Kekasih di Taman Barzakh

12:41 AM 1 Comments A+ a-


Salam

Hari ini kami sekeluarga berpagian menziarah kekasih-kekasih hati di Taman Barzakh Kampung Kedah (bahagia sikit nampak bila sebut ^^, ). Dah dekat 3 minggu, baru hari ini berkesempatan pergi. Seriously rindu sangat-sangat pada mereka. 

Taman Syurga Fatimah

Fatimah, my beloved sister. Masuk tahun ni maknanya dah dekat 7 tahun dia dekat sini, dah tak berada dengan kami. Setiap kali datang usap batu nisan dia, terbayang-bayang saya mengusap tangan dia yang mulus, rambut dia yang halus setiap hari. Rindu nak peluk dia kuat-kuat setiap kali dia tarik. Kenangan yang akan terus kekal sama, tak berubah sampai bila-bila. Apa agaknya khabar Fatimah ya? Lama tak nampak walau dalam mimpi. Mesti dia tengah gembira kat sana. Dia kan dah memang ahli syurga. = ) 



Tok wan. Pertama kali menziarah tokwan dalam keadaan ni. Tanpa nampak muka, tanpa dengar suara. Sebak. Tahun ni dah tak boleh tanya pada tokwan, tokwan nak hadiah apa? Nampaknya doa-doa je lah yang Arina boleh kasi lepas ni. Maaf Tokwan, Arina tak sempat balik haritu. Rindu sangat-sangat dekat Tokwan setiap kali balik rumah Tok. Nampak kerusi malas tokwan, nampak keychain tokwan, nampak bengkel tokwan. Haih. Sampai posmen pun tanya tokwan pergi mana lama tak nampak. Tapi tokwan mesti sekarang tengah rehat dengan bahagia kan? Patutnya kitaorang happy, sebab tokwan dah lapang tanpa gangguan. Rest in Peace, tokwan!  =)

*alfatihah*

Wahai Allah, ampunilah Fatimah dan tokwan, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya...
Amin.

p/s: Kali ni saja nak letak gambar taman diaorang dalam blog, nanti rindu-rindu kalau tak dapat ziarah, boleh tatap puas-puas dekat sini. 

p/s: Ada orang bergurau nak cop tempat dekat sini jugak nanti. Haih, kot ye pun, kasi can la Arina balas semua jasa-jasa dulu, nak habiskan semua impian-impian dulu.. Ni orang malas nak balik Jordan nih. Bikin orang cuak je. 
*Ya Allah, makbulkan doa-doa dan impian aku..*
.
.
.
.
terjumpa ini
puisi dari Ahmad Fedtri Yahya

TENANGLAH DIKAU DI SANA
(nak tribute untuk Fatimah dan Tokwan)


Sekalipun malam ini
kita mengalirkan air mata darah
dan meratap hingga esok pagi
Tidak mungkin orang yang dirindui
akan kembali berada di sisi
seperti selalu

betapa memori yang berlalu itu
membuatkan perasaan seperti tengkujuh bila tiba musimnya

Hati ini pasti menangis 
dan terus menangis 
tertekan

Betapa hati ini tertekan
saat wajah yang sarat 
dengan kasih sayang itu hilang dari pandangan
yang ada hanya potret lama yang terdakap di kamar kenangan

sekejap sungguh kalian hadir di sini 
rindunya hanya tuhan yang tahu

menjadi bintang dan pujaan 
adakala dicerca 
adakala disanjung
ada kala menderita 
ada kala kesepian 
ada kala dikhianati
ada kala di benci

hari ini berduka esok senyum semula
kerana itu kalian amat istimewa 
seteguh kesabaran di hati

bukankah kita pelakon di pentas dunia
dan tuhan telah mematikan watak kalian
tidak bisa lagi menyanyi dan berdrama dengan karya pujangga 
kerana ada pentas baru di alam berbeza

kami relakan pemergian kalian 
walau berat rasa hati melepaskan pergi
kerana itu takdir dan suratan hidup 
dan kami pasti menyusul
pada suatu detik yang menjadi rahsia illahi


Info best:

Rindukan kesayangan anda yang dah tiada?
Rasa lost? Terputus? Hilang?

Tidak. Tidak. Tidak.

Sabar...

Kita masih boleh berhubung dengan diaorang tahu.
Err tapi bukan lah berhubung macam kita pakai handset tu. 
Tu dah macam syirik la plak. (say no to WARIS kekasihku seru,ok ~)

Maksudnya dekat sini, kita still boleh sampaikan pahala dengan diaorang. Secara basicnya begini..


إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh”(HR. Muslim no. 1631)


Nak lebih pembacaan : 1, 2, 3

 Bak kata buku La Tahzan, jangan lah bersedih hati (kejap takpe, berpanjangan tak boleh) kerana dukacita tidak bisa membawa kembali sesuatu atau seseorang yang telah pergi, ia tidak bisa menghidupkan kembali orang yang telah meninggal dan ia tidak bisa mengubah dan memberi manfaat apa pun. 

Daripada kita berterusan sedih-sedih sampai menyalahkan takdir, kan lebih baik kita mendoakan mereka dan membantu mereka jugak? Sebab suatu hari nanti, ingatlah yang kita juga akan menuruti jejak langkah mereka yang pergi. So, insyallah kita akan jumpa lagi. 

Tapi selagi belum sampai masa kita, buatlah yang terbaik dalam hidup ni dulu. Persiapkan diri untuk dunia seterusnya. Selagi ada peluang, ambiklah. Jangan dilepaskan. Grab semua pahala yang ada kalau boleh. Hidup ni kan untuk Allah. Untuk agama, untuk ummat, untuk mak ayah, untuk sesiapa yang memerlukan. Jadi, live your life to the fullest.Nabi pun pesan,

“Jika pun berlaku kiamat, di tanganmu masih ada benih pohon kurma, jika kamu berkesempatan menanamnya, maka hendaklah kamu menanamnya.”

ok, 
kearah kecemerlangan dunia akhirat

Ma3assalamah~

1 comments:

Write comments
Anash
AUTHOR
June 24, 2012 at 5:04 PM delete

ainul,
Allah menyayangi mereka ...
dipanggil awal...
ish
..akak nak post entry tentang arwah sepupu akak yang baru 2 minggu meninggal..
pun belum ada kekuatan nak post...
mmm....
semalam tgk tv9-citer saat2 arwah ustaz asri (rabani) meninggal pun...akak dah shahdu semacam aje...

Al-fatihah kepada arwah tokwan n fatimah your beloved sister...

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *