Malam Ramadan Pertama - Antara Irbid dan Bandar Hama

Assalamualaikum



Alhamdulillah..

Azan Maghrib hari ini auranya rasa berbeza. Terasa seperti alam sekitar berubah suasana. Ada satu permulaan sedang bermula. Yup, rupanya tetamu kita sudah tiba. Ahlan wasahlan ya Ramadan...~ Syukur alhamdulillah, kita berpeluang bertemu buat kesekian kalinya.

Watu Isya' pula semangat baru makin terasa berkobar-kobar. Tarawikh pertama untuk tahun ini. Tanda bermula kemasukan istimewa ke madrasah tarbiyah Ramadan yang dinanti-nanti. Awal-awal lagi kita dah sedia. Masuk melangkah masjid Taal, hati rasa berbunga-bunga nampak ramai jemaah semakin memenuhi ruang yang ada.

Dalam kepala juga dah berkira-kira apa pembaharuan nak dibuat untuk bulan istimewa ini, seperti tahun baru punya azam pula rasanya. Target pertama : Mahu cuba solat tanpa mengira. Biar tak rasa lama, biar rasa bahagia. Moga-moga kekal sampai ke akhir bulan puasa, insyallah. Amin..

Alhamdulillah, tarawikh pertama ini macam ada nikmat. Terasa sejuk, berangin dan tak penat. Mungkin jugak la sebab memang duduk betul bawah kipas. Tak kisahlah, yang penting hati rasa aman.

Tiba-tiba teringat tahun lepas, waktu menjelajah Syria di bulan puasa. Ber'masjid-hopping' untuk tarawikh terutama di Masjid Umaiyyah memang sangat-sangat istimewa. Rasa tenang yang paling seronok sepanjang tarawikh dalam hidup. Damai rasanya solat berbumbung langit berlantai marmar di tengah-tengah ruang masjid yang berkilau putih dan emas. Berteman burung-burung yang datang menyinggah dan angin-angin malam yang sama menyapa, subhanallah saya tak tergambar dengan kata-kata.

Dalam kerinduan pada Ramadan di Syria ini, memang dalam hati teringin nak ke sana lagi sekali. Tapi bila dirisik-risik berita, Syria masih belum aman sepenuhnya. Dan malam ini, di malam pertama Ramadan yang mulia, saya terbaca berita bandar Hama di Syria kembali diterpa sejarah yang sama buat kali kedua baru-baru tadi selepas 29 tahun peristiwa hitam seperti ini pernah menerpa. Hama diterjah  kereta-kereta kebal yang rakus mencari mangsa gara-gara pemimpin yang gila kuasa.

Dalam kami di sini tenang bersujud mengalu-alukan kehadiran Ramadan dalam rakaat tarawikh yang pertama, hampir 136 warga Hamas telah syahid dan baki yang lainnya mungkin masih dalam bersiap-sedia menghadapi apa sahaja kemungkinan yang bakal tiba.

 - 'Score Dead' as Syrian tanks storm Hama city  -

Masya Allah...

Terkejut saya! Dalam ketibaan Ramadan yang mulia macam ni pun pihak yang bertanggungjawab di sana langsung tidak terdetik untuk menghentikan kerja gila. Padahal setahu saya 'Paklong Syria' tu Islam orangnya. Astagfirullah..

Ya Allah, bersempena bulan Ramadan yang mulia ini kami bermohon selamatkanlah saudara-saudara kami yang tidak bersalah di Syria. Bahkan juga di seluruh dunia yang mengalami nasib yang sama. Berikanlah pertolongan, kekuatan dan kemenangan kepada mereka sebagaimana yang engkau telah tunjukkan dalam sirah-sirah ummat soleh terdahulu... Amin Ya Rabb..

Tak banyak yang saya boleh lakukan untuk mereka sekarang. Mungkin ini antara yang boleh saya sumbangkan. Moga yang terbaca ada kesedaran, moga yang tahu sentiasa mendoakan. Insyallah, dalam keberkatan Ramadan saya pasti Allah tidak akan mensia-siakan permintaan hamba-Nya yang dikasihi. Insyallah~

Selamat Memasuki Madrasah Tarbiyah Ramadan..

Sekian,
Wassalam..

Syita El-mulawwan

Assalamualaikum...

7hb Ogos kali ini insyallah saya akan pulang terbang balik Malaysia untuk cuti summer kami sebelum melangkah ke tahun lima. Walaupun sebenarnya dah jumpa keluarga sekejap waktu transit balik bulan 6 haritu, tetap kali ni saya excited masih tinggi sebab cuti kali ini adalah cuti terpanjang pernah saya dapat sepanjang 4 tahun jadi pelajar Jordan ( puasa 3 minggu + raya dua minggu lebih)  *jakun*  =P

Oh ya! Macam biasa sebelum balik Malaysia, dalam buku nota sudah ada catatan-catatan kecil tentang barang-barang kiriman orang dari Malaysia. Kalau dulu waktu 1st year saya bawa sendiri hadiah-hadiah dari Jordan untuk semua, dah makin lama duduk sini dah makin hilang idea nak bawa apa. Jadinya siapa tempah, dialah dapat hasil di Malaysia. Hehe. ^_^

Antara barang-barang yang kerap saya dan kawan-kawan bawa pulang ke Malaysia adalah jubah-jubah lelaki dan wanita, barang-barang laut mati, lapik meja arab yang stylish liplap-liplap tu, coklat-coklat dan manisan Jordan, buah-buah dan rempah-ratus yang mahal giler kat Malaysia tapi murah ya amat di Jordan dan macam-macam lagi yang kurang ada di Malaysia (kalau ada pun, mahal~)

Tahun ni pun macam tu juga. Cumanya ada pertambahan barang baru yang pertama kali saya kena beli seperti satu set teko aladdin yang tembaga antik tu. Abah teringin. Dulu waktu tengok di Malaysia, harganya cecah sampai beratus-ratus. Setahu abah, benda-benda macam ni kat negara timur tengah senang dapat dan murah. Oh,ok. Saya mana tahu, tak pernah terfikir pun nak tengok kat Jordan. hehe..

Ini yang kayu jati dari Indonesia. Saya cari yang tembaga punya.


Jadi semalam, pusing punya pusing satu Irbid dari Duwar Naseem ke Irbid Mall ke Arabella Mall ke balad semua takde. Mak aih, payah giler nak cari! Kat Jordan (spesifiknya Irbid) tak wujud ke eh? Dah hujung-hujung singgah Mukhtar Mall baru jumpa. Itu pun diaorang ada tiga set je.Nasib baik betul murah (dalam RM60 je).  Gelak pakcik Mukhtar Mall tu sebab dia tahu kitaorang pusing cari tak jumpa-jumpa selain kat kedai dia. Nasib baik kat Irbid ada walaupun susah jumpa, sebab saya malas sangat nak pergi balad Amman time panas-panas waja macam sekarang. Alhamdulillah~


Ha! dan semalam juga, ada satu benda baru yang kami belajar tentang jubah lelaki. Selama 4 tahun membeli jubah lelaki selama ni, kami tahu je yang dia ada banyak fesyen bergantung ikut negara asal jubah tu dibuat dan jubah summer dengan jubah winter lain jenis. Tapi kami tak pernah tahu plak tentang yang ini..

Kami : Pakcik, nak jubah lelaki syita (winter) kaler putih satu!

Pakcik Kedai : Tak de.

Kami : Maksudnya kau dah habis stok warna putih ke?

Pakcik Kedai : Bukan2. Yang kau mintak tu memang tak wujud. Syita El-mulawwan! ( Winter hanya warna-warni sahaja)

Uiks.... Laaa, macam tu ke? Jadi selama ni kalau winter memang takde orang jual jubah lelaki yang kain tebal la ye? Ooooo..... Tak pasal-pasal dekat kedai tu pakcik tu bagi ceramah tentang tekstile plak pada kami. Katanya, waktu winter orang tak pakai kaler putih. Orang pakai jubah yang berwarna-warni. Putih hanya ada untuk summer yang kain licin nipis lembut tu. 

Kenapa eh? Sebab putih tak simpan haba ke waktu musim sejuk?

Owh, begitu. Tak pernah perasan pun. Mungkin winter depan kita boleh tengok, orang lelaki ada pakai jubah putih ke tak. Kalau ada, hanya ada dua kemungkinan sahaja. Sama ada dia pakai baju lain kat dalam atau kemungkinan lagi satu, pakcik kedai tadi merapu. Wallahualam...

Tapi takpe, sekurang-kurangnya saya dah tambah satu info baru tentang Jordan. Nice! =)

Alhamdulillah, semalam dah pusing habis cari semua benda kecuali lapik meja, kurma tangkai, dan fanous (plan sahaja). Bakinya ni cari lepas exam lah 4hb nanti. Doakan ya kami nak exam kali ni. Malas ya amat dah rasa sebab tak sabar nak balik Malaysia. Huhu. Padahal lagi 5 hari je pun. Debar plak rasa. ^^,

Ok, cukup sampai sini. 

Jumpa lagi~ 

p/s : 

Ramadhan Irbid mula 1 Ogos. Ramadan Kareem semua! ^_^









Oasis Buat Mu Dari-Nya

Assalamualaikum..

Salam pagi Jumaat semua~



Semalam kami di Irbid ada menghadiri satu forum sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang akan tiba nanti. Bertemakan "Oasis yang Dinanti" bagi Ramadhan kali ini, forum "Mencari Seteguk Kasih Oasis" membawa kami kembali bermuhasabah akan peri penting persediaan ilmu dan amal dalam persiapan menerima kehadiran Ramadhan kali ini.

Oasis..

Satu kalimah yang apabila disebut membawa kita kepada satu gambaran yang mana wujudnya satu nikmat, satu harapan di celah-celah bahang dan panas sebuah keadaan yang menyesakkan dan menghimpit perasaan. Seakan-akan terjumpa sekolam air di tengah gurun gersang. Seperti nikmatnya asir (jus) syamam bil halib ( honeydew + susu) yang menuruni kerongkong di waktu tekak kering menghadap summer yang memeritkan dan mengeringkan. Tak terungkap nikmatnya dengan kata-kata, kalau nak dihyperbola mungkin boleh dikata seakan-akan telah berada disyurga setelah bertahun-tahun menahan siksa. Wallahualam~

Oasis dan Ramadhan : Perkaitannya jelas melalui keistimewaannya bulan barakah ini dalam kehidupan kita di sini. Ramadan umpama bulan pesta tempat manusia berlumba-lumba membersihkan jiwa setelah setahun mengharungi dunia. Ramadan adalah oasis, tempat manusia-manusia yang penat mengembara kembali mengumpul bekalan menguatkan diri untuk kembali berjalan. Seperti mana terujanya seorang musafir bertemu oasis di gurun sahara, begitulah patutnya kita dalam debar seronok bertembung Ramadan yang mulia.

Semalam timbul sebuah persoalan "Apa yang menyebabkan istimewanya Ramadhan?" Memang telah diistimewakan secara semulajadi oleh Allah atau kita yang mengistimewakan sendiri?

Kata Ustaz, pertamanya kerana di bulan ini turunkan Al-Quran, maka ia menjadi satu bulan yang lain dari yang lain. Keduanya kerana Allah sendiri telah mengistimewakan bulan ini melalui kalam-kalam-Nya dan hadis-hadis dari Nabi. Malah kita sendiri mendengar bahawa betapa selama ini manusia sering berlumba-lumba beramal di bulan ini atas rahmat dari-Nya yang mencurah-curah tak henti-henti lebih daripada bulan yang lainnya.

Serentak dengan itu sebenarnya saya kembali teringat kepada satu kuiz daripada seorang teman:



" Cuba kita renungkan, apakah tanda paling hebat pemurahnya Allah yang tidak pernah ada dalam diri hamba-hamba-Nya? "

Jenuh kami berfikir. Nak kata balasan dan syurga atas amal kita, itu lebih kurang 'macam' manusia : Bos bagi gaji bergantung kepada prestasi kita kerja di dunia ini. Bukan tu. Erm, adakah sebab dia tetap bagi rahmat walaupun hamba-Nya ingkar? Bukan juga rasanya sebab itu 'macam' orang yang tetap buat kebaikan walaupun diuji macam-macam oleh masyarakat sekelilingnya. Apa ya? Yang manusia tak pernah buat, hanya ada pada Dia. Kalau nak kata ciptaan-ciptaan yang hebat, itu lain cerita lah~

Seminit..

Dua minit...

Tiga minit..

Give up! Tak tahu!  -_-'

Jawapannya :
Dalam beramal baik, niat sahaja sudah dapat satu pahala. Kalau buat, dapat 2! Kalau nak buat jahat, niat tidak akan dikira. Kalau buat sahaja baru dicatat satu dosa~


WAHHHHHHHHHHHHHHHHH.........~

Betul lah!

Mana ada bos kat dunia ni yang kalau pekerja dia setakat niat nak buat baik, kerja sungguh-sungguh dia kasi elaun siap-siap. Manusia ini prinsipnya buat dulu, baru dapat hasil. Kalau orang sudah tahu kita berniat jahat, tak pernah jumpa rasanya yang sanggup berbaik-sangka. Entah-entah awal-awal lagi kita dah kena belasah kerana buruknya niat yang kita ada.

Subhanallah!

Tidak terlintas langsung dalam fikiran sebelum ini tentang sehebat-hebat sedasyat-dasyat sifat pemurah ini yang ada pada Allahu Rabbi. Memang sebelum ini kita tahu Allah itu memang sifatnya Maha Pemurah. Tapi untuk sampai ke tahap yang melibatkan niat-niat ini, ini memang confirm infiniti punya sifat pemurah...~

Ya lah, sebagai manusia kita mana tahu niat-niat orang lain dalam hati. Kalau boleh tahu ala-ala cerita Satorare, mahu haru biru rasanya dunia ni. Yang mendengar cuak kentang tahap sanggup lari kalau jumpa, yang didengar pasti tension nak hidup gara-gara semua yang dirasa didengar manusia sekelian ada. Kalau dah kacau bilau begini, sempat lagi ke nak testing-testing siapa niat baik kita bagi ganjaran, siapa niat buruk kita elak-elakkan? =P

Pendek kata, hebat kan Allah kita? ^_^

Nak tambah lagi tanda dari-Nya yang nampak pemurah giga-giga?



Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata :
“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.
(Hadith Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )



Satu huruf tu bang! Satu huruf tu kak! Bukan satu ayat atau satu kalimah. Satu muka surat kecik Al-fatihah 7 ayat tu pun dah berapa puluh huruf nak kira (ada ke yang rajin nak mengira? hehe..).

Kalau dikira darab quran tu yang ada dalam lebih kurang 600+ mukasurat dengan kandungan ayat dalam 6236 ayat (belum campur berapa banyak huruf diguna pakai dalam ayat-ayat yang berbeza pendek panjangnya), berapa billion trillion dah tu agaknya.. wow! @_@

Jadi tunggu apa lagi, alang-alang dah nak bulan Ramadhan nih, mari ramai-ramai kita perbaharui niat dan amal. Ingat ya - niat dapat satu, amal dapat dua! Allah dah kasi peluang ni, pilihan seterusnyanya ada pada kita. Nak ambil atau nak tidak diendahkan.

Sayang tahu kalau kita biarkan. Mana tahu kalau-kalau yang hujung-hujung ini adalah peluang terakhir kita di dunia. Baik kumpul banyak-banyak sebelum sampai waktunya~ ok?

Baiklah, sekian sahaja, selamat mempersiapkan diri menyambut Ramadhan Al-Mubarak~

Ramadan Kareem
Allahu Akram

=)

Our Battle of Ramadhan

Assalamualaikum

Berbaki 5 hari sebelum tetamu dinanti akan menghadirkan diri. 
Dalam hati ada bahagia, tapi dalam hati juga ada rasa resah merusuh jiwa.

12 purnama berlalu, kini kita kembali ketemu
Cukupkah semua persediaan, 
Lengkap sudah kah segala persiapan?

This is our battle of Ramadan, the greatest war of our Imaan

To be a knight of pride
or just a beggar of hunger
It's all depend on your fight
Who is the best to please the Master

Which one we will be?

A warrior or a loser ?



~ MEREKA  DAHULU ~

 “Ya Allah, jika Engkau binasakan pasukan ini (Islam) Engkau tak akan disembah lagi  dimuka bumi ini. Ya Allah penuhilah janjimu kepadaku. Ya Allah, berikanlah pertolonganmu" ( Rasulullah - Battle of Badr)

Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah melainkan kepada-Nya saja. Kemudian, Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang.” (At-Taubah:118 - Battle of Tabuk)

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.” (Al Fath: 1 - Fathul Makkah)
Ada pun diriku, sesungguhnya ia sedang menuju surga. Ada pun Islam, ia mempunyai Tuhan yang tidak akan membiarkannya.” (Saifuddin Qutus - Battle of Ain Jalut )

"Apabila sesebuah rakyat itu mulai menyedari bahawa mereka hanya mempunyai lawan yang satu. Sesiapa pun tidak boleh menjerat atau menipu mereka, malah mereka tidak akan cepat berpuas hati dengan penghormatan (pangkat) yang cuba diberikan. Jika itu berlaku, mereka akan takut terjadinya perang yang mungkin mengorbankan diri mereka dan mereka akan meminta sebahagian harta tersebut untuk diri mereka... tetapi hamba yang ikhlas berkhidmat pasti menghunuskan pedang bagi memisahkannya di antara mereka." 
(Salahuddin Al-Ayubi  - Battle of Hattin.)

"Dibelakang Kita Laut ,Di Hadapan Kita Musuh .Kita Terpaksa Memilih Samada Kemenangan Atau Syahid  .Kita Tak Akan Pulang Tanpa Mencapai Matlamat Itu. " (Tariq bin Ziyad - Conquest of Andalusia)


“Siapa Nuruddin itu, sehingga ia dikatakan demikian? Mudah-mudahan karena (kematian) ku, Allah memelihara negeri ini dan Islam. Itulah Allah yang tiada Tuhan yang berhak disembah dengan hak melainkan Dia.(Nuruddin Al-zinki - Conquest of Harim)

cukuplah bagi kita Allah dan Dia sebaik pemimpin”  (Saad Bin Abi Waqas - Battle of Qadisiyah)

~ KITA SEKARANG  ~

????????????




A point to ponder : 
"Ramadhan bukan bulan kerehatan, tetapi Ramadan adalah bulan pertempuran"

Ya Allah! For thee, let my breath be more pleasant than musk
Ya Allah! For thee, let me be thankful when day turns to dusk
My thoughts and heart are purified, my eyes truly see'
This blessed month, the month of spiritual rhapsody!

( Ya Ramadan - by Noor Syed )


Ahlan Wasahlan ya Ramadan ~

Kalian, berdoalah agar Ramadan kali ini bakal kita lalui dengan lebih baik dari sebelumnya. Amin... 

Perbaharui Langkah

Salam



"If you would not be forgotten, as soon as you are dead or rotten, either write things worth reading, or do things worth writing"  - Benjamin Franklin - 


Semalam saya baru habis hadam buku Rindu Bau Pohon Tin karangan Ustaz Hasrizal selepas selesai ambil bancian Community Medicine di perkampungan Joumha sementara menanti rakan-rakan lain yang belum pulang. Sepanjang pembacaan alhamdulillah terasa niat asal kembali ke Jordan kembali jelas depan mata. Tambah-tambah bila hari yang sama ini juga saya turut berpeluang mengikuti program IFMSA di universiti. Semangat mahu berubah dan lebih tekun belajar makin melonjak-lonjak.

Seperti biasa apabila mula sesi muhasabah diri, mesti seketika saya akan berpaling ke belakang, sedikit sebanyak menyesali masa-masa yang terbuang tanpa sebarang kebaikan ataupun kesedaran. Itu belum campur lagi dengan waktu-waktu pemberontakan diri. Alamak, ruginyaaaaaaaa.....!

Membaca kisah coretan sahabat seperjuangan Ustaz Hasrizal yang menemui Pencipta di bumi Isra' ini, diri rasa terusik betapa selama ini tak pernah terlintas dalam fikiran kebarangkalian yang sama mungkin boleh terjadi pada diri sendiri. Na'uzubillah, minta dijauhkan.

Bukan apa, kalau ditolak tambah dikira-kira banyak lagi benda yang belum saya selesaikan. Bekalan diri sendiri masih belum mencukupi. Tanggungjawab masih belum langsai dihabiskan. Dan masih ada banyak lagi benda yang perlu saya perbetulkan. Kalaulah sekarang ini masa saya tiba, alangkah ruginya saya! (mengikut pertimbangan sendiri) Allahu a'lam~

Maka baru sekarang terasa kembali buka mata. Sebaiknya yang telah lepas saya biarkan sahaja sebagai pengajaran. Yang bakal datang ini yang akan saya genggam sebaiknya untuk saya hadapi dengan sebaik perancangan.

Target kali ini biar kali ini nama saya betul-betul naik di hadapan Dia.
Sebagai hamba yang telah berusaha sehabis daya upaya
Memperbaiki diri
Memperbaiki situasi
Memperbaiki realiti
Menjadi sumber manfaat buat keluarga, masyarakat, agama dan juga ummat.

Sayangnya kalau hidup yang diberi sekadar hilang dibawa angin sedangkan dalam pada masa yang sama diri sendiri terumbang ambing rosak akhlak rosak ibadah tiada pegangan tiada masa depan. Keluarga pula dianak tiri dan masyarakat saja terbiar tak dipeduli. Hidup bagai enau dalam belukar, sendiri sesuka hati. Tak terasakah nanti kalau tiba-tiba ditakdirkan untuk mati, nasib waktu itu macam mati katak yang sama tak dipeduli? (nau'zubillah moga dijauhkan~)

Kita memang manusia yang banyak kelemahan tapi kita juga tetap manusia yang Allah jadikan dengan banyak kelebihan. Apa bestnya jadi manusia yang sedang-sedang? Alang-alang hidup, baik terus berjuang.

Tak semestinya kita nak hebat sampai terkenal di kalangan manusia, tapi sangat-sangat beruntunglah kita kalau nama kita ini terkenal di hadapan Allah nanti seperti Uwais Al-Qarni yang dahulu terkenal di kalangan penduduk langit kerana ketaatannya yang hebat kepada ibunya yang kurang sihat - Kisah 1 dan Kisah 2 .

=)

Jadi, jom kita sama-sama mulakan langkah baru hari ini. Semoga usaha kita sekarang bakal membuahkan hasil yang dapat membantu kita di akhirat kelak. Janganlah takut untuk gagal sebab Allah memandang pada usaha, bukan pada natijahnya. Yang penting, biar kita sama-sama menjadi salah satu sumber tenaga agar kelak di akhirat nama kita tidak ketinggalan untuk mendapat hadiah daripada-Nya. ^^

Ok, cukup setakat ini. Saya nak bersiap pergi penutup program IFMSA dan siapkan case report Community Medicine. Belajar kena sungguh-sungguh baru boleh jadi doktor yang berjaya untuk kepentingan masyarakat dan ummat khasnya, kan?

Selamat bermujahadah semua!


Ganbatte kudasai~

Jumpa lagi~

Fanous fil Ramadan

Assalamualaikum

Tarikh hari ini 18 Ogos 2011 adalah bersamaan 17 Syaaban yang juga bermaksud kita ada dalam lebih kurang 10 hari lebih sahaja lagi nak sampai bulan Ramadhan.

*excited*

Zaman sebelum saya datang Jordan dulu di Malaysia saya sangat-sangat cam bahawa bila datang bulan Ramadhan, mesti TV di Malaysia akan mula pasang lagu-lagu irama background Arab ala-ala zaman dulu-dulu dalam banyak rancangan/segment dia contohnya Jejak Rasul, Mari Bercerita Kisah Nabi dengan kak Wardina (wujud lagi ke nih?) atau pun setiap kali nak mula/tamat slot "Waktu Berbuka Puasa bagi wilayah Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya......". 

Kiranya macam naik jugak lah feeling-feeling Ramadhan sikit sebelum ditenggelami dengan pelbagai iklan-iklan dan rancangan-rancangan nak sambut hari raya walaupun baru puasa beberapa hari. Lepas tu, memang tak nampak sangat dah bulan Ramadhan punya power. Asyik terbayang-terbayang raya je. Pergi mana-mana kedai ke shopping compleks ke mesti lagu raya yang kuat berkumandang.

Sekarang macam mana ye? Last saya puasa kat Malaysia rasanya waktu tahun 2 haritu, itupun last week puasa baru sampai Malaysia......~

Takpelah. Sebenarnya kali ni saya nak bercerita sikit tentang tanda Ramadhan nak datang dalam situasi kami di Jordan.

Di sini, satu perkara yang paling jelas boleh kita nampak bila Ramadhan bakal tiba adalah bila kedai-kedai dah mula jual tanglung Ramadhan atau dalam nama Arabnya ---> Fanoos / Fanus / Fanous 

( plural : Fawanees)



Fanous ni sebenarnya kalau diikutkan adalah tradisi orang Mesir. Tapi sebab selalunya Arab ni dah bercampur-campur di negara Timur Tengah, maka Jordan pun banyak je wujud Fanous ni. 

Fanous selalunya orang guna khas bersempena dengan Ramadhan Al-Mubarak sahaja. Ada banyak sangat bentuk dan warna yang dihasilkan. Maka dalam bulan puasa nanti memang kita akan nampak rumah-rumah dan tepi-tepi jalan raya sangat bergemerlapan waktu malam seakan-akan macam ada pesta. 

Mengikut sejarah, adat guna Fanous ni bermula apabila Khalifah Al-Hakim Bi-Amr Illah terasa malam-malam Ramadhan di Kaherah sangat suram jadi baginda suruh sheikh-sheikh masjid gantung Fanous di tepi-tepi jalan supaya keadaan nampak lebih meriah dan lebih hidup dalam bulan barakah Ramadhan ini.

Ada juga yang kata tradisi Fanous ni mula sebab dulu-dulu perempuan tak boleh keluar sendiri malam-malam, maka mereka yang nak keluar akan diiringi oleh murakib-murakib kecil (budak lelaki) yang akan bawa bersama Fanous sebagai alat yang dapat menandakan kehadiran wanita-wanita tu, jadi dalam masa yang sama kalau ada lelaki tepi-tepi jalan tu semua kena berundur kasi laluan (fuh, dah macama raja plak...)

Ada juga kisah lain kata Fanous ni asalnya kegunaan agama Kristian Coptic untuk raikan Krismas so bila ramai orang Kristian masuk Islam, diaorang bawa masuk sekali adat ni juga. Ada setengah pulak kata Fanous ni wujud sejak zaman Firaun dulu-dulu untuk raikan dewa. Ntah la kesimpulan. Wallahualam mana satu yang betul.

Apa-apa pun, Fanous yang dulunya hanya diperbuatkan dari tin dan dinyalakan guna lili sekarang dah makin variasi dan moden. Versi plastik, kain, ber-lampu bateri semua dah wujud. Siap made in China lagi. Berwarna-warni bagai. Memang lawa habis lah!  Suka sangat tengok bila malam-malam terang benderang warna warni macam tu. Ada feeling lain terasa bila malam Ramadhan datang... 

Ish, ni yang tak sabar  nak tunggu Ramadhan.....~   ^_^

Ahlan wasahlan ya Ramadhan....!



=)

Pengakhiran Baru

Salam





p.s :  

- Minggu ni kelas dah habis, tinggal nak buat tugasan masuk kampung-kampung Arab buat 'bancian' dan siapkan report Community Medicine. 9 kredit hour untuk satu-satunya subjek summer semester nih. *rajin!*

- Tadi baru sudah AGM Permai 2010/2011. Tahniah dan takziah untuk yang turun dan yang naik. Maaf dapat ikut separuh sahaja. Dalam kepala macam ada peledak nak meletup. terTumbang awal. Semoga PERMAI terus hebat di masa akan datang!

- Asyraf, sorry post travelog lambat! Serius sekarang sangat kering idea. Payah-payah sangat, balik Malaysia nanti je lah. =p

- Ramadhan dah nak dekat! =D

- Asyik terfikir-fikir nak ubah macam-macam dalam hidup sampai terrserabut nak mula macam mana. Nampak tu, nak berubah. Dengar ni, nak berubah. Benda-benda simple pun boleh nampak besar. Isk, kan bagus kalau tak tahu benda-benda tu. (Allah, help me!)

- Tapi, Never mind lah! Buat masa sekarang baik ambil slow-slow. Step by step. Yang penting diri sendiri happy. Nak ubah macam-macam pun kalau depressed, tak kan jalan jugak. So, first sayangi diri sendiri! hehe..  Ok, yosh! Tajdid niat~

Ke Arah Pengakhiran Baru Yang Lebih Sempurna !         *macam slogan apa je * ^^,


Jumpa lagi~

To See The World Through His Eyes

Salam...


Hear the silence shout,
highest praise
God to You alone
All creation waits
On Your every word
Where time and heaven meet

Let me see forever
With eyes You've opened
Standing in the beautiful light
Hold me near
Hold me near to You
And let me see the world through Your eyes

In this perfect hour
I am changed
I'll never be the same
Help me follow You
And keep in time with the sound
Lyrics www.allthelyrics.com/lyrics/reuben_morgan/
Of heaven in me

Let me see forever
With eyes You've opened
Standing in Your beautiful light
Hold me near
Hold me near to You
And let me see the world through Your eyes

Hide me in Your love again
Let me hear the songs of Your heart 



I've stumbled upon this meaningful lyric of a song which I believed that it has happened to be one of my wish lately.

To be able to constantly being in a good shape of mind and soul seems quite difficult, at least for me. I'm easily distracted by my surrounding. The people, the atmosphere, the technology and everything. 

Let say if I do feel that I am now in a state of high level of Iman, it is not impossible that after a few hours I'll be back to have such a huge inferiority upon other's goodness and sometimes I may feel I'm not good enough to be with them - I mean the good people.  And the worst part is -  the "Should I back off? " phrase which always keeps haunting me.

Plus, the devil inside also doesn't always behave. It throws tantrum a lot and I admit that I'm struggling to keep myself good and controlling my own body. 

Truthfully, I'm a bit jealous to those who success in being a good Muslim constantly. To keep seeing the world in the eyes of tarbiyah is not as easy as ABC. Me myself, the graph is just like an ECG. To many curve - up and down, slopes and bells. I don't even know why. My own mess maybe..

But lucky me,

Even though it seems to be like I'm-not-quite-a-good-girl, Thanks to Allah for keep bouncing me back to Him. Every time I lost the sparks, He lit it back. Hundred times per day, maybe. He never failed to keep showing me the right path even when my stubborn mule head start to be in action. I'm glad He never stop believing in me. I never knew His plan but I do believe He knows which the best for me.

I don't think I'm the only one in the world has this problem, am I?

So friends (and me myself),
Don't give up! No matter what has happened, just keeps believe in Him. Come back. We might feel that we are the worst creature on earth but that is just our own unique test given by Him. Once we managed to go through it, we still can be the one that He loved. Yup, it's true! 

Let us pray that once He opened our eyes to see His greatness in our lives, may it always be like that forever with us.

Allah knows best.

Ameen..

See ya!
Salam~

- Monologue 2.30 in the morning - 

Hudud dan Qisas di Korea?

Assalamualaikum

Waktu sedang geledah-geledah gambar susun idea mahu tulis kisah kembara, saya terjumpa kembali gambar ini. Gambar yang sekali pandang terus buat pemikiran saya terbang. Seakan nampak ada titik-titik persamaan yang saya perasan antara dua peraturan.

Ini adalah GOJOSEON EIGHT  ARTICLE  LAW , salah satu artifak penting Korea yang tersimpan di Seoul National Museum. Seakan Undang-undang Hammurabi, ini adalah peraturan negara pertama Korea yang pernah wujud di atas tanah bumi sonata.

Gojoseon adalah negara Korea pertama yang wujud pada zaman 2333 SM. Negara yang alkisahnya dikhabarkan dibuka oleh seorang raja berdarah kayangan. Hebat terkenal hingga ke negara China Purba. Katanya terlalu makmur dan aman sampai pagar-pagar rumah tak pernah berkunci kerana tak pernah wujud seorang perompak yang berani menceburkan diri. Pendek kata, peraturan ini sangat  patuh di amalkan waktu itu dan amat berkesan.


Aneh... 

Sekali baca macam tengah mengulangkaji hafal hukum Hudud dan Qisas...

Eh.eh.eh.... tersilap! Kan sekarang (waktu di muzium tu) tengah berada di muzium Korea, melihat-lihat sejarah mereka... Sini tak pernah wujud hukum hudud dan qisas kan? Tapi kenapa saya nampak sama?

.
.
.
.
.
.

Saya yang perasan sendiri atau ia sekadar kebetulan?

Tapi kebetulan tu kan jugak sebenarnya adalah sebuah aturan?

Jadi? 

Apa kata kalau kita sendiri cuba cari jawapan,
sebab saya sendiri pun tengah fikir-fikir lagi untuk mencari apa-apa kaitan.

Yang paling simple boleh saya katakan : Subhanallah, Maha Suci Tuhan yang memiliki Kebijaksanaan..!

From A Listener to A Speaker

Assalamualaikum....



Sebagai seorang orang Melayu yang secara adatnya tidak selalu bercakap banyak di hadapan, berada di tanah Arab merupakan satu latihan yang cukup baik untuk mengeluarkan kita dari kepompong segan nak menyuarakan minda dan pandangan ke khalayak umum.

Kerana asasnya bagi masyarakat Arab berdiam diri boleh membawa mati ( ni seorang lecturer saya pernah cakap. Quote betul-betul dalam arab saya tak ingat. Anybody?). Maka, nak tak nak kena jugak bercakap!

That is good actually.............................. until when you talk too much and fools yourself...

( dalam semua situasi : depan orang @ depan hanya seseorang @ sorang-sorang )

.
.
.
.

Bagaimana? How? Kief?

1) Too much wandering around out of topic
2) Too high pitch of voice yang tak kena tempat dan keadaan
3) Too skeptical

and last but not least - the most important piece...

3) Being judgmental 



Saya tak kisah kalau kita berbincang 2 hala 2 sisi 2 situasi 
sebab saya tahu itu memang jalan untuk kita jadi lebih terang dan seimbang
macam debat yang dibuat untuk cari pandangan yang paling tepat
Habis arena, diri sendiri boleh bertimbang tara mengikut rasa.

Cuma saya terkilan satu,

Bila yang bercakap provokasi tak kena gaya,
Lain yang dibincang, lain contoh yang dibawa
tak cukup perencah, tunjuk pertimbangan (judgmental) sebelah mata

Kamu sebenarnya ikhlas bertanya ke atau saja memprovokasi ya?
Ayat penyataan yang kamu beri, itu saja-saja teka atau memang dah tepat kebenarannya?

Haih, macam manalah saya nak belajar tahan sabar kalau asyik hari-hari kena hadap ayat-ayat macam ni..

Nak tambah lagi contoh ayat judgmental MatLutfi (speaking, gemok, kuruih, hantaran murah)  :

5 - Dia dapat pi??!! Ntah-ntah pakai kabel kot / Takpelaaa, dia orang kaya...
6 - Balik Malaysia tiap-tiap tahun tiap-tiap kali cuti , ni mesti anak manja nih....
7 - Ni pergi Korea confirm hantu Korea kan? Ada ke tempat Islam kat Korea?
8 - Cuba blog tu tulis pasal benda-benda wacana ilmiah sikit. Ini pasal travel lah, hidup sekeliling lah
9 - Boleh pakai ke buat kerja macam tu? Ni bukan zaman-zaman magic-magic atau zaman mukjizat nak buat perubahan mengejut..

blablabla...and the judgmental go on...~

Blurfffff........  *bosan*........

Ini yang saya rangkumkan sebagai 'cakap tak fikir habis'

Bak kata Matlutfi "Saya kagum dengan kepantasan dan kehebatan orang kita dalam menilai seseorang tanpa ada bukti yang kukuh, valid dan sabit".. and malangnya, saya setuju! (only for those judgmentalis)

Never mind, dah nak tahu sangat baklah saya jawab satu-satu persoalan/penyataan yang diberikan. (sebab Matlutfi pun dia menjelaskan gak jawapan sebenar last-last kan?) 

*Maaf saya jawab dalam blog, saya perlukan masa untuk berfikir jawapan yang paling sesuai supaya saya sendiri tak mempersendakan diri sendiri waktu tengah kecamuk*

5 - Dia dapat sebab dia usaha lebih, pandai cari jalan. Dia punya ready nak pergi interview tu macam interview tu exam SPM tahu?

6 - Pernah dengar tak berita mak dia sakit ke ayah dia sakit ke? Tu anak bertanggungjawab tu, tu pasal balik selalu. Biar je lah, kan ke bagus dia tolong mak ayah.

7 - Saya mmg minat korea. tapi bukan smpai tahap obses. Ada je la islam kat korea, Ittaewon khasnya. Walaupun di Korea hanya ada 0.1% Muslim, tapi tetap Islam pernah jejak ke Korea sejak zaman Kerajaan Silla lagi walaupun macam malap-malap. Kita patut ucap terima kasih pada Imam Zubercoch and Abdul Rahman dari Turkey yang jadi pioneer dalam menyebarkan Islam di Korea waktu perang. Kita? Saya sebenarnya tabik spring dengan usaha umat Islam di Korea yang cuba nak bawa Islam di sana walaupun agak susah sampai sekarang. Those yang tak pernah ambil kisah takkan tahu betapa eagernya orang sana nak belajar Islam. Why don't we help them too?  

8 - Pernah tahu tak sasaran blog dia siapa? Mungkin kurang isu semasa atau mungkin kurang ayat-ayat Quran atau hujah yang dikemukakan sebab dia nak cuba tarik orang-orang yang suka terus klik X pada blog-blog serius dan berat. Travel nampak simple tapi dalamnya mungkin ada isi pancing-pancing yang sedang mengumpan readers untuk sama kembali pada Tuhan. Cerita hidup dia mungkin bukan kisah hangat ikon-ikon dunia tapi tetap ada pengajaran yang dia cuba nukilkan supaya jelas apa hikmah perjalanan dunia yang Allah aturkan. Salah ke? 

9 - Memang takde magic, memang takde mukjizat. Tapi Allah kan tetap ada. Jadi atau tak, itu urusan Dia. Yang penting kita usaha. Husni Mubarak yang keras kepala tahap mustahil nak turun lepas 30 tahun naik takhta pun last-last tumbang, kenapa kita nak prejudis dan skeptical sangat dengan usaha-usaha macam ni?

See?

So,
Never judge a person until you have walked a mile in their shoes.

Plus,
"World needs more positive people"

And..!
" Think first before you talk "

Pendek kata,
Saya suka dengar ramai bangkit bersuara tapi saya lebih bahagia kalau suara-suara waja tersebut tak tercemar dengan unsur-unsur yang menyakitkan telinga dan juga jiwa. =)

Sekian,
Semoga kita jumpa lagi lain masa

Wassalam

Ikhlas dari,
Audiens yang mengharapkan perubahan (^^,) 






Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images