Psoriasis dan Laut Mati

8:17 AM 3 Comments A+ a-

Salam


Pagi tadi datang sorang patient pakcik tua datang mengadu pada doktor yang semua rawatan dia cuba untuk hilangkan penyakit kulit dia - Psoriasis tapi tak menjadi-jadi. Kalau berkurang pun, sikit je. Lepas tu mesti jadi balik. Antara yang dia duk sebut-sebut rawatan yang dia buat adalah mandi dekat Laut Mati yang pernah cadangkan oleh seorang doktor lain yang pernah dia temui..

Erm.. pakcik~

Tak sampai hati plak nak kasitau depan-depan yang Psoriasis memang sampai sekarang takde ubat even saya tahu mesti dulu pakcik ni dah tahu. Yang doktor-doktor kasi pakcik tu semuanya sekadar ubat untuk kurangkan simptom-simptom yang pakcik dapat/rasa. Nak betul-betul baik dari sudut punca penyakit tu sendiri memang payah sebenarnya sebab sampai sekarang kita tak jumpa lagi ubat dia.




*semoga Allah permudahkan hidup pakcik sebab dah lama sabar dapat penyakit nih*


Untuk sesiapa yang nak tahu tentang penyakit Psoriasis, boleh rujuk sini:
1. Hidup dengan Psoriasis - Persatuan Dermatologi Malaysia
2. Basic Tentang Psoriasis
3. Psoriasis - Encik Wiki

Habis pakcik tu balik, saya tanya semula pada doktor tentang keberkesanan laut mati. Dari dulu lagi curious nak tahu pasal laut mati sebagai ubat sakit kulit sejak tahun 2001 bila Malaysia digemparkan dengan cerita adik Syapawi yang sakit kulit misteri dan dihantar ke Jordan untuk mandi dekat laut mati.


"Duktur, apa sebenarnya mekanism di sebalik rawatan Laut Mati? Ini kira rawatan traditional ke apa? " tanya saya dengan teruja. Keluar silibus dah nih.

Dr. Hassan (Hospital Askari, Idoun) jawab...


"Sebenarnya, terus terang saya sendiri tak berapa tahu tentang Laut Mati. Takde siapa boleh buktikan lagi setakat ni betul-betul guna kajian pakai evidence based medicine yang laut mati ni memang boleh sembuhkan penyakit kulit. Walau bagaimanapun, yes, betul yang laut mati boleh kurangkan severity certain penyakit kulit macam Psoriasis TAPI ia bukan bersifat totally menyembuhkan, cuma ianya hanya berfungsi sebagai ubat yang mengurangkan keterukan penyakit tu sementara waktu atau baikkan dia kejap sebelum penyakit tu datang balik. Laut mati ni dia lebih kurang macam ubat penyakit kulit yang lain - bertindak kurangkan sket dia punya scaly dan kurangkan kegatalan. Tu je. Pendek kata, macam HIV gak, Psoriasis ni masih belum ditemui penawar dia...~ "


Well, balik kelas saya cuba search pasal Laut Mati dari sudut kajian scientific. Banyak gak. Tapi paling simple dan senang nak dibaca boleh rujuk sini

Tapi mostly semua sepakat bahawa yang penting tentang rawatan Laut Mati ni adalah :

the favorable effects of bathing in the Dead Sea salt solution are most likely related to the high magnesium content. Magnesium salts are known to bind water, influence epidermal proliferation and differentiation, and enhance permeability barrier repair.

Tapi bukan sesenang tu nak baik sikit guna mandi laut mati. Rawatan dia ambil masa 4 minggu dan the best result terhasil melalui gabungan rawatan air, matahari dan lumpur Laut Mati. Cuma yang tak sedapnya adalah kesan jangka panjang yang merisaukan ramai pengkaji iaitu Kanser Kulit - yang mana masih tak dapat dibuktikan lagi sebab selalunya semua patient yang datang, bila dah okay terus balik dan tak sambung kajian tentang jangka panjang. Wallahu3alam~

So, conclusion - Yep, laut mati boleh menbantu sedikit sebanyak untuk kurangkan kronik Psoriasis. 

Walaupun ia tak mampu lagi nak betul-betul confirm sembuh sampai takkan ada lagi dah, ia still boleh jadi salah satu usaha kita nak berikhtiar untuk mencari ubat. Beruntung orang jordan ada Laut Mati dekat~

Remember : 

“Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit, melainkan meletakkan untuknya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah). 

Ma'assalamah

3 comments

Write comments
kak mah
AUTHOR
April 18, 2012 at 2:52 PM delete

Kadang-kala kita tidak dapat mengjangkau khasiat kejadian Allah

Reply
avatar
February 7, 2014 at 3:41 PM delete

Assalamualaikum.

Saya nak share testimoni yg dah sembuh dr psoriasis.

Penyembuhan secara dari dalm sel badan dengan powerful antioxidant vivix. Dengan izin Allah.

Setiap penyakit ada ubat. Usaha ikhtiar tawakkal.

Hubungi mid @0163385790

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *