Subuh di Gaza

6:34 PM 5 Comments A+ a-

Assalamualaikum~



Sobahal Ward ! 
Sobahal Kheir !
Sobahal Nur !


Ucapan pagi-pagian yang penuh dengan harapan untuk hari yang lebih baik hari ini berbanding hari sebelumnya.

Semalam gara-gara tertidur sangat awal sejurus lepas Isya' (sebelum pukul 8 mlm), hari ini alhamdulillah dibangunkan Allah seawal jam 2 pagi dengan sangat segar-bugar. Dalam hati sudah tertanam niat mahu ganti study. Lalu saya mulakan hari ini di meja study dengan nota-nota lectures dan segelas green tea yang panas untuk melawan kesejukan winter. Fuh, sungguh peluang ini memang sangat jarang nak dapat dan buat. 

Sambil study, sambil buka internet. Dengar Nasyidfm dan sekali sekala menjeling facebook untuk update keadaam semasa. Bukan apa. Selain dari isu hangat sekarang tentang Gaza yang sangat menyedihkan, saya juga sedang bimbang tentang keadaan nenek yang sakit kuat di Malaysia. Semalam dengarnya makin tenat, tapi alhamdulillah pagi ini khabarnya sudah sedikit ok. Syukur ya Allah. Tenang sikit pagi ini.

Tapi, dalam tengah study pagi ni, mata saya tertancap pada update-update dari fb Activist for Palestin yang sangat........ tak tahu nak cakap apa.  *geram, sedih, bercampur baur *




Gaza || #Urgent || New explosion just rocked #Gaza City due to a new Israeli airstrike (03:21am Local Time)

Gaza || #Urgent || Again New explosion just rocked #Gaza City due to a new Israeli airstrike (02:59 am Local Time)

BREAKING| Massive explosion has just rocked Nussairat refugee camp in the central #Gaza Strip .

BREAKING| Massive explosion has just rocked #Gaza city now !




2.30 pagi? 3.21 pagi? kena bom sepagi ini?

Weh, melampau sangat Zionis ni !!! 

Even tengah berperang pun, itu time orang tidur kot.... ! 
Kalau askar tak tidur, tapi kanak-kanak kat sana mesti ada yang tengah tidur waktu tu.

JAHAT!

Tak kasi peluang langsung untuk orang-orang yang tak bersalah selamatkan diri. T_T

ZALIM!

Ya Allah..... 

Jarak masa antara Gaza dan Jordan memang tak jauh beza. Mungkin setakat beza sejam atau setengah jam sahaja. Jarak kami tak jauh mana. 

Bayangkan lah..

Pukul 3 pagi sekarang saya tengah khusyuk study sambil minum air panas waktu winter dalam keadaan sangat aman, mereka dekat Gaza mungkin kelam kabut tengah kena bom. 

Pukul 3 pagi sekarang saya tengah bahagia dalam sunyi alam, merek dekat Gaza mungkin tengah ketakutan kena bom.

Pukul 3 pagi sekarang saya tengah cuba contact Kekasih Yang Satu di hujung malam, mereka dekat Gaza lagi advance terus dijemput menghadap Dia

Allah... Allah.. Allah..

Terbayang-bayang mereka dekat sana sekarang.

Saya jatuh kasihan sangat-sangat dan dalam pada yang sama, saya juga ada rasa cemburu dengan mereka. Insaf sangat-sangat dengan keadaan mereka kalau nak banding dengan kita dekat sini. Astaghfirullah, banyaknya kelemahan saya. 




Semoga Allah turunkan pertolongan dan kemudahan untuk mereka di Gaza. Malah untuk di Syria, Rohingya dan seluruh lagi tempat yang umat Islam dizalimi. Saya tak mampu nak tolong secara fizikal. Tapi saya akan sentiasa doakan mereka. Doa lah sama-sama, semua. Semoga ada antara kita yang makbul doanya untuk mereka, dengan izin Allah.


The power of doa..

Mereka tidak meminta lebih dari kita,
Hanya tembakkan doa buat mereka,
Doa semoga bumi Gaza bebas dari kekejaman Israel.. 

Doakan mereka..
sesungguhnya doa itu senjata mukmin.. =)


-copy from MMY-


eh, dah azan Subuh! (skrg pukul 5.40 pagi Jordan. Abaikan jam blog yang tak berapa betul)

Jangan lupa doakan mereka dekat sana~

Ma'3assalamah~ 

5 comments

Write comments
Biqque
AUTHOR
November 19, 2012 at 10:50 PM delete

u take care dear...marilah kita perbanyakkan doa ye...

Reply
avatar
Ady skywalker
AUTHOR
November 23, 2012 at 9:22 AM delete

Tempat air terjun tu sgt menarik..tapi mcm bahaya sgt la pulak..

Reply
avatar
Ady skywalker
AUTHOR
December 2, 2012 at 1:18 AM delete

Masih menunggu update dari Doc

Reply
avatar
December 2, 2012 at 12:08 PM delete

Yup, rapatkan saf dan doakan kesejahteraan serta keamanan umat Muslim di serata dunia ...

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *