Ramadhan Jordan


Salam

Di hospital,

Kawan chinese kami: Eh, bila you all start puasa eh?

Kami : Erm.. around 10 days lagi. Kenapa? 

Kawan chinese kami : I tak sabar nak tunggu bazaar ramadhan! Yeay~ 

Kami : Laaa.. haha. itu pulak yang you tunggu eh?

Kawan chinese kami : Mesti lah~ Time ramadhan je ada bazaar ramadhan. Pasar malam biasa pun tak berapa sama feel dia...~

Kami : ^^,

.
.
.
.
.

Kalau di Jordan dulu, asal nak tiba Ramadhan mesti teringat-teringat bazaar Ramadhan di Malaysia. Tapi bila dah ada dekat sini, tiba-tiba teringat pula dekat kemeriahan Ramadhan Jordan yang semestinya berbeza. Alahai manusia...~

Kalau difikirkan, ini Ramadhan terakhir tahun 6 kami di Jordan, bertuahnya kawan-kawan yang menyambut Ramadhan dekat sana. Cemburu. Cemburu.

Nak tahu tak kenapa?



Ramadhan ni antara bulan yang paling diraikan dekat Jordan dalam setahun. Kalah bulan-bulan lain. Masuk Ramadhan, meriahnya macam raya. Raya pun tak sama macam Ramadhan.


Sebelum subuh, mesti ada pakcik bergendang-gendang dekat luar sepanjang jalan. Kadang-kadang menjerit, kadang-kadang menyanyi. Sebab kerja dia adalah kena bangunkan orang-orang untuk sahur. 

Awal-awal dulu cuak jugak, ingatkan lelaki mana la yang melalak luar rumah pagi-pagi buta nih. Rupanya pakcik sahur ~ Tq ammu!


Bila mula Ramadhan, semua orang sibuk berhias. Hias rumah, hias jalan, hias kedai.
Bukan hias untuk raya, Tapi hias khas untuk Ramadhan~

Selain hias, semua kedai-kedai pun mesti akan pasang ayat quran.



pakat-pakat gantung poster dan bendera Ramadhan macam nak pilihan raya...
dekat rumah
dekat jalan
dekat bangunan


Cermin-cermin rumah dan kedai pun penuh dengan ucapan Ramadhan

 ~ Ramadhan Kareem! ~



dan hiasan terpenting yang wajib ada - mestilah Fanous
Fanous dan Ramadhan tidak boleh tidak mesti wujud sekali
Tanpa Fanous, Ramadhan macam kurang bergaya 
Alaa, lebih kurang macam raya malaysia dengan ketupat la~

Dan bila malam melabuh tirai...


Famous pun bergemerlapan seiring dengan marak ibadah yang makin berkilauan~

It's Ramadhan! 

*blink-blink*


Ramadhan Party ~ 

 * Musim serbu cari pahala *




Malam Ramadhan yang tidak pernah gelap atau sunyi sepi 
Malam bulan yang paling bercahaya-cahaya antara semua




dan barisan-barisan taraweeh yang ramai sampai kadang ke luar tanpa gangguan tenggelam dalam kekhusyukan tertinggi 



menjamu selera di majlis undangan iftar (berbuka puasa) masyarakat Arab
dengan maqlubah dan laban




dan tentulah juga dengan makanan tradisi Ramadhan - Qataif ~


Qataif goreng berinti cheese / cream qisytah + bersalut gula - style Arab


atau qataif simple sapu chocolate -  style melayu

wahhhhhhhhhhhhhhhh~

Keifik ya Urdun? 
(Apa khabar, Jordan?)

mesti dah mula sibuk
sebab lagi 10 hari Ramadhan nak datang

Tak apalah, dekat mana-mana pun Ramadhan tetap sama

Malaysia ke Jordan ke
Yang penting, diri sendiri kena fokus untuk target masing-masing.



Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya~

Ahlan wasahlan ya Ramadhan~


Ramadhan Kareem~



p/s: too much writing in a day maksudnya? 

6 comments

keyLa | July 10, 2012 at 12:54 PM

salam,
waaa, ainul~ untunglaaa, puasa kat negara Islam.. bestnyer!!!

xpe2, sy pun syukur jugak puasa kat mana2..tahun nie kat malaysia insyaAllah..

betul2, puasa kat mna2 pun sama, asalkan tujuan utama ialah mendekatkan diri kepadaNya..ye dok?


^^ salam ramadhan..moga ramadhan tahun nie lebih baik dr thn2 sebelmnya~iA

Anash | July 11, 2012 at 3:18 AM

ainul
wow
meriah nyer di jordan
padan le ainul akan rindu nyambut ramadhan di sana..kan?

selamat menyambut bulan mulia, dari akak

Anonymous | July 11, 2012 at 5:32 AM

SALAM...
waaaahhh... seronoknya ramadhan kat Jordan... meriah sangat... kalaulah M'sia mcm nie... alangkah gembiranya....;)

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK YA AINUL....

Ainul Arina | July 11, 2012 at 6:01 AM

keyla:
ws keyla. =)
betul.betul.betul.
and yang paling penting, kita dapat jumpa Ramadhan tu sendiri ^^

Ramadhan Kareem Keyla~

Kak Anash:
lebih kurang la akak. Hehe.

Ramadhan Kareem Kak Anash~

Anon:
ws.
kalau rajin dan kreatif, boleh je hias rumah sendiri skrg untuk Ramadhan ^^

Ramadhan Kareem~

Anonymous | July 11, 2012 at 6:01 PM

jangan jeles kak ainul

:-)

-cidak-

Ainul Arina | July 21, 2012 at 10:10 PM

amir:
sabar je la... Takpe2, hikmahnya masih ada. cewah. hehe..

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images