tapi tadi tak sempat saya capai lampu, Maisarah dah hulur duitnya pada pakcik. Dan kebetulan pakcik ternampak tangan saya yang sedang menghala ke lampu. Dia bagi balik duit tu dekat Maisarah semula dalam  less than a minute, bukak lampu, senyum dan cakap pada kami  "dah confirm ni yang duit kau kasi tu betul 10 JD? Bukan lebih, bukan kurang? Kalau dah confirm, baru aku amik." - Alamak pakcik, kantoi plak saya. hehe. Yup! dah yakin dah.  Alhamdulillah jugak, selamat sampai depan pintu rumah sebelum qarar. =)

Terima kasih untuk hari ini ya orang-orang arab yang baik-baik ini semua. Kalian sangat best. Serius saya rasa rindu dan sayu nak tinggalkan Jordan bila saya jumpa orag-orang macam kalian nih. Akhlak subhanallah, 3adzim!

 Ini salah satu sebab macam mana saya boleh jatuh sayang kat Jordan even kadang-kadang tension duduk sini lama-lama. Bukan senang nak jumpa orang yang akhlak mulia macam mereka dalam masyarakat sekarang. Di Malaysia apatah lagi, saya sendiri dah selalu kena pesan dengan ayah, bila balik Malaysia sila jangan mudah percaya orang terutama orang asing tepi jalan apa lagi pakcik teksi. Dah la sekarang banyak kes culik, fobia saya nak open up dekat Malaysia. Tersilap gaya, bahaya jadinya.

Tapi saya yakin, ramai je lagi orang baik atas muka bumi Allah nih. Insyallah. Hopefully suatu hari nanti semua orang kat dunia ni akan jadi baik (boleh je kan?) dan membaikkan juga orang sekeliling dia juga supaya jadi baik. Barula aman sikit dunia, ye tak? Dan semoga Malaysia dapat turunkan bilangan orang hilang sebab bila dah kawan sendiri dah jadi mangsa hilang, saya jdah makin tak selesa dengan suasana merbahaya nih.


Ok, sekian.
Ingatkan hari ni dapat habiskan beli barang je,
rupanya dapat kuliah fresh dari Allah lagi tentang akhlak melalui semua orang hari ni.
Alhamdulillah~

Esok, boleh get ready packing dan lusa boleh fly.

Selamat Tinggal Jordan,
panjang umur insyallah kita jumpa lagi - lepas raya nih.

Ma3assalamah~
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *