Lovely Winter

8:35 AM 13 Comments A+ a-


Salam

 ~ When mother nature says Hi today ~

*Cherry Blossom (sakura) in the air*

Wah, dah ada!  
(Ainul)

Memekar putih di padang pasir ....
(Arina)

Owww.. Lovvvely Evvvvening ~
(Mahera)



baru balik klinik


Okay, now I love Jordan ! 

*mata bersinar-sinar*

Irbid, Jordan - Winter Januari 2012   

Winter list : 
1. Sakura  (checked!)
2. ..... to be continue....

Aqsa dalam Ingatan

7:34 AM 7 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Antara salah satu perkara yang paling menyedihkan dalam hidup para pelajar klinikal Jordan adalah ke-tidak-wujudan sesuatu yang dinamakan CUTI WINTER selama 3 tahun (sepanjang klinikal).

Maka pada saat ketika mana semua pelajar lain bertebaran keluar berjalan-jalan di luar dan dalam Jordan dan ketika mana kebanyakan status facebook mula mengeluarkan gambar-gambar berlatar-belakangkan travel masing-masing, maka pada waktu itulah pelajar-pelajar klinikal dilatih menjadi penuh macho dan cool untuk tetap setia ke hospital masing-masing menadah ilmu dan berjumpa pesakit. Latihan untuk bakal kesuntukan cuti di Malaysia jugak agaknya. Biasalah, JUST kan Spartan...

Tapi minggu lepas peperiksaan Obstetric and Gynaecology saya dijalankan pada hari Isnin dan Selasa. Maka Rabu, Khamis, Jumaat, dan Sabtu seterusnya adalah cuti! sebelum kelas rotation baru bermula semula pada hari Ahad seterusnya.

Sebulan sebelum exam tu, saya dah terfikir-fikir apa ya nak isi dengan cuti empat hari tu. Kebarangkalian paling best kalau nak travel pun adalah sekitar Jordan sahaja sebab cuti hanya empat hari. Mesir dan Syria terkecuali. Tak boleh pergi sana sebab tengah huru-hara lagi. Kawan pun tak kasi datang. Hurm.. nak pergi mana eh?

Dan tiba-tiba waktu tu lah ada satu iklan keluar tentang travel ke Aqsa...!



Waaaaaaaaaaaaaaaaa !


Tempting sangat dah tu iklan tu. Dah la murah. 250JD (dalam lingkungan RM1000 je). Aish. Nak ke tak? Nak ke tak? Nak ke tak? Macam best je nih. Kebetulan haritu ada seorang kawan dah dapat ke sana, tapi dia travel dari Malaysia. Dengar cerita dia macam sangat best, ni yang nak pergi nih kalau ngam2 exam habis  sebelum tu.


Langkah pertama adalah tanya famili dulu lepas dah dapatkan gambaran awal tentang perjalanan tu dari pihak agensi. Mama dengan abah kasi green light dengan syarat kena konfirmkan dulu betul-betulllllllll yang tempat nak pergi tu selamat dan sebagainya. 


Next, kena konfirmkan exam. Tapi yang ini problem sikit waktu tu sebab JUST suka kasi jadual lambat-lambat. Kita tawakkal je lah.


Dipendekkan cerita lepas tu ada beberapa lagi agensi yang buka tawaran travel ke Aqsa juga di sini. Wah, kenapa semua orang beria-ia ni nak ke Aqsa tahun nih? Ni first time dekat sini ada orang buat promosi ke sana. Sebelum ni tak pernah ada pun lagi. Maka, kecohlah seketika bumi Jordan mengenai hal-hal ziarah Aqsa. Ada yang membenarkan dan ada juga yang tidak menggalakkan. 


Seperti biasa, perbincangan ilmiah seperti ini akan dibawa ke Facebook OpenTalk Permai. Ini salah satu medium yang saya paling suka untuk nak tahu tentang isu semasa di sini (Irbid) mahupun di seluruh dunia yang mana melalui OpenTalk ni semua orang boleh berbincang sesama sendiri dan bertukar-tukar pandangan mengenai sesuatu benda tak kira student sains mahupun student agama. 


Dalam lebih masa lebih kurang seminggu tu lah, saya baca habis-habisan dan kaji sedalam mana yang boleh. Kemudian untuk keyakinan yang lagi dalam, saya serbu orang-orang yang lebih arif bab-bab ni secara face-to-face. Dah dapat semua pandangan, akhir keputusan saya disarankan timbang sendiri untuk diri sendiri. Nak pergi ok, tak pergi pun ok. Masing-masing ada pro dan kontra-nya.


Saya ringkaskan :


Hujah harus:
1. Qias kepada ziarah Mekah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang mana Mekah ketika itu berada di bawah penguasaan Musyrikin Quraisy.
2. Ziarah boleh membantu rakyat Palestin dengan memberikan sokongan material dan moral
3. Perkongsian isu Palestin, khususnya isu al-Quds.
4. Ziarah sama sekali tidak bermakna mengiktiraf Negara Yahudi. 
5. Qias kepada rakyat Palestin yang berada di dalam Palestin itu sendiri, di mana mereka masuk dan keluar al-Quds di bawah pengawasan Israel. 
6. Meraih pahala yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabda baginda yang bermaksud: “Jangan kamu bersusah payah bermusafir kecuali untuk mengunjungi tiga masjid; Masjid aku ini, Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa.” At-Tirmizi.

Hujah haram:
1. Sesungguhnya Allah Ta’ala melarang kita bekerjasan dengan musuh dan menolong mereka. Allah berfirman maksudnya: “… dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan…” (Al-Maidah:2). Masuk ke dalam al-Quds dan Masjid al-Aqsa dengan mengambil visa daripada mereka bererti kita menolong Yahudi.
2. Sesungguhnya mengiktiraf rejim Yahudi adalah haram sebagaimana diputuskan oleh jumhur ulamak. Mengambil visa daripada mereka bererti kita memperakui kewujudan dan keabsahan kedutaan mereka.
3. Palestin kini sedang dijajah. Kewajipan kita adalah membebaskan dan membersihkannya dari penjajahan. Sekiranya kita tidak mampu membebaskannya, maka lebih utama kita memboikot pihak yang menjajahnya, bukan dengan cara kita masuk ke dalam kedutaan mereka dan meminta izin daripada mereka untuk masuk, kemudian mereka yang menentukan sama ada kita boleh masuk atau tidak. 
4. Masuk ke dalam keduataan Israel kemudian ke bumi Palestin menjadikan itu satu kebiasaan yang akan menjadikan orang berasa tidak salah lagi Yahudi menjajah bumi itu.



Ringkasan dan syarahan tentang isu ni antaranya boleh dibaca di blog ustazah ini..)


Uish, macam sama kuat je dua-dua nih. Nak pilih mana satu eh kalau untuk diri saya sebagai orang yang tidak ahli bab ini? *Pening nak fikir*


Seseorang pernah berkata kepada saya supaya tengok ayat ini:


 “Sekiranya bertembung antara kemudaratan dan kebaikan, utamakan dengan mengelakkan kemudaratan. Sekiranya kemudaratan lebih besar daripada kebaikan, kita perlu menolak kemudaratan dan tidak perlu peduli dengan hilangnya kebaikan”. 


Ala... Sayang sangat rasanya kalau tak pergi. Tapi kalau nak pergi sekarang macam... err.... Macam mana ya? Aduh... Kalau saya tak pergi dan nanti tiba-tiba rasa menyesal, apa yang saya perlu buat? Makanya saya perlu cari sesuatu yang penting untuk yakinkan hati sendiri bahawa ini keputusan terbaik. 


Pertama, Istikharah!


Kedua, usaha lagi cari pandangan!


Dan sampailah pada suatu hari, saya terjumpa ini ...........

Nabi saw bersabda yang bermaksud :
ěžSolat di masjid al-Aqsa menyamai pahala 500 solat di masjid-masjid yang lain selain masjid Haram dan masjid Nabawi
(hadis sahih Bukhari dan Muslim)

dan

Dari Jabir ra, bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Satu solat di masjid aku lebih afdhal daripada 1,000 solat di Masjid-masjid yang lain, kecuali masjidi haram (di Mekkah), dan satu solat di masjidil haram pula lebih afdhal daripada 100,000 solat di masjid-masjid yang lain"

-(HR Imam Ahmad- hadis soheh)



Eh?

" Ainul, kau kan belum sampai Makkah dan Madinah lagi? Apa kata kita simpan dulu duit untuk ke Aqsa ni dan target Makkah Madinah dulu? Mana lah tahu kot-kot nanti Allah kasi rezeki pergi dengan famili sekali ke.. Kan best?" (sebab saya selalu mengimpikan untuk travel keluar dengan famili. Dan sangat-sangat lah best kalau dapat ke Makkah ke Madinah dengan famili tersayang. Amin100X...)

Haah kan? Itu lagi best!

Lagipun, ada lagi baki setahun setengah je lagi nak duduk Jordan. Next year nak pakai duit lagi. Kalau boleh nak bawak famili datang sini waktu grad, lepas tu nak pakai duit lagi nak balik for good. Berjimat weh!

Yeay! Dah dapat jawapan~


Alhamdulillah, maka itulah pendirian yang saya ambil untuk persoalan diri saya waktu itu. Tak salah pun sebenarnya kalau nak pergi Aqsa. Saya pun nak pergi jugak suatu hari nanti. Tapi rasanya dalam kondisi saya sendiri sekarang, jawapan ni adalah yang terbaik yang Allah ilhamkan, insyallah. Nanti kalau dah lepas hajat pergi Makkah Madinah, then kita boleh aim untuk pergi ke Aqsa pula. Aqsa masih dalam ingatan dan kerinduan. Amin........... =)


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


.
.




........dan disebabkan minggu ini orang-orang yang pergi Aqsa semuanya sudah mula memaparkan gambar pengembaraan masing-masing, maka untuk menenteramkan balik hati yang mula terdetik cemburu dan seakan-akan ada yang membisikkan pada saya " Padan muka kau rugi!"  maka saya tulis kembali 'pengembaraan' saya mencari jawapan perlu atau tidak saya ke Aqsa sekarang. 


Semoga dengan catatan ini saya akan kembali ingat, sebab apa saya tak jadi pergi travel ke sana dan apa misi yang telah saya targetkan untuk dicapai. Biasalah, saya inikan manusia yang mudah lupa. Maka perlulah di ingatkan selalu.=)


Yosh, mari doa hari-hari supaya Allah lorongkan peluang untuk ke Makkah dan Madinah + bersama famili suatu hari nanti. 


* ala! orang yang nak pergi umrah bulan ni pun dah bertolak tadi. Nak ikut! Nak ikut! Nak ikut! T_T *



Jumpa lagi~

** cuti baca blog kawan-kawan travellholic jugak untuk masa sebulan sampailah semua yang balik cuti dah start sekolah balik. Stress prevention. hehehehe... **

Antologi Puisi Berunsur Islam GKLN

9:26 PM 0 Comments A+ a-


Assalamualaikum~

* IKLAN BEST! *

ANTOLOGI PUISI BERUNSUR ISLAM GKLN 2011-2012


ANTOLOGI PUISI BERUNSUR ISLAM
GKLN 2011-2012






50 PESERTA


AHLI GKLN SELURUH DUNIA


100 SAJAK/PUISI (2/penyertaan)

TEMA ISLAMI



SEBELUM 15/3/2012


ADAKAH ANDA INGIN MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA FENOMENA INI?


HANTAR KARYA ANDA SEKARANG!!


HANTAR KARYA ANDA SEKARANG!!


HANTAR KARYA ANDA SEKARANG!!!

My Spartan University

9:47 AM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum


Alhamdulillah result OnG dah keluar semalam. Punyalah gigih pergi meredah hujan semata-mata nak ke Hospital King Abdullah tu sebab nak tengok sendiri markah walaupun lepas tu rupanya diaorang letak je dekat facebook grup. Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah. Walaupun tak mencapai markah yang saya target, tapi overall dengan seluruh grup, saya masih di tahap yang ok. Dan paling menggembirakan, ini adalah antara markah terbaik saya midterm dalam seluruh subjek major yang saya dah amik.Syukur Alhamdulillah, nampak sangat saya suka amat-amat OnG berbanding subjek yang lain ! =D

Seperti yang telah dijangkakan untuk tahun ini, markah exam memang bakal sentiasa rendah dari tahun sebelumnya lambang doktor makin lama makin suka nak susahkan exam dan tingkatkan kualiti pelajar katanya. Untuk group saya kali ini yang seramai 80 orang, daripada full mark 55, hanya seorang dapat 50 markah dan 14 orang dapat lebih dari 40 markah. Baki 66 orang yang lain semuanya less than 40. Purata markah semua around 32-33. Urgh... T_T

Balik dari hospital saya sempat bersembang-sembang dengan beberapa orang yang saya jumpa di tengah jalan. Semuanya berkisar tentang OnG yang rendah tak sudah-sudah ni. Tapi well alhamdulillah rasanya bila kebanyakan yang saya jumpa semua memberikan semangat yang tak putus-putus.

Nak tahu kenapa?
Bila saya risau kenapa markah asyik rendah, diaorang cakap macam ni....


1. Resident Pathologist tahun 4

" kau tahu sebab apa markah ko rendah? Sebab ini adalah JUST. Haha. 


Bissarohah (terus-terang), I hate them too. Seriously.. . It's normal here. Their expectation level are very high. You will never get very high marks in medicine except you are amazingly very genius. They just love to give you very hard exams. But never mind, just keep it up and hold yourself till you graduate from here. Then when you continue your specialist study, you'll find out that all of it are quite easy and interesting. 


Me myself for the rest of my clinical years, my marks are very low. But when I continue my resident year, last year I was the first among my collegue. Believe me, all this low marks are only for medical undergraduate of JUST. When you get out of here, everything gonna be fine. Haha "




2. Resident of Family Medicine 


" Most of us here are going to take the international board exam later. But you know something? I don't scare of the board exam at all. It gonna be easy. I'm more scared of taking JUST exams. "




3. Miss X


"OSCE and mini OSCE are not exactly about how our performances only. You need luck too. If you get malignant doctor, just forget about it. If you get benign one, then you can continue your dream to get as high as you can"


=)


Well... This is only a few of the comments. (kalau ada lagi, nanti kita sambung lain)


Bukan lah nak terus kata tak payah usaha dah even kalau rendah pun dah ok. Tak, bukan itu yang saya nak bawa. Tapi semua ni sekadar nak menunjukkan bahawa ketahuilah bahawa JUST ni sangat-sangat nak men'tarbiyah' kita setinggi yang boleh. Lagi tinggi, lagi dia suka. 


Tengok je lah macam mana ketua-ketua jabatan perubatan semua dimonopoli oleh doktor-doktor yang amat ganas dalam memberi markah. Diaorang sendiri punya level pun masya Allah, 3aziim!


Tak percaya? 


Mari kita tengok satu profile doktor yang sangat cool ini. 


He is well-known as The Middle East IVF Pioneer.Has worked previously as a Senior Consultant Obstetrician and Gynecologist at The Manor House Hospital, London. And as a Senior Lecturer at the University of Nottingham Research and Treatment Unit in Reproduction. Trained in renowned hospitals in Great Britain for over 25 years. Has a wide clinical experience in obstetrics and gynecology as well as reproductive medicine. His work on Microscopic Epididymal Sperm Aspiration was recognized as a First in the British Isles. He has teaching experience in Scotland and England and has published his work in various international journals. He is one of the very early pioneers in the field of IVF and Assisted Reproductive Technology. He is the First Medical Doctor of Middle Eastern origins to succeed in IVF (His results were media published in 1985). 


Siapakah Doktor Hebat ini


 @_@  
[ budak klinikal Jordan, sapa tak kenal ni memanglaaa...]

---> Ayat paling tak boleh blah beliau sebelum mula kelas 
" See! I'm very qualified to teach you in this class~" sambil buat muka comel bangga yang sangat funny. =p
(Tapi Dr Zouhair ni doktor beningn. Kelas dia takdelah menakutkan sangat. Seronok je belajar.)


Tengok? Dasyat tak tenaga pengajar kita wahai warga JUST yang selalu tension markah rendah?


Ini baru Dr Zouhair. Belum masuk lagi Dr Mahmoud Al-Sheyyab  the ex-Jordan Health Minister dan doktor-doktor lain yang selalu mengajar kita tu. Kalau rajin cuba lah cari sendiri apa kehebatan doktor-doktor yang ada kat sekeliling kita. For sure nanti mesti akan kagum sendiri dan boleh dapat assume macam mana doktor tu nak kita jadi bila kita dah grad nanti. It is all about the future~


Maka, kesimpulannya apa?

Marilah kita belajar bersungguh-sungguh sehabis daya sehabis baik yang kita boleh buat sepanjang kita belajar dekat sini. Rendah ke tinggi keputusan kita itu belakang kira, yang penting kita pulas sampai habis berusaha untuk dapatkan markah sehebat yang kita boleh capai sepatutnya. Lagi tinggi markah dapat memang lagi bagus, tapi kalau tiba-tiba terrrrdapat markah rendah, janganlah putus asa sekerat jalan. Usaha lagi~

sebab ...

"We don't know what the future may hold, but we know who holds the future."


Semoga cabaran berada di JUST ni sedikit sebanyak akan melatih kita menjadi doktor yang berguna untuk kemaslahatan ummah suatu hari kelak. Yes, JUST memang awal preklinikal nampak macam memanjakan student dengan sekadar hafal,exam,hafal,exam,hafal,exam. Tapi sebenarnya itu semua adalah dia punya cara tersendiri untuk menyiapkan diri kita menghafal sekuat sedalam yang boleh selama 3 tahun untuk kegunaan masa depan - yang mana orang selalu tak perasan.

