Akhlak Day in Amman

3:27 PM 9 Comments A+ a-

Salam



Berbaki lagi sehari dua sebelum bakal terbang ke Malaysia, maka hari ini saya khususkan untuk ke Amman membeli hadiah buat orang Malaysia. Kebetulan yang menempah kiriman tahun ini agak banyak. Jadi awal-awal lagi saya sudah berdoa harap-harap rezeki kami dimurahkan pada hari ini.

Awalnya kami mahu ke balad Amman, memborong souvenir di sana. Tapi bila teringat tengahari sekarang sangat berbahang, batal lah. Baik pergi Kedai Al-Afghani dalam Mecca Mall sahaja, berbumbung sikit. Tapi harganya memang agak jauh sikit lah beza, tapi kualiti dekat sini lagi bagus. Takpe, kita testing dulu. Kalau tak cukup barang, petang-petang sikit nanti baru ke balad.

Hampir dua jam ke hulu ke hilir dengan taukey Al-Afghani mintak itu ini dari sekecil-kecil benda seperti keychain dan cincin (dia jadi model) hingga sebesar-besar benda seperti fannous sampai tak cukup bakul, kami serahkan pada dia untuk mengira - lepas kami dapat detect selalu dia yang kasi diskaun paling tinggi.

keychain besi kualiti paling elok dari 1.35 JD jadi 1 JD
fridge magnet 2 JD jadi 1.25 JD
gelang benang 0.75 JD jadi 0.5 JD
penanda buku 0.5 JD jadi 0.3 JD
mug plastik 3.25 JD jadi 2.75 JD
tshirt 8.50 JD dari 6 JD
cincin batu 21 JD jadi 17 JD
fannous dari 19 JD jadi 15 JD

total diskaun semua adalah lebih dari 20 JD! =)

alhamdulillah3x~ Moga Allah murahkan rezeki pakcik-pakcik~

Dah la tadi saya dah cukup kagum tengok salah seorang pakcik tuan kedai ni speaking fluently in French layan customer French sambil terang pasal 'apa itu azan' kat orang-orang French ni. Then start plak bukak cerita pasal Islam in France dekat kawan-kawan sekedai dia. Good2~ ^^, Jumpa lagi pakcik!

Owh, ada benda lagi yang tak cukup. Jadi ok lah kita ke balad Amman pula lepas solat Asar.

Di Amman, ada dua kisah.


Dari asar sampai nak maghrib, kami sedaya upaya nak cepat-cepat habiskan beli semua list sebab esok malas dah nak keluar. Tapi sampai ke maghrib, Syarsyaf (alas meja) tak jumpa-jumpa lagi yang seperti yang ditempah. Tension.

Kisah pertama bila saya mula nak terbuat perangai sebab maisarah asyik tak henti-henti bertelefon bila saya perlukan dia untuk tengokkan mana satu baju yang better cepat-cepat untuk orang Malaysia bila petang makin larut . Ada sekali tu saya terdengus geram dan terbebel depan sorang pakcik ni bila maisarah kelam kabut kejap datang kejap keluar. Sekali pakcik tu cakap pada saya "Ya anak perempuanku, tak baik kau buat macam tu. Kawan kau tengah sibuk. Sabar." dengan penuh nada tegur yang kasih sayang. Aaa! segannya! T_T tapi kenapa tetiba rasa terharu plak ni kena tegur. Ish, terima kasih pakcik. Masuk ke dasar hati nih pakcik tegur.

Kisah kedua pula di kedai terakhir kami sebelum maghrib itu adalah kedai souvenir tingkat dua yang memang selalu dikunjungi oleh student-student Melayu di sini. Salah seorang penjual muda di kedai tersebut (alamak, lupa nama) sangat bijak dan mesra pelanggan. Selain tabah melayan kitaorang yang banyak songeh, dia siap tolong lagi bawa kami ke kedai-kedai Syarsyaf yang dia tahu supaya kami dapat jimat masa. Syukran!

Kebetulan dia ni bakal melanjutkan pelajaran ke Malaysia dalam tempoh yang saya tak sure bila - dalam bidang perlancongan. Maka bersemangat sungguh dia nak praktis bahasa Melayu dengan kami. Total perbualan  hampir separuh dia try guna bahasa melayu. Semangat!

