Ramadhan Rambles

7:01 PM 0 Comments A+ a-


Salam

Warning 1 : Ini Rambles in a desultory or long-winded wandering fashion. Might take your time without any benefit. The writer had had a culture shock of not being at work, headache due to some health problem, a bit revenge of doing something bad for heart, and tension due to a worsening computer. Read at your own risk. AOR.




A ) 

Spent 2 first Taraweeh with Tok in Kampung Kedah. Reminiscing the childhood moment sekali pergi ramai-ramai ke surau an-najah dengan mama, abah, tok, angah, and dik yah. Erm... cuma kali ni kurang someone important - tokwan. 

Tok did  looked like she's really in struggle with herself. Dengan kaki yang tak berapa nak sihat, tok tak habis-habis recite 'Ya Allah ya tuhan, harap-harap la air wuduk tahan sampai habis' sepanjang jalan - which means sampai ke taraweeh last 20 rakaat. Fuh, tinggi ok semangat tok nak pergi surau jugak sembahyang taraweeh sampai habis. Insaf daku.

1st day habis-habis solat witir tu, kami yang lain dah terperasan tok macam menangis. Eh, mengapakah? 

Angah bisik " mesti teringat tokwan... "

Allah hai... Tokwan~

Kesiannya tok.

It's turn out to be true. Turun je tangga surau, tok dah mula cerita macam-macam pasal tokwan dengan muka yang sembap dan mata yang merah.

" Tadi pandang depan, tok nampak kerusi tokwan hang selalu solat duduk kat surau..."

" Selalu tahun lepas tok wan hang selalu tanya 'mak hang nak naik motor dak ni?' time nak pi surau, tapi tok tak mau. Tok takut jatuh lagi macam haritu.."

" Abang zul tadi jumpa dia cerita dia nangis teringat tokwan tahun ni, selalu depa dua pi bukak puasa sama-sama kat surau selalu.."

and the stories goes on.....~

Nampak tok sebak, kitaorang pun sebak gak. Tapi tak tau nak buat apa, so jadi je lah pendengar setia. Rindu jugak sebenarnya dekat tokwan. Selalu time-time puasa ni tokwan la paling excited sikit. Dulu waktu masih kanak-kanak ribena pun, tokwan selalu gak bawak gi bukak puasa sama-sama kat surau. Kitaorang kanak-kanak amik turn siapa nak ikut tokwan. Tapi tu dulu la. Rindunya~

This Ramadhan might be a little bit hard for us, tok lah terutama. I bet abah pun mesti rasa lain jugak. I just hope Allah will grant us a lot of strength to overcome this moment. Nothing can be done except for duaa. I believe Tokwan is in happy there. Ramadhan is a blissful month, may Allah bless everyone here and there. Ameen...


B) 

Sebagai seorang budak asrama yang dah lama duduk asrama sejak berusia 13 tahun, menjahit yang simple-simple itu adalah satu kerja simple. Ye la, duduk asrama siapa nak jahitkan kalau baju koyak? Takkan nak biar baju berlubang kan? 

Tapi takat tu je lah yang boleh pun.

Tak tau kenapa balik Malaysia kali ni, tiba-tiba dapat hidayah teringin nak belajar jahit baju kurung sendiri. I mean handmade baju kurung - from stratch. Fuh, cabaran tu untuk yang memang tak tahu macam diri sendiri.

How come eh tetiba nak belajar? Mungkin sebab asyik terjumpa orang terer buat baju kurung, tetiba rasa macam eh eh tak boleh jadi nih, nak try jugak. Dan mungkin juga sebab tension bila hantar kat orang, banyak sangat plak problemnya. Baik buat sendiri, jimat pun jimat. And one more thing, saja nak built up diri sendiri yang budak medik pun tahu ye nak menjahit - siap boleh jahit orang lagi. *gelak kejam*

First step, google Dummies for Sewing. *fokus*

Second step, sewing in action! 

Dengan penuh gigihnya buat pola dari kertas suratkhabar lama dengan ukuran yang pelbagai-bagai. Pusing sana, pusing sana.Adeh, berkurun tinggal buat baju (last buat baju adalah baju kedah, time KH jugak dulu. hoho), cramp rasa tangan sekarang. Nak menggunting pun rasa menggeletar. Harap-harap jadi la baju nih. Kalau tak jadi, kita simpan buat kenangan je la. hehe. 

Cuma lawaknya bila waktu malam mama datang observe tengok baju yang dah gunting, terus mama 
" Ya Rabbi..! Apa besar sangat kain ni gunting? Ikut ukuran ke tak? Sampai ngam2 habis baki..Isk3." 

T_T

Adoyai, tak pasal-pasal kena oter balik semua ukuran. Tu la, dah siap ukur masuk kelim, yang gi tambah lagi tambahan time gunting siapa suruh? *orang takut terkecik laaa~* Haha, maka duduk la Puan Mama tolong anak daranya gunting baju semula kasi betul ikut skema. ><  

Susahnya nak belajar. Macam mana orang boleh terer jahit baju ha? Takpe2, praktis make perfect kata orang. Ganbatte Ainul! 

Eh tapi kan I felt something nice bila duduk dua-dua dengan mama buat baju. Terasa macam dejavu sekejap bila teringat keadaan kitaorang malam ni sebijik macam dalam satu gambar waktu saya kecik dulu - mama tengah sibuk nak jahit langsir and her little chubby princess dengan rambut tocang satu datang menyibuk nak tolong gariskan dekat pembaris - which then abah datang and capture the moment. Kan Mama, kan? =)

Habis macam tongkang pecah rumah tu berterabur dengan cebisan kain. Haha. Sorry ma. Nanti orang kemas. Ok, sekarang dah habis satu fasa menggunting. Tinggal nak hantar jahit tepi and then boleh sambung jahit. Hoyeah! Semoga baju kurung menjadi baju kurung dengan jayanya. =p

Tapi malam tadi jugak dapat warning..

" Ma, ni dah tahu jahit baju ni lepas ni boleh amik upah. Dpat duit! Hehe"
" Jangan ngada! Study je dulu. Duit tu tempat lain boleh dapat.." opss. hehe~

* Belum datang aura nak study lepas attachment, maka ini lah kerja kita - rumah.*
* I really wish nak buat baju untuk mama dengan Amira one day. Kalau dah lagi power, nak buat baju untuk abah, Asyraf and Aiman plak. Hoho, tinggi ke langit sungguh cita-cita. AMin... *



C)

It's the 3rd Ramadhan dah. And we didn't go to Bazaar Ramadhan yet. Horeay! =D

Hari-hari masuk dapur masak dengan mama and abah. Since Ramadhan is a special month plus weekend, so the dishes should be quite special. And selalunya kalau special-special nih, the main chef should be Encik Abah~! 

Two days of resepi abah yang jenuh anak dia nak menghafal masuk kepala. Bukan senang nak cari kat internet stail abah. Abah memang hebat memasak. Sukati dia je nak bina resepi baru just dengan merasa something kat luar.  Anak dia? Minat tu minat tapi bakat belum cukup power.. Jangan kan masak je, rumah, taman, semua benda, semua tak capai lagi level master abah. Berapa puluh tahun kena bertalaqi nih?

Yang paling tak tahan, every time kalau buat kerja yang tak kena dengan pandangan abah, ayat dia mesti ada nama mak mertua. Hai, memang mak mertua perlu ditakuti eh? -_-'

Aish, jangan banyak songeh. Sila berusaha jadi anak solehah dengan sangat lebih laju.~

Yosh~ 

** Oh no, ada virus datang menyerang. Laptop jatuh sakit, dengan tuan-tuan dia pun dah dapat sore throat sekali. Semoga Allah cepat menyembuhkan keduanya. Amin...~ **

Da.

Wassalam.


Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *