Ramadhan datang, Projek menjelang


Terima kasih Tuhan
atas cebisan-cebisan doa kami yang telah Engkau makbulkan~

* sujud syukur *


Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan~

Ok. As been planned before, this year I'm gonna have one big main project for this blissful month.

Projek apakah itu?

Well, actually takde la gempak mana pun projek tersebut. Tapi sebagai salah seorang manusia yang sudah lama di diagnose sebagai warga penghidap tegar masalah ini, projek ini adalah satu langkah besar yang sangat memerlukan kesungguhan dan istiqamah yang sangat-sangat tinggi untuk dijalankan. Wah wah wah....

Maka atas semangat yang membara-bara mahu berubah demi masa depan yang lebih bermakna, maka bermula hari ini bersempena dengan Ramadhan yang barakah lagi penuh kemuliaan, saya merasmikan projek diri sendiri yang dinamakan sebagai  " Hidup bebas tanpa Facebook~

Eh2, sila jangan humban saya dulu dengan 1001 fakta mengenai kelebihan Facebook.

Saya dah sangat tahu kelebihan facebook. Cumanya yang menjadi kekesalan saya sejak balik Malaysia ni adalah saya dah terlampau teruk sangat main facebook hari-hari sampai rasa macam sangat pathetic. Kan dah cakap, saya dah jadi facebook addict yang tegar. Teruk ok. Teruk. Dah terbiasa agaknya bukak facebook 24 hours hari-hari dekat Jordan. Woho, ini tidak boleh dibiarkan lama-lama.

Saya cuma ada masa sebulan lebih sahaja lagi untuk duduk Malaysia sebelum kena balik Jordan balik. Dalam sebulan ini lah, saya kena fokus habis-habisan pada dunia luar. Sepatutnya. Pada mama abah. Pada adik-adik. Pada keluarga terdekat. Pada jiran tetangga. Pada kawan-kawan secara muka bertemu muka. Pada buku-buku. Pada rumah. Pada nota medik. Pada penulisan. Pada segala benda yang ada lah dekat Malaysia nih. 

Insyallah, segala berita-berita up to date dunia tak kira di Malaysia atau Jordan semuanya saya dah maklumkan pada rakan-rakan supaya minta tolong inform by phone or email kalau urgent. Takkan mati ketinggalan zaman kalau cuma sebulan meninggalkan facebook. Kan? Kan? Hehe..

Lagipun cukup lah saya guna banyak sangat masa jalan-jalan tak ketahuan dalam facebook. Kalau setakat penuh benda-benda baik takpe jugak. Ini segala benda kurang bermanfaat pun saya sapu sekali. Ish, banyak mana la agaknya hati saya ni dah berdaki berkarat ya? Teruknya engkau, diri sendiri. Cukup-cukup la tu himpun dosa. Nampaknya saya belum betul-betul bijak untuk urus diri sendiri tentang facebook ni macam orang lain. Astagfirullah...~

Ok Ainul, sila perbaiki diri cepat tambah-tambah dah masuk bulan Ramadhan ni. Kita start slow-slow. Seminggu straight dulu. Then, penuhkan sampai sebulan.

Insyallah, I wish semoga lepas ni pengurusan diri mengenai masa dan facebook akan lebih baik dan lebih bagus dari sebelumnya. AMIN.... Doakan ya.  Please.Please.Please....

Pada kawan-kawan, even facebook dah saya de-activate mulai malam ini tapi insyallah mekanisme lain masih saya buka. Email dan blog, khususnya saya akan tetap di sini. *gaya macam ramai sangat orang nak contact. haha. ini misalan sahaja lah. *

Yosh, alang-alang dah turut sama bermula sesi cuti sebab dah habis attachment dan akan menjadi suri rumah sepenuh masa sepanjang bulan Ramadhan, mari pulun ibadah sekuat hati dan sedaya nya demi Allah. Untuk rakan-rakan dan sesiapa yang kena berkerja atau pergi universiti waktu Ramadhan ni, don't worry. Pahala untuk korang saya yakin lagi hebat dan lagi 3adzim dari kami yang bercuti. Lagi besar ujian, lagi besar kesungguhan, lagi besar ganjaran yang Allah beri. Macam hebatnya peristiwa Perang Badar zaman Rasulullah dulu. Insyallah. =)


Khas untuk orang-orang Jordan, selamat berjihad berpuasa di Jordan selama 16 jam dengan suhu mencecah 45 degree. Semoga Allah mengurniakan kesabaran yang menggunung dan setinggi-tinggi pahala serta ganjaran untuk kalian. Banyakkan berdoa. 

Baiklah.

Akhir kalam untuk kali ini.

Semoga Ramadhan ini akan menjadi madrasah tarbiyah yang terbaik untuk kita semua tahun ini. Selamat cuci hati dan bina iman dengan lebih qowiyy, semua. 


Meminjam kata-kata Maher Zain - I'd like to wish you all a blessed Ramadan. I ask Allah to bless us all with a month of reflection, charity, worship & forgiveness. May Allah make our present better than our past and our future better than our present. Please remember me in your du'as. RAMADAN KAREEM!  

Ma3assalamah everyone~











2 comments

~kamilah~ | July 20, 2012 at 6:31 PM

insyaAllah...selagi niat kita benar kerana Allah semata-mata..kita akan tenang..

moga berjaya....

bebaskan diri dari fb salah satu cara mengelakkan diri dari maksiat(dosa) kepada Sang Pencipta

ramadhan kareem..-))

Ainul Arina | July 21, 2012 at 6:55 PM

kamilah:

allahu akram =)
doakan saya istiqamah sampai ke akhir ^^,

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images