Result Obsession Disorder

Assalamualaikum!


Alhamdulillah Rabu lepas dah habis exam Psikiatrik. Ini satu-satunya exam yang buat serentak OSCE dan Mini OSCE exam pada hari yang sama, yet antara satu-satunya exam dalam sejarah hidup saya yang rasanya paling happening. Kenapa happening? Sebab ini kali pertama jumpa rotation yang mostly semua doktornya (semua ye SEMUA) semua sangat supportive dan sempoi dalam exam OSCE dan mini OSCE. Sampai rasa balik exam nak terus sujud syukur banyak-banyak sebab happy sangat. Alhamdulillah... Markah belakang kira, insyallah kheir.

Hari-hari terakhir di dawam Psikiatrik di Irbid, saya lebih banyak berhadapan dengan patient yang bermasalah hati, bukan akal. Kebanyakan dari mereka sangat-sangat normal bila dipandang dari sisi luaran dan saya tidak pernah menyangka yang rupanya mereka sebenarnya sedang terbeban dengan masalah dalam diri yang sangat menekan. Kadang-kadang terasa seperti saya sedang berada dalam dunia kaunselor.

Antara yang saya ingat adalah seorang pesakit lelaki yang datang ke klinik kami dengan ibunya. Dia berusia 21 tahun. Sihat dan tiada apa yang abnormal. Cuma riak wajahnya sahaja seakan kelabu semacam. Usai bersapa-sapa, kami mulakan rutin biasa mengambil history daripadanya.

"Syu sor ma3ak?" (Apa masalah yang kau hadapi?)

Lalu dia bercerita. Mula-mula ok. Tenang. Tapi nampak macam takut-takut nak cerita yang betul. Lepas dipujuk dan diasak supaya senang kami memberi yang terbaik untuk masalahnya, akhirnya dia membuka rahsia. Bersungguh-sungguh dia bercerita sampai termenangis-nangis. Malah si ibu yang di sisi pun menangis sama, patah hati barangkali nampak anak jadi begini.



Dia depress. Amat-amat depress. Sampai pernah rasa nak bunuh diri. Rasa macam mati lagi baik dari hidup. Hanya semata-mata kerana DIA TAKUT GAGAL FINAL EXAM DAN TAK DAPAT GRAD.

Terkaku kami dengar. Iya lah, kami pun takut juga gagal exam tapi takdelah sampai nak mati. *gulp*

Obsesinya terhadap kesempurnaan sangat melebih-lebih. Dia mahukan segalanya perfect. Lantaran itu bila terasa pelajarannya makin susah apabila menghampiri fatrah akhir semester, dia mula tak keruan. Dia selalu membayangkan seandainya dia gagal dan seandainya masa depannya sangat gelap.

Bila kami selidiki sejarah hidupnya, rupanya obesi kesempurnaannya bukan sekadar ini. Dia memang cepat risau, sampai boleh kami katakan hingga ke tahap paranoid. Dia tak banyak berkawan. Kalau berkawan dengan kawan di universiti pun takdelah sampai keluar jalan-jalan sekali lepas sekolah. Lebih suka duduk rumah. Tak suka pergi tempat awam yang ramai orang dan cepat berprasangka dengan orang yang tidak dikenali. Semuanya bermula bila dia pindah ke Jordan yang dibenci.

Lagi kronik bila dia anak tunggal yang mana anak tunggal ni mostly problemnya selalu dapat apa yang dia nak. Maka bila dia tak dapat something, dia depress. Depress sejak kecil. Dan nampaknya tahap ke-depress-an sekarang makin teruk sampai teringin nak mati apa yang diingini takut tak tercapai.


Adeh la hai.. Kesiannya awak... Nasib baik datang klinik psikiatrik awal, at least kita boleh kasi ubat sikit untuk kurangkan depression selain nanti awak kena gak ikut session psychotherapy untuk kuatkan diri sendiri.

Patient yang lagi seorang seingat saya haritu juga lebih kurang begini. Depress teramat sebab apa yang dihajati tak kesampaian. Nak tahu apa yang dia nak? NAK KURUS. Ini lagi kronik sebab mungkin sebab lambat sedar yang psychology-nya dah terganggu, dia baru dihantar ke hospital sakit jiwa dalam keadaan dah mula berhalusinasi dan banyak kali cuba bunuh diri. Isk3.


Selain dari patient-patient yang depress kerana impian yang terlampau tinggi ini, saya juga banyak kali berhadapan dengan patient yang mempunyai masalah WAS-WAS. Was-was dalam banyak sangat benda. Nak kunci pintu ke belum, dah tutup gas ke belum, air wuduk sempurna ke belum dan macam-macam lagi. Tapi biasanya mereka yang was-was ini selalunya datang bila kehidupan dah makin terganggu dengan was-was yang dihadapi - dah tak boleh tidur lena sebab was-was sangat, dah tak lalu makan sebab was-was macam-macam dan sampai ada yang depress keraa was-was yang selalu berkeliaran dalam minda mereka.

Kasihan kan mereka semua ini? Bila jumpa mereka dan dengar kisah-kisah hidup mereka, saya rasa simpati sangat-sangat. Tak tahu macam mana nak nasihatkan selain dari procedur klinikal biasa. Bagi saya, rasanya kebanyakan masalah mereka ni adalah kerana terlalu mahukan kesempurnaan tanpa mengira batasan dan liimit diri sendiri (except yang was-was tu lah, tapi rasanya was-was tu pun kalau kena cara, insyallah boleh elak)

Tak salah untuk kita nak kan kesempurnaan dalan hidup. Tapi bila dah sampai terlalu tinggi dan terlalu merisaukan diri sendiri, benda tu sebenarnya sangat bahaya. Pertama sebab bila selalu sangat risaukan impian tu, kita jadi mempersoalkan diri sendiri. Lepas tu mulalah kita nak push diri sendiri over the limit. At the end, kalau tak berjaya mulalah masing-masing bermasalah. Badan bermasalah, hati bermasalah, kepala bermasalah, hidup bermasalah. Dan paling teruk bila dah tak tahan, mula terfikir mati lagi best.


Kalau kita sedar masalah yang kita tengah hadapi tu adalah masalah, ok lagi sebab boleh jumpa doktor cepat-cepat minta tolong. Tapi kalau jenis yang tak sedar diri tu bermasalah tu macam mana? Ha... Tu yang paling amat-amat bahaya.

Sebab itu antara treatment terbaik untuk orang-orang yang bermasalah obses dengan kesempurnaan ini adalah support sekeliling selain psiko-terapi dan ubat. Famili, kawan-kawan, dan orang-orang sekeliling kena main banyak peranan. Kalau perasan ada sesiapa yang berkeadaan macam ni, cepat-cepat bantu sebelum jadi lagi kronik. Tak kisah la bantu macam mana pun, yang penting kawal sebelum dia depress teruk.

Untuk diri kita sendiri (dan saya jugak), saya nasihatkan jangan terlampau push over the limit. Kenal keupayaan diri sendiri takat mana. Kalau ada masalah, sebaiknya jangan simpan sorang-sorang. Share. At least mungkin ada sesiapa yang ada cara yang lagi baik dari cara kita untuk mendapatkan benda yang kita nak tu. Serius, ni penting! Kalau asyik nak simpan sorang, memang tak dijamin hati boleh tahan lama.

Dan satu lagi yang saya rasakan sangat penting adalah jaga hubungan dengan Allah. Nak tak nak, kena juga cari keyakinan bahawa Allah boleh selamatkan kita dalam apa jua keadaan. Even bila gagal sekali, kena tanam dalam diri juga bahawa Insyallah Allah takkan sia-siakan kita dekat dunia ni. Lambat ke cepat ke yang penting kita kena selalu ingatkan hati kita bahawa Allah itu ada. Itu kekuatan hati yang paling utama.

Saya?

Saya pernah dengar tentang hidup pelajar perubatan khususnya yang sangat mencabar. (semua course stressful rasanya). Dan saya tahu kesahihannya bila dalam rotation psikiatrik dan family medicine, saya memang dihidangkan dengan kajian-kajian saintifik dan statistik pelajar perubatan adalah antara penghidap depression yang kronik. Dan lagi meyakinkan adalah apabila saya sendiri menemui kes pelajar perubatan terdekat yang depress dalam hidup.

Tapi bagi saya, setiap hari saya akan cuba kawal diri sendiri supaya jangan terlalu obses sampai depress. Bohongla kan kalau nak kata hidup pelajar medik adalah syurga. No. No. Tapi saya juga tak berapa setuju kalau nak kata hidup pelajar medik adalah neraka. Oh, tidak sama sekali!

Saya rasa keadaan hidup ni seronok atau tidak adalah terletak pada tangan kita. Kita yang tentukan sendiri. Kalau teruk mana pun hidup kita, bila hati kita selalu boleh bertahan dan yakin semuanya ok dan biasa insyallah yang teruk tu takkan rasa teruk mana. Yang penting, optimis! Itu yang saya selalu genggam. Dan seperti biasa, motto hidup saya "Put Your Trust In Allah". INsyallah, everything will going to be fine.  SMILE !=)


Mungkin juga saya patut bersyukur kerana dikurniakan insan-insan yang memahami. Truthfully, saya juga pernah melalui fasa 'I'm the best and I'm must be the best'. Tapi sejak masuk sekolah berasrama penuh bila tingkatan empat, semuanya hancur punah. Bila dikenangkan, yes saya pernah rasa saya worthless waktu itu. Study lah kuat mana pun, takkan berjaya juga dapat nombor satu. Memang depress.

Tapi waktu itu, saya bersyukur sangat-sangat bila mama dan abah selalu memahami. Abah memang dari dulu suka saya bersaing dalam pelajaran dan sejak kecil memang saya ditanamkan semangat untuk sentiasa 'be no 1'. Tapi sejak di SBP tu, saya perasan abah tak strict macam dulu. Abah selalu je juga still suruh jadi 'the best' tapi abah lebih tekankan untuk 'just do the best'. Resultnya selepas tu kita serahkan pada Allah, asalkan kita dah usaha sehabis yang kita mampu. Kalau teruk, usaha lagi lepas tu. Kalau bagus, alhamdulillah dan cuba kekalkan selain naikkan lagi kalau boleh. That's it. Enough for everyone.


Dan sejak itulah saya sendiri dah mula belajar kawal diri supaya jangan sampai terjatuh ke kawasan larangan 'depression sebab study'. Atau apa-apa je la impian dalam hidup. Jangan sampai depress bila nak fokus untuk dapatkan impian kita. Alhamdulillah, saya telah sampai ke saya ke sekarang. Dan I'm proud to say that alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan dengan baik. Ada benda yang saya dah berjaya dan ada benda juga yang saya masih gagal sampai sekarang, but I'm not going to let it ruined my life. Never.

Saya tak akan kata bahawa ini adalah contoh terbaik. Tapi saya selesa apabila masing-masing kita tahu bagaimana cara terbaik untuk menangani stress bagi diri masing-masing. Yang paling penting, saya cuma berharap agar tiada sesiapa di sekeliling saya yang bakal menjadi salah seorang pesakit depression kerana stress dalam hidupnya. Believe me, lebih baik belajar menghindarinya lebih awal daripada baru nak berubah bila dah terperangkap dalam jejaring depression yang menyesakkan.

Maka, tenang-tenanglah selalu ya...

 Allah s.w.t.  pesan:



“Hanya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang.”[Ar-Ra’d : 28]
“Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.”[Qaf : 16]

Ma'asalamah =)

p/s:
1. Irbid hujan lebat
2. Tetap nak keluar jugak main bola jaring sekarang. =p
3. Tengahari ni nak pergi belajar masak makanan Arab kat rumah orang Arab =D
4. Malam ni jadi hakim debat lagi ^^,
5. Tengahmalam ni ada projek bersama-sama skuad cintakan Allah. =)
6. Esok pagi ada bulatan gembira
7. Tengahari plak ada blablablablablabla ..*lupa*
8. Ahad dah masuk kelas baru. Maka marilah mencari bahagia waktu weekend! (^_^)Y









2 comments

kak mah | March 16, 2012 at 5:13 AM

Bila belajar mesti ada exam lepas tu dapat result...normal kehidupan ke arah masa depan cemerlang.

Ainul Arina Madhiah | March 18, 2012 at 1:19 PM

kan.. ^^

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images