Info First Aid : Bam Panas Malaysia

Assalamualaikum

Menjadi paramedik bidan terjun di KARISMA lepas takde kerja sebab kalah main bola jaring (no 4 je T_T) rupanya ada hikmahnya. Selain dapat kenal adik-adik paramedik yang funny dan meringankan beban Mak Paramedik (baca : Mahera) yang kelam kabut selepas acara merentas desa sebab ramai plak tiba-tiba tumbang, ada satu lagi benda yang saya tak boleh lupa. =)


Kisah bermula bila seorang adik di Mu'tah tiba-tiba jadi semi-conscious dan sesak nafas lepas sebaik sahaja sampai di check point saya waktu lari merentas desa. Glascow Coma Scale 10. Kejap sedar, kejap tak. 

Circulation dia slow, airways free tapi breathing agak problem. Dia selalu stuck time nak tarik nafas and selalu end up pengsan balik. Jenuh nak bangunkan dia bila dia mula tak sedar tambah-tambah dalam keadaan ramai orang dah mula kerumun kami. Dalam banyak-banyak cara. saya terperasan benda yang paling senang nak stimulate dia adalah kasi dia hidu bam panas milik seseorang yang saya pinjam dekat sini. Irritating sangat agaknya bam tu. Asal pengsan je, letak je bam betul-betul dekat hidung dalam seminit dua, lepas tu mesti dia tersedar dengan sangat tension sampai berkerut-kerut muka walaupun mata maintain payah nak buka. 

Sekadar share sikit. Dalam nak menghandle kes emergency macam ni (untuk yang bukan medik), sangat penting sebenarnya nak pastikan pesakit tu tak terus pengsan. Antaranya sebab kita nak confirmkan betul-betul keadaan dia ni tengah berada di tahap mana. Selagi dia mampu untuk bertahan tak pengsan walaupun kena kejut banyak kali, itu sangat jauh lebih baik dari orang yang memang langsung tak sedar diri terus walaupun dah buat banyak usaha nak bangunkan dia termasuk kasi stimulation yang menyakitkan.

Bila kita nampak orang pengsan/ sakit/ cedera , formula management kita yang basic adalah cCAB : 

Ini gambar management untuk patient yang heat stroke ( over panas)
1. c = cervical (leher). Pastikan leher dia tak bergerak terutama dalam kes kemalangan even kita tak tahu leher dia ok ke tak sebenarnya. Sebab misal kata leher dia ada masalah dalaman dan kita tak ambil langkah berjaga-jaga, risiko pesakit untuk terus lumpuh lepas dirawat sangat tinggi

2. C = circulation (perjalanan darah). Pastikan perjalanan darah dia lancar. Dalam kes sukan-sukan macam saya ni, pertamanya selalu kita akan baringkan dia dan angkat kaki dia ke atas sket supaya aliran darah ke kepala lebih laju (orang pengsan selalu sbb kurang aliran darah/ oksigen ke kepala). Then mana yang rasa-rasa menyesakkan dia, kita kena longgarkan -contoh tudung atau pun apa2 yang berikat. Misal kata kalau ada luka yang darah mengalir, kena tekap kasi berhenti. Cara nak check circulation ni boleh check guna pulse dekat tangan atau leher dll.

3. A = airways ( laluan nafas). Check mulut dia ada tak something yang boleh sekat dia dari bernafas. Kalau ada keluarkan. 

4. B = breathing (pernafasan). Make sure dia boleh bernafas dengan elok dan lancar. Kalau sesak nafas, boleh angkat sket kepala dia atau buat je apa-apa yang boleh clearkan pernafasan dia misalan suruh buang kahak kalau ada dll. Kalau kronik sangat sampai tak bernafas, boleh rujuk cara handle yang lagi detail macam CPR dll. 

Habis cCAB nih, patutnya ada lagi tapi saya rasa cukup setakat ni untuk basic. Sambil check benda nih, sambil tu boleh cepat-cepat cari bantuan pada waktu yang sama. Semua orang boleh apply belajar benda nih. Simple dan cepat. Tak perlu tunggu doktor pun kita boleh tolong sket. 

Sambung cerita saya, saya dan Mahera waktu tu tengah cuba lah nak stabilkan adik ni balik. Tapi dalam 15 minit tu keadaan dia still tak berapa berubah sangat. Paling adik ni selalu complain time dia tersedar adalah hidung dia sakit dan sesak, plus susah nak bernafas dan sakit kepala sangat. Kitaorang suspek dia ni tengah kena allergic attack jugak based on dia asyik terbersin time sedar plus phlegm dia banyak sangat keluar. Tapi malangnya nasal spray plak time tu takde. Dan saya punya nasal spray pun saya tak bawak ke sini. 

Sebab dah cuak lama gila adik ni tak elok-elok, kitaorang decide untuk bawak je terus pergi hospital. Sampai dekat hospital adik ni pengsan buat kali yang entah ke berapa. Saya waktu itu  kena terangkan pada nurse A to Z apa jadi dengan adik nih. Habis sesi history taking, sorang nurse ambik cotton yang dah soaked dengan something (saya rasa ubat kasi stimulate suruh sedar gak) dan lalukan dekat hidung adik dia sambil panggil-panggil dia suruh bangun.

Seminit dua minit. Adik tu tak jaga-jaga. Bahu kena goncang pun tak jaga-jaga.

Saya yang waktu tu masih tengah pegang bam yang terbukak tu segera join sekaki.

" Sister (nurse), kejap. Biar aku cuba. " sambil saya letak bam tu betul-betul dekat hidung adik tadi.

Kurang dari lima minit, adik tu dah mula start kerut-kerut muka dan terjaga separa sedar sambil cuba nak bernafas. Terkejut sister tu.  Yang saya plak pelik ingatkan dia terkejut sebab apa, tapi rupanya dia terkejut sebab effect bam panas dari malaysia tu berkesan dengan sangat laju! Lorhh.... .~ -_-'

Agak-agak adik tu dah sedar sikit, sister terus prepared kasi dia nebulizer dan buat ECG(?).

Sementara tunggu adik tu pulih, tak memasal saya plak yang bertalu-talu di tanya tentang bam panas malaysia. Kagum habis dia dengan kehebatan bam panas yang boleh bangunkan orang pengsan jauh lebih laju dari ubat biasa. Dan paling tak tahan bila sister tu boleh plak pergi angkut bam panas tu merata-rata seluruh Emergency Department nak tunjuk dekat kawan-kawan sister yang lain dan juga doktor bertugas. Hoho. Lawak ok.  Pelik saya tengok dia duk demo dekat orang-orang arab lain guna bam panas tu ~ =p

Maka hari itu selain saya first time masuk emergency room Hospital Askari Mu'tah yang macam Hospital Askari Idoun di Irbid, tak sangka juga bam panas tradisional malaysia terkenal secara tiba-tiba di sana. Ni kalau jual kat sini, agak-agak boleh untung tak agaknya eh? hehe..~

Hebak lah bam Malaysia! Ni bangga nih =D

Next time nak bawak merata-rata lah, terutama time kena turun emergency room ke.. Mana tahu kot-kot boleh testing lagi kan. Eh tapi kena hati-hati kalau nak pakai dekat hospital sebab kalau pakai selalu pun kang kena marah dengan sister gak sebab dia takut bam ni irritative sangat agaknya. 

So lepas ni sapa-sapa kalau jadi Paramedik boleh cuba make sure wajib bawak bam panas sebagaimana wajib bawak spray muscle ke padang. Nampak macam nak pengsan je terus hala bam ke hidung. Insyallah boleh sedar balik dengan sangat cepat. Tapi kena pastikan emergency step yang cCAB tu kena buat dulu lah~  =)

Ok, that's all!

Sekian laporan cubaan menggunakan ubat tradisional menggantikan ubat moden. 

Kesimpulan : Nampak macam berjaya. Maka, bolehlah buat kajian seterusnya. ^^

Ma'assalamah~




5 comments

-hazen | April 12, 2012 at 8:42 AM

pergh, salute tuan dokter!

Ainul Arina Madhiah | April 12, 2012 at 8:48 AM

syafiq: mana ada doktor kat sini. student medik ada la.

Cidak | April 12, 2012 at 9:10 AM

saya cop dulu perniagaan bam panas dekat jordan. jangan sesape kacau.haha

Akhyar | April 12, 2012 at 8:47 PM

nasib baik xde syabab pengsan hari tu. kalo tak mati dah. kalo kena kes tu kat saya, dah kena tinggal kat tgh jln. haha.

Ainul Arina Madhiah | April 20, 2012 at 12:02 PM

amir sidiq:
sila-sila. nnti boleh KK jadi pembeli setia. hehe

zul:
owh, awak paramedik gak ke haritu? dapat tahu dek MMJ ni blacklist terus karang. haha

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images