Aqsa dalam Ingatan

Assalamualaikum

Antara salah satu perkara yang paling menyedihkan dalam hidup para pelajar klinikal Jordan adalah ke-tidak-wujudan sesuatu yang dinamakan CUTI WINTER selama 3 tahun (sepanjang klinikal).

Maka pada saat ketika mana semua pelajar lain bertebaran keluar berjalan-jalan di luar dan dalam Jordan dan ketika mana kebanyakan status facebook mula mengeluarkan gambar-gambar berlatar-belakangkan travel masing-masing, maka pada waktu itulah pelajar-pelajar klinikal dilatih menjadi penuh macho dan cool untuk tetap setia ke hospital masing-masing menadah ilmu dan berjumpa pesakit. Latihan untuk bakal kesuntukan cuti di Malaysia jugak agaknya. Biasalah, JUST kan Spartan...

Tapi minggu lepas peperiksaan Obstetric and Gynaecology saya dijalankan pada hari Isnin dan Selasa. Maka Rabu, Khamis, Jumaat, dan Sabtu seterusnya adalah cuti! sebelum kelas rotation baru bermula semula pada hari Ahad seterusnya.

Sebulan sebelum exam tu, saya dah terfikir-fikir apa ya nak isi dengan cuti empat hari tu. Kebarangkalian paling best kalau nak travel pun adalah sekitar Jordan sahaja sebab cuti hanya empat hari. Mesir dan Syria terkecuali. Tak boleh pergi sana sebab tengah huru-hara lagi. Kawan pun tak kasi datang. Hurm.. nak pergi mana eh?

Dan tiba-tiba waktu tu lah ada satu iklan keluar tentang travel ke Aqsa...!



Waaaaaaaaaaaaaaaaa !


Tempting sangat dah tu iklan tu. Dah la murah. 250JD (dalam lingkungan RM1000 je). Aish. Nak ke tak? Nak ke tak? Nak ke tak? Macam best je nih. Kebetulan haritu ada seorang kawan dah dapat ke sana, tapi dia travel dari Malaysia. Dengar cerita dia macam sangat best, ni yang nak pergi nih kalau ngam2 exam habis  sebelum tu.


Langkah pertama adalah tanya famili dulu lepas dah dapatkan gambaran awal tentang perjalanan tu dari pihak agensi. Mama dengan abah kasi green light dengan syarat kena konfirmkan dulu betul-betulllllllll yang tempat nak pergi tu selamat dan sebagainya. 


Next, kena konfirmkan exam. Tapi yang ini problem sikit waktu tu sebab JUST suka kasi jadual lambat-lambat. Kita tawakkal je lah.


Dipendekkan cerita lepas tu ada beberapa lagi agensi yang buka tawaran travel ke Aqsa juga di sini. Wah, kenapa semua orang beria-ia ni nak ke Aqsa tahun nih? Ni first time dekat sini ada orang buat promosi ke sana. Sebelum ni tak pernah ada pun lagi. Maka, kecohlah seketika bumi Jordan mengenai hal-hal ziarah Aqsa. Ada yang membenarkan dan ada juga yang tidak menggalakkan. 


Seperti biasa, perbincangan ilmiah seperti ini akan dibawa ke Facebook OpenTalk Permai. Ini salah satu medium yang saya paling suka untuk nak tahu tentang isu semasa di sini (Irbid) mahupun di seluruh dunia yang mana melalui OpenTalk ni semua orang boleh berbincang sesama sendiri dan bertukar-tukar pandangan mengenai sesuatu benda tak kira student sains mahupun student agama. 


Dalam lebih masa lebih kurang seminggu tu lah, saya baca habis-habisan dan kaji sedalam mana yang boleh. Kemudian untuk keyakinan yang lagi dalam, saya serbu orang-orang yang lebih arif bab-bab ni secara face-to-face. Dah dapat semua pandangan, akhir keputusan saya disarankan timbang sendiri untuk diri sendiri. Nak pergi ok, tak pergi pun ok. Masing-masing ada pro dan kontra-nya.


Saya ringkaskan :


Hujah harus:
1. Qias kepada ziarah Mekah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang mana Mekah ketika itu berada di bawah penguasaan Musyrikin Quraisy.
2. Ziarah boleh membantu rakyat Palestin dengan memberikan sokongan material dan moral
3. Perkongsian isu Palestin, khususnya isu al-Quds.
4. Ziarah sama sekali tidak bermakna mengiktiraf Negara Yahudi. 
5. Qias kepada rakyat Palestin yang berada di dalam Palestin itu sendiri, di mana mereka masuk dan keluar al-Quds di bawah pengawasan Israel. 
6. Meraih pahala yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabda baginda yang bermaksud: “Jangan kamu bersusah payah bermusafir kecuali untuk mengunjungi tiga masjid; Masjid aku ini, Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa.” At-Tirmizi.

Hujah haram:
1. Sesungguhnya Allah Ta’ala melarang kita bekerjasan dengan musuh dan menolong mereka. Allah berfirman maksudnya: “… dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan…” (Al-Maidah:2). Masuk ke dalam al-Quds dan Masjid al-Aqsa dengan mengambil visa daripada mereka bererti kita menolong Yahudi.
2. Sesungguhnya mengiktiraf rejim Yahudi adalah haram sebagaimana diputuskan oleh jumhur ulamak. Mengambil visa daripada mereka bererti kita memperakui kewujudan dan keabsahan kedutaan mereka.
3. Palestin kini sedang dijajah. Kewajipan kita adalah membebaskan dan membersihkannya dari penjajahan. Sekiranya kita tidak mampu membebaskannya, maka lebih utama kita memboikot pihak yang menjajahnya, bukan dengan cara kita masuk ke dalam kedutaan mereka dan meminta izin daripada mereka untuk masuk, kemudian mereka yang menentukan sama ada kita boleh masuk atau tidak. 
4. Masuk ke dalam keduataan Israel kemudian ke bumi Palestin menjadikan itu satu kebiasaan yang akan menjadikan orang berasa tidak salah lagi Yahudi menjajah bumi itu.



Ringkasan dan syarahan tentang isu ni antaranya boleh dibaca di blog ustazah ini..)


Uish, macam sama kuat je dua-dua nih. Nak pilih mana satu eh kalau untuk diri saya sebagai orang yang tidak ahli bab ini? *Pening nak fikir*


Seseorang pernah berkata kepada saya supaya tengok ayat ini:


 “Sekiranya bertembung antara kemudaratan dan kebaikan, utamakan dengan mengelakkan kemudaratan. Sekiranya kemudaratan lebih besar daripada kebaikan, kita perlu menolak kemudaratan dan tidak perlu peduli dengan hilangnya kebaikan”. 


Ala... Sayang sangat rasanya kalau tak pergi. Tapi kalau nak pergi sekarang macam... err.... Macam mana ya? Aduh... Kalau saya tak pergi dan nanti tiba-tiba rasa menyesal, apa yang saya perlu buat? Makanya saya perlu cari sesuatu yang penting untuk yakinkan hati sendiri bahawa ini keputusan terbaik. 


Pertama, Istikharah!


Kedua, usaha lagi cari pandangan!


Dan sampailah pada suatu hari, saya terjumpa ini ...........

Nabi saw bersabda yang bermaksud :
اSolat di masjid al-Aqsa menyamai pahala 500 solat di masjid-masjid yang lain selain masjid Haram dan masjid Nabawi
(hadis sahih Bukhari dan Muslim)

dan

Dari Jabir ra, bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Satu solat di masjid aku lebih afdhal daripada 1,000 solat di Masjid-masjid yang lain, kecuali masjidi haram (di Mekkah), dan satu solat di masjidil haram pula lebih afdhal daripada 100,000 solat di masjid-masjid yang lain"

-(HR Imam Ahmad- hadis soheh)



Eh?

" Ainul, kau kan belum sampai Makkah dan Madinah lagi? Apa kata kita simpan dulu duit untuk ke Aqsa ni dan target Makkah Madinah dulu? Mana lah tahu kot-kot nanti Allah kasi rezeki pergi dengan famili sekali ke.. Kan best?" (sebab saya selalu mengimpikan untuk travel keluar dengan famili. Dan sangat-sangat lah best kalau dapat ke Makkah ke Madinah dengan famili tersayang. Amin100X...)

Haah kan? Itu lagi best!

Lagipun, ada lagi baki setahun setengah je lagi nak duduk Jordan. Next year nak pakai duit lagi. Kalau boleh nak bawak famili datang sini waktu grad, lepas tu nak pakai duit lagi nak balik for good. Berjimat weh!

Yeay! Dah dapat jawapan~


Alhamdulillah, maka itulah pendirian yang saya ambil untuk persoalan diri saya waktu itu. Tak salah pun sebenarnya kalau nak pergi Aqsa. Saya pun nak pergi jugak suatu hari nanti. Tapi rasanya dalam kondisi saya sendiri sekarang, jawapan ni adalah yang terbaik yang Allah ilhamkan, insyallah. Nanti kalau dah lepas hajat pergi Makkah Madinah, then kita boleh aim untuk pergi ke Aqsa pula. Aqsa masih dalam ingatan dan kerinduan. Amin........... =)


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


.
.




........dan disebabkan minggu ini orang-orang yang pergi Aqsa semuanya sudah mula memaparkan gambar pengembaraan masing-masing, maka untuk menenteramkan balik hati yang mula terdetik cemburu dan seakan-akan ada yang membisikkan pada saya " Padan muka kau rugi!"  maka saya tulis kembali 'pengembaraan' saya mencari jawapan perlu atau tidak saya ke Aqsa sekarang. 


Semoga dengan catatan ini saya akan kembali ingat, sebab apa saya tak jadi pergi travel ke sana dan apa misi yang telah saya targetkan untuk dicapai. Biasalah, saya inikan manusia yang mudah lupa. Maka perlulah di ingatkan selalu.=)


Yosh, mari doa hari-hari supaya Allah lorongkan peluang untuk ke Makkah dan Madinah + bersama famili suatu hari nanti. 


* ala! orang yang nak pergi umrah bulan ni pun dah bertolak tadi. Nak ikut! Nak ikut! Nak ikut! T_T *



Jumpa lagi~

** cuti baca blog kawan-kawan travellholic jugak untuk masa sebulan sampailah semua yang balik cuti dah start sekolah balik. Stress prevention. hehehehe... **

7 comments

kak fauzun (rasenye kak) | January 25, 2012 at 5:38 PM

jumpa jugak akhirnya blog org yg suka bjalan di bumi Allah ini.. Silalah berjalan lagi ye. susah gak nk jumpa blog org yg berjalan dgn tarbiah ni.. :D

Macedonia | January 25, 2012 at 6:27 PM

kesian nye :(

InsyaAllah satu hari nanti ye ^_^.
Allah dengar hasrat dekat hati tu...
InsyaAllah, tak lama dah tu.

Biqque | January 25, 2012 at 7:35 PM

Allah...camne nak gi sana ni? i pun ada pasang niat tau...hmmmm...camne, camne...

fatt | January 26, 2012 at 10:07 AM

assalamualaikum!

wah mmg kuat jgk penangan Aqsa ni kan! tapi memandangkan Ainul dah buat pilihan maka tetapkan hati dan Insya Allah bila sampai waktunya akan dipermudahkan...impian buat umrah dgn keluarga tu mmg seronok sbb akak dah rasa...dpt pegi masjid dgn mak & abah, tawaf bersama2 mmg seronok. suatu hari nti sampailah Ainul ke sana..amin!

sbnrnya yg menjadi kerunsingan akak psl ke Aqsa ni bkn apa, risau psl chop di pasport sbb tak silap kalau ada chop ni susahla kita sbb Msia & beberapa negara lain tak mengiktiraf Israel. tapi ada jgk yg kata dorg akan chop di kertas berasingan. akak mmg berhajat jgk ke sana sbnrnya..tgklah bila..wallahualam

bila kita niat nak pegi sbb nak hayati sejarah Islam rasanya tak jadi masalah..yg penting niat kita betul

Ainul Arina Madhiah | January 27, 2012 at 10:12 AM

kak fauzun:
amin.. doakan allah murahkan rezeki kita boleh jalan2 lagi. ^^

macedonia:
amin... ^_^

kak biqque:
rasanya dekat malaysia ada je travel agensi yang buat travel ke aqsa, kak biqque. try la check.. kawan sy aritu dia pergi dr singapore.

Ainul Arina Madhiah | January 27, 2012 at 10:14 AM

kak fatt:
wa'alaikumsalammmm~

aminnnnnnnnnnnn.. =D
aah, kalau tak silap saya mmg kalau malaysian masuk situ, dia cop atas kertas lain. tak kacau pun pasport kita.

betul2, mmg tak salah pun. tapi maybe sebab dekat sini dah ramai sangat yang bercakap kan, so jadi nak tak nak kena pikir banyak kali gak. hehehe.. tapi one day kalau ada rezeki lagi insyallah ainul pun nak gak pergi sana ^_^

Keyla | January 30, 2012 at 1:28 AM

salam, ainul!

huhu, bestnyer dpt g direct.eh, mmg la awk xdpt gi tp peluang kat sana rupanya ade ye..huhu

bestnyer2..nak g jugak..tp mesir, jordan pun xsampai lg..huhu

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images