Rare, kind hearted people of Jordan

9:41 AM 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum~


Keifhalkum Jami3an? Semoga semuanya baik-baik belaka.
Guess I'm back from a long hiatus.
By the way, winter is now here. Salji takde pun tapi rumah dah mula jadi igloo. Sejuk semacam.
Hibernating mode activated!

Ok.

Back to the topic.

Sebulan dua ni Jordan dah mula famous sangat dengan pelbagai kes. Demonstrasi dan juga kes-kes yang melibatkan student Malaysia. Siap masuk paper lagi. Innalillah~

Lama-lama rasa macam boleh jadi paranoid duduk negara ni. How come makin lama jadi makin worst? Tapi  elok jugak, at least rasa nak lebih berjaga-jaga tu makin tinggi seiring dengan semua benda yang jadi. Apa-apa pun, minta tolong juga doakan kami dekat sini.

Tapi dalam kita rasa suspicious dengan semua orang, bagi saya jangan lah sampai generalized-kan semua sekali. It's good to be careful, but not to the extend of becoming paranoid to everyone. Well.. dalam setandan pisang memang la tak semua elok. Tapi yang elok tu pun banyak je lagi.

Sesekali... eh bukan. Banyak kali juga saya suka dengan akhlak orang-orang Arab yang sweet dan lain dari yang lain. Mari nak cerita.

Untuk hari ini, ada satu benda yang buat saya terbuka hati buat kesekian kalinya dengan akhlak orang Arab.

Tengahari tadi, saya dalam perjalanan ke kelas daripada Hospital Idoun. Singgah sekejap dekat sebuah kedai roti+kopi sebab nak beli lunch. Tengah-tengah tunggu roti dipanaskan, tiba-tiba ada seorang makcik datang dengan anak dia - mintak sedekah dalam kedai. Makcik tu sihat walafiat je. Cuma anak dia takde kaki dan berjalan guna tangan.

6 tahun duduk dekat Jordan - tempat yang agak femes dengan sindiket minta sedekah, saya selalu fikir dua tiga kali jugak sebelum nak hulur duit. Bukan apa, kadang-kadang ada setengah dari diaorang kalau dah bagi sikit, suka paksa minta banyak plak. So kadang-kadang tu better takyah bagi langsung sebelum diaorang paksa sampai tarik-tarik baju dengan beg. Tapi tak semua la. Dan kebiasaannya kalau ada orang minta sedekah dalam kedai, dan kalau customer tak layanpeminta sedekah, tuan kedai akan suruh dia keluar.

Waktu tu cuma saya sorang customer dalam tu. Dalam seminit dua saya tengah timbang nak kasi ke tak duit, tuan kedai bahagian roti kat belah dalam dah mula datang ke arah saya yang sedang berdiri dekat area kopi di depan. Mula-mula ingatkan dia nak halau dah makcik tu dengan anak dia. Makcik tu pun bila macam takde orang layan, dia pun nak keluar.

Tapi sangkaan saya silap, tuan kedai belah roti tu rupanya ambik tiga empat keping roti maajanat (roti berinti) - yang clearly bukan yang saya punya tempahan - dan pergi panaskan. Bila makcik tu berpusing nak keluar, tuan kedai yang jaga belah kopi panggil makcik tu dan hulurkan duit pada dia. Dalam masa yang sama jugak, tuan kedai belah roti suruh dia tunggu sebab nak kasi roti-roti tu pada dia.

Dalam sekelip mata, tetiba semua orang dalam kedai tu bersedekah pada makcik tu dan anak dia. Dan comfirmlah saya jadi orang last yang hulur sedekah sebab macam terkagum dan termalu sorang-sorang sebab lambat sangat take action.

*Segannya! Macam kena pangggg sekali - lemahnya iman weh~*

Malu ok.... Malu...

Terus sepanjang jalan nak pergi kelas, dalam bas saya jadi teringat-ingat betapa saya selalu kena terus indirectly tentang orang yang baik hati bila saya mula teragak-agak untuk buat benda yang sama. Ni mesti simpanan dekat akhirat tak cukup lagi ni sampai Allah tegur banyak kali macam ni. Sob3.

Satu benda yang saya takkan lupa tentang Jordan sepanjang saya hidup dan saya tak pernah jumpa sebelum ni adalah bila saya selalu sangat dapat offer makanan dari stranger waktu dalam bas Mujammak Sheikh Khalil kalau nak ke kelas.

Sebagai seorang foreigner, saya memang jarang expect orang tempatan akan jadi sangat peramah sampai offer makanan sebagai pemula bicara secara tiba-tiba bila dalam bas. Tapi dulu waktu pre-klinikal, selalu sangat saya melalui pengalaman ini dekat sini.

Naik bas, duduk sebelah orang Arab yang memang tak kenal langsung dan tak pernah jumpa, tetiba dia hulur makanan sambil tanya " nak? " kepada saya. Biskut, buah, roti, pizza, segala jenis makanan yang boleh dipotong dan dibahagi, saya selalu akandapat sama sikit. Kadang-kadang tolak juga, tapi kalau jumpa yang jenis sangat menghormati sampai suruh ambil juga walaupun tolak banyak kali, maka saya raikan - ambil je lah.

It was such a nice experience. Rasa takjub sangat bila tahu ada juga orang yang masih berhati mulia dan baik macam tu dekat dunia yang serba suspicious zaman sekarang. Walaupun takde lah semua macam tu dan sangat rare jugak nak jumpa, but still they exist. =)

Lovely, isn't it?

Dan sebagai orang yang selalu menerima, dalam masa sama saya terdetik juga untuk memberi dengan cara yang serupa. Setakat ni kalau sesama Malaysia atau pada yang kita dah kenal, alah senang je. Tapi kalau kepada strangers, seriously it's not that easy. Masih ada ragu-ragu jugak takut kena cop 'apehal budak ni nak jadi baik semacam, tak kenal plak tu, mesti ada apa-apa'. Huhu..

Apa-apa pun, tak rugi kalau kita tetap cuba kan?

Yosh!

Semoga Allah balas jasa mereka yang mengajarkan semua ni pada saya dengan sebaik-baik ganjaran. Amin..

*love you, Jordan*


wassalam~




-study memalam sambil terdengar nasyid Rabiatul Adawiyah dekat nasyidfm -nostalgik versi asrama betul~ -


3 comments

Write comments
Anash
AUTHOR
December 10, 2012 at 10:19 PM delete

akak percaya, ainul membawa hati yang baik....mereka melihat ainul dari mata hati mereka...oleh itu la urusan donia ainul dipermudahkan ...sekaligus jua untuk urusan akhirat...
btw..
er nak tanya ...apa maksud "syafakillah.."?
(nyorokbawah meja opis sebab tatau bahasa arab...)

Reply
avatar
Ady skywalker
AUTHOR
December 11, 2012 at 4:40 AM delete

..akhirnya entry baru.awk byk dapat ilmu kat sana..dari ilmu dunia sampai akhirat..semoga byk dapat manafaat kat jordan

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
December 11, 2012 at 5:33 AM delete

kak anash:
amin... =D
syafakillah tu doa, maksudnya semoga disembuhkan allah - kita ucap pada org2 yg sakit, contohnya akak skrg. hehe. syafakillah ^_^

ady skywalker:
insyallah. amin.
tunggu entry ke? maaf lambat, kering idea.

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *