Jeritan dari Rohingya


Salam

"Tiada manusia di atas muka bumi ini, ditimpa apa yang menimpa umat Islam di Myanmar..."

Adakah anda tahu bahawa bilangan penduduk di Myanmar melebihi 50 juta,
dan dianggarkan bilangan umat Islam yang dikenali sebagai "Rohingya" adalah 
sebanyak 15% daripada keseluruhan jumlah penduduk. Separuh daripada
mereka berada dalam wilayah Arakan.Di wilayah tersebut, peratusan 
umat Islam adalah lebih daripada 70% dan selebihnya adalah penganut
 agama Buddha. 

Adakah anda tahu bahawa Islam datang ke rantau ini semasa pemerintahan 
Abbasiyah Khalifah Harun al-Rashid pada abad ketujuh sehingga ia menjadi 
sebuah negara Islam yang bebas dan telah diperintah seramai 48 raja muslim
lebih daripada tiga setengah abad.

Pada 1784, Raja (Burma)Myanmar (Budabay) yang merupakan seorang yang
 beragama Buddha telah menjajah wilayah ini dan menggabungkannya dengan
 Burma kerana takut penyebaran Islam di kawasan ini. Kekejaman berleluasa 
dan tinggalan-tinggalan Islam seperti masjid-masjid dan sekolah-sekolah 
dihancurkan .Ulama-ulama Islam dan pendakwah-pendakwah dibunuh, dan
penganiayaan dan rompakan ke atas umat Islam berlaku secara berterusan. 

Selepas itu ,golongan Fasis telah mengambil alih kuasa di Burma lantaran perbolakan
 kuasa yang berlaku ketika itu.Semenjak itu, umat Islam di sana terdedah pada
 semua jenis ketidakadilan dan penindasan, pembunuhan, pengusiran, kesempitan
 ekonomi, dan rampasan tanah . Bahkan kewarganegaraan mereka turut dirampas
 kerana mereka dituduh menyerupai kaum Benggali dari segi agama,rupa ,dan bahasa. 
Adakah anda tahu bahawa umat Islam di Myanmar tidak mempunyai hak untuk 
kewarganegaraan . Adakah anda tahu bahawa banyak kenyataan badan-badan 
hak asasi manusia berhubung isu rogol secara terancang yang menyasarkan
 wanita-wanita muslimah.

Adakah anda tahu bahawa tidak dibenarkan seorang muslim untuk berkahwin
 sebelum umur 30 dan tidak dibenarkan seorang muslimah berkahwin sebelum umur 
25, dan kadang-kadang semua umat Islam tidak dibenarkan berkahwin dalam
tempoh waktu yang tertentu.Sekiranya telah memenuhi syarat-syarat untuk
berkahwin yang ditetapkan, bermulalah kesukaran untuk mendapatkan kelulusan,
yang tidak akan diperolehi kecuali dengan bayaran yang tinggi dan rasuah
 kepada pegawai-pegawai tentera.

Sekiranya seorang wanita Islam mengandung, dia perlu pergi ke Pusat Tentera
di kawasannya untuk mendedahkan perutnya dengan alasan pemeriksaan janin 
melalui x-ray. Mereka bertindak sedemikian rupa supaya keluarga-keluarga Islam
 tidak berfikir untuk mendapatkan anak dan mengandung,kerana mereka
 mengetahui sensitiviti umat Islam mengenai isu aurat. 

Adakah anda tahu, bahawa selama beberapa hari,banyak kumpulan bersenjatakan
 pisau dan buluh tajam dari banyak kawasan dan bandar berkeliaran di wilayah 
Arakan, membunuh semua orang-orang Islam yang dijumpai, membakar dan 
memusnahkan ratusan rumah, terutamanya di kawasan "Mounganaw" di utara 
wilayah ini, di samping kota modal "Sittwe" yang merupakan ibu negeri wilayah Arakan. 

Tiada manusia di atas muka bumi ini, ditimpa apa yang menimpa umat Islam 
di Myanmar, dan tiada agama yang dihina sepertimana Islam dihina di Myanmar.

(Diterjemah daripada artikel bahasa arab oleh Abdullah Azzam)

-kredit dari blog Tidak  Best-



Perlukan lebih lagi tentang Rohingya?


** Allah.Allah. 

Tak tahu nak buat apa? 

Dalam kita kejar keberkatan bulan Ramadhan ni, paling-paling kurang jom la sekali doakan untuk Rohingya supaya terlepas dari tindasan yang tak berperikemanusiaan macam ni. Sekali lah dengan Syria, Palestin dan pelbagai lagi negara-negara yang menindas muslimin dan muslimat di serata dunia sekarang.

It's the thought that counts~


1 comment

Wann Syada | July 24, 2012 at 7:33 AM

jom sama-sama doakan umat islam sana.. kalau bukan kita sape lagi? T___T

smg Allah bg kita petunjuk utk msentiasa bersyukur dgn nikmat keamanan yg Allah bg ni ..

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images