Post-AGM Permai 2011/2012

2:48 PM 8 Comments A+ a-

Salam


Manusia adalah kepingan puzzle..

yang dicipta khusus untuk satu lokasi khas

 dan melengkapkan sebuah misi jingsaw puzzle


Kalau salah lokasi....

 dia takkan dapat betul-betul masuk 

dan puzzle takkan siap sempurna sampai bila-bila.


Masalahnya sekarang

di mana lokasi sebenar kita?

Dah jumpa atau masih terkial-kial mencuba?

Takpe, usaha je lagi kalau masih ragu-ragu macam saya  sebab jangan risau, tempat anda sememangnya sudah tersedia ada. Belum terjumpa lagi ja.



( Tiada manusia yang dicipta sebagai 'baki-baki puzzle' yang tiada tempat dalam puzzle dunia Allah. Semua orang ada keistimewaannya. Ada tempatnya tersendiri. Nobody can even replace your place. Tanpa kita sebagai salah satu kepingannya, hasil akhir mungkin akan lompong. Pendek kata, semua orang sama penting.   Jadi, janganlah sesekali rasa 'oh, aku tak penting pun dalam komuniti nih..' )


p/s:

Post- Pasca Pilihan Raya PERMAI 2011/2012

- Tahniah pada Tun-Tun sekelian mantan-mantan yang telah tamat sesi kali ini. Semoga hidup anda lebih tenang dan bahagia. Cuma next, berhati-hatilah dengan ujian masa lapang. Bahaya.. =)

- Tahniah dan takziah pada pemimpin-pemimpin yang baru dilantik. Semoga dapat memacu PERMAI kepada era yang lebih bertambah baik di masa hadapan. Insyallah. Bitaufiq~

- Sejam duduk berdiskusi AGM se-row dengan ex-skuad2 PERMAI lama 2008/2009, rindu plak rasa dengan famili 'Permai Di Hati'. Kan dah terkeluar cerita-cerita lawak lama tadi. ^^,

- Balik AGM, bukak BERSIH

- Selamat exam final semua JUST Yarmouk ~

**testing tukar warna blog sekejap. Jimat letrik. Nanti bosan, tukar balik pakai kalimantang**








Raya Hujung Minggu

6:46 AM 2 Comments A+ a-

Salam

Pilihan Raya PERMAI


Alhamdulillah, ini pilihanraya kelima untuk diri sendiri.

Kalau selama ni tak pernah terfikir pun nak catat pasal pilihanraya, kali rasanya nak tak nak kena catat jugak. Sebab rasanya tahun ni adalah tahun pertama pilihan raya PERMAI kelihatan sungguh matured dan osem. Kadang-kdang sampai terfikir eh aku ni tengah kat Malaysia ke kat mana sekarang ni. Aneh sket pilihan raya tahun ni.  =)

Kalau dulu waktu saya kecik-kecik di tahun preklinikal, seingat saya calon yang bertanding semuanya tercalon sebab kawan-kawan yang naikkkan. Tak pernah pun ada calon yang mencalonkan diri sendiri rasanya. Dan kalau tak silap, ada calon-calon tu yang cukup segan dan malu bila kitaorang usik-usik dia sebab tercalon. Ada jugak calon yang terkejut besar bila tercalon sebab kawan-kawan sengaja nak kenakan dia. Ish3..

Tanpa ada kawan-kawan yang semangat nak tolong promote diaorang, rasanya tak akan ada promosi kempen calon-calon di kertas-kertas kecik pelbagai warna yang selalu diagih-agihkan dekat dewan waktu kelas. Time tu je la pun kalau nak kenal calon-calon yang bertanding ni macam mana.

Tapi sekarang, fuhh hebat.... ~

Tahun ni tahun pertama calon bertanding dengan kerelaan sendiri. Sendiri nak bertanding, sendiri hantar kertas pencalonan. Tak cukup dengan pencalonan bebas, ada jugak yang dah mula buat parti. Wow, mantap! Lepas tu, masing-masing semua kena buat manisfesto dan warwarkan sendiri manifesto mereka. Caranya? Tentulah menggunakan medium media paling hot di zaman ini : Facebook.


Bagus jugak sebenarnya diaorang buat pembaharuan macam ni. Baru nampak gaya macam matang sikit dari dulu.  Plus, video-video manifesto yang dah mula rancak diupload ni sangat-sangatlah membantu untuk kami student klinikal yang busy exam ni nak review balik semua lepas exam untuk mengundi. hehe. Comel video-video diaorang. Dah macam rancangan tv plak tengoknya. Dan yang paling best, tentulah video Kempen Pilihan Raya kat atas ni ha. Bijakkk~ Bijakk~ =)

*********************************************************************************

Jamuan Raya nak Final Exam Batch


Seiring bersama hari mengundi, akhawat batch mep7 pun ada program gak. Bertembung secara bijaksana. Sambil makan, announcement2 seperti suruh mengundi tetap tak putus-putus. Bagus akak-akak kita. ^^,

Lama dah tak buat program batch macam ni. Tambah-tambah bila dah naik tahun 5 yang mana masing-masing berbeza dalam 11 rotation yang ada. Exam pun semua orang lain-lain. Alhamdulillah minggu ni Allah kasi kesempatan nak buat. Mungkin jugak nak dapatkan balik semangat study bila dah nak dekat-dekat final exam nih.

Walaupun yang dapat datang hanyalah yang medik sahaja sebab dentist semua dah start final exam yang final punya dalam hidup diaorang sebagai student, tapi terasa macam semua hati tengah berkumpul dekat sini. Yang medik makan beramai-ramai dalam saprah plastik, yang dentist plak dapat makan benda yang sama bila para posmen comel hantar bungkusan ke setiap rumah diaorang. 

Semua student dentist dah nak grad lagi dua bulan. Bestnya! 
Bitaufiq kawan-kawan dentist sekelian~ All the best!
Selamat jawab final exam molek-molek~

Entah bila lah lepas ni boleh kumpul ramai-ramai balik macam dulu. Esok dentist stat final. Lagi dua minggu medik pun start final. Konfirm semua jadi ashabul kahfi. Kitaorang habis exam 30 June. Saya balik Malaysia 3 June. Ala... 3 hari je~ T_T  

Geram dengan JUST lagi sebab buat majlis grad lambat sangat (6hb). Penat2 orang tunggu balik 3hb. Sekali 6hb plak dia putuskan. Baik balik 1hb je terus macam tu. Grrrr... Eh cop, tapi at least dapat gak 3 hari nak buat marathon lawat kawan-kawan dentist. Syukur ok. Syukur. 

Kawan-kawan medik pun, good luck final~ ^^,

********************************************************************************
Biskut Raya Korea


Pergi mengundi dengan tangan kosong, balik mengundi dapat satu plastik biskut dari Korea. Yeay! alhamdulillah....~ Tak sangka adik AJK tempat mengundi tu tabah angkut biskut-biskut tu datang tempat mengundi sebab nak kasi pada saya. Nasib baik saya tetap datang. Hehe Amanah. Amanah.

Sangat mengimbau memori betul biskut nih - Biskut utama alas perut waktu sakan main dekat Lotte World.

Thanks Iffah for the biscuits...
Thanks Anis for the phone accessory...

Like.Like. =D
Rindu Korea. 

******************************************************************************

Sambung Beraya

Ok, dah. Aktiviti tak habis lagi nih. Nak pergi berkelah di musim bunga plak. Hari ni hari tanpa buku. Raya. Haha. 

Bye. Jumpa lagi~


Spring Greeting

10:21 AM 2 Comments A+ a-


Salam

***************************************

Sweet April showers

Do spring May flowers.... 



"Chime out, thou little song of Spring,

Float in the blue skies ravishing.
Thy song-of-life a joy doth bring
That's sweet, albeit fleeting.
Float on the Spring-winds e'en to my home:
And when thou to a rose shalt come
That hath begun to show her bloom,
Say, I send her greeting!"

( Sidney Lanier, Spring Greeting, 1860 )

******************************************

24 April 2012
6.30 petang

Lokasi :  
Taman Larangan,
Belakang rumah, 
Irbid, Jordan 

Kerjasama : Maisarah 


Red rose

White Rose


Belang-belang rose


Baling buku, rembat bunga


Siap hantaran bunga sepinggan untuk Cik ...... hehehe. (!,!)


jimat balik pewangi sebab dah ada pewangi semulajadi

Ok, sambung baca buku balik~

Khamis ni exam Derma
Doakan

Jumpa lagi



Kulit Bersisik di Malaysia

10:35 AM 0 Comments A+ a-

Salam



Does anyone recognized this kind of baby?

Saya :
- pertama kali nampak waktu femes keluar video mengarut tentang Bayi Ular. Wallahualam~
- kali kedua nampak dalam cerita Obstetric and Gynaecology Korea. Tapi macam patung je

Dulu takde pun perasaan nak check lebih-lebih tentang baby nih. Tapi check je lah yang keadaan ni dipanggil Herlequin Ichthyosis. Sejenis penyakit paling rare dalam subtype Ichthyosis. Kebarangkalian nak jumpa adalah 1 dalam 300,000. Paling horror dalam prognosis sebab mostly kes ni takkan bertahan lama sebab tak mampu nak hidup dengan sempurna bila ada banyak sangat defect kesan dari kulit yang defect tu juga. 

Disebabkan sekarang tengah belajar Derma, tadi check dalam buku Teks rupanya memang ada (eh, of kos la kan?) cuma kitaorang tak belajar sangat dalam kelas. Biasalah, buku teks kan kena habiskan sendiri. 

Paling menarik bila saya google2 tadi, terjumpa blog sorang student medik dekat Alex yang ada pengalaman jumpa real punya depan mata. Masya Allah~ : Baca sini. Dekat Malaysia pun, dengarnya pernah ada kes jugak kan? --> Sini.

Tadi petang plak kebetulan time baca paper, terjumpa plak satu artikel tentang ICHTHYOSIS VULGARIS yang rupa-rupanya agak common dekat Malaysia. Yang Vulgaris ni adalah subtype ichthyosis yang paling biasa dan tak seteruk Herlequin. Tapi biasa-biasa dia pun, kalau orang tak biasa, boleh mendatangkan depression sebab malu dengan kulit yang bersisik, tak macam orang lain.








" Pada masa ini, Pertubuhan Kebajikan Pesakit Ichtyosis Negeri Kedah (Perkid) yang juga badan bukan kerajaan (NGO) mempunyai 30 ahli berusia antara lima hingga 54 tahun di Kedah dan menganggarkan antara 600 hingga 700 pesakit sama di seluruh negara.

