Persatuan Tepati Masa


Assalamualaikum




" Pemikiran perlu kritis!
Jangan mengikut secara membabi buta!

 Kita perlu ada pendirian.yang terbina daripada 

pengkajian dan analisis!



Bukan sekadar ilmu yang diambil bulat2

 dari kitab dan kata2!


kerana kita mahasiswa! "

(Rumusan Dr Asri MAZA dalam forum WACANA PERDANA 2012, Irbid Jordan)

' Tercampak ana ' ~

Mendengar kesimpulan ex-produk Jordan (Dr Asri MAZA) berhujah atas pentas depan mata sekali siap berdas-das nasihat tajam untuk mahasiswa yang masih bahagia main game, macam bergempa bumi dah rasa dewan Kindi tu. 

Uuuu, mampukah anda/kami/saya meneruskan legasi Jordan yang akan menggegarkan Malaysia suatu hari nanti dengan pembaharuan yang lebih membawa kebaikan sejagat? 

*jangan berlagak Jordan bagus sangat ler kalau sendiri tak pandai get ready nak balik Malaysia*  T_T

Seharian tak balik rumah dengan Belle untuk ber-roti canai talk sementara tunggu waktu-waktu senggang antara wacana habis, maka akhirnya tertimbullah satu idea penting yang perlu kami buat di sebalik timbunan longgokan seribu satu input-input dari wacana yang telah dapat tadi.

Apa dia plan kami?

Sebagai pencerahan awal, mai nak habaq sikit latar belakang kisah ini...

Saya dan Belle adalah antara warga-warga Irbid Jordan yang dahulu nya sangat-sangat obsess dengan ketepatan masa (dulu saya tak tau Belle pun sama, baru tadi tau). Kami sanggup mai awal asalkan ada kat tempat program tepat! pada masa yang diberikan. 

Saya memang sedikit pantang diri sendiri kelam kabut terlambat pastu masuk time semua orang dah masuk dan jadi bahan tontonan umum masuk lambat sorang-sorang. Oh nehi! Sangat-sangat memalukan jiwa raga rasanya. Sejak kecik dari sekolah pun kalau terlambat datang, saya boleh nangis sorang-sorang secara automatik dengan sangat cepat semata-semata sebab sangat tak suka lambat. Benci. Benci. Benci. And I tend to be easily irritated kalau orang lambat. Dan secara tak langsung saya juga akan memastikan saya takkan lambat. 

Tapi rasanya ia sudah hampir jadi sejarah...

5 tahun duduk Jordan, macam tak terasa bahawa saya telah habis lalu satu proses transaksi menjadi seorang manusia yang sangat berbeza. Saya tak macam dulu. Sekarang saya suka datang lambat *habislah kalau Permai tahu*. Sebab saya naik menyampah bila saya datang awal sorang-sorang, ramai orang tak datang lagi, so saya kena melangut in case bila takde kawan or takde buku. 

Lagi menghangatkan badan bila pihak penganjur terpaksa tunggu gak. Oh mai! Itu sangat memanjakan orang yang bermasalah! Tapi tak boleh gak nak salahkan AJK sebab program selalunya memang akan spoil kalau takde orang ramai. Kenapa program takleh jadi macam kelas eh? Sapa lambat, tak leh masuk. Padan muka rugi duduk luar. Haaaa, baru ramai kecut perut nak lambat. AJK selalu buat cara insentif. Tapi tak menjadi gak. Tak tahu lah reinforcement mana yang boleh guna pakai. 

Jadi untuk elak mood hancus leburrrrr setiap kali datang awal, saya sudah flexible untuk datang lewat seperti mereka-mereka yang suka lewat juga. Saya punya tahap eh dah lewat! sekarang pun kadang-kadang bila sampai, program still belum start. Ish2, kronik~

So, tadi sembang-sembang ooooo baru tahu rupanya ramai lagi yang sama disorder dengan saya sekarang. Past history of obses-dengan-ketepatan-masa but now currently are among the lambat-people-without-any-reason-nor-usaha-nak-berawal-sebab-well-rilekslah-semua-orang-sure-lambat-punyalah~. 

But..Ooo,I'm not alone rupanya yang tersiksa sengsara terpaksa. Kalau gini, baik aku datang awal dengan mereka yang suka datang awal jugak. That's better kan? At least we understand each other. Boleh ngamuk sama-sama. Paling-paling boleh revise kalau dengan kawan sebatch. Nak  complain pun ada gang. hehe... 

Sheeshh... seriously sometimes I do hate this habit of mine now - Kaki Lambat!

So, our campaign today is - we are going to form this new gang called "PTM" (Persatuan Tepati Masa). Haha. Does it sound childish? =p Biarlah, yang penting kita sudah ada kesedaran untuk mengeluarkan diri sendiri dari lembah ke-taksedar-an diri yang kronik lagi merbahaya sebelum grad. 


(Dulu dekat sekolah we have this PBSM - Persatuan Balik Setiap Minggu dan juga PKM - Persatuan Kuat Makan. Unfortunately saya tak layak masuk kedua-dua group osem ini. >_< )

Ahli PTM sekarang dah dua orang! Saya dan Belle. Hoho. Perintis~ 

Lepas ni bila ada program, insyallah we will try to support each other to come betul-betul tepat pada masa. Kalau ada kami yang try nak buat perangai, hoho tunggu jelah masanya untuk kena hambat selumat-lumatnya daki-daki mentaliti tahap ketiga yang cuba nak berhabitat dalam diri. Saya bersedia!

Nak ajak orang, orang malas nak dengar kan? So, meh apply kat diri sendiri dulu. Then baru kita campaign ramai-ramai. Biar kalau boleh suatu hari nanti, DATANG LAMBAT adalah something yang sangat memalukan dan mengaibkan! Amin....~

Akhir kalam, bak kata Dr Asri "COME ON...LAH!". Tepati masa je pun. Bukan suruh pergi berperang. Ingat ya (khususnya buat diri saya sendiri)... Tak tepati masa adalah something yang akan dan bakal memalukan diri anda sendiri suatu hari nanti. 

Eh errr bukan tadi ada dah memalukan gak ke?  Ainul, don't you feel something bila penceramah nak datang lambat sebab kita lambat? Aiyoo, M.E.M.A.L.U.K.A.N~ Kalau doktor kaki lambat macam nih, for sure lepas ni boleh start kira dah berapa ramai pesakit kita yang akan mati sebelum kita sempat sampai. 

Sekian, tamat sesi membebel dalam I hate my bad personality mode

Mari berubah ya diri~ =)


p/s: Terasa emo plak entry nih. Eh, emo kat diri sendiri takpe. Emo kat orang lain bahaya. Peace! ^_^Y


8 comments

Cidak | March 24, 2012 at 4:52 PM

saya ingat kalau program yang saya conduct lepas ni, saya nak suruh sape2 yang lambat tekan tubi.

takpunn,takpayah masuk.

boleh ke? :)

nadya.wanie | March 24, 2012 at 5:46 PM

sokong2!! :D saya dulu pon agak tak suka untuk datang mana2 program lambat. dulu la. skrg sy pon dh berubah. dah suka lewat2. sebab. dok pikir kalau awal pon bukan ada org. program mesti xstart lagi. dush. penampar diri sendiri. terima kasih atas entry y sangat best! atleast ada ksedaran awal :D

Abdul Munir Sanusi | March 25, 2012 at 11:27 PM

Senum nipis :-)

Ainul Arina Madhiah | March 26, 2012 at 6:31 AM

amir:
haha. terpulang. kalau awak rasa benda tu akan berhasil dan takkan buat awak plak yang kena belasah, akak sokong je.

nadya:
kan?kan? isk3. tak boleh jadi nih. lepas ni kalau ada program, akak ketuk rumah awak tau. panggil, "Nadyaaaaa! pegi cepat!" haha... =p

senior munir:
=D

Nur Rashidah Muhamad | March 26, 2012 at 10:02 AM

time sy sekolah dulu (upper form la) , student2 sekolah sy boleh je tepati masa untuk ikuti sesuatu majlis...dan majlis berjalan mengikut perancangan...start ikot masa dan tamat ikot masa..
well..maybe sbb itu adalah sekolah, asrama, so, ada peraturan..but think of it, kalau nak ikotkan, kita MAHASISWA, bukan PELAJAR SEKOLAH yang perlu dihambat-hambat..sangat memalukan bila ditegur mcm tu..

Lily Riani | March 26, 2012 at 6:40 PM

jeng jeng jeng... silent reader nak komen. heheheh....

kat opis we all buat denda... RM50 if lambat. muahhaha... duit tuh buat beli breakfast tuk semuarang.

kat training, buat point system.... sbb whole training berhari2 tuh ada activities yang ber-point.

twitter : lilyriani
warning : semua travelholic kuat merapu dlm twitter, bertabah ler if follow we all... mmg pure nonsense kengkadang. ehheheh... but lawak at the same time.

Belle | March 27, 2012 at 8:36 AM

hoho. denda jd10 bagi yang 50 org yg paling lambat.
buat bayaq persegaran utk semua peserta.
hamek ko. tobat kot xnak dah jd lmbt.

Azizan Zolkipli | April 8, 2012 at 9:29 PM

sedari zaman kecik2 dulu saya dan adik beradik memang ditekankan pasal aspek ketepatan masa ni. masakan tidak, kalau abah kami kata nak balik kampung jam 0900 pagi, jam 0900 lah dia akan terus gerak. lambat, kena tinggal huhuhu ...

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images