End of 5th Year


ALHAMDULILLAH~
Thousand praises to Allah!

Selepas 3 minggu berjaga, berusaha, bersengkang mata
semata-mata nak lalu 11 subjek final exam
yang mendebarkan...

well, tellah terbukti 
I'm not dead yet.
(ok tapi kalau pengsan, yep dah nak pengsan banyak kali. )

Y(^_^),

Alhamdulillah 3x

Sekarang tinggal nak tunggu result keluar dalam masa seminggu dua.

Untuk yang mendoakan, terima kasih banyak2.

Moga Allah sentiasa memudahkan urusan kalian juga. Amin. 

Ok.

Bye 5th Year!
say Welcome to Final Year!

(and hello Malaysia, I'm going home ....~ ^^, )

p/s: Gambar di atas kekurangan budak Malaysia secara amat kronik. Sebab ramai dah pusu-pusu balik rumah nak pergi Gathering MedistJUST akhawat dengan kawan-kawan dentist yang dah grad. Rindu + Lapar. =)


Pengemis Doa

Alhamdulillah! Alhamdullillah! Alhamdulillah!

Hari ni rasanya adalah hari yang paling bahagia dalam bulan nih. Sebab yang pertama adalah kerana semua rakan sebatch saya yang dentist dan senior-senior medik dah berjaya grad dengan jayanya~  Alhamdulillah.

Bangun je dari rehat lepas exam pagi tadi, tengok-tengok dekat facebook dah penuh ucapan syukur dari orang-orang yang berjaya grad. Tak tahu kenapa, tapi  waktu tu rasa sebak sangat-sangat.

Mungkin sebab sebelum ni asyik ikut perkembangan diaorang final exam dalam twitter, macam-macam harapan dan kejadian yang saya nampak. Paling saya takut sekali adalah bila nampak ramai senior-senior doa sungguh-sungguh supaya hati-hati doctor-doctor yang malignant tu dilembutkan supaya diaorang dapat high mark. Lulus pun dah cukup bagus.

Serius cakap, baca status diaorang time final, saya plak yang rasa nervous dan cuak. Mengharap sangat-sangat semua kawan-kawan dan senior-senior dapat grad dengan flying colours.



Dulu ada kawan pernah pesan, dalam banyak-banyak doa yang cepat makbul adalah doa seorang kawan kepada sahabatnya. Waktu itu saya terfikir, entah-entah saya berjaya sampai ke tahap ini pun sebab ada kawan-kawan saya yang selalu doakan saya. Mana kita tahu kan? Jadi, kenapa tidak saya doakan untuk kawan-kawan saya jugak?

Jadi atas sebab saya bersyukur banyak-banyak pada sesiapa yang pernah doakan saya, saya juga nak doakan kejayaan kepada semua kawan-kawan saya yang saya kenal. Lagi rapat dengan saya, lagi lama saya kenal dia, lagi saya banyak tahu tentang kondisi diaorang, selagi tu saya akan usaha untuk sebut nama satu-satu dalam doa saya. Saya pohon moga Allah mudahkan segala urusan diaorang dan makbulkan semua doa-doa diaorang. Moga-moga saya sendiri tak lupa diri bahawa ada diantara mereka yang mungkin pernah dimakbulkan doanya untuk saya.

Dan hari ni dalam debaran nak keluar exam - Alhamdulillah semua doa-doa saya makbul! (Mungkin je lah, sebab yang mendoakan mereka pun bukan saya sorang. Ramai lagi. Itu belum campur mak ayah diaorang yang confirm lebih jauh lagi sentiasa cepat makbul dari doa saya)

Cumanya yang menyentuh hati saya adalah tiba-tiba saya sangat sebak bukan sekadar sebab semua lulus. Tapi saya rasa sangat sebak sebab Ya Allah, rupanya Allah makbulkan semua doa-doa kami. 


Bila teringat exam final year yang jauh lagi bahaya dari exam kami yang tahun lima ni - dengan keluasan tahap benda yang kena hafal dan tahu, dengan vivanya yang boleh menggeletarkan seluruh badan untuk berdiri depan kena soal, dengan macam -macam lagi yang memang mendebarkan seperti berhadapan dengan doktor-doktor yang masya allah sangat malignant don't you ever play-play with them, serius saya rasa kebergantungan kepada Allah tu adalah sangat penting.

Dan yup, saya makin yakin bila status-status semua yang berjaya hari ni semuanya menyebut benda yang sama - Allah help me!


Dalam keadaan saya yang sekarang juga still tak habis exam lagi dan kadang-kadang tension dengan markah mid term yang selalunya juga bergantung kepada nasib dapat dengan doktor mana, saya baru perasan yang kadang-kadang saya terlupa Allah itu ada dan doa kami tak pernah terlepas dari pendengaran-Nya. 


Misalan kalau sekarang saya tak puas hati sebab markah biasa-biasa dan saya memberontak "Ah doa aku tak makbul pun", maka sekarang tengoklah eh rupanya banyak lagi doa-doa saya yang dah makbul lah!

Setiap seorang kawan yang saya pohon untuk Dia bantu, semua dah lepas dengan jayanya walaupun dulu time jumpa waktu exam atau dalam twitter semua mereka menggeletar ya amat tersilap itu tersilap ini time exam dan sangat cuak nak tunggu result. Even status yang saya baca macam paling nampak macam dah putus asa pun, rupanya dapat grad juga! 

Allah. Allah. Allah.

Rasa macam kena siram dengan air sejuk dalam summer.

He's here! He's here!

I can sense it~

Happy sangat-sangat bila dengar semua lepas grad dan lagi rasa kasih sayang Allah lebih clear hari ni. Rasa macam nak peluk-peluk komputer sendiri sebab tak tahu nak peluk siapa - rumah takde orang dentist atau senior medik. Tahniah sahabat-sahabat! Tahniah senior-senior! Allahu akbar! Today is the greatest day ever lah sepanjang exam nih.

So, Ainul... apa lagi yang kamu ragu-ragu?


"Maka ni'mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" 
(Ar-rahman)


Jangan putus semangat lagi. Kita dah nampak kan kuasa pertolongan Allah pada rakan-rakan kita, senior-senior kita? Jadi patutnya sekarang hati kita makin kuat untuk teruskan perjalanan kita. Ini baru tahun lima. Kita belum lagi sampai tahun enam. Allah mesti akan sentiasa bantu kita. Just usaha sungguh-sungguh, kemudian kita serahkan semua pada Dia. =)

Yosh!

Mari sambung study.

Minggu depan adalah minggu peak season exam berbaki untuk saya dan rakan-rakan medik tahun lima dekat sini. 27,28,29,30,31. Saya juga minta ihsan semua orang tolonglah juga doakan kami.

Bak kata Kak Izyan Soleha dalam twitter beliau :

" Kita ni memang pengemis doa & penagih doa. Sebab status kita ni hanya hamba, bukan yang menentukan segala-galanya.."

Doa-doakanlah kami dan semua yang memerlukan doa.

Moga dengan doa-doa anda, saya doakan juga segala Allah dan seluruh penghuni langit dan bumi juga berdoa untuk kemaslahatan anda juga.

Ma'assalamah

Sekian

Ikhlas dari tulus hati salah seorang pengemis doa dekat Jordan.

Salam.

p/s:

Nak lagi best? Berpuasalah! Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka. =)


-selamat buka puasa hari ni! -


(kredit to Aliaa Radzi - pemula perkataan pengemis doa untuk sesi ini ^^)

1 Rejab 1433

Salam



Alhamdulillah, hari ni dah selesai banyak sangat benda.

Exam Family Medicine (red alert!~)  - SELESAI - tawakkal habis-habisan.
Bank Standard Chartered                 - SELESAI - pengunjung tetap bulan nih
Kad baru Islamic Jordan Bank          - SELESAI - kad baru kaler biru! Lawa2~
ACTION 2012                                - SELESAI - boleh tunggu dengan tenang dah
Target-target 1 Rejab                       - SELESAI - latihan masuk Ramadhan

Lega . Lepas ni boleh sambung exam yang berbaki dengan tenang tanpa perlu fikir benda-benda lain dah. =)

1 Rejab 1433


Amalan Rejab

Ada lagi 2 bulan nak masuk bulan Ramadhan. Dah bersedia ke kita ya? Alang-alang nak masuk Ramadhan tahun baru, tahun ni kena lah upgrade sikit keadaan dari Ramadhan tahun lepas. Dan untuk elak kita dari terkejut sangat nanti waktu Ramadhan sebab nak terus memecut, sebaiknya kita berlatih sikit-sikit dulu dalam Rejab dan Syaa'ban ni.

Berkenaan dengan hadis-hadis 1 Rejab yang ramai dah mula pertikaikan sebab kalau diikutkan ia hadis palsu (ke hadis dhaif eh?), sebenarnya saya rasa tak perlulah kita nak peningkan kepala either nak ikut atau tak hadis tu. Apa kata kalau kita buat je ibadah-ibadah sunat ni semata-mata nak dekatkan diri dengan Allah, tanpa perlu wajibkan diri yang kita buat sebab ikut hadis tu. Kan ke baik? Dari langsung tak buat apa, at least dapat jugak pahala ibadah sunat. Berlatih untuk ramadhan pun elok juga. Jadi, tak perlu lah nak susahkan diri, yang penting kita cuba rebut peluang pahala yang ada.

Exam

Alhamdulillah, hari ini dah habis 5 paper. Maknanya ada lagi 6 paper nak lalu dalam masa 2 minggu. Lebih mencabar lagi lepas ni semua paper major (OnG), sub major(Psych) dan minor yang deret-deret (28,29,30,31). Harap doakan kejayaan kami semua ya.

Cuti

Undangan perkahwinan adalah benda yang paling banyak akan datang time-time cuti ni. Kalau sebelum-sebelum ni yang nak kawin kebanyakannya senior-senior kakak-kakak abang-abang kawan-kawan jauh, tahun ni kawan-kawan baik (BFF) saya sendiri plak yang dah mula dah edar kad. Wahhh! Korang dah dewasa! (ceh,gaya macam saya perasan masih kecik je. Padahal...) Mabruk kawan-kawan~! Cuma sayang sangat-sangat bila semua plan kenduri korang semua time Ainul dah balik Jordan. Ni nak mogok nih. Takpelah, demi kebahagian kawan-kawan tercinta, kita doa-mendoa dari jauh je lah. Hati tetap bersama. Cewah. Yang penting, semua happy~ ^^

Cuti ni nampaknya satu purnama penuh puasa Ramadhan dekat Malaysia. Ada kawan-kawan yang tak balik time Ramadhan dah mula selalu nak cuba nak jeles-jeleskan dengan kemakmuran Ramadhan Tanah Arab. Dah la ni Ramadhan + Syawal last dekat Jordan! Alamak, syahdunya. Sabar hati. Sabar. Zaman sekarang kita ada internet, boleh bukak siaran Makkah tiap-tiap hari. Amalan lain-lain tu kita boleh cuba latih diri sendiri cuba nak amalkan dekat Malaysia. Mari kita bawa ruhi Urduni datang Malazi. Yalla.Yalla. But still, I'm gonna miss the holiest month in Jordan forever. 

Bercakap tentang cuti dan puasa, tahun ini nampaknya insyallah bakal mengulang lagi pengalaman puasa sambil mengembara. Eh, tiba-tiba rindu plak kat Syria. Bila tengok video tentera Syria belasah rakyat dalam Masjid Umawi baru-baru nih, rasa tak puas hati sungguh! Masjid Umawi tu pakcik! Satu-satunya masjid feveret saya time nak solat tarawikh dulu. Penuh dengan kedamaian, ketenangan dan kekhusyukan. Ada plak belasah orang dalam tu. Salahuddin Al-ayubi bangun karang~! -doalah banyak-banyak semua Syria kembali aman dan bersih dari konco-konco Paklong yang kejam - 

Back to the plan, tahun ni insyallah dah confirm seminggu sebelum raya, saya akan ke negara yang berlambangkan gambar kat atas tu ha - Taiwan. Istimewanya kali ini saya pergi selepas keputusan akhir - disuruh oleh ayah - " Pergi je la Taiwan tu. Ilmu tu kat situ. Bukan senang-senang dapat. Handset baru next time" . ("-") Baiklah. Maka, bye-bye handset baru (plan lain yang buat saya istikharah - handset ke travel. Handset ke travel. Last-last handset time jatuh no dua macam biasa.huahua.) . Tahun depan ye handset baru, kita kumpul duit lain. Bahagia handset NOKIA takde kamera saya yang masih bertanggungjawab berkhidmat dah masuk tahun keempat. =)

Selain dari ini kali pertama saya rasa macam malas nak pergi dan ayah yang confirmkan sebaiknya better pergi, kali ini saya pergi bukan  sekadar jalan-jalan tengok dunia baru. Travel kali ini adalah travel berprogram. Ada satu international medical student conference/ Asian Collaborative Training yang dibuat di situ. So, yang utamanya yang itu. Tapi sambil kita pergi tadah ilmu, kita jalan lah sekali kan. Hehe. Alhamdulillah jugak la yuran dia just JD245 je include everything except tiket. Murah sangat dah tu. Gaya macam pergi Mesir sebelah Jordan je. Selamat duit aku~

Dan disebabkan haritu tetiba Jordan rasa gempa bumi dari Earthquake dekat Greece dan Malaysia pun siap dapat warning tsunami lepas rasa earhtquake dari Acheh plus banjir yang confirm ada every year, maka sebulat suara semua orang suruh saya pergi program tu even saya dah rasa macam malas giler. Kebetulan tahun ini tajuk tema adalah Hydrological Disaster Control. Yosh, maka mari tajdid niat kita pergi untuk siapkan diri sendiri dan menyumbang untuk ummat. Amin, insyallah~  Semangat. Semangat!

(tetiba teringat, abah pernah cakap teringin nak hantar anak dia nih pergi humanitarian mission dekat kawasan-kawasan perang /natural disaster. hah? wah,tinggi ok cita-cita abah..Boleh ke aku nih?  )

Tapi apa-apa pun, semuanya masih lagi dalam perancangan. Eh, rancangan semua dah siap. Tinggal nak pergi je la. Tapi wallahualam la kalau tiba-tiba Allah tarik nyawa dulu ke kan, nauzubillah lah.. Kita tawakkal je sekarang ya jadi ke tak. Allah lagi hebat dah susun siap-siap semuanya. Sama macam konon-konon saya dah naik tahun 5 tahun 6 ni kononnya takkan jalan dah la, sekali eh semua dah lengkap dah nak pergi Taiwan harini. Ha? Siapa kau, nak kata konfirm takkan berubah once kita dah plan? Kau tak nak pun, Allah  boleh lorongkan orang lain kasi kau berubah jugak... Kun fuyakun~ Ting!! -It's fate-

Fokus balik, study

Eh, terpanjang pulak bab cuti. Biasalah, cuti kan booster nak exam. Normal la kan? 
Ok, mari kembali baca buku. Lusa Exam.
Exam, exam jugak. Rejab jangan lupa. Upgrade mutaba3ah amal jom~ 

Selamat!
Ma'assalamah~

Mourn Day Monday


Salam~

Today is 20 May 2012 - Sunday
Tomorrow is 21st May - Monday

I've done with 4 paper

and I have another 7 paper to go through

22, 24, 27, 28, 29,30,31

urgh!

_| ̄|○

((T.T; )(; T.T))

- Stress -



But then, I found this!

Cool!


ヘ(^_^ヘ)(ノ^_^)ノ

haha.

chill gurl! 

why don't we see them (exams) in different view?

Like this...


HEY , YOU ONLY HAVE ANOTHER ONE SUNDAY TO GO THROUGH AND FLY HOME !

really??!!

assa!

Yes! yes!

alright then~

\(>o<)/

BENKYOUSHIMASSSS! 



Go!


p/s: Do not believe me. Monday is a good day~ Sila banyakkan puasa sunat Isnin. Rejab dah sampai selasa nanti. =)

Ma'assalamah.

Penghujung Tahun Lima

( ^ _ ^)∠☆  Assalamualaikum~


* Musim bunga kat university - post mid exam Ophthal*

Alhamdulillah sejam tadi dah selamat habis exam Ophthalmology dekat jamiah pukul 11 tengahari. Eh, langsung takde eh entry pasal mata dekat sini? Ish, lupa plak nak tulis. Padahal banyak je fun fact mata yang saya baru belajar nak kongsi. Takpelah, next time insyallah~

Keluar dari dewan, terasa macam oh Alhamdulillah akhirnya dah habis juga tahun lima -padahal belum final exam lagi. Sambil jalan-jalan balik rumah dan ambil-ambil gambar macam tak pernah jumpa bunga roundabout dekat jamiah, kami kembali menyelusuri sejarah tahun lima. Cewah. 

Betapa lajunya masa berjalan - dalam setahun - dah cover semua subjek dalam dunia perubatan. Tahun depan tinggal ulang balik dengan lebih mendalam terutama bahagian management. 

Tahun 5 memang sangat berbeza dengan tahun 4. Kalau tahun 4 penuh dengan struggle baru nak testing-testing banyak benda, tahun 5 rasanya tahun saya betul-betul enjoy dengan life sebagai student. Bila dah habis tahun 5 ni, macam-mana rasa ada. 

~ ALA...SEDIHnya ~ (;_・)

Tahun lepas, takdir menetapkan saya berada di group yang memerlukan tahap kesabaran yang cukup tinggi. Well, okay lah sebab selain dari saya belajar untuk jadi stone-cold waktu naik klinikal gara-gara poses adaptasi yang agak mencabar, saya juga belajar untuk jadi stone-cold dengan kerenah arab yang terpaksa dihadapi lebih dekat dari biasa. Patient dan juga groupmate sendiri. Nasib baik ada Fathiyah. Kalau tak, mau nangis hari-hari mogok takmau pergi hospital sebab tertekan. Eh, stone-cold mana nangis!

Dalam setahun ini juga remuk redam hati yang selalu terseksa dengan kerenah group tahun 4 (of course bukan semua, tapi sorang sentiasa effect satu group), akhirnya terbalas dengan group tahun 5 (A4) yang langsung tak pernah buat saya sedih dan kecewa. A4 is incredibly awesome! Ini kali pertama saya kenal betul-betul closed dengan seluruh ahli group secara menyeluruh tanpa tertinggal walau seorang. Ini juga kali pertama saya rasa open untuk duduk dikalangan orang arab tanpa perlu ada seorang pun melayu. Selesa. Dah macam family~ =D


Walaupun diletakkan dalam group yang di dalamnya ada ramai budak genius terutama seorang student paling pandai dalam batch (sepanjang tahun 5, semua 11 subjek kami yang per 55, markah dia tak pernah less than 50. The only one in the batch!), saya tak pernah sekali pun rasa down. Entah, rasa macam makin seronok nak belajar dengan diaorang. Yang penting, all of them are so considerate,very funny and kind~ Gonna miss my A4 group for the rest of my life. 

Terima kasih Allah sebab kalau tahun lepas Kau letakkan aku dekat group yang hari-hari kena cop "You guys are the worst group I ever had in my life" dengan doktor (dekat 10 kali kot kena sepanjang tahun lepas, tak pernah tertinggal every rotation kena. Terseksa ok!), tahun ni Kau gantikan aku dengan group yang sentiasa jadi buah hati pengarang jantung doktor (yela, budak pandai ramai giler kan dalam nih. Banyak untung oo walaupun kita tak la seterer diaorang! Hehe.. =p) . Alhamdulillah~ I love 5th year!

~ OH my....CUAK ~  ∑(O_O;)

*jadual SPM semula tahun ini*

Habis tahun lima bermaksud selepas ini Hello! Welcome to the life of Final Year Student~ Wohoo..><

Ini sangat mendebarkan. Bermakna hanya ada lagi setahun untuk saya mencurahkan sepenuh jiwa raga belajar sebelum grad dan berkhidmat untuk bermasyarakat *mampu ke aku Ya Allah?*

Tapi nak habis tahun lima ni pun, nak kena lalu final exam yang 11 subjek tu dulu. Ahad ni kita mula. *gulp* Memang rasa macam nak amik SPM balik. Dah la subjek dia lagi killer. 

Terus-terang cakap, I don't really think I can do it by my own. 11 subjek yang berbeza dan sama berat (O&G dan Fam Med lebih horror) untuk dimuntahkan kembali semuanya dalam masa 17 hari? Oh pengsan!  Ini memang saya terpaksa usaha mati-matian sehabis yang boleh dan bakinya tawakkal je lah. Aha, dan saya perlukan doa-doa anda semua, kawan-kawan dan sesiapa yang kenal kami.

Please, please,please doakan kejayaan saya dan kawan-kawan dekat sini. Yes memang kami tahu takde siapa lagi yang buat rekod mati sebab nak exam tahun lima, tapi semuanya sangat mencuakkan. Moga doa-doa dari kalian mampu memudahkan lagi perjalanan kami. AMinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn~ 

~ yeay!yeay!  TERUJA~   ~~~ヾ(^∇^)


Hari ini bila saya tengok kalendar, saya hanya akan nampak - Yosh, ada lagi tiga kali ahad je tinggal.  Lepas tu boleh dah tarik troli sengih-sengih, masuk kapal terbang sambil doa pilot bawak kapal terbang laju-laju sikit keluar Jordan.

Hello Malaysia! I'm coming home~! =D

Rindu mama. Rindu abah. Rindu Aiman, Amira, Asyrap, Timah. Rindu semua orang. Tambahan, nak pergi ziarah kubur tokwan sekali. Satu tahun tak berjumpa, banyak benda dah jadi. Rindu Malaysia sangat-sangat. 

17 hari je lagi. Sabar Ainul, sabar. Bawak bertenang.... Exam dulu.

Habis exam ni cuti la puas-puas sampai 2 bulan setengah dekat Malaysia ( cuti paling lama dalam hidup sepanjang dekat Jordan - thanks to my compulsory elective course, boleh duduk Malaysia lama-lama. Weheee.. ^_^ Y )

Lama menyemarakkan ketidaksabaran nak balik, cuti kali ni saya dah ada banyak plan - elektif 6 minggu dekat Hospital Seberang Jaya Penang, projek SMKANT, projek SKPTM, my cousins's wedding, my best friend's wedding, reunion banyak3 kali, blablablabla.... and the list goes on. Wah, daebak! 

(p/s: I wish semua kawan-kawan dekat Malaysia baca ini. At last, dapat gak cuti time Malaysia cuti. ~ =D )

Oh, ada lagi satu yang still belum decide lagi. Ada lagi baki dua hari untuk solat istikharah (sila jangan buat spekulasi, solat istikharah bukan semata-mata untuk nak kawin only ye. Life is full of choice to make ^^,). Lepas ni kalau jadi, update lain. Doakan yang terbaik, saya tengah confius nak amik mana satu.

Last but not least...


Seperti biasa, mari kita mula countdown sekarang. Tak sempat nak countdown subjek macam tahun lepas. Banyak sangat. Kita countdown hari dari sekarang. 17 days to go~!  (^o^)/

Aha, sebelum mengundur diri sebab dah habis masa nak rehat lepas exam sebelum study, saya nak wish siap-siap beberapa ucapan memandangkan mungkin lepas ni kita hiatus kejap:

1. Happy Mother's day! Happy Father's day! Happy Teacher's day! 

* Actually I don't really need a special day to show my gratefulness on your existence because Mama, Abah, Cikgu-cikgu,  semuanya sentiasa akan berada dalam doa saya sampai ke akhir usia saya. Saya menjadi Ainul Arina yang sekarang adalah atas jasa-jasa kalian yang takkan terbalas sampai bila-bila. Terima kasih sebab datang dalam hidup saya. Semoga hari ini Allah tambahkan lagi ketenangan dan kesejahteraan dalam hidup mama, abah dan cikgu-cikgu semua. Amin!*

2. Congratulations on your engagement and wedding! 

* Dah dapat dekat 10 jemputan. Hulala. Mabruk untuk semua~ Insyallah kalau ada rezeki dan peluang, saya datang. Kalau tak, saya kirim doa dari jauh. Nak saya doa apa?  Doa2 dari orang tengah struggle nak exam ni selalu makbul kan? hehe... =) Semoga bahagia hingga akhir hayat. - tiba-tiba teringat Hana Fares yang dah khitbah (engagement versi arab = nikah gantung versi malay)- semangat dulu kitaorang bincang sama-sama konon setuju better kawin lepas study, skali dia terkeluar MOU plak seminggu sebelum exam. 'Unpredictable event ' katanya, tapi 'dah jodoh...' kata kami. Hehe... ^_^*

3. Congratulations on your delivery! Good luck on your graduation!

* a- untuk Kak Ipah n Chiam, tahniah atas kelahiran Aus Thaqeef Muhammad bin Nasrul Amri. He is so adorable~ Hari-hari tunggu bila la budak kecik ni nak keluar. hehe. For Aus Maeisyah, welcome to the kakak sulung club. Lepas ni boleh lah jadi lebih rajin tolong umi jaga adik. =)
b- untuk senior-senior master yang dah berjaya grad seperti Kak Ater khasnya, mabrooooook!  *\ ^0^/*  

4, Good Luck everyone~

*untuk semua student Jordan, selamat berimtihan nihaei. Khas buat kawan-kawan sebatch medik yang sama-sama start final 11 subjek ahad ni, good luck! Untuk kawan-kawan sebatch dentist dan kakak-abang senior final 6th year, teruskan perjuangan- sikittttttttttttt je lagi nak habis~ Ganbatte! All the best everyone. Semoga kita sama-sama cemerlang dunia akhirat untuk ummat. Aminnnnnnnn~

Eh, panjang giler tulis. Ok, study2. Hiatus.

Jumpa lagi! Ma3assalamah~













Askar PERMAI

Salam



 Umar Khattab di kalangan tenteranya pernah berkata, yang berbunyi :

"Sungguh mengkagumkan aku....
 PANGLIMA PERANG YANG JIKA KAMU MELIHATNYA, KAMU MENYANGKANYA SEORANG TENTERA BAWAHAN YANG PATUH

Mengkagumkan aku juga....
TENTERA BAWAHAN YANG JIKA KAMU MENYAKSIKANNYA, KAMU MENYANGKANYA SEORANG PANGLIMA BERKALIBER."


.
.
.
.
.
.
.
.
.
 Nak ubah sikit~
.
.
.
.
.


"Sunggu mengkagumkan aku...
SENIOR YANG JIKA KAMU MELIHATNYA, KAMU MENYANGKANYA SEORANG JUNIOR YANG SANGAT BERSEMANGAT DALAM APA JUA BENDA

Mengkagumkan aku juga..
JUNIOR YANG JIKA KAMU MENYAKSIKANNYA, KAMU MENYANGKANYA SEORANG SENIOR YANG BERWIBAWA"

(Ainul Arina Madhiah - bukan Umar tapi teringin nak jadi Umar)

.
.
.
.
.
.
.

Atas dasar apa catatan ini ditulis?

100% hanya semata-mata kerana saya sayangkan komuniti PERMAI saya. =)

Ini bukan sekadar isu senior-junior yang picisan itu ya. Harap difahami dulu apa yang Umar Al-Khattab katakan, kemudian baru direnung pada konteks yang saya selitkan. 

p/s: tapi jauh dalam hati, teringin sangat nak pupuskan masalah miscommunication antara semua. Kan bagus kalau kita boleh amalkan habit at least senyum bila jumpa. Paling-paling itu yang paling basic nak elakkan isu junior-senior (kalau ada lah..). Well, mungkin jugak everyone has their bad hair day. TETAPI, meng-control diri sendiri adalah sangat penting untuk kemaslahatan masa depan kita. Takkan nak jadi doktor/ustajah yang muka 24 hours masam macam ayam kena diarrhea kan? Kalau comel macam angry bird takpelah gak. hehe. 

ok.
Akhir kalam,
Jum3ah mubarakah~


Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images