Woho, ramainya!

Ini mesti belum campur lagi dengan yang tak berani nak datang hospital untuk check.. *Gulp*

Seingat saya, waktu sekolah dulu saya memang pernah ada jumpa someone yang ada problem kulit bersisik. Tapi takdelah sampai teruk sangat sampai satu badan. Tapi saya memang sangat perasan yang masalah kulit bersisik tu asangat menyusahkan hati dan perasaan mereka yang terlibat. Apatah lagi bila disalah anggap yang kulit bersisik tu berjangkit macam kayap. Hesh! Kesian diaorang~

ICHTYOSIS VULGARIS TAK BERJANGKIT YE! 

 So, sekadar teringin nak share campaign menyedarkan orang ramai tentang masalah kulit bersisik yang sangat common dan payah nak jumpa ubatnya nih, maka saya catatkan di sini untuk pengetahuan semua yang membaca. Siapa tahu mungkin nanti ada di kalangan kita yang terjumpa, maka boleh lah sama-sama berganding bahu menolong apa yang patut, tak kisahlah macam mana pun caranya hatta sekadar dorongan semata. 


Ok

Sambung study. Khamis ni exam derma. 

Ma'assalamah.






Kenapa Rumput Kau Lagi Hijau?

10:54 AM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum


Dermatologi di JUST memang femes sebagai 'rotation paling banyak Doktor kaki tanya soalan'. So, memang tak payahlah berangan nak duduk rileks goyang kaki, langut kepala dengar doktor spoon feeding mengajar.

Kalau dulu selalu gelabah bila tahu doktor hari ni memang doktor pesen bank soalan yang kaya raya, lama-lama dah dalam derma dah terasa sampai "oh normal lah kot kalau tak boleh jawab". Baru hari kedua, Doktor dah start tanya subjek bab paling belakang dalam buku. *Yang ko tak baca semua sekali time first day sapa suruh, Ainul?*

Tapi lama-lama, keluar jugak suara yang hati yang tak puas hati tengok orang lain terer belaka. Apa genius sangat semua orang nih? Tak puas hati betul. *ke aku yang tak sekuat usaha diaorang lagi?*

Tapi....

The grass is always looks greener on the other side of the fence, isn't it?


Misalan,

Waktu kat Jordan, selalu rindu-rindu Malaysia sebab cuaca best, makan best, orang best, blablabla best.

Dah kat Malaysia, teringat-teringat plak kat Jordan boleh jalan-jalan suka hati, teksi senang, mansaf sedap...

* Hish, aku campak ke Zimbabwe la karang budak nih! *


Why? Why? Why?

Kenapakah suka sangat tengok orang lain punya hidup walhal kita punya hidup dah cukup cantik dah Allah susun. Ingat Allah suki-suki je ke suka letak masalah bertimbun-timbun dalam hidup kita? Entah-entah kita je yang nampak macam semua tu masalah sebenarnya Allah kasi chance kita jadi macam tu, rasa macam tu sebab ada sesuatu yang dia nak ajar pada kita.

Misalan,

Hari ni kalau kita kena marah sebab terlupa sebuah penyakit yang bernama Kala Azar *kurun ke berapalah aku belajar microb tu eh sampai dah lupa sekarang ?*  lalu kena denda tulis T.S.A.D Kala Azar sampai seratus kali atas kertas oleh doktor sampai terus lekat dalam kepala - (ni bukan saya ye tapi saya pernah nampak kertas denda TSAD tulis ratus-ratus dalam ofis doktor.)

Waktu itu dalam hati mesti ada kata, kenapakah aku tak sekolah dekat India ke Malaysia ke yang femes yang dengan microb. Mesti tak senang lupa sebab boleh jumpa. Jordan sangat rare dengan penyakit microb. Tu pasal senang lupa (alasan).

Tapi siapa tahu nanti suatu hari pendemik Kala Azar berlaku di Malaysia, maka boleh jadi kita lah antara doktor paling laju merawat kala azar sebab dah sebati dalam kepala lepas kena denda dengan doktor zaman belajar dulu. Hoho.

Waktu itu, saya jamin mesti akan ada orang yang melihat dengan tanggapan - Wah, hebat sangat nih doktor keluaran Jordan terer pasal KALA AZAR. Ni mesti doktor ni power nih. (heh, padahal power sebab dah kena denda. =p)

Maka, lihatlah dunia betapa.......

The Grass is Always Look Greener on The Other Side Of  The Fence~


So, no need untuk selalu keluh kesah betapa best nya orang-orang lain yang bukan kita. Kita pun best apa.

You know why their grass is greener?
Because They give them more water la... ..... and the bills must be more higher!
=D

Dan semalam saya ada terdengar satu quote yang sangat cool. Ditembak kepada orang yang suka kata "Ah betapa tidak adilnya dunia. Apesal hidup aku je tak best? Apesal hidup orang lain je yang macam best?"


Quote :
Kenapa tidak adil kalau kau yang kena hidup macam tu?
Habis kau nak sapa kena juga hidup macam kau?
Kau nak ibu bapa kau yang dah penat-penat jaga kau sampai sekarang, untuk rasa juga hidup macam kau?
Kau nak kawan keliling kau yang ada masalah sendiri, pun kena ada masalah yang sama macam kau?
Atau kau nak aku yang macam takde apa ni untuk jadi macam kau baru kau rasa adil?
( Dari kau biar orang-orang tersayang kena, baik kau yang kena. Kan? Kan? Kan? )

Uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu............................................. *0*

Kesimpulannya?

Jangan tengok sangat pada orang. Yep, kita boleh letak aim dan berusaha lagi dan lagi dan lagi untuk jadi lebih baik dan hebat macam orang lain. Tapi jangan sampai kita mengabaikan apa yang kita ada sekarang demi masa depan macam orang lain yang tak tentu lagi memang baik untuk kita.

Nak tahu?
Semua orang pun sebenarnya selalu teringin apa yang diaorang takde gak. *tak caya try tanya*

So, setiap kali kita rasa macam kita punya life tak best macam hidup orang lain, stop for a while and remember this - Other people may also think that we may have something better than them~



So, The grass ain't always greener on the other side 

 the truth is : the other side is always greener no matter which side you are

Jumpa lagi.

Psoriasis dan Laut Mati

8:17 AM 3 Comments A+ a-

Salam


Pagi tadi datang sorang patient pakcik tua datang mengadu pada doktor yang semua rawatan dia cuba untuk hilangkan penyakit kulit dia - Psoriasis tapi tak menjadi-jadi. Kalau berkurang pun, sikit je. Lepas tu mesti jadi balik. Antara yang dia duk sebut-sebut rawatan yang dia buat adalah mandi dekat Laut Mati yang pernah cadangkan oleh seorang doktor lain yang pernah dia temui..

Erm.. pakcik~

Tak sampai hati plak nak kasitau depan-depan yang Psoriasis memang sampai sekarang takde ubat even saya tahu mesti dulu pakcik ni dah tahu. Yang doktor-doktor kasi pakcik tu semuanya sekadar ubat untuk kurangkan simptom-simptom yang pakcik dapat/rasa. Nak betul-betul baik dari sudut punca penyakit tu sendiri memang payah sebenarnya sebab sampai sekarang kita tak jumpa lagi ubat dia.




*semoga Allah permudahkan hidup pakcik sebab dah lama sabar dapat penyakit nih*


Untuk sesiapa yang nak tahu tentang penyakit Psoriasis, boleh rujuk sini:
1. Hidup dengan Psoriasis - Persatuan Dermatologi Malaysia
2. Basic Tentang Psoriasis
3. Psoriasis - Encik Wiki

Habis pakcik tu balik, saya tanya semula pada doktor tentang keberkesanan laut mati. Dari dulu lagi curious nak tahu pasal laut mati sebagai ubat sakit kulit sejak tahun 2001 bila Malaysia digemparkan dengan cerita adik Syapawi yang sakit kulit misteri dan dihantar ke Jordan untuk mandi dekat laut mati.


"Duktur, apa sebenarnya mekanism di sebalik rawatan Laut Mati? Ini kira rawatan traditional ke apa? " tanya saya dengan teruja. Keluar silibus dah nih.

Dr. Hassan (Hospital Askari, Idoun) jawab...


"Sebenarnya, terus terang saya sendiri tak berapa tahu tentang Laut Mati. Takde siapa boleh buktikan lagi setakat ni betul-betul guna kajian pakai evidence based medicine yang laut mati ni memang boleh sembuhkan penyakit kulit. Walau bagaimanapun, yes, betul yang laut mati boleh kurangkan severity certain penyakit kulit macam Psoriasis TAPI ia bukan bersifat totally menyembuhkan, cuma ianya hanya berfungsi sebagai ubat yang mengurangkan keterukan penyakit tu sementara waktu atau baikkan dia kejap sebelum penyakit tu datang balik. Laut mati ni dia lebih kurang macam ubat penyakit kulit yang lain - bertindak kurangkan sket dia punya scaly dan kurangkan kegatalan. Tu je. Pendek kata, macam HIV gak, Psoriasis ni masih belum ditemui penawar dia...~ "


Well, balik kelas saya cuba search pasal Laut Mati dari sudut kajian scientific. Banyak gak. Tapi paling simple dan senang nak dibaca boleh rujuk sini

Tapi mostly semua sepakat bahawa yang penting tentang rawatan Laut Mati ni adalah :

the favorable effects of bathing in the Dead Sea salt solution are most likely related to the high magnesium content. Magnesium salts are known to bind water, influence epidermal proliferation and differentiation, and enhance permeability barrier repair.

Tapi bukan sesenang tu nak baik sikit guna mandi laut mati. Rawatan dia ambil masa 4 minggu dan the best result terhasil melalui gabungan rawatan air, matahari dan lumpur Laut Mati. Cuma yang tak sedapnya adalah kesan jangka panjang yang merisaukan ramai pengkaji iaitu Kanser Kulit - yang mana masih tak dapat dibuktikan lagi sebab selalunya semua patient yang datang, bila dah okay terus balik dan tak sambung kajian tentang jangka panjang. Wallahu3alam~

So, conclusion - Yep, laut mati boleh menbantu sedikit sebanyak untuk kurangkan kronik Psoriasis. 

Walaupun ia tak mampu lagi nak betul-betul confirm sembuh sampai takkan ada lagi dah, ia still boleh jadi salah satu usaha kita nak berikhtiar untuk mencari ubat. Beruntung orang jordan ada Laut Mati dekat~

Remember : 

“Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit, melainkan meletakkan untuknya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah). 

Ma'assalamah

Rumpelstiltskin Rambling

12:55 PM 7 Comments A+ a-


Salam

Today I brew, tomorrow I bake;
And then the Prince child I will take;
For no one knows my little game
That Rumpelstiltskin is my name!

cop.cop.

No Rumpelstiltskin today.
Only my rambling day in on its way.

=)




ODE TO THE TRAVELLING SOUL

Come with me to the unseen,
A place where you have never been.
Where stars collide and birds rush by,
Where brave men fight for things and die,
Where women cry and children lie,
Where pain persists and all ask, “why!”

Experience these and so much more,
In such a place beyond this shore.
Into deep sands of ocean rock,
Behold a land where myst’ries flock,
And things will open if you knock,
All but a part of destined shock.

~
Be not afraid, young seeking mind,
For if you look, you’ll surely find,
Beyond that path, oft cruel, unkind,
Lies Shangri-La beyond mankind.
A life that many see maligned,
Through western lenses, so refined.

What path to choose, oh seeking soul?
What consider you to be your goal?
What in your heart do you define,
As truth so rare and so divine?
Is truth a feeling you design?
Or something more that others find?

~
Consider your life, oh restless soul,
Consider just what can make you whole.
Remember, truth springs beyond time,
Pouring from places, defined sublime,
Where angels weep for the men who lie,
Where helpers comfort women who cry –

Where guides are sent to those who die,
Where answers follow all the whys,
Where learning opens every eye,
Where stars are born and grow and shine –

I’ll meet you there,
I’ll take you there,
I’ll love you there,
Beyond our sky.

~~~~~~~

** Ada lagi sebulan nak masuk SPM kali kedua - 11 Subjek Final deret-deret hari-hari. Cuaknya ya Rabb..
** Bermaksud juga ada lagi dua bulan nak balik Malaysia. Tak sabarnya ya Rabb..
** Tadi dapat parcel surat + souvenir dari penpal, Miyuki kat Tokyo. *Sengih seharian* Ok, boleh tenang dah walau tak dapat pergi Jepun lagi.
** Takde keje tadi buat projek ubah suai bilik konon nak cari mood. Termasuk aktiviti tampal-tampal dekat dinding yang cukup bahaya buat waktu winter sebab nanti dia boleh jadi huduh sebab kembang kecut sejuk sangat. Hasilnya : Geography Corner bawah sijil Dora The Explorer. Boleh buat muzium dah dinding bilik nih. Tampal poskad satu alam tanda protes nak jalan-jalan dan tak larat nak study 11 subjek. X_X
** Exam Neuro sangat horror  T_T  Semua orang memang tawakkal tahap petala kelapan keluar dewan. Macam mana final nih?  Allah hai, harap2 lah doktor lembut hati sket kasi markah comel-comel dekat semua. 
** Sekarang dawam Derma plak untuk 2 minggu.  Kata Dr Firas, Derma paling best sebab semua benda korang nampak depan mata. Yeke?. Masalahnya Doktor, saya nih paling konfius nak beza segala penyakit kulit yang ada. Saya nampak sama je semuanya. Confius2x. Tapi lepas saya masuk klinik dan nampak buku Derma yang 4 volume dengan ketebalan setiap satu volume mencecah dekat sejengkal tu, ok sekarang dah faham macam mana doktor tahu nak bezakan semua penyakit kulit. Detail giler! Tergamam kami semua nampak buku Derma yang masya Allah kalah Bailey and Love tu. X_X
** Sembang pasal exam untuk lesen kerja doktor dekat US dengan kawan Arab yang dah amik USMLE. Dia pass dengan markah 253 daripada semua international student yang ada dekat dunia dari average markah 210 . Bila korek rahsia kejayaan, katanya dia dah ready setahun setengah lebih awal dan berjaya khatam 13 buah buku kulit ke kulit. Ya bayye! @_@ Bila cakap pasal MRCP, dengan excitednya dia "eh, aku nak amik jugak lah!"  *rasa macam semut dan gajoh je duduk belajar sebelah dia*
** Habis exam haritu saja tengok balik berita pasal Gempa Bumi kat Aceh baru-baru ni. Pusing-pusing internet terjumpa laman web ni - Latest Natural Disaster in The World. Ya Allah, banyaknya natural disaster dekat dunia sekarang! Menakutkan baca. Boleh buat orang tak berani berjalan keluar kot kalau takut. Eh, tapi memang lah kena jaga-jaga kan?  Syukur alhamdulillah Jordan tak pernah wujud sangat natural disaster ni sampai memang takde dalam silibus medic langsung pasal  Disaster Management macam tempat-tempat lain. 
eh tapi kan..
M 3.0 weak shallow earthquake in Lebanon-Syria region with epicenter located 26 km SE Bayrut. Weak shaking will have felt by the people of Bayrut and alayh.
15:43 UTC (local time 18:43; 2012/04/15 @ epicenter)

ni semalam punya report nih. Dekat je kot dengan Jordan. Gulp, bergerak jugak rupanya bumi area nih. *bumi bukan memang selalu gerak ke?*  Isk. Harap-harap takde apa sangat yang bahaya. Amin.Amin.Amin. Nak balik Malaysia dulu...~

** Ada tak orang nama IRIS? Epik eh nama nih? Iris adalah bunga dan kadang kala boleh jadi erti Iris mata tu. Comel gak apa. Hehe. Ada orang tu kabor lepas dengar nama aneh ni, dia macam nak bubuh kat nama anak dia. Well, kita tunggu lagi beberapa tahun. Tengok ada tak bakal nama anak dia nama IRIS. Kalau takde, meh nak tunjuk bahawa tarikh sekian sekian, telah tertulis dekat blog ini dia teringin bubuh nama IRIS jadi nama anak dia. Hehe. Terasa dah macam jadi batu bersejarah plak blog nih nanti. 

** ok,. Ma'assalamah!

Pre- Neuro Exam

10:28 PM 3 Comments A+ a-

salam


Terbangun jam 3 pagi lepas tersentak dapat mimpi hari ni dah exam neuro! padahal baca pun tak habis lagi, nak menghafal semua apatah lagi. Soalan past years pun tak sempat nak tengok  Bila masa lah  tertidur semalam nih?~ Haih...~ *Sakit jantung* 

Sebab terkejut sangat, habis geledah pelbagai sumber kalendar untuk memastikan hari ni bukan hari exam. Komputer, handset, diary, jadual, internet. *laju macam kilat check* Fuh, okeh selamat. Ada lagi sehari. Jom pecut! Tengahari nih kena pergi buat marathon last study group macam biasa.

Dalam jam 3.30 pagi, selak satu lecture note tajuk ROUND NOTES. Muka surat 6.

Ternampak satu list panjang pathology Primary Peripheral Nervous System....

  • Brachial Plexus Lesion (apesal macam tak ingat)
  • Thoracic Outlet Syndrome (macam pernah dengar)
  • Phantom Limb (ok..)
  • Causalgia (huh?)
  • Meralgia Paraesthetica (ha?)
  • Morton's Neuroma (mende nih?)
  • Charchot-Marrie-Tooth disease (*garu kepala*)
  • Dejerine Sottas Syndrome (*check internet*)
  • Refsum's Syndrome (erk..)
  • Morvan Syndrome (iskk..)
  • Thomsen Disease (gulp..)
  • Lambert-Eaton Myasthenic Syndrome (xde nama senang sket ke)
  • Shy-Drager Syndrome (apakah ini?)
  • Olivopontocerebellar atrophy (*pening*)
  • Nemaline myopathy (*semi conscious*)
  • Melkersson-Rosenthal syndrome (*pengsan!*)

Walaupun doktor tak pernah sebut dalam kelas dan dia banyak suruh baca sendiri, boleh tak nak mengamuk sebab banyak sangat nama pelik-pelik dalam lecture notes nih yang terlupa nak baca dulu? Ni baru satu page, belum page lain lagi. Belum semua lecture notes lagi. 



Esok exam!! T_T

Sempat ke nak hafal banyak2 nih??  *seizure*
(tapi sempat lagi nak men-stress dalam blog. hoho =/ )

.
.
.
.
.
.
.
.

Rileks. Rileks. Rileks.

Semua orang lepas je Neuro, Ainul. Abaikan orang yang pernah dapat 0 terus tu. Jangan ingat. Jangan ingat. Ko bedal je lalu nanti. Yang penting habiskan baca, try buat latihan mana yang boleh, malam ni soal jawab dengan yang lain. Marathon.Marathon. Esok exam pukul 12. Sempat je lagi insyallah. AMin. Amin. AMin... 


(Dah pukul 8. Ada lagi 6 lecture note. Yosh!) 

Ok, sambung baca~

p/s: Doakan saya please! 

*****************************************************************************

( Selingan tengah-tengah study sambil tunggu adik runners datang bawak borang pencalonan pilihanraya permai) - Dari Sini 

YOU KNOW YOU 'RE MEDICAL STUDENT WHEN.....

- You take forever explaining to people how long you’ll be in school for, and realise you’ll get a medical doctor title the same time your friend gets a PhD doctor title. (TRUE)

- You contemplate anything between dropping out and suicide after you finish each exam, even before knowing the results.  (NOPE!)

- You get depressed and emotional just thinking about how bad a doctor you’ll become in a few years. (YEZ!)

- You answer every question with, “Hmm (pretending to think for a second), I don’t know.” And you know the most correct answer is, “It depends, sir.”  (SOMETIMES)

- You diagnose every single abnormality on yourself/family/friends as a life-threatening condition. You think the tiny haematoma on your finger is a risk for PE (Pulmonary Embolism). (In due time XD)
 (NO LAH!)

- You watch House and ER, and think you can score in the exams and get through medical school. Wrong, only Dr.Wikipedia helps. (HAHA. I DO)

- You instantly feel that you want to bang your head against the wall whenever someone says “You’re a medical student? You must be very smart then!”, because it’s an unbearable accusation. 
(VERY THE TRUE! rasa macam nak tumbuk je orang tu )

- Your friend/cousin zooms in front of you with his brand new car and treats you to lunch with his own paycheck and on top of that, talks about property and houses to buy. And you’re still struggling to buy second hand reference books.  (DID I?)

- You have exams in a few days and when you try doing practice questions, you don’t know what to do with your pen besides underlining the key words in the question.  (HAISHHH!)

- Conversations with people involve “So tell me what happened.”, “So how does that make you feel?”, and “I understand it must be very difficult for you.” (BINGGO!)

- You have a peak moment in life when a senior says “good” or “well done”; it’s so relieving to know you’re not a complete drain on society.  (MUAHAHA. YES! YES!)

- You’re content knowing that you actually do lead a normal and sane life. Even if it’s just a few hours in a day, while you’re asleep. (AY.AY.CAPTAIN!)

- You’re completely socially retarded when you hang out with non-medics as you don’t know what to talk about besides your miserable life as a medical student.  (I THINK I'M STILL A SOCIALISTA!)

- A patient/doctor asks if you’ve done a procedure before (e.g. cannulation, suturing) and you say “Yes”, without revealing the fact that the previous patients were plastic models. (NAAAA~)

- You don’t understand why summer vacation is only one month, although summer itself is three months. (BLAME MY SPARTAN UNIVERSITY!)

- You wash your hands after meals and the loo using the 6-step technique. (NOT...YET!)

- You’re secretly happy that the really smart guy stopped medical school and start complotting who next to eliminate. Just so the normal distribution skews to the left so you won’t fail. (CAN I?)

- Your roommate, housemate, neighbour, boyfriend, girlfriend, any close friends and practically everybody are not spared from being your simulated patient.  (=d)

- You can’t wait for weekends, so that you can catch up on your readings. (BLURFFF~)

- You have a list of pathologies that you don’t mind dying from. Definitely not cancer though. (YEP!)

- You count the days till your next more-than-two-days-weekend-break, which is at least 4 months away. (OF COURSE! )

- “SOB” means short of breath to you.  (IT'S DEPENDS, SIRE *rujuk no.4*)

- You know the size of a RBC. (I KNOW IT IS IN THE MICROB BOOK~)

- Your eyesight has worsened by 10 pts or more in the last year. (YAA..)

- It doesn’t matter how much you study, there is always so much more material to learn. 
(YEZZZZZZZZZZZZZZZZZZZAAAAAAAAAAA~! 100X)

- You are more familiar with last names such as Netter, Moore, Grant, Guyton, Robbins, etc than the last names of your classmates.
( THEY LOVE ME SO MUCH THAN THE OTHERS~)

- You wonder when you’ll have time to get married and start a family. (*KUIS JARI DEKAT LANTAI*)

- You check the nutritional chart in the boxes of everything you eat.
(OMG! *angguk2*)

- Right before exams, you have a hard time remembering why you want to be a doctor. 
(IS IT LIKE.... . right NOW?)

- ER begins to make sense (YADA YADA YADA)

- Getting a B is actually pretty darn good.Passing is already very good (KAN? KAN?)

- You often mumble to yourself, “F***! Am I supposed to know that?” as soon as you see or hear about some disease/symptom/sign that you completely have no clue about. Then you blame it on the professor for not teaching you that.
(LIKE WHAT I DID ABOVE? x_x)

eh, adik runners dah sampai! pukul 8.30 dah.
Bye!

Ma'assalamah~

Doakan esok!
*Ainul dah tak betul*

Info First Aid : Bam Panas Malaysia

7:54 AM 5 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Menjadi paramedik bidan terjun di KARISMA lepas takde kerja sebab kalah main bola jaring (no 4 je T_T) rupanya ada hikmahnya. Selain dapat kenal adik-adik paramedik yang funny dan meringankan beban Mak Paramedik (baca : Mahera) yang kelam kabut selepas acara merentas desa sebab ramai plak tiba-tiba tumbang, ada satu lagi benda yang saya tak boleh lupa. =)


Kisah bermula bila seorang adik di Mu'tah tiba-tiba jadi semi-conscious dan sesak nafas lepas sebaik sahaja sampai di check point saya waktu lari merentas desa. Glascow Coma Scale 10. Kejap sedar, kejap tak. 

Circulation dia slow, airways free tapi breathing agak problem. Dia selalu stuck time nak tarik nafas and selalu end up pengsan balik. Jenuh nak bangunkan dia bila dia mula tak sedar tambah-tambah dalam keadaan ramai orang dah mula kerumun kami. Dalam banyak-banyak cara. saya terperasan benda yang paling senang nak stimulate dia adalah kasi dia hidu bam panas milik seseorang yang saya pinjam dekat sini. Irritating sangat agaknya bam tu. Asal pengsan je, letak je bam betul-betul dekat hidung dalam seminit dua, lepas tu mesti dia tersedar dengan sangat tension sampai berkerut-kerut muka walaupun mata maintain payah nak buka. 

Sekadar share sikit. Dalam nak menghandle kes emergency macam ni (untuk yang bukan medik), sangat penting sebenarnya nak pastikan pesakit tu tak terus pengsan. Antaranya sebab kita nak confirmkan betul-betul keadaan dia ni tengah berada di tahap mana. Selagi dia mampu untuk bertahan tak pengsan walaupun kena kejut banyak kali, itu sangat jauh lebih baik dari orang yang memang langsung tak sedar diri terus walaupun dah buat banyak usaha nak bangunkan dia termasuk kasi stimulation yang menyakitkan.

Bila kita nampak orang pengsan/ sakit/ cedera , formula management kita yang basic adalah cCAB : 

Ini gambar management untuk patient yang heat stroke ( over panas)
1. c = cervical (leher). Pastikan leher dia tak bergerak terutama dalam kes kemalangan even kita tak tahu leher dia ok ke tak sebenarnya. Sebab misal kata leher dia ada masalah dalaman dan kita tak ambil langkah berjaga-jaga, risiko pesakit untuk terus lumpuh lepas dirawat sangat tinggi

2. C = circulation (perjalanan darah). Pastikan perjalanan darah dia lancar. Dalam kes sukan-sukan macam saya ni, pertamanya selalu kita akan baringkan dia dan angkat kaki dia ke atas sket supaya aliran darah ke kepala lebih laju (orang pengsan selalu sbb kurang aliran darah/ oksigen ke kepala). Then mana yang rasa-rasa menyesakkan dia, kita kena longgarkan -contoh tudung atau pun apa2 yang berikat. Misal kata kalau ada luka yang darah mengalir, kena tekap kasi berhenti. Cara nak check circulation ni boleh check guna pulse dekat tangan atau leher dll.

3. A = airways ( laluan nafas). Check mulut dia ada tak something yang boleh sekat dia dari bernafas. Kalau ada keluarkan. 

4. B = breathing (pernafasan). Make sure dia boleh bernafas dengan elok dan lancar. Kalau sesak nafas, boleh angkat sket kepala dia atau buat je apa-apa yang boleh clearkan pernafasan dia misalan suruh buang kahak kalau ada dll. Kalau kronik sangat sampai tak bernafas, boleh rujuk cara handle yang lagi detail macam CPR dll. 

Habis cCAB nih, patutnya ada lagi tapi saya rasa cukup setakat ni untuk basic. Sambil check benda nih, sambil tu boleh cepat-cepat cari bantuan pada waktu yang sama. Semua orang boleh apply belajar benda nih. Simple dan cepat. Tak perlu tunggu doktor pun kita boleh tolong sket. 

Sambung cerita saya, saya dan Mahera waktu tu tengah cuba lah nak stabilkan adik ni balik. Tapi dalam 15 minit tu keadaan dia still tak berapa berubah sangat. Paling adik ni selalu complain time dia tersedar adalah hidung dia sakit dan sesak, plus susah nak bernafas dan sakit kepala sangat. Kitaorang suspek dia ni tengah kena allergic attack jugak based on dia asyik terbersin time sedar plus phlegm dia banyak sangat keluar. Tapi malangnya nasal spray plak time tu takde. Dan saya punya nasal spray pun saya tak bawak ke sini. 

Sebab dah cuak lama gila adik ni tak elok-elok, kitaorang decide untuk bawak je terus pergi hospital. Sampai dekat hospital adik ni pengsan buat kali yang entah ke berapa. Saya waktu itu  kena terangkan pada nurse A to Z apa jadi dengan adik nih. Habis sesi history taking, sorang nurse ambik cotton yang dah soaked dengan something (saya rasa ubat kasi stimulate suruh sedar gak) dan lalukan dekat hidung adik dia sambil panggil-panggil dia suruh bangun.

Seminit dua minit. Adik tu tak jaga-jaga. Bahu kena goncang pun tak jaga-jaga.

Saya yang waktu tu masih tengah pegang bam yang terbukak tu segera join sekaki.

" Sister (nurse), kejap. Biar aku cuba. " sambil saya letak bam tu betul-betul dekat hidung adik tadi.

Kurang dari lima minit, adik tu dah mula start kerut-kerut muka dan terjaga separa sedar sambil cuba nak bernafas. Terkejut sister tu.  Yang saya plak pelik ingatkan dia terkejut sebab apa, tapi rupanya dia terkejut sebab effect bam panas dari malaysia tu berkesan dengan sangat laju! Lorhh.... .~ -_-'

Agak-agak adik tu dah sedar sikit, sister terus prepared kasi dia nebulizer dan buat ECG(?).

Sementara tunggu adik tu pulih, tak memasal saya plak yang bertalu-talu di tanya tentang bam panas malaysia. Kagum habis dia dengan kehebatan bam panas yang boleh bangunkan orang pengsan jauh lebih laju dari ubat biasa. Dan paling tak tahan bila sister tu boleh plak pergi angkut bam panas tu merata-rata seluruh Emergency Department nak tunjuk dekat kawan-kawan sister yang lain dan juga doktor bertugas. Hoho. Lawak ok.  Pelik saya tengok dia duk demo dekat orang-orang arab lain guna bam panas tu ~ =p

Maka hari itu selain saya first time masuk emergency room Hospital Askari Mu'tah yang macam Hospital Askari Idoun di Irbid, tak sangka juga bam panas tradisional malaysia terkenal secara tiba-tiba di sana. Ni kalau jual kat sini, agak-agak boleh untung tak agaknya eh? hehe..~

Hebak lah bam Malaysia! Ni bangga nih =D

Next time nak bawak merata-rata lah, terutama time kena turun emergency room ke.. Mana tahu kot-kot boleh testing lagi kan. Eh tapi kena hati-hati kalau nak pakai dekat hospital sebab kalau pakai selalu pun kang kena marah dengan sister gak sebab dia takut bam ni irritative sangat agaknya. 

So lepas ni sapa-sapa kalau jadi Paramedik boleh cuba make sure wajib bawak bam panas sebagaimana wajib bawak spray muscle ke padang. Nampak macam nak pengsan je terus hala bam ke hidung. Insyallah boleh sedar balik dengan sangat cepat. Tapi kena pastikan emergency step yang cCAB tu kena buat dulu lah~  =)

Ok, that's all!

Sekian laporan cubaan menggunakan ubat tradisional menggantikan ubat moden. 

Kesimpulan : Nampak macam berjaya. Maka, bolehlah buat kajian seterusnya. ^^

Ma'assalamah~




Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *