Eureka


Assalamualaikum....

signboard awal : awas, read at your own risk


Saya adalah budak kampung yang tahun lepas belakang rumahnya ada sawah bendang, ada parit ban, ada belukar dan macam-macam lagi ada.

Jadi secara tidak langsung, pelbagai diversiti tumbuhan dan haiwan juga ada banyak wujud di sekeliling saya.  Ada ayam, ada angsa, ada burung, ada kucing, ada biawok, ada ular, ada musang. Macam-macam juga ada.

Oh, cakap pasal ular..



Dulu-dulu waktu ular rajin naik rumah, ada orang pernah pesan

"kalau jumpa ular, jangan lari terus. Karang dia kejar".

Jadi takkan nak beku depan dia kot?
Ah, rupanya kena tatih senyap-senyap kasi dia tak perasan, lepas tu baru lari lintang pukang selamatkan diri..Ha, dan jangan lupa kasitau orang kampung supaya ada ekspedisi memburu ular pula boleh dijalankan.

Buru = Bunuh

Erm.. tapi ular memang wajib kena bunuh ke eh?

Dulu macam pernah dengar orang kata ada beberapa haiwan yang dibenarkan dibunuh kalau terjumpa. Alasannya boleh mendatangkan kemudaratan. So, jumpa je boleh bunuh... Betul ke eh? Lupa pulak..

Kalau dia saja-saja nak lintas jalan dan tak kacau orang pulak macam mana? ular jadian ke?
Kena bunuh gak ke? Ke pandang sambil pejam mata je?

Eh, apesal tiba-tiba takde angin ribut tiba-tiba cerita pasal ular nih?
Kan sini kan ribut pasir dengan ribut open-open je ada...

Adakah sebab rindu nak dengar nama ular?. Mungkin sebab, ular macam tak wujud je kat Jordan nih.. Jangankan ular, monyet, biawak, angsa dan binatang-binatang femes di malaysia memang susah giler nak jumpa dekat Jordan.

Yang ada:
Kucing - tepi jalan/ rumah orang
Lalat - Laut mati
Binatang kecik-kecik comel - kedai haiwan
Ayam - Kedai ayam / ceruk kampung
Ikan hidup - Aqabah

Zoo Jordan ada apa eh? Tak pernah pergi pula. Eh, ada ke?

.
.
.
.
.
.

stop.stop.stop.

Melalaut pulak lama-lama.

Tapiiii.., sebenarnya dalam hati ada kata "eureka!"

Sekian
terima kasih

p/s: maaf kalau pening. Nak panadol? Buku "I'm Jane Austen's best friend" pun ada....


Sehari di Anaesthesiology

Assalamualaikum...



Hari ini hari ketiga terakhir dalam rotation Anaestathesia. Tak pernah dibuat saya mengira hari-hari terakhir belajar  macam ini. Penangan cinta dunia perbiusan barangkali.  *sengih*

Mengira hari-hari terakhir sangat-sangat membuatkan saya lebih rasa nak kumpul sebanyak mana pengalaman yang boleh. Rasa rugi sangat-sangat kalau terlepas walau satu benda. Sebab itu bila minggu ini doktor suruh kami tunggu di bilik seminar di awal pagi untuk ambil kedatangan, dalam diam saya memang rasa agak membara. Buang masa okay tunggu orang lewat! Baik saya pergi masuk dewan pembedahan (OT) dulu.. Hesh...

Pagi ini, selepas 2 hari berturut-turut duduk bilik pembedahan Obstetric dan Gynaecology (OnG) di tingkat satu ini (tingkat ini takde procedure bersalin normal atau caesar. Di sini cuma ada pembedahan-pembedahan selain dua tadi), saya ambil keputusan untuk pergi bilik pembedahan lain pula. Ada dalam lebih kurang 20 bilik pembedahan kalau tak silap di sini. Macam-macam pembedahan ada. Seminggu duduk sini, dah berpuluh-puluh pembedahan saya perhati.

Hari ini, kami dilepaskan jam 8.45 pagi. Urgh, dah lewat! Banyak bilik dah mula pembedahan dulu, habis tak sempat nak tengok Anest punya procedure. Saya mencari-cari bilik yang baru nak beroperasi. Alhamdulillah Bilik E.N.T baru nak mula, maka saya segera  tampilkan diri di sana. Pesakit kali ini seorang anak gadis, Laila namanya. Berusia dalam lingkungan belasan tahun.

Dalam kekalutan doktor-doktor lain membuat persiapan, saya berdiri bersahaja di sebelah katil pesakit dan monitor pernafasan. Sambil menyapa dan disapa oleh doktor-doktor bertugas, saya sempat menghadiahkan sebuah senyuman untuk Laila.

"Sobahal Kheir.. Keifik habibty?"  ringan mulut terasa mahu bertanya khabar lepas tersedar bahawa Laila seakan ketakutan. "Alhamdulillah.."  jawapnya perlahan dan penuh kerisauan. Matanya melilau-lilau melihat doktor-doktor lain bersedia dan kadang-kala dia berterusan memandang saya dalam diam, seakan minta pengertian bahawa ketakutan sedang merajai hati. Tapi saya hanya mampu membalas dengan senyuman.

Dr Resident Anest (lupa pula nama dia apa) kini sudah bersedia dengan jarum canula dan sarung tangan untuk menyuntik tangan Laila bagi proses mencari salur darah untuk dimasukkan bius. Melihatkan jarum tersebut, Laila tersentak dan pantas menarik tangannya sambil menggeleng-geleng ketakutan. Oh, dia takut jarum! Maka mulalah sesi pujuk-memujuk antara Dr Anest dan Laila di hadapan saya.

" Ya Laila, percayalah cakap aku. Jangan takut. Insyallah tak sakit. Kalau kau tak berani, kau pandang Dukturah Malaysia ini. Sembang dengan dia. Tolong aku ya Dukturah. (merujuk pada saya) "


Entah kenapa waktu itu tangan saya seolah-olah ter-reflex untuk menyentuh lembut tapak tangan Laila. Dan tanpa saya duga, rupanya sentuhan itu buat Laila terus menggenggam telapak tangan saya. Walaupun pertanyaan-pertanyaan saya untuk mengalihkan perhatiannya tidak terbalas, tapi genggaman tangan yang kuat dari Laila dan lirik matanya yang sentiasa lirih memaku ke mata saya seakan buat saya tersedar, Laila seolah meminta disalurkan kekuatan dari tangan kami yang tergenggam erat.

Habis proses mencari salur darah, tangan saya masih belum dilepaskan. Tapi Laila sudah mula banyak bersoal dengan Dr Anaest berkenaan pembedahannya. Berapa lama, siapa doktornya, susah ke tak dan sebagainya. Hingga lama-kelamaan semua doktor yang sudah bersedia berkumpul di sekelilingnya memberi dorongan kata-kata dan semangat. Kecuali saya, yang hanya mendorong melalui senyuman dan genggaman tangan.

Waktu ubat pelali mula disuntik, saya melepaskan tangannya perlahan. "Jangan takut ya, tawakkal pada Allah. Insyallah semua selamat. Bila ubat ni masuk, aku nak kau fikir kau sedang berada di pantai. Dan lagi 30 saat lepas tu, memang kau dekat pantai"  bisik Dr Anaest sambil perlahan-lahan memasukkan ubat pelali ke dalam tiub. Dan serentak dengan itu, mata Laila makin lama makin kuyu. Ada seketika dia merintih kesakitan, tapi Dr Anaest cekap memujuk dengan penuh kasih sehinggalah Laila benar-benar terlena.

Dan pembedahan pun bermula. Selepas memastikan semua kawalan bius selamat dan maintaince stabil, saya ambil keputusan untuk keluar. Tak sempat nak tunggu Laila sampai habis. Hanya doa yang saya tinggalkan moga segalanya berjalan lancar. Amin... Insyallah.

Kemudian seperti awal tadi, saya kembali mengintai-ngintai bilik lain mana yang belum memulakan operasi. Saya mahu memfokuskan pada proses bius dan perkara-perkara berkaitan. Maka itu, saya tak berapa endah kalau pembedahan sudah pun bermula.

" Dukturah, sini!  Masuk sini..."  laung seorang Dr Anest lain di satu bilik di hujung kiri saya.

Saya melangkah masuk ke sebuah bilik lain. Di dalamnya ada dua tiga orang Dr sedang bersiap sedia. Bilik ini agak bising dek tangisan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang dipangku ibunya yang turut bergaun dewan bedah seperti kebanyakan kami yang lain. Barangkali itu pesakit kami. Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang akan dibedah untuk membuang tonsil.

"Ala.. yang ini dah tengok semalam.."  getus saya perlahan.

Tak apalah. Sebab bilik lain sudah penuh mungkin, maka saya diam sahaja di sini. Mungkin ada perkara baru lain yang saya boleh tahu. Dalam kepala sudah tersusun-susun rakaman pengalaman semalam. Kanak-kanak. Sebab keadaan mereka yang susah nak berkompromi, bius akan diberi melalui topeng muka.

Eh, kenapa Dr Anaest ni bersiap-siap dengan jarum canula pula?

" Okay, kali ini aku nak korang tengok patient ni. Dia  istimewa. Sebab dalam keluarga dia ada sejarah Famiali Malignant Hypertension/. Jadi kita tak boleh kasi dia inhalational intubation (bius ikut hidung) yang guna Sevoflorane. Tengok ni mesin dia pun lain, tak macam yang biasa.."  terang Dr Pakar Anaest  (pun lupa nama) waktu kami sedang tekun berdiri di sebelahnya yang sedang bersedia.

Ya Rabbi, kasihannya!

Malignant Hypertension adalah antara musuh utama bagi Dr. Bius mahupun Dr Bedah. Agak jarang berlaku, tapi kalau dia muncul waktu tengah-tengah pembedahan, ubatnya cuma ada satu. Dantroline. Cumanya di Irbid, ubat ini teramat sukat ditemui malahan stoknya juga sangat-sangat sedikit. Pernah sekali Dr terpaksa pakai Dantroline yang expired setahun sebab tiba-tiba patient jadi Malignant Hypertension. Sebab itu bila ada pesakit berisiko seperti ini, Dr Anaest terpaksa berjaga-jaga.

Berjaga-jaga dalam erti kata lain juga, terpaksa mencucuk tangan kecil tersebut untuk membius secara tiub melalui saluran darahnya. Kasihannya budak ini.

Macam yang kami duga, memang kanak-kanak sukar berkompromi apabila di dewan bedah. Menangis macam kena sebat dan kaki tangannya tak henti-henti meronta. Maka, terpaksalah seorang Dr Resident (Dr junior) Anest turut memegang kaki, badan dan tangan kanan budak tersebut untuk memudahkan kerja Dr Pakar Anest mencucuk.

Ibu kanak-kanak itu pula sudah mula merembeskan air mata tak tahan melihat anaknya dipegang kejap sedemikian rupa. Sekejap-sekejap dia menutup mulutnya menahan hiba sambil sebelah tangan lagi membelai-belai rambut anaknya seakan memberitahu bahawa ibu ada disini. Sebak.

 Saya terperasan tangan kiri kanak-kanak tersebut masih bergerak, lantas mengambil keputusan untuk memegang tangan tersebut sambil turut sama memujuk si kecil supaya jangan menangis. Pedihnya hati melihat rontaan anak kecil yang cuba minta dilepaskan dihadapan ibu yang sama cuba sedaya-upaya menahan perasaan.

" Bismillah.." ucap Dr Pakar Anaest sebelum memulakan tindakan.

Dan serentak itu, makin kuat tangisan mula kedengaran dan makin kuat jugalah genggaman tangan kecil yang saya rasakan. Si ibu saya lihat berpaling seketika ke belakang, luluh mungkin melihat anaknya dicucuk dan kesakitan. "Sabar ya sayang"  bisik saya perlahan sambil mengusap-ngusap telapak kecil yang erat berpaut di tangan saya.

Cubaan pertama gagal. Darah tak jumpa. Jarum dikeluarkan. Alamak, kena buat lagi.


Cubaan kedua mula dilakukan. Dan lagi sekali, si kecil itu menjerit kesakitan dan genggamannya makin kuat saya rasakan. Dan si ibu turut sama memejamkan mata sambil air mata berderaian berterusan. Allahu rabbi, Kau permudahkan segalanya Ya Allah. Tak tahan rasanya tengok si kecil ini kesakitan. Cepatlah keluar darah supaya pembiusan cepat dilaksanakan..... 


Alhamdulillah, kali ini berjaya. Habis cucuk, terus Dr Pakai Anest kasi pakai oksigen di hidung si kecil yang Dr Resident Anaest mula memasukkan ubat-ubat pelali yang diperlukan. Perlahan demi perlahan, rontaan di kecil jadi makin lemah. Dan akhirnya dia senyap keletihan dibius. Kadang-kadang badannya bergegar tersedu akibat tangisan.

" Baiklah wahai ibu, kamu boleh keluar sekarang. Tunggu di luar ya, Insyallah, tawakkallah pada Allah" pesan Dr Pakar Anaest pada ibu muda yang basah wajahnya tadi.

Ibu tersebut seakan terdiam. Perlahan-lahan dia mencium-cium anaknya yang sudah terlena dengan penuh kasih sayang dan belaian. " Moga kau selamat nak. Allah denganmu"  getusnya perlahan tapi sempat didengar kami. Sambil dia melangkah keluar, sambil itu juga dia tak putus-putus berpusing ke belakang melihat anaknya semula sebelum pintu bedah tertutup rapat memisahkan mereka berdua. Dan kami yang memerhati seakan terdetik ada satu rasa yang menusuk jiwa. "Aku doakan kalian berdua tabah dan sentiasa di bawah perlindungan Allah, wahai ibu.."


Sebaik proses bius seterusnya yakni intubation (letak tiub ke dalam salur paru-paru utama dan sambung pada tangki oksigen) selesai dan permbedahan bermula, kami meminta kebenaran keluar mencari bilik yang seterusnya.

Kebanyakan bilik selepas itu sudah tiada yang baru nak mula. Doktor-doktor resident anaest lain pula nampaknya macam agak kurang peramah hari ini.Mungkin sibuk juga. Mana hilang entah doktor-doktor kegemaran saya yang rajin bersembang tempoh hari. Balik cuti oncall agaknya.

Dek kebosanan, saya menuju ke bilik pembedahan OnG. Doktor Pakar Anaest OnG di situ, Dr Munir Shakhatarah memang dah saya kenal sejak awal minggu ini.Dua hari berturut-turut dengan dia. Jadi saya senang bertanya apa-apa kepadanya. Pembedahan di depan mata kami sekarang adalah Cervical Cyst yang bakal dibuat melalui laparoscopy. Menarik!

Sedang saya melihat-lihat monitor kawalan pernafasan dan turut sama menyelit tengok pembedahan, masuk seorang Dr Resident Anest bertanyakan sesuatu kepada Dr Munir. Saya memasang telinga. Oh, ada caesarian section hari ini di tingkat tiga! Wow! Nak tengok anaest Ceasarean Section (C-S)!

Bila doktor tersebut keluar, saya bertanya kepada Dr Munir tentang caesarean tersebut.

" Doktor, aku nak pergi tengok boleh?"
" Lah, sini mana ada. Kan aku dah cakap. Bersalin dengan C-S kat tingkat tiga je.."
" Maksud aku, aku nak naik tingkat tiga lah.. Boleh tak? "
" Oh, boleh! boleh! Kenapa plak tak boleh. Kau naik atas, pergi ikut Dr tadi. Nama dia Dr Abdullah." 


Yes! Yuhuuuu...~

Maka saya pun segera bergegas keluar dari bilik pembedahan di tingkat satu. Berseorangan. Semangat sangat nak keluar sampai terlupa badan tengah pakai baju bedah yang steril. Nasib baik ada Sister (nurse) panggil.

" oi..oi., kau nak pergi mana tu! Kalau kau keluar macam tu, tak boleh masuk balik nanti.."
" Ha? Err, aku nak tengok C-S kat atas. Macam mana? "
" Pakai baju gown lain atas baju bedah kau tu.."
" Oh.. ok! Terima kasih sister! "

Lalu, terus saya terpa satu baju gown atas kaunter nurse dan keluar dari pintu dewan bedah. Uish, ramainya orang. Semua tengok saya. Mana taknya. Saya sorang kat situ pakai gown bedah warna biru, dengan mask dengan leher, kasut berplastik biru dan topi bedah tak bukak lagi. Macam gaya doktor baru keluar bilik bedah je. Eh memang lah kan? Hehe...

Keluar bilik bedah pening plak nak naik ikut mana. Tangga? Lif utama? Aish..

" Doktor, aku nak naik tingkat tiga tengok C-S. Naik ikut mana eh? Segannya nak keluar kat tempat ramai macam ni.."
" Haha.. Naik ikut lif staff nih. Naik tingkat tiga lepas tu terus pergi Wing D "

Oh, ok. Syukran!

Terbukak je lif terus saya menerpa ke sayap bangunan D. Dalam perjalanan ternampak Mahera dan Arina, kawan baik saya sedang duduk di bangku round square tingkat tiga. Baru habis ambil history OnG barangkali.

" Woo.. hari ini ko punya turn kena tengok C-S ke? " tanya mereka
" Taklah, aku mintak sendiri.  Dr tak suruh tengok pun. Hehe.. Ok, aku dah lambat. bye2 " sambil  bergegas sambil bercakap

Masuk pintu bedah OnG, terus lapor pada kaunter nurse. Sekadar adab.  Saya student Anest, nak tegok C-S. Boleh?

" Boleh. terus, belah kanan" 


Dapat arahan, terus pergi sambil kalut-kalut buka gown lapik. Masuk pakai baju bedah je. Eh, ada senior tahun enam melayu OnG ada kat tepi kaunter tadi. Ah takpelah, tak sempat dah nak tegur. Sengih sudah.

Alhamdulillah, pembedahan belum mula. Doktor sedang bersedia dan patient sedang berbaring biasa.

" Keifik? Ok? " sapa saya pada ibu muda tersebut.
" Alhamdulillah.. " balasnya sambil tersenyum manis. Mukanya agak pucat. Kadang-kadang dia macam termenung. Mungkin sedang memikirkan anak yang bakal lahir dalam sejam lagi.

Saya segera membawa diri ke bahagian monitor. Jumpa dengan Dr dan terus tanya soalan.

" Kejap.kejap.kejap..nanti habis aku jawab soalan kau.." balas Dr Abdullah..

Huh? Adeh, Dr kurang peramah lagi yang saya jumpa hari nih.. Hesh..  Lantaklah. Dr malas cakap, kita tanya je dekat sister. At least dapat kenal-kenal dengan Nurse-nurse sini. Sorang saya dah biasa jumpa di bilik bedah OnG tingkat satu semalam. Namanya Maha. Seorang lagi namanya Hanadi. Hanadi macam cuak sikit nak jawab soalan saya, last-last tanya Maha je semua. Alhamdulillah mereka sangat baik.

Ini prosedur C-S kedua yang saya dapat tengok sepanjang dua tahun masuk klinikal. Dulu susah sangat dapat giliran sebab ramai. Alhamdulillah kali ini saya dapat tengok sendiri, seorang, dan lebih berani dan lebih berdikari. Cantik susunan mu Ya Allah. Terima Kasih sangat-sangat!

Mungkin sebab jarang student Anaest masuk bilik bedah C-S di tingkat tiga, saya rasa macam sangat dihargai. Sebelum mula pembedahan, doktor-doktor ada serta sister-sister bertugas semua menyapa saya. Siap Dr Maisarah (Dr lelaki OnG) bergurau senda plak tolong bertanyakan banyak giler soalan pada Dr Abdullah sampai Dr Abdullah malas nak jawab. Haha.

Dulu waktu Paedi, bila saya masuk dewan ini macam pernah kena ala-ala kurang diterima. Dipesan jaga itu jaga ini jangan sentuh itu jangan sentuh ini. Nak tengok pun dari hujung pintu depan. Jangan datang dekat. Ces. Ye lah, kita belajar pasal budak je pun. Bukan mak budak.

Tapi hari ini, saya diberi kebebasan sendiri. Nak datang dekat?  nak tengok dari depan? Dari belakang? Dari atas? Dari tepi? Semua kakak Scrub Sister (alamak, lupa tanya nama dia ) kasi. Cuma bila dia sedang diperlukan, pandai-pandailah bawa diri. Jadi memang tak reti lah saya nak duduk diam di situ.

Ye lah, Dr Abdullah dan Sister Maha dan Hanadi pun ke hulur ke hilir bubuh ubat kiri kanan perbetul sana-sini, maka saya pun sekali ke hulur kehilir mengusyar semua benda sambil tak renti-renti menyibuk tanya. Ah, suka sangat Anest! Saya jadi sangat yakin pada diri dan tak kisah dan tak malu nak tanya kalau tak reti. Tanya je. Yang penting, saya nak tahu. Yosh! Suka sangat perasaan nih.

Maka buat kesekian kalinya saya memerhati sepenuh teliti pembedahan C-S ini. Dari mula perut si ibu ditoreh, hingga rahimnya ditebuk dan air ketubannya memancut keluar macam air terjun (phewww, nasib baaik sempat meloncat ke belakang, betul-betul air ketuban tu memancut sampai depan saya tadi....) serta manusia kecil aneh kulit kedut-kedut warna biru putih yang kaku itu keluar dari perut ibunya, saya perhatikan semua. Takjub!

Dan bila Dr Paedi ambil alih bayi kecil itu di luar untuk diselamatkan dan Dr Bedah kembali menguruskan rahim si ibu yang membuak-buak darahnya sebelum mengeluarkan uri, kami team Anest juga mula sibuk memasukkan pelbagai jenis ubat-ubat mengurangkan kontraksi darah bagi mengelakkan pendarahan yang terlampau dan menambah pelali dan kandungan air untuk badan ibu. Fuh, sibuk oh! Banyak sungguh benda baru yang saya belajar pasal bius orang bersalin nih hari ini. Ubat baru pun boleh tahan banyak. Alhamdulilah2..

Dalam kesibukan itu, tiba-tiba kedengaran suara kecil mula menangis dari luar bilik kami. Yeayyyyyy! Baby dah selamat......! Alhamdulillah....Best2~  Uri pun dah dapat dikeluarkan. Wow, lembiknya! besarnya! *teruja*

Maka, seterusnya adalah fasa pemulihan semula. Masa untuk habiskan semua balik jadi macam biasa. Dr Maisarah mula keluar lepas rahim dah habis dijahit dan kembali diletakkan ke posisi asal. Ada hal agaknya. Tinggal doktor OnG perempuan seorang tu je untuk jahit balik saki-baki lapisan perut yang masih terbuka.

Dan kami team Anaest, sementara tunggu Dr siap jahit untuk kami bangunkan pesakit , kami duduk lepak sambil sembang di meja belakang Haha. Terbaik lah. Kadang-kadang Scrub Sister yang satu badan penuh darah tu pun join kami sembang waktu Doktor Bedah tak berapa perlukan dia. Hehe Ni saya suka Anaest nih. Best tahu dapat kenal sister-sister dekat sini. Tak delah rasa macam budak kecik sangat tak kenal sesiapa. ^^

Waktu ini jugaklah tiba-tiba...

" Eh cop.. kau budak Anaest ke budak OnG? " tanya Dr Abdullah pada saya.
" Haaa? Saya Anest la Doktor! " terang saya keliru
" Laa yeke.. Haha.. Ok2, meh sini aku terang apa yang kau nak tahu.."

Erk, boleh plak dia tak perasan orang student Anaest. Dah tu buat apa saya mengekor belakang dia setiap masa macam anak itik sejak sejam tadi? Adeh la Dr Abdullah nih. Nasib baik saya ingat lagi semua soalan yang saya simpan dari tadi. Jadi waktu ini jugaklah baru saya mula sesi belajar dengan Dr Abdullah secara rileks dan clear. Kalau tak, dari tadi menyelit-nyelit tanya cepat-cepat sambil terkejar-kejar ikut doktor ke hulu ke hilir.

Selesai jahitan siap, Dr Abdullah mulakan operasi membangunkan pesakit. Atau nama lainnnya 'extubation'. Kalau proses menidurkan pesakit agak senang, nak membangunkan pesakit pula agak mencabar jiwa.Lepas beri dia ubat penawar pelali (atau nama glamer nya di sini Reversant), kita kena tunggu kejap kemudian panggil-panggil nama dia sambil tepuk-tepuk badan dia untuk sedarkan dia. Tapi bayangkan sajalah kalau anda tengah nak kejutkan orang yang tidur mati tak ingat dunia. Ya Rabbi susahnya!

Kalau tak sedar lagi, gunakan kekerasan/ kesakitan. Yargghhh! Ganas kan? Hehe... Alah, ganas-ganas doktor Anaest pun, dia cuma tekan-tekan dahi patient, buat jaw thrust kuat-kuat. Tak pun, dia tampar-tampar manja dada dan bahu pesakit tu. Goyang sampai sedar. Tapi gaya dia tegas jugak lah.

" Bangun! Bangun! Dah habis bedah dah! Alhamdulillah..Boleh bangun!! Bangun2000x....!"


Macam warden nak kejut subuh plak bila tengok. =p

Pesakit wajib bangun dalam bilik bedah jugak selepas pembedahan habis. Dengan cara itu, baru kita boleh pastikan pesakit boleh bernafas sendiri dan insyallah boleh survive sendiri dekat luar selepas beberapa jam bergantung dengan mesin bantuan pernafasan.

Aik tak bangun lagi? Periksa anak mata tengok?. Owh, anak mata dia kecik sangat lagi. Maknanya kesan pelali masih belum habis. Takpe, tunggu sikit lagi. Kemudian jerit-jerit lagi suruh bangun. Kalau payah sangat, siap sediakan pembasmi pelali (Naloxone) pula. Tapi Dr Abdullah pesan pada kami (saya dan para sister) supaya jangan kasi lagi awal-awal, sebab kita takut nanti kalau basmi habis terus karang nanti terlampau painful pulak.

Alhamdulillah 15 minit lepas tu, ibu muda tadi dah mula buka mata dan reflex-reflex pernafasan semua dah mula okay. Dan seperti biasa menguruskan pesakit yang sedang mamai dan separa sedar dalam keadaan ada tiub di dalam mulut dan tekak juga sangat memerlukan kesabaran yang tinggi.  Kalau tak betul-betul teliti, sekejap je patient boleh muntah merata-rata. Paling kronik, pesakit boleh jatuh katih sebab waktu ini badan dia mula terpusing-pusing tergoyang pergi sana tergoyang pergi sini sementara nak betul-betul sedar.

Dan phewhh, akhirnya pembedahan tamat apabila pesakit berjaya didorong keluar atas stracher dari dewan bedah kami. Alhamdulillah......~

Jam dah tepat pukul 11. Saya dah janji dengan rakan sekumpulan nak berlatih membentang sebelum sebenar-benar pembentangan jam 12 tengahari nanti. Time untuk turun bawah balik~ *pakai gown bedah balik*

Maka sekarang, saya, sister Hanadi, sister Maha dan seorang lagi Dr OnG/ Peadi perempuan bergerak sama-sama ke tingkat satu. Keluar je dari dewan bedah OnG, seorang makcik tua menyerbu kami. Uish, dah macam adegan televisyen plak, waris serbu-serbu doktor keluar dari pintu dewan bedah.  Makcik tu nampak kerisauan. Dia bertanyakan kami tentang anaknya yang dibedah tadi. Owh, ini ibu pesakit tadi rupanya.

" Alhamdulillah makcik, pembedahan dah habis. Setakat yang aku tengok tadi macam semua ok. Tapi kami semua student lagi, aku pun baru training nurse kat sini. Apa-apa makcik tanya doktor ya..Lagi 15 minit insyallah, dia dan bayi akan disorong keluar.  Tahniah! " terang Sister Maha mewakili kami semua.

Serentak itu, wajah makcik itu saya lihat bertukar penuh bercahaya-cahaya. Gembira mendengar perkhabaran ringkas kami. Selebihnya mungkin mengharapkan tiada sebarang komplikasi dan lain-lain masalah menimpa anaknya. Tak putus-putus dia mengucapkan terima kasih pada kami sambil bersyukur. Dan kemudian dia kembali duduk dengan tenang sambil tersenyum lapang. Meninggalkan kami yang sudah menuju ke lif untuk ke tingkat bawah.

Bahagia

Pengakhiran yang saya amat suka untuk hari ini di sini. Masing-masing meninggalkan lapangan dengan tenang dan puas hati. Begitu juga hati saya. Gembira dapat peluang yang sukar diperolehi, seronok dapat berkenalan dengan staff-staff yang ada dan baik sambutannya, dan bahagia dapat melihat seorang pejuang selamat dilahirkan dengan cemerlang. Everything is perfect! Bahagian Bius terutamanya. ^^

Mungkin hari ini tak banyak pembedahan yang saya ikuti tapi hari ini terlalu banyak pelajaran baru yang saya perolehi. Pelajaran akademik dan juga pelajaran rohani. Memang cukup kenyang!

Ini sebab saya rasa makin lama makin sayang nak tinggal rotation Anaesthesiology. Semuanya menyeronokkan. Malah tak salah kalau saya katakan, saya banyak belajar untuk jadi lebih dewasa dan lebih matang di sini.

 Kena belajar berdikari sebab masuk anaest sentiasa kena sorang-sorang. Belajar yakin diri sebab memang sentiasa kena approach doktor sebab tak semua doktor perasan ada benda yang perlu kita tahu dan dia mungkin busy.

Dan yang paling saya tertarik adalah belajar untuk memahami sebab kita orang pertama yang approach patient yang ketakutan bila mula menjejak kaki dalam bilik dewan bedah a.k.a bilik tempah maut ini. Selalu sangat saya kagum bila ada Dr Anaest yang boleh buat pesakit tenang, lapang dan girang bila masuk dewan bedah ini.

Macam Dr Kegemaran saya - Dr. R. Dia sangat cool! Sangat curious macam mana dia sangat banyak sembang dan sangat funny dengan kami sampai semua patient yang dia handle pun semua jarang nak sedih atau termenung sorang-sorang. Kebanyakannya mesti tergelak-gelak dengar dia buat lawak.

Dan banyak lagi yang saya belajar dalam dua minggu ini.

Everything is so precious!!

Ini adalah catatan pertama dalam hari-hari terakhir bidang ini.

Jangan risau, dalam hati sudah tersemat. Insyallah suatu masa nanti saya akan kembali menyelusuri dunia ini. Amin. Moga Allah permudahkan jalan.

Terima kasih doktor-doktor sekelian
Terima kasih pesakit-pesakit sekelian
Terima kasih juga untuk rakan-rakan sekumpulan (10 dari 21)

Dan paling penting....

Terima kasih Tuhan sebab aturkan segala perjalanan...

Obsesi Bius


Salam

My current obsession.... : Anaesthesia !

Walaupun ada banyak benda yang boleh buat diri sendiri termenung bila tahu apa yang wajib master seperti..

1) Pharma (ergh.... -_-')  ----> eh tapi lama2 main ubat, actually boleh je senang hafal..!
2) Electrolyte + air + udara + benda-benda ber-volume (urffff.... *_*)
3) Graf-graf pelbagai jenis gas (oh my...>_<)
4) physiology yang paling basic yet paling berbelit (those weird names... T_T)
5) ALL system sekali harung ( hahhhh? O_O)


duh... apesal semua yang saya kurang minat ada kat sini nih... Aish...~


tapi......
saya tengok mereka...

1) the way anaesthetiologist rileks kan patient waktu awal-awal masuk OT adalah sangat mencairkan... macam paedi punya orang nak ambil hati budak.
2) sangat-sangat humble. Tak hadap langsung nak glamor.
3) sangat alert macam ada sensor dalam badan. Tengah-tengah senyap, tiba-tiba je pergi perbetul tu, perbetul nih. Mata tajam semedang.. Cool ..!
4) Sambil tunggu dan perhati keadaan patient, boleh rehat-rehat sambil baca buku. Yeah, I like!
5) Since diaorang kena tahu semua system, semua benda yang ditanya insyallah semua boleh jawab. Wow, macam buku teks bergerak..
6) Kerja diaorang macam agak ajaib. Sekejap je boleh tidurkan orang sampai tak ingat dunia dan bila habis operation, tingggg!  bangunkan orang balik.. huiyo..~ (ye lah, sebab ubat je pun sebenarnya. ..)
7) Sangat-sangat berprinsip lagi tenang. Lantak lah orang nak bising suruh itu suruh ini, kalau diri sendiri tahu tak perlu buat, tak payah buat. Nak elak gaduh? Sorok-sorok je buat apa kita nak buat.. (based on my own experience)
8) Penyabar maybe... Kalau tak mesti hangin nak tunggu lama-lama dekat situ sambil bersedia je. Kalau jadi something, maybe la sibuk. Tapi kalau smooth je, memang agak bosan.

Tapi aneh lah,  ramai kawan tak faham, kenapa saya tak tertarik pada surgeon macam saya tertarik pada anaest eh? Haha.. entah! Chemistry maybe? Atau mungkin juga sebab banyak sikap feveret yang saya suka  ada pada para anaest. Surgeon ada je tapi anaest lagi ada. hehe..  Plus, saya dah ada sorang doktor kegemaran kat sana.  =P

atau mungkin jugak sebab anaest ni satu-satunya rotation yang saya boleh buat banyak skill setiap hari berbanding rotation lain. Memang menarik hati lah! Surgery dulu tolong tengok je. Bukan buat pun. huhu..

Tapi macam tak best plak list-list macam ni. Kena cerita fully a situation dari awal sampai habis baru nampak kot. Mau panjang berjela ni karang... =D

Nantilah ! Habis exam nanti akan ada satu dedication entry. ^_^

Yang penting, anaest sekarang macam jadi faktor pendorong lagi kuat untuk menghadap juga benda-benda yang saya kurang suka nak belajar dulu. Terasa macam nak je beli buku-buku anaest banyak-banyak. Erm, tapi anaest kat sini dua minggu je rotation dia.. Tak bestnya ... (T_T)

Takpelah, dua minggu yang paling bahagia kalau nak banding rotation-rotation lepas. Mungkin jugak sebab jarang kena balun dengan doktor. Haah la.. Yer.yer. itu antara yang paling tepat rasanya. ^^,

Apapun, semua ni baru sangat lagi. Ada banyak lagi rotation yang belum diteroka. Siapa tahu nanti ada lagi yang best macam nih....

So, dalam kepala dah ada few considerations to make untuk future:
1. OnG
2. Paedi
3. Anaest
4.. ......akan datang.....

Ini semua perancangan. Ketentuannya kita tengok nanti apa Allah nak kasi.. Insyallah kheir~

^_^

Oklah

Saya exam Anest Khamis nih. Doakan ya~


Jumpa lagi!









Back to the Past : Freshman

Assalamualaikum..



Alhamdulillah dah genap seminggu berada di Irbid Jordan semula sekaligus sudah seminggu juga memasuki dunia baru dalam hidup sebagai pelajar perubatan. Macam tak percaya sudah sampai ke tahun lima. Kalau adik-adik baru asyik nak "wow! akak dah nak habis...", diri sendiri pun sebenarnya " wow! tak sangka dah sampai ke suku hujung akhir study.."

Cerita tentang kisah permulaan tahun lima, Allah rupanya dah tetapkan saya memulakan fasa dengan round subjek Anesthetic (Bius). Agak tersasar dari rancangan dan harapan asal. Tapi betul lah, Dia itu lagi maha bijaksana. Dengan mulanya fasa tahun lima di bawah Anest, saya jadi sangat over excited setiap kali datang hospital.



Mana taknya, dahla doktor teramat baik-baik belaka. Tebuk sekali sekala. Tak payah tahan telinga kena tembak macam time surgery. Lepas tu selalu sangat dapat peluang duduk serapat yang boleh dengan surgeon waktu pembedahan tengah dijalankan. Kalau kira-kira dalam seminggu nih, dekat puluh-puluh pembedahan jugaklah yang dah dapat tengok. Memang superb!

Selain tu, banyak sangat prosedure bius dalam teater bedah tu doktor kasi can try sendiri termasuklah intubation sampai berkali-kali (tapi sekarang still tak pass lagi sbb selalu lambat sgt masuk. huhu..) Sangat teruja dapat buat sendiri macam tu. Itu belum masuk dengan procedure canula yang Dr sangat puji student Malaysia sebab terer dah buat sendiri tanpa perlu Dr. ajar. Thanks to batch MEP7, ketahuilah sumbangan anda di Kelantan haritu sangatlah berharga dan bermakna.

Teringin rasa nak post suasana belajar anest. Tapi nantilah.... (^^,) Pendek kata anesthesia sudah masuk list nombor tiga untuk pertimbangan sambung specialist selepas OnG dan Pedi.. insyallah...

Oh ya, hari ni lepas seharian suntuk join Minggu Haluan Siswa untuk pelajar baru di Jordan sebagai fasilitator, diri rasa terpanggil balik untuk muhasabah diri sendiri semula apa dah jadi sepanjang hampir 5 tahun duduk di Jordan. Adakah tepat mengikut perbincangan dan matlamat 5 tahun lepas atau tunggang terbalik tersasar hala tuju?

Sambil terang pada adik, sambil check pada diri balik. Mana yang terlupa, set semula dalam kepala. Mana yang terlepas, ingat kan balik supaya tak terus terbabas. Memang agak terlambat kalau nak reset semua kembali, tapi selagi belum sampai final exam tahun 6 saya yakin saya masih ada peluang memperbaiki kelemahan yang ada.



Tapi dalam puluhan matlamat yang pernah saya sendiri timbulkan waktu jadi freshman dulu, alhamdulillah saya rasa 65% nya sempurna mengikut perancangan. Yang berbaki faham-faham la sendiri. Mungkin ada beberapa halangan yang masih belum dapat saya lalui dengan tepat dan betul caranya. Takpe, fighting!

Inilah antara kelebihan yang saya rasa bila kita turut serta dalam minggu haluan siswa semula. Siapa kata senior tak payah join dah pun tak pa. Mungkin ya, tapi kadang-kadang bila dah lama jadi senior, kita sendiri tak perasan sebenarnya laluan kita pun rupanya tersalah landasan. Dan dari sini, kita boleh ukur kembali diri.

Malu jugak okay cakap berdegang tapi diri sendiri pun sebenarnya hampir serupa dengan contoh permasalahan yang diberi. Fuh memang sedaplah sebelum talu pada adik, yang paling awal kena adalah diri sendiri. Jadi, dalam masa yang sama :  Adik sedar, abang kakak pun boleh sedar.

So alang-alang masih tahun sekolah baru, marilah bersama-sama tingkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi. Kita adalah siapa yang kita tentukan.

Dan untuk diri saya sendiri : Sila sedar diri selalu lagi setahun dua nak habis. Jangan fikir best boleh terus balik Malaysia, tapi fikir lah betapa besarnya tanggungjawab mengurus nyawa orang yang bakal kita pegang bila dah kerja nanti. Either you are a doctor or you are a murderer.. >,<

Doakan kami semua ya.....~

Jumpa lagi..


Jeju dalam kenangan


Salam

Ini adalah sekadar rujukan link kepada entry yang baru dibuat tapi tak dikeluar-keluar dekat update orang. Apasal ntah. Grr...

Rujuk sini : Travelog Jeju

Sekian, terima kasih

(entry paling simple sepanjang tahun)

Travelog Korea 2011 Part 3 - Sehari Semalaman di Jeju Island


Assalamualaikum..



Alhamdulillah, berkesempatan juga akhirnya nak catatkan bab ketiga. Maaf lambat, hari raya lah katakan. Cuti kan kenalah dimaksimumkan dengan berfamili dan bermasyarakat setempat, betul tak? Hehe..
Ok, back to the track. Selepas 4 hari berteman di Seoul bersama TnT, kami bergerak pula ke Jeju.
Part 3 : Jeju - Sehari Semalaman di Bali of Korea





Sehari Semalam - teringat pulak dengan bebelan tour guide kami dari Yeha Tours..

" Awak tahu tak, Jeju ini 3 kali lebih besar dari Singapore tahu. Jadi mana boleh awak datang satu hari satu malam saja! bla33.."  @(-_-)@     *uhuk, layan je lah.. orang tak cukup duit da...*






Aha, kalau ikut entry lepas, kita berhenti di Gimpo airport jam 12 malam kan? Kita sambung sini.
Boleh bayangkan tak betapa cuaknya kami berempat perempuan melayu yang baru 4 hari duduk Seoul tiba-tiba nak melepak 5 jam di tengah malam buta di Gimpo Airport yang gelap gelita lagi langsung takde manusia lain selain pakcik guard di sana?  Pakcik Guard pesan pergi la duduk hotel mana-mana dulu esok baru datang sebab Gimpo Airport memang bukan 24hours service. Tapi malangnya teksi pun dah pulang. So macam mana? T_T






Maka, nak tak nak kami pun berjalanlah slow-slow dan mengambil keputusan untuk lepak sahaja dalam bilik merokok kat luar sebelah pintu airport tu untuk memastikan keselamatan terjaga la kononnya sebab situ ada pintu even cerminnya kaca nampak dari luar jugak *Nasib baik dah biasa hidup dalam bau rokok kat Jordan, at least bolehlah bersabar kejap dekat situ*






Sambil sembang-sembang dalam bilik merokok tu, pakcik guard datang sapa takpe ke nak duduk sini, bau busuk rokok banyak. Oh, kami tak kisah! ^_^ Dan entah macam mana lepas tu, boleh plak kami sembang-sembang panjang dengan pakcik guard tu. Baik betul dia.. hehe.. dan alhamdulillah lah saya faham jugak apa yang dia cakap sebab dia guna ayat simple yang saya dah biasa dengar. Nak harap bahasa inggeris? Huh, sepatah pun dia tak reti.


Kemudian dia pergi round2 airport dengan guard sorang lagi sebelum lepak-lepak dekat luar sambil mengeteh sebelah pintu kami. Aik. Pakcik tolong jaga kami jugak kah? Hehe.. Kamsahamnida..^^


Yang paling best, dalam setengah jam lepas tu tiba-tiba dia datang masuk dekat kami dan cakap...
" Jomlah masuk dalam airport, korang tidur dalam. Aku kasi. lagipun korang perempuan.."


ha? really? seriyes???!!  Jinjja??!! wah, we love you pakcik! =D


Then dia bawa kami ke kerusi tempat menunggu dekat dalam Gimpo Airport tu. Sambil tu dia terang-terang arah lokasi certain place untuk kegunaan kami dekat dalam airport (in korea)..






" Korang tidur dekat sini ya. Ni mesin minum kopi. Sana tu ada mesin beli makanan. Dekat sebelah sana pulak ada 'hwajangshil'.."


" *alamak*  Ha? Yang lain aku faham, yang hwajangshil tu apa dia? Aku tak tahu.."


" Lah, kau ni kata faham Korea. Yang lain semua kau boleh faham, hwajangshil pun kau tak tahu. blabla3.."


*Hish pakcik ni.. membebel plak dia. Shil dalam arab aku tahu la. Shil korea mana aku dengar sangat dalam tv*


" Ala pakcik, minta maaf la. Tapi series aku memang tak tahu apa shil-shil yang kau sebut tu. Dalam english, apa? "


Kemudian dia terdiam lama. Berfikir barangkali macam mana nak fahamkan kami. Nampak gaya perkataan shil-shil tu agak penting untuk kami tahu. Seketika kemudian muka dia tiba-tiba bercahaya macam ada idea.


"Macam nih...! Kau makan, Kau minum...*sambil buat gaya makan dan minum tangan ke mulut*....lepas tu kau buat yang ini  *badan dia mengiring belah kanan, sambil tangan dia buat gaya ada something keluar dari gluteus maximus*... Ha! Faham?? "


Kami masing-masing terdiam sebelum semua orang serentak tiba-tiba sebut...


" Laaaaaaaaaaaaaaaaa..... Toilet ke??!! " sambil tahan nak gelak.






" Ha betul-betul...! Toilet ! " sambil pakcik tu terkial-kial sebut toilet dalam english.


Erk..Adoi, sakit perut semua orang gelak tengok gaya ala retarded pakcik tu buat body language tentang toilet. Tak pasal-pasal seharian lepas tu, kalau nak pergi toilet kami ajuk balik pakcik tu punya cara. Hehehe.. Lawak sungguhlah tengok dia. Tapi layan je lah. Sekurang-kurangnya pakcik tu sangat-sangat la baik hati lagi lawak orangnya. For sure kami takkan lupa dia sampai bila-bila. Thanks for everything pakcik! Jasamu di kenang! =)



Maka berehatlah kami selama 6 jam dalam Gimpo airport secara tenang lagi selesa. Siap boleh bersiap-siap macam rumah sendiri lagi sebab kami je manusia yang ada. Dan bila airport dan mula buka service, kamilah orang pertama yang beratur dan siap sedia. ^^



Kami ke Jeju menaiki flight murah Eastar Jet. Semua urusan beli semua dah siap-siap diuruskan oleh Yeha Tours seminggu sebelum tu. Jadi kami just datang dan bawa diri. Aneh juga rasa jadi the only foreigners yang naik flight tu waktu tu. Funny pun ada tengok stewardess dari laju-laju sebut 'annhyonghasaeyo' kat setiap seorang tiba-tiba kena tukar 'hello welcome!' untuk 4 orang. Stewardess diaorang sangat-sangat baik dan pesawat sangat comel macam kelas tadika. Lagi best, luggage boleh masuk kargo secara free dan ada minuman free. Air Asia?  Easyjet? Harap jelah..




easter jet punya decoration 
mcam bilik tadika. sedap nak tidur. ;p

colourful...
Dalam sejam selepas tu kami pun tiba di Jeju International Airport. Menunggu beberapa minit di Gate 4, coster Yeha Tours pun tiba. Owh, hari ni seluruh ahli grup kami berjumlah 9 orang. 4 orang Malaysia (kami lah itu) dan 5 lagi chinese singaporean. Tour Guide kami adalah Mr Zin, orang Seoul yang duduk di Jeju dan boleh tahan English-nya. Maka berkenalan lagi kami hari ini. *dan malangnya sekarang dah lupa nama sebab kenal sehari je. aduh.*





museum mini dalam airport
Dan sekarang pengembaraan pun bermula (13 June 2011 - 9.20 pagi) --- West Tour . only.  ~


West Tour of Jeju Island 
Cop! Kita berkenalan dulu dengan dengan Pulau Jeju. Hebat ala-ala  seperti Langkawi di Malaysia, Jeju terkenal dengan tiga frasa -  Seokda (rocks), Pungda (wind), and Yeoda (women). Sebab tu dia dipanggil Jeju Samdado. Sam bermaksud tiga.Da bermaksud banyak.  Do tu macam imbuhan bahasa untuk tempat je. Selain tu, Jeju juga dikatakan Island Of Spirits - tempat suci untuk18000 dewa-dewi dan malahan turut menjadi satu tempat yang penuh dengan folktales, proverbs dan mempunyai loghat yang tersendiri.



Seokda - Rock/Stone : Jeju sendiri terbentuk dari letusan gunung berapi.  Jadi tentulah banyak batu-batunya yang lain dari yang lain. Datang Jeju wajib akan nampak batu-batu macam bentuk orang-orang tua. Paling terkenal adalah batu Dol Harubang (dalam bahasa Korea baku : Harabuji (atuk) ).






Batu-batu ni berfungsi sebagai penjaga dan pelindung bagi penduduk Jeju. Ada jugak yang kata batu-batu ni pun sebenarnya secara literal adalah pelindung penduduk Jeju daripada angin yang kuat. Tapi yang paling tak boleh blah, patung Harubang tu siapa sentuh hidung dia, maka dia boleh beranak dengan mudah. HuH? (o_0)
Harubang-harubang  : simbol pelindung 

Pungda - Wind : Angin di Pulau Jeju memang dasyat. Paling kronik yang dapat saya rasai adalah waktu pergi Saesom (Sod Island). Macam nak terbalik jatuh laut rasanya waktu melintas atas jambatan di situ. Banyak kes sebenarnya orang jatuh laut dekat Jeju. Mr Zin siap pesan banyak kali tolong jaga-jaga setiap kali pergi area laut. Tengok laut bergelora pun dah rasa macam ombak datang nak tarik kata. Takutt. Disebabkan sini banyak angin, ia digunakan sebaiknya sebagai salah satu sumber terpenting di Jeju. Rumah pun khusus ikut angin..


kipas gergasi yang banyak di jeju
angin kuat
Yeoda - Women : Terkenal di seluruh dunia dengan gelaran Haenyeo, wanita pulau Jeju adalah bukan calang-calang wanita. Kehebatan mereka menyelam ke dasar laut tanpa sebarang tangki oksigen dan berdepan dengan ombak ganas, angin kuat dan bahaya obor-obor dan jerung untuk mencari rezeki memang tidak dipertikaikan lagi.Kalau jumpa mereka tengah laut, macam ikan duyung je kelihatannya. ~(**)~


arca Haenyeo - simbol kebanggaan Jeju
Ada satu poem yang terkenal tentang Haenyeo (boleh tengok kat museum dia, tapi sy tak sempat pegi)



Eating with the wind
Excreting with the clouds
Making the waves my home
Farewell to my grieving mother
Farewell to my grieving father
Farewell to my parents and sbilings
Making the Han River Sea my home
Entrusting my cursed lot to continue on
My soul and body was born

Dikatakan dulu lelaki ramai yang dah hilang di laut dan ada satu masa lelaki takdapat ke laut sebab kena cukai, jadi wanita yang free dari cukai dan lebih ramai melebihi lelaki terpaksalah pergi kerja cari rezeki. Maka bila perempuan lebih banyak bawa rezeki pada lelaki, maka timbullah satu budaya anak perempuan lebih diagungkan daripada anak lelaki - sangat lain dari tempat lain kan? =D

Siap ada kata-kata terkenal lagi dari pulau tu



"When you have a baby girl, butcher a pork and throw a party. When you have a baby boy, just kick him hard in the butt.”

Tsk.Tsk.Tsk.. Kesian budak lelaki....

Ok, habis pasal Samda. Ada satu lagi Sam yang juga femes kat sini iaitu Sammu (Tiga yang tak ada). Apa dia yang tak ada tu?  Ha... Tiga benda yang tak pernah ada di Jeju adalah pagar, pencuri dan pengemis. Menurut sejarah, penduduk Jeju adalah keturunan Tamna yang katanya dibuang daerah sebab terlalu kuat berpegang pada nilai diri. *Jeju lebih dulu tempat orang kena hukuman buang daerah* 

Disebabkan situasi Jeju yang kita dah tahu agak susah nak duduk situ dulu-dulu dengan anginnya, lautnya, batunya, dan lain-lain, maka mereka hidup saling bergantung, berjimat cermat dan tekun. Tambahan semua orang kenal semua orang, jadi sikap bertanggungjawab tu sangat kuat. Sebab tu disini takde pagar sebab takkan ada pencuri dan takde pun pengemis sebab semua masing-masing menjaga satu sama lain. Amanah sungguh mereka!
Jungnang - pagar tradisi orang Jeju
Disebabkan takde pagar, untuk mengetahui tuan rumah ada kat rumah ke tak maka diaorang kenalkan konsep kayu palang. Selalunya setiap rumah ada tiga palang. Kalau tuan rumah ada kat rumah, palang semua terbuka. Kalau tuan rumah takde kat rumah tapi still di area tu dan akan balik dalam sekejap lagi, satu palang akan diangkat, jadi tetamu boleh tunggu  Kalau tuan rumah takde kat rumah tapi akan balik pada hari yang sama, dua palang akan diangkat dan tetamu boleh datang semula sehari dua lepas tu. Dan kalau tuan rumah keluar dalam masa yang sangat lama dan tak tahu balik bila, baru semua palang diangkat. Unik kan?


tuan rumah ada kat rumah. Jemput masuk!


tuan rumah takde kat rumah dan balik hari lain. so sila datang semula ya...


tuan rumah takde kat rumah, tapi sejam dua lagi dia balik. jadi sila tunggu.




tiada di rumah selama beberapa jam tapi akan balik hari tu jugak
Ok, sekarang baru kita mengembara.

Pertama sekali , kami bergerak ke O'Sulloc Green Tea Museum. Sepanjang perjalanan, saya perhatikan pulau Jeju ni nampak macam pulau yang sangat-sangat terpelihara alam sekitarnya. Langsung tak sama macam Seoul yang super moden. Jeju lebih kepada kekampungan yang sangat cantik dengan alam sekitar. Pantainya bersih, udaranya nyaman dan suasananya tenang.


O'sulloc tea muuseum


Tiba di O'Sulloc Green Tea, saya seolah-olah berada di Cameron Highland. Macam agak aneh sebenarnya dari pulau yang landai dengan cuaca yang biasa tiba-tiba bertukar jadi sangat sejuk. Rupanya pertukaran suhu ni jadi sebab lambakan kipas gergasi yang ada dekat ladang tea ni. Fungsinya memang supaya suhu jadi sesuai untuk pertumbuhan pokok tea. Sekitar ladang teh ni juga adalah bunga-bunga kuning yang mekar dan arca teko macam dalam Alice in Wonderland.


rombongan tadika
ladang teh dan kipas gergasi



Lebih menarik, di sebelah ladang teh ni juga ada satu muzium teh khas. Disebabkan kami malas nak masuk dalam tengok orang buat teh dan membeli teh-teh yang telah dikomersilkan, maka kami cuma pergi ke bahagian bumbung muzium untuk tengok pemandangan keseluruhan ladang teh ni.


muzium teh
pemandangan dari puncak muzium
Tapi baik jangan tiru! sungguh sebenarnya sangat rugi! rupanya ada banyak acara lain dalam muzium ni, siap boleh testing free lagi. Ini lah akibatnya bila penat sangat dan tak berapa dengar tourguide kata apa. Nasib baik bila kami terawal masuk coster, tourguide kami Mr Zin kasi kami aiskrim green tea yang dia dapat sementara nak tunggu rakan-rakan lain. Dan seriously aiskrim green tea adalah sangat-sangat lazat !!! 




green tea ice cream


Next adalah Hallim Park. Oh ya, lupa nak kasitau. Di Jeju, jarak perjalanan satu tempat ke satu tempat adalah agak jauh. Maka alhamdulillah, dengan ini kami boleh tidur lena sementara bergerak ke satu destinasi walaupun selepas bersembang-sembang dengan semua orang. 


Plus, ni Jeju takde metro. Hanya ada bus dan teksi sahaja (yang mana dua-dua agak mahal). Pendek kata, kalau nak jalan sendiri di Jeju sila bawak duit kepuk-kepuk sikit. Kawan-kawan Singapore kami yang tadi actually dah 3 hari di Jeju dan mereka baru join Yeha selama dua hari. Perbandingannya duit yang habis memang sangat ketara. 10,000 won boleh habis hanya untuk teksi sahaja untuk ke satu dua tempat. Pergh..


Ok, Hallim Park. Keliling Hallim Park ni actually ada dua tiga pantai yang sangat lawa. Tapi kami tak pergi pun sebab Hallim Park pun dah besar sangat nak habiskan.




peta Hallim Park
" Hallim Park, almost 100 thousand square meters, has a variety of gardens that can be enjoyed and divided into 16 sectors including the Tropical Botanical Garden, Washingtonia Palm Garden, Foliage Plant Garden, Palm Tree Garden, and Kiwi Fruit, Jeju Stone and Bonsai Garden, Water Garden, Subtropical Botanic Garden, Bird Garden and much more.

 The most famous tourist sites in Hallim Park are Hyeopjaegul and Ssangyonggul (double dragon) Caves known to be the only two-dimensional caves in the world with wall dan surrounding look like a body of a dragon. In addition, Jae Am folk villagechildren's amusement park and outdoor resort facilities make it enjoyable for both children and adults"   

Tengok? Betapa luas dan banyaknya benda dalam satu lokasi untuk dilihat. Memang wow! Wow! lah kami 
jadinya dekat situ. Oh ye, tiket masuk semua tak payah bayar ye. Yeha tOurs dah uruskan. =)
Hallim Park Bonsai Garden



water garden


dalam gua
Dalam gua ni ada beberapa sculpture lain. Yang paling menarik adalah patung Dr Jin yang menjadi lagenda lagenda dekat sini. Alkisahnya...


" Jin was as schoolboy who one day wandered into a cave. There he met a pretty girl and they played together. After that, Jin went to the cave every day to meet the girl. His teacher noticed he was getting pale, and she found out that the girl was really an old fox in disguise. So she gave the boy a bead and told him to swallow it next time he saw the girl. When he did this, he saw the girl change into a fox. He got scared and ran away. Luckily, he met a man who saved his life, and after that Jin was able to see everything about the human body and even revive dead people. "


Ni patung lagenda Dr Jin dan mutiara merah

harubang 

fumah tradisional hallim park


merak yang sangat lawa!
hundreds of lotus 
taman cactus
palm road

batu penunggu?
mini zoo
garden of stone
Penat pusing Hallim Park yang super grand itu, kami teruskan perjalanan ke tempat makan tengahari yang bersebelahan dengan Cheonjiyeon Waterfall. Seperti biasa, makanan kami adalah makanan korea yang berasaskan sayuran dan seafood. Haemul Dukbaegi kalau tak silap nama dia.  Restaurant muslim di Jeju tak banyak.  So, kenalah tengok betul-betul.
















Tapi sebenarnya geli sikit nak makan kat Jeju sebab kat sini diaorang asyik promote dekat non muslim suruh cuba makanan paling terkenal di Jeju iaitu Heuk Dwaeji (Black Pig). Eww...*pengsan* Lagi tak tahan, Black Pig ni sebenarnya dulu sangat berlonggok dekat Jeju. Orang Jeju pelihara belakang rumah dan diberi makan erm... najis tuan rumah. *yek..! bluuuuuwwek!.. *muntah hijau* Walaupun sekarang Black Pig moden tak makan najis macam dulu, tapi still ergghh saya tak berapa boleh tahan nak dengar. Nasib baik tak terjumpa walau sekor waktu kami datang. (@_@)~pening.


Habis makan, kami bergegas ke Cheonjiyeon Waterfall, 70m sebelah restaurant tadi. Lagendanya disini Cheonjiyeon Waterfall dikatakan sebagai penghubung Syurga (Cheon maksudnya langit) dan Bumi (ji).


vyiuh






Cheonjiyeon Waterfall 















Selain spersekitarannya menjadi tempat orang buat hajat (dengan menyusun batu), kawasan ni juga terkenal sebagai habitat Marbled Eel (Mutae Eel) yang diklasifikasikan dengan monumen semulajadi berharga di Korea. Tempat ni memang lawa sangat-sangat. Breath Taking!!




marbled eel
Ikan kap yang besar-besar gabak
subahanallah...
stream area situ
Habis tu, kami bergerak pula ke Saeseom Olle atau nama lainnya Sod Island. Orang sana kata Sod Island ni dulu asalnya adalah puncak Mount Halla (gunung tertinggi di Korea) yang tercampak ke laut waktu letusan gunung berapi meletus


sod island
Dekat sini lah baru kami nampak dengan mata kepala sendiri Haenyeo tu bagaimana hidupnya. Orang-orang tua plak tu haenyeo yang kami jumpa. Memang kagum lah!




haenyeo baru balik menyelam
haenyeo... *nasib baik dapat capture*
Antara hasil-hasil yang diperolehioleh Haenyeo dari dasar lautan...



gamat?
menatang apakah ini?
siput ..! sedap nih~
Di sini ada jambatan besar untuk kegunaan lalu lalang jalan-jalan rentas laut ke pulau tu. Hujung jambatan ni pula ada railway untuk hiking ke tengah laut (dalam dan satu taman jalan-jalan pusing pulau. Adventure jugaklah dekat sini, Baru naik jambatan dah rasa nak terguling-guling jatuh laut kena sergah dengan angin. Mostly ramai jalan pegang tepi jambatan sebab gayat. Hoho


khi
jambatan yang sentiasa dirempuh angin kuat
orang hiking di atas tebing dan haenyeo di dalam laut
tepi jambatan
Habis lalu jambatan, saya dan Maisarah yang agak suka adventure ambil keputusan nak hiking ke tengah laut sikit. Lalu tebing tinggi yang berbatu-batan tak rata lah kiranya. Memang best even kadang-kadang macam kena crawl and climb sikit waktu nak balik. Tapi Mr Zin dah pesan awal-awal nak hiking kat area ni yang paling kena jaga-jaga, kes orang jatuh tak jumpa-jumpa memang pernah ada, so kami kena pandai-pandai jaga diri. Baik bos! 
peringatan yang kami tak faham. haha..


mari mulakan ~!
Seronok oo hiking ke tengah laut macam nih. Boleh ambil gambar dekat sikit dengan pulau-tak-tahu-nama depan dia. Bila sampai tengah laut plak, boleh tengok pemandangan yang sangat-sangat lawa. Haenyeo tengah laut pun lagi jelas tengok dari atas. Memang sangat rewarding!


dari atas tebing laut


haenyeo di tengah laut
Oh ye, di Jeju waktu ni agak panas. Jadi sepanjang jalan, kami habis berbotol-botol air jus aloevera yang sangat sedap terutama bila baru keluar peti ais. Terima kasih pada AJK TnT yang kenalkan air ni. Dulu tak pernah teringin minum pun, sampai dekat Korea baru belasah macam nak rak sebab sedap sangat. Diaorang kata kat Korea memang femes. Sama jugak dengan milky Soda. Jadi memang sakan minum dua air ni je lah sepanjang jalan. Addicted plak. Hehe..




Ok, sambung. Selesai Sod Island, kami bergerak pula ke Yakcheonsa Temple atau nama lainnya Medicine Stream Temple. Walaupun sebenarnya takdelah teringin sangat tengok kuil, tapi hentam sajalah ikut sekali. Tambahan, kuil ni boleh tahan terkenal walaupun baru dibina. Dewan dalamnya di katakan sebagai yang paling terbesar di seluruh Asia. Corak pembinaan ala-ala Joseon Dinasti yang warna-warni pun macam boleh tahan lawa untuk dilihat.
Mr Zin, our tour guide
warga travel Yeha Tours hari itu... 8 perempuan, 1 lelaki.


wishing pond..baling dalam mulut ikan mcam kat fun fair


tugu perang
pemandangan sekitar temple


temple
Menariknya, ada mitos di sini yang mengatakan siapa yang minum air mata air yang ada dekat sebelah kuil nih, dia konfirm akan datang jeju lagi. Dan kalau tak silap, macam boleh sihat penyakit sebab air ubat katanya.  Huiyoo tapi maaflah saya tak berminat untuk minum. Sebagai student medik yang diajar oleh Dr.... alamak-lupa-nama!  (Microb), terngiang-ngiang kepadatan microb yang pernah diberitahu. Haha. Dan, satu lagi sebab ia dalam temple. So, no thanks~







Yaksu ( The Medicinal Water )
Yang paling saya tertarik tentang temple ni adalah kerana persekitarannya yang penuh dengan buah limau. Macam drama My Sassy Girl plak rasa. Tapi kata Mr Zin, sekarang summer so buah-buah ni semua masam. Winter nanti dia manis. So untuk tahu betul atau tak, ada couple honeymoon dalam grup kami pergi panjat pokok tu dan ambil satu, kongsi dengan kami. Dan keputusannya : Uwekk!! High level punya masam 
macam laut mati punya high level masin! Habis sebotol air cuci mulut. Isk.


boleh beli limau....

atau panjat sendiri ambil. hehe


Next, kita ke Jusangjeolli Cliff. Tempat ni memang superb! Ternganga kami bila tengok tebing lautnya yang 
sebijik macam bentuk sel-sel tumbuhan. Ajaibnya! Subhanallah...~




turun tebing sikit
dah sampai!

aneh kan bentuk dia?


ombak yang agak ganas


Mengikut sejarah, katanya batu-batuan ni asalnya adalah lava yang turun dari Halla Mountain ke dalam laut. Tapi macam mana boleh jadi bentuk gitu, wallahualam. Nampak macam dibuat-buat tapi mustahil lah. Takkan manusia nak ukir sebijik-sebijik macam tu kat laut yang gelora dia masya allah lagi garang dan ganas dari gelora kat Sod Island. Tinggi tahu ombak dia hempas tebing. 





cuba tengok bentuk dia elok-elok
Tengok ombak dia memang agak seram, tapi pemandangan dekat Jusangjeolli Cliff ni memang sangat cantik. Rasa tenang sangat! Tak tahu nak cerita macam mana. Tapi memang lawa lah! Dia ada keunikan yang tersendiri. Siap ada taman lagi untuk main-main dengan arca dolphin yang banyak. Tapi tak tahulah sini ada dolphin ke tak...
tebing curam
Maka, bila selesai melawat Jusangjeolli maka tamatlah tentatif kita bersama Yeha Tours...~


Eh, tunggu...! 


Ada satu lagi tempat boleh pergi walaupun tak masuk dengan Yeha Tours punya trip. Diaorang boleh berhentikan kita denkat Teddy Bear Museum waktu nak on the way balik ke hostel. Tiket sendirian berhad lah. Balik pun nanti sendirian berhad. Boleh tunjuk kad pada pakcik teksi.  




Ok. Dengarnya Teddy Bear Museum dekat Jeju ni adalah adalah the biggest Teddy BearMuseum in the world. Satu perkataan yang boleh gambarkan perasaan kami bila masuk teddy bear museum ni adalah WONDERFUL! Just cuba bayangkan macam mana satu dunia manusia yang semuanya jadi teddy bear. Aww cute....~








Tapi hati-hati. Perasaan anda boleh terguris dengan tiket masuk yang super mahal- 7000 won sorang. Dua kali ganda lagi mahal dari muzium-muzium dekat Seoul. T_T


Uniknya, Teddy Bear Museum ni seolahnya mereka bentuk seluruh bumi kita punya sejarah dengan berpendudukkan teddy bear. Slot fakta sejarah teddy bear ciput je. Yang lain penuh dengan teddy bear yang tengah berposing secara tema. Contohnya tema Life Of Korea macam yang ini... 
Kenduri Kawin
Pengantin Korea Teddy Bear
Tandu bangsawan
Teddy Korea tepi laut
Miss Teddy the Haenyeo
perkahwinan luar negara
orang istana teddy
mari buat kimchi
Dan untuk peminat-peminat cerita Korea, yang paling boleh menterujakan pemandangan tentulah koleksi-koleksi teddy bear drama Goong yang terkenal tu. *Ambik gambar! Ambik gambar!*  


Prince Lee Shin and his teddy : Welcome~!
Hyo Rin, Lee Shin, Chae Kyoung, Lee Yul -version real 
Hyo Rin, Lee Shin, Chae Kyoung, Lee Yul -version teddy 


the royal couple and the junior prince


royal wedding
hyo rin the ballet dancer and the royal couple


Tak cukup dengan bahagian dalam yang penuh teddy bear, bahagian luar muzium pun penuh dengan arca-
arca teddy bear dalam pelbagai keadaan. Jom kita tengok gambar lagi. Lagi best dan lagi cute... ~ ^^

*tambahan gambar : kredit to wandergal punya blog dan google. *


elvis presley


Mona Lisa version Teddy.
teddy bear paling mahal - sebab pakai baju ori LV  tuuu...
The Thinker
You Jump.. I Jump..! W e're on Titanic~
tarzan and jane ?
wow.. the beatles!
horray horray di Disneyland~
hi..! I'm Neil Armstrong~
Opsss.. Marlyn Monroe..!
China famous tomb of soldier..~
' The Last Supper'  painting
ni gerai jual teddy bear...
arca teddy bear kat luar.. ! 
penerbangan pertama bersama adik beradik Wright


Ok dah selesai. Habis jalan-jalan petangnya tu kami cuma pusing-pusing sekitar guest house dan shopping souvenir sikit seperti patung comel harubang, keychain dan juga chocolate Jeju yang terkenal dan sedap selain unik sebab tak pernah dengar ada chocolate kaktus



Dan esok paginya, tepat jam 7 pagi, kami bertolak pulang ke Seoul semula.. (dalam keadaan kurang puas hati sikit sebab tak dapat pergi tengok sunrise kat Sunrise Peak yang super famous itu. sob2.. T_T)

Alhamdulillah. Jeju memang best! Cantik dan menenangkan. Memandangkan kami hanya sempat pusing Jeju bahagian Barat, jadi yang bahagian Timur tak terlawat lagi. Itu pun dah cukup banyak yang kami jumpa. Takpelah. Rezeki setakat ini dulu. Insyallah lain masa, saya memang teringin nak datang semula habiskan semua. 

Pada sesiapa yang berminat, pergilah Jeju! Nak honeymoon pun best kat sini. Memang betul lah apa yang orang selalu cakap. Jeju itu cantiknya umpama Bali atau Langkawi. Memang seronok. Yang tak bestnya cuma kos yang agak tinggi sebab dia memang tak berapa membangun, mungkin sebab nak kekalkan keindahan alam dan sejarah lamanya yang banyak cerita. Apa-apa pun, memang sangat worth kali ini. Saya suka ^_^

More about Jeju? 

1. Why we love Jeju?
2. Yeha Tour in Jeju: West or  East - you choose!
3. 15 must visit in Jeju

K. sekian, last part : alone in Seoul nanti sambung lain kali.. Tak larat dah. Hehe...^^

Jumpa lagi!

Part lepas : 

Part 2 - 4 hari berteman di Korea
Part 1 - First Impression

p/s:


17hb ni (esok) saya akan bertolak balik ke Jordan. Doakan kejayaan saya dalam tahun baru ini ya (tahun kelima). Bye Malaysia! Gonna miss all of Malaysia again...





Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images