Raya Hujung Minggu

6:46 AM 2 Comments A+ a-

Salam

Pilihan Raya PERMAI


Alhamdulillah, ini pilihanraya kelima untuk diri sendiri.

Kalau selama ni tak pernah terfikir pun nak catat pasal pilihanraya, kali rasanya nak tak nak kena catat jugak. Sebab rasanya tahun ni adalah tahun pertama pilihan raya PERMAI kelihatan sungguh matured dan osem. Kadang-kdang sampai terfikir eh aku ni tengah kat Malaysia ke kat mana sekarang ni. Aneh sket pilihan raya tahun ni.  =)

Kalau dulu waktu saya kecik-kecik di tahun preklinikal, seingat saya calon yang bertanding semuanya tercalon sebab kawan-kawan yang naikkkan. Tak pernah pun ada calon yang mencalonkan diri sendiri rasanya. Dan kalau tak silap, ada calon-calon tu yang cukup segan dan malu bila kitaorang usik-usik dia sebab tercalon. Ada jugak calon yang terkejut besar bila tercalon sebab kawan-kawan sengaja nak kenakan dia. Ish3..

Tanpa ada kawan-kawan yang semangat nak tolong promote diaorang, rasanya tak akan ada promosi kempen calon-calon di kertas-kertas kecik pelbagai warna yang selalu diagih-agihkan dekat dewan waktu kelas. Time tu je la pun kalau nak kenal calon-calon yang bertanding ni macam mana.

Tapi sekarang, fuhh hebat.... ~

Tahun ni tahun pertama calon bertanding dengan kerelaan sendiri. Sendiri nak bertanding, sendiri hantar kertas pencalonan. Tak cukup dengan pencalonan bebas, ada jugak yang dah mula buat parti. Wow, mantap! Lepas tu, masing-masing semua kena buat manisfesto dan warwarkan sendiri manifesto mereka. Caranya? Tentulah menggunakan medium media paling hot di zaman ini : Facebook.


Bagus jugak sebenarnya diaorang buat pembaharuan macam ni. Baru nampak gaya macam matang sikit dari dulu.  Plus, video-video manifesto yang dah mula rancak diupload ni sangat-sangatlah membantu untuk kami student klinikal yang busy exam ni nak review balik semua lepas exam untuk mengundi. hehe. Comel video-video diaorang. Dah macam rancangan tv plak tengoknya. Dan yang paling best, tentulah video Kempen Pilihan Raya kat atas ni ha. Bijakkk~ Bijakk~ =)

*********************************************************************************

Jamuan Raya nak Final Exam Batch


Seiring bersama hari mengundi, akhawat batch mep7 pun ada program gak. Bertembung secara bijaksana. Sambil makan, announcement2 seperti suruh mengundi tetap tak putus-putus. Bagus akak-akak kita. ^^,

Lama dah tak buat program batch macam ni. Tambah-tambah bila dah naik tahun 5 yang mana masing-masing berbeza dalam 11 rotation yang ada. Exam pun semua orang lain-lain. Alhamdulillah minggu ni Allah kasi kesempatan nak buat. Mungkin jugak nak dapatkan balik semangat study bila dah nak dekat-dekat final exam nih.

Walaupun yang dapat datang hanyalah yang medik sahaja sebab dentist semua dah start final exam yang final punya dalam hidup diaorang sebagai student, tapi terasa macam semua hati tengah berkumpul dekat sini. Yang medik makan beramai-ramai dalam saprah plastik, yang dentist plak dapat makan benda yang sama bila para posmen comel hantar bungkusan ke setiap rumah diaorang. 

Semua student dentist dah nak grad lagi dua bulan. Bestnya! 
Bitaufiq kawan-kawan dentist sekelian~ All the best!
Selamat jawab final exam molek-molek~

Entah bila lah lepas ni boleh kumpul ramai-ramai balik macam dulu. Esok dentist stat final. Lagi dua minggu medik pun start final. Konfirm semua jadi ashabul kahfi. Kitaorang habis exam 30 June. Saya balik Malaysia 3 June. Ala... 3 hari je~ T_T  

Geram dengan JUST lagi sebab buat majlis grad lambat sangat (6hb). Penat2 orang tunggu balik 3hb. Sekali 6hb plak dia putuskan. Baik balik 1hb je terus macam tu. Grrrr... Eh cop, tapi at least dapat gak 3 hari nak buat marathon lawat kawan-kawan dentist. Syukur ok. Syukur. 

Kawan-kawan medik pun, good luck final~ ^^,

********************************************************************************
Biskut Raya Korea


Pergi mengundi dengan tangan kosong, balik mengundi dapat satu plastik biskut dari Korea. Yeay! alhamdulillah....~ Tak sangka adik AJK tempat mengundi tu tabah angkut biskut-biskut tu datang tempat mengundi sebab nak kasi pada saya. Nasib baik saya tetap datang. Hehe Amanah. Amanah.

Sangat mengimbau memori betul biskut nih - Biskut utama alas perut waktu sakan main dekat Lotte World.

Thanks Iffah for the biscuits...
Thanks Anis for the phone accessory...

Like.Like. =D
Rindu Korea. 

******************************************************************************

Sambung Beraya

Ok, dah. Aktiviti tak habis lagi nih. Nak pergi berkelah di musim bunga plak. Hari ni hari tanpa buku. Raya. Haha. 

Bye. Jumpa lagi~


2 comments

Write comments
INTAN
AUTHOR
April 27, 2012 at 8:56 AM delete

lama gila eyn simpan biskut segala tuuuuuuuuuuu~

haha~!

^^

*rindukoreajugak

Reply
avatar
April 27, 2012 at 1:39 PM delete

tu la pasal. nasib baik tak berkulat. hehe..

^_^

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *