Empathic Doctor

Salam


Hari ini apabila mata menyaksikan ...

seorang doktor muslim yang dengan selamba mengatakan "Tangan awak tak patah kan? Nah, lap sendiri gel kat perut tu" pada pesakit yang terbaring lesu lepas ultrasound sebelum terus pergi sampai patient tercengang berusaha sendiri 


dan


seorang doktor non-muslim yang dengan concern menerangkan "Kehidupan berkeluarga ni kena kerjasama ibu dan ayah untuk jaga kesihatan keluarga" pada parent seorang bayi yang hanya demam biasa sampai tiba-tiba bilik jadi sesi kaunseling keluarga berjaya.


Lalu, kami sebagai pelajar perubatan biasa hanya mampu melihat dan berdoa


" Maha Suci Allah, Pemegang hati-hati manusia. Berikanlah hidayah untuk keduanya. Moga suatu hari nanti Kau tetapkanlah kami agar menjadi doktor yang hatinya basah dengan nilai iman dan kemanusiaan walau apa jua keadaan dari mula hingga ke akhirnya  Sesungguhnya kami ini hamba-Mu yang lemah lagi hina. Amin ya Rabbal 3alamin. "  
-sambil benam dalam2 di dasar hati, tolong jangan nanti jadi macam ni- 


Empati, mana kamu pergi?




p/s:

Memanglah bukan semua doktor sini perangai macam ni.  Ramai lagi doktor muslim yang akhlaknya cukup mantap yang saya dah jumpa dekat sini Tapi cukuplah sekadar bertemu sekadar seorang dua yang adabnya kurang, tersiat-siat rasa dalam jiwa. Dia terlupa mungkin untuk bayangkan apalah agaknya rasa kalau keluarga sendiri kena layan begitu rupa.

Nak tegur, tak berani
Nak report, tak sampai hati
Doa je lah yang mampu
Mungkin sebab beliau masih hijau (mentah dlm pengalaman)
Let us hope dah makin lama nanti, ethic + manners beliau lebih baik dari sebelumnya

Apa-apa pun, saya cukup respek pada doktor yang masih mampu tersenyum dan bersabar di depan patient bila patient datang dengan pelbagai ragam. Belakang lain cerita lah, kadang-kadang geram pun memang kita kena lepas gak. Tapi yang penting, depan-depan tu kan bagus kalau kita behave dulu seketika.

** Sebelum habis attachment kat Emergency nanti, InsyaAllah saya nak jumpa face to face dengan doktor-doktor penyabar kegemaran saya dekat sini untuk minta nasihat terutama Doktor Suzan (Indian) yang sangat-sangat tip-top dalam menasihati patient macam pakar psikiatrik. Never once she failed to amazed us everytime she deal with the patient.

Last week, seorang Chinese mother sangat-sangat terima kasih dekat dia sebab tolong ajar macam mana nak handle budak kecik punya mengada-ngada walhal takde kaitan sangat dengan problem budak tu datang klinik. Today, even kes setakat baby demam biasa, Dr Suzan kasi management very detailed to the root of the problem sampai akhirnya terbongkar rupanya ibu selalu kecik hati dengan ayah, ayah selalu tension dengan ibu bila anak sakit - dah jadi bilik kaunseling plak green zone tu bila doktor Suzan nasihati diaorang sambil ibu nangis-nangis dan ayah tunduk-tunduk sedar silap sendiri. 

Bak kata Amirah - "Dr Suzan ni kan macam contoh terbaik Doktor yang bukan sekadar prescribe ubat pada patient, tapi dia prescribe kehidupan... " 

......dan lagi best sebenarnya kalau dapat dimasukkan sekali dengan nilai-nilai ad-din kita...... =)


Ingat Ainul, dah kerja nanti baca balik entry ini - jangan sesekali kamu jadi doktor yang tiada empati!


Ok, sekian


** Nak diingatkan juga, ini adalah satu-satunya benda yang kureng sket lah yang saya jumpa dekat sini (hospital seberang jaya) sepanjang 2 minggu dekat sini. Maka boleh kata dia macam ratio sangat-sangat nipis. Staff A&E mostly sangat baik dan sangat bagus. Entah kenapa hari ni terjumpa situasi atas tadi. Mungkin juga doktor tu tersilap atau teremo sebab penat. Husnuzon dulu ya. Apa-apa pun, doakanlah yang buruk itu berubah, dan yang baik itu dikekalkan. Insyallah.





5 comments

-hazen | June 22, 2012 at 9:21 PM

kak, kalaulah kan..

satu hari student jumpa dr. yang macam tu lepastu student tu tegur. efek apa-apa tak? markah ke? kena repeat ke?

ke sekadar kena marah balik?

Anash | June 22, 2012 at 10:08 PM

ainul
yes...
pabila seseorang pandai menggunakan ayat yang betul,
jestru itu mengundang keselesaan
maka itulah yg sebenar patut dilakukan..
jab
pehal la ayat akak skema nih?
hehe
WORDS DO HAVE POWER - please choose the right one...
akak percayakan itu ...
dan akak percaya ainul pun boleh jadi begitu (by my observation on your blog)

ps..penat puji nih..tak mo jumpa akak ker? hahaha(tak relevant langsung)

Ainul Arina | June 23, 2012 at 8:24 AM

shafiq:

akak pun tak sure, maybe bergantung pada situasi n orang yang terlibat kot. Ntah, Allahua3lam.

kak anash:

amin... =) tq akak.
pss... mestilah nak! masalahnya bila? hehe..

Belle | June 26, 2012 at 6:30 PM

sedih gila dengan kekurang adaban doc muslim tue.
nauzubillahi min zalik.

kkdg lack of common sense nie ada ngan kita lama sgt smpai kita sndr xprasan.
kkdg certain situation, certain stress for a long period of time, jugak indirectly shape kita jd cmtu.
walau apa sbb kita jadi mcm tue, kita still kena lawan balik. ubah. kekuatan utk berubah itu kita kena mx dr Allah.

Ainul Arina | July 2, 2012 at 6:16 AM

belle:
betul tu belle. Yang penting kena cepat ada kesedaran diri sendiri. Nobody going to change us kalau kita tak change diri sendiri dulu. =)

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images