Keupayaan bahasa dia bagi saya agak tinggi berbanding biasa- Selain Arab, dia fasih English dan sekarang dia tengah study bahasa Melayu dan bahasa Jepun. Bila dia dapat tahu yang kami juga tahu serba sedikit bahasa Jepun, makin excited dia bantai cakap 4 bahasa terus - Arab, English, Melayu, Jepun. Dah la laju plak tu bercakap. Bab memperkenalkan diri je dah sangat power, seperenggan lebih lagi dia kasi. Wohoo.  Siap tunjuk juga pada kami buku bahasa Jepun level one yang dia tengah study dan hiragana yang dia sedang praktis.

Bila kami tengah sibuk memilih, dia bising cakap melayu....
" Ini cantik. Murah. Okay la... Dua belas dapat sembilan dinar sahaja" 
(sapa ngajar dia lah lah ni?)

Bila kami tak dapat jumpa macam yang kami mahu, dia semangat memujuk guna Jepun...
" Sumimasen ne.. Ano..daijobu desuka? Doushiyou..? "
  ( aku duduk negara mana sebenarnya nih?)

Bila kami nak balik, semua sekali dia keluar...
" Okay, ma3assalamah, see you, jumpa lagi, sayonara! Hajimemashite!~
(bye!)

** Dia cakap lepas habis Japan, dia nak try study Chinese plak. Wow, banyak mana dia nak belajar? Hebat! So, kitaorang pun promote la alang2 engkau nak study semua bahasa Asia, apa kata pergi belajar bahasa Korea sekali. Lengkap sikit. hehehe.. =p

Ok, mari balik. Dah maghrib~

Tahan teksi, dapat terus satu kereta sarfis putih milik sorang pakcik tua nih. Kami pun terang yang kami nak ke Mujammak Tobabbur. On the way tu, dia tanya either yang kami ni nak pulang ke Irbid ke? Kalau nak, dia boleh hantarkan terus. Seperti biasa, benda pertama kena tanya adalah Berapa Cas Pakcik Ambil?

Selalunya teksi ni kalau jenis kedekut, dia akan mintak 20-30 JD untuk ke Irbid. Sarfis plak depend on driver dia. Minima selalu kami dapat 3-4 JD sorang (12 JD untuk 4 space) untuk sampai pintu rumah kalau dari Mujammak. Tapi pakcik ini dia bagi penerangan harga detail ya amat.

Balad - Tobabbur : 3 JD
Tobabbur - Irbid : 2.50 JD
Irbid - Syari' Jamiah : 1.80 JD (kot)
and a few harga lagi....

tapi total sum up bila kira-kira Balad Amman ke Pintu Rumah Kami adalah 10 JD untuk 3 space. Eh, Murah sangat sambil jimat masa sebab dah lewat!

On the way tu juga, dia tanya boleh tak kalau dia amik penumpang lagi yang sehala. Well, go on lah pakcik. Kitaorang tak kisah. Kitaorang lagi ok sebab boleh murah. Sekali rupanya malam ni, sepanjang dia bawa kami balik Amman ke Irbid, hampir 4 penumpang tambahan dia tolong sepanjang jalan - cas pun setakat sorang 0.75 kursy untuk dalam sekilometer dua. Wah, baik sangat pakcik nih. Sampai ke orang tahan tengah jalan tengah bukit pun dia tolong bawak gi kasi ke tempat banyak teksi. Sob3, insaf kitaorang.


Oh ye, sebelum tu kitaorang ada pesan yang kitaorang nak stop solat jama' maghrib dgn isya' kejap before balik. Plan asal nak solat kat Mujammak Tobabbur, tapi bila ada sorang penumpang tambahan nak ke Sweileh, pakcik tu bawak kami solat kat masjid Ishak Abdul Jabar Al-qawasimi (?) dekat area 3urjan.

Bila nak turun, kami nak bawak turun skali plastik-plastik barang tapi pakcik tu perasan kot yang kami macam ragu-ragu takut dia lari so dia pun cakap "Don't worry! Tawakkaltu 3ala Allah, aku tunggu. Kalau korang tak caya, aku tunggu kat depan masjid. Aku tak masuk kereta" Erm, boleh caya ke nih? *risau*

Mula-mula, dia pun keluar sekali dengan kami ke masjid dan siap tolong pergi tanya orang masjid lagi mana tempat solat untuk wanita. Dalam hati kami masih ada ragu-ragu, Ya Allah harap sangat pakcik ni tak jahat. Habis solat, bila keluar cari pakcik, kami nampak dia tengah duduk atas bahu jalan depan masjid, jauh dari kereta dan tak tunggu dalam kereta - sebijik macam yang dia janji. Allah! Alhamdulillah.. Pakcik baik!

Habis kami solat, dalam perjumpaan kami stop kejap di mujammak Tobabbur kot-kot ada sapa-sapa nak ke Irbid. Dalam 10 minit, takde. Baru nak bertolak, tiba-tiba ada seorang lelaki berkejaran ke kereta kami. Pakcik baik ni pun gostan kereta dia dan tunggu lelaki tu masuk. Dalam kereta, kami memasang telinga.

Pakcik : Eh, mana kau pergi tadi. Aku tunggu rasanya tadi takde orang.
Lelaki : Maaf. Maaf. Aku tengah solat belakang kereta satu lagi. Nak sahut tak sempat. Nasib baik Allah buat kereta kau nak bertolak betul-betul lepas aku habis. Alhamdulillah

Allah.Allah.Allah.Allah.

Lelaki: Eh, yang belakang ini orang mana? Malaysia ke Indonesia?
Kami : Malaysia2~
Pakcik :  Diaorang ni Malaysian ya akhi! Muhtaram katheer. Tadi aku bawak diorang dari Balad Amman nk ke Irbid. Kau tahu, diaorang sanggup nak solat maghrib dulu sebelum balik Irbid. Jarang ni kita jumpa akhawat muslim yang muhtaram, aurat tertutup bagus, shopping-shopping pun ingat nak solat, aku pun disuruhnya berhenti sebab nak solat, lepas tu mengingatkan aku supaya amanah so aku pun keluar kereta sebab nak buktikan yang aku ni amanah. Ingat dekat Allah.. blablabalablablaa....


(cop.cop.cop amboi pakcik, over nampak. Nampak sungguh malaikat betul kami nih dari ayat pakcik. Segala puji-pujian tu kita balikkan pada Allah ye pakcik)

Kalaulah pakcik tahu yang malam ni saya tetiba rasa macam Allah asyik nak pesan suruh berakhlak mulia melalui akhlak pakcik. Daripada cara pakcik layan setiap penumpang-penumpang pakcik sepanjang jalan, daripada cara pakcik yang tak henti-henti pesan kat kami next time amman better pergi mana lagi murah, daripada cara pakcik yang time pergi stesen minyak pakcik offer kami air yang pakcik dapat dan daripada berpuluh-puluh offer dari pakcik untuk jadi seperti ayah kami dan tempat rujukan kami kalau nak kereta atau guide kemana jua kami nak pergi, saya rasa macam Allahu Akbar, ni yang saya sayang Jordan nih! Nasib baik sempat kenal pakcik sebelum grad.

Lagi taching to the heart bila pakcik terkejut macam tak puas hati sedih yang kami nak balik lusa sedangkan bila dah kenal-kenal sikit tadi, pakcik plan nak bawak kami jumpa Ummu Rami satu famili (nama pakcik ni Abu Rami) dan belajar macam-macam termasuk masakan arab dan tidur rumah pakcik esok. Alahai pakcik,  terima kasih banyak-banyak. Don't worry. Kami still ada lagi setahun kat sini. Insyallah, kita boleh berukhwah secara satu famili lagi lepas ni lepas kami datang balik =)

Dan kisah terakhir bila kami nak bayar duit sebelum turun. Sebab dah terbiasa, saya suka untuk buka lampu dulu sebelum bayar sebab dulu pernah kena tipu dengan satu teksi ni yang kata saya bayar sedinar padahal saya kasi 5 dinar.

Tapi tadi tak sempat saya capai lampu, Maisarah dah hulur duitnya pada pakcik. Dan kebetulan pakcik ternampak tangan saya yang sedang menghala ke lampu. Dia bagi balik duit tu dekat Maisarah semula dalam  less than a minute, bukak lampu, senyum dan cakap pada kami  "dah confirm ni yang duit kau kasi tu betul 10 JD? Bukan lebih, bukan kurang? Kalau dah confirm, baru aku amik." - Alamak pakcik, kantoi plak saya. hehe. Yup! dah yakin dah.  Alhamdulillah jugak, selamat sampai depan pintu rumah sebelum qarar. =)

Terima kasih untuk hari ini ya orang-orang arab yang baik-baik ini semua. Kalian sangat best. Serius saya rasa rindu dan sayu nak tinggalkan Jordan bila saya jumpa orag-orang macam kalian nih. Akhlak subhanallah, 3adzim!

 Ini salah satu sebab macam mana saya boleh jatuh sayang kat Jordan even kadang-kadang tension duduk sini lama-lama. Bukan senang nak jumpa orang yang akhlak mulia macam mereka dalam masyarakat sekarang. Di Malaysia apatah lagi, saya sendiri dah selalu kena pesan dengan ayah, bila balik Malaysia sila jangan mudah percaya orang terutama orang asing tepi jalan apa lagi pakcik teksi. Dah la sekarang banyak kes culik, fobia saya nak open up dekat Malaysia. Tersilap gaya, bahaya jadinya.

Tapi saya yakin, ramai je lagi orang baik atas muka bumi Allah nih. Insyallah. Hopefully suatu hari nanti semua orang kat dunia ni akan jadi baik (boleh je kan?) dan membaikkan juga orang sekeliling dia juga supaya jadi baik. Barula aman sikit dunia, ye tak? Dan semoga Malaysia dapat turunkan bilangan orang hilang sebab bila dah kawan sendiri dah jadi mangsa hilang, saya jdah makin tak selesa dengan suasana merbahaya nih.


Ok, sekian.
Ingatkan hari ni dapat habiskan beli barang je,
rupanya dapat kuliah fresh dari Allah lagi tentang akhlak melalui semua orang hari ni.
Alhamdulillah~

Esok, boleh get ready packing dan lusa boleh fly.

Selamat Tinggal Jordan,
panjang umur insyallah kita jumpa lagi - lepas raya nih.

Ma3assalamah~

9 comments

Write comments
pali ss
AUTHOR
June 1, 2012 at 3:52 PM delete

MasyaAllah.. Tarbiyyah..nice

Reply
avatar
ABU LUQMAN
AUTHOR
June 2, 2012 at 3:36 AM delete

Assalamualaikum, terharu sangat membaca kisah pakcik yang berakhlak mulia tu. Memang susah nak jumpa insan sejujur ini.. Semoga pengalaman yang berharga ini akan meninggalkan kenangan manis anti di Jordan dan saya sebenarnya teruja membaca kisah anti ini.( selalu artikel yang panjang seperti ini saya tak pernah habis baca)

Reply
avatar
saerah
AUTHOR
June 3, 2012 at 9:50 PM delete

ainul,aku jeles cz ko boleh jalan2 jordan..serius rindu jordan...^_^

Reply
avatar
nur fareyhin
AUTHOR
June 4, 2012 at 12:52 PM delete

knpe nk pegi mujamma tobabbur? slalu g amman mmg stop solat kt situ eh k.ainul?

Reply
avatar
Anash
AUTHOR
June 4, 2012 at 10:36 PM delete

Ainul is coming back to town (yea..yea..)
and this entry is perfect for an eye opener to others

make yourself free within that 3 months!!! Jumpa kami !! hahah

Reply
avatar
Anash
AUTHOR
June 6, 2012 at 7:22 AM delete

Ainul
akak ada komen sini
tapi ilang le pulak
haishhh...
btw, mesti dah sampai malaysia...
tak teringin jumpa kami?

hehe

a touching entry btw...
sedar masih ada lagi yang baik...

Reply
avatar
June 6, 2012 at 8:55 AM delete

zul:
alhamdulillah =)

abu luqman:
alhamdulillah =)

saerah:
aku bakal ikut jejak langkah ko lagi setahun ^^

Reply
avatar
June 6, 2012 at 9:01 AM delete

fareyhin:
akak singgah solat situ kalau tak smpat solat kat mecca mall je. =)

kak anash:
haha.. ada je la akak. cuma dia simpan dulu, sy approve bru komen tu keluar hehe..

boleh je nk jumpa. tapi kena area penang la senang. saya praktikal sket skrg nih. hehe. jom dtg penang lagi jom. =p

Reply
avatar
June 13, 2012 at 3:44 AM delete

Wakjan pun nak cenderahati juga ( :

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *