Kulit Bersisik di Malaysia

Salam



Does anyone recognized this kind of baby?

Saya :
- pertama kali nampak waktu femes keluar video mengarut tentang Bayi Ular. Wallahualam~
- kali kedua nampak dalam cerita Obstetric and Gynaecology Korea. Tapi macam patung je

Dulu takde pun perasaan nak check lebih-lebih tentang baby nih. Tapi check je lah yang keadaan ni dipanggil Herlequin Ichthyosis. Sejenis penyakit paling rare dalam subtype Ichthyosis. Kebarangkalian nak jumpa adalah 1 dalam 300,000. Paling horror dalam prognosis sebab mostly kes ni takkan bertahan lama sebab tak mampu nak hidup dengan sempurna bila ada banyak sangat defect kesan dari kulit yang defect tu juga. 

Disebabkan sekarang tengah belajar Derma, tadi check dalam buku Teks rupanya memang ada (eh, of kos la kan?) cuma kitaorang tak belajar sangat dalam kelas. Biasalah, buku teks kan kena habiskan sendiri. 

Paling menarik bila saya google2 tadi, terjumpa blog sorang student medik dekat Alex yang ada pengalaman jumpa real punya depan mata. Masya Allah~ : Baca sini. Dekat Malaysia pun, dengarnya pernah ada kes jugak kan? --> Sini.

Tadi petang plak kebetulan time baca paper, terjumpa plak satu artikel tentang ICHTHYOSIS VULGARIS yang rupa-rupanya agak common dekat Malaysia. Yang Vulgaris ni adalah subtype ichthyosis yang paling biasa dan tak seteruk Herlequin. Tapi biasa-biasa dia pun, kalau orang tak biasa, boleh mendatangkan depression sebab malu dengan kulit yang bersisik, tak macam orang lain.








" Pada masa ini, Pertubuhan Kebajikan Pesakit Ichtyosis Negeri Kedah (Perkid) yang juga badan bukan kerajaan (NGO) mempunyai 30 ahli berusia antara lima hingga 54 tahun di Kedah dan menganggarkan antara 600 hingga 700 pesakit sama di seluruh negara.

Woho, ramainya!

Ini mesti belum campur lagi dengan yang tak berani nak datang hospital untuk check.. *Gulp*

Seingat saya, waktu sekolah dulu saya memang pernah ada jumpa someone yang ada problem kulit bersisik. Tapi takdelah sampai teruk sangat sampai satu badan. Tapi saya memang sangat perasan yang masalah kulit bersisik tu asangat menyusahkan hati dan perasaan mereka yang terlibat. Apatah lagi bila disalah anggap yang kulit bersisik tu berjangkit macam kayap. Hesh! Kesian diaorang~

ICHTYOSIS VULGARIS TAK BERJANGKIT YE! 

 So, sekadar teringin nak share campaign menyedarkan orang ramai tentang masalah kulit bersisik yang sangat common dan payah nak jumpa ubatnya nih, maka saya catatkan di sini untuk pengetahuan semua yang membaca. Siapa tahu mungkin nanti ada di kalangan kita yang terjumpa, maka boleh lah sama-sama berganding bahu menolong apa yang patut, tak kisahlah macam mana pun caranya hatta sekadar dorongan semata. 


Ok

Sambung study. Khamis ni exam derma. 

Ma'assalamah.






Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images