I want to be the richest man on earth in Ramadhan

Salam 25 Ramadhan buat semua~


Menjelang masuknya 10 malam yang terakhir ni, entah kenapa waktu membaca 10 juzuk yang terakhir dalam al-quran pun saya selalu terhenti lama di ayat-ayat yang memaparkan tentang kepentingan Sedekah.

Macam ada sesuatu yang menarik-narik perhatian dekat situ, topik sedekah tu. Selama ni macam tak perasan pulak rupanya banyak sangat ayat sedeqah dalam Al-quran. Banyak sangat! Sampai macam terasa Allah nak tekan tekan kita supaya tahu yang sedekah tu sangat penting walaupun sedikit.

Misalnya ini:


( Surah Al Munaafiquun> Ayat 10) 

Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: “Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?”

Mungkin juga sebab dalam bulan Ramadhan ni, trigger untuk bersedekah makin tinggi mengingatkan yang  Rasulullah pun suka menggandakan sedekah dalam bulan mulia ni. Apatah lagi dengan ganjaran yang dah confirm sure dapat bonus dari  Allah, siapa tak nak kan?

Cuma yang selalu menjadi masalah dalam hati sekarang adalah selalu sangat saya rasa tak mampu nak sedekah banyak-banyak macam orang lain. Ye lah, kita student je pun. Takde duit banyak. sob.sob. Alahai, sedihnya. Mana aci macam ni. Kurang la saham akhirat kita. ='(

Sampai lah tadi terbaca satu artikel yang dapat mengurangkan resah ini di celah-celah Subuh tadi. Alhamdulillah. Macam terangkat satu beban. Dah tahu rupanya banyak lagi cara boleh bersedekah. Ok, kita boleh pecut lagi dalam 10 hari terakhir ni.... eh dah 5 hari terakhir dah kan? Walaweh, kena cepat ni!



Rasulullah pernah bersabda bahawa


"Semua kebaikan adalah sedekah ”.
( Riwayat al-bukhari )

Malahan, lebih cool lagi baginda juga bersabda bahawa 

“Setiap ruas tulang dari para manusia itu harus memberikan sedekah setiap harinya yang di situ terbitlah matahari. Berlaku adil antara dua orang itu pun sedekah, ucapan yang baik itupun sedekah, dengan setiap langkah yang dijalaninya untuk pergi shalat juga sedekah, melemparkan apa-apa yang berbahaya dari jalan itu juga sedekah.” (Muttafaq ‘alaih)

Wah! Banyaknya sedekah tanpa duit dah boleh kita dah sekarang! Err.. agak-agak menulis blog untuk memberitahu kebaikan kepada orang lain dikira sedekah tak? Hehe. Harap-harap semoga diterima Allah lah amalan seciput dari saya yang miskin wang ini. Aminnnnnn~ 

Ok, berdasarkan artikel yang saya baca tadi, ada banyak lagi sebenarnya list kita nak bersedekah tanpa wang. Jadi, mari kita cuba senaraikan.

1. Mulakan dengan senyuman.

Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya oleh sahabat bagaimana untuk bersedekah andai tidak memiliki apa-apa, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Tak susah nak senyum. Yang susah itu hanya jadi bila kita ada mindset kalau kita senyum nanti orang fikir kita gila atau kita nak mengorat dia. Eh, senyum kat sesama jantina je lah. Apa susah. Takkan senyum dekat makcik tepi jalan pun kita takut makcik tu nak marah kita balik kan? Itu maksudnya apa? Maksudnya kita sendiri yang paranoid. Hoho. Kalau cuak sangat, senyum je kat kanak-kanak. Itu paling mendamaikan.  Jadi, mulakanlah hari mu dengan senyuman~ =D

Teringat satu kisah comel yang sangat suwit : 

Ada seorang budak selalu tersenyum dekat tabung masjid. Perilaku itu sering diperhatikan oleh imam, dan imam itu berasa hairan dan curiga .Suatu hari imam bertanya pada budak tersebut, “Kenapa kamu senyum kat tabung tu?” Budak tu pun jawab, “Cikgu saya pesan, senyum itu satu… sedekah. Saya takde duit nak sedekah, jadi senyum jelah kat tabung tu. Sedekah jugak!!”  - siapa nak tiru? hehehe... 


2. Ingatilah Allah dengan berzikir selalu

Daripada Abu Zarr r.a. juga, (beliau meriwayatkan): Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW: Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah mendapat banyak pahala. Mereka shalat sebagaimana kami shalat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka. Lalu baginda bersabda :

Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh amar ma’aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamu pun adalah sedekah

Mereka bertanya: Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnyapun dia beroleh pahala? Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala.

Tengok macam mana Nabi pujuk sahabatnya yang cemburu dengan orang-orang kaya. Macam kita. Kita pun jeles jugak kan? Tapi Nabi tak marah, malah nabi tunjukkan lagi cara yang termudah untuk sedekah. 

Allah pun dah kasitau "Barangsiapa mengingati Daku di dalam dirinya seorang diri, maka saya akan mengingatinya seorang diri di dalam diriKu. Barangsiapa mengingati saya di khalayak ramai, maka saya akan mengingati mereka di hadapan khalayak para malaikat yang lebih baik daripada mereka." Oh, bahagianya! =)



3. Alihkan benda yang memudaratkan di jalan

Ini yang saya suka katakan sebagai Act of Simple yet Adorable. Rasulullah banyak kali pesan tentang perlakuan yang sangat wajar diamalkan ini. Sebab amalan ini boleh tingkatkan social alertness kita dan mewujudkan suasana persekitaran yang tak mementingkan diri sendiri. 


Dari Aisyah ra, bahwasanya Rasulullah saw. berkata, “Bahwasanya diciptakan dari setiap anak cucu Adam tiga ratus enam puluh persendian. Maka barang siapa yang bertakbir, bertahmid, bertasbih, beristighfar, menyingkirkan batu, duri atau tulang dari jalan, amar ma’ruf nahi mungkar, maka akan dihitung sejumlah tiga ratus enam puluh persendian. Dan ia sedang berjalan pada hari itu, sedangkan ia dibebaskan dirinya dari api neraka.” (HR. Muslim)

Bukan takat batu, sebarang benda je lah yang kita rasa boleh buat orang mudarat kalau terkena, kita patut alihkan. Atau pun boleh juga dilakukan kalau kita ternampak ada buah-buahan atau barang jatuh dari rak di pusat beli-belah macam yang program Lau Ka Na Bainana (Andai Rasulullah sedang di antara kita) yang Arab Saudi buat tu.  Saya pun tengah nak cuba amal benda ni dan benda yang banyak support saya untuk buat adalah dengan mindset itu : macam mana kalau tetiba Rasulullah ada dekat sini. Sangat memotivasikan diri. Alhamdulillah. 

4. Berkatalah yang baik-baik sahaja

Daripada Nabi SAW bersabda : Kalimah yang baik itu sedekah. ( Riwayat Bukhari dan Muslim ).

Yang baik-baik itu maksudnya mungkin yang tidak mengandungi kata-kata yang menyakitkan hati orang, yang tidak sarcasm, yang ada ingatan supaya mengingati Allah dan yang ada dengan saranan yang boleh menggembirakan hati manusia. 

Lagi pun kalau puasa kan memang selalu dah sinonim dengan tak boleh marah? Jadi kenapa nak kempiskan pahala kita dengan kata-kata yang tak elok? Dah cun-cun Allah siap nak kasi pahala sedekah bila kita berkata-kata yang baik, rugi sangat-sangat kalau kita hilangkan peluang tu dengan mengikut nafsu amarah yang tak kemana.  ok, jadi jagalah lidah kita sentiasa. 

5. Buatlah amal kebaikan sebanyaknya walaupun simple

Ramadhan ini adalah masa yang terbaik untuk kita berbakti pada masyarakat menggunakan tenaga/bakat/keupayaan yang kita ada.

Tambah-tambah dalam bulan Ramadhan ni, terlalu banyak sangat benda-benda ala-ala Ramadhan yang kita boleh buat - maknanya yang fokus tentang Ramadhan dan susah nak jumpa kat waktu lain la.

Misalan? Kita boleh buat majlis iftar ramai-ramai dengan kawan-kawan ( bagi yang terer memasak), kita boleh bentang atau lipat sejadah dekat masjid (pada yang berkesempatan pergi masjid hanya time tarawikh), kita boleh buat program untuk anak yatim (pada yang hebat program-program nih), kita boleh buat design-design poster Ramadhan dan kad raya (pada yang kreatif), kita boleh ambil peluang untuk mengajar orang mengaji waktu tadarus (pada yang mantap ilmu tajwid), kita boleh ziarah orang sakit (untuk yang suka kaunseling ke) dan banyak lagi lah!

Eh, tapi satu lagi benda yang kita kena ingat selain nak berbakti pada masyarakat adalah berbakti pada orang tua dan keluarga kita. Waktu ini lah kita nak rapatkan lagi hubungan kekeluargaan kita dengan buka puasa sama-sama, masak sama-sama, sahur sama-sama, tarawikh sama-sama, qiam sama-sama, shopping raya sama-sama. eh. boleh lah.

Dan pada yang kedua orang tuanya kurang upaya, waktu ini lah pahala kita menjaga orang tua kita boleh jadi berbillion billion lemon tingginya kalau kita ikhlas sedaya upaya jaga orang tua kita betul-betul terutama kalau yang ada masalah nak puasa. Dan yang ibu bapanya dah tiada, semoga marathon ibadah kita sepanjang Ramadhan kita boleh jadi pahala yang berterusan untuk kedua ibu bapa kita di sana biar kubur mereka terang benderang lebih dari biasa. Insyallah..

( Adaptasi artikel Ramadhan Series : 5 ways to give Physical Sadaqah )
.
.
.


Amacam? Banyak je kan benda yang kita boleh sedekah walaupun tanpa duit. Ini yang juga kita namakan sebagai sedekah fizikal. Hanya berbekal badan sendiri, semua sedekah boleh kita beri. Insyallah. Semoga Allah menerima usaha kita ini sebagai penyelamat kita di akhirat kelak amin.

Apa lagi ya contoh sedekah fizikal lain yang korang boleh buat bulan Ramadhan ni? Jom la kita share..

Dan jangan lupa untuk marathon sedekah sepanjang 5 hari berbaki Ramadhan tahun ini. Apa tunggu lagi, kejor yob kejor! *shiuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu*

ε=ε=ε=ε=ε=ε=┏( >_<)┛ 

Ma3assalamah!

** Bitaufiq kawan-kawan yang bakal exam dekat Jordan. Buat periksa elok2! Fighting! ^^,
** Akhirnya, dah hujung Ramadhan baru dapat peluang nak join circle kat Malaysia. Banyak sungguh dugaan. alhamdulillah. yeay!

2 comments

-hazen | August 13, 2012 at 4:54 PM

ε=ε=ε=ε=ε=ε=┏( >_<)┛

*kejar*

ε=ε=ε=ε=ε=ε=ε=ε=ε=ε=ε=┏( >_<)┛

Anash | August 13, 2012 at 5:06 PM

akak like this smooth entry
buatkan diri akak lebih terasa amat kecil
....kecil dari semut (tetiba?)
...
.

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images