1 Rejab 1433

1:50 PM 1 Comments A+ a-

Salam



Alhamdulillah, hari ni dah selesai banyak sangat benda.

Exam Family Medicine (red alert!~)  - SELESAI - tawakkal habis-habisan.
Bank Standard Chartered                 - SELESAI - pengunjung tetap bulan nih
Kad baru Islamic Jordan Bank          - SELESAI - kad baru kaler biru! Lawa2~
ACTION 2012                                - SELESAI - boleh tunggu dengan tenang dah
Target-target 1 Rejab                       - SELESAI - latihan masuk Ramadhan

Lega . Lepas ni boleh sambung exam yang berbaki dengan tenang tanpa perlu fikir benda-benda lain dah. =)

1 Rejab 1433


Amalan Rejab

Ada lagi 2 bulan nak masuk bulan Ramadhan. Dah bersedia ke kita ya? Alang-alang nak masuk Ramadhan tahun baru, tahun ni kena lah upgrade sikit keadaan dari Ramadhan tahun lepas. Dan untuk elak kita dari terkejut sangat nanti waktu Ramadhan sebab nak terus memecut, sebaiknya kita berlatih sikit-sikit dulu dalam Rejab dan Syaa'ban ni.

Berkenaan dengan hadis-hadis 1 Rejab yang ramai dah mula pertikaikan sebab kalau diikutkan ia hadis palsu (ke hadis dhaif eh?), sebenarnya saya rasa tak perlulah kita nak peningkan kepala either nak ikut atau tak hadis tu. Apa kata kalau kita buat je ibadah-ibadah sunat ni semata-mata nak dekatkan diri dengan Allah, tanpa perlu wajibkan diri yang kita buat sebab ikut hadis tu. Kan ke baik? Dari langsung tak buat apa, at least dapat jugak pahala ibadah sunat. Berlatih untuk ramadhan pun elok juga. Jadi, tak perlu lah nak susahkan diri, yang penting kita cuba rebut peluang pahala yang ada.

Exam

Alhamdulillah, hari ini dah habis 5 paper. Maknanya ada lagi 6 paper nak lalu dalam masa 2 minggu. Lebih mencabar lagi lepas ni semua paper major (OnG), sub major(Psych) dan minor yang deret-deret (28,29,30,31). Harap doakan kejayaan kami semua ya.

Cuti

Undangan perkahwinan adalah benda yang paling banyak akan datang time-time cuti ni. Kalau sebelum-sebelum ni yang nak kawin kebanyakannya senior-senior kakak-kakak abang-abang kawan-kawan jauh, tahun ni kawan-kawan baik (BFF) saya sendiri plak yang dah mula dah edar kad. Wahhh! Korang dah dewasa! (ceh,gaya macam saya perasan masih kecik je. Padahal...) Mabruk kawan-kawan~! Cuma sayang sangat-sangat bila semua plan kenduri korang semua time Ainul dah balik Jordan. Ni nak mogok nih. Takpelah, demi kebahagian kawan-kawan tercinta, kita doa-mendoa dari jauh je lah. Hati tetap bersama. Cewah. Yang penting, semua happy~ ^^

Cuti ni nampaknya satu purnama penuh puasa Ramadhan dekat Malaysia. Ada kawan-kawan yang tak balik time Ramadhan dah mula selalu nak cuba nak jeles-jeleskan dengan kemakmuran Ramadhan Tanah Arab. Dah la ni Ramadhan + Syawal last dekat Jordan! Alamak, syahdunya. Sabar hati. Sabar. Zaman sekarang kita ada internet, boleh bukak siaran Makkah tiap-tiap hari. Amalan lain-lain tu kita boleh cuba latih diri sendiri cuba nak amalkan dekat Malaysia. Mari kita bawa ruhi Urduni datang Malazi. Yalla.Yalla. But still, I'm gonna miss the holiest month in Jordan forever. 

Bercakap tentang cuti dan puasa, tahun ini nampaknya insyallah bakal mengulang lagi pengalaman puasa sambil mengembara. Eh, tiba-tiba rindu plak kat Syria. Bila tengok video tentera Syria belasah rakyat dalam Masjid Umawi baru-baru nih, rasa tak puas hati sungguh! Masjid Umawi tu pakcik! Satu-satunya masjid feveret saya time nak solat tarawikh dulu. Penuh dengan kedamaian, ketenangan dan kekhusyukan. Ada plak belasah orang dalam tu. Salahuddin Al-ayubi bangun karang~! -doalah banyak-banyak semua Syria kembali aman dan bersih dari konco-konco Paklong yang kejam - 

Back to the plan, tahun ni insyallah dah confirm seminggu sebelum raya, saya akan ke negara yang berlambangkan gambar kat atas tu ha - Taiwan. Istimewanya kali ini saya pergi selepas keputusan akhir - disuruh oleh ayah - " Pergi je la Taiwan tu. Ilmu tu kat situ. Bukan senang-senang dapat. Handset baru next time" . ("-") Baiklah. Maka, bye-bye handset baru (plan lain yang buat saya istikharah - handset ke travel. Handset ke travel. Last-last handset time jatuh no dua macam biasa.huahua.) . Tahun depan ye handset baru, kita kumpul duit lain. Bahagia handset NOKIA takde kamera saya yang masih bertanggungjawab berkhidmat dah masuk tahun keempat. =)

Selain dari ini kali pertama saya rasa macam malas nak pergi dan ayah yang confirmkan sebaiknya better pergi, kali ini saya pergi bukan  sekadar jalan-jalan tengok dunia baru. Travel kali ini adalah travel berprogram. Ada satu international medical student conference/ Asian Collaborative Training yang dibuat di situ. So, yang utamanya yang itu. Tapi sambil kita pergi tadah ilmu, kita jalan lah sekali kan. Hehe. Alhamdulillah jugak la yuran dia just JD245 je include everything except tiket. Murah sangat dah tu. Gaya macam pergi Mesir sebelah Jordan je. Selamat duit aku~

Dan disebabkan haritu tetiba Jordan rasa gempa bumi dari Earthquake dekat Greece dan Malaysia pun siap dapat warning tsunami lepas rasa earhtquake dari Acheh plus banjir yang confirm ada every year, maka sebulat suara semua orang suruh saya pergi program tu even saya dah rasa macam malas giler. Kebetulan tahun ini tajuk tema adalah Hydrological Disaster Control. Yosh, maka mari tajdid niat kita pergi untuk siapkan diri sendiri dan menyumbang untuk ummat. Amin, insyallah~  Semangat. Semangat!

(tetiba teringat, abah pernah cakap teringin nak hantar anak dia nih pergi humanitarian mission dekat kawasan-kawasan perang /natural disaster. hah? wah,tinggi ok cita-cita abah..Boleh ke aku nih?  )

Tapi apa-apa pun, semuanya masih lagi dalam perancangan. Eh, rancangan semua dah siap. Tinggal nak pergi je la. Tapi wallahualam la kalau tiba-tiba Allah tarik nyawa dulu ke kan, nauzubillah lah.. Kita tawakkal je sekarang ya jadi ke tak. Allah lagi hebat dah susun siap-siap semuanya. Sama macam konon-konon saya dah naik tahun 5 tahun 6 ni kononnya takkan jalan dah la, sekali eh semua dah lengkap dah nak pergi Taiwan harini. Ha? Siapa kau, nak kata konfirm takkan berubah once kita dah plan? Kau tak nak pun, Allah  boleh lorongkan orang lain kasi kau berubah jugak... Kun fuyakun~ Ting!! -It's fate-

Fokus balik, study

Eh, terpanjang pulak bab cuti. Biasalah, cuti kan booster nak exam. Normal la kan? 
Ok, mari kembali baca buku. Lusa Exam.
Exam, exam jugak. Rejab jangan lupa. Upgrade mutaba3ah amal jom~ 

Selamat!
Ma'assalamah~

1 comments:

Write comments
mahfudz
AUTHOR
May 23, 2012 at 8:26 PM delete

wahhhh..tak sabar nak baca next travel sambil belajar..h_h

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *