A&E Family of Hosp. Seberang Jaya

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah hampir masuk 2 minggu jadi penyibuk setia dekat Department Kecemasan Hosp. Seberang Jaya, Penang. Dekat sini, saya ada ditemani  dengan 2 lagi student preklinikal dari Mansoura - Amiratain (2 Amira). So far, rasanya saya memang enjoy buat attachment dekat sini. Best!

Minggu pertama, kami cuma dibenarkan untuk melihat-lihat sahaja orang buat kerja. Tapi sebenarnya rasanya banyak kali jugak tolong secara tak langsung bila doktor dan staff kelam kabut waktu peak hour. Just belum cucuk orang sendiri  je lagi. Okay lah. Staff-staff dekat sini semua cool dan best! I've learn many things and got many experiences even baru nak masuk minggu kedua duduk sini.

Kalau dulu awal-awal nak masuk, rasa takut sangat sebab asyik dimomokkan dengan cerita-cerita belakang tabir Hospital di Malaysia yang saya rasa macam agak banyak horror . Tapi bila dah masuk sini, rasanya takdelah horror sangat pun. Ok je. Masalah-masalah sampingan tu memang la ada, tapi the most important things is how you yourself react to the situation. Kalau kita pandai handle, masalah pun tak nampak macam masalah sangat. Life pun takdelah sampai stress gila-gila.

Perkara pertama yang saya perasan waktu awal-awal datang sini adalah team management yang sangat dititikberatkan dikalangan staff dekat sini. Dan tulang belakangnya yang paling kukuh tentulah dia punya Bos - Head of Department! (HOD). HOD department kecemasan sini adalah seorang doctor malay woman named Dr Azleen. Age dalam lingkungan 40 something. Gaya dia seriously macam Dr Muhaya. Sangat pakar motivasi, sangat mantap dalam public relation and sangat berpersonaliti. Everytime dia cakap dalam morning report rasa sangat WOW! Orang tak berdispilin pun rasa macam mesti kena jadi disiplin sebab segan dengan dia.

One of the most important things that I love about her ialah dia punya skill bermasyarakat. Kitaorang semua ahli-ahli dalam department tu everyday akan diingatkan yang 'ALL OF US ARE A FAMILY'. So, kenalah be like a family. Kena tahu semua nama staff, kena senyum and greet everyone everytime jumpa, kena treat each other dengan baik, tak puas hati jumpa belakang / cakap depan, kena take care of each other, backing up each other before investigate, work as a team and blabla3. But, how?  Dr Azleen akan buat  aktiviti testing-testing pagi-pagi dalam certain hari untuk check. Seriously cool! Siap ada pesan-pesan lagi there should not be any perasan terer dekat sini- HO kena hormat staff, doctor kena treat staff same level and so on. Awesome! Tapi kalau tak buat kerja baik, ha siaplah kena sound dengan tegas by her. Bagus kan?

Ini yang saya suka nih. Baru rasa best bila kerja. Kenal semua, dan boleh sembang-sembang dengan semua dengan baik. But still lah ada je sorang dua yang saya masih cuak-cuak nak dekat nak tegur, tapi takpe slow-slow dulu. Ada timing nanti, kita masuk la pelan-pelan kan?  ^^, Till now rasanya I've known more than half of the doctors and staff here.

Dr Azleen the awesome big boss, Dr Suresh the best 2nd big boss and my most respectful lecturer here, all the cool and amazing Dr  MOs - Dr Pratap, Dr Anusia, Dr Liu, Dr Don, Dr Brian, Dr Chee, Dr Suzan, Dr. Mathi, Dr Tarun, Dr Lian, Dr lelaki-melayu-yang-terlupa-nama (ada lagi ke eh selain nih?), all the good and hardworking abang kakak Dr HOs - Dr Loo, Dr Sivan, Dr Sivansangari, Dr Victor, Dr Victor 2 ( lupa nama tapi cam muka sebab suka gaduh dengan kitaorang), Dr Lee, Dr Chen, Dr Cheng, Dr See (?), Dr Hoong, Dr Suja, Dr Faried, Dr. Kavitha, Dr Nazmi, Dr Vanessa, and few other doctors Chinese yang saya selalu mixed up nama, all the supportive kakak nurse - Kak Zura, Kak Iwani, Kak Nadia, Kak Nadiah, Kak Mashitah, Kak Anees, Kak Mimi, Kak Ros, Kak Dayah, Kak Mira, Sister Hajjah dan kakak2 lain and also all the funny and talkative encik-encik PPP and PPK - En. Ravi, Haji, en. syafiq, en. viginesh, en. faiz, en.nik, en qayum, en. anas, en kamarul, en. aswad, dan ramai lagi encik-encik lain yang saya lupa nama sebab ramai sangat.

Everyone are so good to us. Jarang la kena marah (means pernah je kena sekali - tu pun sebab doktor salah faham je kot. Plus dia tengah berasap maybe sebab lapar dah tengahari but patient still ramai. hehe). Yela, nak marah apa la sangat kat student, banyak je tak tau. ^^,

Since we are a family here, maka semua staff terutama doctor-doctor muda dekat sini juga memang diajar macam mana nak protect diri sendiri dan department bila berurusan dengan department luar. Disebabkan department Kecemasan ni selalu jadi pintu pertama untuk pesakit masuk hospital, memang jumpa boleh jumpa terlampau banyak ragam manusia. Tak kiralah patient yang bermasalah atau orang lain macam waris atau department lain yang bermasalah. Apatah lagi apabila department kecemasan ni asyik selalu bakal jadi kambing hitam kalau apa-apa jadi nanti.

Sebab itu, sepanjang 2 minggu saya ke hulu ke hilir ikut doctor dan semua staff, banyak sangat cerita dalaman yang saya dah dengar. Dan saya juga dapat tahu dan belajar sendiri cara-cara mereka nak handle masalah macam tu. One of the jalan penyelesaian adalah jadi tegas! Tapi untuk doctor-doctor muda yang biasa nak jadi tegas kadang-kadang sangat lawak. Tambah-tambah bila dapat tips dari senior doctor yang boleh tahan otai dan banyak idea gila. Funny yet really serious and important untuk kemaslahatan semua.

Overall, semua staff and doctor sangat supportive dan banyak bantu kami nak kenal sistem hospital dekat malaysia. Selalunya makin tinggi jawatan doctor tu, makin rajin dia nak mengajar kita. Kalau HO memang kadang-kadang kita kena approach lebih sikit, sebab diaorang kelam kabut nak buat itu ini banyak. But still, they are willing to help you - even it might take a little bit of time to have the answer. Kalau nurse dengan encik PPP or PPK lagilah, the best ever! Sangat-sangat baik.

Kena marah dengan doktor? Setakat ni sekali je depan patient n staff , sebab tak tau dengue. Huahua. Padan muka. Tapi no offense pun rasa. Alhamdulillah, tapi lepas tu tak pasal-pasal femes satu department, ada satu hari tu, everytime bukak buku lama sangat lama mesti ada yang tanya " dik, nak cari info apa? kalau nak tahu lagi pasal dengue, tu sana ada papan dengue kalau nak baca." Aiseh, segan plak tapi rasa terharu sebab ramai helpful nak tolong. Tapi lepas tu tak kena marah dah pun, even tak tau something, they are still okay.

Dalam satu department kecemasan ni, kita ada 3 zone. Zon Merah untuk resus area (paling teruk), zon kuning untuk separa teruk dan zon hijau untuk yang takdelah teruk sangat. Bayangkan setiap zon ada satu staff nurse, satu MO, satu atau dua HO, dan beberapa PPK dan PPP. Bila peak hour time pesakit masuk tak henti-henti, fuh ke hulu ke hilir semua orang busy. Zon Hijau siap selalu kena deal dengan patient mengamuk lagi sebab diorang kata doktor lambat walhal pesakit sebelumnya yang agak kadang-kadang lewat sikit.

Dah makin lama berada di sini, saya dapat perhatikan pattern perangai doktor masing-masing dan staff-staff yang bertugas. Alhamdulillah dari kesemua staff dan doctor yang ada, saya perasan tak ramai pun yang jenis angin kus-kus. Ada lah sorang dua je. Kalau dah nampak macam lain macam je, better duduk jauh-jauh la. Just look and see only. Don't ask nor nyibuk lebih-lebih sampai diorang cool down sikit - diaorang sangat baik je sebenarnya bila tak angin. Dan sometimes adalah lebih baik bila mereka yang tengah angin itu blah, kita cuba cool down patient balik kalau patient plak angin sebab doktor angin. Backup family la katakan. Lagipun kita sendiri dah nampak betapa sibuk ya amat dan letih ya amat doktor-doktor kat sini. So, husnuzzon je la dulu. And amankan keadaan. Ini juga pesan Dr Azleen. =)

Tapi yang lain, mostly sangat awesome dan pandai kawal diri. Ada beberapa doktor MO dan HO yang saya sangat suka dekat sini. Diaorang sangat peramah, suka buat lawak, and tak terpengaruh pun dengan emosi sekeliling. Kalau diaorang penat atau sakit hati dengan sesiapa. diaorang mengadu dekat partner yang ada time tu or buat tak tau saja. Either seriously mengadu sedih pada rakan sekerja atau buat lawak merapu kepada kitaorang si adik-adik yang selalu tolong jadi pom-pom family kat sebelah (asyik nyebut "sabar doctor, sabar.." banyak2 kali) . Pastu buat mesyuarat tingkap ramai-ramai kat meja. haha. Best2!

Oh ye, disebabkan department kecemasan ni sangat busy kecuali kami si medik student yang paling rileks, maka memang lah saya sangat bersimpati dengan warga kerja dekat department nih. Perkara alamak! pertama yang kami dah pernah rasa adalah tak duduk langsung dari pagi sampai petang berjam-jam. Berdiri sepanjang masa clerk patient terutama bila kerusi pun penuh (nak duduk kerusi pun seminit dua, then bangun balik). Patah pinggang aku! Nasib baik dah biasa time round surgery kat Jordan dulu sampai terpengsan, kiranya ok la boleh adapt sikit. Kakak nurse pun dah pesan, ni salah satu azabnya bila nak duduk kecemasan. Itu pun kalau nak makan or nak solat, pandai-pandai la curik masa sket tengah-tengah patient tengah dah stabil sikit ke then pergila pecut kejap. Takleh lama-lama, kang kesian kat orang lain kerja kelam-kabut. Makan pun siap makan kat pantry je. Jangan harapla nak lenggang kangkung pergi kantin macam kitaorang yang student nih.

Apa lagi ya nak cerita?

Cases? Banyak sangat la plak yang itu. Kita cerita about family of this department je lah dulu ya.

Ok lah. sampai sini je dulu. Next time kita sambung lain tentang attachment ni.

Till Then

Ma3assalamah.


p/s: A & E stands for Accident & Emergency.


2 comments

Belle | June 22, 2012 at 5:36 PM

aku doakan aku jugak hebat cam hang dalam PR nanti. and cepat hangin nanti. amin fuu fuu.

Ainul Arina | June 22, 2012 at 6:11 PM

belle:
amin...kecuali untuk yang cepat angin tu. bahaya weh. hehe ^^

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images