Benci Doktor Dekat Klinik?

Assalamualaikum

1) Semalam baru habis exam Mini OSCE Family Medicine semalam. Khamis ni  OSCE Family Medicine plak. Ni la subjek yang paling rasa sangat 'awesome' sebab sangat general, sangat luas, sangat common, sangat semua benda-kau-wajib-tahu-dari-1st year-sampai-5th year. 1000 in 1. Confirm not in my list untuk masa depan. (except kalau tiba-tiba nak jadi GP. Wallahualam) Hari-hari pergi kelas Family Medicine mesti rasa errrrr I'm stupid? .. eh silap, I'm not good enough.   *study! study!*


2) Family Medicine ni lebih kurang macam jadi General Practitioner (GP). Based in Clinic. So, hari-hari round, mesti duduk sebelah doktor dekat klinik tengok dan perhati patient-patient yang datang jumpa doktor dekat klinik. Dekat Jordan, Klinik = Markas Sihhi (Pusat Kesihatan)

Back to the Topic:  Benci Doktor Dekat Klinik? 


pernah ada sesiapa cakap:

Aku menyampah pergi klinik. 
Masuk bukan doktor nak check betul-betul. 
Tanya sikit-sikit, tengok sikit-sikit
Dah, siap! Tulis ubat. 
Pastu bye-bye boleh keluar~
Huh, buang masa!

3 tahun lepas, sejarah telah mencatatkan dalam banyak-banyak tempat dekat Jordan, Markas Sihi la tempat paling sumpah kalau boleh elak memang saya takkan datang. Service masya-Allah! Setiap kali datang dengan harapan, PASTI pulang dengan tangisan dan darah tinggi. Dengan Prosedur yang punyalah banyak tingkatan, Fail yang tak keluar, nama yang tak dipanggil-panggil sampai dekat 5 jam, doktor/nurses malas cakap English blablablabla and the list goes on.  Dan yang paling horror bila diingat bila balik adalah pernah sekali tu Dr 3udai (kalau tak silap) pernah jadi saya punya mangsa 'kemarahan yang tidak tertanggung' sebab terlampau tension dengan markas sihi. >_<  First time seumur hidup mem'belasah' doktor. Huhu, ampun Doc! Nasib baik dia tak kenal.Kalau tak jenuh malu nak jumpa bila pergi klinik nak study macam sekarang. =p

Tapi sekarang, markas sihi dah sangattttt- sangatttt lain. Dengan sistem komputer yang dah siap semua connection bilik ke bilik dari pendaftaran ke nurse ke doktor ke farmasi dengan screen TV yang jelas trang tang tang boleh check nama, fail, semua ada kat mana, pesakit insyallah boleh tenang menunggu dekat ruang menunggu tu.  Apa-apa problem yang nampak kat screen tu, boleh terus tanya ke nurse awal-awal. Tak payah dah tunggu 5-6 jam, then baru tahu nama tak keluar dalam komputer nurse. Fuh, lega~
(Kalau tak puas hati pun boleh terus tanya on the spot, in ENGLISH. Insyallah semua staff situ faham.)

Doktor-doktor pun saya perasan macam lain sikit. Sekarang sangat-sangat jauh beza, sangat-sangat lebih baik. Tak tahu la kalau sebab bila saya sendiri makin lama duduk sini, maka tahap keberanian nak tanya lebih-lebih makin tinggi. Tapi apa yang saya boleh kata, markas sihi dah makin bagus!

Cuma, dalam bab feeling macam doktor check endah tak endah tu, lepas saya masuk course family medicine baru saya faham rupanya kenapa. Bukan endah tak endah yang doktor tu buat, tapi itu memang guidelines untuk Family Medicine. Kita tak boleh mengharap sekali datang sebab sakit perut, Doktor kat klinik boleh confirmkan secara tepat lagi on the spot bahawa semua risiko penyakit-penyakit merbahaya seperti kanser konfirm takde. No. No.


Dalam Family Medicine, you have to play with time. Itu motto dia. Kenapa? Sebab secara keperluan dan kebaikan untuk ummat sejagat, pertama sekali yang kena ada dalam kepala di klinik adalah benda COMMON. Kecuali lah kalau dah automatik kita datang tu dengan tanda-tanda luar biasa yang sangat merbahaya. Then itu baru kita buat referal yang urgent. Selagi tak ada tanda-tanda merbahaya tu, selagi tu kita kena yakin bahawa itu adalah benda biasa. Sebab tu juga bila rawatan awal gagal, datang balik jumpa doktor yang sama ( dan janganlah terus nak salahkan doktor tu tak reti jadi doktor) supaya kita boleh tahu diagnosis pertama yang biasa adalah sudah tak boleh pakai dan boleh sambung ke siasatan yang lebih mendalam.

Plus, doktor cakap 'awak nak ke kalau awak(student umur 22 tahun) baru datang first time sebab najis berdarah, terus doktor kat klinik suruh buat colonoscopy sebab nak ruled out cancer?' Aish, tak logik ok. Except la kalau kita memang berisiko tinggi untuk kanser colon. Kalau buat gak macam tu and at the end resultnya setakat buasir atau luka sikit, doktor konfirm lepas ni mesti ada yang trauma nak datang klinik sebab kena macam tu. Sebab itu " This is Community, not Surgery "~  kesimpulannya, guide line family medicine lain and surgery lain. So kena ikut guideline tu.

Maka, mulai saat itulah saya dah mula kikis tanggapan lama yang doktor family medicine ni adalah doktor yang mostly goyang kaki dan suka kasi diagnosis benda paling simple. No.No. They did the right things. And they follow the right guidelines. Cumanya masyarakat memang selalu beranggapan yang kalau sekali datang tapi tetap tak sembuh maksudnya doktor tu teruk. Yes, I was one of them too unfortunately. Haish! Kot ye pun ada, takkanlah semua doktor macam tu. 6-7 tahun kot diaorang kena hambat study sungguh-sungguh kalau tak mau gagal dalam pelajaran. It is very unlikely and the risk are very odd. Insyallah.

Sekarang, serius rasa tabik dengan doktor-doktor klinik. Hebat gak diaorang rupanya. Tapi yang paling hebat adalah dari sudut macam mana diaorang handle patient di tahap yang paling primer. Susah owh! Nak sentiasa follow-up patient kronik satu hal. Nak meyakinkan pesakit-pesakit biasa yang diaorang sakit simple satu hal. Apatah lagi kalau jumpa pesakit-pesakit kategori sangat-susah-nak-dikontrol seperti pesakit pura-pura sakit, pesakit penagih ubat, pesakit sakit jiwa yang orang belum tahu dia sakit jiwa dan lain-lain lagi. Dan yang paling canggih sekarang, patient semua dah google siap-siap pasal komplen sakit diaorang sebelum jumpa doktor. Kalau doktor tak kasi good first impression, siap~! confirm lepas ni takkan datang situ dan ada yang boleh sampai "I see you in court" tahu.. Isk3..


Sungguh, Saya impress lah dengan ketabahan doktor Family Medicine~

Doktor-doktor dekat sini selalu pesan " Be a good human. Not just a doctor "
Tak kisah la teruk mana pun patient tu, cakap baik-baik dengan dia. Layan baik-baik....

~ There is no patient worst than Firaun and there is no doctor better than Musa ~ (Dr Musa Omari)

yet Allah still suruh Nabi Musa cakap elok-elok, lembut-lembut dulu dengan Firaun sebelum masuk bab tunjuk mukjizat. See? See? Nabi Musa pun macam ni, takkan doktor nak over kan?

Tapi doktor pun manusia biasa gak. Maka bila doktor itu mengaku "Maaf, saya kurang pasti" atau bila anda melihat seorang doktor google pasal info penyakit anda (in case penyakit anda agak lain dari biasa), janganlah kasi hukuman terus. Doktor bukan Tuhan. Doktor pun sedang berusaha gak. They are trying to do their best. Susah sebenarnya tahu nak sentiasa up to date dengan peredaran dunia saintifik medik yang sentiasa berubah dan bercambah every 5 minutes~ Benda-benda yang doktor belajar selama ni boleh jadi 10 years later, everything are rubbish. So, sama-sama toleransi antara doktor dan patient, ok?

Tapi still lah, saya tahu ada ada certain doktor yang lingkup gak. Normal la jugak tu. Dalam setandan kelapa, tak semuanya baik. Yer.Yer. Saya tahu. Dan saya juga selalu berdoa supaya semua doktor termasuk bakal doktor macam saya takkan jadi seperti tu. Aminnnnnn~

Yang penting, sekarang bila dah masuk sendiri dunia Family Medicine, baru saya tahu suasana sebenar mereka macam mana. Luaran memang nampak boring, bosan dan dull. Tapi realitinya, ia macam iceberg je yang kita nampak. Tough juga sebenarnya nak masuk Family Medicine nih. As a student pun dah boleh rasa macam  - "Allah hai, aku belajar topic lain dalam seminar Family Medicine, topik lain plak yang keluar exam" sambil mengenang kesilapan apesal la aku ingat subjek Internal Medicine+ Paedi + Surgery last year sampai lepas final exam je. Ces.- Sangat la amat luas dan amat general yet spesific juga.  But It's Cool ~

So, no more " I hate Clinic Doctor "  specially in Jordan. I love them now! =D

Tambah-tambah lagi suka bila sekarang doktor dah cam kita, kalau kita masuk klinik as patient, doktor suruh tulis sendiri semua benda dalam fail sendirian berhad. Sambil tu dia tebuk-tebuk sekali tanya soalan exam (eh ni kureng suka sket bab nih). Alasan: Berlatih jadi doktor. Huahua. =)

Thanks Doc~
Terima kasih ajarkan saya tentang asam garam doktor komuniti dan klinik-klinik biasa.
Dunia klinik dan dunia hospital memang sangat jauh beza.
Terima kasih juga sebab bantu saya jadi anggota masyarakat yang lebih terbuka

Love it.




3) Okay done. Saya kena sambung study group. Cuak nak exam. Doakan saya dan kawan-kawan yang lain!

4) Hujung minggu ni ada 'Hari Sukan Irbid'. Yezza, I miss the ball!

5) Hari ni Kak Wan Hanis (senior tahun 6) masuk OT untuk C-S. Semoga dua-dua ibu dan anak selamat. Amin.......~ update: dah lahir! mabruk~

Jumpa lagi!

2 comments

syah | February 14, 2012 at 5:19 AM

budak arab cakap markaz sihi JUST tu adalah lebih baik dari hospital besar mantiqah zarqa'.

haha

kak mah | February 14, 2012 at 5:33 AM

Hidup memang perlu selalu belajar walau pun bukan melalui buku.

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images