buat Ketua Cita-Cita Kami yang istimewa

12:11 PM 4 Comments A+ a-

Salam...


Perutusan singkat buat yang bernama Amira Amalina di Malaysia..... khas di hari kelahirannya yang istimewa..



We may argue and fight.
Sometimes I may be wrong and you right.
Sometimes we annoy each other.
But that’s just the fun of being sister together
Just know that you’re an apple of  my eye.
Hilarious and amazing I won’t deny.
I might sometimes get in your hair.
But just remember, I’ll always be there.
Your annoying, weird big sister.
Who is might as painfully irritating as a giant blister.
But it makes our days as a family fun.
United at times, siblings like none.
You’re really a special sister.
One like no other.
So have a happy birthday, with the thought of how appreciated you are.
And make sure your day is enough to take you far

(anonymous Google)

HAPPY BIRTHDAY my dear~

Ketua Cita-cita Kami,
Semoga membesar menjadi anak gadis solehah yang hebat dunia akhirat..... =)

Lot of love

Kakakmu-yang-tengah-gelabah-nak-exam-surgery-esok,
Ainul Arina Madhiah

p/s: doakan tau!

Tamat in the making

2:24 PM 4 Comments A+ a-


Salam....~

Last entry haritu, bajetnya saya mahu hibernate dari blog kan? Tapi sebenarnya saya hibernate menulis panjang-panjang je kat sini. Dekat tumblr, pengumpulan gambar nya meningkat secara mendadak je sebenarnya. Hehe. =)

Dan, disebabkan harini sangat ramai warga Jordan habis exam (kecuali kitaorang medik tahun empat dan beberapa kerat batch lain), maka saya nak wish TAHNIAH awal-awal kerana dah habis pengajian~ (kecuali yg wajib summer)... Mabruk semua!!! =D

Dan, disebabkan juga wall facebook dah terlampau banyak keluar paparan isi hati warga post-exam yang bahagia jiwa raga nak pulang Malaysia, saya yang belum habis (belum start pun lagi) final exam ni rasa makin berkobar-kobar plak nak habiskan exam dan balik jugak~ ;p

Bagus gak kan? At least, tangki minyak semangat yang macam kering seminggu dua ni boleh penuh melimpah-limpah balik ye dak? ^^

So, sebagai menaikkan lagi semangat nak habis exam a.k.a nak kena pulun study betul-betul supaya markah lawa dan tak payah risau markah teruk, jom kita ber-count down sama-sama......

Ready??!  Go....!



Ting......!



29 MEI 2011

2 HARI LAGI NAK FINAL PEDIATRIK......!




1 JUN 2011

5 HARI LAGI NAK FINAL SURGERY......!


5 JUN 2011

9 HARI LAGI NAK FINAL INTERNAL MED a.k.a MERDEKA.....!





6 JUN 2011

10 HARI LAGI NAK BALIK MALAYSIA....!





8 JUN 2011

12 HARI LAGI NAK .................................? ??!

=) 

" still in confidential " 

TUNGGU.............~


Ok, nk sambung study.
Puntung semangat dah ada api dah.
Mari kita tamatkan baki sem ini dengan bergaya. 

Jumpa lagi...

Doakan kami yang tengah exam ni yer.
Tq

.selamat exam pada yang masih exam.
.selamat balik Malaysia pada yang nak balik Malaysia.
.selamat get ready pada yang ada plan.

Bye!

Yosh~

Blog Hibernate

2:19 PM 5 Comments A+ a-






Jumpa lagi~

Happy teacher's day!

10:31 PM 0 Comments A+ a-

salam...



p/s: tengah nak exam.. wish sy tangguh sat na. nnti pas habis exam 2 jam lagi sy update balik wish. =)

The Future

1:31 PM 2 Comments A+ a-

assalamualaikum



 Pediatrics is about the future and the difference I can make - one child at a time. 

(DR. MARY H. JOHNSON)


.
.
.
.


Semoga kami semua sukses dalam OSCE pediatric minggu depan..

DOAKAN YA....~

OSCE Pedi             : 15 May 2011
Mini OSCE Pedi  : 16 May 2011
Final Pedi              : 29 May 2011

Tak Sedap Hati

8:19 PM 5 Comments A+ a-

salam..



Bila hati saya rasa tak sedap, selalunya maknanya ada sesuatu antara ini yang mungkin berlaku ....

1) Stress
2) Orang Malaysia tertanya-tanya lambang lama tak call
3) Ada buat salah pada sesiapa
4) Lama tak fokus pada Allah
5) Baru lepas mimpi sesuatu yang menakutkan atau mendebarkan
6) Something bad is going to happen

Apa ya?

Erm, yang kedua tu mungkin boleh exclude. Sebab baru dua hari lepas call. Takkanlah kan?

Mungkin yang pertama barangkali. Yup, sebab exam Ahad nih! Ok,. Berkemungkinan sangat tinggi~

Dalam semua ni, saya paling takut yang nombor 6. Sebabnya dulu pernah terbukti jadi waktu saya di tingkatan 3. Dua hari saya tak senang duduk di asrama. Lain macam rasanya. Last-last terus telefon rumah. Akhirnya baru pecah rahsia arwah adik waktu itu sedang nazak di hospital tanpa pengetahuan saya. Ya Rabb, saya takkan lupa perasaan itu selama-lamanya. Sangat azab terkejutnya. Na'uzubillah. Mohon dijauhkan~ Amin.....

No. 5 boleh jadi, sebab tadi termimpi adik tertimpa sesuatu di Malaysia. Ya Allah, mohon dipelihara keluargaku di sana. Insyallah kheir, Dia kan ada. Amin...

No 4 pun sama. Boleh jadi juga dalam fatrah exam begini. Kadang-kadang hati jadi terlari. Khusyuk sangat baca buku sampai lupa tugas hamba sendiri. Astagfirullah. Mohon dijauhkan. Hanya Allah sebaik-baik penolong dalam kehidupan kita. 

No 3.... erm...isk, ni yang lemah nih. Kalau saya tahu bolehlah saya nak minta maaf. Kalau saya tak tahu? Alamak... macam mana nih? Ok, kita letak lah status fb minta maaf ke apa ke kot boleh jadi better. Or jom doa ramai-ramai supaya kalau ada salah yang kita buat kita boleh ingat dan orang yang kecil hati dengan kita dapat memaafkan kesalahan kita yang kita tak ingat. Amin..........

Insyallah kheir, insyallah....

Macam aneh kan?

Tapi sungguh, saya sangat percaya dengan gerak hati. Seolah-olah hati itu ada deria yang tiada pada anggota lainnya. 

Cuma kadang kala susah untuk kita teka apa sebenarnya yang hati tahu dan rasa.Mungkin sebab kunci hati hanya ada pada Allah yang Esa, jauh dari jangkauan kita. 

Sebab itu bila hati terdetik sesuatu, jangan terus tidak dihiraukan. Mungkin padanya ada sesuatu petanda yang hendak disampaikan...

Yang paling penting, teruskan bertawakkal pada Tuhan~ 

“ Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk. Kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, karena sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia) "
Ali Imran (3: 8) 


P/S: Doakan kejayaan kami yang sedang ber-imtihan di sini ya ..

R.E.S.T

9:23 PM 0 Comments A+ a-


Assalamualaikum....

PROLOG...

 {  REST at KAHFI~ }

Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): Insya Allah dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah: Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini. (24) 


di sini ....

aku temui bukti tuhan yang memberi ketenangan
aku berkenalan dengan makhluknya yang memberi kekuatan
aku memperoleh jawapan untuk sebuah persoalan

“Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk; dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata: “Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran”.

(Surah al-Kahfi 18: 13 – 14)

bersambung.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Buat mama....


God's Masterpiece is Mother

God took the fragrance of a flower...
The majesty of a tree...
The gentleness of morning dew...
The calm of a quiet sea...
The beauty of the twilight hour...
The soul of a starry night...
The laughter of a rippling brook...
The grace of a bird in flight...
Then God fashioned from these things
A creation like no other,
And when his masterpiece was through
He called it simply – Mother.

(Herbert Farnham)


wassalam..

Never Get Tired Of...

4:14 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum...

*sambung sesi cabaran ... selang satu hari kejap.. terus ke 29...*

Day 29 – Something you could never get tired of doing.





~ ...........D.R.E.A.M.I.N.G............. ~










Dreaming  =  berangan  berimpian!

Hidup tanpa impian adalah hidup yang kosong tanpa arah tujuan...

Sama seperti bola dalam sukan. Kalau tidak ada tiang gol, tidak ada arah tendangan dan tidak ada semangat mahukan kemenangan, apa lagi yang tinggal untuk kita sorakkan?..... Kosong.

Tapi andai kata kalau sudah berjaya capai impian?   ........ Cari sahaja lagi impian baru~

Saya?

Impian tak pernah hilang. Cuma ada ketika impian-impian yang ada makin minta diperbaiki, dinaik taraf ke tahap yang lebih tinggi. Agar langkah perjuangan tak perlu terhenti walaupun kadang kala tersungkur tersadung dan tertiarap sepi. 

Alhamdulillah di sekeliling saya penuh dengan manusia-manusia yang banyak mengajar erti kehidupan. Anak-anak muda yang penuh wawasan walaupun baru berusia suku perjalanan. Kesannya saya sering terpantul sendiri kembali berkoreksi akan kelemahan diri yang membukit tinggi.

Mari jadi lebih baik
Mari jadi lebih baik
Mari jadi lebih baik

Walau siapa pun kita, Dia masih kurniakan masa dan peluang untuk beraksi lagi. 

A perfectionist will never be perfect.

Ya!

Tapi....
tak salah untuk kita bercita-cita menjadi lebih sempurna. Lebih baik dari hari-hari sebelumnya.

Plan.Work.Plan.Work..Plan.Work.

Plan your work
Work your plan

Success will then be in your hand~ Insyallah..... 

Masih belum berjaya? 
Cuba lagi. Cuba lagi. Cuba lagi.

Siapa tahu tiba-tiba langkah keseterusnya ini lah akhirnya yang membuahkan segala hasil yang dicita~ 

=)

Apapun,

Terima kasih kakak adik sahabat PINTAR 2011..

Kisah 1 tahun dan 2 tahun kalian hasilnya teramat tinggi
Seakan tak tertanding dengan kisah 3 tahun diri sendiri
Mungkin ada sesuatu yang kurang saya sedari
Atau ada sesuatu yang Dia mahu saya pelajari
Tapi yang penting, hari demi hari
ada kemanisan yang saya kecapi
ada pembaharuan yang saya harungi..

Apakah untuk yang seterusnya saya perlu berhenti atau kekal bersama meneruskan misi? 

Tetap,
Saya tidak sempurna tapi saya juga tak akan berhenti dalam usaha memperbaiki diri ~

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)


p/s: 

1. I do wanna be like the Bakawali ------  Tersendiri, berani, berseri, bernilai tinggi. Pendek kata tak perlu takut untuk menjadi manusia berprinsip yang tidak sama dengan arus sekelilingnya. 
2. Teringat Bakawali, teringat rumah sendiri...  Nak balik! T_T
3. Sayang PINTAR... TF, S, DA? lagi lagi lagi lagi lagi sayang! =) 






Dhuha Untuk Kita

11:44 PM 0 Comments A+ a-


Salam..

Pertama kali mendengar lagu ini, hati rasa tertarik. Kisah hidup pakcik basikal yang tabah tu cukup mengesankan. Liriknya macam familiar, seakan sebuah doa. Bila geledah-geladah, laaaa.... patutla macam kenal. Ini memang maksud doa dalam solat dhuha.. 




اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ .




Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.







.
.
.
.

Pendek kata kalau risau,  jangan putus asa....
Tak cukup yang 5 itu, Dia masih hadiahkan Dhuha untuk kita
sebagai tanda kasihnya yang luar biasa..

Ganbatte ne!

^_^







Doakan kami ya ~

OSCE Pediatrik           : 15 Mei
Mini OSCE Pediatrik   : 16 Mei
Final Pediatrik              : 29 Mei
Final surgery              : 1 Jun
Final Internal Med      : 5 Jun

dan doakan juga senior-senior kami yang sedang final di sini..
serta rakan-rakan kami yang lain juga~

BITAUFIQ SEMUA~

Terus rebut!

9:05 PM 5 Comments A+ a-

Assalamualaikum

" Dr, macam mana ya Dr  boleh ada masa nak buat kerja-kerja lain selain perubatan macam tulis buku dan bisnes dan sebagainya?? Bila agak-agak masa yang realistic Dr agak  boleh buat kerja lain bidang ni? "


" mmm.. Entah. Takde pun sebenarnya. Saya nampak peluang, terus saya grab... Unpredictable. Rezeki.... " -Dr Zabidi Azhar, Fiqh Medic 2011-


.
.
.


oooo.... 
See? See? Siapa kata Dr takde life lain? 


Yang penting, kena la bijak merebut peluang~  DAN ada kehendak dan kemahuan..! =)


.
.
.


Alhamdulillah,  baru-baru ni berjaya lagi menyelit  turut serta dalam terbitan antologi Gema Membelah Gema 16 terbitan Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA). Syukur terpilih. Alhamdulillah...


Sukar sebenarnya saya rasa nak mencapai tahap rakan-rakan yang lain yang rajin menghantar karya ke media. Tengok karya masing-masing pun rasa macam dah inferior. Haha, tu lah. malas membaca lagi! 


Takpe.Takpe. Kita buat slow-slow. Utamakan yang lebih utama. Ni buku Nelson pun tak habis khatam lagi. Lecturer notes ada lagi suku tak sentuh. Exam 15-16 Mei ye Cik~ Time cuti nanti kita pulun habis-habisan bab ini. 


Okay 


see ya!


Wassalam~


p/s: bukan ke dulu senior fahd razy sangat gilang gemilang buat buku dan menang macam-macam time dia jadi H.O ?? H.O tuuu.. H.O!  So, Siapa kata H.O tu zombi hospital ? hehe... 

Cara men-smash Sarcasm

9:10 PM 0 Comments A+ a-


Tak ramai rasanya manusia yang mampu berdepan dengan sarcasm secara bijak. Ah, saya pun sama je sebenarnya. 

Kadang-kadang bila sekali kena, ada dua perasaan yang selalunya akan muncul. Either mahu mati kena tembak terus menyorok dalam kubur atau rasa terus mahu lancarkan perang dunia ketiga. Adeh.. 

Macam mana ya nak hadapi ia dengan sangat tenang dan cool?

*Tiiiiiiink ...idea! *

Oh, ada satu yang kawan saya pernah praktikkan... erm, actually dia terbuat je.. tapi berjaya~

Kawan : (tension) Dr, sorry. Aku tak sempat habiskan history sebab mak patient not co-operative.

Dr : (dalam english) Owh takpe, nanti aku bagi kau ulang tahun empat, then tahun depan boleh jumpa balik makcik tu lengkapkan history.

Saya : (aduh, giler dalam doktor nih tikam)

Kawan : (dengan muka innocent dan sengih gembira) Baik Dr. Insyallah~

Erkkk! Aduh.aduh. Saya nampak Dr punya muka sangat terkejut macam terlanggar dinding. Aaaaa.. habislah.... Dr dah tengok semacam dengan kawan saya nih. Fuh.fuh. jangan la bagi Dr angin tetiba. Takutnya.. Tapi anehnya, Dr jadi macam pelik je tengok kawan saya. Terdiam terus Dr lepas tu.

kat luar......

Saya : Weih, berani betul ko menjawab macam tu. 

Kawan : Ha? Ha? Aku jawab apa plak?

Saya : Tu yang insyallah bila Dr kata nak bagi ko repeat. 

Kawan : La... yeke? aku salah dengar la nih? Aku ingat Dr kata takpe, next time boleh jumpa lagi makcik tu. Aku tak perasan pun yang ayat repeat year tu.. Haha. nasib baik aku salah dengar. Tak rasa apa-apa pun sekarang.. Hehehe.. 

Saya : Haaaaa??? -_-'

Okeh, kesimpulannya sarcasm boleh di-smash semula dengan cara buat-buat tak paham dan selamber kan sahaja diri jadi innocent. 

p/s: Tapi pilih orang dulu! Takut-takut karang jadi nak stop, ternaikkan volume plak. hehe=) 

Wassalam..~








Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *