A Week In Psychiatry Ward

1:19 PM 8 Comments A+ a-

Salam

Minggu ini adalah minggu pertama saya masuk kuliah Psikiatrik. Mengikut kisah rakan-rakan yang sudah menghabiskan rotation, katanya ini rotation paling rileks yet paling mencabar. Rileks sebab doktor tak malignant langsung dan mencabar sebab kena berhadapan dengan manusia kompleks yang semakin kompleks apabila pemikiran dan jiwa terlebih kompleks dari biasa.

Hari pertama:





Kami berempat semua perempuan pergi ambil history dengan seorang patient perempuan yang bilik 'biasa'. Masalah dia adalah depression. Tapi bercakap masya allah laju giler tak menyempat nak ambil break bila bercerita. Katanya semua berlaku bermula apabila anak perempuannya dia meninggal dilanggar lori dan dia rasa bersalah serta disalahkan juga oleh orang sekeliling kerana tertidur waktu tengahari dan tak perasan anak keluar rumah main (kejam ok orang sekeliling dia!). Kejap-kejap nangis, kejap-kejap happy sambil bercerita kepada kami. Saya? Oh, melangut sambil terccengang-cengag cuba nak faham cakap bahasa arab dia yang super laju

Hari pertama kami di cell kecil ini, sambil kami menemuduga dia sambil mata saya tak sudah-sudah mengerling pesakit-pesakit lain di luar. Ada yang rambut macam albert eistein sedang ke hulu-ke hilir dengan muka tegang, ada yang tengah merokok sambil menunggu tepi pintu sambil ketuk-ketuk nak masuk join sekali, ada yang berjalan tanpa riak tapi tangan nya macam tengah menaip-naip sesuatu. Haih...  >_<

Habis soal-jawab kami keluar dari wad. Berdebar rasa tunggu nurse amik kunci pintu sambil kami dikelilingi pesakit sakit jiwa yang lain. Tapi alhamdulillah nampak macam hari ni semua mood baik je.

Hari kedua:





Masuk wad bertentangan wad semalam. Auranya macam lagi aktif sedikit. Nurse kasi seorang pesakit yang paling stabil hari ini untuk disoal-jawab dengan kami dalam cell kecik di situ. Aduh, makcik ini lagi haru. Ayat slang habis bahasa kampung. Jangankan saya, budak-budak arab pun banyak kali jugak mintak dia ulang cerita bagi konfirm yang mereka dengar betul dan tepat. Pesakit kali ini pun macam agak aktif dan sedikit sihat berbanding yang lain.

Paling tak tahan bila dia suka melawak. Bila kami testing kasi teka-teki simple dekat dia, dia balas balik bagi kami beberapa teka-teki - kalau kami tak dapat jawab maksudnya kami pun sama je sakit dalam kepala macam diaorang. hehe. Adeh la makcik, nakal gak rupanya eh.

Dia sempat cerita pada kami tentang seorang pesakit mental Filipina yang kebetulan sentiasa berjalan + berlari mengelilingi bilik kecil kami ni dari awal kami datang sampai balik tak henti-henti dengan rambut yang hitam panjang mengerbang macam pontianak (takut okeh saya tengok!) - katanya pesakit warga asing macam dia itu selalu simpan kaca pecah untuk pertahanan diri kalau ada pesakit arab nak buli. Huiyo. Bahaya lah! *o*

Hari ni pesakit dekat sini  macam lebih pelik dari wad semalam. Ada yang berjubah berhood dengan sangat gangster jalan tiba-tiba datang tepi tingkap kami terus maki hamun keluar segala sambil ketuk tingkap tu. Terkejut tahu tiba-tiba ada orang sebelah muka (sebab kawan saya duduk sebelah tingkap). Ada gak yang dalam cuaca sejuk ya amat macam sekarang tiba-tiba dia pergi bukak jendela luar seluas-luasnya sampai jenuh nurse ulang-alik datang tutup sebab asal ditutup, dia datang bukak balik, orang tutup balik dia bukak balik. Ada yang tengah-tengah jalan tiba-tiba dia gelak sorang-sorang lepas tu bila pandang kami dia diam sambil tenung. Terus saya tak berani tengok luar dah kalau dia datang. Eiiiiiiiiiiiiiiii saya tak gemar la round ni! Serius selalu rasa terancam.


Tapi yang paling kami terkejut hari ini adalah makcik (pesakit kami yang kami interview) tadi sangat baik dan cool itu. Tiba-tiba waktu keluarga dia datang dan kakak dia masuk bilik kami untuk jumpa dia kejap, 2 minit lepas tu tetiba makcik tu jadi sangat-sangat agressive. Habis semua kusyen, tudung, kasut semua dia baling seganas-ganasnya kat kepala kakak dia sambil maki hamun. Depan-depan kami yang terkujat terkelu tergamam terdiam di situ sebab terkejut. Nasib baik kerusi dekat situ ada orang duduk, kalau tak maunya kerusi pun terbang jugak depan mata kami ke kepala kakak pesakit tu. Errr... Ganaihnya makcik.  X_X

Habis makcik ni mengamuk keluar terus lepas kami habis interview, masuk sorang pesakit seterusnya teringin nak berinteview dengan kami. Ok,layan je lah. Muda lagi budaknya, baru 20 tahun. Dia cerita betapa hidupnya sangat sedih menjadi mangsa fitnah ahli keluarganya yang kejam dan pelbagai lagi tohmahan dan tuduhan yang dilalui. Sedih juga dengar, rasanya antara semua orang dekat situ saya rasa dia paling yang nampak macam normal. Kalau bukan dia asyik duk ketuk-ketuk pintu kata nak masuk juga, mati-mati saya ingat dia pekerja/ nurse dekat hospital tu. Patient rupanya. @)_@)

Tapi sekali bila kami keluar jumpa rakan yang lain, rupanya mereka kata yang muda remaja penuh masalah kena fitnah dengan keluarga itu patient mereka semalam. Dan semalam mereka sempat bertemu keluarga dia dan rupa-rupanya semua cerita pesakit itu adalah bertentangan dengan realiti sebenar. Ces! Menipu rupanya engkau! Konon dia dituduh memukul anak saudara oleh kakaknya, rupanya memang dia pukul betul-betul pun lepas tu buat-buat tak mengaku dan sebagainya. Haih. Pening kepala saya. Siapa nak percaya nih? Pesakit ke keluarga? Tension2. Ni malas amik history orang sakit jiwa nih - tak boleh pakai sangat. T_T

Hari ketiga:

Diajak masuk ke wad skizophrenia kronik oleh kawan-kawan arab. Kali ini kami berlima - 1 lelaki dan 4 perempuan. Masuk je pintu terus di sapa dengan pesakit-pesakit yang lebih dasyat dari yang pernah saya jumpa sebelumnya.yang ada di situ.kebetulan mereka semua tengah nak minum pagi. Seperti biasa saya memang akan berdiri di tengah-tengah antara celahan kawan-kawan arab untuk elak bersentuh atau kena sentuh dengan pesakit dekat situ. Takutttt! >_<

Tapi pagi ni ada seorang makcik itu terus tepuk-tepuk bahu kawan lelaki arab saya sampai bersembang mesra macam kenal lama. Rupa-rupanya makcik itu tengah berhalusinasi kawan lelaki saya tu anak dia dan kami semua 4 pelajar perempuan ini semua adalah 4 bini-bini 'anak lelaki' nya itu. Ha???? *pengsan lepas gelak guling-guling*


Adeh, wad yang ini yang super dasyat antara 3 wad yang saya dah pergi. Melolong meraung semua ada bergema sekarang secara full volume. Kebetulan ada seorang pesakit tengah didenda di bilik detention yang bergrill macam penjara. Dia teramat sangatlah agressive dengan goncangan grill yang super gegar dan suara yang super kuat sampai kami sendiri kena cakap kuat-kuat anatara kami untuk kalahkan suara dia yang sangat lantang. ~_~

Seperti biasa nurse beri seorang patient yang agak stabil untuk di ambil history. Skizo sejak kecik kalau tak silap. Selalu dengar suara aneh-aneh, nampak aneh-aneh dan selalu kena sawan. Kisah-kisah lain saya tak sure sebab saya malas ambil port hari ini  sebab - terlampau bising, patient dekat luar terlampau pelik dan horror untuk ditenung, saya duduk paling jauh dari patient dan hari ini ada 7 orang student masuk sekali dalam bilik sempit ni. So, hari ini mood saya malas. Orang amik history, saya main sudoku. Hehe.

