April Rainy Dawn

6:17 PM 0 Comments A+ a-

 " LOST IN AN APRIL RAINY DAWN "


.
.
.
Fallen into a reverie midst
a soul of blitzed doesn't seem exist...
.
.
.
Between the tears of the rainy dawn
My rhyme of chime is now has gone...
.
.
.
.
.
.


>_<


.
.
.
.
.
.
.
.




But hey don't go and listen first!
cuz I still believe this is not a curse
It's only just a moment of flop
before we can go back to the top...


=)


as all of us had always know
a famous proverb a long time ago


" March winds and April showers, will always bring forth May flowers."


*****************************************************************************

Chiisana Tenshi no Kazoku:

Pause sebentar...

*****************************************************************************

Laporan berita terkini:-

Untuk kali ke berapa anehnya Jordan tahun ini, bulan April pun masih ada hujan tak henti-henti. Hari ini seharian, semalaman ia datang menjenguk kami. dan tadi hujan meneman saya yang tak dapat tidur tanpa sebarang alasan. Nak belajar pun macam tak keruan, cuma nasib baik malam tadi targetnya sekadar report pediatrik yang minta diberi perhatian. Alhamdulillah selesai satu, tinggal lagi dua berbaki. Insyallah bakal siap hujung minggu ini.

Sepanjang melayan suara guruh dan hujan seketika, saya cuba bawa diri mencari apa pucuk pangkal kali ini rasa kembali bersendiri. Tapi tetap gagal. Yang berjaya hanyalah bait-bait prosa yang tiba penuh payah menggambarkan rasa. Tak apalah, semoga pagi subuh ini yang bakal berbekal sarapan sirah Umar Al-Khattab akan bawa kenyang pada hati.

Hari ini di Irbid ada:
1) Pilihanraya PERMAI
2) Seminar Fiqh Medic

Selamat turun padang semua~ ^_^

wassalam..

Sopo Sing Reti Ngomong Jowo, Mentu Sini Disik....

7:27 AM 7 Comments A+ a-

Assalamualaikum..

~gambar milik haji google~


Baru-baru nih, keluarga Sabak Bernam ada buat grup facebook untuk kumpulkan semua generasi kami. Memang ramai sungguhla nama-nama yang dah tak berapa kenal. Dah dekat 5 generasi, salasilah pun makin berkembang macam ranting pokok. 

Best gak sembang tiap-tiap hari dengan sepupu sepapat kat situ. Iye lah nak jumpa setahun sekali pun payah benar. Saya balik, diaorang tak balik. Diaorang cuti, saya tak cuti. Sampai ada yang dah bertahun-tahun kot tak jumpa. *rindunya~*

Satu lagi kelebihan bergrup macam ni sekarang ialah saya tak perlu lagi risau bahasa jawa berkarat besi tembaga. Hehe.. Semua dalam tu semua speaking habis. Saya dan beberapa kerat yang duduk luar kawasan Sabak je yang sedikit kureng kemahiran bahasa jawa. Tapi takpe, kitaorang semua paham tetap paham. Nak membalas je tak reti. Adik bongsu saya pun dah terer bezakan jawa dan English.. hehe.. ;p

Jadi, atas dasar 'simpati' mereka untuk memastikan kami yang di kejauhan ini tetap ingat bahasa jawa totok supaya kekal lama tak hilang ditelan zaman, maka ada lah beberapa post khas cerita-cerita dalam bahasa jawa yang merapu meraban macam kat bawah ni. Kalau tak faham dan tak gelak, maknanya fail la tu.. -_-'

p/s:
Dekat Irbid ni, satu-satunya sumber saya nak dengar bahasa jawa pure secara sangat fasih ada sorang je yang tinggal saya kenal walaupun kalau nak kumpul bilangan sebenarnya ramai je keturunan jawa kat sini. Mostly ramai yang ingat patah-patah perkataan. Saya pun sama je la. Huhu. Orang kata ala-ala macam dah jadi celup. Cair tak leh pakai sebab cair tu selalunya maksudnya fasih. Kan?kan? Jadi para Javanese sekelian, selamat testing bahasa budaya keturunan! =)
 


.
.
.
.

Iki kesah si Mael, bocah sing tangane orak reti meneng. Eneng wae bende arek dicekel. Nek nang gedey, mesti njikok gulo-gulo. Weroh mainan, mesti dikerjakke sampek entek. Nemu batu gedi, nyelamate eneng ayam sing nggelimpang dibalangi.

Bapak si Mael pulak garang tenan. Nek Mael nggeratil, mesti keneng tabok. Nek ngarepe uwong, bapak’e melorok wae maknane mengko kuwe !


Nek arek mulehke tangan Mael sing gatel kuwi, bapak’e entuk karangan nggowo mareng suro. Podo sembayang jemaah la Magrib kuwi. Sap seng ngarep sekali, Mael bener-bener nang mburi Pak Imam.


Tapi moso sik rukuk, Mael weroh kain pelekat nyelet nang silete Pak Imam. Nawane Pak Imam orak sempet nganggo spender, ngomong Mael nang jero ati. Melas Pak Imam. Lalu Mael sing baru arek tobat kuwi alon-alon narik kain pelekat seng teselet celah silete Pak Imam. Tapi malang bapak’e perasan. Bapak’e melorok karo ngetep-ngetep lambe.

Alamak! Mael nggigil seawak. Endang-endang kain pelekat kuwi disogok meneh.


Opo meneh, ngelompat la pak imam kuwi. “Woi bokong aku!” Pak Imam ngelatah sebape dicocok. Entek batal kabeh sembayange.


*Pengajaran : Ojo ndelok bokong Pak Imam moso isik sembayang.*


.
.
.
.
.


Hehehe...


Selamat!

Jumpa lagi~

Wassalam...

p/s : ada sesiapa perlukan khidmat penterjemah untuk ini? ;p











 

Dream....

8:46 PM 0 Comments A+ a-



DREAM HIGH .... !
 


*continue*

Kita, Mereka dan Buku

11:36 PM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum...




IMAM AHMAD........kadangkala ingin keluar menuntut ilmu sebelum terbit fajar. Ibunya meminta supaya melewatkan sedikit sehingga manusia bangun dari tidur


IMAM NAWAWI....... ‘2 tahun aku belajar, rusukku tidak pernah jatuh ke bumi…’. Beliau belajar dari pagi , petang sehingga malam,  belajar 12 subjek sehari, hanya makan sekali selepas Isyak dan minum di waktu dinihari. 


IMAM DAUD...... Salah satu lengan bajunya lebar namun yang satunya lebih kecil dan sempit. Lengan baju yang lebar ini digunakan untuk membawa kitab-kitab, sedang yang satunya lagi tidak diperlukan. 


ALHAFIZ IBN HAJAR AL-ASQALANI ..... ketika berada di Syam dalam ekspedisi ilmunya, mampu membaca kitab hadis ‘Mukjam Saghir’ karya Imam Tabarani yang mengandungi lebih seribu hadis dalam masa beberapa jam, antara waktu Zohor dan Asar. 
FAIRUZ ABADI ...... dalam pengembaraan ilmunya ke Damsyiq pernah menghabiskan bacaan kitab Sahih Muslim dalam masa tiga hari sahaja. Hadis-hadis dalam Sahih Muslim mencapai angka 7,000 hadis.
IMAM SYAFIE .......beliau tidak dapat membeli kertas untuk menulis kerana miskin. Oleh itu beliau menulis ilmu di atas tulang-tulang, kulit-kulit binatang. Pernah satu ketika beliau hanya menulis ilmu di atas tapak tangan beliau semasa kuliah Imam Malik.
JAHIZ...... yang sangat asyik dengan dunia buku, tidak pernah ke mana-mana tanpa bersama buku; buku sentiasa di tangannya. Dan kisah Jahiz dikatakan meninggal dunia kerana dihempap dengan buku 
IBNU 'AQIL ...... "Aku berusaha sekuat tenagaku memangkas waktu kesibukanku yang lain demi menjaga waktu agar dapat membaca lebih banyak. Aku rela tidak makan roti dan hanya makan manisan dengan secawan air, kerana jika aku makan roti, maka banyaklah masaku yang terbuang."
AL NAISABURI.....membaca kitab Sahih Muslim sebanyak 100 kali.

IBN SINA.....membaca buku Al Farabi sebanyak 40 kali.

IBN HAZIM.....selepas semua bukunya terbakar,beliau mula menulis kembali melalui apa yang di ingat dan di hafalnya.

QATADAH.....menghafal buku seberat kaldai.

AL SYA'BI ..... tidak pernah menuliskan tinta hitam ke atas kertas putih tentang sesuatu ilmu kecuali aku menghafalnya terlebih dahulu.

IBN MUBARAK.....mengulangkaji dan menghafal hadis sampai ke pagi sambil berdiri.

IBNU ALJAUZI...... "saya ceritakan tentang keadaan saya sendiri bahawa saya tidak pernah kenyang dalam menelaah buku. Jika saya melihat buku yang belum pernah saya lihat sebelumnya, seakan-akan saya menemukan emas. Seandainya saya katakan bahawa saya telah membaca 20 000 jilid buku atau lebih saya tidak akan berhenti mencarinya".
NASIRUDDIN AL-ALBANI ...... sanggup menghabiskan sehingga 12 jam di Maktabah Azzahiriah untuk mengkaji bidang hadis ,dan terpaksa pula mengalas perut dengan sedikit makanan sahaja demi cintanya terhadap ilmu.
KHATIB AL-BAGHDADI..... mempunyai tabiat membaca sambil berjalan. Beliau akan membawa berpuluh-puluh buku jika berjalan ke sesuatu tempat dan perlu disediakan ruang yang besar jika ingin menjemput beliau berceramah kerana beliau akan mentelaah sebelum memberi ucapan.
ALFARABI ...... menyalin sendiri buku-buku (milik orang lain) yang dilihatnya tidak ada dalam simpanannya seolah-olah beliau sebuah mesin fotokopi. Kemudian beliau akan menyalin juga satu salinan untuk dihadiahkan kepada sesiapa yang dijumpainya sepanjang permusafirannya atau dihadiahkan kepada sesebuah kampung yang terpencil.
AHMAD BIN HANBAL.....menjadikan dirinya sebagai orang suruhan demi mencari ilmu.

ABU HANIFAH.....menjual perabot rumahnya untuk pergi mencari ilmu.

SUFYAN AL TSAURI.....sanggup berlapar selama tiga hari kerana mencari hadis..

ABU HURAIRAH .....menghafal sebahagian besar hadis dan membahagikan
malamnya kepada 3 bahagian..
satu pertiga yang pertama : belajar.
satu pertiga yang kedua: solat.
satu pertiga yng ketiga: tidur.

JABIR BIN ABDULLAH.....sanggup menempuh perjalanan selama sebulan
ke Mesir semata mata mencari satu hadis.

ABU MUSLIM ALKHURASANI..... pernah di tanya: "Mengapa kamu tidak tidur?" Beliau menjawab:"Kerana cita cita yang tinggi tekad yang kuat dan jiwa yang tidak dapat menerima penganiyaan aku sanggup tidak tidur walau satu saatpun."

SYAIDINA UMAR AL KHATTAB .....berkata"Jika aku tidur pada siang hari,urusan umatku tidak akan selesai. Jika aku tidur pada malam hari ,urusan peribadiku tidak akan selesai."

ABU ISHAQ AL SYIRAZI.....mengulang ulang pelajarannya sebanyak seratus kali dan mempelajari setiap qiyas sebanyak seribu kali dan menulis seratus jilid buku.

IBNU AL JUHAM ...... “Apabila aku mengantuk sedangkan belum tiba waktu tidur, maka aku terus mengambil buku dan membacanya. Saat membaca, aku merasakan hatiku bergoncang dan seronok kerana mendapatkan apa yang kucari.


HASSAN HANAFI......  sentiasa mempunyai masalah kewangan semasa di Sorbonne dan mengalami kekurangan zat   akibat kehati-hatiannya dalam berbelanja untuk makan. Dia hanya makan sekali sahaja, selama 2 tahun di Sorbonne agar dia mempunyai wang yang cukup untuk membeli buku-buku falsafah  secara kronologi tulisan Husserl.
 AL-NADIM....... telah membuat catatan untuk semua buku buku yang pernah dimiliki di perpustakaannya dan juga untuk buku yang dijual di kedai buku beliau, bahkan catatannya bukan saja merangkumi Tajuk dan nama pengarang bahkan beliau juga turut mencatat keterangan mengenai isi kandungan serta riwayat hidup serta karya yang ditulis oleh pengarang tersebut, Bahkan beliau juga mengkelaskan buku buku tersebut dalam kelompok  yang tertentu mengiktu bidang dan jenis perbincangan buku 
IMAM IBNU JARIR ATH-TABARI....pada waktu ia sedang sakit dan diziarahi,  beliau ada ditunjukkan doa diriwayatkan oleh Jaafar bin Muhammad. Lantas Imam Ibnu Jarir terus meminta diambil pena dan kertas untuknya menulis. Kemudian dikatakan kepadanya: “Apakah ketika ini masa yang sesuai? Tetapi Imam Ibnu Jarir menjawab: Tidak wajar bagimanusia meninggalkan kutipan ilmu, hingga kematian menjemputnya.”


KITA ???!!!!


*adeh, malu...malu... *




Yok baca buku yok!


Conquer bidang kita habis-habisan~


Untuk orang kat Malaysia, selamat ke Pesta buku~ *sob3. jeles3.*


Sekian
Wassalam....



3 peluang menguasai media

6:55 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum...

[ Ini bukan tulis blog ya, ini tiru dan tampal iklan buat para Melayu Jordan yang rasa mahu cuba testing bakat terpendam mahupun dah mahu asah bakat yang sedia ada... =)  ]

** ada sket poyo tak untuk tajuk entry nih...? Hehe.. Betul apa kan? Dari kita biar media massa tulis entah hapa-hapa, nasyid tak sudah-sudah dengan kisah cinta picisan, sumber bacaan adik-adik kecil yang tersasar moralnya, baik kita yang sedar ini yang tulis. Bukan nak kata kita hebat, tapi kita sendiri nampak mana hala tujunya media massa sekarang. Untung-untung ada saham boleh tuntut kat akhirat bahawa kita tetap berusaha cuba membawa Islam di mana-mana terutama di media massa yang sangat merbahaya. So apa lagi? Ada sesiapa berani sahut cabaran ini? Ayuh! Jangan sekadar bising-bising belakang, ada peluang ini sila lah ambil dan buktikan pada mereka. **


IKLAN 1 !


Peraduan Menulis Puisi dan Lirik Motivasi 
Sempena Ulangtahun ke-14 Saujana


Tarikh akhir penerimaan karya: 
16 Mei 2011


Selamat menulis! 


http://img849.imageshack.us/img849/1003/posterperaduan.jpg

888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

IKLAN 2 !

Sayembara Penulisan dalam Talian  
Hari Belia Negara 2011


Kategori:
Rencana dan Esei
Puisi
Cerpen
Berita
Pantun


Maklumat lanjut di http://www.sayembara.net/

Tarikh akhir penerimaan karya: 
16 Mei 2011

Selamat menulis!

http://img196.imageshack.us/img196/1276/unled1copyp.jpg

88888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

IKLAN 3 !

Projek Antologi Puisi Remaja dan Kanak-kanak 
GKLN 2011 Terbitan DBP 


http://img849.imageshack.us/img849/2350/gkln.png          http://img689.imageshack.us/img689/3319/logodbp.gif


Tarikh akhir penerimaan karya:
Ahad, 24 April 2011

PANGGILAN TERAKHIR


Selamat menulis!

SYARAT PENGHANTARAN KARYA
Chiisana Tenshi no Kazoku:
1. Penyertaan untuk antologi puisi ini terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang menepati semua syarat berikut : 
- Sedang menuntut di luar negara.
- Telah menjadi ahli GKLN yang sah dan menyertai yahoogroup GKLN. Bagaimana untuk menjadi ahli GKLN yang sah? Isikan borang keahlian dan hantarkan ke gkln_sayembara@yahoo.com bersama karya penyertaan anda.
- Menuntut di negara yang dirangkumi oleh GKLN.
- Peserta yang pernah menuntut di luar negara sama ada untuk twinning programme atau tamat pengajian dalam tempoh kurang 3 tahun dari tarikh tutup penyertaan juga layak menghantarkan penyertaan. 

2. Setiap karya hendaklah mempunyai unsur moral dan pengajaran serta sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak (10-12 tahun) dan remaja (13-18 tahun) dengan menyentuh mana-mana aspek seperti: 
- Perpaduan
- Sains fiksyen
Kasih sayang
- Kekeluargaan
- Pengembaraan
- Sejarah
- Konflik sosial
- Kemasyarakatan
- Tokoh terkenal
- Lain-lain aspek yang berkaitan.

3. Karya hendaklah asli dan bukannya saduran, adaptasi atau penyesuaian. Sekiranya karya pernah disiarkan dan diterbitkan, diharap dapat menyatakan maklumat yang berkenaan selengkapnya. Sekiranya karya pernah disiarkan di blog, diharap dapat menarik balik karya tersebut dari blog dengan serta-merta. 

4. Setiap karya yang dihantar tidak akan dipulangkan dan pihak penganjur berhak menyiarkan karya tersebut (di buletin, majalah, weblog dan yahoogroup GKLN) tanpa perlu izin rasmi penulis, namun hak cipta karya tetap di tangan penulis. 
5. Panjang puisi adalah bebas.
6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada Ahad, 24 April 2011. 

7. Terma dan syarat tertakluk pada pindaan. 

8. Hantarkan tiga buah puisi yang memenuhi syarat-syarat karya ke gkln_sayembara@yahoo.com. Juga sertakan butiran peribadi anda seperti nama penuh, nama pena (jika ada), lokasi di luar negara serta alamat emel. Para penyumbang juga diminta untuk menghantar profil penulis yang lengkap dan kompak (maksimum 15 baris) serta sekeping gambar profil yang jelas.
8888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888
Chiisana Tenshi no Kazoku:
Grab your chances! 
Maximize your limit!
Push your best!
May Allah take care of the rest...  =)

Ok, sekian. Saya kembali sambung study.
Wassalam..

Until I graduate

1:22 PM 4 Comments A+ a-

Salam..

Last-last! (untuk hari ni maybe)

Jumpa satu cara untuk kasi naik semangat nak belajar balik~

Insyallah...

Mari tampal besaq-besaq dalam bilik...erm, kast blog sudaaa... sebagai amaran setiap kali gatal nak tulis time perlu study. =P





Yalla, bye!

Nak study.

Good luck exam everyone~



Mencari Zuhal

12:21 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

It has been 3 days
and now I've started to miss Saturn

COSMIK Jordan 2011

To see it with my own eyes
it is the same
as seeing miracle alive

How great thou art! 
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar..

p/s: 
sebenarnya sedang cuba geledah balik booster belajar time dengar COSMIK nih..
Bila Ustaz terang pasal ulama astrology Andalusia, semangat berapi sungguh rasa nak jadi sama macam mereka. 
Bila nampak Zuhal (Saturn) dengan mata sendirian berhad under khidmat balai pencerap, berkobar sungguh rasa nak jadi skillful giler.
Mana hilang ntah malam nih? Masalah remeh punya pasal la nih yang datang, kan dah semangat tetiba lari menghilang. Hesh~
Go Ainul Go!
Mari belajar sungguh-sungguh~ Lagi 5 minggu OSCE~

Sekian...

** Kalau semangat tu gedik jugak tak nak datang, mau karang entry COSMIK bakal jadi panjang lebar tak ingat dunia.. -_-'...... 

( weh, salah konsep tu! patutnya kalau semangat malas nak datang, pergi la solat banyak-banyak sikit. Baru betul~ Isk3...)

Alangkah bahagianya rasa 
kalau 
boleh usyar Zuhal (Saturn) setiap malam..
ada sesiapa boleh kasi balai pencerap satu?


Chiisana Tenshi no Kazoku:

Once tengok slide Giant Star ini, kalau masih sombong dan angkuh bahawa kita sebagai manusia ini adalah yang paling sangat maha hebat lagi berkuasa di bumi Allah,  memang sangat hati batu tahap petala ke lapan la maknanya tu...  

Mana hilang entah jasad kita kalau nak banding dengan Sirius, Pollux, Acturus dan Aldebaran tu.  Macam virus je kot agaknya.  Sekali pandang pun dah takde guna.  Serba halus belaka dah jadinya. 

Jadi setiap kali ada rasa semacam yang ala-ala 'eh hebatnya aku tetiba' (buwek..!), sila-sila tajdid hati balik cepat-cepat. Bawak gambar planet Sirius dalam dompet pun boleh gak, bila rasa takbur datang je terus bukak dompet cari 'mana aku kat sini? mana aku kat sini?' dengan harapan bolehlah kembali tersentap siapakah kita sebenarnya di mata galaksi kita. Okeh?

Jumpa lagi!
Wassalam~




Kastam Jordan dan Sukan

8:09 PM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum...


First,
Zillion Alhamdulillah for today...
Akhirnya urusan tshirt KARISMA yang tertangguh 2 minggu akhirnya siap juga. Fuh~
Dari mula nak buat tshirt labuh untuk sukan akhawat-akhawat Irbid, cabaran tak habis-habis datang. Dengan masalah berubah designnya, sikit masanya, posnya, duitnya dan yang paling hangat baru-baru nih adalah kastamnya.

Even KARISMA dah habis 2 minggu lepas, masalah tshirt KARISMA still oncall. Adeh, nasib baik KARISMA menang. Kalau tak, memang mengaku awal-awal lah saya memang rasa macam regret sikit amik cabaran yang super-challenging nih. Huhu.. *Hesh Ainul! Look at the bright sideokay~*


Tapi alhamdulillah semalam akhirnya berjaya melepasi kastam dengan riang... eh... better to said dengan susah payahnya selama 2 hari berturut-turut. Biasalah deal ngan Arab kan. Pantang tepat habis office hour je (atau few minutes sebelum), jangan harapla dapat belas kasihan nak sambung kerja.

Kesian encik senior yang tolong kitaorang semalam. Dah la tolong drive, pastu tolong goreng (syabab kan lagi terer goreng-goreng nih.. hehe), tolong angkat barang (4 kotak serba 19 kilo semuanya kecuali satu 10 kilo), tolong hantar lagi. Sorang-sorang plak dia je lelaki. Syabab lain semua tak dapat membantu sebab ramai exam. Nak mendapat sorang syabab yang boleh bantu ni pun tensennya macam nak cari beras dalam pasir je rasa seminggu. -_-'

Kami yang berdua akhawat ni just sebagai pelakon tambahan,  tolong tunjuk muka sebab barang tu nama kita. Dah siap komplot actually kami yang akhawat takkan cakap arab langsung dengan erti kata lain tak reti langsung cakap arab, English pun terabur so kena la pakai khidmat senior. Haha.. Adoilah, hampir-hampir terkantoi sikit terpaham Arab. Nasib baik boleh goreng balik sket kitaorang tahu kira nombor arab je.. hehe.. best gak jadi orang baru balik. Orang Arab nak bising-bising pun kita buat muka toya je. =P

However, semalam memang banyak sangat benda baru dapat belajar. Tak pernah lagi dapat masuk sampai ke area tentera-tentera airport punya lokasi. Checkpoint sampai 2, udah macam masuk Lumut plak rasa. Kena keluar, keluar check kereta, check beg, goreng Arab lagi sekali. (As usual, nasib baik senior ada). Bila dapat jumpa ketua kargo, rupanya baik je dia. Lagi senang nak deal ngan ketua dari nak deal ngan orang bawahan. Birokrasi sungguh!

Dalam sesi goreng-goreng tu, ada gak sesekali tu kami hampir-hampir tewas. Arab kan pandai gak. Duh, waktu tu memang habis segala doa la kitaorang (saya ngan kawan yang perempuan sorang lagi) baca dalam hati. Hembus-hembus siap. Ya Allah, biarlah lembut hati pakcik-pakcik Arab ni, biar senior dapat buat apa yang dia nak, biar pakcik arab tu ikut cakap kami. Amin-amin-amin. Fuh.Fuh.Fuh. Dekat 5 jam lebih tau jelajah airport pergi office sana, office sini, jumpa orang tu orang nih. Memang sangat-sangat banyak proses. Memang sangat berharap dapat kurang harga kastam tu. Kopak la kami kalau tak..

Dan alhamdulillah berkat kesabaran, ketererran senior goreng dengan backup plan yang sangat cepat dan doa-doa warga Irbid dan Malaysia, akhirnya kemenangan berpihak di pihak kami. Rupa-rupanya orang airport salah baca resit English dari Malaysia. Dia boleh plak kira semua nombor yang ada tu sebagai bilangan baju walhal nombor tu nombor bayaran service syarikat, nombor bayaran fedex kat Malaysia dan nombor-nombor lain yang takde kena mengena dengan bilangan baju. So, dari baju 160 tu dia gi kira sampai baju tu 400 lebih. Patutlah harga tinggi macam KLCC. Adeh kastam Jordan nih, nak baca English pun buat halai-balai. Saman kang! Kesimpulannya, sesiapa nak pos barang ke Jordan sila buat kertas (invois misalnya) detai-sedetailnya biar macam nak kasi budak tadika baca. -_-'

Kesimpulannya : Semuanya adalah misunderstanding belaka....

Tapi paling tak tahan, dah hujung-hujung tu bila semua officer kastam turun kat kami sebab kami dah deal dengan ketua kastam, dan keadaan jadi macam kelam-kabut sikit sebab ada Arab yang cuba nak halang officer kastam biasa berkaitan dengar cakap kami, once bila kebenaran kata-kata kami terbukti (walaupun goreng) dan dia nampak baju-baju tu baju labuh untuk akhawat, terus dia puji melambung-lambung balik..

"I ni baju syariat nih! Untuk muslimah! Kena tolong nih.."


" Bagus.. Bagus...! Sukan kena sopan... Bagus Malaysia.. Tahniah (sbb berjaya deal dgn kastam ke?hehe) " 


-_-'  Suruh tolong awal-awal kedekut. Dah last-last baru nak setuju. Isk3...

Nasib baik bila time bayar tu, ada sorang officer minta maaf personally pada kami sebab baju kami ni delay sampai sukan pun dah habis baru dapat. Terharu plak saya dengar.. Takpelah pakcik, anda pun jalankan tugas sahaja kan? Kita 0-0 je lah ye sekarang. Alhamdulillah sekarang ni pun dah rasa sangat bahagia sebab kastam turun banyak walaupun tak dapat free langsung.

Dalam dari charge kastam + storage yang bernilai 710JD akhirnya kami berjaya dapat turunkan kepada harga 224JD... horrayyy! Alhamdulillahh..... =D

Fuh, lega...
Ingat senang ke nak deal ngan Arab airport. ) Memerlukan kesabaran tinggi dan ketererran menggoreng macam senior. Haha.. Saya memang out awal-awal~! =P Kakak MSD pun dah kata kata dah berkurun masalah kastam macam ni takde. (So, kitaorang ni kira penimbul masalah baru la ye? hehe.. sorry~)

Apa-apa pun terima kasih la kat semua orang yang membantu dan mendoakan kelancaran proses dapat tshirt nih. Lega sangat-sangat dah selesai.

So, lepas ni tinggal agih-agih je la lagi.. Dalam seminggu dua insyallah selesai. Lepas tu boleh fokus Final dengan bahagianya. Aminnnnnnnnnnnnnnn.....

Ok, warga IRBID akhawat, lepas ni boleh ambil pada tempat-tempat yang berkaitan ya. Jangan lupa bayar sama. Hehe.. Tahun depan kita KARISMA lagi pakai tshirt labuh dengan lebih sopan dan comel~ Insyallah.. =)

Chiisana Tenshi no Kazoku:


Nak bawa dakwah syiar Islam bukan semudah yang disangka.  Ini baru tshirt labuh akhawat untuk bagi kemudahan akhawat bersukan dengan sopan. Itu pun susahnya na'uzubillah rasa macam tak nak buat lagi dah lepas nih (temberang je lah! Saya takkan putus asa. .!hehe..) 


Tapi susah hanya pahit bila tengah bermasalah. Once masalah selesai, manisnya sangat-sangat terasa. Apatah lagi bila nampak depan mata pertolongan Allah yang sangat-sangat dipinta tiba. Mungkin lambat, tapi sebenarnya ia tetap ada. Macam saya sekarang. Saya ambil masa hampir sebulan baru masalah tshirt ni selesai dengan jayanya. Siapa yang tahu apa yang saya lalui mesti tahu betapa banyaknya saya dah jatuh berkali-kali sampai tak larat nak bangun semata-mata untuk tshirt KARISMA nih.  Saya memang tak larat. Serius, terlampau banyak sangat masalah! Rupa-rupanya baru saya tahu sekarang Allah mungkin sengaja lambatkan supaya salah satu antara sebabnya agar saya dapat rasa pengalaman baru dengan kastam Arab seperti tadi. Bukan senang nak dapat pengalaman berharga macam tu. Tak semua kan boleh rasa?? =)


As we said, look at it from the bright side.  Dan yang paling penting, never forget that when we have a problem, never be alone! Ramai orang dekat sekeliling kita yang boleh sama-sama support kita. Paling-paling pun, support kasi motivasi supaya kita teruskan berlari. That is the most important thing to have!


Moga-moga semua yang kita alami sepanjang KARISMA ini takkan mematahkan semangat kita untuk bawa satu anjakan paradigma dalam sukan hidup kita di sini. Kita pernah susah, tapi kita dah dapat belajar untuk lalui kesusahan tu dengan berjaya. Next time, mana yang kurang kita topup kan supaya kerja lebih lancar dan laju. Insyallah usaha kita akan lebih berjaya.


Tak sabar nak tengok suatu hari nanti semua akhwat dapat bersukan dengan pakaian yang lebih baik dan lebih bersopan.  Paling-paling pun dalam majlis penutup misalannya. Siapa kata akhawat tak boleh bersukan kan? Kalau sukan kena dengan gayanya, kita boleh buat apa sahaja! Insyallah~


Jumpa lagi~
Wassalam

A Road Has Been Taken

12:29 PM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum



Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya di belakang kalian ada hari-hari di mana orang yang sabar ketika itu seperti memegang bara api. Mereka yang mengamalkan sunnah pada hari itu akan mendapatkan pahala lima puluh kali dari kalian yang mengamalkan amalan tersebut. Para sahabat bertanya: ‘Mendapatkan lima puluh kali dari kita atau dari mereka?. Rasulullah menjawab: ‘Bahkan lima puluh kali pahala dari kalian ” [H/R al-Mawarzi - hadis no: 35, at-Tirmidzi - hadis no: 3058, Abu Daud – hadis no: 4341 , Ibnu Majah – hadis no: 4014 dan lain-lain. Disahihkan oleh al-Hakim dan disepakati olah adz-Dzahabi dalamDharuratul Ihtimam, ms. 49]

.
.
.
.
.
.
.
.

Sedang tersepit kah saya sebenarnya?

Antara perancangan diri yang sudah setahun terbina
Dengan perancangan Dia yang telah tertulis berkurun lama ? 

Macam sukar saya nak percaya

Satu demi satu halangan muncul
eh silap...!
Satu demi satu hikmah timbul

Saya rancang untuk ke sana
Dia tahan, sebelum dikeluarkannya satu bencana
Ya Allah, nasib baik saya tak teruskan juga

Saya rancang untuk buat begini
Dia halang lagi, sebelum ditunjukkannya satu situasi
Ya Allah, nasib baik saya sempat tak jadi

Habis dah?
Alhamdulillah.....

Eh?

Alamak...
Sekarang
Dia hantarkan satu lagi permainan jiwa
Pilihan yang ada cuma dua
Maju - kalau hati sekeras batu
Undur - kalau mahu masalah kendur

Aduh!
Ya Allah!
Percaturan apakah pula yang Kau tuliskan sekarang?
Sampai buat saya rebah mengaku kalah
Mencarik angan, memadam impian
sekadar untuk melunaskan janji amanah yang kau berikan?
Seberat ini kah dugaan iman?

Tapi,
Terima Kasih Allah!

Sebab,
Belum sempat hati ini menyumpah
Dia hadirkan pelbagai hadiah 
- hadis jaminan pahala seperti sahabat melimpah ruah
- curahan hati keluarga yang lega dek kerisauan yang bercambah
- terbuka sebuah rahsia bahawa rancangan dulu bakal memberi susah
- terangkat beban hati dari memikir segala pintu penyelesai masalah
- setujunya para sahabat yang senang tanpa kerenah
- tertutup ruang-ruang syaitan yang mungkin mencetus fitnah
- pembersihan harta yang kebelakangan ini tertangguh tak sudah
- hilang penghalang ilusi yang menutupi jendela rahmah
- keyakinan dalam diri suatu hari nanti peluang pasti kembali dengan lebih indah

Maka
Layak lagikah saya merungut menyalahkan Dia
Nikmat mana satu lagikah yang saya dapat guna untuk berdusta
Langsung tiada!
Jelas satu demi satu
Bahawa banyak perkara yang saya tak tahu

Jadi jawapannya : Jangan banyak songeh!
Pesan ibu fikir yang baik-baik sahaja
Yang penting
Siapa utamakan Dia, pasti akan berjaya

Susahkan nak pasak iman sekarang

Tapi jangan salahkan bumi kerana simpankan nabi di perutnya
Sebab dah lama baginda berpesan pada semua
Harta akhirat kita mampu mencecah harta sahabat dulu
Andai di akhir zaman ini kita tetap teguh walaupun jalannya berliku~

Chaiyok3!! Yosh! Ganbatte! Berusaha~!

TITIK....

Keputusan telah diambil.
Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah
Moga kekuatan hari ni terus kekal hingga ke ahirnya... 

Amin....~

Wassalam... 



*********************************************************************


Semalam ada adik-adik bijak pesan
" Kak, buatlah satu ruangan khas pesanan khas untuk kita kat blog akak....."


Huh?


Nak buat macam mana?


Tapi teringat plak stail gurau Dr Khammash waktu jumpa patient dia dulu ...


" Salam.. Ana Jibril wa kulluhum malaikaturrahmah!  Hahaha.. "
(Salam. Aku ni Jibril dan budak-budak ni semua malaikat pembawa rahmah! Hahaha)
- Maksudnya : Insyallah, kami akan sedaya upaya rawat kamu dan berikan kamu sesuatu.. -


Bahagia habis makcik tu lepas tu..


So,
Adik-adik pintar lagi semangat


Mulai sangat ni, setiap entry di sini akan ada nota khas untuk kita
di bawah nama...


" Chiisana Tenshi no Kazoku" a.k.a  Little Angel Family


Moga kita semua juga mampu memberikan sesuatu untuk umat Islam kini dan selamanya..
Insyallah~ =) Amin..!


**********************************************************************
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *