Magnificent of Surgery

Assalamualaikum



Minggu ni boleh kata minggu terakhir rotation surgery. Iklan exam dah keluar. Maka 9hb dan 10hb ni insyallah akan mula mini OSCE dan OSCE.

GuLp..

Doakan ya! Doakan ya! Doakan ya!

Macam rasa sekejap sangat la plak surgery nih. Baca pun tak habis lagi. Tup-tup dah nak exam. Rasanya baru sangat lagi main tembak-tembak tak mati-mati dengan doctor dalam round.

Tentang masuk operation teater plak nampaknya saya agak kurang bernasib baik. Tak pernah masuk lagi. Haih. Setiap kali one-to-som dengan kawan-kawan, asyik tak dapat-dapat. Time boleh masuk, kelas plak jauh sangat nak pergi lari. Nak testing masuk curi-curi, terkantoi plak dengan makcik scrub yang saya baru tahun 4. Hummph!

Nasib baik ada sekali dalam Emergency Room Basma dapat tengok sedekat-dekatnya sebelah doktor live suturing process luka seorang pakcik dekat dahi yang agak dalam dan sepanjang 2 ruas jari dari tengah dahi turun ke tengah hidung dia. Kes jatuh terhantuk bucu. Errgg, sakitnya~

Tapi..Pergh, stylo sungguh la Dr lelaki tu menjahit manusia macam jahit baju dengan gerakan tangan secantik perempuan! Pakcik tu pulak sangat cool langsung tak jerit sakit mahupun menyebut sepatah "adoi!" sepanjang masuk bilik sampai habis jahit. I wonder lah pakcik ni dia ada diabetes ke apa tak rasa sakit walau isyi. Ke dah dapat dua tiga dos analgesik sebelum jumpa doktor eh..

Tapikan sebenarnya dalam hati ada sikit rasa nyilu2 masa mula-mula doktor nak jahit tu asyik terkoyak-koyak je kulit pakcik nih sebab edges dia sikit sangat. Doktor plak rileks je cakap "Hal-hal unpredictable macam ni macam biasa je. Korang kena cool dan pandai wa pantas buat keputusan baru bila jadi cenggini. Okeh?" Wow, kalau kitaorang mau banjir peluh dah agaknya.

Tengok orang kena jahit, teringat zaman dulu-dulu diri sendiri pun kena jahit kat kaki sebab eksiden time darjah tiga. Memang tak sakit pun sebenarnya mula-mula, tapi bila doktor tuang alcohol nak start jahit masya allah pedih giler! No wonder lepas tu habis semua nurse kiri kanan katil semua saya tendang. Tak pasal-pasal kena pegang macam orang gila kat atas katil sambil doktor jahit. Wuu.. Sapa la nurse-nurse tu ye, mintak maaf la banyak-banyak~ Huhu.. *Macam mana pakcik tadi boleh diam je, heran sungguh*

Minggu last dekat KAUH sekarang ni pulak tengah minggu Urology. Boleh plak dapat minggu khas last-last. Memang la agak bagus sebab senang sikit nak hafal tapi bila yang last-last semua benda baru, agak tension gak la sebab senak kepala kena sumbat banyak fakta baru yang lain dan tak berapa biasa.

Bila namanya urology, hal-hal taboo yang melibatkan part-part rahsia manusia dan sebarang aktiviti hidup yang sensored semuanya kena gali. Masalah pertama, saya perempuan. Masalah kedua, ini Jordan. Adeh, ini malas nih baru nak praktis tanya hal-hal private bukan wanita. Memang out la bab urology nih dari choice. Doctor pun dah pesan, "korang pompuan tak yah amik lah." Susah!

Tapi so far patient saya sekarang amik semua kanak-kanak. Haha, senang hidup! Takde la segan sangat. Tapi bila bincang kes kawan-kawan, nanti mula lah keluar experience-experience doktor jumpa patient urology yang extraordinary luar tabiee.

Macam tadi, doktor cerita pasal kes-kes yang melibatkan banyak farmer yakni Zoophilia. Ya rabbana, apekejadahnya lah perangai macam tu. Macam takde spesis manusia lain dah kat muka bumi nih. Astagfirullah~ Jijik kot dengar. Doktor siap pesan, "korang wajib tanya dia ada experience ke tak buat benda macam tu" sebab suprisingly dia dah jumpa ramai sangat patient say YES! So time ni, kitaorang semua memang muka blur habis. Masing-masing terfikir agaknya agak-agak bakal kena maki hamun tak kalau tanya macam tu kat patient. Macam mana nih... -_-'

Tapi kesimpulannya, seorang doktor kena jadi sese-curious mungkin untuk betul-betul cari punca dan sebab musabab datangnya seorang pesakit ke hospital. Nobody suka datang duduk hospital girang gembira dapat penyakit. Mesti ada something wrong somewhere. Plus, to prevent any complication. Bersalin pun lebih kurang lah even ia bukan satu penyakit, kalau main aci bersalin sesuka hati tak checkup betul-betul, 2 nyawa boleh melayang tau sekaligus!

Cool lah doktor! Mantap betul menyiasat!

Tapi sambil-sambil kagum dengan doktor yang hebat, kami jugak disajikan dengan cerita-cerita ignorance doktor. Satu contohnya, yang tak deflate ballon time letak folley catheter sebelum tarik keluar dia punya tiub. Kesannya tarik punya tarik, last-last rupture terus urethra patient tu. Lelaki + Ruptured Urethra due to doctor's mistake = Hell. Catastrophic habis!

So please, please, please, be prepared to be a good doctor!

Once, saya pernah ditanya apa beza round surgery dengan internal med :

Jawapan saya -
Internal Med punya doktor sangat hebat tahu semua benda sampai diri sendiri ter-inspired nak jadi macam diaorang. Tapi doktor surgery pulak dia punya hebat sampai diri sendiri rasa bodoh giler tak tahu apa-apa a.k.a diaorang punya knowledge tu sangat100X detail sampai sekecik-kecik benda dari basic sampai ke future(prognosis) semua diaorang kena tahu .

The most important thing to be consider is -
When you hold a scalpel, you are either a doctor or a murderer!

Ok, panjang plak tulis nih.

Study yok! Minggu depan exam. Jumpa lagi!

Doakan kejayaan kitaorang ye. Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn~

Doktor Russia

Assalamualaikum



Orang dulu-dulu pernah pesan,

Jangan sebab marahkan nyamuk, kelambu habis dibakar..

.
.
.

Kalau dapat tengok betul-betul,

Dalam setandan kelapa, tak semuanya rosak binasa..

.
.
.

Kamu,kamu, dan kamu,

Benih kalau dah baik, dibaling ke laut jadi pulau, dilontar ke udara jadi kejora..

.
.
.

Ingat,
Kita yang patut pengaruhi persekitaran, bukan persekitaran yang pengaruhi kita..

.
.
.

tentang Russian student
Saya mungkin tak tahu sepenuhnya keadaan mereka
Saya sekadar tahu sedikit sebanyak dari pengalaman adik dan kawan-kawan di sana
Tapi
bila saya sendiri menjejak kaki melihat dunia mereka
saya tahu mereka ada kelebihan tersendiri
dunia mereka tak sama dengan dunia kita
mungkin ada kurangnya, tapi kelebihan tetap ada
kalau tak, mustahil kerajaan Malaysia membazir duit buang tenaga untuk mereka

Jangan lupa, Russia ni negaranya 'kedekut harta'
Moga kamu di sana dapat kutip sebaiknya untuk ummah kita

Apa pun,
moga kalian tak lemah semangat
Allah pasti tahu apa yang terbaik untuk semua
Yang penting kita percayakan diri kita
Dan tunjukkan pada mereka siapa anda!

Allahu yusahhil alaikum~

p/s:
Asyraf, good luck!

When He Answered Me

Assalamualaikum




Ini entry panjang, tapi isinya penting. Kalau ikut hati, saya teringin mahu wajibkan anda baca. Moga ada kebaikan untuk kita. Insyallah~

Alhamdulillah dah berlalu satu persimpangan hidup yang banyak buat saya belajar minggu ini. Memang saya mesti akan ingat sampai bila-bila, insyallah~

Tapi macam sayang kalau saya seorang yang faham, maka saya nak kongsi di sini supaya bila ada yang mungkin nanti berhadapan perkara yang serupa, moga dia boleh tahu saya juga pernah melaluinya dan dia dapat belajar juga apa yang dia patut lakukan.

Kisahnya begini...

Hujung minggu lepas, Irbid ada adakan satu program sukan buat semua warga PERMAI di sini. Nama besarnya PROSPEK. Seperti biasa, saya memang takkan lepaskan peluang-peluang emas macam ni sebab ini je lah antara salah satu peluang saya nak main habis-habisan di padang. Jadi hari selasa lepas saya daftar masuk game netball dan volley yang bakal berlangsung pada hari sabtu kemudiannya.

Dalam minggu yang sama juga, saya dengar khabar angin cerita Interview Surgery bakal di adakan minggu depannya. Tapi belum confirm. Erm, risau juga. Study banyak belum habis lagi. Harap-harap dia buat lambat sket. Apesal ntah diaorang buat interview tiga minggu sebelum exam. Jauh sangat jaraknya berbanding surgery lepas.

Pagi hari khamis tu, rakan sekelas kata mungkin interview bakal buat hari Isnin. Owh, ok. Lega sikit. Maknanya saya bakalan ada satu hari selepas sukan untuk pulun sambung study. Tapi hari Jumaat tetap kena pulunkan habiskan study jugak, so Ahad tu boleh review2 je. Maka, hati jadi sedikit lapang untuk bergembira bermain di padang.

Tunggu punya tunggu, Jumaat pagi baru keluar jadual sohih tentang Interview..

A1 ----> Ahad ! 12 pagi !

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!! щ(゚Д゚щ) *pengsan*

Habislah! Habislah! Macam cacing kepanasan saya dekat rumah. Aduhhhhh... T_T

Waktu tu, dalam kepala dah mula serabut nak buat macam mana. Kalau nak tarik diri dari sukan, mungkin boleh tapi macam agak kejam kot nak buat hal last-last minute. Kesian adik ketua rumah Bee.

Jalan terakhir, adalah sesi slot hati ke hati dengan satu-satunya kawan yang punya masalah serupa sebab kami sahaja budak Melayu yang interview hari ahad. Tambahan dia pun masuk sukan jugak sabtu nih. Memang sehati sejiwa betul lah~

Bincang punya bincang, lepas timbang tara pro dan kontra semua aspek, kami decide. Sukan tetap diteruskan. Study memang kena push lagi dasyat lah sebelum dan selepas main. Letih ke tak belakang kira. Yang penting usaha. Eh silap, yang PALINGGGG PENTING, tawakkal pada DIA!

Maka, hari jumaat tu memang seharian pulun study pagi sampai malam. Hari Sabtunya pula, main tetap main puas-puas tapi setiap kali ada masa free dekat padang, duduk tepi court bukak buku surgery. *Nasib baik takde bola datang sasar kepala macam KARISMA dua tahun lepas*

Kawan-kawan plak sangat supportive kasi dorongan suruh study di padang (ada siap halau balik rumah lagi. hehe), siap ada yang kongsi pengalamn tahun lepas di KARISMA, exam dia selepas game dapat markah paling tinggi drpd exam before game. Tapi syaratnya usaha mau lebih dan tawakkal mau hebat! Naik semangat saya dengar!

Alhamdulillah, dari mula game pukul 8pg sampai habis pukul 3ptg, saya dapat kumpul satu pingat perak untuk netball. Volley plak terpaksa berputih mata terima kekalahan. Takpe2, at least dapat balik awal. =)

Habis game, terus kemas beg kemas baju salam kawan-kawan mintak doa dan minta diri dan balik rumah. Disebabkan seluruh badan sakit-sakit bahana dua bola, lepas Asar terus tidur recharge tenaga. Sambil nak tidur sambil doa janganlah terlajak sampai esok pagi, naya je.

Dan alhamdulillah lepas 3 jam rehat yang sangat nyenyak, sabtu malam saya sangat bersemangat dan bertenaga untuk sambung study sampai tengah malam. Jarang owh bangun segar bugar macam nih. Insyallah, insyallah study sangat berkesan. Yakin!yakin!

Esok pagi ahad tu, muscle sore dah mula terasa bisanya. Nak pergi round pun jalan macam peguin, naik turun tangga apatah lagi. Tambah kena berdiri dengar doctor bercakap sampai 4 jam. Ya Allah, azabnya rasa. Waktu doktor tanya-tanya soalan, budak-budak arab nampak sangat hebat dan dah ready, memang inferior sungguh dalam hati nih.

Stress, debar, letih, tak larat. Semua gabung jadi satu --> Tak sedap badan. Saya dah mula rasa semacam, nak muntah, malas nak layan orang, sejuk yang sangat, tangan pun dah kuning. Ops, ini sign yang tak baik.

Sebelum saya buat drama lagi sekali kat KAUH, baik berjaga-jaga. Bukak buku tengok apa yang boleh diterima lagi, telan panadol, sumbat air mineral dua botol, pasang lagu INSYAALLAH Maher Zain, duduk, pejam mata. Ya Allh, rileks, rileks! Risau dapat Dr apa satu hal, risau soalan pun satu hal lagi.

"Ya Allah, series sangat nih aku takut giler sekarang. Aku serah the last ni pada Kau. Apa nak jadi, jadilah. Aku tawakkal! Bagilah aku dapat Dr Rami Azab (sebab Dr ni memang sangat femes dgn tak tanya soalan saintifik yang susah dan selalu bantu student). tak pun soalan yang aku boleh jawab. Jangan sampai aku pengsan ke aku fail ke sudah..." bisik hati.

Dan suddenly...

"Second group A1 - Fathiyah, Ain, and the rest.. You guys with Dr Rami 'azab and Dr Khammash too! Congrats!" kata C.R penuh semangat.

Bukk!
Wow, cepatnya makbul! Nak menangis boleh tak? *sebak*
Dr Rami Azab ---> The one that i wish dari dulu untuk exam!
Dr Khammash ---> His nickname by us : Bapa mithali! Superkind-hearted!
Series, memang rasa macam ada satu ketul batu besar terangkat sangat cepat dari dada. Terus rasa lapang, rasa tenang, jadi sangat yakin.

Tapi bukan yakin confident boleh dapat high mark!
Tapi yakin Allah betul-betul tengah tengok aku sekarang!

I'll be fine! He's here!
I have Him! I can do it!
Yes! I believe I can do my best and He will help me!


=D

Dan alhamdulillah, interivew berjalan dengan sangat lancar.
Saya yakin, saya tenang dan saya jawab apa yang saya tahu.
Even kena provok sebab guna English pun saya boleh sengih lebar lagi.
Walaupun ada jawapan saya yang tak menepati skema Dr pun, saya tak gabra sangat.

Nak tahu soalan saya dapat apa?

1. Apa pathophysiology appendic? (soalan scientifik)
2. Kamu rasa kalau ada dua patient, sorang lelaki sorang perempuan,dua-dua sakit sama severe,siapa yang perlu diutamakan utk operation? threshold siapa lebih tinggi tahan sakit? (soalan KBKK)
3. Kalau kamu dilantik jadi pengarah hospital, apa pembaharuan kamu nak buat untuk penambahbaikan untuk student surgery? (soalan KBKK)

Exactly what i wish for my interview! (kecuali soalan nombor dua)

Terima kasih Allah!
Alhamdulillah!

I am very-very-very-very grateful enough with just the doctors and the question given. Markah? Dah tak berapa nak risau sangat lagi. Sebabnya pertolongan Allah yang dua ni pun dah buat saya rasa tak tahu nak cakap apa dah. One of the best nikmat I ever had for the whole of my life, sangat special sebab saya terlampau mengharap dan dia tersangat cepat tunjuk jawapan. What else can I say?

The only thing that I know right now is : He will never let me in despair~

Jadi, untuk yang keseterusnya seperti markah tu just perlu usaha sekuat hati dan serahkan yang baki pada tangan-Nya. Memang dah rasa yakin tahap tinggi nih nak tawakkal.

Tapi kan waktu ni tiba-tiba teringat, kalau ini adalah tawakkal paling tinggi aku boleh rasa untuk Allah dan ia sangat manis dan takkan dapat dilupakan, apa agaknya perasaan tawakkal tahap sahabat Nabi dulu ya? Mesti lagi hebat!

-Muhasabah-

Sepanjang saya di Jordan, ini adalah kali kedua hati saya bergetar sangat hebat waktu saya nampak jelas pertolongan Dia. Betul-betul depan mata tak perlu cari susah-susah. Dan setiap kali ia berlaku, saya memang terasa jadi selemah-lemah hamba, sekerdil-kerdil makhluk dan sehina-hina manusia. Menangis dan ternampak balik segala dosa adalah benda utama yang akan jadi selepasnya. Tapi susahnya nak kekalkan iman di tahap yang sama. Sukarnya saya nak kekal jadi hamba bertaraf merdeka dari dunia walaupun sekadar seminit dua.

Peristiwa pertama saya belum pernah lagi catatkan di sini. Insyallah lain masa nnti saya akan usahakan. Cumanya saya mahu fokuskan sesuatu untuk anda yang membaca. Keajaiban masih boleh terjadi jika Allah izinkan. Mungkin kita takkan terserempak lagi dengan mukjizat para nabi atau gerombolan tentera Ababil mahupun malaikat yang datang sama berperang, tapi ada masanya pertolongan Allah pasti tetap akan datang dalam bentuk yang Dia mahu. Dan kita??!! Jangan sesekali putus harapan dan teruskan berdoa. Insyallah akan datang suatu masa, kita sendiri akan melihatnya. Jika tidak dengan mata biasa, insyallah mata hati pasti akan masih merasai kehadiran Dia. =)


Wassalam~


eh lupa, terima kasih juga buat semua yang tak putus-putus mendoakan kami di Malaysia, di padang PROSPEK, di hospital dan di mana-mana jua anda berada. Alhamdulillah Allah makbulkan doa kita. Terima kasih!

Pesakit 1

Salam



***********************************************************************

PESAKIT KAMI

Kami : Umur kau berapa?

Pesakit : 22 tahun

Kami
: Owh, samalah macam kami! *tetiba teruja*

Pesakit
: Iye? Aku dah anak dua. Korang? *semangat jugak mukanya*

Kami
: Errr.. Urmm.. Hehe. ( -_-' adeh, menyesal plak cakap)

************************************************************************

PESAKIT DIA

Doktor pesan wajib tanya dalam history taking apa opinion pesakit tentang punca masalah dia. Tapi ada kebarangkalian bakal jadi begini..

Dia : Makcik, agak-agak makcik rasa kenapa makcik sakit macam ni?

Pesakit : Hish, aku datang sebab nak tanya kau. Kau tanya aku balik. Hah, inilah doktor-doktor akhir zaman... *sambil geleng-geleng kepala membebel*

Dia : ...... * -_-' Makcik ni nak baik ke tak nih. Aku balik kang...*

***********************************************************************

PESAKIT MEREKA

Mereka : Ada tak sapa-sapa dalam famili kau ada penyakit yang sama?

Pesakit : Ada! Anak kepada abang kepada emak aku.

Mereka
: Ha????!! *kejap nak pikir..*

Seminit kemudian...

Mereka : Lorh, kata je la sepupu. * -_-' kompleks betul...!*

*********************************************************************

p/s : Bila teringat cerita abang seorang kawan yang rajin tulis pasal anak murid dia yang merapu lawaknya (cikgu, saya besar nak jadi aeroplane. Mak saya kerja kenari yang duduk yang ofis tulis-tulis tu), kenapa tak saya juga tulis pasal patient saya yang merapu juga kadang kala. =)

Laughter is the best medicine in hospital~

Iklan Terbaik buat Para Penulis Puisi di Jordan!

Assalamualaikum

Dulu waktu saya tahun satu, rasanya arena penulisan macam agak asing di bumi Jordan. Tambah-tambah kalau bab tulis puisi. Pertandingan tak berapa ada, kawan seangkatan yang minat serupa pun macam tak nampak muka. Jadi, sendiri tulis, sendiri syok sendiri tak tahu nak belajar macam mana.

Jalan keluarnya, saya join kawan-kawan lain seantero dunia sertai Grup Karyawan Luar Negara. Dari 'mati' sorang-sorang di Irbid, baik 'berpegang tangan' dengan sesiapa yang ada walaupun tak kelihatan di mata, di medan maya tetap bersama. Aceh ayat.. ;p

Dari situ, saya kenal Ustaz Asyraffdini, pewaris tunggal GKLN Jordan waktu itu. Punyalah susah nak belajar. Nak beli buku pun pakai pos-pos beberapa bulan baru sampai. Nevermind, yang penting kemahuan itu ada. Kata Ustaz, dulu student Jordan aktif juga dalam Adabuna (saya join juga tapi rasanya GKLN lebih aktif sekarang) cuma ramai dah graduasi jadi semua mutiara sudah kembali ke Malaysia. Contoh paling simple Ustaz Zaid Akhtar.

Dan dalam masa setahun kemudiannya, Ustaz Asyraffdini pun mengikut jejak langkah yang serupa. Maka, tinggallah saya, si murid muda sendiri. Takpe-takpe, belajar berdikari. Paling-paling tidak, kena pastikan wakil Jordan tetap ada di setiap masa.

Sekarang saya dah tahun empat. Dalam masa empat tahun ini, saya nampak satu-persatu kebangkitan arus penulisan di bumi Jordan, Irbid khususnya. Even sampai sekarang sudah ada beberapa nama besar dalam penulisan di sini. Adik-adik yang baru datang pun masing-masing nampak sudah ber'taring'. Gerun pula saya lihatnya. Huhu.

Dah lama rasanya saya tak merekrut orang untuk menjadi pelapis wakil Jordan di dalam kumpulan ini. Tahun ni macam mahu kembali mulakan misi. Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak Jordan, ada sesiapa sudi bersama saya sekali? ^_^ Bakat yang ada jangan disiakan. Allah bagi bukan sekadar untuk disimpan. Kalau mampu diguna untuk manfaat ummat, kan itu tandanya kita ini menghargai nikmat? =)

Oh ya, lupa pula nak terang. Grup ini bukan sekadar untuk genre puisi. Segala aspek dalam penulisan turut diketengahkan sekali.

Dan diingatkan, grup ini bukan sekadar asyik-asyik nak cari kesalahan tatabahasa, kami juga berjuang mempertegakkan jiwa Islam dalam karya yang kami bina. Hidup perlu berdisplin juga, maka bila memandang tolong jangan hanya melihat dari satu sudut sahaja. (Maaf teremosi, saya benci bila ada manusia yang memburukkan orang lain untuk menampakkan kebaikan diri sendiri)

Alhamdulillah, melalui grup ini saya belajar memperbaiki diri dan karya.Sini ramai sifu-sifu besar yang sekarang sudah kembali ke Malaysia. Di sini juga peluang anda untuk menembusi media agak mudah kerana GKLN sudah dikenali lama di Malaysia. Dan saya juga turut bersama mereka menerbitkan beberapa antologi puisi bersama-sama untuk diterbitkan buat bacaan masyarakat kita.

Aspek paling penting yang suka : Disini tidak paksaan dalam menghantar karya memandangkan saya adalah manusia yang dikelilingi tanggungjawab yang melebihi masa. Syukur. Kalau anda lebih hebat berusaha dan istiqamah dalam belajar, insyallah bakat anda bakal lebih hebat sinarnya daripada kami orang lama.

Eh, panjang plak saya cerita. Maaf ya.

Kembali ke tajuk asal. Buat para penulis puisi Irbid dan mantiqah Jordan lain yang berminat untuk menyertai grup ini, di bawah ini ada satu peluang terdekat untuk anda. Sertai kami dan anda juga berpeluang untuk bersama menggembleng tenaga untuk memberikan sesuatu kepada masyarakat kita. =)

Mahu penjelasan lebih panjang tentang grup ini? Boleh hubungi saya di ainulmardhiah_89[@]yahoo.com atau rujuk sana di laman sesawang grup ini. GKLN
.
.
.
.

PROJEK ANTOLOGI PUISI REMAJA DAN KANAK-KANAK GKLN 2011 TERBITAN DBP





SYARAT PENGHANTARAN KARYA

1. Penyertaan untuk antologi puisi ini terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang menepati semua syarat berikut :
- Sedang menuntut di luar negara.
- Telah menjadi ahli GKLN yang sah dan menyertai yahoogroup GKLN. Bagaimana untuk menjadi ahli GKLN yang sah? Isikan borang keahlian dan hantarkan ke gkln_sayembara@yahoo.com bersama karya penyertaan anda.
- Menuntut di negara yang dirangkumi oleh GKLN.
- Peserta yang pernah menuntut di luar negara sama ada untuk twinning programme atau tamat pengajian dalam tempoh kurang 3 tahun dari tarikh tutup penyertaan juga layak menghantarkan penyertaan.

2. Setiap karya hendaklah mempunyai unsur moral dan pengajaran serta sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak (10-12 tahun) dan remaja (13-18 tahun) dengan menyentuh mana-mana aspek seperti:
- Perpaduan

- Sains fiksyen

- Kasih sayang

- Kekeluargaan

- Pengembaraan

- Sejarah

- Konflik sosial

- Kemasyarakatan

- Tokoh terkenal

- Lain-lain aspek yang berkaitan.

3. Karya hendaklah asli dan bukannya saduran, adaptasi atau penyesuaian. Sekiranya karya pernah disiarkan dan diterbitkan, diharap dapat menyatakan maklumat yang berkenaan selengkapnya. Sekiranya karya pernah disiarkan di blog, diharap dapat menarik balik karya tersebut dari blog dengan serta-merta.

4. Setiap karya yang dihantar tidak akan dipulangkan dan pihak penganjur berhak menyiarkan karya tersebut (di buletin, majalah, weblog dan yahoogroup GKLN) tanpa perlu izin rasmi penulis, namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.

5. Panjang puisi adalah bebas.


6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada Ahad, 13 Mac 2011.

7. Terma dan syarat tertakluk pada pindaan.

8. Hantarkan tiga buah puisi yang memenuhi syarat-syarat karya ke gkln_sayembara@yahoo.com. Juga sertakan butiran peribadi anda seperti nama penuh, nama pena (jika ada), lokasi di luar negara serta alamat emel. Para penyumbang juga diminta untuk menghantar profil penulis yang lengkap dan kompak (maksimum 15 baris). Sila rujuk contoh profil penulis yang disisipkan di atas.

Selamat menulis untuk adik-adik kita!
.
.
.
.

Wassalam

p/s:
Kalau saya terlewat beri respond, saya minta maaf awal-awal ya. Hujung minggu ni saya akan Prospek (Hari sukan Irbid). Minggu depan pula berkemungkinan saya ada Interview Surgery. Sebab itu saya iklankan ini awal-awal. Takut tak sempat. Tapi insyallah saya akan cuba balas respond secepatnya. Terima kasih.

Wo yao Shuo Hua Yu

Assalamualaikum..




Doctor-doctor kami di Jordan boleh kata semuanya lulusan universiti luar negara. Tapi dalam banyak-banyak doktor ini, ada seorang doktor yang agak unik dan memang saya cari-cari sedari awal lagi sebabnya dia satu-satunya doktor yang belajar di China. Maka secara tak langsung, dia memang sangat fasih Chinese. Namanya Dr Husam 3udat.

Tadi di Basma, alhamdulillah dapat turn round dengan Dr Husam nih. Memang dah agak berdasarkan cerita kawan-kawan yang pernah round dengan dia, ada akan satu time doktor ni akan cerita pasal life dia di China sebab orang Arab agak excited dengan tempat study dia yang pelik dan jarang dibuat orang Arab. Tapi kali ni dia tak tanya plak kat kitaorang yang Malaysian either boleh cakap Chinese atau tak macam dia tanya pada kawan-kawan Malaysian saya yang grup lain. Dah bajet agaknya semua student Malaysia tak fasih Chinese.

Bila habis round, macam biasa kami akan cakap 'Syukran Duktur' pada doktor. Tapi hari ni saya alih bahasa kejap, alang-alang dah tahu yang basic-basic. Saya kan excited sket bab-bab bahasa nih. ;p Maka sambil lalu sebelah doktor, saya cakap "Xiexie Laoshi!" (Balik rumah baru tahun Doctor dalam Chinese ialah Yisheng).

As predicted, Doctor agak terkejut bila dengar. Terus dia teruja "Xiexie? Eh ko boleh cakap chinese ke (english)?".Maka kemudian adalah sesi sembang-sembang sekejap (sekejap sangat pun sbb budak Arab ada hal dengan doktor lepas tu) tapi dalam english la plak, saya mana tahu Chinese sangat. Nganga plak kang. Nak faham tu boleh tahan lagi sikit-sikit, tapi kalau disuruhnya saya cakap lebih-lebih dengan pronunciation yang tunggang langgang, buat malu je nanti bila maksud lari. Huhu.

Tapi eventhough saya tak sefasih Chinese macam Kak Tiqah Mahassan yang sangat fluent, Doktor pesan suruh teruskan usaha belajar bahasa Cina. Maybe dia tahu kot Chinese agak major di Malaysia, maka kalau betul boleh kuasai bahasa Cina memang sangat banyak benefit la lagi kerja nanti.

Hurm, ni yang semangat nak sambung belajar bahasa China ni. First time rasa berguna tahu bahasa China sikit-sikit dekat Jordan. Kalau tak asyik sakit hati je dikaitkan dengan China (Asia) dekat sini. Sebab mostly chinese dekat sini dia kerja tak elok. Ish, buat apa la nak layan orang yang mentaliti katak bawah tempurung kan? Kalau bermanfaat untuk diri, go on je la. Ye tak?

Ok, lepas ni boleh kembali hafal certain-certain Chinese word to use macam biasa. Koman-koman pun biar sama level macam bahasa lain yang saya suka belajar dulu. Level beginner yang lepas nak bercakap dan faham sikit. Mehmet Al-Fateh pun fasih 8 bahasa, diri sendiri level mana?

=)

Hao, Jia you!

Wassalam..

p/s:

Translation
wo - saya
yao - nak
shuo - cakap
hua yu - bahasa china

Untuk Aiman

Assalamualaikum

Ini post khas buat adik tersayang nun jauh di Malaysia, Aiman Farhan Najmi~



Happy belated Birthday!!!! ^_^ (8th February)

Semoga terus dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan berjaya cemerlang dunia akhirat. Amin.....

Selamat menjalani kehidupan pertama sebagai pelajar sekolah menengah di SMKA Nibong Tebal. Jaga diri dan jaga perangai selalu. Pandai-pandailah cari kawan yang bagus dan berakhlak. Belajar rajin-rajin. Ingat, orang sangat perhati semua perlakuan kamu bila dah jadi anak cikgu dekat situ. Jadi fikir dulu panjang-panjang sebelum buat apa-apa. Jaga nama keluarga sebaiknya~

Kak Ina yakin Aiman boleh berjaya di SMKA Nibong Tebal sebab kak ina dulu pun sekolah kat situ 3 tahun. Kita serupa. Jadi kalau Kak Ina boleh sampai ke tahap ini, Aiman pun insyallah boleh sampai juga, malah jauh lebih baik dari Kak Ina. I believe in you. =)

Last but not least, live your life to the fullest. Ini zaman remaja yang mencabar. Moga Aiman dapat laluinya dengan baik dan menjadi manusia yang hebat dan berguna di masa depan kelak. It's okay to make a mistake but once you know, don'r ever do it again. Itu namanya belajar dari pengalaman.

Kak Ina akan selalu doakan Aiman dari sini. Moga Allah sentiasa tunjukkan Aiman jalan yang terbaik dalam menjalani kehidupan yang akan datang. Maaf Kak Ina lambat publish tapi di dunia realiti, Aiman dah dapat wish ini lama dah kan. ^^,

Salam sayang,
Kak Ina

p/s:

Aiman dan Asyraf adalah dua adik lelaki yang berbeza dari banyak segi. Tapi makin lama saya makin nampak satu persamaan yang ketara, mereka membesar sebagai pelindung kepada keluarga. Pembantu kepada ayah saya. Normal lah kan. Tapi susah sebenarnya nak tahu apa isi hati seorang lelaki walaupun adik sendiri.

Mana taknya kalau kerja dari kecik asyik gaduh memanjang,walhal kadang-kadang itu cara istimewa mereka. Mengusik tanda sayang barangkali. Mangsa seperti kami memanglah tak sedar sebab asyik sakit hati, tapi kadang-kadang ada suatu ketika kalau perhati lama-lama baru boleh perasan apa sebenarnya motif mereka.

Jadi kalau gaduh-gaduh antara adik beradik, tak perlulah sampai berdendam. Air dicincang kan takkan putus. Kalau rajin, perhatikan baik-baik perangai mereka. Sebab kadang-kadang boleh jumpa rahsia yang bakal menyentuhkan hati keluarga sendiri. Tak ada manusia yang tak sayangkan keluarga. Itu fitrah. Kalau ada pun, pasti sebab terpaksa. Saya yakin.


wassalam

Maulid Nabi

video


Assalamualaikum..

Hari ini ada sambutan Maulud Nabi. Kat irbid ada la buat program sikit.

Pengajaran utama:

1) Maulud Nabi dibenarkan dibuat atas dasar 'uruf masyarakat, maka jangan disandarkan kepada upacara wajib dalam agama

2) Jangan sebarangan letak hukum Bid'ah

3) Umat Islam nak tunjuk sayang Nabi jangan buat membabi buta atas dasar emosi. Strategi itu perlu. (konteks perlakuan menghina nabi)

4) Kenapa Syiah paling berjaya pengaruhi orang? Sebab Syiah terbina melalui aspek politik. Orang kalau bab-bab politik ni benda salah pun boleh nampak macam betul

5) Kaji.Kaji.Kaji. Dan sumber bacaan kena kasi luas.

Baiklah, moga dapat ambil iktibar

Wassalam


p/s:
Macam nak sorok muka bawah meja je bila terhantar Syair dalam pertandingan Sajak. Sah-sah the worst! Aish.. Buat malu kompeni betul lah.

Saya suka sejarah

assalamualaikum



Hari ini seharian rasanya hidup saya asyik bersembang berkisar SEJARAH..

Kumpul dengan adik-adik belajar sejarah
Kumpul dengan kakak-kakak pinjam buku kisah sejarah
Kumpul dengan kawan-kawan sembang-sembang sejarah

Nerd kah bunyinya? =p

Eh tapi saya rasa, siapa yang tak reti nak tasa best waktu baca sejarah adalah lebih nerd sebab jiwanya hanya mampu berisi fakta-fakta sains tulen (medic, math, dll) sepanjang waktu! Anda berjiwa keras! Hehehe... (gelak kejam)

Kalau yang sains tulen tak minat, sejarah pun tak minat, hanya minat buku-buku jiwang karat maka itu tandanya jiwanya sedang melarat. Ish3~ Hati-hati!!


Okay, berbalik kepada sejarah hidup saya sendiri macam mana saya boleh minat sejarah.
Macam mana eh?

Erm, mungkin terima kasih kepada mama dan abah yang selalu bawak saya pergi kedai buku setiap bulan dan kadang-kadang hadiahkan buku-buku cerita sejarah versi kanak-kanak yang saya sendiri konfirm kalau mama abah tak hadiahkan, saya takkan terfikir nak pegang dan bukak pun. Huhu..

Apa kata kita refresh kejap buku-buku sejarah/classic zaman kecik-kecik saya..
1. Satu set Hikayat Malim Deman + Hikayat Sang Sapurba + Hikayat Wan Empuk Wan Malini
2. Satu set buku kisah-kisah 25 nabi (2 jilid)
3. Satu buku tebal kisah-kisah zaman Nabi
3. Dua siri buku Anne of Green Gable
4. Satu set buku english classical literature (beli ansur-ansur sebulan satu bermula dengan Little Women)
5. Satu set buku cerita rakyat Nusantara ( ni library punya..)
6. Hikayat 1001 malam

Saya paling ingat buku paling awal saya baca adalah buku membaca Peter and Jane untuk english dan untuk bahasa Melayu saya tak ingat la plak. Tapi buku cerita Inggeris seterusnya adalah set2 cerita rakyat seperti Dancing Shoes, Matches Girl Snow Queen, Hensel and Gretel dll. Buku-buku famous seperti Cinderella dan Snow White agak lambat sikit saya terima. Dan peliknya saya juga kurang minat buku kisah-kisah princess itu kecuali dalam bentuk movie. Apesal entah..

So, kesannya saya membesar dengan jiwa suka membaca benda-benda berunsur sejarah dan klasik serta unik. Tambah-tambah kalau susunan ayatnya cantik. Lebih indah kalau kulitnya klasik bercorak macam zaman dahulu kala macam buku zaman Andalusia atau dengan lukisan russia. waa... Superb lah!

Dulu pernah terjumpa abah punya buku kitab lama(sebab kelabu kuning beranai-anai macam harta karun)bertajuk HIKAYAT TUN SRI LANANG! Woh, memang excited tahap tak ingat dunia. Ye la, ni spesis hampir pupus ni. Bukan senang nak jumpa kat kedai. Huhu. =D

Masuk sekolah rendah + menengah, saya jadi penyelongkar tetap rak-rak bacaan buku cerita lama (kecuali buku yang tebal tahap tak ingat dunia dan tulisan kecik tahap semut kerdil. Anti sungguh buku macam tu.)

Sirah nabi dan pengikutnya, Shakespear, Hikayat Melayu Lama, English Literature semuanya insyallah saya sudah habiskan kecuali kalau kalau belum jumpa version moden punya buku lama satu cerita.

Dan lepas tak dapat jumpa sumber buku2 cerita-cerita lama, barulah saya akan pergi ke bahagian buku cerita zaman sekarang seperti karya sastera, detektif remaja, novel cinta, buku fakta, autobiography, motivasi dan buku dogeng seperti Twilight ataupun Harry Potter.

Saya paling malas nak layan buku action thiller english. Tak de feel lah! Kecuali Dan Brown je berjaya habiskan. Lain semua tuang. B.O.S.A.N.

Makin saya besar, saya makin tertarik pula untuk baca buku-buku terkenal seperti buku-buku yang menang anugerah hebat-hebat, buku-buku yang ditranslate ke pelbagai bahasa. Lagi dia femes, lagi saya berkenan.

Di Jordan ini, saya terperasan dia banyak juga keluarkan buku-buku hebat yang klasik daripada penulis-penulis sasterawan pelbagai negara yang menang noble prize in liturature macam Orphan Pamuk, Naquib Mahfouz, Kenzaburo Oe, atau Gao Xingjian. Tapi malangnya buku-buku diaorang ni still macam tak sebest english literature. *sesuka hati je cakap, padahal baru test tengok. Tak baca lagi*

Dan, di Jordan saya punya minat membaca agak sedikit merudum sebab yang ada banyak buku English and Arab je. Saya nak buku Bahasa Melayu!!!! T_T Seriously bila lama tak baca buku tambahan, saya terasa hidup sangat dull dan saya sangat terbantut tak berkembang. Nak sembang idea merapu, nak menulis idea beku, nak tukar pendapat pun macam buntu. OMG~

Sangat jeles kot tengok kawan-kawan kat Malaysia beli buku bertimbun-timbun kat Malaysia. Saya plak agak terbantut kat sini. Dah la Malaysia punya publisher makin pandai cari tajuk best-best. Ish! Tapi bila dah balik Malaysia, saya punya teringin tu tak terluak habis pun. Sebab saya selalu strictkan diri beli satu buku je sebab buku Malaysia mahal giler! Urgh... Tak boleh ke murahkan harga buku ke bawah 15 je sentiasa? hehe..

Jadi jalan keluarnya sekarang adalah sekadar pergi meminjam dari kawan-kawan atau senior-senior yang kaki buku juga. Peminjam berjaya lagilah saya nampaknya~

And now, saya sedang gilakan buku-buku sejarah tarbiyah. Tak kiralah buku sirah nabi ke sahabat ke khulafa' ke empayar muslim ke gelojak Islam serata dunia ke. Even sejarah Islam Nusantara pun saya sangat semangat nak habiskan sekarang. Sebab? Saya tahu saya dah banyak ditipu lama gila dengan bacaan yang pendek dan tak cukup kebenaran. Jadi, sekarang masanya untuk menggali dan kembali mencari perkara hakiki.

Buku lain pun saya sedang hadamkan juga. Terutama buku Browse Surgical yang saya rasa mcam dah muak asyik tengok dia je (padahal hafal ye tak. Ih...)

Eh, panjangnya saya tulis..

Haaa.. ni lah kesan estacy saya bila jumpa orang-orang yang sama minat dalam isu yang serupa.

Tadi kami bincang tentang kisah klasik nusantara. Kami senaraikan mana yang kami dah baca dan mana yang kami masih mencari-cati bukunya. Hikayat Malim Deman, Hikayat Sang Sapurba, Hikayat Wan Malini Wan Empuk, Hikayat Ain Zubaidah, Hikayat Tun Sri Lanang semua dah selesai baca.

Kami teringin nak jumpa Hikayat Perang Sabil, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Pemuda Mati Hidup Semula, Hikayat Muhammad Hanafiyyah dan hikayat-hikayat lama yang fungsinya menaikkan semangat umat Islam untuk terus berjihad demi yang Esa~

Ada sesiapa tahu buku, kalau prosa klasik moden yang dikarya selain 1515, manikam kalbu, Iskandar bukan Alexander, Ramli Awang Mursyid punya siri Laksamana Sunan , buku klasik apa lagi yang ada untuk dibaca?

WE WANT TO READ IT, thank you~ ! ^_^

Pendek kata : Saya suka Sejarah! Sejarah BESTTTTTTTTTTTT~

p/s: kalau ada yang beri berita gembira lepas baca entry ini, ketahuilah kami sayang anda! hehehe...

Jumpa lagi..

p/s 2 : Bicara tentang sejarah, hari ini sejarah baru telah tercipta. Tahniah buat penduduk Mesir, akhirnya Husni Mubarak turun jua. Good Job! ^_^ Alhamdulillah...

I'm my own Hero!

Assalamualaikum!




^_^

Apa khabar kawan-kawan sekelian?
Apa khabar iman?
Apa khabar amal?

Rasa macam dah lama plak tak cakap pasal makanan hati dekat sini. Lari plak objektif asal hidup penulisan saya bila asyik hilang arah semedang. Huhu.. Back to the Basic, please...!

Okay~

Hari ni sebenarnya saya tertarik dengan satu konsep hidup yang saya baru jumpa.

KENAPA KITA SUSAH-SUSAH NAK AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR PADA ORANG LAIN?

Well, kalau jawapan skeptikal yang selalu kita dengar biasanya berbunyi...

"Saya tak nak saya sorang je masuk syurga. Orang lain pun saya nak ajak jugak."

atau

"Saya nampak orang lain buat kesalahan dan saya tak nak dia terus hanyut dengan kesalahan dia"

which is kita nampak dari satu side yang mana daie ni sangat suka nak membantu orang lain. Good! Bagus la kan? Memang itu yang kita nak pun.

Tapi!

Hari ni saya terjumpa satu side of sebab musabab kenapa kita nak amal makruf nahi mungkar yang agak jauh sikit lah dari konsep 'membantu orang' tapi lebih kepada 'bantu diri sendiri'.

A little bit macam selfish dengarnya, tapi actually saya rasa ia lagi tepat dan tajam tertanam kalau kita betul-betul guna.

Macam mana?

Pernah dengar tak orang cakap alasan dia amal makruf nahi mungkar....

" Sebab saya nak selamatkan diri sendiri. Kalau saya biar diaorang, nanti kalau diaorang kena azab, dengan saya-saya pun masuk gak kena azab tu. Bahkan saya mungkin jadi lagi teruk kena azab dari diaorang. Hish! Taknaklah! " ----> Ini dari buku ye~

or

" Sebab evenpun kalau kubur masing-masing, nanti kalau kubur diaorang kena azab karang bising sampai dengar ke kubur saya. Hish! Tak nak lah! " -----> Ini idea kawan ye~

See? Nampak tak?

Ini adalah sebab dakwah yang lebih kepada menjaga diri sendiri daripada menjaga orang lain.

Eh, ingat tau! Ini bukan pentingkan diri nih.. Ini namanya perlumbaan dalam ibadah. Dalam ibadah tidak dibenarkan untuk ithar tahu.. =)

So, kalau diaorang tak nak buat, biar kita je buat. Tapi bila kita dah buat, diaorang pasti akan buat gak sebab selagi diaorang tak buat maka kita akan buat sungguh-sungguh sampai diaorang buat. Eh, macam kompleks plak ayat nih. Faham ke?

Plus, ini adalah antara alasan terbaik buat orang-orang yang tension dengan persepsi hentah hapa-hapa orang lain yang kononnya orang berdakwah ini baik tahap malaikat sampai rajin terlebih nak membaikkan orang which kadang-kadang dianggap sebagai penyibuk~

Just say that to them --->
AKU BERDAKWAH SEBAB UNTUK AKU!
Aku nak selamatkan diri aku
Aku nak dapat pahala
Aku nak lepaskan diri daripada kena tanya lebih-lebih nanti
Aku nak masuk golongan orang yang bersaksi
Aku nak syurga

Korang tak nak?
Sukahati lah~
Tapi jangan halang aku
Sebab aku akan buat jugak
Supaya aku dapat apa yang aku nak (disebut tadi)


.
.
.
.

Fuiyoo, semangat kan??
Macam hardcore sikit.
Takpe, lagi core lagi bagus.
Selamatttt dunia akhirat, insyallah~

Amaran awal : Pandai-pandailah guna cara mana yang patut mengikut kesesuaian persekitaran anda~


Sekian. Selamat beramal!

^_^

[ mode : getting in track, insyallah ]

Listen!

Banyak orang banyak ragam~

I don't care!



I'm dare to be different~



Just wait and see..
Que sera sera, what will be will be..

Package Challenge 20 in 1

Assalamualaikum!

Fuh.
Seminggu senyap sunyi blog ini seiring dengan tuannya yang agak tak berapa betul minggu ni. Tapi jangan risau, hanya empunya badan yang bermasalah. Jordan sihat walafiat takde sebarang kekacaun serius sampai internet terpotong, alhamdulillah.

So, plannya hari ni saya nak menjawab cabaran 30hari blog nih berpakej lah~

Day 7 – Your dream wedding.
Jawapannya : ini.
Huhu, sorry lah. Malas nak fikir sebenarnya. Banyak lagi benda yang memeningkan kepala dari fikir dream wedding buat masa sekarang~

Day 8 – A song to match your mood.
Jawapannya : Ini
Memang rasa nak lari! Lari dari masalah iye, nak teruskan lari( maknanya bertahan deal dengan masalah)sampai setel pun iye. Urgh. Serabut. Tapi nak lari betul2(literally) sesuka hati pun bukan boleh. Ini Jordan.

Day 9 – A photo of the item you last purchased.
Jawapannya : Ini
MP3 lama yang dibeli dua tahun lepas akhirnya lingkup jua. Tak tahan kot dengan tuan dia yang sentiasa meng-on-kan dia memanjang. Alhamdullillah, agak membantu sepanjang dua minggu lebih kucar kacir kat KAUH.

Day 10 – A photo of our favorite place to eat.
Jawapannya : Ini
Favourite tu maksudnya tiap2 hari ke? Kalau tiap2 hari, maksudnya cafe staff hospital je la. Saya sudah cuti makan luar sekarang. Yang jawapan tadi hanya untuk time2 mengidam dim sum. Bulan ni severe kot. Tiap2 minggu turun Amman pergi belasah dim sum je. Tokey tu pun dah cam agaknya. Memang gila.

Day 11 – What’s in your makeup bag?
Jawapannya : Ini
Haha.. Sorry, i takde makeup bag. Yang ada cumanya beg sandang gabak bawak buku Browse tebal 1.5 inci + buku surgical recall 2.5 inci + focus history 1cm + note book 2cm + pencil beg utk taruk segala torch and stetoskop and pita ukur and few alatan lain + dompet + air sebotol + labcoat. Agak nerd di situ. Berat of course lah setiap 5 minit tukar2 bahu kan, senget oh lama-lama pegang. Tu pasal tak sabar nk balik rumah selalu. ;p

Day 12 – A photograph of the town you live in.

Jawapannya : Ini
Aiseh, kurang lampu plak gambar nih. Zaman mana ntah nih. Tapi sekarang rasanya area ni dah terlampau terang benderang dah. Tak caya, datang lah.. Ini nama dia University Roundabout, di University Street, di Irbid. Tempat basic orang setempat nak buat perhimpunan besar-besaran sampai jammed seperti time Piala Asia mahupun Piala Dunia. Nasib baik Jordan kalah. Hhuahuahua.. Bahagia hidup, kalau tak asyik bising dan menyusahkan jalan raya aje.

Day 13 – Your favorite musician and why?
Jawapannya : Ini
Maksudnya depend on mood waktu tu lah. Kalau saya tengah ok, anything is ok. Kalau saya tengah fragile, something strong is beneficial. Kalau saya tengah bahagia, something easy and happy is great. Kalau saya tengah down, something motivate is what i need. Depend.

Day 14 – A TV show you’re currently addicted to
Jawapannya : Ini
Cool habis! Adakah Ah Jiang se-cool Chen Hai Nuo? Ntah, tak tau lah sebab tak habis tengok lagi. Aaaa.. habislah addicted semua orang ini punya cerita.. Habis semua yang ada dia dah diselongkar habis-habisan~

Day 15 – Something you don’t leave the house without.

Jawapannya : Ini
Beg simple kecik yang boleh sumbat semua barang penting + paling penting boleh ubah-ubah tali panjang pendek, biar senang nak terus sandang silang ke bahu bila malas nak ayu.

Day 16 – Your celebrity crush
.
Jawapannya : Ini
Pak Arab mana dah buat saya tersangkut ni ha? Hahaha... siapa kenal? siapa kenal? Funny n cool - Best trait in him plus the thick eyebrow yg macam warrior..~ wassssaaai! kyaaaa~

Day 17 – A photo of you and your family.
Jawapannya :

Ini gambar tahun bila eh? Erm, saya tahun 2 ke 3 entah lah. Tapi yang confirmnya ini gambar zaman abah terkoyak ligamen sebab berlatih silat dengan Apai (my cousin). Wuu, maka sila jangan main-main time berlatih silat. Disaster ooo kalau tersilap langkah terlebih keluar power. Tak pasal-pasal jadi macam abah, pakai tongkat 2 bulan. tsk3...

Day 18 – Something you crave a lot.
Jawapannya : Ini
Tak tahu kenapa bulan memang sangat crave benda nih. Tak pandang lain dah. Series. Tengok gambar ni pun dah rasa mouth watering. aaaa, apesal dia takde kat irbid yang dah siap masak? (ada je kat arabella sebenarnya. tapi rumah takde pengukus.)

Day 19 – Another picture of yourself.
Jawapannya : Ini
Malaslah upload gambar baru. Recycle gambar lama suda..

Day 20 – The meaning behind your blog name.
Jawapannya : Ini
Nothing much yang terlampau sentimental pun. Just memang pakai nama ini sejak dulu. I like it, so I use it.

Alhamdulillahhh....
Selesai 20 hari!
Hehehehe.... (sila gelak cara Dr Mohammad Bani Hani pada yang tahu) ;p

Hurm, kesimpulannya sekarang I lost my momentum and I am struggling to find it back~
Medicine is really tough and I doing my best to get back on track. Mulai esok, saya akan round di Amirah Basma 3 minggu. I do hope, really hope everything will getting better. Punca kemalasan atau ketidakstabilan diri : Idiopathic. Rehat macam dah lama tapi still macam tak puas. Ish.

Run Ainul! Run!
fighting!

Ok, ma'assalamah~
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images