Sekuntum Dandelion untuk anda - GKLN

6:50 PM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum....





dari sarang MAKSURA, kau lihat segala mahakarya
mereka berubah menjadi nisan yang bertitah
"hidupkanlah kembali raja puisi untuk mati"
si atas sepeku retak cermin, di bawah sepeku
kelopak bunga - meretak dan mengelopak untuk
sepeku musim lagi kerana kaulah raja puisi 

(Hazwan Ariff Hakimi)


Alhamdulillah selepas hampir lebih 9 bulan, akhirnya naskah terbaru terbitan GKLN untuk tahun ini berjaya disiapkan.  Kali ini lebih hebat lagi sebab bukan sekadar satu, tapi alhamdulillah sampai sudah ada trilogi - 3 buah berjaya dihasilkan bersama. Mabruk~

Dandelion - wajar saya ibaratkan sebagai barisan 62 kuntum dandelion yang sedia menerbangkan benih-benih 162 puisi yang sarat dengan pelajaran kehidupan bertunjang iman. Dengan pengalaman berbeza di padang yang tidak sama, setiap dandelion punya kisah sendiri untuk di hamparkan di seluruh muka bumi. Doa kami moga usaha-usaha dandelion ini mampu untuk membawa hikmah Tuhan di setiap hati yang sudi untuk dibajai. Insyallah~

Trem Ke Pintu Syurga - Dunia ibarat sebuah perjalanan dan dalam kembara ke pintu syurga bertemu Tuhan, pelbagai kisah sudah tentu dapat kita perhatikan. Inilah umpamanya 17 cereka yang tertulis di dalam Trem Ke Pintu Syurga. Setiap perhentiannya pasti ada makna, dan makna itu lah yang kita perlu genggam erat supaya kembara kita insyallah kekal lurus hingga ke daerah abadi di sana~ 


Sasterawanara Keraton  - ''I'm speechless!'' - SK bukan sekadar himpunan lontaran pemikiran dan suara batin penyair, malah menjadi bahan dokumentasi bagi mengenali gaya kepengarangan penyair ini dari sudut stilistik. Penuh dengan keseimbangan estetika makna dan estetika bahasa. Rugi kalau tak baca. =)

Inilah tiga buku yang mengabdikan suara kami dan usaha-usaha kami untuk menyumbang kepada ummat kita. Semoga ada kebaikannya untuk kalian yang membaca. Insyallah~


Untuk sesiapa yang berminat untuk membeli, boleh dapatkan di sini : Beli Trilogi GKLN 2012~ 


Insyallah ada diskaun kalau beli kombo.


Dan tidak akan rugi sesiapa yang membeli untuk ilmu. =)


Jom beli!






.
.
.
.
.
.
.
.
.












** Pertama kali jadi penyelenggara buku bersama, fuh berat! Terima kasih kasih untuk sahabat-sahabat penyelenggara yang mencurahkan ilmu mengajar saya - Senior Fahd, Abang Hazwan, Iqbal, Shahkang, dan Rasydan. Semoga usaha kalian diganjari Allah dengan sebaik-baik ganjaran. Maaf salah silap, harap next time boleh tunjuk ajar lagi. Terima kasih seinfiniti. =)


2 comments

Write comments
-hazen
AUTHOR
July 26, 2012 at 7:11 PM delete

mohon turun ilmu buat adik-adik :D

Reply
avatar
Auriss Haira'
AUTHOR
July 31, 2012 at 2:18 AM delete

syafiq:
insyallah.. tapi sebenarnya akak sendiri tak habis menuntut lagi. tahu sikit2 je baru.

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *