Eh, kenapa tak sujud je?

Salam Ramadhan pertama....~

Sebenarnya tadi waktu saya tengah baca majalah Gen-Q terbitan telaga biru production, saya terjumpa satu info yang cukup menarik. Rasa macam tak puas kalau saya tak kongsi di sini. Mana tahu kot-kot ada yang baru tahu macam saya.

Ceritanya begini.....



Kalau waktu kita solat masbuk (solat terlambat masuk dari imam), kan selalunya rakaat kita dikira berdasarkan sempat rukuk sama-sama kan? Kalau sempat, dapat 1 rakaat. Kalau tak sempat, tak dapat. Jadinya ada satu kebiasaan ramai yang dapat kita perhatikan bila mana ramai di kalangan kita tak sempat nak ikur rukuk, maka kita akan terus tunggu imam sampai bangun untuk rakaat kedua, baru kita masuk solat sekali. Kenapa? Erm, mungkin sebab rasa sayang kot sujud-sujud bagai tapi rakaat tak dikira pun.

Sebenarnya kan, kita dah rugiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sangat-sangat!

Patutnya, kita kena buat 2 sujud yang imam buat tu kalau kita sempat ikut.

Eh, kenapa?

Ha, sebenarnya bila kita ni bersujud mencecahkan dahi ke tanah, Allah s.w.t dah confirm kurniakan kita 3 anugerah sekaligus. Ni time sujud je tau. Bukan seluruh solat tu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Tidak ada seorang hamba yang sujud kepada Allah melainkan dengan setiap kali sujud itu Allah catatkan baginya satu pahala, menghapuskan satu dosa dan mengangkatkan baginya satu darjat. Maka, perbanyakkanlah sujud. (Riwayat Ibnu Majah)

Wah... osem okeh! Subhanallah...~


Bayangkan setiap kali kita solat tu, satu rakaat kita sujud dua kali.


2 sujud = 2 x (dapat 1 pahala + tolak 1 dosa + naik 1darjat )


Kalau dah 4 rakaat, dapat 8. Kalau setiap hari punya solat wajib dah 30 kali dah dapat kelebihan sujud. Kalau campur-campur solat sunat, dah banyak mana lagi? Kalau up lagi pulak dengan sujud-sujud yang sunat je, mesti lagi banyak. Termasuklah kalau kita ikut je imam sujud bila kita jadi makmum masbuk.


Aish, rugi kan kalau tak buat?

Ok, lepas ni jom kita perbanyakkan sujud ya.

Tambah-tambah time imam masbuk, tak perlu tunggu-tunggu lagi dah. Masuk je terus dekat mana yang kita sempat ikut. Banyak kelebihannya rupanya.. Baru tahu ni, alhamdulillah~

p/s: eh tapi jangan plak sebab nak banyakkan sujud sampai sanggup buat masbuk daripada ikut dari awal terus. Solat berjemaah dari awal bersama-sama imam tu lagi tinggi bagusnya dari masbuk. ^^,

Baik, itu je yang saya nak kongsikan

Bulan-bulan Ramadhan ni, mari kita tambahkan banyak ilmu dengan membaca. Majalah Gen-Q ni pun menarik jugak sebenarnya. Cubalah beli! =)

ma3assalamah~

4 comments

YanTie AhMad | July 21, 2012 at 9:10 AM

owwhhh....ye kee??...alamak selama ni rugi laaa..selalu jadi makmum masbuk ni..and betul la mmg selalu tgu imam naik ke rakaat berikutnya baru follow..huhu..
thanks for sharing, at least dapat ilmu yang selama ni tak tau..:)

pentakde | July 21, 2012 at 9:43 AM

tapi jangan dikejar(utamakan)masbuk untuk sujud banyak kali pula......utamakan solat berjemaah dari awal bersama imam....

takut nanti orang salah faham...dan jadi bida'ah pulak..perlu diselitkan kelebihan apa yang keutamaan juga...:)

Ainul Arina | July 21, 2012 at 6:54 PM

yantie:
welcome =)

pentakde:
haah, betul3. yang paling penting solat berjemaah dari awal terus sama dengan imam. ini cuma in case kalau terasa malas smpai menunggu2 je.

terima kasih untuk peringatannya ^^,

Azizan Zolkipli | July 22, 2012 at 12:54 AM

Terima kasih untuk perkongsian ini. sebelum ni pun saya tunggu imam bangun dulu untuk menyertai sebagai makmum ...

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images