Assalamualaikum..
Baru-baru ini entah macam mana boleh berkenalan dengan ramai warga-warga kaki berjalan yang ada travelog khas masing-masing di sesawang yang super luas ni. Menarik, dapat tukar-tukar cerita dan pandangan. Banyak juga benda yang saya baru perasan. Nice to know all of you, everyone~
Dan sebagai meraikan mereka semua yang sekepala di sana( saya gelarkan korang travel buddies boleh?) , maka sekarang saya dengan suka citanya nak join sama tag yang telah diasaskan oleh Sis Fatt untuk semua kenalan traveblog nya.
Sangat Panjang. Sangat Detail. Sangat tentang Travel. Sebarang risiko, tanggung sendiri =)
Part I
1.
Perkenalkan diri anda secara ringkas
Nama panjang
ada kat belah kiri blog (About Me). Singkatan selalunya orang panggil Ainul.
Student medic tahun 5 di Jordan University of Science And Technology. Baru 22
tahun 22 hari lahir kat bumi Allah nih. Orang Malaysia. =D
2. Sejak bila
anda terjebak dalam dunia travel?
Angan-angan
mula sejak kecik sebab teruja tengok gambar mak ayah study oversea (Canada).
Mana aci kan mak ayah je pergi. Anak teringin nak pergi gak. Alhamdulillah rezeki Allah
kasi dapat sambung belajar medic under MARA dekat Jordan. Makin disemarakkan lagi bila tengok orang terdekat seperti lecturer sendiri pergi memusing jelajah dunia.
So, inilah
permulaannya. 31 Ogos 2007. Tarikh
keramat melangkah kaki first time ke luar Malaysia sambil orang laung merdeka2~ Satu lagi sebab kenapa saya giat bertravel masa belajar adalah sebab saya takut lepas kerja jadi doktor nanti mungkin saya bakal kekurangan masa nak bertravel beriang gembira seperti ini. Who knows.. So, live your life to the fullest!
3. Yang mana
satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?
Mmmm
half-half ?? Bersederhana kata orang. Tapi saya lebih suka panggil diri sendiri
‘Student traveller’. So faham-fahamlah perangai student macam mana. Lagi simple lagi best.
Tambahan, saya takde kad kredit langsung dan saya tak reti pakai kad debit. Never used both by myself. Kalau ada yang urgent, semua minta tolong kawan buat before travel. Say No to Kredit Card = Say No to Shopping! Haha.. (traveller miskin kan? =p)
4. Konsep
berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri,
tour agency
Semua. Selagi
boleh save budget, selagi tu saya buat.
5. Siapakah
travel partner anda?
Selalu tukar-tukar ramai-ramai. Tapi yaling paling kerap selalu sekali rasanya my housemate – Maisarah. She is the best! Semua negara saya pergi semua dia join sekaki. Time pergi Spain je dia takde. Sebab waktu tu dia gi mesir.
Part II
6. Bilakah
kali pertama anda bercuti ke luar negara?
31 Ogos 2007?
Eh ni bukan bercuti nih. Ni dah menetap terus. Siap dah bajet lama sampai 6
tahun lagi. >_<
7. Senaraikan
nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini
Jordan (semua)
Turki (Istanbul + Antakya + Capadocia + Hatay + dll)
Syria (Halab + Damsyik)
United Kingdom (Leeds + London)
Perancis (Paris)
Belgium
Holland (Amsterdam + Volendam)
Austria (Innsbruck + Neuschwanstein)
German (Frankfurt + Fussen)
Italy (Venice + Florence + Rome + Pisa)
Switzerland ( Jungfrau + Lauterbrunnen)
Spain ( Cordova + Granada + Barcelona)
Perancis (Paris + Besoncon + Gilley)
Syria (Damsyik + Homs + Hama + Nawa + Busra )
Russia ( Moscow + St. Petersburgh)
Korea (Seoul +Jeju)
Mesir
Kuwait
Bahrain
Oman
8. Pernahkah
anda melawat sesebuah tempat/negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA
sila nyatakan nama tempat tersebut
Kalau tolak
Jordan, tempat yang lebih dari sekali pergi adalah Syria ( tiga empat kali kot)
dan Paris (2 kali – b.o.s.a.n ;p)
9. Letak
gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa
Saya suka nak ulang semua tempat terutama tempat-tempat penuh bersejarah seperti Turki, Mesir, Jordan dan negara sekitar.
Tapi kalau kiraan selain dari aspek sejarah, tempat paling-paling saya rindu adalah....
Swiss!
syurga dunia yang tercapai dek deria saya. Awesome yang amat-amat !
( ni baru dunia, syurga akhirat macam mana la ye?)
10. Nyatakan
3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan
a- Makkah
Madinah
(Kempunan paling dasyat selama
5 tahun adalah ketidaksampaian hajat nak jejak sini sebab takde mahram. Nak
grouping2 pun tak boleh. (T_T))
b- Jepun / Bosnia / Canada
c- China /
Aussie / New Zealand (opss.. banyak la sebenarnya teringin. Hehe)
11. Ceritakan
pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti
Saya pick
yang paling terkesan. Tak kelakar dan takdelah manis mana. Tapi hati saya memang kena tembak habislah dengan pengalaman ni. Susah sangat nak lupa.
Alkisahnya bermula di Leeds. Tahu kan orang
putih-putih itu memang tak main aci-aci tunggu lambat walau sesaat. Korang
lambat, bye-bye. Adios amigos, sorry-sorry naik lorry. Pada suatu hari itu,
entah macam mana boleh terlambat keluar dari rumah tumpangan. Jalan pulak jem
teruk. Patut 5 minit jadi 15 minit atas jalan. Gelabah amat-amat dah rasa mesti
kena tinggal bas. Paling cuak sebab tiket bas tu nanti sampai-sampai terus
ngam-ngam dengan tiket-tiket lain. Terlepas yang ini memang azab lah nanti yang
lain-lain. Dah la mahal, abang sepupu plak tu yang belanja ni. Memang kalau
terlepas rasa bersalah amat-amat.
Waktu tu, abang sepupu dah suruh kami naik
teksi sendiri dulu. Dia amik teksi belakang sebab takut kami lewat. Dalam hati
dia memang dah confirm kitaorg mesti ketinggalan bas nanti. Duit pun rasanya
dia balik amik semula kat rumah kasi cukup untuk tiket kami berdua. Mahal tahu,
bas paling selamat dan paling bagus dia belikan haritu. Allahu rabbi.
Please. Tak sampai hati nak susahkan
orang lain lagi.
Tak sempat sampai depan station, kami stop tengah jalan terus
melintas jalan kaki untuk shortcut. Sampai dekat station, bas tak ada. STOP.
KAKU. Allah. Longlai. Tapi tak tahu kenapa waktu tu masih ada secebis doa
berbaki ‘tolonglah kami Ya Allah, kami bukan orang kaya, kami bukan travel
saja-saja. Kau je harapan kami sekarang. Amin3.’ Dan waktu tengah-tengah mati kutu tanya
pakcik-pakcik drebar yang ada, tetiba ada sorang beritahu “bas ni belum sampai
lagi, ada masalah teknikal. Lagi 5 minit kot dia sampai”.
Allah! Allah! Allah! Alhamdulillah.
Rasa macam orang buta baru boleh melihat je happy dalam jiwa! Call abang sepupu
kata kami sempat selamat naik selamat tiba. Dan serious tak tipu saya terus
menangis bila abang sepupu kata “ Subhanallah sepanjang abang duduk sini dan sepanjang
yang abang tahu dari senior, system sini tak pernah lambat. Kalau ada masalah
tetap akan tepat sebab ada backup. Ni first time abang dengar jadi. Dekat
korang plak tu..”
I don’t care lah apa people cakap. Lucky they say, but for me,
this is miracle. Thank you Allah!
12. Ceritakan
juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti
Sebenarnya
takdelah buruk mana pengalaman nih melainkan ia bersifat manis seperti kuih
batang buruk gayanya.
Alkisah, pernah sekali tersalah naik bas di Italy. Dah la
waktu tu dah habis maghrib, ternaik pulak bas yang sehala tak patah-patah balik
dah. Italy ok! Italy! Bandar yang boleh
turn to be horror waktu malam. Hanya kami berlima orang asing. Dah la kami
foreigner, semua kami perempuan pulak tu. 2 student Jordan, 3 kakak Malaysia
yang dah kerja. Takde lelaki ikut. Omaigod! Yang lain dekat situ semua warga Italy yang
semuanya langsung tak reti Bahasa Inggeris walau sepatah. Yang gaya gangster
macam nak nyanyi lagu rap pun ramai. Cuak. Nervous.
Nak mintak tolong payah. Yang
meminta tak faham, yang nak menolong pun tak faham. Pakcik Driver pun dah
giveup malas terang. Last-last tersenyap ramai-ramai macam nak menangis. Doa
banyak-banyak je la tunggu dia nak stop last dekat mana. Better stop dekat
station last daripada berhenti tengah jalan tepi ladang takde orang.
Yang tinggal adalah hanya se-everest Tawakal…………………………………..
sampailah tetiba waktu bas dah kosong, jeng!jeng!jeng!
naik seorang hero Arab yang hanya boleh cakap arab dan Italy. Allah! Allah!
Allah! Waktu tu baru rasa ‘syukur Alhamdulillah sangat-sangat aku belajar kat
Jordan’. Tipikal Arab – once you become their guest (terutama sama muslim),
they’ll do anything for you! Maka bergeraklah kami balik naik train sejauh 7
station ditemani bodyguard itu sampai ke station asal camping. Balik terus
sujud syukur. Sob3.
13. Adakah
anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?
Owh
sangat-sangat! Selagi confirm halal dan disahkan boleh makan oleh orang-orang
yang dipercayai, semua saya nak rasa~
14. Letak
gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya
apa-apa makanan yang ada Green Tea Ice Cream –> sebab saya belum pernah
rasa dan dia sedap dan dia berkhasiat. Yum2.. ^_^
Part III
15. Yang mana
satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?
Dua-dua. Saya
perlu beg troli utk bawak ke Negara tersebut sebagai beg spare yang simpan
dalam bilik. Saya perlu backpack bila nak jalan-jalan keluar sendiri.
16. Letak
gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak
tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan
Bag merah (3 in 1)–
Terbeli di London tiga tahun lepas sebab tiba-tiba tak muat beg asal nak sumbat barang
untuk bawak balik. Service terbaik sebab dia spacious dan ada roda. Malas
angkut boleh main tolak-tarik. Ada 2 tali dia boleh tahan panjang, so kalau kronik
lagi pemalas boleh buat stail backpack sandang belakang. Penyelamat setiap kali
naik penerbangan murah yang sangat opposite syurga seperti Ryan Air sebab dia sentiasa boleh dikeronyok sekecik mungkin untuk muat
peti ukuran cabin luggage. Dan as usual, saya tak pernah kena selongkar beg depan kaunter. Assa! I hate beg segi empat yang keras kedegang itu. Sekian. (berapa banyak
Negara? Erm, banyak sangat tapi tak terkira)
Bag koko –
Beg sandang tepi yang selalu diangkat bawak jalan-jalan keluar. Tak kecik dan
tak besar. Ngam2 untuk semua bahan basic travel yang wajib ada setiap kali nak
keluar mengembara. (ni pun sama macam atas. Tak ingat mana yang dia tak ikut)
p/s: Tambah
selain beg boleh? Benda paling evergreen dalam travel saya adalah kasut. Saya
hanya pakai sepasang kasut ini untuk travel dari tahun satu sampai sekarang..
Errr Cuma ke korea baru-baru ni je terpaksa tukar sebab dah lunyai masya allah
macam mulut buaya lapar. Kasut ini telah menjejak semua Negara yang saya pergi
kecuali Korea. Nak buang pun sayang. Huhu.. (takde gambar ye, seganlah nak
tunjuk kasut tua..)
17.
Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti
Bak kata kak
Fatt “ Selain kamera, charger, passport, itinerary,
buku catatan, mp3 player, kompas kiblat, Lonely Planet, sunglass,
ubat-ubatan, toiletries, tuala mandi dan lain-lain…” --- selain tu err, macam
takde benda wajib lain dah je rasa? Apa eh? …….Oh ha! ada2! Quran dan Buku bacaan ! Tak lengkap
kalau takde, nnti boleh meninggal kebosanan.
18.
Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe
Benda-benda
yang boleh beli kat tempat sana.
19. Apakah
perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad,
amik gambar)
Korek rahsia
masyarakat situ – budaya, adat, agama, kehidupan, dan semua benda
Menulis
catatan sedetail- detailnya dalam bentuk seringkas mungkin setiap satu benda
yang baru jumpa, baru tahu, dan baru lalu.
20. Mana satu
yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau
malu-malu kucing?
Suka! Suka!
Tapi saya lagi suka gambar yang beramai-ramai. Bila tengok balik gambar tu
macam ada aura happy. Gambar sorang-sorang macam lonely je. Huhu.
21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke,
bajet bagus ke, tak kisah
tahun satu
tahun dua
tahun tiga
tahun empat
tahun lima
-tinggal lagi setahun je... lepas tu kena balik malaysia dah..-
22. Anda
seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?
Yes. Memandangkan saya seorang student travellers yang pokai, saya hanya memandang kepada 4 benda sahaja setiap kali saya travel. Barang-barang lain saya tak berapa layan, beli hanya kalau ada duit baki. Tapi 4 yang ini wajib - untuk diri saya sendiri.
1- SNOW BALL
Datang mana perangai pelik nih? Wallahualam. Sejak terpengaruh tv la nih. Tapi serious, kumpul snowball negara-negara adalah sangat best bila belek balik. Hehe. Saya hanya beli snowball yang ada nama negara. Snowball lain tak layan kecuali tengah kronik jiwa.Dalam semua negara yang saya pergi, hanya Syria dan Korea tak wujud snowball yang ada nama negara diaorang. Aiishhhh~
2. FRIDGE MAGNET
Ini adalah almari baju yang tingginya adalah sehasta lebih dari 163cm. Dah penuh half ruang dengan fridge magnet. Target tahun 6 nak kasi full satu almari terus boleh? Hehe.. Balik Malaysia lepas grad nanti bolehlah nak penuhkan terus depan peti ais rumah on the spot.
3. KEYCHAIN
Fokus pada keychain ya.
Disebabkan bilangan keychain jauh lebih banyak dari bilangan kunci, maka hasilnya adalah perhiasan. Ini adalah cara menyusun keychain yang senang nak dikira dan comel berbanding cara simpan dalam kotak buat kumpul habuk. Belajar dari cik Umi Atiyah, nampaknya almari saya ada dah mula ada 'renda besi'.
4. POSTCARD
Long-long ago, saya agak memandang rendah pada fungsi poskad selain untuk tulis-tulis surat. What the function? Tapi time pergi Leeds, ada sorang kakak tu ajar buat poskad jadi collage kat dinding. Sumpah lawa! Ha, baru nak terbuka minda~! Lepas tu terus jadi gian nak kumpul poskad.
Tapi malangnya saya tak terlekat-lekat pun dekat dinding sebab nanti bila winter, dia macam jadi kemik kena air. Gambar atas tu antara puluhan poskad saya punya. Gambat poskad melekat kat pintu ni hasil kerja Maisarah, my travelmate. Bilik dia je boleh buat macam tu. Bilik saya takde pintu spare. Isk.
23. Adakah
anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?
Keluarga tu,
confirmlah lebih wajib lebih utama dan lebih pecial.
Tapi kalau untuk kawan-kawan, dulu pernah belikan untuk satu batch, tapi lama-lama macam kopak dan
boleh nampak macam kita sorang je terhegeh-hegeh buat macam tu walhal orang
lain tak teringat langsung kita, makanya sekarang saya focus untuk
orang-orang yang rapat sahaja.
24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul
berkaitan dengan sesuatu tempat?
1. PAMPLET + RESIT + SEWAKTU DENGANNYA
Ini gambar ihsan google. Semua tempat saya pergi saya akan kumpul segala benda-benda ini. Lantaklah beg terlajak berat, akan saya bahagi-bahagikan walau sampai sendat hand luggage dan backpack asalkan semua brochure ni selamat di bawak balik. Dekat Malaysia dah siap sekotak. Mau dekat 10 kilo kot semua saya dah kumpul sejak tahun 1. Beras pun ringan lagi. =p
2. TIKET FLIGHT
Ini pun bahan pengumpulan sejak tahun 1. Hanya tiket kertas je saya buang tong sampah. Tiket-tiket yang berbentuk tiket semua saya simpan. Sentimental value nih. Dah tahun lima nih alhamdulillah dah boleh susun buat barisan sambil mengenang kisah lalu. Aceh.. ^_^
Part IV
25. Seorang
traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil
pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang
pernah dikunjungi (pick random)
a- Jordan – Wakil
Negara Arab. Semua Islam. Makanan confirm semua boleh makan. Tapi first time
datang, terbeliak mata. Ku sangka semuanya berjubah litup sekali aduhhh boleh
tahan seksi macam Eropah plak dah. Sudah lah kaler bumi bangunan semua koko,
pastu kebersihan plak alahaiiii sedih benar rasa. Kasar-kasar dan main
suka-hati-ikut-suka-mereka plak tu perangai orangnya. Tapi bila betul-betul
masuk menyelam kehidupan dekat sini, I can say that I really love Jordan.
Buminya kontang tumbuhan, tapi subur dengan sejarah Islam. Orangnya nampak
ganeh tapi dengan tetamu masya Allah Arabian is the best host! (bad guy masih
ada. Tapi exception je lah few of them) Satu-satunya tempat yang saya tak
sangka berjaya duduk sampai dekat 5 tahun sekarang. Ini tempat saya membesar
sebagai manusia. And I’m proud to say ‘mata saya banyak terbuka di sini’
b- Russia –
Wakil Negara Eropah. Gah. Sangat semangat patriotic dan cintakan komunis masih
ada (hebat jugak sejarah dia). Tapi masyarakatnya dia ermm bagi saya terlampau
individualistic. Kaya luaran dan amat-amat miskin dari sudut dalaman. But still
Alhamdulillah masih belum terlampau punah macam Amsterdam. Being a Muslim
student in Russia is not an easy job. Sepertimana kroniknya cuaca mereka yang
ekstreme, seperti itu juga kroniknya life mereka yang mencabar di situ. Only
the best man will win!
c- Korea –
Wakil Negara Timur. Agak pertengahan dari segala dalam segi. Tak terlampau
legend macam China dan tak terlampau hebat macam Jepun. Cumanya sekarang over
famous dengan sebab drama. As the only Oriental Country yang saya pernah jejak,
saya hanya mampu bandingkan Eropah Vs Timur. Sangat-sangat terbalik seperti
kutub utara dan kutub selatan. Ada sipi-sipi macam teringin nak tiru Barat tapi
akar budaya mereka nampaknya masih agak kuat. Tipikal timur – tak terlampau
ganas, tak terlampau open, tak terlampau yang melampau-lampau. Err faham ke?
26.
Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut
mestilah berkaitan dengan travel
Saya berangan
mahu pusing jelajah satu dunia dan tengok kehidupan semua manusia yang ada kat
muka bumi Allah ni. Sebab lepas tu baru saya boleh sedar diri siapa saya dan
betapa banyaknya nikmat Allah kasi yang saya dapat. Apekejadahnya kalau selalu manusia lupa diri… Dan paling penting, saya sangat-sangat teringin nak travel ke luar negara dengan keluarga sendiri suatu hari nanti. Dengan adik di Russia sudah. Dengan mama abah adik-adik lain dan orang yang belum dijumpai tu je yang belum.
Soalan Bonus :
Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum
3)
Ini
Visa Russia – stamp passport pun atas visa ni jugak. Kenapa suka? Erm sebab dia
paling besar, paling pelik dan paling orang tak reti baca. Boleh? Hehe..
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
Alhmadulillah, akhirnya habis gak! tepat jam 9 malam. Lepas ni kena pulun study balik.
Ok Kak Fatt. I'm done~
=D
Anything, sila roger sini.. Roger and out!
Jumpa lagi
Wassalam
Aha, lagi dua minggu saya exam. Jadi doakan sama yer! Tq~