2 days 1 night : Wadi Mujib, Makam Al-Harith Bin Umair Al-Azdi dan Dana Biosphere Nature

5:47 PM 4 Comments A+ a-


Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah~

Memandangkan esok cuti, ok hari ni kita boleh update blog!

[warning : panjang berjela ]

First and foremost, kali ni kita masuk bab travel lagi - selepas setahun 'cuti' berjalan-jalan. Yeay! Sejak naik tahun 5, memang dah macam stop travelling dah. Nak pergi area jauh-jauh terlebih dari kawasan middle east, bajet tak cukup. Nak pergi area sekitar Jordan, semua negara arab bergolak la pulak. Last-last duduk rumah (baca : Jordan) diam-diam sudah. -_-'

Tapi cuti raya haji ni, batch akhawat tahun 6 yang berbaki dekat Jordan mostly semua sepakat nak buat trip hiking. Destinasi : Wadi Mujib dan Dana Reserve. Okeh, menarik! - since tak pernah sampai lagi 2 tempat ni. So, call!


Maka, berjalanlah kitaorang 14 orang sekawan melayu dengan 2 lagi kawan arab perempuan untuk trip hiking ni. Murakib under Ammu (Pakcik) Khaled yang dah kenal lama. 

* By the way, stories by pictures la ya. Nak cerita detail perjalanan pun macam simple je sebenarnya.
* gambar buku nota : gambar saya - maka kalau bukan buku nota, sumbernya google~

Dalam Perjalanan

Sepanjang perjalanan ke Wadi Mujib ni sebenarnya kita ikut jalan ke Laut Mati juga. Maka, on the way tu ada beberapa pit stop yang orang suka berhenti tengok. Kebanyakannya adalah tentang Laut Mati. 


cuba tengok betapa rendahnya Mr Dead Sea ~



Papan tanda ke Madaba (tempat Mount Nebo - the oldest church in the world + makam nabi musa) , Ma'in (ada kolam air panas) dan panoramic complex (tempat lepak-lepak tengok scenery atas bukit ) 



Laut Mati yang luas terbentang~ (terasa macam kat Penang plak. =p)


Panoramic View - usyar laut mati dari atas bukit


Dead Sea - Bahri Mayyit - LautMati 


Papan tanda lagi

Ok~

1st destination : WADI MUJIB





petikan internet :

Wadi Mujib, Jordan is located in a steep canyon that contains a very “wet and wild” river hiking experience. This wadi or canyon is in the lowest reserve on the planet as its water empties into the Dead Sea (almost 400 meters below sea level). A hike up the canyon is not for the faint of heart, rather it is an adrenaline producing experience. Sign the waiver at the main entrance, pay the admission fee and collect a life jacket. The entire hike is about 2 km – and you should allow 2 to 3 hours for the round trip. The entrance to the wadi is flat and open but soon turns into very narrow, extremely steep river eroded iron sandstone walls. Quickly any banks to this river disappear and the only way up the canyon is to wade and swim up river.

Parts of the river flow extremely fast and there are mounted ropes to help with pulling yourself up. If you bring a camera it must be waterproof and securely fastened to your body as you will definitely need all your wits about you when climbing up this river. Steep rocks, large boulders, fast water, waterfalls and narrow canyon walls all make this for a challenging dangerous hike. For those who make it to the “end” you will be treated to multiple waterfalls coming down forming a large pool. Note the “sucker” fish in this river – anytime you stop they will continuously nibble at your feet. Climbing up this canyon was one of the top travel experiences we’ve ever had. For more information visit: www.rscn.org.jo
 ~ Wadi Mujib also known as the Grand Canyon of Jordan ~
Wadi Mujib ada 5 trail : Siq Trail, Malaqi Trail, Canyon Trail, Mujib Trail dengan Ibex Trail (dry trail)
Memandangkan kitaorang dari Irbid yang agak jauh dari Wadi Mujib dan sampai dah tengahari, plus semua budak perempuan yang suka hiking tapi tak pernah hiking air - maka keputusannya adalah guna Siq Trail - sebab dia punya grade susah adalah 'moderate' (katanya). Lagi satu takut kitaorang terlajak masuk sampai lewat petang which is bahaya sebab air makin petang makin tinggi dan laju, maka ikut Siq Trail je lah yang setakat 2-3 jam je
Asalnya antara kami berenambelas, saya dan sorang lagi kawan tak nak join masuk Wadi Mujib. Kenapa? Sebab wadi mujib sudah femes sebagai tempat berbahaya! Sorang senior arab kami pernah mati lemas dekat sini. Sorang adik junior melayu pun pernah hampir hilang nyawa dekat sini. Kes nak kena hanyut pun berlonggok-longgok. So, kenapa nak cari nahas? 
Tapi kata mereka dengarnya sekarang diaorang dah tambah batu (?) dan konon 'tak berapa bahaya sangat' (wrong!), maka berduyun-duyun mengajak suruh masuk jugak. And akhirnya semangat tak mahu masuk akhirnya musnah selepas sampai depan wadi Mujib yang sangat lawa dan tempting. haish. Haish.

entrance :  turun bawah tu dan jalan ikut sungai~



Ho liao!~

sebijik macam masuk Petra - berjalan di celah-celah batu gunung. 


Belok kiri belok kanan menyelit-nyelit celah gunung



nice emerald green water~! 


Ini adalah view jika kita mendongak ke atas sewaktu berjalan. wuuu~


aha! air yang awal tenang macam dekat entrance, jangan sangka last-last tiada .....errrr... air terjun (?).

Sebagai seorang budak perempuan yang biasa hiking bukit atau gunung sejak sekolah, saya tak ada masalah dengan hiking panjat-memanjat. However...! Bila hiking + kena gerak against air yang sangat kuat laju dan sometimes ganas, this is a very horrible first experience~!
(but obviously very meaningful la...^_^ )

Bukan setakat 1 atau 2 air terjun berbatu bata yang kena panjat, tapi dekat 4 - 5 buah air terjun checkpoint kena panjat.

seterusnya, tentulah kena rasa pengalaman
Memanjat sambil kena muka kena tolak dengan air, jatuh guling-guling banyak kali sebab licin, terjelepuk dalam the unreachable bottom waterfall, kenyang minum air terjun setiap kali terbenam, tersorong-sorong ke tepi sebab air kuat sangat untuk setiap checkpoint waterfall blablablabla.... X,X




2nd waterfall - time dekat sini, grup kami tinggal 14..... 2 orang  give up.


the real experience. same waterfall and the same velocity. 


dari view orang yang berjaya naik

this is the worst part of mine. 2nd last check point.
air paras pinggang waktu ni
 kitaorang siap panjat gaya superman. kaki hujung tangan hujung badan meniarap tengah-tengah ruang, sebab nak elak air yang makin kuat dan banyak sebab dah petang.
tali macam tak berapa nak funtion.
And the bottom is quite unreachable (jenuh gagau batu keliling)

untuk orang yang tak ringan dan tak reti berenang macam saya, obviously this is a nightmare. T_T

never mind, kena terus cuba jugak!
ini kan 2nd last check point, sikittt je lagi. 

result : kaki langsung tak boleh angkat lawan air - jatuh >4 kali. 

dan lagi menambah perisa bila cubaan terakhir di check point ni menyebabkan 
spek mata tercabut dan terus zuppp! hilang dibawa arus. 

tergamam
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ok stop!  Saya give up.
(hilang separuh keberanian bila hilang spek)

I'm not a coward.
Tapi bila hilang cermin mata dan everything in front adalah tak clear (power 500), 
this world is dangerous place.
 wadi Mujib ? -  worst. In just a minute, it feels like hell.

Nak naik takut. Nak turun pun takut.

(wallahi dalam hati berharap kot-kot tolonglah kalau boleh ada helikopter je tarik keluar dari atas....which is impossible ya amat la kan? -_-') 


To avoid being a burden, saya memilih untuk stay alone dekat tengah-tengah waterfall ni. Kawan-kawan semua naik je terus, termasuk Ammu Khalid. Tak kisahlah diaorang memujuk kuat mana pun, saya takkan cuba dah waterfall yang teruk tu. Seriously trauma.



Being alone for about 20 minutes in a narrow places seperti celah-celah wadi mujib yang kelilingnya canyon, atasnya sipi-sipi matahari, bawahnya air paras pinggang yang laju, kuat,dan berbuih di seluruh tempat akan buat kita rasa yang kita memang lonely teramat dekat situ. Not even a life being ada dekat sebelah.

Untuk elak kena tolak dengan air dan terdorong ke belakang which is ada another waterfall, saya duduk celah-celah batu besar. Berteleku sorang-sorang rembang petang. Dah la semua yang saya nampak samar-samar belaka. Sungguh memang takut. 

Ini pertama kali dalam seumur hidup saya, saya doa satu je dekat Allah : 
"Saya tak perlukan apa-apa sekarang. Saya cuma nak Allah rasa dekat dengan saya, bagi kekuatan dan kemudahan saya nak balik dengan selamat je. Itu je. Nak ambik apa-apa, ambiklah. Yang penting saya selamat keluar dari sini" 

*but, not even a tears come out. Cuma shivering memang nampak clear. First time menggigil sebab takut *

Selepas 20 minit tunggu sorang-sorang dan banyak kali tolak ajakan Ammu Khalid untuk naik jugak the last waterfall, alhamdulillah Allah lorongkan Ammu Khalid untuk cari idea dan jalan lain untuk saya naik juga sampai complete. Malah sangat-sangat terharu bila dapat tahu kawan cerita Ammu Khalid tak senang duduk dekat atas sebab dia nak jugak saya naik dengan sebab hanya bila sampai atas je, bagi dia saya boleh happy. *sob2, syukran ammu!*

Kalau sebelah kiri itu adalah laluan air deras bertali, sebelah kanan saya waktu tu adalah air terjun juga yang deras dan berbatu-bata siap ada notis "this site is dangerous". Tapi dangerous tu mungkin utk turun kot sbb dia terlampau banyak batu, tapi untuk naik situ lagi ok bagi saya sebab batu dia tak fully covered dengan air terjun. Dan alhamdulillah  dari site dangerous tu, saya berjaya panjat naik sampai ke atas hingga ke peak waterfall. Of course dengan bantuan ammu khalid. Dan paling penting dengan izin Allah dalam keadaan saya rabun dan takut.

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.  

the peak waterfall - 30 mtr in height
-the victory!-
~mandi air terjun, masuk gua, terjun tiruk, menyelam, lepas geram~

Yeay! Alhamdulillah dah habis! Horeay boleh balik...
eh cop. nak turun kena pakai the same track. T_T

Waktu ni dalam hati dah sangat berdebar. Sepanjang nak naik tadi dah azab, nak turun ni macam mana plak dah? Ya Rabb, kenapa lah aku join benda nih? huuuuu....

Tapi bila fikir-fikir balik, rupanya ini adalah hadiah untuk saya - saya nampak satu persatu budi kawan-kawan saya semuanya dekat sini. Tak pernah sekali diaorang tinggalkan saya. 
Banyak sangat tangan yang menghulur untuk meneman dan beri kekuatan. 
Ramai yang sanggup jadi mata sementara untuk saya
Malah saya ber-guard depan belakang yang akan cover awal-awal kalau ada something yang agak bahaya untuk saya lalu. Semuanya oleh kawan-kawan perempuan saya. Ammu-ammu semua jaga paling depan dan paling belakang kami. Saya in the centre of everyone. 
Bukan setakat setakat dekat wadi mujib, malah di Dana. Everything seems so beautiful about them. Last-last saya menangis bukan sebab takut, tapi sebab terharu.
 terima kasih kawan2! *watery eyes*

Eh, emosional plak. 

Ok sambung cerita. Untuk turun, kami perlu gunakan jalan yang sama. Maknanya kena lalu balik the whole waterfall. 

Plus satu batu bertingkat yang ada pemegang besi macam pemegang tangan tepi cermin dalam kereta tu - cuma bahayanya dekat sini jarak satu pemegang atas bawah sama tinggi dengan tinggi saya. So, nak naik tadi kami berjingkit dan kena cuba push badan ke atas macam bergayut dekat padang permainan sambil kaki kena lonjak ke atas - which I hate! 

Tapi alhamdulillah waktu turun, even agak dangerous tapi waktu tu saya rasa macam sangat dipermudahkan. Tak slippery, kaki sharp paut pemegang dan tiba-tiba tak payah berjingkit. Eh! Senang je rupanya. 

Dan untuk waterfall-waterfall yang lain yang perlu dipanjat untuk dinaiki, bila nak turun caranya - sliding je terus macam gelongsor! Kawan-kawan ada yang cuak nak turun sebab air bawak laju dan bawah kadang-kadang dalam. Tapi saya, wallahualam mungkin sebab mata kabur jadi saya tak berapa boleh detect jarak. Saya tak tahu bahaya atau tak, tapi tak takut la pulak. 

End up, saya selamba sliding dengan bahagianya menjunam ke bawah. Weeee! =D  Seronok sangat masuk bawah air waktu ni. Siap buka mata dan menyaksikan keindahan kehijauan air yang berbuih-buih dari dasar air terjun dengan sangat perlahan tapi teruja sebelum terhantuk kaki orang yang tengah berdiri depan tu bila air lonjakkan kita ke hadapan. Wah, daebak!



best moment~


no wonder ada org arab mengulang naik terjun, naik terjun, naik terjun kat tempat yang sama. Best oh!

Dan untuk ke waterfall yang seterusnya, memang duduk separa baring sahaja dan serahkan dirimu pada air yang menggila. Hohoho.. Rasa macam raja je baring senyap-senyap, air bawak jalan. Err cuma kena pastikan pandai kontrol laluan supaya tidak dilantunkan ke batu-batu yang boleh tahan banyak dekat situ.

Overall, Wadi Mujib memang seawesome khabarnya~

And personally, saya tak recommend untuk orang-orang perempuan yang tak biasa hiking air macam saya.
Dapat keluar dengan selamat dari sini bagi saya sebenarnya adalah satu rahmat. serius!
Kind of my nearest death experience kot nih - selain accident 14 tahun lepas.
Siap dapat cap mohor biru-biru lebam lagi

But it's worth a try. 
Cuma anything happen, it is your own responsibilities.

Lupa nak cakap : 
safety equipment dekat sini sangat teruk. 
ada life jaket sahaja -  tu pun banyak yang rosak
no safety topi and others basic benda yg org selalu pakai hiking
tali yang ada pun tali lama
Saya sendiri tak faham kenapa.

so kalau nak pergi wadi mujib - please be very careful even setakat ikut Siq Trail.

next, just watch the video.
Then you can see how great this place has been... especially in Jordan, negara catu air.


ini Siq Trail - level moderate
( bawah ke atas)


ini Malaqi Trail - level difficult
( atas ke bawah)



ini video budak melayu beberapa tahun lepas
supposed to be siq trail tapi saya tak lalu plak sini.
Mungkin betul jugak kot diaorg dh tambah batu. Kot.


Last but not least for wadi mujib - the sunset~ 
Jumpa lagi!

*** nak lagi info, boleh google or tngok youtube. So much information to be shared with all of you. 


2nd destination : MAKAM AL-HARIZ 

Ziarah makam sebenarnya tak ada dalam tentatif pun. Tapi Ammu Khaled cakap alang-alang dah lalu sini, dia nak bawak tunjuk pergi ziarah makam sahabat nabi yang hebat di sekitar kawasan ni. Ok, ikut saja.


Memperkenalkan : Al-Harith bin Umair Al-Azdi 
( certain tulis Haris bin Omar al-Azdi je, sertain tulis Harits. Ada juga yang tulis Harith Bin Amir al-Uzdi. Apa-apa pun, semua ini adalah orang yang sama - utusan nabi kepada kerajaan Rom )


Makam beliau . Ini makam dhorih. Maknanya memang ada mayat di bawahnya dahulu.


translation papan kisah dekat makam:


Al-Harith Bin Umair Al-Azdi r.a

adalah sahabat yang dihantar oleh Rasulullah sebagai utusan kepada Raja Rom untuk mengajaknya kepada Islam. Ketika beliau sampai di Mu'tah, bertemu ia dengan Syarahbil bin Amru al-Ghassani (atau juga ditulis sebagai Sharjeel Ghassani - salah seorang gabenor Rom) lalu ditanya ia : Kemana kamu nak pergi? Dia menjawab: Ke Syam. Syarahbil bertanya lagi : adakah kamu ini utusan Muhammad? Dia berkata : Ya, Aku adalah utusan Rasulullah. 

Lalu Syarahbil mengarahkan untuk menangkapnya dan mengikatnya dengan tali, kemudian menundukkannya, lalu memenggal kepalanya. Dan tidak pernah ada utusan Rasul yang dibunuh selain Al-Harith.Hingga hal tersebut tersangat mengganggu Baginda saw, ketika khabar kematian utusan baginda telah sampai. Lalu baginda mengumpulkan masyarakat dan memberitahu mereka perihal pembunuhan Al-Harits dan siapa pembunuhnya. Dengan segera mereka semua keluar dan membentuk sebuah pasukan askar. 

Atas sebab itulah mereka keluar melakukan Ghuzwatul Mu'tah. Dan Rasulullah memerintahkan Zaid Bin Harithah sebagai ketua yang mengepelai hampir 3 ribu askar untuk melawan pasukan Rom yang seramai 100 ribu askar. Selepas Al-Harits dibunuh oleh Syarahbil bin Amru, beliau dikebumikan di daerah bernama Tafeilah, salah sebuah daerah di Jordan Al-Hashimate Kingdom.


(tamat)


Ammu Khaled tengah bagi penerangan tentang kisah Al-Harith nih. Hebat kan Al-Harith?
Utusan paling terkenal zaman nabi.

Bila dia terbunuh, orang muslimin semua keluar sampai tercetus Perang Mu'tah

~One of The Greatest War ~

- Perang yang paling ramai Muslim keluar selain Perang Ahzab
- Perang yang menzahirkan kesyahidan 3 sahabat :
 Jaafar Attayyar, Zaid Harithah, & Abdullah Rawahah
-Perang permulaan yang menampakkan kebijaksaan strategi Khalid Al-Walid
- Perang yang membuka mata Rom dan seluruh dunia

Subhanallahal 3azim~

Sisi makam



assyuhada' Al-Harith, semoga kita dapat bertemu di syurga sana kelak. 
Amin....

Selamat Tinggal.
Selamat berehat-rehat di taman-taman Syurga.
Selamat kami dapat mencontohi pengakhiran kamu didunia ini
insyallah~

Info Perang Mu'tah :

ok, seterusnya meneruskan perjalanan di tengah malam ke..


3rd Destination : DANA BIOSPHERE RESERVE


 Sumber Internet mengatakan :

Established in 1989, Dana Biosphere Reserve is Jordan’s largest nature reserve, covering some 320 km2 of rugged and beautiful landscape along the face of the Great Rift Valley. It sweeps down in a series of mountain ridges, from the 1500m high plateau near Quadesiyya to the desert plains of Wadi Araba. The mountains are cut by many steep-sided wadis, often lined with a lush growth of trees and shrubs. Its geology is as varied as its landscape, switching from limestone to sandstone to granite.

(lebih-lebih boleh baca sini )

Sebagai permulaan, saya difahamkan Dana Reserve Biosphere ni adalah seperti gunung yang landai untuk di daki. Best untuk hiking aktivti, mengintai burung-burung dan pelbagai haiwan lain umpama safari. Penuh dengan flora dan fauna untuk pencinta alam, walaupun takdelah banyak sangat pokok macam Malaysia. 

Sekali rupanya, Dana ini banyak trail jugak. Macam Wadi Mujib. Trail yang simple dan landai yang disangka tu rupanya bukan trail kami untuk hari kedua ni.. Jalan yang kami lalui adalah gabungan 2 trail, yang mana the last trail was really unexpected and quite dangerous too. T_T

Again, hiking without spectacles definitely will make your life miserable!


** Dekat Dana actually boleh camping. Yang khemah-khemah putih atas ni lah tempat camping di Dana. Tapi atas beberapa masalah teknikal, rombongan kitaorang masuk hostel je. 

Memandangkan kami sampai waktu malam, maka aktiviti sepanjang malam adalah rehat di 'Hotel' ( hotel purba a.k.a hostel je rasanya ), makan-makan buffet, duduk rehatkan badan yang sengal-sengal bahana wadi mujib, dan terpaksa dengar host menyanyi ramai-ramai ala badwi (diaorang je menyanyi) sambil tepuk-tepuk tangan walaupun mata dah separuh tertutup. Dan tidur.


pemandangan hostel waktu malam 


the host yang sangat excited nak menyanyi meraikan pelancong termasuk kami.

Esok pagi, seawal pukul 7.00 pagi kami dah kena keluar sarapan. Sebab memandangkan kami akan ambil 2 trail, jadi kena jimat masa. So, dalam masa setengah jam kena breakfast, tengok-tengok hostel time subuh, bersiap, dan get ready - hiking + balik.

the mosque

lalu bawah bridge~


pagi yang indah. penuh dengan kicauan burung dan udara yang sangat segar. 
Badouin style~!

Aha, ini rupanya nama hostel kami - Dana Towe Hotel...~


Ruang Tamu ala-ala Badouin (Badwi)



The Tower


the hostel. Boleh tahan la hostel dia - macam old time Spain.

Ok, so dah kenyang semua kita mulakan perjalanan. 1st track kata Ammu Khaled simple sahaja. Sekitar hostel. Tak payah jalan jauh-jauh. Dekat sini kita boleh teropong burung, tengok pokok, dan juga tengok gaung yang terbentang luas belakang hostel

Gaung belakang hostel. 


Berpagian tepi gaung subuh-subuh. 
*nyaman!* *lawa!*


Mula Hiking - jalan tak susah sangat. ok la. Lega.

Bunga taktau nama apa. 

Pokok yang jugak tak tau apa nama dia


The only burung yang dapat di capture dengan lawa even jauh

 Okay, dah sampai final stop untuk 1st track -  kolam air mata air dari gunung


Laluan air mata air dari gunung yang sangat sejuk

laluan patah balik ke hostel


tunggu burung keluar sarang

menyelusuri celah-celah perkampungan badwi

ok. balik ke tapak hostel.

next adalah ke 2nd Trail. 
perlu naik koster ke tempat permulaan trail.

kononnya dah sangat excited
tambah-tambah bila dah seronok tengok pemandangan yang boleh lah tahan lawa (sebab bergunung-ganang)

 tiba-tiba tengah coster lalu tepi-tepi curam macam gaung highway Ipoh Utara Selatan, coster stop tepi jalan. Kata Ammu Khaled " Kita start sini," huh? mana ada jalan trekking macam tadi kat sini, pening kami sambil tengok kiri kanan.

Sekali pakcik Badwi tourguide tu suruh ikut dia masuk celah-celah jalan gaung gunung sebelah kami. 
Ammu Khaled nak pergi parking coster dekat hujung bawah di bawah lereng bukit tempat kami bakal keluar. 

ha???!!!!


Ini 1st track of 2nd trail. Pemandangan dari hujung gunung yang bertentangan, dalam 15 mnit sebelum sampai ke tempat berhenti untuk mula jalan kaki. 

First, kami akan lalu celah lereng bukit untuk ke kandang kuda di tepi gaung ( apa ke hal buat kandang kuda situ, tak faham sungguh kami.). 

Nampak segi empat petak tu? Dari hujung kanan segi empat tu tempat kami mula. dan kami akan berjalan sampailah ke kandang kuda yang saya bulatkan di belah kiri. Nampak lubang kuda tu?

Wallahi, awal-awal lagi dah bahaya!

Sebagai orang yang tak pakai spek mata, saya memang takut ya amat. Tapi nak tinggal sorang-sorang sini lagi tak best. Nak pulak 2nd trail ni ambil masa dalam 3-4 jam untuk habis. Oho, harap maaf la nak melangut sendiri takde kawan. Join je lah. Bismillahi tawakkaltu ala Allah.


the video showing how we slowly going over the steep creepy bank to go over to the kandang kuda


No life jacket. No rope. No safety helmet. No divider.
Curam tak hengat. Tebing cuma berjarak sepasang kaki setengah sebelum hilang ke curam
Okay pakcik, seriously nak suruh kitaorang jalan stail orang Badwi? >o<

turun steep ke kandang kuda.
Waktu ni depan mata depan kaki nampak gaung, memang mengucap memanjang

Finally the kandang kuda! I hate you!
awal-awal pagi dah boleh buat orang cuak


nampak kuda tu tak ?

tak terbayang macam mana kuda boleh lalu tepi lereng gunung ganang macam ni. 
respek lah, orang2 badwi! 
awesome!


okay girls. Kita turun lagi bawah gunung sampai ke bawah dunia~
Badouin in action!
Mari ber-Dora datang lagi~ Dora the Explorer!

Oh lupa. Saya maklumkan siap-siap yang saya tak berapa ingat route Dana Canyon nih. Berbelit-belit naik turun gunung itu, canyon ini, turun curam situ, panjat batu sana. So, saya compilekan je la semua mana-mana sekali. 

Tapi secara kesimpulannya di sini, kami naik ke puncak canyon, then kami turun ke dasar canyon, naik ke puncak lain, then turun balik ke kakinya paling bawah. Like a badouin. Kalau takde pakcik tourguide, sah-sah sesat celah canyon. Mana tempat kitaorang datang pun dah tak ingat dari mana.

 It's like a new world here. Terasing dari dunia luar. Semuanya sangat semulajadi. Natural. Agaknya kalau tak pernah keluar dari sini, mungkin tak dapat nak bayang apa itu telefon galaxy S3 atau apa itu menara berkembar petronas agaknya. Yang nampak cuma batu, gunung, pokok, dan sekali sekala kambing. Haha. Mari join gambarnya sekarang.

Ini tengah perjalanan. Kami dah sampai di atas puncak tu tadi. Now kami di bawah.
How? Errrr.... entah lah. Lupa jalan. Menonong ikut tourguide je.

Pokok buat teh. Tak pernah dijumpai selain di kawasan gunung.
Kata pakcik tourguide, oran badwi je minum. Zaman sekarang orang tak buat dah. Teh kuno. 

The beautiful red area. Nampak macam berculpture kan?

aih, turun curam lagi....

Pakcik tourguide kata kereta kami tadi dekat atassssssss sana. Gulp.. Macam mana kami turun tadi?
@_@ 

But seeing how we climb dekat a few highest canyon like this from far away...... okay, that's possible.
Seriously sahih semua dah agak tak berapa betul sekarang. Adventurous terlebih.


Kata mereka, Dana Biosphere Nature ni one of the highest muka bumi dekat Jordan.
Kalau betul, nampaknya kami telah mencecah ke puncak Jordan. muahahahha~ 
 (padahaldalamhatigayatnaknangis) 


Waktu ni the first puncak canyon yang kitaorang sampai. Ini pakcik Tourguide kami. Nama apa, terlupa. Depan luas terbentang canyon , belakang pun luas terbentang canyon . Kami datang dari bawah. 
*Pening kepala n takut sebab mata tak clear* 


Kalau sesat ni, ada GPS tak agak-agak?

Lepak-lepaking
Gambar-gambaring

Muhasabah betapa keciknya diri sendiri dan betapa alhamdulillahnya aku tak tertinggal kat pendalaman macm ni. 


Macam dekat mana ya?


Hai, Saya Gajah The Ice Age~!


another puncak alam

budak-budak ni suka benar duduk tebing dekat-dekat. Jenuh kena bebel.

Sekali Ammu Khaled kata " It's okay to lose one or two, we have another 14, " baru semua kelam kabut naik jauh sikit. haha. Padan muka... Berani sangat =p  

(padahaldirisendirijelessebabtakut)


daki , daki, dan terus mendaki



Lepas daki, kita masuk celah-celah batu pulak.

At least sini lagi rasa secure sebab laluan muat sorang je - kiri kanan batu sampai ke atas.
Far away better dari laluan muat sorang je - kiri kanan gaung curam sampai ke bawah.

Okay, I have enough dengan tempat tinggi. Tak nak suka dah


Tara~  Manusia gua baru keluar. =o


Subhanallah......................~~~~~~~~! 

*cair balik dengan tempat tinggi - jadi favourite semula*


Our man of the day- Ammu Khaled (baju biru) dan pakcik tour guide.

Oh lupa, pakcik tour guide ni asalnya jalan laju kemain. Mentang-mentang ni tempat dia. Macam labah-labah je panjat loncat jalan laju-laju sekitar batu. Tapi once dia perasan yang saya sangat over careful (sebab saya terpaksa memaksimakan deria rasa dekat tangan untuk selalu memegang dan merasa biar yakin sebab mata tak clear, dan saya selalu agak membongkok dan turun secara duduk sebab nak kurangkan jarak mata dengan kaki), dia dah mula jadi sangat protective dan sangat memberi perhatian kepada 'orang kurang upaya' macam saya. sob3. Syukran katheer ammu!


Ini katanya signboard. Penunjuk arah.
Actually atas batu kecik tu ada lagi batu-batu kecik. Dia serupa bentuk macam kuil batu yang orang-orang Aisa Timur suka buat. Letak batu makin tinggi macam main buiding block.Tak tahu macam mana boleh sama. Tapi ornag Badwi sini pakai sebagai penunjuk arah. Plus, sebagai tanda jalan yang dilalui memang jalan yang betul. So we found about nearly 10 of them sepanjang hiking. 

This stone is said to be naturally happen like that (bukan yang signboard, tapi yang dua bawah dia)
Pelik jugak kalau manusia yang letak. Besar dan berat tu batu tu. Dah la lain contour. Takkan bawak pakai lori kot, mana lori lalu celah gunung macam`ni...*subhanallah*


Di Dana, setiap kali panjat turun panjat turun, mesti kebiasaanya kami akan pandang belakang dan tanya pakcik guard " Tadi kitaorang kat mana?" -sesaja la nak tengok sejauh mana dah berjalan. 

Sekali bila tengok, fuh... biar betul~ 

Misalan gambar atas ni -  Ini adalah track kami. Once di atas sana.... sebelum ke bahagian gunug merah celah-celah tengah dia kalau korang boleh zoom tengok, then sekarang dah sampai betul-betul ke bahagian bawah. wow!

Tiba-tiba tak percaya kami seganas itu. hehe

After nearly 3 hours berjalan, pakcik tourguide cakap kita akan berehat sebentar sambil minum teh atas batu. 

Erk, teh??  Nak jerang air macam mana? Dekat mana?

So selain dari dapat info pasal Dana, dapat jugaklah info how to be a badouin celah gunung. Rupanya dekat bahagian bawah-bawah lereng gunung ni, diaorang selalu mengembala kambing. So kadang-kadang memang lepak situ untuk minum-minum bersama. Kiranya cerek ada siap dah dengan stove mini. Kalau takde api, batu berlambak nak buat api macam zaman dulu-dulu. So, tinggal bawak cawan plakstik je. Fuiyo pakcik! 

So, once we see a gembala kambing and the kambing-kambing, maka maknanya dah dekatla tu port nak rehat!

Aha, dah jumpa!



Aish, jauh jugak la nih. 10 minit turun pusing-pusing. 

Nampak pengembala yang saya dah bulatkan?
 Ada seekor kambing terlepas tergedek-gedek dekat belakang. hehe comel!
*betapa khusyuknya kami mengusyar kambing celah gunung sampai tak sedar kena candid*


akhirnya, dah sampai port rehat!
Ini lah tempat kami mengeteh celah canyon Dana.
Duduk ramai-ramai lunjur kaki ke bawah. 
Menikmati teh pudina panas bercicah roti keping Arab yang beli tengah jalan sebelum ni.
Nikmatnya !  - sebab lapar dan penat.

tengah-tengah minum ramai-ramai, tiba-tiba jumpa sekumpulan hikers foreigner dari trail yang lain. Welcome2~ 
hi hi bye bye~

pakcik tourguide buat air teh

tetiba kagum dengan dia. Bukan apa. 

Tadi ada sekali tengah-tengah jalan, dia buat aksi spiderman depan kitaorang. Panjat lompat batu depan kitaorang yang curam 90 degree lalu masuk menyusup dalam gua celah batu atas kepala kami. Tanpa tali. Tanpa sebarang peralatan. Dalam masa tak sampai 20 saat. 

Tak sempat nak capture sebab terkebil-kebil tengok. Orang-orang yang kat belakang plak pelik tetiba pakcik hilang. Sekali..... cak! dia tunjuk muka keluar dari pintu gua kecik atas kami. Habis semua bunyi waaaaaaaaaaaaa~ 

Alkisahnya tu memang trick biasa dia buat untuk menakutkan pelancong kata dia hilang tengah jalan. ces! konfirm la orang takut sebab dia sorang je hafal jalan. siapa nak sesat celah-celah canyon ni? haha

apa-apa pun, pakcik you are awesome lah!


Habis rehat, kami sambung perjalanan. Ada lagi 1 jam setengah dari tempat kami rehat sebelum sampai ke tempat keluar menuju ke coster. Kembali climbing ke atas.

excited nak balik~


dah nak sampai........

balik rumah.....~
ho ho ho balik rumah.....~ 

(alhamdulillah, berjaya setelkan satu lagi hiking adventurous yang agak merbahaya untuk orang hilang spek macam saya. Syukur. Syukur. SYukur. Alhamdulillah )


Naik coster untuk balik adalah sangat membahagiakan.
Good bye Dana Biosphere Nature~!


on the way balik, coster kami lalu banyak sangat gaung dan gunung-ganang yang lawa-lawa.

Orang Arab ni saya baru perasan satu benda : diaorang suka buat panoramic view atas gunung. Kira ala-ala RnR kalau kalau banding dengan lebuh raya Malaysia. 
They put a sofa, few chairs  and even a tea table betul-betul tebing gaung untuk menikmati keindahan alam.
Scary but cool !
No wonder sejak datang Jordan sudah suka layan perasaan di tempat tinggi walaupun sekadar duduk dalam bas. sangat tenang. Pengaruh Jordan rupanya. =)

Katanya ini empangan yang salurkan air ke Wadi Mujib. Besar jugak~
No wonder air laju.


Rehat tepi gaung. Nampak empangan. Berbumbung langit bercarpet tanah. Acewah~


Another place yang kami turun jugak rehat-rehat tengok-tengok. 
Ada sesiapa nak main chess dekat sini? ^_<

Tak berapa sure apakah funtion khemah koyak ni dekat sini.. Ada orang nak tidur ke apa?


Ni gambar empangan yang bawak air wadi mujib tadi. Sekarang kita lalu sebelah dia. Quite beautiful - for a country with less water like Jordan =)


Maka dengan itu, berakhirlah trip 2 days 1 night kami satu batch akhawat bersempena raya haji 2 minggu tanpa keluar Jordan. 

Tak sangka boleh join trip adventurous macam ni. Paling tak boleh tahan bila penganjur trip pun rupanya tak expect se-adventure macam ni. adeh, bahaya tu kak. Alhamdulillah kita semua balik cukup bilangan, cukup sifat, takde cedera parah atau sebagainya. Thank you Allah!

It might be tiring.
Tapi cuti sehari dua ini lah yang paling kuat menyentap dalam diri bahawa 

Tiada Tempat Untuk Aku Berlindung dan Meminta Pertolongan Selain Dari Allah Ta'ala


nice
dan kena tepat pada masanya
waktu masalah macam menimbun-nimbun dan sukar menerima hakikat kehidupan

see? ambik kena bedebik sekali dengan Allah~

Tarik sikit spek mata time hiking, baru sedar betapa lupa dirinya aku sebelum ni.

Apa sangatla masalah-masalah sebelum ni sampai sedih-sedih bagai

padahal nikmat lain banyak je lagi. 
macam mata tu.

Ingat ok! Ingat!

No matter how hard your life will be,
just remember how difficult you have been through these hiking trip
and how he Helps you to go through all of them easily

~ JUST PUT YOUR TRUST IN HIM ~ 



ok

ma3assalamah~

Salam Tahun Baru Hijrah








p/s:

1) Need more adventures in Jordan - Look here!
2) Thanks to mama dan abah yang banyak doa sepanjang jalan. Sorry maklumat sentiasa salah. Sebab asyik unexpected event je yang jadi. hehehe
3) These might be the first and the last time. Trauma. Masih tak boleh percaya dapat lepas dengan selamat. Ajaib untuk diri sendiri. Huhu. 
4) Adik saya teringin nak pergi Winter ni.. Kalau ada, ada sesiapa nak pergi? saya tengah dawam. =)
5) Please pray for our brothers and sister in Palestine, Syria and even Jordan. They need your doa~






4 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
November 16, 2012 at 4:49 AM delete

Hati2 kat irbid ada rusuhan kan

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
November 16, 2012 at 5:05 AM delete

insyallah. haah, kat irbid ada rusuhan skrg. tapi yg travel ni time raya haji haritu, bukan sekarang. minta doakan keselamatan dan kesejahteraan semua dkat sini.

kejap. ini siapa?

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
November 17, 2012 at 7:33 AM delete

Kejap ni siapa.? Ni haadi
Ni email saya malim.pelita@gmail.com
Semoga selamat semuanya di sana .insyallah

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *