Bye OnG~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Tamat sudah rotation dan exam Obstetric and Gynaecology (OnG)  mingu ini. Tapi markah tak keluar lagi. Mungkin dalam minggu akan datang ni. Doakan ya..

Dan memandangkan OnG dah habis, rasa macam tak larat plak nak sambung sambungan detail cerita-cerita rotation kami. Jadi, untuk yang nak tahu apa agaknya life tahun 6 OnG dekat sini, tengok gambar saja la ya. 

OnG secara keseluruhannya sangat best! Agak rileks. Doktornya pun takdelah malignant sangat. Even tak garang dalam kelas, tapi bab evaluation errr doa je lah banyak-banyak. *eh harap-harap markah keluar nanti boleh tahan la harapnya. Amin... *

Okay, let us see the pictures~!

Gambar anak-anak IVF

Teringat ada sekali waktu tengah round IVF tiba-tiba datang satu parent bawak anak kembar tiga!
 Ya ampun, comel amat.! 

Tapi sebenarnya kalau ikut doktor-doktor dekat sini, kala patient dapat anak kembar lebih dua, diaorang (doktor) tak berapa suka. Sebab terlampau tinggi risiko untuk banyak penyakit dan masalah. Ada sekali saya dapat patient tengah mengandung kembar 4. Bila discuss dengan doktor kat bilik discussion, panjang giler doktor nasihat kat kitaorang supaya make sure jangan tiru kesilapan doktor private macam ni bila jadi doktor kelak.  Ish3~ 


Wad Khas IVF 

nothing much. Cuma saya tertarik dengan quran-quran dan buku-buku doa atas meja tetamu. 
Tanda bahawa Allah itu penentu, hospital cuma tolong usaha.


Papan tanda ke wad IVF


Ini Rayyan.

Comel sangat. Geram tengok hidung mancung terletak dia yang dah nampak sejak berusia beberapa hari lagi. 


My Best Friends and I - Mahera, Arina, Maisarah  

Ready in action!

^_^


Salah seorang Doktor (yang lelaki ini) di Badeeah Hospital.

Waktu ni Mahera dapat peluang khas untuk clerk patient and handle few procedures sebab dia sorang bawak stetoskop. Huhu. Bertuah badan~ =p



Hasil Caesarean section! =D

* Tahun 6 memang asyik tengok surgery je kalau ada. Kalau dulu selalu merungut payah nak dapat, ha tahun enam ni tengok la puas-puas sampai muak *


Baby XY

Fresh from the womb ~


Ini Hospital Princess Badeeah - tempat khas untuk Obstetric and Gynaecology


saja tak de kerja ambik gambar orang uniform. 
Waktu ni tengah melepak dekat luar bangunan sebab doktor bagi balik awal, takde patient nak bersalin. Hummmph!

Ini gambar Dr M. Khatib - the head of deaprtment dekat Hospital Askari
a.k.a
our super senior batch ketiga JUST 
*kitaorang batch ke berapa puluh entah*

Terpaksa dikaburkan sebab beliau kerja dekat hospital askar. 
Askar-askar takleh clear sangat dekat public.

Tapi satu benda yang saya perasan,
doktor dalam baju uniform sangat cool and awesome! =)


Surgery Cystectomy dekat Askari.

Gambar ni diambil dengan arahan encik Medical Assistant yang bertugas. 
eh eh excited plak dia jadi model sambil bedah orang.


Inilah cyst yang dikeluarkan

kalau tak silap ukuran dia 7 x 10. Besar!



and that's us! - The pemerhati a.k.a penyibuk. 

Since doctor-doctor askari sangat baik, memang sakan la kitaorang buat bilik surgery macam bilik sendiri.

Nak duduk sedekat mana yang boleh pun okay selagi tak sentuh barang sterile.

Habis surgery nak lepak check semua benda pun orait. No hal. Awesome!


Ulangkaji Anaesthesiology.

I miss Anaest!

Do you want to be killed? -evil smirk-

*Dark Rose Doctor excited nak tembak orang guna picagari*


Semak data pesakit sebelum start pembedahan...

Tiba-tiba  ....... " I catch you!!! "  sergah seorang surgeon kepada Miss Photographer. 
Terus miss photographer terloncat.
kesian beliau, malu kena gelak dengan surgeon. hihihi


Sobahal ward~!! (Selamat pagi yang penuh bunga)  

Ok, pembedahan dah selesai Cik Pesakit.
 Sila bangun !
Jangan datang sini lagi yer kalau boleh... =D

Next !

* sementara tunggu patient, sembang dulu dengan Nurse Scrub *


Our Hero untuk hari ini - Dr Mahmud! 

Dr yang sangat baik dan kebapaan.

Bye Dr.

Kalau lah bukan sebab kami ada lecture pukul 1, sampai ke tengah malam pun kami sanggup tunggu untuk buat surgery dengan anda, Dr. 


Morning Meeting dengan seluruh Doktor dalam department


Clinic Session ~

Ultrasound . Ultrasound . Ultrasound

and Clinical Check-Up + Management Skill

> 100 patient per day 

*pengsan*



Dr Zakaria dekat Hospital Askari jugak.

Dr ini pun menarik. 
Cara mengajar yang unik - since dia punya klinik IVF tahap tinggi yang kitaorang tak paham apa. 

How?

Caranya :  Ada dua student je kan untuk satu klinik.

Sorang tengok patient, sorang lagi baca slide. 
Slide khas dalam galaxy tab doctor. 
Takkan dijumpa dekat luar kecuali dalam klinik beliau sahaja. Huiyo.
Ada soalan, tanya. 

Pergh, panjang benar nama kelulusan beliau.... @_@


Kertas hudhur ghiab (kehadiran)

Ahad - Khamis.  
Yes, dah habis!


since exam nak dekat, maka belajarlah kita beramai-ramai dekat library.

Ini library baru. 5 tahun setengah baru siap bina. 
Nasib baik sempat pakai

- sebagai super senior tahun 6, terasa macam jadi budak baru pulak bila masuk library baru ni. Takjub sebab tak pernah datang (kata Mahera and Arina) -

One day, tiba-tiba berlaku ribut pasir di kawasan University.
Mengucap panjang keluar kelas, terus nampak langit penuh debu. 

Dalam hati penuh doa, please la kalau nak jadi apa-apa seperti dekat Syria,
 kasi kitaorang semua selamat grad dulu. Amin.

Ini discussion session untuk bed side teaching minggu terakhir.

Masa untuk kena tembak dengan Doktor.

Dr Nael...!

Kelas beliau hari ini :
 3/4 bincang tentang patient
1/4 lagi bincang tentang Malaysia.

Dr Nael sangat kagum dengan Malaysia.
apatah lagi bila haritu time beliau pergi Malaysia, beliau solat berdekatan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi dekat Masjid Putrajaya - dan beliau sangat respek bila takde bodyguard yang ramai deret-deret macam orang Arab selalu buat. Fuh, hebat! kata beliau

tapi paling poyo bila beliau aneh kenapa kami semua pernah pergi Putrajaya sekali dua kali sahaja seumur hidup walhal orang Malaysia. Isk doktor, kami duduk utara-utara, barat-barat, dan timur-timur belaka. Jauh tu. -_-'


Ini Doktor Haifa

One of the only 2 female specialist in Obs and Gynae KAUH.
Respek sangat-sangat.
Nak jadi macam beliau lah nanti.
Amin...~

eh! Baru perasan takde gambar clinical skill lab. Alamak...! T_T

Takpelah. Sob2. 

Gambar time exam lagi lah. Takde nyer nak pegang kamera waktu tangan tengah menggigil nak get ready OSCE n Mini OSCE yang susah tu. 

Bye Obs and Gynae.....

Jumpa lagi tahun depan time nak final. 

Semoga markah Obs n Gynae nanti keluar comel-comel belaka. 

Gonna miss all of you.
The doctors, the staff, the silibus,
the C2 group yang penuh Malaysian

and the most important part: 
the only department yang paling selamat nak study rileks-rileks.
*oh tidak!*

BYE...~






p/s:

- Selepas ini, bakal bermula rotation SURGERY.   *welcome to the hell*  >.<
- Esok nak pergi menghabiskan hari terakhir sebelum Surgery dengan bahagia. aiceh. 
- Tak dapat cerita banyak-banyak sangat. Ada benda kena simpan untuk 'Blazer Hitam'
- Baru bajet nak pergi Lubnan cuti ni, sekali hari ni Beirut kena bom plak. Adeh. Selamat tinggal la impian.
- Bakal cuti 2 minggu lepas start seminggu Surgery. Duduk rumah, menulis sudah.... kata seseorang. T.T


abah, mama - Insyallah, I'm doing fine. =)





Ma3assalamah ! 


5 comments

wisky | October 20, 2012 at 2:01 AM

Best la citer dalam blog ni ..

Unknown | October 20, 2012 at 2:14 AM

Assalam best baca blog awk ni

Rossarina™ | October 24, 2012 at 10:47 PM

untung laaa s3 amik gambar tak bunyik2 kaaaannn. :P

Belle | November 6, 2012 at 7:04 AM

best la blog awak nie. haha.

weh ainul, acaner hang upload gambaq tue ada design2 selotape tue? besla. nak tiru jugak nanti.
bagi tip sket cik puan blogger tersohor irbid.

Ainul Arina | November 10, 2012 at 9:56 AM

wisky :
terima kasih baca =)

unknown:
wa'alaikumsalam. terima kasih datang =)

arina:
lol. jangan jeles =p

belle:
*rolling eyes* haha
gambaq2 tu pakai photoscape. sila download. by the way, puan blogger tersohor irbid bukan kat sini. saya belum kawen. =p

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images