Persatuan Tepati Masa

4:09 PM 8 Comments A+ a-


Assalamualaikum




" Pemikiran perlu kritis!
Jangan mengikut secara membabi buta!

 Kita perlu ada pendirian.yang terbina daripada 

pengkajian dan analisis!



Bukan sekadar ilmu yang diambil bulat2

 dari kitab dan kata2!


kerana kita mahasiswa! "

(Rumusan Dr Asri MAZA dalam forum WACANA PERDANA 2012, Irbid Jordan)

' Tercampak ana ' ~

Mendengar kesimpulan ex-produk Jordan (Dr Asri MAZA) berhujah atas pentas depan mata sekali siap berdas-das nasihat tajam untuk mahasiswa yang masih bahagia main game, macam bergempa bumi dah rasa dewan Kindi tu. 

Uuuu, mampukah anda/kami/saya meneruskan legasi Jordan yang akan menggegarkan Malaysia suatu hari nanti dengan pembaharuan yang lebih membawa kebaikan sejagat? 

*jangan berlagak Jordan bagus sangat ler kalau sendiri tak pandai get ready nak balik Malaysia*  T_T

Seharian tak balik rumah dengan Belle untuk ber-roti canai talk sementara tunggu waktu-waktu senggang antara wacana habis, maka akhirnya tertimbullah satu idea penting yang perlu kami buat di sebalik timbunan longgokan seribu satu input-input dari wacana yang telah dapat tadi.

Apa dia plan kami?

Sebagai pencerahan awal, mai nak habaq sikit latar belakang kisah ini...

Saya dan Belle adalah antara warga-warga Irbid Jordan yang dahulu nya sangat-sangat obsess dengan ketepatan masa (dulu saya tak tau Belle pun sama, baru tadi tau). Kami sanggup mai awal asalkan ada kat tempat program tepat! pada masa yang diberikan. 

Saya memang sedikit pantang diri sendiri kelam kabut terlambat pastu masuk time semua orang dah masuk dan jadi bahan tontonan umum masuk lambat sorang-sorang. Oh nehi! Sangat-sangat memalukan jiwa raga rasanya. Sejak kecik dari sekolah pun kalau terlambat datang, saya boleh nangis sorang-sorang secara automatik dengan sangat cepat semata-semata sebab sangat tak suka lambat. Benci. Benci. Benci. And I tend to be easily irritated kalau orang lambat. Dan secara tak langsung saya juga akan memastikan saya takkan lambat. 

Tapi rasanya ia sudah hampir jadi sejarah...

5 tahun duduk Jordan, macam tak terasa bahawa saya telah habis lalu satu proses transaksi menjadi seorang manusia yang sangat berbeza. Saya tak macam dulu. Sekarang saya suka datang lambat *habislah kalau Permai tahu*. Sebab saya naik menyampah bila saya datang awal sorang-sorang, ramai orang tak datang lagi, so saya kena melangut in case bila takde kawan or takde buku. 

Lagi menghangatkan badan bila pihak penganjur terpaksa tunggu gak. Oh mai! Itu sangat memanjakan orang yang bermasalah! Tapi tak boleh gak nak salahkan AJK sebab program selalunya memang akan spoil kalau takde orang ramai. Kenapa program takleh jadi macam kelas eh? Sapa lambat, tak leh masuk. Padan muka rugi duduk luar. Haaaa, baru ramai kecut perut nak lambat. AJK selalu buat cara insentif. Tapi tak menjadi gak. Tak tahu lah reinforcement mana yang boleh guna pakai. 

Jadi untuk elak mood hancus leburrrrr setiap kali datang awal, saya sudah flexible untuk datang lewat seperti mereka-mereka yang suka lewat juga. Saya punya tahap eh dah lewat! sekarang pun kadang-kadang bila sampai, program still belum start. Ish2, kronik~

So, tadi sembang-sembang ooooo baru tahu rupanya ramai lagi yang sama disorder dengan saya sekarang. Past history of obses-dengan-ketepatan-masa but now currently are among the lambat-people-without-any-reason-nor-usaha-nak-berawal-sebab-well-rilekslah-semua-orang-sure-lambat-punyalah~. 

But..Ooo,I'm not alone rupanya yang tersiksa sengsara terpaksa. Kalau gini, baik aku datang awal dengan mereka yang suka datang awal jugak. That's better kan? At least we understand each other. Boleh ngamuk sama-sama. Paling-paling boleh revise kalau dengan kawan sebatch. Nak  complain pun ada gang. hehe... 

Sheeshh... seriously sometimes I do hate this habit of mine now - Kaki Lambat!

So, our campaign today is - we are going to form this new gang called "PTM" (Persatuan Tepati Masa). Haha. Does it sound childish? =p Biarlah, yang penting kita sudah ada kesedaran untuk mengeluarkan diri sendiri dari lembah ke-taksedar-an diri yang kronik lagi merbahaya sebelum grad. 


(Dulu dekat sekolah we have this PBSM - Persatuan Balik Setiap Minggu dan juga PKM - Persatuan Kuat Makan. Unfortunately saya tak layak masuk kedua-dua group osem ini. >_< )

Ahli PTM sekarang dah dua orang! Saya dan Belle. Hoho. Perintis~ 

Lepas ni bila ada program, insyallah we will try to support each other to come betul-betul tepat pada masa. Kalau ada kami yang try nak buat perangai, hoho tunggu jelah masanya untuk kena hambat selumat-lumatnya daki-daki mentaliti tahap ketiga yang cuba nak berhabitat dalam diri. Saya bersedia!

Nak ajak orang, orang malas nak dengar kan? So, meh apply kat diri sendiri dulu. Then baru kita campaign ramai-ramai. Biar kalau boleh suatu hari nanti, DATANG LAMBAT adalah something yang sangat memalukan dan mengaibkan! Amin....~

Akhir kalam, bak kata Dr Asri "COME ON...LAH!". Tepati masa je pun. Bukan suruh pergi berperang. Ingat ya (khususnya buat diri saya sendiri)... Tak tepati masa adalah something yang akan dan bakal memalukan diri anda sendiri suatu hari nanti. 

Eh errr bukan tadi ada dah memalukan gak ke?  Ainul, don't you feel something bila penceramah nak datang lambat sebab kita lambat? Aiyoo, M.E.M.A.L.U.K.A.N~ Kalau doktor kaki lambat macam nih, for sure lepas ni boleh start kira dah berapa ramai pesakit kita yang akan mati sebelum kita sempat sampai. 

Sekian, tamat sesi membebel dalam I hate my bad personality mode

Mari berubah ya diri~ =)


p/s: Terasa emo plak entry nih. Eh, emo kat diri sendiri takpe. Emo kat orang lain bahaya. Peace! ^_^Y


Syukur

10:13 AM 2 Comments A+ a-


Salam~

Ada tak sesiapa yang terasa macam ada depress sikit ke dalam minggu ini?

Contohnya:

1. Malas betul rasa nak belajar ~
2. Banyaknya kerja bertimbun sekarang ~
3. Sakit hati lah dengan fulan bin fulan nih ~
4. Kosongnya rasa jiwa Bosan. Bosan. Bosan.~
5. Alamak, orang nak pinjam duit. Tak boleh 2x ~
6. Mode tengah jadi the Hulk. Stay Away! ~
7. Lantak lah apa-apa pun ~
8. Saya ada hak untuk hidup sesukahati saya~
9. Kenapalah dia je yang asyik dapat macam tu. Aku? Sob.Sob.Sob ~
10.Tension! ~

Kot-kot hati terjawab: saya!saya!saya! (macam saya sekarang)


Sesi diagnosis:


 **   SCANNNING  PROCESS IS  RUNNING   **

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

*            A PROBLEM HAS BEEN  DETECTED!        * 


DIfferential Diagnosis  =  Lack of gratefulness (Kurang Bersyukur)

~ ~ ~ ~ 

Imam Ibnul Qayyim merangkum makna syukur itu dalam perkataan: Syukur ialah terlihatnya tanda-tanda nikmat Allah pada lidah hamba-Nya dalam bentuk pujian, di hatinya dalam bentuk cinta pada-Nya dan pada organ tubuh dalam bentuk taat dan tunduk. (Abdul Hamid al-Bilali,Taujih Ruhiyah, jil. 1). 

Dalam Hadith Riwayat Imam Tirmidzi menyatakan: “Dua perkara apabila dimiliki oleh seseorang dia dicatat oleh Allah sebagai orang yang bersyukur dan sabar. Dalam urusan agama dia melihat kepada yang lebih tinggi lalu meniru dan mencontohinya. Dalam urusan dunia dia melihat kepada yang lebih bawah lalu bersyukur kepada Allah bahawa dia masih diberi kelebihan. 

Guru hidup Ainul Arina Madhiah menyebutkan Syukur itu maknanya hidupnya sentiasa cool dan rileks dalam apa jua keadaan sama ada bahagia ataupun sedang bermasalah. Malah sentiasa sedar diri dan ingat Allah.


Maka, apabila keadaan-keadaan seperti ini tiba-tiba terasa macam hilang dari kita sekarang, maka beringatlah, berkemungkinan besar kita sedang lupa untuk bersyukur. 

Ingat! Bersyukurlah selalu!

Sakit? Sibuk? Penat? Sedih? Lapar? Down? = It's life, dear ~

 Rasulullah s.a.w. bersabda : Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat yang sedikit bererti dia tidak mensyukuri nikmat yang banyak 

Firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat Ku), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih.”
(Surah Ibrahim, ayat 7).



Bersyukurlah hari ini:
  1. Sebelum kita berkata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak boleh berkata-kata sama sekali.
  2. Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
  3. Sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.
  4. Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.
  5. Sebelum kita mengeluh tentang suami atau isteri, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup
  6. Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
  7. Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
  8. Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor karena pembantu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
  9. Sebelum kita mengeluh tentang jauh perjalanan dengan memandu kereta, fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.
  10. Dan disaat kita penat dan mengeluh tentang pekerjaan, fikirkan tentang orang yang menganggur atau orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.
  11. Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak pernah melakukan kesilapan dan kesalahan.


Sekian~

Akhir kalam, mari baca puisi SYUKUR dari Khalil Gibran


Bangun di fajar subuh dengan hati seringan awan
Mensyukuri hari baru penuh sinar kecintaan
Istirahat di terik siang merenungkan puncak getaran cinta
Pulang di kala senja dengan syukur penuh di rongga dada
Kemudian terlena dengan doa bagi yang tercinta dalam sanubari
Dan sebuah nyanyian kesyukuran terpahat di bibir senyuman


~ Khalil Gibran
(Mata genang-genang. Oh sungguh osem rupanya bersyukur)

p/s:
Macam mana nak bersyukur : Ini caranya

How To Cook Mansaf Like An Arab

8:55 PM 11 Comments A+ a-

Assalamualaikum


Tahun lepas saya serumah pernah testing buat mansaf. Teringin time bukak puasa kalau tak silap. Maka kami pun godek-godek lah resepi di Internet. Tapi hasilnya, huffff.... mengecewakan. Jauh sangat beza dengan mansaf dekat restaurant, apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan mansaf2 original buatan ibu-ibu mithali yang pernah kami makan di sini. Takmau dah percaya mansaf internet. Bohong~  T_T


Jumaat baru-baru ni, kami decide nak pergi belajar mansaf yang betul-betul original dari rumah. Tenaga pengajarnya adalah Ummu Thamer - isteri Ammu Yassin yang kami dah kenal rapat sejak first year. Lama gak nak decide bila nak buat sebab asyik clash dengan banyak benda. Last-last Jumaat ni baru confirm. Maka, hari ni kami persembahkan kepada anda : HOW TO COOK MANSAF LIKE ARAB~ ^^,


p/s: Saya bawak khas penulis baru untuk sesi resepi kali ni. Penang Mari. Hehe~


********************************************************************


CARA-CARA MASAK MANSAF ORIGINAL DARI RUMAH


Tora datang lagi dengan Tutorial membuat Mansaf. Dibawakan khas untuk anda oleh Ummu Thamer. Belle, Mai & Ainul hanya sebagai pengacara program ja. Tengok then potong sket2 and other gheja2 takdak gheja, pastu Ummu Thamer (isteri Ammu Yassin) yang masak.

Anyway, sorry lah kami takleh nak ajak org lain sebab Ammu Yassin ajak Mai & Ainul, then dia suruh ajak Belle jugak. Maka kami tak sampai hati nak ajak ramai lagi takut dia memang tak boleh nak terima tetamu lain takut ramai.

Have no fear, friends, kami bawak kamera serta pen & kertas untuk mencatitkan bagaimana untuk anda, ya, anda, memasak mansaf anda sendiri.

Masakan kali ini servicenya untuk satu setengah talam besaq version Arab. Boleh dimakan oleh  mungkin 10 orang kot. (3 tetamu campur 7 ahli rumah Arab ). 

Sebelum apa-apa, kami just nak terangkan yang everything goes by time sequence. 

Maksudnya Ummu Thamer nie buat nasik & sup & ayam dia macam overlapping. Bukan first wat nasik, then wat sup etc. Maka kami pun akan terangkan camtu kot sebab nak bagi senang sikit bagi kita nak manage time untuk buat. Sebab memang satu dish takkan siap dengan sendirinya. Dia memang akan overlap.

Okay.

Start your cooking by rendam beras yang  nak guna buat nasik tu. Kali ni, beras 6 cawan dibasuh 2-3 kali then direndam dengan air panas selama 25minit sampai dia kembang. 


While doing that, kita start wat sup dia plak. Kupas sebijik bawang besaq, then hiris nipis. Tumis bawang nie dalam satu periuk yg diletakkan 3 sudu minyak masak. Then bubuh ayam and kacau.


Dah agak-agak a few minutes kacau (jangan bagi dia hangit kat dalam tu!), bubuh setengah sudu besaq rempah mansaf (baharat mansaf) and kacau lagi.


Add 2 liters of water. And let it simmer. Under medium heat.


Bubuh 2 kiub pati ayam (maji katanya, maggi kot), dan garam 1 sudu kecik, dan 2 bijik buah pelaga yg kita pop open. Oh ya, dan jugak serbuk kunyit bubuh suku (1/4) camca teh. Untuk mewarnakan. Dan jugak katanya untuk bagi bau ayam tu hilang.

Tutup periuk tu, biaq ayam tu masak dalam sup tu, then kita beralih kepada laban dia.

laban
Hari nie kitorang pakai sekilo setengah laban, which is this small bucket. Masukkan laban ni dalam blender, with tepung jagung (nasya2, نشاء katanya). So nisbah laban & tepung jagung nie, ialah sekilo laban dengan satu sudu besaq tepung jagung. So, utk hari nie, kita guna satu stgh sudu tepung jagung.

Blendkan..



Masukkan laban nie semua dalam periuk baru.

jameed



Kali ni, kita pakai liquid jameed. This one which she got from Saudi, & she put one cup plak kali ni. Liquid jameed is better than the dried powdered jameed.

Katanya, kalau macam kita org melayu nak wat kat msia, bawak balik la kiub2 jameed nie buat stok. Untuk this recipe, dia akan pakai satu kiub jameed ni, rendam dalam aiyaq (air) panas semalaman, then blend dia dlm laban & tapis. (ini in case pakai kiub2 jameed segi tiga tu)

Lepas campoq jameed dengan laban nie, kita heat up campuran nie dalam api sederhana, tapi kacau continuously sbb xnak ada lumps.


Bila dah mendidih ja laban ni, kita amik sup ayam yang tadi tengah dok reneh tue, amik dalam 4-5 cawan, tapis, n masuk terus dalam laban nie.



Didih dia (campuran laban, jameed dan air renehan ayam)  sampai menggelegak then slow api bagi dia simmer slow2. Ni kiranya dah partially finished.

Macam gambaq yg sebelum nie, kita panaskan minyak dalam kuali & straight away goreng ja ayam tue (tanpa apapa tambahan perisa or rempah).


Okay, bila dah goreng dah ayam tue, terus masukkan ayam tue ke dalam sup (campuran laban dan jameed tadi) tu. Bagi rasa lagi sup tu. Pergh. Still, let it simmer.

We'll do the garnishes now. Hiris halus-halus parsley (bakdonis katanya), dan goreng kacang (fustuq nayii katanya, فستوق ناى) .



Okay now kita nak masak nasik dia pulak. 

Dalam periuk baru, masukkan sesenduk minyak masak, preferably minyak goreng kacang yg kita pakai tadi tu sbb bau dia sedap, tapi kalo xcukup xpa ja lah.

Then kita tapis beras yang kita rendam tadi (should kembang dah by now), then masukkan aiyaq (air) secukupnya. Tadi sebab kita pakai 6 cawan beras, Ummu Thamer pakai 7.5 cawan aiyaq (air) la - ikut sukatan beras. Then tambah setengah sudu teh serbuk kunyit dan 3-4 sudu teh garam (mengikut rasa) dan masak nasik atas gas. Macam biasa.




By the time nasik dah masak, you're ready to serve!

-
-
-
-
-
-
-
-
-

Mempersembahkan !

Mansaf Masakan Ibu Arab~

^_^


Bon appetit!

Testimoni : Hah, ni baru betul macam mama (tuan rumah kami) masak...! Restaurant pun kalah~ Yum3..~
Selamat testing~


* Bengkel Masak Mansaf Ori *


Result Obsession Disorder

11:32 PM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum!


Alhamdulillah Rabu lepas dah habis exam Psikiatrik. Ini satu-satunya exam yang buat serentak OSCE dan Mini OSCE exam pada hari yang sama, yet antara satu-satunya exam dalam sejarah hidup saya yang rasanya paling happening. Kenapa happening? Sebab ini kali pertama jumpa rotation yang mostly semua doktornya (semua ye SEMUA) semua sangat supportive dan sempoi dalam exam OSCE dan mini OSCE. Sampai rasa balik exam nak terus sujud syukur banyak-banyak sebab happy sangat. Alhamdulillah... Markah belakang kira, insyallah kheir.

Hari-hari terakhir di dawam Psikiatrik di Irbid, saya lebih banyak berhadapan dengan patient yang bermasalah hati, bukan akal. Kebanyakan dari mereka sangat-sangat normal bila dipandang dari sisi luaran dan saya tidak pernah menyangka yang rupanya mereka sebenarnya sedang terbeban dengan masalah dalam diri yang sangat menekan. Kadang-kadang terasa seperti saya sedang berada dalam dunia kaunselor.

Antara yang saya ingat adalah seorang pesakit lelaki yang datang ke klinik kami dengan ibunya. Dia berusia 21 tahun. Sihat dan tiada apa yang abnormal. Cuma riak wajahnya sahaja seakan kelabu semacam. Usai bersapa-sapa, kami mulakan rutin biasa mengambil history daripadanya.

"Syu sor ma3ak?" (Apa masalah yang kau hadapi?)

Lalu dia bercerita. Mula-mula ok. Tenang. Tapi nampak macam takut-takut nak cerita yang betul. Lepas dipujuk dan diasak supaya senang kami memberi yang terbaik untuk masalahnya, akhirnya dia membuka rahsia. Bersungguh-sungguh dia bercerita sampai termenangis-nangis. Malah si ibu yang di sisi pun menangis sama, patah hati barangkali nampak anak jadi begini.



Dia depress. Amat-amat depress. Sampai pernah rasa nak bunuh diri. Rasa macam mati lagi baik dari hidup. Hanya semata-mata kerana DIA TAKUT GAGAL FINAL EXAM DAN TAK DAPAT GRAD.

Terkaku kami dengar. Iya lah, kami pun takut juga gagal exam tapi takdelah sampai nak mati. *gulp*

Obsesinya terhadap kesempurnaan sangat melebih-lebih. Dia mahukan segalanya perfect. Lantaran itu bila terasa pelajarannya makin susah apabila menghampiri fatrah akhir semester, dia mula tak keruan. Dia selalu membayangkan seandainya dia gagal dan seandainya masa depannya sangat gelap.

Bila kami selidiki sejarah hidupnya, rupanya obesi kesempurnaannya bukan sekadar ini. Dia memang cepat risau, sampai boleh kami katakan hingga ke tahap paranoid. Dia tak banyak berkawan. Kalau berkawan dengan kawan di universiti pun takdelah sampai keluar jalan-jalan sekali lepas sekolah. Lebih suka duduk rumah. Tak suka pergi tempat awam yang ramai orang dan cepat berprasangka dengan orang yang tidak dikenali. Semuanya bermula bila dia pindah ke Jordan yang dibenci.

Lagi kronik bila dia anak tunggal yang mana anak tunggal ni mostly problemnya selalu dapat apa yang dia nak. Maka bila dia tak dapat something, dia depress. Depress sejak kecil. Dan nampaknya tahap ke-depress-an sekarang makin teruk sampai teringin nak mati apa yang diingini takut tak tercapai.


Adeh la hai.. Kesiannya awak... Nasib baik datang klinik psikiatrik awal, at least kita boleh kasi ubat sikit untuk kurangkan depression selain nanti awak kena gak ikut session psychotherapy untuk kuatkan diri sendiri.

Patient yang lagi seorang seingat saya haritu juga lebih kurang begini. Depress teramat sebab apa yang dihajati tak kesampaian. Nak tahu apa yang dia nak? NAK KURUS. Ini lagi kronik sebab mungkin sebab lambat sedar yang psychology-nya dah terganggu, dia baru dihantar ke hospital sakit jiwa dalam keadaan dah mula berhalusinasi dan banyak kali cuba bunuh diri. Isk3.


Selain dari patient-patient yang depress kerana impian yang terlampau tinggi ini, saya juga banyak kali berhadapan dengan patient yang mempunyai masalah WAS-WAS. Was-was dalam banyak sangat benda. Nak kunci pintu ke belum, dah tutup gas ke belum, air wuduk sempurna ke belum dan macam-macam lagi. Tapi biasanya mereka yang was-was ini selalunya datang bila kehidupan dah makin terganggu dengan was-was yang dihadapi - dah tak boleh tidur lena sebab was-was sangat, dah tak lalu makan sebab was-was macam-macam dan sampai ada yang depress keraa was-was yang selalu berkeliaran dalam minda mereka.

Kasihan kan mereka semua ini? Bila jumpa mereka dan dengar kisah-kisah hidup mereka, saya rasa simpati sangat-sangat. Tak tahu macam mana nak nasihatkan selain dari procedur klinikal biasa. Bagi saya, rasanya kebanyakan masalah mereka ni adalah kerana terlalu mahukan kesempurnaan tanpa mengira batasan dan liimit diri sendiri (except yang was-was tu lah, tapi rasanya was-was tu pun kalau kena cara, insyallah boleh elak)

Tak salah untuk kita nak kan kesempurnaan dalan hidup. Tapi bila dah sampai terlalu tinggi dan terlalu merisaukan diri sendiri, benda tu sebenarnya sangat bahaya. Pertama sebab bila selalu sangat risaukan impian tu, kita jadi mempersoalkan diri sendiri. Lepas tu mulalah kita nak push diri sendiri over the limit. At the end, kalau tak berjaya mulalah masing-masing bermasalah. Badan bermasalah, hati bermasalah, kepala bermasalah, hidup bermasalah. Dan paling teruk bila dah tak tahan, mula terfikir mati lagi best.


Kalau kita sedar masalah yang kita tengah hadapi tu adalah masalah, ok lagi sebab boleh jumpa doktor cepat-cepat minta tolong. Tapi kalau jenis yang tak sedar diri tu bermasalah tu macam mana? Ha... Tu yang paling amat-amat bahaya.

Sebab itu antara treatment terbaik untuk orang-orang yang bermasalah obses dengan kesempurnaan ini adalah support sekeliling selain psiko-terapi dan ubat. Famili, kawan-kawan, dan orang-orang sekeliling kena main banyak peranan. Kalau perasan ada sesiapa yang berkeadaan macam ni, cepat-cepat bantu sebelum jadi lagi kronik. Tak kisah la bantu macam mana pun, yang penting kawal sebelum dia depress teruk.

Untuk diri kita sendiri (dan saya jugak), saya nasihatkan jangan terlampau push over the limit. Kenal keupayaan diri sendiri takat mana. Kalau ada masalah, sebaiknya jangan simpan sorang-sorang. Share. At least mungkin ada sesiapa yang ada cara yang lagi baik dari cara kita untuk mendapatkan benda yang kita nak tu. Serius, ni penting! Kalau asyik nak simpan sorang, memang tak dijamin hati boleh tahan lama.

Dan satu lagi yang saya rasakan sangat penting adalah jaga hubungan dengan Allah. Nak tak nak, kena juga cari keyakinan bahawa Allah boleh selamatkan kita dalam apa jua keadaan. Even bila gagal sekali, kena tanam dalam diri juga bahawa Insyallah Allah takkan sia-siakan kita dekat dunia ni. Lambat ke cepat ke yang penting kita kena selalu ingatkan hati kita bahawa Allah itu ada. Itu kekuatan hati yang paling utama.

Saya?

Saya pernah dengar tentang hidup pelajar perubatan khususnya yang sangat mencabar. (semua course stressful rasanya). Dan saya tahu kesahihannya bila dalam rotation psikiatrik dan family medicine, saya memang dihidangkan dengan kajian-kajian saintifik dan statistik pelajar perubatan adalah antara penghidap depression yang kronik. Dan lagi meyakinkan adalah apabila saya sendiri menemui kes pelajar perubatan terdekat yang depress dalam hidup.

Tapi bagi saya, setiap hari saya akan cuba kawal diri sendiri supaya jangan terlalu obses sampai depress. Bohongla kan kalau nak kata hidup pelajar medik adalah syurga. No. No. Tapi saya juga tak berapa setuju kalau nak kata hidup pelajar medik adalah neraka. Oh, tidak sama sekali!

Saya rasa keadaan hidup ni seronok atau tidak adalah terletak pada tangan kita. Kita yang tentukan sendiri. Kalau teruk mana pun hidup kita, bila hati kita selalu boleh bertahan dan yakin semuanya ok dan biasa insyallah yang teruk tu takkan rasa teruk mana. Yang penting, optimis! Itu yang saya selalu genggam. Dan seperti biasa, motto hidup saya "Put Your Trust In Allah". INsyallah, everything will going to be fine.  SMILE !=)


Mungkin juga saya patut bersyukur kerana dikurniakan insan-insan yang memahami. Truthfully, saya juga pernah melalui fasa 'I'm the best and I'm must be the best'. Tapi sejak masuk sekolah berasrama penuh bila tingkatan empat, semuanya hancur punah. Bila dikenangkan, yes saya pernah rasa saya worthless waktu itu. Study lah kuat mana pun, takkan berjaya juga dapat nombor satu. Memang depress.

Tapi waktu itu, saya bersyukur sangat-sangat bila mama dan abah selalu memahami. Abah memang dari dulu suka saya bersaing dalam pelajaran dan sejak kecil memang saya ditanamkan semangat untuk sentiasa 'be no 1'. Tapi sejak di SBP tu, saya perasan abah tak strict macam dulu. Abah selalu je juga still suruh jadi 'the best' tapi abah lebih tekankan untuk 'just do the best'. Resultnya selepas tu kita serahkan pada Allah, asalkan kita dah usaha sehabis yang kita mampu. Kalau teruk, usaha lagi lepas tu. Kalau bagus, alhamdulillah dan cuba kekalkan selain naikkan lagi kalau boleh. That's it. Enough for everyone.


Dan sejak itulah saya sendiri dah mula belajar kawal diri supaya jangan sampai terjatuh ke kawasan larangan 'depression sebab study'. Atau apa-apa je la impian dalam hidup. Jangan sampai depress bila nak fokus untuk dapatkan impian kita. Alhamdulillah, saya telah sampai ke saya ke sekarang. Dan I'm proud to say that alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan dengan baik. Ada benda yang saya dah berjaya dan ada benda juga yang saya masih gagal sampai sekarang, but I'm not going to let it ruined my life. Never.

Saya tak akan kata bahawa ini adalah contoh terbaik. Tapi saya selesa apabila masing-masing kita tahu bagaimana cara terbaik untuk menangani stress bagi diri masing-masing. Yang paling penting, saya cuma berharap agar tiada sesiapa di sekeliling saya yang bakal menjadi salah seorang pesakit depression kerana stress dalam hidupnya. Believe me, lebih baik belajar menghindarinya lebih awal daripada baru nak berubah bila dah terperangkap dalam jejaring depression yang menyesakkan.

Maka, tenang-tenanglah selalu ya...

 Allah s.w.t.  pesan:



“Hanya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang.”[Ar-Ra’d : 28]
“Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.”[Qaf : 16]

Ma'asalamah =)

p/s:
1. Irbid hujan lebat
2. Tetap nak keluar jugak main bola jaring sekarang. =p
3. Tengahari ni nak pergi belajar masak makanan Arab kat rumah orang Arab =D
4. Malam ni jadi hakim debat lagi ^^,
5. Tengahmalam ni ada projek bersama-sama skuad cintakan Allah. =)
6. Esok pagi ada bulatan gembira
7. Tengahari plak ada blablablablablabla ..*lupa*
8. Ahad dah masuk kelas baru. Maka marilah mencari bahagia waktu weekend! (^_^)Y









Sehijau Warna Daun

8:16 AM 8 Comments A+ a-

Salam

2 minggu tenggelam timbul dalam kehidupan yang penuh cerita sampai tak tercapai tangan nak mencatat di sini macam biasa. Alkisah menyambung baki seminggu di Hospital Mental Fuhays masih sangat membuka mata dengan kepelbagaian kerenah manusia yang sudah lupa siapa mereka yang sebenarnya. Nanti insyallah bakal dikongsi lain kali. 

Kemudian Khamis tiba-tiba dapat cuti tergempar seluruh Jordan sebab salji turun sangat lebat masyaallah lain dari biasa walaupun Irbid tetap cool tidak bersalji walau seinci. Frost ada gak la kalau nak dikira. Lalu bertebaran sampai 5 van student Malaysia main salji secara berjemaah. Sejarah nih. Hujung minggu pula hujan berterusan pagi ke malam ke pagi ke malam tak henti-henti. 

Minggu seterusnya berdawam(kuliah) di Irbid - Klinik An-nafsi di hospital-hospital yang bertebaran di sini. Pesakit yang ketara berbeza dari di Amman tapi tetap mendatangkan pengajaran buat yang ada. Tak sempat nak habis seminggu, pagi Isnin tiba-tiba bangun dengan tekak yang menghiris-hiris dan kepala yang berdenyut-denyut macam ada bom. Nak MC tak berani sebab Doktor Psikiatrik asyik pesan kalau nak cuti kena ganti. Haih. Datang je lah. Dari aktif terlebih hari ahad jadi pendiam teramat hari Isnin, logiklah kalau Dr Ali yang concern itu pun terperasan. Bipolar ke apa budak nih. T_T. Balik sekolah, makan ubat terus syahid seharian dalam hiram. 

Dua tiga hari dengan kesihatan yang shut down, semua benda jadi tunggang tebalik. Tugas-tugas sekeliling pun dah bertimbun-timbun ditambah dengan mesej pesanan penaja yang sudah bertalu-talu 'bila nak siap weh?'. Study apatah lagi. Walhal Rabu depan nak exam dah. Dawam plak ke hulu ke hilir. Pagi hospital ni. Petang hospital tu. Takde maknanya dah nak jimat dah duit tak sihat gini. Teksi je semua. KAUH pun bas biru. Kopak minggu ni. 

 Haih. STRRRRESS~~SSS~. DEPPRRRESSS~~SSS~  !

Elok-elok macam nak elok dan konon nak fokus dalam kelas, sekali dapat plak pengumuman Semua Student Psikiatrik Rabu Khamis ni kena pergi Conference Psikiatrik kat Amman nun join semua doktor-doktor worldwide yang datang ke Jordan University minggu ni. Goodnews boleh belajar sendiri kat belakang. Badnews habislah dua hari doktor yang mengajar! --' ah. ikut je.

Maka berbondong-bondonglah dua hari tepat jam 7.30 pagi dah bertolak dari university ke conference rasmi. As been predicted, di conferens kajian professor-professor yang kedalamannya terlampau curam sampai tak tercapai dek silibus psikiatrik tahun lima, kesannya kepada kami  : Dengar mana yang mampu, belajar sendiri, tidur, main, keluar. Bertahan sampai jam 1 tengahari. Sebab lepas tu ada buffet mewah free. yeay! *lapar amat* Otak saya dah nak habis glucose agaknya sebab minggu ni  makan sekadar sepotong sebenda sahaja sehari sebab tekak sangat pedih dan tidur sangat banyak. Once dah nak okey,  inilah masanya nak testing2 even masih takut2 dan berani sekadar sikit2. 

Alhamdulillah!

Dalam dua hari diheret oleh doktor ke Amman, selain dapat dengar banyak benda baru yang menarik tentang psikologi dan makan super sangat sedap, saya dah dapat habiskan suku silibus yang kena ulangkaji dan juga siapkan tiga perempat tugas-tugas penulisan yang terbantut seminggu. Huiyoo, over dramatic kawan saya yang tengah dawam derma tu tu dengar bila ditelefon " Salam, dah siap!" sedangkan sejam tadi kata "Alaaa tak mula lagi. sob3" Sah bipolar~

Bagaimanakah mengatasi kemalasan, kesakitan, ke-depresion-an, ke-tak-ada-idea-an ?

Ini caranya!

10:101
“Katakanlah: perhatikanlah apa-apa yang di langit dan di bumi…” (Qur’an, 10:101).


Voila!




Ai,Sejak bila Jordan menghijau secara amat hijau lebih-lebih macam Malaysia nih? Serius, kamera ni tak mampu nak rakamkan secara tepat ketakjuban saya lihat kehijauan jalan sepanjang jalan dari Amman ke Irbid. Kamera biasa la katakan, kita takde DSLR.

5 tahun duduk sini mana pernah rasanya Jordan menghijau sehijau nih. Memang dia akan hijau kejap waktu spring tapi takdelah sampai hampir 2/3 jalan selama 2 jam lebih tu. Ni dah masuk macam mostly hijau nih. Sangat wow! wow! lah!




One might say ek elle apa la sangat Jordan kaler hijau. Eh anda, Jordan never ever kaler hijau ok except seminggu dua lebih time spring. Tu pun hijau dia hijau kelabu asap sket. Takde terang benderang macam padi di tanah airku. Except kawasan macam Ummu Qays kot. Jordan = koko. Bila dia hijau, maka walaweh hebat sangat Subhanallah Allah Akbar. I like. I like.




Ini lah yang dikatakan keajaiban alam. Sekali tengok terus rasa tenang. Macam kena simbah air waktu tersesat di padang sahara selama berkurun-kurun. Hiperbola. Tapi betul la. Ini yang saya rasa. Aman. Tenang. Damai. Bahagia. Sentosa. Apa lagi kosakata bahasa melayu yang ada? 




Dan kesannya satu cerpen berjela siap. 3-4 puisi siap. 3 chapter study siap. Siap dapat snap beratus-ratus picture lagi tanda sangat suka. Ada certain je tak siap lagi sebabnya barang yang diperlukan takde. Maniac? Don't care.    * Daebak!*




Satu hipotesis saya kenapa tahun ni Jordan sangat overly greeeeeee~~~~~~~~~~~n adalah sebab semua tempat ni semua baru-baru ni salji banyak turun. Mungkin. Tahun ni salji kan lain benor banyaknya melimpah ruah.  Nikmat allah kasi la tu. See? Hijauuu dah Jordan. =D

Dan ia juga buat saya sangat rindu nak balik Malaysia.
Tiket dah siap dalam tangan! 
3 June sampai 25 August...... 2 bulan setengah. Hehe *sengih sampai telinga*

Ok, nak sambung study dalam baki tinggal seminggu. Dan Recharge. Doakan ya. Exam Psikiatrik Rabu ni.


Apa-apa pun, terima kasih Allah! Syukur alhamdulillah.

jumpa lagi.

Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *