Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam


p/s: Tahun ni kami raya kat Selangor.

Three Musketeers

Assalamualaikum...

Kali ini ada si kenit mahu tunjuk muka dalam blog. Bising bajet comel, ok la kita layan kasi can..~

Memperkenalkan..~

THREE MUSKETEERS OF THE HOUSE

Aktiviti Harian :

BUAT HAL SAMPAI KENA LUKU 

PRISONER BREAK

BULI SI KECIL ADIK ANGKAT 

BAJET MUKA MENGADA BILA TAK PUAS HATI

MAIN NYOROK-NYOROK

LUMBA SUSU

MEMBEBEL BILA KENA TINGGAL

BERANGAN JADI ANAK KANGAROO

POSING SAKAN BILA  NAMPAK KAMERA

Sekian, cukup sampai sini. 
Tak boleh lebih-lebih nanti over nak main komputer plak. 

Jumpa lagi!

Saya Rindu Ramadan

Assalamualaikum


Hampir 2 minggu nampaknya kaki sudah menjejak Malaysia. Alhamdulillah rasanya cuti kali ini banyak terisi dengan bahagia bersama keluarga. Menjadi pelajar medik Jordan yang purata cutinya paling panjang hanya sebulan, cuti paling panjang yang sebulan ini (summer) memang sedaya upaya memang mahu dihabiskan dengan bersama keluarga. Agak susah nak keluar. 

Minggu yang kedua pula saya 'kuat'kan diri ke Kelantan untuk bersama-sama rakan sekuliah lain menuntut ilmu skill procedure perubatan yang susah kami dapat buat di Jordan. Perihal aktiviti ini nanti saya kisahkan lain hari. Pendeknya tentang dia, saya sangat-sangat bersyukur. Alhamdulillah tidak sesukar mana mahu membenamkan jarum di tubuh manusia, cuma kadang jadi gerun kalau yang dicucuk menjerit tiba-tiba. =)

Cuma hari ini, terasa nak berkongsi satu benda..

Sepanjang 2 minggu di Malaysia ini, erm... jujurnya saya rasa aura Ramadan macam makin hilang. Terutama kalau dalam berada di luar rumah. Sekarang, saya hanya rasa Ramadan itu di sisi hanya waktu berbuka, waktu solat tarawih dan waktu tengok rancangan TV yang berkisarkan Ramadan. Dan semuanya hanya boleh dapat di rumah. (Masjid lain cerita lah.. )

Keluar sahaja dari rumah...

Di kereta, yang berkumandangnya lagu-lagu raya
Di jalanan, yang digantung-gantung iklan-iklan raya
Di pasar-pasar raya, yang dijual barang-barang raya

Serius, memang boleh lupa diri kalau keluar rumah. Rasa nak raya tu sangat-sangat hebat auranya...

Dush, susahnya diri yang lemah semangat ni nak selalu kuat teringat yang sekarang ni masih bulan Ramadan.

Bulan pulun ibadat
Bulan kejar rahmat
Bulan berubah kuat-kuat

Sampailah tadi waktu tengah jammed teruk dekat Kota Baru, ayah Kak Wan buka siaran satu radio mana entah yang memang langsung tak sentuh bab raya. Lagu Ramadan memanjang. 

Tengah-tengah bosan tunggu kereta jalan macam siput itu lah tiba-tiba macam tersedar balik " eh sekarang Ramadan lagi lah! " walhal sebelum tu masuk KB Mall dah rasa macam esok ni hari raya sebab padat sangat orang shopping raya hari ni. 

Ya Rabbi, macam mana boleh lost nih!

Isk, Ramadan dah la tinggal half je dah. Tak boleh jadi ginih. Kena tukar gear balik nih. Mandom semacam je rasanya sekarang. 'Dok Gerok doh' bak kata makcik Pasar Siti Khadijah. Sayang2x~

Maaf ya Ramadan, aku tersasar sebentar..

Yalla3...~

Mari Imarahkan Ramadan yang berbaki....!

p/s: mungkin juga kita patut beli/download lagu Ramadan banyak-banyak dan bubuh dalam kereta hari-hari kalau keluar biar rasa sikit boleh lawan balik lagu raya yang meng'ganas' sekarang~


jom dengar lagu Rindu Ramadan.
Dulu Ramadan takde, mengada nak rindu-rindu..
Ni Ramadan dah datang, gedik plak kita boleh tinggal dia...
Tak datang langsung kang ha.....!

Set...! 

One...!

Two....!

Go.....!!!!!!!!!!!!!

Ramadan, here I come ~


-wassalam-

**travelog korea yang seterusnya in process*



p/s : updated - MINTA MAAF BANYAK-BANYAK. Gambar sebelum ni double trick photo. Saya tak perasan. *ya rabbi malunye*

Travelog Korea 2011 - Part 2 : 4 Hari Berteman Di Korea

Assalamualaikum..

Selesai Bab Satu haritu, kita masuk pula bab kedua - 4 hari berteman di Korea

Kenapa 4 hari berteman? Sebab 4 hari pertama ini saya berjalan bertemankan rakan-rakan student Malaysia di Korea dibawah kelolaan TnT PPMK seperti yang pernah saya terangkan di travelog part pertama.

Baik, kita mulakan kembara sekarang ya..

Hari pertama, kembara bermula dengan pergi ke Lotte World. Yup, Lotte World adalah taman tema ala-ala Disneyland tapi kecik sikit la dari Disneyland (but still penat kot nak habiskan). Yang uniknya di sini, Lotte World ada dua bahagian : Outdoor dengan Indoor. So kalau hujan, boleh main kat area dalam.

gate Lotte World outdoor
ticket area
peta Lotte World
skate rink indoor

swing-swing up to sky! 
belon udara
cawan-cawan pusing-pusing
Boleh tahan gak la tempat nih. Yang paling adventure rasanya Gyro Drop dengan Atlantis Adventure je kot  kat luar. Dekat Gyro Drop, just imagine kita duduk atas kerusi without apa-apa dinding (tak macam hollywood tower of terror yang berdinding), then di angkat ke langit setinggi 70 meter sampai boleh nampak seluruh bandar area tu (mcam burung je rasa tengok bawah..) pastu dilepaskan gitu je mengejut. Atlantis Adventure Roller Coster plak agak thrill sebab selalu senget nak masuk dalam air.

gyro drop
atlantic adventure
comuter pusing-pusing lotte world
Selain permainan dan adventure, Lotte World ada banyak lagi bahagian yang boleh diteroka macam Korean Folk Museum (saya lupa.. T_T),  Shopping Complex, Parade, dan juga gerai-gerai comel termasuklah yang jual barang-barang theme drama macam bantal ayam My Girlfriend is Gumiho, Patung Dwaeji Tokki Go Mi Nam, rantai Secret Garden dll (okay, part ni siapa yang tengok drama je maybe tahu. hehe ;p )

indoor area
booth drama 
bantal chicken gumiho =)
dwaeji tokki minam~
Lotte World Shopping Complex
Pendek kata fun lah dekat Lotte World. Fun main, dan fun tengok orang. Terutama bila ternganga tengok abang-abang askar main theme park sambil pakai baju celoreng-celoreng yang tak pernah dibuat di negara lain. Kat Malaysia boleh ke? Sempoi giler askar kat Korea.. =P

askar tunggu turn nak main gyro
Habis Lotte World, kami sepakat ke area Sincheon untuk makan tengahari. Di sini ada satu kedai vegetarian yang selalu student Malaysia datang. Menariknya kedai ini adalah sebab semua makanan-makanan korea yang berasaskan daging yang kami tak boleh makan diluar telah diubahusai menggunakan sayur-sayuran tanpa mengubah bentuknya. Jadi maksudnya kami boleh makan makanan korea itu juga di sini~ Yeay!
sincheon area
sincheon lagi..
kedai vegetarian food
On the way jalan-jalan ke Sinchon, terserempak dengan Amirah, satu-satunya pelajar melayu perempuan yang belajar di Seoul National University, iaitu antara 3 university yang terhebat di Korea. The best University di Korea ada 3 - dipanggil rangkaian S.K.Y iaitu Seoul National University , Korea University dan Yonsei University. Nanti lepas makan kita pergi Yonsei University jalan-jalan.

sign board ke yonsei
Ok, balik ke kedai makanan tadi. Our second cuisine, masing-masing menempah makanan sendirian berhad supaya pakat-pakat boleh rasa. Saya memilih untuk mencuba Jjajangmyeon (black bean noodle) iaitu salah satu delivery food yang paling terkenal di Korea. Dan rakan-rakan yang lain pula ada yang menempah Soy Cuttlet, Season Soy Protein (Spicy). Yummy~
soy beef stew
fried udon
beef steak
jjajangmyun
kkochi
Oh ya, lupa nak cerita. Di Korea jarang ada kedai makan jual minuman sekali. Kebiasaannya mereka akan bagi air kosong yang free. Siap boleh tambah-tambah lagi nak banyak mana. Sama kes juga dengan side dish tadi. Memang air-air gas ke jus ke memang takde langsunglah kat kedai makan. Nak, beli sendiri kat luar. oo.. Patut lah diaorang sihat-sihat belaka. Dah la makan sayur banyak giler, air plak air kosong je. Tabik lah!



So, bila dah kenyang maka kami sambung jalan ke Yonsei University. University ni sangat luas, cantik dan redup. Sambil tunggu Iffah solat di taman, kami duduk-duduk berangan jadi student university di sini.
Yonsei University
Yonsei University Park
Ada satu bangunan di sini yang sangat lawa untuk jadi port ambil gambar. Bangunan dia diselimuti daun dan pokok macam istana lama. Cantik sangat kan?

Yonsei university building
Lewat petangnya, kami bergerak ke area Hongdae. Di Korea, 'Dae' bermaksud University. Jadinya, Hongdae ni adalah nama pendek bagi Hongik University. Area Hongdae sangat terkenal dengan nightlife yang sangat hidup! Dekat sini ada tempat lepak-lepak remaja yang sangat pack dengan club, kedai-kedai shopping, restaurant, bar dan lain-lain. Ada juga event-envent khas mcam flea market setiap sabtu.

Hongdae at noon
Hongdae
Hongdae at night
Selain saja jalan-jalan malam tengok sekeliling, antara tarikan utama nak ke Hongdae adalah cafe-cafe unik yang ada di sekitarnya seperti Gio Cat Cafe yang dipenuhi dengan kucing-kucing yang menemani pelanggan makan, atau Hello Kitty Cafe yang sangat hard-die-fan Hello Kitty macam budak tadika. Sambil usyar, sambil makan. *bnyak kali TnT ni kasi orang makan, kenyang tak henti.*
Gio-cat -----> Cat Cafe
erk... banyak giler kucing!
hello kitty cafe 
tandas cafe ! *pengsan sebab comel sangat*
penkek hello kitty~
salah satu sofa dlm cafe hello kitty
decoration ruang cafe
Ada juga satu cafe lain yang kami tak tau nama tapi boleh tahan best sebab kerusi dia kerusi rehat nenek2 yang goyang2 tu dan boleh makan sambil duduk atas buaian tengok bintang dan orang. Tapi Hongdae jangan jalan time malam-malam sangat, agak bahaya sebab ramai orang 'hilang akal' bila dapat alkohol kat sana. Sikit-ikit sudah~ Jom balik...

kedai comel dengan kerusi rehat grandma
Aiskrim sedap!
Next, hari kedua masih bersama Iffah sebagai AJK. Target pertama adalah Nandaemun Market. Agak aneh jugak sebenarnya sebab shopping di awal pagi. Tapi bantai je lah, mana tau kot2 boleh jimat bajet sebab tak berani shopping banyak ke kan. Hehe..
Namdaemun Market Gate
Oh sebelum tu, hari ni kami diajar cara untuk top-up T-money card. Sangat penting untuk jalan-jalan di Seoul. Multifunction boleh pakai untuk bas, untuk teksi, untuk metro, untuk telefon, dan juga untuk beli barang di sesetengah tempat. Memang senang, siap ada diskaun lagi kalau pakai. Pendek kata, rasanya kalau tak bawak dompet duit pun, bila ada T-money card insyallah selamat. ^^,
T-money card
Top-up kad
Sampai di Nandaemun, sebelum kami masuk lebih dalam Iffah ajak kami singgah gerai pancake. Sempat juga sambil tu Iffah tunjukkan pada kami cara nak tanya apa ingredient makanan pada makcik tu. Confirm semua vegetarian sahaja, maka masing-masing ambil satu buat snack sebelum mula shopping. Pancake Korea ada banyak jenis, so saya tak sure yang jenis nama apa. hehe..

ajumma jual pancake
Di Namdaemun, kedai-kedai di ruangan bahagian dalam bangunan adalah jauh lebih murah dari bahagian luar.  Untuk mempercepatkan perjalanan, Iffah bawa kami terus ke tempat barang-barang utama yang kami nak beli dan nak tengok seperti bahagian Hangbok, bahagian souvenior, dan bahagian brooch.

Nandaemun
brooch area 
hangbok area
souvenir area
beautiful hangbok
colourful souvenir
Macam yang saya pernah kata sebelum ni, ada student tempatan adalah sangat membantu. Kami terus dapat pergi kedai-kedai regular yang Iffah selalu pergi which menyebabkan kami dapat banyak sangat diskaun dan barang free yang digelar sebagai 'Service' di sini. Bayangkanlah juga macam mana Hangbok yang harganya 130,000 won tu Iffah boleh ayat makcik kedai sampai dapat 60,000 won je. Woaa, mantap budak nih! =p
Iffah, our chief AJK sedang tawar menawar
Dari pagi shopping sampai tengahari, then bila nak luch Iffah sarankan kami cuba makan delivery bibimbap. Delivery! Yup, means kami makan di tengah2 pasar tu jugak. Without any special place to sit and eat except a row of bench. Duduk bersama ahjumma-ahjumma dan ahjushi-ahjushi lain yang turut sama berhenti menjual sebentar untuk makan beramai-ramai.

Ajushi main catur di bangku tempat kami makan
Saya tak pasti apakah nombor delivery yang mereka pakai tapi untuk encik delivery itu berjaya menjumpai pelanggan-pelanggan mereka di celah-celah ribuan rakyat Korea di Namdaemun yang turut sama menempah delivery, I can say they are very skillfull! Bukan cikai-cikai punya kerja. Habis makan, di tepi dinding sudah ada siap satu peti untuk tempat letak pinggan mangkuk yang digunakan. One time nanti mereka akan datang kutip balik. Sangat tersusun dan terjaga kebersihan. Wow~
ajumma delivery
Op terlupa. Bibimbap - Makanan kegemaran saya di Korea. Saya lebih suka panggil Bibimbap sebagai 'makan sayur berulamkan nasi'. Sayur-sayur dia sangat sedap sampai saya rasa macam dah boleh say bye-bye pada sebarang daging agaknya kalau duduk Korea lama-lama. Orang tak suka makan sayur maybe patut dapat rawatan phobia di sini. Hehe.. *setiap kali makan bibimbap kena terang kat kedai peraturan bibimbap untuk kami*

Bibimbap yang sedap!
Ok sambung jalan. Habis shopping Namdaemun, Iffah serahkah tugas pada Anis untuk jadi travel Guide kami. Next, kami ke Dongdaemun. Sebuah lagi kawasan shopping yang super-duper besar tapi kami malas nak pusing habis. The only thing yang mata kami nampak adalah Gate Dongdaemun dan juga kedai sutera korea.
Dongdaemun - 1st National Treasure of Korea
Syukur Anis tahu mana tempatnya walaupun jenuh gak sebenarnya memusing kawasan pasar borong tekstil di sini yang macam kilang kain yang amat-amat luas sampai boleh sesat. Ni baru area tekstile nih, belum area lain lain. Dasyat. Nasib baik saya student, maka shopping2 ni tak berapa layan sangat. Saya setakat cuci mata sambil calling-calling rakan kenalan di Korea sementara tunggu yang lain borong sutera.

area tekstil yang sangat-sangat luas
hoyeah, dah jumpa kedai sutera korea
See this kedai sutera punya sign? Nampak sangat budak Melayu ramai beli kat sini. Sampai tulis sesuai untuk baju kurung dan baju sutera lagi. Hehe.. (^^
sign bahasa melayu tuh...
Then, ikutkan perancangan patutnya Anis kena bawak kami pergi makan ikan bakar plak. Ha?? Makan lagi?? Oh no!! *pecah perut den*  Maka tak henti-henti kami memujuk Anis untuk teruskan berjalan dan rombak sedikit jadual supaya tak perlu makan dan boleh banyakkan berjalan. Dalam kalut merujuk dan memujuk di tengah-tengah roundabout, sesi bergambar depan gate lama tak pernah miss. Layann..~
Dongdaemun Gate
So, keputusan sebulat suara telah diambil. Maka, hari ni plan yang patutnya tamat dengan makan ikan bakar sebelum ke Namsan petang nanti kami ganti dengan pergi lagi ke 2 tempat. Pertama adalah Cheonggyecheon Stream iaitu satu stream atau sungai di tengah-tengah bandaraya Seoul yang sangat jernih dan terjaga.

main batu tengah sungai
sembang-sembang sambil main air
Site ini sangat terkenal dengan pelbagai festival. Juga boleh jadi tempat-tempat lepak sembang-sembang macam ahjumma-ahjushi ni buat. Mengeratkan silaturrahim kata orang =)
mesyuarat ajumma =p
ajushi jogging
waktu malam yang lawa
waktu ada festival
It's kind of weird actually saya tengok ada sungai yang bersih natural di celah-celah hutan batu macam tu. Even Sungai Kelang pun keladak dia masyallah, tak tahu nak kata. Tapi stream nih...? Kalau bukan sebab setiap kali pandang atas dia akan nampak bangunan yang melata, mesti saya akan ingat saya sedang berada di mana-mana hutan semula jadi yang tersimpan rapi.
uuuu.. ada ikan !
clean clear crystal water ~
Next, mahu pergi Ittaewon. Bukan untuk shopping ya, tapi nak pergi masjid. Alang-alang baru habis makan, eloklah terus pergi masjid ni. Sebab untuk ke satu-satunya masjid di Seoul ni agak perlukan stamina yang mantap kerana ia terletak nun di puncak bukit di area Ittaewon.
masjid itaewon
Ittaewon ni sebenarnya tempat tumpuan foreigner. Sebab tu ramai muslim di sini. Tapi even ramai Muslim pun, sebenarnya Korean tak berapa suka sangat di Ittaweon sebab ia juga tempat tumpuan segala masalah-masalah dunia seperti kelab-kelab malam international, pelacuran dan masalah-masalah yang melibatkan foreigner. Area bermasalah macam ni selalunya di bahagian kaki bukit. Jadinya ayat femes di kalangan student di sini tentang Ittaewon adalah " Bawah neraka, atas syurga" .. Ada faham kenapa? huhu..

itaewon shopping area
kawasan halal food di itaewon
kedai orang muslim
Jarak Ittaewon dari Dongyang, hostel kami ada la dalam sejam naik subway. Kira untuk syabab-syabab nak pergi masjid untuk solat Jumaat misalnya adalah sangat mencabar jiwa raga. Dengan jauhnya, dengan puncak bukitnya. Siapa selalu datang masjid, memang hebatlah! Moga Allah kurniakan pahala yang berlipat ganda untuk usaha korang di sana.
dalam masjid
Masjid Ittaewon adalah satu-satunya tempat yang sangat aktif untuk mengembangkan Islam di bumi Korea. Saya dapat tahu pelajar-pelajar Malaysia juga memainkan peranan yang sangat penting sebagai antara tulang belakang yang membantu usaha ini di sana. Ada yang sama-sama turun mengajarkan Islam kepada masyarakat tempatan dan banyak lagi perkara yang mereka lakukan untuk menegakkan syiar Islam.

multi budaya satu agama - muslim inggeris dan india - di bumi korea
Alhamdulillah Islam nampaknya macam sudah makin diterima di Korea. Setakat yang saya tahu sangat ramai yang datang untuk mendengar ceramah-ceramah, kelas-kelas dan penerangan tentang Islam di masjid ini. Mereka memang buka secara umum untuk semua lapisan masyarakat. Islamophobia tak ada sangat dekat sini. Tahniah untuk mereka yang menabur bakti. Moga jasa kalian sebagai pejuang Islam di bumi asing ini mendapat rahmat yang tak terhingga dari Allah.
tiga bahasa - korea + inggeris + arab
sekolah kanak-kanak muslim korea
Aha, ada satu perkara manis yang terjadi di Ittaewon bagi kami. Siapa akan menjangka bahawa hari ini rakan setravel saya, Kak Pady akan kembali bertemu muka dengan bekas guru sekolah menengahnya, Cikgu Safiah Awang di kawasan masjid ini. Seorang di Jordan dan seorang lagi Malaysia rupanya bakal dipertemukan semula di Korea!
tak sangka ya terjumpa !
Dan lebih menarik lagi apabila Anis tiba-tiba beritahu rupanya untuk hari esok, AJK yang bakal bawa kami adalah Razin yang mana adalah junior Kak Pady dan juga anak murid Cikgu Safiyah. Ya Rabbi subhanallah, cantiknya aturan-Mu!

 Tak cukup dengan jumpa di jalanan, kami bertemu kembali sejam selepas itu di kedai Briyani, menjamu selera di tempat yang sama. Apa lagi, riuh rendah satu kedai bila penuh dengan orang Malaysia. Tambah pula, Anis kenal rapat dengan tuan punya kedai itu, jadi makin riuh lah semua orang berkenal-kenalan sesama kami.

Taj Mahal restaurant
briyani yum2~
Petang itu cuaca agak redup. Tapi sebenarnya ia buat kami cuak. Amat bahaya sekarang ni kalau hujan di Korea. Sebabnya dalam keadaan Jepun tengah diselimuti radioaktif, angin yang bertiup membawa bahaya yang sama ke negara Korea. Jadi bila hujan, bahan yang terkumpul di udara akan turun terkena pada kita. Maka rakyat Korea memang sangat berjaga-jaga kalau hujan sekarang, termasuk lah kami tika ini.
Tapi alhamdulillah, hujan nampaknya sekadar mengacah. Kami terus bergegas bergerak ke Namsan sebelum lewat petang. Nak ke Namsan perlu menaiki bas dan menaiki kawasan perbukitan. Sepanjang naik bas, banyak juga tempat-tempat menarik yang kami lalui.

namsan bus tour
national teater waktu on the way
Di sini lah terletaknya Namsan Tower dan Namsan Park. Namsan Park yang sangat hijau memang port yang best untuk menenangkan minda dan merehatkan mata. Kebetulan waktu kami tiba, ada sesetengah pokok sudah mula mengeluarkan warna merah dan jingga, seakan aroma musim luruh sudah menjengahkan muka. Cantik!
Namsan Tower
On the way naik tower.. lalu taman
green red tree
Di sekitar Namsan Tower ini adalah tarikan utama yang sangat terkenal di kalangan para kekasih khususnya. Kenapa? Kita tengok sahaja..
the 'mangga'-s on the fence
Anis, our AJK cerita tentang mangga-mangga kegilaan couple Korea
Namsan Tower is a Love Tower




teddy bear museum mini



salah satu pagoda di Namsan

Maka, tamatlah hari kedua..

Eh cop! Lupa....~ Malam hari kedua adalah malam reunion juga. Iaitu malam yang kembali menjumpakan saya dengan Min, rakan satu sekolah di Gopeng yang sekarang di Hanyang Uni. Ya Rabbi, reunion sahaja dari pagi tadi =) . Min baru habis exam, jadinya malam ini dia berkampung dengan kami. 4 tahun kami tak pernah jumpa lepas SPM, memang banyak sangat cerita yang kembali kami selak.

after 5 year - I met Min here
Untuk hari ketiga, kami berjalan bersama AJK baru yang seterusnya iaitu Razin, macam yang dah disebut di Ittaewon tadi. Min juga ikut serta sama hingga ke petang. Hahaha, nasib baik ada Min. Boleh nak mengada minta macam-macam sikit kalau ada apa-apa. Nak cakap dekat Razin macam tak berani, hehe. First stop : Gwanghwamun Plaza.




Gwanghwamun ni sebenarnya nama South Gate kepada Gyeongbok Palace yakni istana raja zaman dinasti Joseon. Dulu jalan area Gwanghwamun ni antara jalan paling utama yang terkenal dekat Seoul, tapi sekarang dah dinaiktarafkan jadi recreation centre untuk rakyat kat sana.

jalan depan gwanghwamun gate
Antara major spot kat Gwanghwamun Plaza ni pertamanya adalah arca King Sejong. King Sejong paling famous melalui usaha dia mecipta huruf korea iaitu Hangeul. Zaman dulu, Korea mengunakan huruf Cina sebagai tulisan dan kebiasaannya orang-orang bangsawan je yang tahu huruf Cina nih.
King Sejong
King Sejong ni waktu tu berpendapat yang patutnya semua orang kena berilmu dan belajar, so dia cadangkan untuk wujudkan satu huruf yang katanya khas untuk rakyat.  Jadi tak lama lepas tu, terhasillah huruf Hangeul yang jauh lebih mudah dan lebih simple untuk digunakan secara meluas tak kira semua lapisan masyarakat. Dalam erti kata lain, King Sejong ni berperanan sangat besar la dalam usaha memajukan semua rakyat dia jadi lebih berilmu.

Huruf Hangeul di Muzium
Satu lagi arca yang wujud dekat Gwanghwamun Plaza ni ialah arca Admiral Yi, seorang laksamana Korea yang paling hebat dan paling terkenal ala-ala Hang Tuah di Malaysia. Dikatakan Admiral Yi ni telah berjaya menghalang kemasukan Jepun ke Korea waktu perang zaman dulu melalui kehebatan strategi perangnya sampaikan Jepun lawan 23 kali perang laut dengan Korea, Korea still tak tertewas. Macam Khalid al-Walid je bunyi hebat strateginya..
Admiral Yi statue


Satu benda yang paling kerap orang kaitkan dengan Admiral Yi adalah dia punya Turtle Ship yang sangat selalu dipakai waktu dia menang perang. Walaupun kepala kapal dia adalah kepala naga, tapi disebabkan atas kapal tu dia bubuh satu dome besi, maka jadilah ia seperti kapal berbentuk kura-kura. Kura-kura ni pun bukan sebarang kura je, 'kura-kura' Admiral Yi ni semua orang cuak tengok~

turtle ship

Dekat bawah Gwanghwamun Plaza ni sebenarnya diaorang ada wujudkan Sejong Belt, iaitu pusat budaya yang juga menghubungkan kepada dSejong Centre iaitu dua buah muzium yang bersambung iaitu : the King Sejong and Chungmugong (Admiral Yi Sun Shin) museums.  Muzium dua-dua ni banyak ceritakan tentang kehidupan dua orang pemimpin terhebat ni dan juga sumbangan-sumbangan mereka pada negara.

The Story of King Sejong museum
The Story of Admiral Yi Museum

Ada gak part-part khas permainan yang dibuat untuk tarik perhatian budak kecil. Ada video game tembak-tembak kapal laut. Ada terowong masa. Ada slot gabung-gabungkan puzzle kapal dan ada juga bahagian yang tesying-testing jadi sailor. Kiranya nak didik diaorang tahu kehebatan dan strategi waktu perang lah kiranya. Bestlah pendek kata! Dan yang seronok, sebab dia free.! hehe...

wayang bagaimana korea kalahkan Jepun
miniature King Sejong

Haa, satu lagi! sebelum masuk Sejong belt actually dekat sini ada satu kedai souvenir Haechi. Haechi adalah mascot untuk Seoul. Time sukan-sukan dulu kita biasa nampak rasanya. Haechi ni sebenarnya adalah lagenda mistik lama masyarakat korea yang boleh sembur api dari mulut.

kedai Haechi

Katanya Haechi ni maam penjaga la dari kejahatan dan bad luck. Orang Korea selalu letak patung batu Haechi kat pintu masuk mana-mana tempat  kat sini. Sekali padang macam horror tapi bila dah jadi kartun, comel plak dia. =)

antara salah satu haechi kat luar
kartun haechi
Okay, habis pusing bawah tanah, kita naik atas square balik. Jalan-jalan tengok bunga, tengok orang dan tengok suasana.Kebetulan plak rupanya hari tu Gwanghwamun Square tengah ada rehearsal parade apa ntah. Ramai sangat yang pakai baju-baju traditional. Excited plak kami tengok.
Gwanghwamun Gate dari pandangan sudut square
Longkang air yang bertulis fakta sejarah ?? 

apakah perhimpunan di square ini ye?


ei ! orang pakai baju tradisional! waaa....

costume askar biasa
Seterusnya kita akan masuk pula ke dalam kawasan Gyeongbok Palace. Asalnya nak masuk Gyeongbok ni kena bayar, tapi rupa-rupanya hari kami datang tu ada satu festival something-yang-saya-tak-tau-apa yang ada kaitan dengan rehearsal parade tadi, so FREE! =D
Gwanghwamun Palace
Gyeongbok maksudnya Shining Happiness. Istana ni pernah dibom waktu zaman Jepun dan terbiar selama 250 tahun sebelum diperbetulkan kembali beberapa kali. Tapi sebab Jepun dah musnahkan banyak sangat binaan dia, hanya beberapa monumen besar je yang masih kekal sampai sekarang. (Yang ada ni pun besar giler dah, kalau ada lagi yang dah musnah tu mesti lagi besar..)

Gwanghwamun Hall
Dalam banyak-banyak bangunan yang ada dalam area istana nih, kami hanya sempat pergi beberapa bangunan je. Tu pun tak tau nama apa. Huhu, tu la susahnya berjalan takde buku dekat tangan. Masuk dan tengok je. Tahu nyer idak . T_T (tak tau kenapa, tapi Korea ni susah nak jumpa satu buku khas tentang negara dia kecuali dekat kedai buku khas. Tepi-tepi jalan langsung takde. *tensen*)

Main Hall
rumah apakah ini entah.
Gate luar
Pavillion
other building dalam istana
Lagi satu faktor yang buat kami malas nak masuk jauh ke dalam sebab waktu tu ramaiiiii sangat orang. Rupanya parade tadi tu dah bermula. Apa lagi, terus malas jalan maka kami pun nganga terus parade yang lawa dan unik tu. wahhhhh....~ Ni ada video untuk korang tengok juga..


costume askar pangkat tinggi sket kot yang biru nih..

encik-encik cendiakawan

video
Video Parade masuk istana

video

video persembahan parade

Habis parade, kami berangkat ke National Folk Museum, kat sebelah dalam Palace. Yang ini pun kami dapat masuk free. (hehe, alhamdulillah semua benda free hari ni.) Melalui museum ni kita boleh tengok a glimpse of Korean culture zaman berzaman dari dahulu sampai sekarang. Ada 3 main exhibition dekat sini : 1. History of Korea People, 2. The Korean Way of Life, and 3. Lifecycle of Koreans


pagoda
tugu tanda national folk museum
exhibition baju 
exhibition kasut
duit lama
contoh rumah lama
kimchi making
hiburan korea lama
salah satu sambutan penting dalam budaya korea
Tambah menarik, sebenarnya di sebelah luar museum ni dia ada wujudkan Open Air Exhibition yang ada banyak sangat culture korea dan juga "A street to the past" section yang mana mereka dirikan sebuah jalan ni khas bersuasanakan Korea zaman 60-an dan 70-an. Tapi saya tak sempat pergi yang street tu.

harubang !
apa kah ini? harubang the siblings? 
Sottae (wooden spirit poles with bird-shaped figures on the top) and Jangseung (a pair of wooden spirit posts representing the earthly and heavenly gods) 
rumah tradisional  korea
Next, kita berjalan kaki ke Insadong. Main street utama di sini iaitu Insadong-gil adalah tempat paling utama pelbagai barangan tradisional culture and craft dipamerkan.  Memang tak puas tengok gallery-gallery yang ada. Rasa macam nak beli semua benda je, tapi nasib baik duit takde. Alhamdulillah... hehe..

Insadong 
gallery in Insadong
kedai buat 'halawiyat'  Korea 
Topeng terkenal Korea
 Ssamzie-Gil- satu area di sini disebut 'special Insadong in Insadong'. Maybe sebab orang hairan kot macam mana boleh ada mall yang street yang berbentuk seperti spiral street senget.

Samzie-gil
Min dan Razin seterusnya bawa kami makan di salah satu restaurant di sini. Menu utama hari ini Toofu Kimchi Stew dan Spicy Fried Optocus (atau nama lainnya ala malaysia kami panggil sotong kurita goreng masak pedas! haha.. sama la kan? ) Hari ini kami makan ala korea. Duduk ramai-ramai dekat meja panjang sambil bersila untuk makan atas beranda. Nice! =)

makan-makan lunch
'pinggan' nasi korea - 3 kali ganda lagi kecik dari pinggan nasi arab

Tengah-tengah sabar tunggu Min dan Razin menempah serta menyebut dan me-request do and don't for muslim's food kepada kakak waiter, maka tetiba ada sorang makcik korea kat sebelah tegur kami kerana sangat teruja tengok Malaysian fasih giler cakap Korea macam air kerana anaknya tak reti walau sepatah. Erk, oooo.. dia ni rupanya Korean yang dah immigrate ke US. So dia tengah usaha macam mana nak kasi anak dia nih fasih bahasa ibunda mereka secara cepat dan pantas -  termasuk tanya budak Malaysia. Haha.. kesian betul budak tu malu-malu kucing sebab kena "shame on you!" by mak dia depan kami. ;p

makcik Korea dan anaknya yang tak berapa reti cakap Korea. 
Habis makan, seterusnya ke Myongdong pula. Adeh, tempat shopping lagi~ Cuci mata je la maknanya. Oh, kalau tadi Insadong femes dengan barangan-barangan tradisional, Myeongdong plak adalah kawasan shopping untuk barang-barangan moden.

Myeongdong yang sesak
Myeongdong Cinema
Myeongdong 
Su-Ta-Buk-Su-Kkae-Pae ------> Starbuck Cafe !
Tornado Potato (회오리 감자)
parade di Myeongdong
Sebelum tu, kita solat dulu dekat tangga bangunan sebelum menyerbu ke Tourism Centre untuk menggatal-gatal bergambar dengan baju traditional sementara menunggu kedatangan Jackie.

Seoul Global Culture & Tourism Centre
Testing Hangbok 
Ahnyongg! =)

Petang ini Min akan berganti tempat dengan Jackie sebab dia ada hal. Jackie atau nama Koreannya Young So Im adalah antara rakan penpal saya di Korea. Sebelum ni kami contact by internet, so alang2 saya nak datang Korea, seronok plak dia nak menyambut kami. Tambahan, September ni Jackie akan ke Malaysia sebagai exchange student, jadi kononnya kami bergilir jadi host. Fi Korea, Jackie bawa saya. Di Malaysia nanti, insyallah saya bawa dia.

Jackie and me
Sebagai wanita tempatan yang agak terer bab shopping, maka Jackie turut menjadi sumber pertanyaan tentang barangan korea, kosmetik, kedai-kedai paling murah dan paling best serta fesyen terkini.  Dengan kami, Jackie speaking English. Dengan Razin je dia cakap Korea, senang cakap katanya. =)

Jackie with us
Habis shopping, Jackie bawa kami ke kedai seafood untuk dinner. Fuh, ini first time dapat makan kedai yang masak atas meja customer sendiri, macam dalam tv yang saya selalu nampak. Nasib baik takde sebarang x-pork, kalau tak mesti jenuh. huhu.. Jackie dengan baik hatinya juga telah belanja kami satu beg penuh roti Paris Baugette yang femes di Korea bila dapat tahu kami tak pernah lagi makan roti Korea.(Bila Razin angguk-angguk kata boleh makan, maka kami pun ambil dengan bahagianya.) See? See? Betapa kenyangnya duduk Korea, =p
Razin, our AJK semangat tengok makanan! 
Ini side dish je baru....
Ha... ini baru main course!
Yachaejeon (vegetable pancake) - antara makanan tradisional korea 

Malamnya, skuad reunion sekolah Kak Pady plan nak buat perjumpaan di hotel. Selain Cikgu Safiyah, Kak Pady dan Razin, saya dan Maisarah sebagai warga luar juga join sama. Kononnya murakibbah Kak Pady lah kami. Jeles tengok orang reunion kita takde reunion, maka menumpang kasih pun orait juga. Apatah lagi apabila Cikgu Safiyah belanja semua.*rezeki lagi, alhamdulillah.....* =D Maka tamatlah hari ketiga.

warga reunion (Razin - Cikgu Safiyah- Kak Pady)

Esok paginya pula, awal-awal pagi kami sudah tercatuk menunggu AJK baru untuk hari ini. So today, say Hi assalamualaikum to Luqman, our AJK yang sebatch dengan saya dan Maisarah. Hari ni Luqman kata aktiviti kita ada dua - Nami Island dan juga River Cruise in Han River - dua-dua kena naik ferry. So, today is gonna be a ferry day!

Nami Island Board
naik ferry ke Nami
pintu gerbang Nami Island
Nami Island ni selalunya orang kenal sebab tengok Winter Sonata. Banyak site-site yang memang dah di-ekslusifkan sebagai site perfileman winter sonata untuk orang lawati dan 'lakon'kan semula kalau nak.

papan tanda basikal Winter Sonata ....
...dan ini basikalnya yang dah buruk
laluan ke First Kiss site.....
.....and this is the site!
galery winter sonata
Memang sangat lawa tempat ni terutama waktu winter, tapi time summer ni pun boleh tahan la lawanya. Dengan pokok-pokok yang super duber cantik tersusun hijau oren, Nami Island memang the best spot untuk berkelah dengan famili.

cak..!
Luqman, our AJK and us
autumn in the air
hijau vs oren
lawa tak?? lawa takk??
the best site in Nami !
main basikal jom~
indahnya alam....~
berkelah dengan famili
alolo comelnya anak tolong ambil gambar mak ayah~
Selain site-site winter sonata, dekat sini jugak ada banyak lagi benda yang kita boleh perhatikan. Satu benda yang paling saya notice dekat sini adalah dia punya promorion budaya membaca. Bawah pokok, dalam toilet, tepi kolam dan banyak lagi tempat semuanya ada disediakan satu rak buku dan satu bench. Even siap ada satu arca yang berasaskan buku teks yang menimbun-nimbun lagi.

mari membaca walau di mana jua anda berada
tugu buku



fokus lebih dekat pada tugu buku.. eh, buku betul!

Also in Nami Island - Unicef House yang bergaya dengan modelnya Won Bin, Recycling Workshop, International Book Festival, Art Handicraft Studio, Exhibition Hall dan macam-macam lagi. Solat Zohor kita solat celah pokok je.

uniceff hall
Woon Bin dan kanak-kanak
Nami Historium
tungku tradisional .. siap ada tong sampah love-love lagi.. 
budak kecik susun batu - wishing stone!
pavillion kat nami island
ostrich
recycle botol soju jadi hiasan jambatan
couple yang berjaya dicapture kerana memakai baju couple - kebiasaan di Korea
Rumah lama 
Kalau nak satu lagi priceless experience yang penuh adventure, boleh try buat flying fox untuk ke Nami instead of ferry. Aha, macam menarik je bunyi dia. ^^,

flying fox
Adventure kami ke Nami haritu adalah setakat naik subway 45 minit tanpa duduk *tapi series macam nak patah kaki rasa* sebab subway terlampau pack. Pergi dan balik sama. Siap pakcik-makcik ni buat selamber je duduk ramai-ramai atas lantai, buat mesyuarat pintu kereta api.

ajumma bersila dalam train
ajushi siap tido terus sambi duduk atas lantai
However antara kami berlima, saya kira saya paling bernasib baik sebab selalu dapat duduk awal dari yang lain. Mungkin sebab selalu sedikit terjarak dari mereka lain berempat, maka seakannya saya si budak asing yang takde kawan ni selalu dapat mencuri perhatian, simpati dan kasih sayang dari pakcik makcik yang ada kat train tu. haha.

Berapa banyak kali daa ada ajushi kasi duduk tempat dia (even dia jauh lagi tua yang patutnya lagi kena duduk). Ada sekali juga seorang ajushi yang berjarak selang tiga orang dari saya copkan satu tempat yang dah nak kosong pastu panggil saya suruh duduk. >_<  *uuu... sob2 terharu! I love you lah, ajushi ajumma Korea*  - tapi lepas tu kena buli balik dengan kawan malaysia tak kasi duduk sebab selalu sangat dpt duduk-


Seterusnya, Luqman bawa kami pergi makan kat area Sindorim je sebab kat Nami susah dapat kedai makan yang banyak choice. Adeh, banyak sangat makan ni dah lupa plak apa nama yang ktaorang makan kali ni. hehe..







 Habis makan terus gegas-gegas pergi Yoeido Park untuk solat celah pokok lagi. Terlindung dan selamat. Korea memang open tapi kalau terlampau open sebenarnya still tak berapa diterima sangat. Maka, kenalah berjaga-jaga juga.

yoeido park
Usai solat asar dan terus tunggu habiskan solat maghrib, maka kami pun bergerak ke Han River Park yang betul-betul sebelah Han River untuk beli tiket cruise. Waktu dah menunjukkan jam 7.30 petang tapi park tu masih ramai orang. Ada yang berkelah, ada yang bercamp, berbicycle, berlepak dan bersembang dan berjalan-jalan serta berkejar-kejaran. Teringat yang bersenam time malam.

Dalam pukul 8 kami pun mula naik cruise. River Cruise di Korea sebenarnya agak best berbanding di France sebab kat sini dia siap buat perfomance magic lagi sementara pusing-pusing tu. Jambatan kat Han River ni sama je banyaknya macam kat France. Tapi benda utama yang saya paling tungggu-tunggu adalah The Moonlight Rainbow Fountain!


The Moonlight Rainbow Fountain (Korean: 달빛무지개 분수) is the world's longest bridge fountain[3] that set a Guinness World Recordwith nearly 10,000 LED nozzles that run along both sides that is 1,140m long, shooting out 190 tons of water per minute. Installed in September 2009 on the Banpo Bridge, Seoul mayor Oh Se-hoon praised that the bridge will further beautify the city and showcase Seoul's eco-friendliness, as the water is pumped directly from the river itself and continuously recycled. [4] The bridge has 38 water pumps and 380 nozzles on either side, which draw 190 tons of water per minute from the river 20 meters below the deck, and shoots as far as 43 meters horizontally" 










Lawa kan background tu..
atas cruise
Seoul at night
ada lampu-lampu lagi macam tengah ada concert
63 building
pertunjukan silap mata atas cruise
Selepas dalam 2 jam lebih duduk atas cruise menikmati keindahan alam di waktu malam, dalam pukul 10 lebih alhamdulillah pelayaran kami tamat. Seronok rasa dapat lepas rasa teringin nak tengok fountain lawa  macam tadi. Habis je cruise tu tamat, kami terus balik rumah cepat-cepat sebab nak bersiap untuk terus ke airport malam ni jugak untuk ke Pulau Jeju.



Disebabkan flight kami pukul 6 pagi dan metro di Korea hanya bermula pada pukul 5, maka student Malaysia kat Korea suruh kami lepak airport je terus malam tu. Kena pergi airport plak sebelum pukul 11 sebab bas dan metro semua tamat area tu. Gulp, serius ke nih? Dah la semua kitaorang perempuan, tak pernah plak tu sampai ke Gimpo airport sebab sebelum ni ke Incheon Airport je. Aiseh..

Tapi rupanya alhamdulillah, saranan tu tak sia-sia. Ada banyak sangat benda baru yang saya lalui malam tu. Of course la semuanya yang baik-baik sahaja. Syukur juga Allah tolong jaga kan kami sebaik-baiknya. Apa yang jadi malam tu dan seterusnya insyallah nnti saya catatkan di catatan yang berikutnya ya.... =)

Jadi, sampai sekarang, cukuplah setakat ini dahulu Travelog Korea Part Kedua. Travelog tu travelog jugak, Ramadan janganlah dilupa pula.... ^^,

Ok ya, sampai jumpa lagi di masa yang lain

Assalamualaikum~

Part sebelum ini :
Part 1
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images