Eid Mubarak fil Aidilfitri


Assalamualaikum!

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Raya tahun ini insyallah bakal jadi raya yang paling bermakna - kerana bagi saya, Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan terbaik yang pernah saya lalui sebagai hamba. Syukur ke hadrat Allah yang mengurniakan kudrat dan semangat yang lebih kuat, nikmatnya melalui Ramadhan kali ini sangat berbeza. Malah jauh lebih manis dan lebih zouq dari biasa. Haza min fadhli Rabbi.

Tahun ini tahun pertama saya menyambut Ramadhan penuh di Malaysia selepas 6 tahun campur-campur Ramadhan Malaysia dan Jordan yang mana suasananya tentu berbeza. Tapi alhamdulillah rasanya Ramadhan tahun ini terasa sama hebat macam di Jordan. Macam sangat dipermudahkan oleh Allah untuk macam-macam benda sepanjang bulan ni. 

Pertamanya, saya macam dah dapat terbayang bahawa ini satu-satunya Ramadhan yang saya lalui dalam cuti, kosong tanpa sebarang tanggungjawab kerja mahupun study. Tahun depan, mungkin saya dah mula kerja atau induksi dalam Ramadhan - bermakna busy. Jadi Ramadhan tahun inilah Ramadhan yang sangat saya harapkan penuh dengan target yang mungkin sukar saya perolehi selepas ini. Kena all out! Dan inilah antara pendorong utama untuk jadi lebih baik dari sebelumnya dalam Ramadhan mulia. 

Satu perkara yang saya perasan sangat lain tahun ni adalah tahun ini adalah tahun pertama dalam 23 tahun saya hidup dekat dunia, akhirnya alhamdulillah saya mampu buat tarawikh 20 rakaat setiap kali ke masjid dengan lapang dan tenang, malah suka!. *semoga Allah ampunkan kelewatan sedar diri saya

Kalau dulu rasa berat sangat nak habiskan 20 rakaat sebab lama sangat, tahun ni Allah kasi rasa yang buat saya jadi tak puas sepanjang tarawikh di masjid. Banyak sangat doa saya, satu-satu saya sebut sepanjang itu ( mungkin ini antara faktor yang dapat buat saya rasa 20 rakaat tu ok sebenarnya) - mungkin juga berkat pelbagai perkara yang terjadi dalam hidup sekarang, jadi impian dan harapan saya bertambah-tambah pulak. Jadi pengharapannya makin tinggi, maka dengan itu jugalah diri saya terasa makin rendah dan makin perlukan Allah.  

Baru sekarang saya macam tersedar, dulu mungkin saya berat nak buat 20 rakaat tarawikh atau ibadat-ibadat lain sebab saya rasa hidup saya dah cukup ok, tak payah meminta-minta dah daripada Allah. Sikit-sikit doa cukuplah. Saya tak pernah nampak keperluan untuk meminta sesuatu yang lebih kehadapan dan lebih penting - seperti nak jumpa Allah di syurga misalannya. Blurff!  Teruknya saya pernah lupa diri. Allah hai, semoga ini adalah permulaan baru untuk saya kembali kepada Dia. 

Dan memandangkan selepas ini adalah tahun Red Zone saya ( akhir tahun klinikal , akhir tahun bergelar pelajar universiti, akhir tahun nak bersedia memasuki alam kerjaya yang dewasa, tahun terakhir di luar negara, tahun terakhir sebelum kekal di Malaysia, tahun akhir ke saya hidup *gulp* ) maka boleh bayangkan apa perasaanya untuk melangkah ke sana? I really really need to be closed to Allah. Dan saya berharap sangat-sangat hati yang satu ni hanya penuh dengan untuk Allah sahaja segala-gala perkara yang saya lakukan - saya tahu ini sangat susah dan Ramadhan inilah satu-satunya peluang yang bukan calang-calang saya dapat untuk betul-betul berharap. 

That's why, inilah sebab kenapa saya merasakan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang bermakna. Tak puas setakat 30 hari Ramadhan menjelma. Suasananya banyak mendorong dan melorongkan jalan dengan lebih mudah untuk saya kembali pada Dia. Salah satu projek saya - stay away from Facebook (except facebook utk GKLN) juga terlaksana dengan jayanya berkat Ramadhan. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Semoga semua ibadat yang kita laksanakan sepanjang Ramadhan ini diterima Allah. Taqabbal Allah minna wa minkum, taqabbal ya kareem~ Amin. Amin. Amin. Ya Rabbal 3alamin... 

Mungkin terlampau simple je benda ini pada orang lain, tapi bagi saya pencapaian Ramadhan kali ini adalah sesuatu yang penting dalam hidup saya yang baru nak bertatih menuju jalan-Nya. I have a lot things to be appreciated during this Ramadhan. Bukan sekadar tahan lapar dan minum yang biasa, tapi Ramadhan kali ini lebih dalam maksudnya untuk saya. I love Ramadhan very much! 

Dan kerana kejayaan pertama Ramadhan kali ini, Hari Raya Aidilfitri tahun ini juga rasanya macam lagi menarik. Rasa macam baru graduate dari madrasah tarbiyah Ramadhan. Belum cukup hebat lagi untuk dapat anugerah Emas, tapi untuk lulus dari kebiasaan pun dah cukup Alhamdulillah. Mari score lagi power selepas ini. Yosh!  Semoga istiqamah ini akan kekal walaupun Ramadhan dah tiada. Insyaallah...~





Jadi bersempena hari mulia ini, saya nak ucapkan :

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin kepada semua yang mengenali diri saya. Ampun maaf dipinta kalau pernah menyakitkan hati sesiapa. Semoga hari baik bulan baik nih Allah sucikan diri kita dari segala dosa dan meningkatkan saham kita di Akhirat sana. Dan sekali lagi semoga sagala amal ibadat kita diterima Allah s.w.t sentiasa

Amin. 

EID MUBARAK !  =D

Kullu 3am wa antum bikheir~












** akan raya pertama di Parit Buntar, Perak (penuh satu kerabat tahun ni. horray!) dan seterusnya di Sabak Bernam. 25 hb - balik Jordan. Aih.
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images