Once dah masuk klinikal, kalau terlupa maka waktu itu lah akan rasa betapa anehnya kita menghafal tiga tahun tak menjadi-jadi dan bolehlah bersiap-sedia kena dengar ceramah dari doktor. Itu baru bab round dengan doktor. Belum masuk exam yang sentiasa mencari peluang untuk meng-ambush student lagi. Sental habis-habisan biar sentiasa sedar diri bahawa selalu tak cukup hebat lagi untuk menjadi seorang doktor!

Apa lagi?

Yalla, bitaufiq wannajah~

Walaupun JUST itu macam Spartan, tapi insyallah itulah yang terbaik untuk menjadikan kita seperti Leonidas I - the best product of Sparta.

JUST boleh! Kita Boleh!  *tetiba =p*

(tiba-tiba teringat ada sorang senior pernah cerita yang seorang doktor pernah berleter pada dia  - "Kau tu nanti balik Malaysia bawak nama JUST, jangan sesekali nak malukan kitaorang pada Malaysia nanti. Upgrade sikit diri tu! Be a great doctor! "  - Gulp~ )

p/s:

Sekadar ingatan balik untuk diri sendiri - pesanan sejak sekolah rendah :

1. Jangan buat hal / kutuk cikgu
2. Jangan benci sekolah
3. Jangan contohi budak perangai teruk yang selalu dapat markah tinggi

sebab....
Apa yang paling penting : Kaf.Ba.Ro.Kaf.Alif.Ta.Nun................. Keberkatan~

Jumpa lagi!



OSCE OnG

10:44 AM 4 Comments A+ a-


Assalamualaikum~

Minggu ni minggu terakhir rotation Obstetric & Gynaecology (OnG) yang sangat best!


However, minggu depan pulak akan mula exam 

 Mini OSCE - 16th January
OSCE - 17th January

#_#

dah lama sangat tak berOSCE..... 
dekat 10 bulan dah tak pernah OSCE.... 
aihhh, ketaq!

satu-satunya subjek major tahun nih
9 kredit hour siap

yosh!
pulun!
O&G!
no internet!


doakan saya dan kawan-kawan lain dekat sini ye~

Oh, sebelum berhenti
mari ramai-ramai tengok baby racing dalam perut
ni doktor buat jadi bahan mengajar aritu..

maybe nak suruh kitaorg racing jugak study kot. hoho
Go!


yalla bye~


Sanah Helwa Mama

3:47 PM 1 Comments A+ a-



Salam


- I can't find the right word to say -
- So let all these be the one that I pray - 




Mom, you’ve always been the best
A better mom than all the rest.
I’m thankful for all the things you do
I’m glad my mom is extra special you!



On your beautiful Birthday, I want you to know
You’re the greatest mom, and I love you so.
There’s one more thing I want to say:
I wish you Happy Birthday!




My every heartbeat, and every breath,

Every smile, tear and faith. 
Together, they scream out and pray,
Times will change, world will change,
But my love for you shall never fade away.
Happy Birthday, Mom.



Beauty and Grace,
through your expressions of faith.

Comfort and tears,
you help calm my fears.

Love and Life,
you're always my guide.

There'll never be another,
you're forever my Mother.


Only you~


p/s:

Dua bulan ni hari-hari belajar pasal ibu mengandung,
Jadi teringat mama sampai termenung-menung
Syukur sangat-sangat mama orangnya kuat
Kalau tidak mesti Arina tak ada sampai ke ini saat

Terima kasih mama! 
Semoga Allah kurniakan mama umur yang panjang dalan kesihatan dan iman.
Semoga terus bahagia dunia akhirat
murah rezeki sentiasa dapat berkat 
Semoga semua doa mama Allah makbulkan cepat~

Arina sayang mama! 

(^_^)y

*
*
*
*
*

Yang lain,
Mari sama-sama dengar lagu Ya Ummi~
(bersama terjemahannya)



Robbighfir lii wa li waalidayya warhamhumaa kamaa robbayaanii shoghiiroo
“Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku dan kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”
*
*
*
*


 Nabi SAW pernah pesan: 

” Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari.”

( apa lagi? jangan lupa doakan selalu. Insyallah kaya dunia akhirat)

*
*

~jumpa lagi~
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *