Penghujung Tahun Lima

( ^ _ ^)∠☆  Assalamualaikum~


* Musim bunga kat university - post mid exam Ophthal*

Alhamdulillah sejam tadi dah selamat habis exam Ophthalmology dekat jamiah pukul 11 tengahari. Eh, langsung takde eh entry pasal mata dekat sini? Ish, lupa plak nak tulis. Padahal banyak je fun fact mata yang saya baru belajar nak kongsi. Takpelah, next time insyallah~

Keluar dari dewan, terasa macam oh Alhamdulillah akhirnya dah habis juga tahun lima -padahal belum final exam lagi. Sambil jalan-jalan balik rumah dan ambil-ambil gambar macam tak pernah jumpa bunga roundabout dekat jamiah, kami kembali menyelusuri sejarah tahun lima. Cewah. 

Betapa lajunya masa berjalan - dalam setahun - dah cover semua subjek dalam dunia perubatan. Tahun depan tinggal ulang balik dengan lebih mendalam terutama bahagian management. 

Tahun 5 memang sangat berbeza dengan tahun 4. Kalau tahun 4 penuh dengan struggle baru nak testing-testing banyak benda, tahun 5 rasanya tahun saya betul-betul enjoy dengan life sebagai student. Bila dah habis tahun 5 ni, macam-mana rasa ada. 

~ ALA...SEDIHnya ~ (;_・)

Tahun lepas, takdir menetapkan saya berada di group yang memerlukan tahap kesabaran yang cukup tinggi. Well, okay lah sebab selain dari saya belajar untuk jadi stone-cold waktu naik klinikal gara-gara poses adaptasi yang agak mencabar, saya juga belajar untuk jadi stone-cold dengan kerenah arab yang terpaksa dihadapi lebih dekat dari biasa. Patient dan juga groupmate sendiri. Nasib baik ada Fathiyah. Kalau tak, mau nangis hari-hari mogok takmau pergi hospital sebab tertekan. Eh, stone-cold mana nangis!

Dalam setahun ini juga remuk redam hati yang selalu terseksa dengan kerenah group tahun 4 (of course bukan semua, tapi sorang sentiasa effect satu group), akhirnya terbalas dengan group tahun 5 (A4) yang langsung tak pernah buat saya sedih dan kecewa. A4 is incredibly awesome! Ini kali pertama saya kenal betul-betul closed dengan seluruh ahli group secara menyeluruh tanpa tertinggal walau seorang. Ini juga kali pertama saya rasa open untuk duduk dikalangan orang arab tanpa perlu ada seorang pun melayu. Selesa. Dah macam family~ =D


Walaupun diletakkan dalam group yang di dalamnya ada ramai budak genius terutama seorang student paling pandai dalam batch (sepanjang tahun 5, semua 11 subjek kami yang per 55, markah dia tak pernah less than 50. The only one in the batch!), saya tak pernah sekali pun rasa down. Entah, rasa macam makin seronok nak belajar dengan diaorang. Yang penting, all of them are so considerate,very funny and kind~ Gonna miss my A4 group for the rest of my life. 

Terima kasih Allah sebab kalau tahun lepas Kau letakkan aku dekat group yang hari-hari kena cop "You guys are the worst group I ever had in my life" dengan doktor (dekat 10 kali kot kena sepanjang tahun lepas, tak pernah tertinggal every rotation kena. Terseksa ok!), tahun ni Kau gantikan aku dengan group yang sentiasa jadi buah hati pengarang jantung doktor (yela, budak pandai ramai giler kan dalam nih. Banyak untung oo walaupun kita tak la seterer diaorang! Hehe.. =p) . Alhamdulillah~ I love 5th year!

~ OH my....CUAK ~  ∑(O_O;)

*jadual SPM semula tahun ini*

Habis tahun lima bermaksud selepas ini Hello! Welcome to the life of Final Year Student~ Wohoo..><

Ini sangat mendebarkan. Bermakna hanya ada lagi setahun untuk saya mencurahkan sepenuh jiwa raga belajar sebelum grad dan berkhidmat untuk bermasyarakat *mampu ke aku Ya Allah?*

Tapi nak habis tahun lima ni pun, nak kena lalu final exam yang 11 subjek tu dulu. Ahad ni kita mula. *gulp* Memang rasa macam nak amik SPM balik. Dah la subjek dia lagi killer. 

Terus-terang cakap, I don't really think I can do it by my own. 11 subjek yang berbeza dan sama berat (O&G dan Fam Med lebih horror) untuk dimuntahkan kembali semuanya dalam masa 17 hari? Oh pengsan!  Ini memang saya terpaksa usaha mati-matian sehabis yang boleh dan bakinya tawakkal je lah. Aha, dan saya perlukan doa-doa anda semua, kawan-kawan dan sesiapa yang kenal kami.

Please, please,please doakan kejayaan saya dan kawan-kawan dekat sini. Yes memang kami tahu takde siapa lagi yang buat rekod mati sebab nak exam tahun lima, tapi semuanya sangat mencuakkan. Moga doa-doa dari kalian mampu memudahkan lagi perjalanan kami. AMinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn~ 

~ yeay!yeay!  TERUJA~   ~~~ヾ(^∇^)


Hari ini bila saya tengok kalendar, saya hanya akan nampak - Yosh, ada lagi tiga kali ahad je tinggal.  Lepas tu boleh dah tarik troli sengih-sengih, masuk kapal terbang sambil doa pilot bawak kapal terbang laju-laju sikit keluar Jordan.

Hello Malaysia! I'm coming home~! =D

Rindu mama. Rindu abah. Rindu Aiman, Amira, Asyrap, Timah. Rindu semua orang. Tambahan, nak pergi ziarah kubur tokwan sekali. Satu tahun tak berjumpa, banyak benda dah jadi. Rindu Malaysia sangat-sangat. 

17 hari je lagi. Sabar Ainul, sabar. Bawak bertenang.... Exam dulu.

Habis exam ni cuti la puas-puas sampai 2 bulan setengah dekat Malaysia ( cuti paling lama dalam hidup sepanjang dekat Jordan - thanks to my compulsory elective course, boleh duduk Malaysia lama-lama. Weheee.. ^_^ Y )

Lama menyemarakkan ketidaksabaran nak balik, cuti kali ni saya dah ada banyak plan - elektif 6 minggu dekat Hospital Seberang Jaya Penang, projek SMKANT, projek SKPTM, my cousins's wedding, my best friend's wedding, reunion banyak3 kali, blablablabla.... and the list goes on. Wah, daebak! 

(p/s: I wish semua kawan-kawan dekat Malaysia baca ini. At last, dapat gak cuti time Malaysia cuti. ~ =D )

Oh, ada lagi satu yang still belum decide lagi. Ada lagi baki dua hari untuk solat istikharah (sila jangan buat spekulasi, solat istikharah bukan semata-mata untuk nak kawin only ye. Life is full of choice to make ^^,). Lepas ni kalau jadi, update lain. Doakan yang terbaik, saya tengah confius nak amik mana satu.

Last but not least...


Seperti biasa, mari kita mula countdown sekarang. Tak sempat nak countdown subjek macam tahun lepas. Banyak sangat. Kita countdown hari dari sekarang. 17 days to go~!  (^o^)/

Aha, sebelum mengundur diri sebab dah habis masa nak rehat lepas exam sebelum study, saya nak wish siap-siap beberapa ucapan memandangkan mungkin lepas ni kita hiatus kejap:

1. Happy Mother's day! Happy Father's day! Happy Teacher's day! 

* Actually I don't really need a special day to show my gratefulness on your existence because Mama, Abah, Cikgu-cikgu,  semuanya sentiasa akan berada dalam doa saya sampai ke akhir usia saya. Saya menjadi Ainul Arina yang sekarang adalah atas jasa-jasa kalian yang takkan terbalas sampai bila-bila. Terima kasih sebab datang dalam hidup saya. Semoga hari ini Allah tambahkan lagi ketenangan dan kesejahteraan dalam hidup mama, abah dan cikgu-cikgu semua. Amin!*

2. Congratulations on your engagement and wedding! 

* Dah dapat dekat 10 jemputan. Hulala. Mabruk untuk semua~ Insyallah kalau ada rezeki dan peluang, saya datang. Kalau tak, saya kirim doa dari jauh. Nak saya doa apa?  Doa2 dari orang tengah struggle nak exam ni selalu makbul kan? hehe... =) Semoga bahagia hingga akhir hayat. - tiba-tiba teringat Hana Fares yang dah khitbah (engagement versi arab = nikah gantung versi malay)- semangat dulu kitaorang bincang sama-sama konon setuju better kawin lepas study, skali dia terkeluar MOU plak seminggu sebelum exam. 'Unpredictable event ' katanya, tapi 'dah jodoh...' kata kami. Hehe... ^_^*

3. Congratulations on your delivery! Good luck on your graduation!

* a- untuk Kak Ipah n Chiam, tahniah atas kelahiran Aus Thaqeef Muhammad bin Nasrul Amri. He is so adorable~ Hari-hari tunggu bila la budak kecik ni nak keluar. hehe. For Aus Maeisyah, welcome to the kakak sulung club. Lepas ni boleh lah jadi lebih rajin tolong umi jaga adik. =)
b- untuk senior-senior master yang dah berjaya grad seperti Kak Ater khasnya, mabrooooook!  *\ ^0^/*  

4, Good Luck everyone~

*untuk semua student Jordan, selamat berimtihan nihaei. Khas buat kawan-kawan sebatch medik yang sama-sama start final 11 subjek ahad ni, good luck! Untuk kawan-kawan sebatch dentist dan kakak-abang senior final 6th year, teruskan perjuangan- sikittttttttttttt je lagi nak habis~ Ganbatte! All the best everyone. Semoga kita sama-sama cemerlang dunia akhirat untuk ummat. Aminnnnnnnn~

Eh, panjang giler tulis. Ok, study2. Hiatus.

Jumpa lagi! Ma3assalamah~













7 comments

Cidak | May 10, 2012 at 6:08 AM

bitaufiq utk final..

seronoknya balik malaysia. huK!

Anonymous | May 10, 2012 at 6:10 AM

bittaufiq kak

-sadis

tepianmuara | May 10, 2012 at 4:59 PM

macam dah baca tadi.

tapi bila baca sekali lagi,
'eh, tambah panjang?'

saya pening kot. haha

Ainul Arina Madhiah | May 11, 2012 at 12:58 AM

amir:
terima kasih. awk pun. good luck final. tak balik eh? jaga irbid elok2 nnti ^^

syafiq:
terima kasih. awak pun sama. bitaufiq ^^

haniff:
akak takde sebarang penambahan pun. betul la tu pening. ^^ good luck final

Azizan Zolkipli | May 13, 2012 at 3:28 AM

nak quote semula lah: "Welcome to the life of Final Year Student !"

moga maju jaya dalam pembelajaran dan kerjaya nanti ...

[fathiyyah] | May 13, 2012 at 10:07 AM

"terutama seorang student paling pandai dalam batch (sepanjang tahun 5, semua 11 subjek kami yang per 55, markah dia tak pernah less than 50. The only one in the batch!)"

ni budak laki ke budak pompuan cinul?
bittaufik juga cinul! rindu awak

Ainul Arina Madhiah | May 16, 2012 at 9:08 AM

encik azizzan:
terima kasih. doakan saya =)

fathiyyah:
budak perempuan.
thanks fathiyyah. doakan ya~ Rindu awak jugak. =)
p/s: sori tak terupdate blog buku, lambang diri sendiri pun lama dah tak pegang buku., huhu

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images