Dipendekkan cerita, disebabkan hari ini wad ini kronik agaknya, pintu bilik kami macam nak pecah kena ketuk. Semua nak masuk dan yang paling degil tak nak dengar kata (kami kata nanti kami panggil lain, so jangan kacau sekarang) adalah makcik yang kata kami semua bini kawan arab lelaki kami tadi. Sanggup tu ketuk banyak kali, kacau banyak kali, dalam tempoh masa hampir setengah jam sebab nak masuk juga.

Asalnya semua orang malas nak layan. Tapi lama-kelamaan makcik tu buat cara ugutan. Mula-mula dia ugut kata dia ketua kami so kalau kami tak kasi masuk nanti dia kasi kami fail (huh?). Bila tak berkesan dia kata plak dia ketua nurse so kalau kami tak kasi masuk nanti dia report dengan doktor kami yang kami ni jahat (apekah?). Dan bila tak jalan gak, tiba-tiba dia kata kalau kami tak kasi masuk, nanti dia nak amik pisau tikam kami (ha?). Ok. time ni kawan perempuan arab saya yang paling dekat dengan pintu tu dah rasa semacam. Tak leh jadi makcik nih. Serius nih. Then waktu ini semua orang dah mula terdiam. Masing-masing dah mula takut. Nak kasi ke tak makcik ni masuk sebab dalam ni dah ada sorang patient dah.  !_!*

Dalam 10 minit semua terdiam tak tahu nak respond apa, tiba-tiba makcik tu menangis mengongoi depan pintu sebab semua cara dia tak jalan nak minta masuk bilik kami. Plak dahhhhh.....aduh  Haih.. (tapi comel giler dia nangis! Macam budak kecik plak gaya dia jadi. Hehe =p ). Maka sebab kesian lalu sorang kawan saya yang perempuan pun bukak la pintu dan try pujuk dia dan yakinkan dia yang kami akan panggil dia lepas kami habis interview pesakit pertama nih. Jenuh ok nak pujuk sebab dia kata student selalu tipu sebab habis pesakit pertama punya interview terus semua keluar. Hahaha pandai gak tu nak melawan! Lega akhirnya dia ikut cakap juga selepas jenuh kawan saya memujuk macam cikgu tadika. Itu pun sebab pesakit pertama tadi tu katanya kawan baik makcik nih dekat hospital nih. Eh?

Habis dua-dua kami interview, kami pun pergi la tengok fail dia. Persepsi awal kami dua pesakit tadi macam ok je, takdelah ganas sangat. Sekali rupanya bila tengok fail, dua-dua adalah pesakit yang sangat hostile. Tapi kan ada satu benda tau yang lawak : kan tadi katanya patient first (A) dengan patient second (B)tu kawan baik dalam wad nih? Dalam fail masing-masing tu penuh sangat dengan laporan hari ni A belasah B. Esok B belasah A. Tak lama lepas tu saling membelasah lagi antara dua mereka. Eh, ni ke definisi kawan dekat sini? Aigoo.. @_@

Kesimpulan lepas 3 hari 


1. Saya tak masuk dengan psikiatrik

Seriously, setiap hari saya datang dengan kegusaran dan saya balik dengan kelegaan. Mungkin sebab tak pernah handle atau jumpa orang sakit mental secara dekat-dekat kecuali kenangan hampir kena kejar dengan pakcik India gila rambut bob marley yang selalu seret guni sambil gantung tin air dengan baju dia kat sekolah agama yang datang hari-hari dulu, maka saya sangat takut dan cuak nak jumpa orang sakit jiwa. Kalau yang obviously nampak sakit jiwa takpe lagi tapi kalau yang muka normal sekali rupanya ganas yang amat haaa yang itu saya takut. They are all unpredictable. Kejap OK, kejap KO. Dan tentunya lah saya kena sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan. Penat lah asyik nak suspicious dengan orang sekeliling dalan wad. I don't really like the feeling. Takut-takut kang saya plak yang sakit jiwa sebab selalu tension jumpa orang sakit jiwa. Hehe

2. Saya bersyukur sangat dengan nikmat akal dan kekuatan yang Allah beri

 Doctor selalu cakap "Depression is treatable but it is UNPREVENTABLE"  Manusia cukup mudah nak tersungkur tak bangun-bangun lepas diuji dengan dugaan yang amat berat bagi dia kalau takde kekuatan yang kuat untuk support dia meneruskan kehidupan. Malah ada yang kadang-kadang tu tiba-tiba je dia mula berhalusinasi, berdelusi dan berilusi. Semuanya jadi dalam sekelip mata, tiba-tiba dan berlarutan sampai jadi teruk dan tak tahan lalu terus sakit mental dan jiwa.

Saya pernah membayangkan na3uzubillah kalau di masa depan nanti ada di sekeliling saya yang terkena penyakit ini. Who knows? Entah-entah mungkin kita pun boleh kena juga. Dari sihat-sihat tetiba terus hilang akal tak semena-mena. Ya rabb. Tak terbayang rasanya siksa sakit mental dan jiwa. Yang jadi pesakit menderita, yang orang nak menjaga pun boleh tahan hebat cabarannya. Tak tertanggung rasanya kalau saya. Na3uzubillah, moga dijauhkan semua kita dari ujian seperti ini.

Akal seriously sangat kompleks! Dan subhanallah untuk Pencipta Akal yang maha hebat. Bayangkan bagaimana Allah jadikan kita berakal dan sempurna pemikiran dan jiwa untuk menjadi seorang manusia yang sihat dan tak sakit mental. Dan betapa hebatnya akal yang mampu menjadikan manusia berubah 100% personalitinya apabila akal jadi hilang dan manusia jadi sakit jiwa, sakit mental dan gila. Sangat-sangat ajaib!

3. Kesian sangat dengan orang-orang sakit mental dan sakit jiwa

Setiap hari bila saya jumpa orang sakit mental, saya selalu tertanya-tanya dulu sebelum diaorang semua ni kena sakit jiwa nih, mesti diaorang tak predict akan jadi macam ni kan? Mana ada orang nak jadi gila ye tak? Semua orang mengimpikan nak hidup bahagia sampai akhir hayat.

Ada setengah pesakit sedar apa penyakit dia manakala ada gak yang tak sedar. Tapi saya yakin bila attack tu datang, none of them sedar apa yang jadi pada diri diaorang. Seolahnya macam diaorang takde kuasa langsung nak kawal diri sendiri. Mesti rasa helpless kan? Patutlah Allah kasi orang gila catatan amalannya akan terhenti seketika sampailah dia kembali ok.So, kalau dia buat hal pun kita tak boleh nak salahkan dia sebab dia memang hilang akal dah pun. Nak tak nak kena sentiasa sabar je lah dan usaha untuk pulihkan dia. Kalau yang jenis buat hal sampai agressive tu pun tak tau la nak anggap macam mana. Nak marah pun, diaorang bukannya boleh beza betul ke tak kalau tengah tak sedar.

Saya tabik spring dengan doktor-doktor dengan staff-staff dekat sini terutama dengan nurse-nurse yang steady je duduk keliling pesakit mental dan sakit jiwa nih setiap hari dengan sangat cool dan sabar. Saya yang sekejap pun boleh rasa macam nak sakit jiwa jugak lama-lama bila duduk dengan orang sakit jiwa, mereka yang dah biasa ni agaknya macam mana la berlatih nak kuatkan diri ya? Mesti banyak pahala mereka dapat dengan pekerjaan mencabar macam nih. Kuat sungguh diri dalaman mereka.



4. Keluarga sangat penting dalam menentukan dalaman diri kita 

Dari 3 hari ini mostly saya lihat keluarga adalah faktor paling banyak yang menjadi punca pesakit ni semua jadi dapat masalah mental. Tak ramai pesakit mental datang dari keluarga yang betul-betul bagus dan supportive. Kecualilah kalau dia dapat mental retardation dari sebab-sebab yang organic atau idiopathic (tanpa sebab)

Kebiasaanya adalah keluarga kucar-kacir, mangsa penceraian, abuse, dan macam-macam lagi lah. Tambah-tambah kalau tak dapat sokongan yang mencukupi bila dilanda dengan masalah yang berat. Cukup cepat nak jadi depression dan sebagainya.

Mendengarkan kisah-kisah dari pesakit-pesakit selalu buat saya terkenang pada diri sendiri. Keluarga misalannya. Mama saya pun pernah kehilangan anak juga (macam patient yang first tadi) tapi alhamdulillah Allah kasi kekuatan pada mama saya dan kami sekeluarga untuk meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa sebarang masalah jiwa yang kronik insyallah. Subhanallah maha suci Allah yang memegang hati-hati manusia.   Syukur alhamdulillah atas nikmat keluarga harmoni yang kita dapat sekarang ini berbanding mereka yang kurang bernasib baik.

Subhanallah juga untuk Allah yang mengaturkan perjalanan hidup kita. Siapa keluarga kita, siapa orang sekeliling kita semua Allah dah aturkan yang cantik dan terbaik untuk kita. Pernah sekali kami bersembang apakah nasib yang akan terjadi kalau tiba-tiba terkawin dengan orang yang sakit jiwa ke atau keluarga kita memang ter-ada genetik sakit jiwa ke.. Ya lah kita mana tahu, simptom semua boleh jadi develop lambat. Ish, Ya rabb, mohon dijauhkan, amin! Insyallah saya yakin Allah tahu mana yang terbagus untuk kita... *cuak plak fikir*

Hurm......


Pendek kata, psikiatrik ni memang sangat menarik sebenarnya. Kita belajar one side of human yang sangat awesome. Cumanya banyak juga lah cabaran yang sentiasa ada nak betul-betul masuk ke bidang ni. Se-fragile-fragile patient biasa yang sekadar sakit jasmani, fragile lagi patient yang turut sakit rohani dan hati. Siap berlapis-lapis lagi kedalaman yang kita kena capai. Boleh buat muhasabah hari-hari bila kita cermin diri kita melalui pantulan pesakit-pesakit mental yang ada di sini.

Apa-apa pun harapnya semoga rotation kali ni saya dapat lalui dengan berjaya sampai habis.  Doakan ya
Dan semoga rotation ini juga menjadi salah satu pengajaran hidup manusia yang Allah kirimkan supaya kita belajar lebih pandai mengawal diri dan emosi.

Jumpa lagi!



8 comments

Write comments
Biqque
AUTHOR
February 22, 2012 at 6:12 PM delete

ainul, tx for sharing. i always wanted to hear first hand info dari doktor kalau dalam bab wad gila. my kexen penah cite, ada yg mengadap dinding, ada yang menangis, jerit, tapi sume tu golongan professional macam arkitek, lawyer, doctor dsb.

i suka dengar cite orang gile. sbb diorang cite dari kotak pemikiran yang tak waras, so macam2 benda yg bleh kita dpt.

cite la lagiiiiiii :D

p/s: saya tak gile. (orang gile tak ngaku dia gile kan? kan?)

Reply
avatar
mahfudz
AUTHOR
February 23, 2012 at 11:14 AM delete

best2x...nak sharing boleh..dalam fb...

Reply
avatar
Anash
AUTHOR
February 23, 2012 at 9:47 PM delete

ainul,
good info
tak pernah dengar cerita gini yang detail from a doctor-to-be
..
akak dok ternganga molot dari baca awal sampai akhir entry nih, siap bayangkan citer 'silence of the lamb'..giler scary ok...

nasib la akak tak jadi dokte...
hehe

Reply
avatar
Aswadsky
AUTHOR
February 26, 2012 at 3:56 AM delete

Akak, best la akak cite! really interesting... and a great lesson learnt here!

Reply
avatar
March 1, 2012 at 7:30 PM delete

kalau sebelum ni saya baca pasal kisah travelling, tapi kali ni ada pasal pemilihah kerjaya pulak ekk.

perasaan bercampur aduk bila baca entry ni, kelakar+ngeri+seram+teruja dan entah apa2 lagi.

sedikit sebanyak, tahulah saya apa skop kerja dalam unit psikiatri ni. terima kasih atas perkongsian ( :

Reply
avatar
Macedonia
AUTHOR
March 8, 2012 at 7:47 PM delete

akak, nanti sambung cerita lagi tau ^_^.

Reply
avatar
March 18, 2012 at 1:22 PM delete

kak biqque:
tu yang gila kronik gak. tapi sebelum ramai je yang educated tinggi2. unpredictable gak la..

mahfudz:
sila2

kak anasah:
nasib baik tak jadi dr psikiatrik je.. doktor bukan psikiatrik lain bidang takpe. ^^

Reply
avatar
March 18, 2012 at 1:24 PM delete

nafeesa:
alhamdulillah~ ^^

pakcik azizan:
sama2~ ^^

macedonia:
insyallah~

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *