Domino Effect

3:12 PM 2 Comments A+ a-

Salam



************************ THE DOMINO EFFECT ********************



Anyone?

This is a nice point to ponder...


p/s:
The Land of Hashimate Kingdom is still in peace. Don't worry much about us. =)
Do pray for the others nearby. They need them. May Allah ease everything. Amin..

Terus Berdiri

7:32 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum














Upon the river i held my breath
Among the midst i seek the path
How sweet i wonder their taste of death
To be the one ceasing the Romanian's wrath


.
.
.
.
.
.


Dahulu, inilah tempatnya:

1. Khalid Al-walid mara menjadi panglima walau Islam baru dihatinya. Hebat berstrategi hingga Saifullah nama diberi. Akhlaknya indah mengembang hingga Gregorius Theodorus memeluk Islam di medan perang. Penuh rendah hati Khalid redha kuasanya bertukar ganti.

2. Abu Ubaidah menjunjung amanah Khalifah. Menggantikan Khalid agar ummah terpelihara akidah. Mara penuh gaya hingga Rom hilang kuasa. 30,000 Islam berjaya menumpaskan 100,000 musuh yang ada.

3. Ikrimah Abu Jahal + Harith bin Hisyam + Suahil bin Amr menemui syahid yang indah. Kerana tingginya ithar mereka, air disua sahabat diutama.



Dan hari ini, aku datang menghimpun hati
Ibrah mereka aku kan semat sehingga mati
Ya Allah, moga hari ini Imanku meningkat tinggi
Agar istiqamahku akan terus kekal berdiri
Seiring Islam yang telah mereka sebarkan ke sini

Amin ya rabbal 'alamin...


Ainul Arina Madhiah
Mauqi' Makrikah Yarmuk,
28 Januari 2010
Irbid, Jordan

Perfect Surgery Student?

12:28 PM 6 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Orang selalu kata Surgery tu menakutkan. Well, mula-mula macam tak. Tapi bila jadual minggu ni berderet gabung semua doctor-doctor malignant, memang sedap lah!



Ayat-ayat setajam pisau bedah tu mcm dah lali plak kat telinga minggu ni:

"Korang ni grup mana ha? Aku nak kasi evaluation marks zero!"

"Aku rasa korang salah masuk bilik nih. Ni kelas medik, bukan kelas nursing!"

"Esok aku rasa baik korang tukar kos amik farmasi, senang sikit!"

"Korang ni teruk! Satu apa pun tak reti! Tak baca buku langsung! "


Duh, ni memang dah gaya latihan nak kasi lion's heart habis nih. Cuma dalam konsep student, kena condemn habis-habisan pun perlu kekal maintain cool. Iyelah takkan nak nangis plak. Kalau buat muka tak puas hati kang, mau kena tambah dos halwa telinga lagi.. -_-'

Ubat saya setiap kali Dr ambush : Biar kena marah sekarang, daripada nanti aku bunuh orang~



Tsk, kuat! Kuat! Dah berapa ramai dah yang grad jadi doktor and lepas benda-benda yang sama. (Doctor tu pun sure dulu kena cara yang sama gak. huhu) I can do it! Chaiyok2! *Pray for me please~*
.
.
.
Tadi entah macam mana boleh terbukak intro buku surgery Recall. Intro tu! Mana pernah bukak sebelum ni. huhu.. Then, saya terbaca satu artikel ini: (Let muhasabah!)

The Perfect Surgery Student - panjang nih -

Never Whine [so far belum pernah salahkan doktor, it's my own fault]

Never pimps his resident or fellow student (or attending) [this is penyangak!]

Never complains [urm, i will try..]

Is never hungry, thirsty or tired [ woho, ini macam nerd sangat dah nih..]

is always enthusiastic [i do except when it is tiring me to death]

love to do scut work and can never get enough [erm, ya Allah berilah aku kekuatan! ]

never makes a fellow student look bad [like blaming others? i hope not~!]

is always clean [kebersihan itu separuh dari iman. Busy-busy pun kena jaga la..]

is never late [ i'm already in ]

smiles a lot and has a good sense of humour [Guane nk smile kalau Dr pun banyak mencuka dengan student? eh.eh. takbleh salahkan orang.]

makes thing happen [ i wish! ]

is not a 'know it all' [apesal plak? Know it all bukan feveret student doktor ke?]

never correct anyone during rounds unless it will affect patient care [O, really? okay, it's new for us.]

makes the intern /resident/chief look good at all time, if at all possible [this is why i always hate kaki menyampuk!]

knows more about her patient than anoyne else [only when they are cooperative!]

loves the OR [takpernah dapat masuk lagi. T_T]

never wants to leaves the hospital [oh never! i love my house! hehe]

takes correction, direction and instruction very well [insyallah...]

says "Sir" and "Ma'am" to the srubs nurses (and to the attending, unless corrected)[ yes, ma'am! ]

never ask qauestion he can look up for himslef [uuuu. ini memang kena sebijik kat batang hidung nih..]

knows the patient disease, surgery, indication for surgery and the anatomy before going to the OR [baikkk..]

is first to arrive on clinic and last to leave [ uuuu, susah tu.. ]

always places xray up in the OR [ untuk? ]

read from surgery text everyday [ @_@ *berpinar-pinar* ]

is a team player [yup, i agree!]

asked for feedback [ i wish to but sometimes doctors are very busy ]

never has a chip on her shoulder [ stay cool! yeah!]

loves to suture [ i wish it now! ]

is honest and always admits faults and error [ yep, plus brave enough to hear all the curse from those unstable emotion people]

knows when the patient is going to OR [okay~]

is confident but not cocky [tampal besar-besar kat hospital boleh tak terutama dekat depan orang yang suka buat muka "aku hebat" ?]

has a 'can-do' attitude and can figure out things on her own [ gosh, ganbatte ne! ]

is not afraid to get help when needed [ try me! ]
never say 'no' or 'maybe' to involvement in patient care [ takkan always yes? ]

treats anyone with respect [ini basic akhlak. sendiri mau ingat. ok? ]

follow the chain command [ yes bos! ]

praises others when appropriates [ takpe2, itu kan rezeki dia..]

check with intern beforehand for information for rounds [intern pun tak kenal sapa. huahuahua...]

runs for materials, lab values, test result etc during rounds before any house officer [ okay, ini memang tak tau langsung nk buat macam mana amalinyer..]

give credits when credit is due [jangan jeles-jeles. tak baikkkk~]

dresses and undress wounds on rounds [tak pernah ada peluang lagi setakat ni]

has a steel bladder, a cast iron stomach and a heart of gold [mende nih? apesal semua serba zat-zat besi bumi je.. dop paham.. suruh tahan karat a.k.a kuat mcm besi ke?]

always write the op notes without question [takbleh tanya langsung ke?]

always check with intern after round for chores [tak boleh, sebab ada kelas! ;p]

always make sure there is medical student in a every case [saya la medical student!]

always follows the patient to the recovery room [belum tahu lagi la pasal management bilik-bilik nih..]

in the OR, always ask permission to ask a question [Saya anti kurang adab + suka menyampuk. Yep! Understand? ]

always review anatomy prior going to OR [kena simpan atlas sebijik kat wad nih..]

does what the intern asks [tak de sapa-sapa suruh lagi pun..]

is a high-speed, low-drag, hardcore HAMMERHEAD ----->

A hammerhead is an individual who places his head to the ground and hammers through any and all obstacles to get a job done and then asks for more work. One who gives 110% and never complains. One who desires work. [wow!]

.
.
.
.
.
.

Jom semangat balik jom! Surgery best! Doktor-doktor semua memang text book bergerak habis. Lantaklah kena marah ke herdik ke janji engkau improve~ Yang penting sabar, kuat, tabah dan terus berusaha! yosh! Ganbatte! Jia yuo! =D

My Mom is A FOB

7:59 PM 0 Comments A+ a-



Semalam dalam sejarah,

1. tengah-tengah bengang dengan pesakit yang tak kasi kerjasama, terus duduk dan bukak buku ni dan dalam masa tak sampai seminit gelak macam orang gila tengah hospital. Haha

2. waktu tengah-tengah hot and spicy dengan seorang hamba Allah nih, tiba-tiba terdetik dalam hati "Tak nak marah2!" so terus bukak buku dalam bas dan in a few second dah gelak sama-sama dia. Dia gelak lagi dasyat. Haha

3. time tengah termenung sorang-sorang tunggu orang datang, tetiba tersengih tergelak-gelak sebab teringat buku ni sampai orang lalu sebelah tegur "ko gelak apesal tiba-tiba?"

Mana taknya.....

Babak satu dalam buku:

Me : Damn! I feel like crap!
Mom : Really? I feel like shrimp!


Babak dua dalam buku:


My friend's mom visited my house from Asia. She was trying to train my dog, Monday...

"Shit, Monday, shit !" --> Korean pronounce S as Sh


Babak tiga dalam buku:


A letter from my mom

Dear Mei, how are you? I didn't see you in Skpye on past two days. Is everything fine? I will try to spyke you online if you open your computer.I will leaveBali this morning amd arrival on Taipei around 7pm. I have a very good vacation with Bali Island. Bye.


Babak empat dalam buku:


KFC employee: Welcome to KFC. Can i take your order ma'am?
Mom : Can i have one bucket of chicken?
KFC empolyee : Sure! White or dark meat, ma'am?
Mom : Duck? I don't want duck! I want chicken!


Babak lima dalam buku:


I was at a college career fair and was in the midst of an engaging conversation with the admissions officer of the school I was MOST interested in.

Mom: Oh…I see…Well, will my daughter be about to afford this prostitution?
About a second later:
Me: INSTITUTION?!?!
Admissions officer: Well, yes, we have a lot of … scholarships … though there ARE nice jobs on campus you can take to support yourself.


And last but not least ----> You made a sweet shower (instead of sour)! Thanks for your hostility (instead of hospitality)..

Aduhhh.. Boleh telentang gelak baca buku nih..!

Pernah je sampai blog penulis dia dulu. Mula-mula ada rasa sikit offensive la sebab gaya dia macam nak memalukan mak dia. Tapi bila baca balik dia punya intro, rupanya ini adalah cara dia say love kepada mak dia. She is proud of her mom! (with a little bit shame too.. hehe)

" Our moms were unintentional comedy gold mines and we set out to create a space for other first-generation Asian Americans to share their experiences to be on the recieving end of that amazing, unconditional and sometimes misspelled love "

Great book! ^^,

Umur berapa?

7:59 AM 5 Comments A+ a-

Assalamualaikum...



Haritu waktu tengah round-round soal jawab dengan doktor di pejabat beliau, Dr tiba-tiba semangat nak suruh sesiapa antara kami jadi pembentang waktu beliau punya kelas nanti. Nak praktis buat seminar katanya.

Maka beliau punya bertanya "Hah, sapa antara korang nak offer diri?"

Malangnya semua kami buat muka beku sambil berpandangan antara satu sama lain.

*Tak mau la tu..*

Doktor malas tunggu lama-lama, lalu tunjuk jari pada seorang lelaki antara kami.

"Kau lah ya?" tanya Dr.

"Erm, taknaklah Dr. Kasi orang lain lah..." balas orang yang ditunjuk.

Kasihan Dr. Semua orang kena tanya dan semua orang tak nak.

Maka, Dr pun mengeluarkan ayat keramat dia........................
.
.
.
.
.
" Kau umur berapa? " tanya Dr tiba-tiba

" 21 " jawab mereka.

" Kau tahu tak Al-Fateh bukak Constantine umur berapa? " -- 1st smash!

" Kau tahu tak Alexander Zulkarnain tawan dunia umur berapa?" -- 2nd smash!

"Kau tak tak ... (beberapa tokoh-tokoh 20-an lain + jasanya).... umur berapa?"
-- die!
.
.
.
.
.
.
.

Setelah seminit dua semua kena tampar dengan ayat pedas Dr, maka lepas tu berduyun-duyun hero-hero remaja mengangkat tangan tanda sedia untuk membentang di depan. Heroin pun sama hebat sedia nak berjuang walaupun tak semua~

Sekian.

Pengajaran hari itu :
1. Jangan main-main dengan Dr berfikrah! =D
2. Haih, apa nak jadi lah dengan remaja masakini.. T_T
3. Alang-alang duduk negara Arab, sila serap semangat2 panglima yang ada... >_<

*********************************************************************

Sambung sekali lah cabaran 30 hari berblog tu..

Day 6 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.



sebab : Ntah. Memang suka. Tapi tak dapek nak bela kat Jordan atas masalah-masalah teknikal. Takpe-takpe. Sabar tu separuh daripada iman.

Ok. Tu je. =)

************************************************************************

Harapan Musafir

7:11 PM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Okay, hari ni sambung cabaran ke 5

Day 5 – 'A photo of yourself two years ago.'




Apa istimewanya gambar ini pada saya?




[ 2008/9 ]
Waktu ini,
saya berfikir apa rasanya hidup di bawah khilafah Turki

Waktu ini,
saya berdoa mahu kembali menjejak Turki sekali lagi

Waktu ini,
saya bermohon moga kegemilangan Islam Turki akan kembali

Waktu ini,
saya berazam Dora the explorer akan selalu meneruskan misi

Waktu ini,
saya berharap moga saya bakal jadi Dr yang punya Islam di hati

Waktu ini,
saya berkeyakinan Allah pasti tunaikan segala yang saya hajati...



Amin........ =)


[ 2010/11 ]

Satu doa dah terlaksana --> Misi Dora

Yang lain-lain, saya masih menunggu

Insyallah Suatu hari nanti pasti akan ada ~

Kawan Terbest?

7:29 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum
Dah.dah. Abaikan entry sebelum nih. Sambung challenge seterusnya~

Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.

Erm, susahlah soalan nih!
Best friend tu kira kawan baik ke kawan rapat ke kawan macam mana YA? Definisi kawan baik saya luas sangat la plak. paling simple nak terang = sekepala.

Kawan baik saya ada banyak sumber bergantung kepada hidup saya waktu tu dekat mana. Geng kamceng sejak baby (sbb masing2 ibu bapa bergeng juge sebelum dan selepas kawin)? Geng sekolah rendah? Geng sekampung? Geng NTISS? Geng Igop? Atau geng Jordan? Yarmuk? JUST? Haaaa.. tak tau nak letak sapa nih~

Isk.

Kalau nak letak serba satu gambar, macam susah plak sebab album tak bawak. Yang dalam hardisk semua gambar2 terkini. Saya letak gambar best friends di JUST je la ye?

Yang Yarmuk dan lokasi-lokasi lain, tak letak gambar bukan bermakna mereka bukan kawan baik saya. All of them are my best friends! Dalam blog je tak de gambar, dalam hati lekat selalu~ ^_^



Ini gambar batch saya a.k.a my best friends sepanjang 6 tahun duduk Jordan ni insyallah~ Sayang sangat-sangat dekat diaorang semua. Kalau tak wujud diaorang ni kat sini, mesti hidup saya tak macam hidup saya sekarang. Who knows~ =)

Terima kasih kawan-kawan sebab jadi kawan saya~

Saya sayang kawan-kawan saya! ^_^

p/s:

Ramai sangat kawan baik ni bagus tau! Lapang hati kalau jumpa ramai-ramai. Kalau bertelagah satu sama lain pun, nanti yang lain boleh tolong sama-sama betulkan. Tak delah rasa 'unbelonging' sangat dekat tempat asing. Boleh belajar perangai masing-masing dan membesar sama-sama dengan pengalaman yang berbeza.

Keburukan?

Insyallah takde.

Cumanya kalau hati ada terbolak-balik nak lebihkan sesiapa, itu normal la kot. Kalau nak samakan semua dalam apa jua keadaan, boleh susah jiwa raga nih. Contoh kalau nak bagi hadiah. Takkan semua nak benda yang sama dengan harga yang serupa kan? Kopak oo. ;p

Cumanya, dah besar-besar nih bila berkawan seboleh-bolehnya elakkanlah rasa jeles-jeles nih kalau kawan baik kita rapat dengan orang lain juga. Ini bukan zaman kanak-kanak yang fikirannya pentingkan diri semata. Peliklah ~
(ini berdasarkan pengalaman sendiri. Horror tahu ada mata jeling-jeling!)

Akhir kata, berkawan biar seribu, bermusuh biar takde. ^__________^

Sekian...

Shhh...

6:51 AM 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum

*Sambung challenge*

Day 3 – Your idea of the perfect first date.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jawapannya : RAHSIA!

hahahahaha...~~~~~



Sebab?

1. Tak nak orang tiru (gedik giler rasa... ;p )
2. Biar fikir sendiri (i choose to have unexpected one tapi bukan yang spoil la.)
3. Tak nak fikir lagi (sebab nanti berangan je lebih.. hoho..)

Sekian.

p/s:
macam takde faedah je entry nih.. huhu. nak kasi faedah apa ye? Ha, sila luaskan imaginasi anda! hahaha~

Mulukhiya

6:22 AM 8 Comments A+ a-

Assalamualaikum

*Sesi sambung challenge*

Day 2 – A photo of something you ate today.


Ini namanya MULUKHIYA

Ala-ala sayur bayam tapi rasa dia lain sket. Sedap gak la~



Sejenis sayur yang dibuat dalam bentuk sup yang sangat likat dan berlendir-lendir. Tak semua orang bukan Arab boleh telan sup lendir-lendir nih. First time tengok pun tekak saya kembang sket. Tapi lama-lama sedap plak jadinya. Hehe...

Mulukhiya nih sangat terkenal di timur tengah terutama Mesir (sebab diaorang dah mula makan sejak zaman Firaun dulu nun). Diaorang selalu hidang Mulukhiyah ni kalau ada majlis ramai-ramai orang, tapi bukan tujuan untuk kasi impress (ada org kata). Kira traditional food gak la.

Dalam English, dia dipanggil Jew's mallow atau Green mallow atau nalta jute. Ni gambar sayur dia sebelum dimasak.



Selalunya mulukhiya ni dia satu set dengan nasi dan ayam. Ada gak orang buat stew terus. Contohnya ini.

Encik Wiki kata "The leaves are rich in betacarotene, iron, calcium, and Vitamin C. The plant has an antioxidant activity with a significant α-tocopherol equivalent Vitamin E."

Malaysia ada jual tak? Nanti kalau rindu time balik, boleh makan. Hehe..

Ok, sekian~

p/s: Selamat bercuti kepada semua warga Jordan dan selamat terus bersekolah kepada semua student clinical Medicine JUST. Selamat! T_T

Reunion kembali

2:05 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum~



Bulan 11
Selepas 4 tahun, akhirnya kembali jumpa Aimi, Asyila, Radin, Najihah
Lokasi : Mesir

Bulan 12
Selepas 4 tahun, akhirnya kembali jumpa Sir Izz
Lokasi : Jordan

Bulan 1
Selepas 6 tahun, akhirnya bakal kembali jumpa Adibah, Amalina, Athirah
Lokasi : Jordan

Teringat balik plak kronologi jejak kasih di Malaysia...


Berada di Jordan untuk jangka masa yang lama tanpa cuti yang panjang-panjang macam rakan-rakan di negara lain, bila ada reunion sekali sekala memang bakal jadi hyperexcited.

Tapi perasan tak, semua jejak kasih terkini semuanya di luar Malaysia.

Nampak sangat tak pernah berpeluang pergi reunion di Malaysia.

Mana tak nya
saya cuti, orang balik universiti
saya balik Jordan, baru orang balik cuti kembali
pastu kalau sama-sama cuti, reunion punya lokasi jauh giler nak pergi
tambah-tambah kalau dekat tempat yang saya memang tak lepas pergi sendiri

Cemburu.Cemburu.Cemburu

(Eh, ni entry sakit hati ke nih? Hehe)

Never mind!
Allah knows the best~

Nanti sampai masa, kalau ada rezeki
Insyallah kita semua akan jumpa lagi... ^__^

Kalau tak di dunia,
Moga-moga kita semua boleh jumpa di syurga.

AMINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN~

P/s: tengah tak sabar nak tunggu Igop DQ datang Irbid nih~ Ahlen2!

Day 1

7:07 AM 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum...



Day 1 – A photo of yourself and a description of how your day was.

Opss, saya takde gambar lah hari ini. Jadi adik manis ni tolong wakilkan saya untuk menunjukkan ekspresi rasa untuk sepanjang hari ini, boleh? =)

Diskripsi hari ini : Life is unpredictable ~

And i kept being amazed with how amazing life can be..

Hari ini saya jumpa 2 orang pesakit kanser. Pertamanya adalah seorang wanita tua yang sudah 6 tahun menghidap colon cancer dan dah melalui 10 kali pembedahan untuk membuang sikit demi sikit segala usus-usus besar dan kecilnya yang makin rosak. Dia nampak tenang dan gembira. Waktu ditanya sama ada dia ada sembelit atau cirit-birit sekarang, sempat lagi dia bergurau kepada kami

" Aku tak pernah buang air besar langsung (Ha???? @_@)..... sebab najis aku keluar kat plastik perut ni ha...(ooo...-_-') hahaha.. "

Keduanya pula pakcik tua yang sedang menunggu keputusan pemeriksaan doktor selepas dia buang air besar berdarah. Doktor kami beritahu kami bahawa pakcik ini telah disahkan menghidap cancer colon juga, cuma dia masih belum tahu. Dan kami yang sedang berbincang mengenai dirinya di hadapan dia perlu menjaga kata-kata. Bincang berlapik guna bahasa Inggeris atau kalimah medik sahaja.

Pakcik tu nampak teruja kami berbincang tentang dia. Sekali sekala dia menyampuk tanya tentang benda-benda pelik yang dia dengar dari kami. Dan kami serta doktor jenuh cakap belit-belit supaya dia tak faham. Adeh.. Kasihannya pakcik~ Saya tertanya-tanya apa reaksinya kelak. Moga bila sampai masanya nanti, harapnya dia tabah dan tenang dengan takdir dirinya.

Dua pesakit kanser yang sama dalam dua situasi yang berbeza. Yang serupa mungkin kesan jangka panjangnya. Derita + Kematian. Nak sembuh agak sukar, melainkan dengan kuasa Allah yang Maha Menyembuhkan. Siapa boleh rasa diri bakal berhadapan dengan cabaran sedemikian? Life is really inpredictable.

Hari ni jugak terperasan satu benda. Manusia ni kadang-kadang muka dan hatinya sebenarnya berbeza. Takdelah semestinya muka adalah cerminan jiwa. Aceh, ayat sastera plak. Walaupun muka macam gangster tapi hati dia sebenarnya taman bunga. Aneh. Ala, biasalah tu. Takpe, ini tazkirah hari ini supaya jangan cepat buruk sangka pada orang. Isk3... Life is Unpredictable.

Dalam kelas pulak, hari ini kami belajar tentang Urology. Hidup mati seorang lelaki, kata doktor. Penting untuk check dari kecik sebab kalau lambat detect sebarang kecacatan, kita hanya boleh serah pada takdir sahaja. Tapi yang tak tahannya tiba-tiba dekat slide last sekali keluar satu gambar aneh. Nak kata perempuan bukan, nak kata lelaki pun bukan. Jawapannya : Khunsa! Tahu doktor kata apa?

" Dalam kes ini, jangan sesekali comfirmkan pada famili patient ini either dia ni lelaki atau perempuan. Kes-kes sebegini sangat selalu jadi di MALAYSIA. "

Erkk~ Plak dah. Apesal yer? Tak pernah tahu plak negara sendiri banyak kes khunsa. Pernah je jumpa se kes dua orang cerita, tapi tak pernah tahu plak Malaysia femes antara negara terbanyak kes ini. Menarik. Life is Unpredictable.

Dan terakhir sekali, hari ini satu rancangan hidup saya dah tertukar 180 darjah. Isk, nak buat macam mana. Hidup kan perlu sentiasa kena buat pilihan. Tak semua boleh kita cekau dalam tangan. Sikit-sikit mesti ada yang terlepas jugak. Macam kali ni. Erm, tak apa lah. Ada lah hikmahnya tu. Life is unpredictable. Yang penting,

" Decisions are the endless uncertainties of life that we'll not know if theyre right until the very end, so do the best you can and hope its right."


What else? =D

Seorang kawan Arab pernah tanya saya
"Do you ever feel bored with your life?"
Jawapan saya waktu tu hanyalah sekadar
" I don't know but I love my life "
Tapi sekarang saya baru sedar yang patutnya saya jawab
" Never! Because Life Is Always Unpredictable ;)"

Terima Kasih Allah untuk hidup yang Engkau anugerahkan pada kami~ ^_^

Jumpa lagi!

Plurkians, attention~

8:02 PM 4 Comments A+ a-


Assalamualaikum~

Dengan ini mengumumkan (khas buat warga Plurkians), saya bakal turut serta dalam...

30 Days Blog Challenge

Day 1 – A photo of yourself and a description of how your day was.
Day 2 – A photo of something you ate today.
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – A photo of yourself two years ago.
Day 6 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 7 – Your dream wedding.
Day 8 – A song to match your mood.
Day 9 – A photo of the item you last purchased.
Day 10 – A photo of our favorite place to eat.
Day 11 – What’s in your makeup bag?
Day 12 – A photograph of the town you live in.
Day 13 – Your favorite musician and why?
Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 15 – Something you don’t leave the house without.
Day 16 – Your celebrity crush.
Day 17 – A photo of you and your family.
Day 18 – Something you crave a lot.
Day 19 – Another picture of yourself.
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of something that makes you happy.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – 15 facts about you.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – What’s in your purse?
Day 26 – A photo of somewhere you’ve been to.
Day 27 – A picture of you last year and now and how have you changed since then?
Day 28 – Your favorite movie.
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days.

=D

Tahniah! Haha~
Sangat sukar menangkis godaan bila ada dua jiran dunia sana di sini.

Takpe,
“Perumpamaan teman berbincang yang baik, ibarat seorang penjual wangian. Adakalanya engkau diberinya atau membeli daripadanya atau beroleh bau wanginya. Dan, perumpamaan sahabat yang jahat ibarat peniup tukang besi, ada kalanya engkau terbakar dengan percikan apinya atau terkena bau busuknya."

30 cabaran ini insyallah saya akan jadikan bukan sekadar tulis-tulis kosong. Bila saya menulis tentang diri, saya suka jadikan ia sebagai satu cerminan peribadi. Sekurang-kurangnya saya sendiri boleh bermuhasabah diri. Moga ada kebaikan untuk yang membaca juga. INsyallah~ ^^,

p/s: Isk, apesal banyak sangat photo nih?

Our Doctor

10:42 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum.....~



Scene Satu

Dr : Blablablabla..(sambil berdiri selama sejam).Ok, lepas ni tajuk lain pulak.
Us : Dr, nak rehat jap boleh? (kepenatan dengar sambil duduk)
Dr : Nak rehat? Korang buat kerja apa tadi?
Us : ....... -_-' auch!


Scene Dua


Dr : Anatomically, dia blablabla(terang tentang hernia)... Takkan korang tak tahu?
Us : Eh, mestilah kami dah belajar. Kami belajar ni dua tahun lepas Dr. Tu yang terlupa tu.
Dr : Oh, aku belajar ni lebih 17 tahun lepas.
Us : ...... >_< uuuuuu


Scene Tiga

Us : Dr, kau belajar kat mana dulu?
Dr : Degree France 6 tahun then kerja kat France 2 tahun. Pastu sambung kat Canada 2 tahun.Pastu sambung kat America beberapa tahun pastu sambung lagi kat Britain beberapa tahun, pastu baru aku datang sini (Jordan).... mengajar korang.
Us : ...... @_@ tergamam


Scene Empat (kisah dari kawan)

Dr : Korang dari Malaysia kan? Reti cakap China tak?
Us : Ha?
Dr : Aku dulu degree medik kat China. ********** (bercakap dalam Chinese)
Us : ........ T_T tak paham

*banyak lagi kisah-kisah lain yang tak tercerita*
.
.
.
.
.
.
.

Hebat-hebatnyer doktor-doktor aku. Unpredictable~

Yosh kawan2, mari belajar sungguh-sungguh sampai jadi hebat macam mereka!

P/s:
Pantang betul dengan anak murid besar kepala perasan bagus. Tak padan dengan kecik, suka suki je nak salahkan cikgu tak kena tempat. Sesedap rasa je nak ponteng guna alasan cikgu tak reti mengajar. Nampak sangat dalam hati takde amal konsep Kab.Ba.Ra.Kab.Alif.Ta.Nun. ---> Tak pandai menari, salahkan lantai jongkang jongkit. Ceh~

Terpisah Tanpa Dinding

1:35 AM 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum...




Sunyi walaupun penuh bunyi
Sendiri walaupun ramai di sisi


Ini yang saya namakan sebagai 'Terpisah tanpa Dinding'

Satu dunia baru yang saya suka masuk bila kepala sarat dengan masalah waktu hati berjuang tak mahu beremosi saat keadaan tidak memahami seperti di tempat awam yang penuh duri.

Mana ya pintunya?

Awal cara, saya sumbat MP3 sekuat nada suara luar sambil pejam mata supaya yang tinggal hanya bunyi yang buat saya bersendiri.

Tapi bila MP3 tiada, senjata kedua adalah buku cerita~

Buku cerita paling kuat kesannya pada saya.

Tak perlu pejam mata
Tak perlu tutup telinga


Tengok buku, fokus ke situ, kepala membayang kisah berlaku dan Taraaaa~ Saya dah berada di dunia baru!

Hah, barulah saya tak rasa macam mahu mencantas sorang demi seorang waktu rasionaliti berada di tahap paling bawah sekali. Mereka kan tak bersalah. Saya sendiri yang perlu mengawal diri. Huhu....

Inilah yang terbaik untuk saya temui ketenangan sebentar, merasionalkan diri sebelum kembali bertemu face-to-face dengan masalah yang bertandang. Jangan semberono pergi menyelesaikan masalah waktu diri belum seimbang. Nanti yang sedikit jadi membukit, yang mudah makin susah.

Take a time,
have a rest,
look for the prime,
and you'll be the best...

=)

Jumpa lagi!

*Mahu pergi pintu sakti ini sebentar, cari jalan lepas tekanan*

Ain

12:51 PM 1 Comments A+ a-

Assalamualaikum



Mata dalam Arab dipanggil Ain.
Kalau tambah I jadi Aini, secara literal bermaksud mataku. Tapi konseptualnya bermaksud kesayanganku / kekasihku.

[ Orang Arab tak letak nama anak Aini sebab itu panggilan kasih kekasih. Padanlah ramai malu-malu kucing bila nak panggil orang Melayu nama Aini.. =) ]

Tingginya taraf mata di hati manusia.



Kata orang pujangga mengenai mata,

"Mata adalah jendela hati"
Dari mata, hati manusia boleh diteka....



Kata orang hospital pula,

"Mata adalah pintu otak"
Dari mata, fungsi otak boleh diperiksa....


~ Tanpa mata, doktor sengsara! ~


Fungsi mata:
'Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah). Mereka mempunyai mata, tapi tak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah. Mereka mempunyai telinga, tapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Q. S. 7:179).

Betapa hebatnya ciptaan Allah sampai doktor boleh teropong secara kasar otak manusia guna mata pesakit sahaja~

Hargai mata anda. Dan mata orang lain juga.

Tips jaga mata dari student ophthal UKM --> senaman mata

Saya boleh faham tapi saya tak boleh cakap

1:32 PM 1 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Ingat tak dulu saya pernah cerita pasal Ilya, orang Russian yang saya kenal waktu pergi Moscow dulu? Saya dah kasitau kan yang dia fasih cakap Malaysia?

So kali ni, saya just nak share satu video yang dia buat untuk praktis kemahiran dia berbahasa Malaysia.. =)



Reaksi saya: Wow!!

Dalam jangka masa tak sampai setahun, dia berjaya kuasai bahasa Malaysia selancar ni. Hebatnya!

Saya punya Arab pun rasanya tak fasih begini. Saya ambil masa hampir 4 tahun baru saya rasa saya mampu untuk faham 80% apa yang orang Arab cakap tanpa terjemahan. Itu pun terima kasih banyak sangatlah pada fasa klinikal tahun empat nih. Kalau harap preklinikal dulu, rasanya sampai bila-bila pun arab saya kekal di takuk lama.

Ish, mana aci! Saya patut usaha lebih gigih lagi dalam kuasai bahasa Arab! Go! Go!

Sekarang alhamdulillah saya dah makin boleh faham, cuma satu je yang masih hancus. Keberanian nak bercakap bahasa Arab secara terus dan lancar. Saya terlampau fikirkan bakal buat kesalahan tatabahasa, dan kesannya saya selalu pening nak cakap macam mana. Word banyak tahu, gabung ayat tak berapa pandai lagi...-_-'

Tak boleh jadi nih. Berani! Berani!

I wish I can learn to speak as fast as I can learn to understand. Dalam Arab terutamanya. Yang bahasa-bahasa lain tu boleh tolak tepi dulu. Ada masalah warnick ke apa aku nih? Huhu..

Oh ye baru perasan, bahasa Jawa yang memang dah sebati di telinga sejak kecik lagi pun tak pass2 lagi nak lulus bercakap. Tapi paham boleh plak 90%... aish~ buat malu kroni sungguh..

Eh tapi, guess what!
Ada satu pencapaian baru dalam area faham2 saya dijumpai baru-baru ini...
Saya dah boleh faham dalam 50% bahasa Korea + Jepun waktu tengok cerita tanpa guna subtitle! Yeay! Good2~ Cumanya as usual lah, faham itu senang. Nak cakap balik itu susah! Aduh....

Takpelah, doakan saya berjaya selagi ada 2 tahun setengah lagi duduk kat Jordan nih. I must grab as much as i can~ =)

p/s: groupmate Arab saya macam excited nak belajar bahasa Malaysia. Perlukah saya tunjuk video ini pada mereka. Alang-alang study bahasa Malaysia, boleh promote Malaysia sekali. hehe..

Wedding Arab

4:41 AM 6 Comments A+ a-

Assalamualaikum...

1.1.11

Tarikh kawin seorang kenalan Arab rakan saya di Jordan.

Alang-alang time cuti, kami pun pergi la join sekali. Selama ni saya asyik terlepas peluang sebab clash dengan urusan lain. Kali ni free + lepas exam = so jom!

Kenduri kawin Arab memang lain habis lah dengan kenduri kawin Malaysia.

Selalunya, orang arab buat 2 majlis. Satu majlis perempuan sahaja. Satu lagi majlis campur. Tapi campur-campur pun, tempat still asing. Kali ni kami pergi yang majlis campur.

Awwalan, semua berkumpul dekat pintu dewan tunggu para pengantin datang. Bila dia datang, ada satu pasukan nyanyi akan nyanyi lah lagu-lagu pengantin dan iring pengantin naik atas bangunan. Waktu ni semua orang perempuan akan ikut. Lelaki tunggu bawah.





Then, tetamu perempuan akan diletakkan di satu dewan khas untuk menunggu sementara pasangan aruz dan ariz (pengantin perempuan dan pengantin lelaki) pergi studio ambil gambar. No men allowed! Time ni la tetamu-tetamu perempuan arab yang datang dengan penuh litup, berjubah mahupun berpurdah akan mula bersiap diri masing-masing dengan fesyen2 yang terbuka ala-ala barat. (Kitaorang yang melayu gak yang maintain sama pakaian. huhu..) Baju blink-blink, mekap tebal giler dan rambut macam-macam fesyen. Uish~



(Gambar tadi je original semalam. Yang lepas ni semuanya ihsan google ye)



Patut la kedai 'function attire' arab semacam je seksinya. Terfikir gak, bila masanya diaorang pakai baju-baju ni semua. Tak pernah nampak pun. Kat kenduri kawen rupanya.. Ooooo...

Oh lupa, time ni only wanita-wanita sudah berkahwin je boleh pakai seksi-seksi. (Ke diaorang kakak2 pengantin lelaki eh? Maybe sebab tu aurat diaorang ok je. Nta!) Anak-anak dara still tak dibenarkan sebab nanti pengantin lelaki akan masuk sekejap untuk sesi menari.

Ok, then~ Maka masuklah pasangan pengantin dengan diiringi nasyid asmaul husna.

p/s: disebabkan pengantin perempuan yang awalnya tertutup semua serba putih di luar (rujuk gambar bawah) bakal 'buka diri' yakni pakai baju gaun pengantin yang seksi2 juga, maka tetamu dilarang ambil gambar.



Start dari sini, pelbagai lagu pengantin akan dipasang dengan kuat tahap tak ingat dunia. (pokak telinga den) Eh tapi kan lagu pengantin diaorang Islamik sungguh liriknyer. Best2.. Time ni pasangan pengantin berdua ni akan menari sesama sendiri lah depan tetamu perempuan sebelum nanti makcik-makcik famili join sama.

Habis tu, pengantin lelaki kena keluar nak gi salam2 dengan tetamu lelaki kat dewan lain. Maka, bila keluar je dia dan pintu ditutup, maka bertebaranlah semua anak-anak dara keluar ke tengah pentas dari tempat duduk mereka dengan fesyen yang 'masha allah! nasib baik aku perempuan...' huhu.. Rupanya masing-masing dah ready baju lawa di sebalik jubah-jubah yang dipakai.

Time ni, semua perempuan Arab pergi menari gelek kat tengah dewan dengan pengantin perempuan. Makcik muda, makcik tua, kanak-kanak, remaja semua join sama. Dan ada gak few tetamu yang tak tukar baju pergi menari sama dengan jubah-jubah dan tudung labuh mereka. Terkebil-kebil kami yang melayu ni tengok. Nak join tak berani. segan owh! -_-'

Lepas tu, ada sorang kakak urus dewan ni umum "Hadirat sekelian, Ariz akan masuk sekarang. Sila cover aurat pada yang perlu" dan lepas je dia umum, semua anak-anak dara pecut lari pakai jubah dan tudung balik. Lawak la plak tengok diaorang kelam kabut. Haha.. Yang warga wanita dah kawin rileks lagi baju blink-blink.Budak melayu? Owh, maintain cool je sebab tak buat apa.

Lepas Ariz masuk, ada lah sesi-sesi potongkek lima tingkat (fuiyoo!) dengan pedang dan tukar2 suap2 makan dan minum2 antara pengantin. Tapi sekali rupanya kek yang bakal dihidang adalah kek lain. Kek nak dipotong tadi kek tipu-tipu je. Ceh..



Aha, kenduri arab ni takde makan besar2 macam orang melayu. Dia hidang air gas secawan ngan kek se-slice je. Only! So, buat apa tetamu datang? Untuk meraikan dan menari je lah. =)

Lepas habis sesi kek2, semua wanita warga dah kawin pergi sarung jubah dan tudung balik. INgatkan kenapa. Rupanya pakcik-pakcik (famili only) lain bakal masuk dewan ni jugak. Patutla semua bersiap. Kitaorang nak tergelak pun ada tengok sorang kakak ni tadi punyalah dasyat pakaian, sekali bila lelaki masuk kakak tu tutup habis semua termasuk muka-muka sekali. Laaa, berpurdah rupanya akak nih.. Huhu.

Bila semua uncle-uncle dan abang-abang adik-adik famili pengantin dah masuk, diaorang semua menari sakan kat tengah dewan. Awkward okeh tengok pakcik-pakcik tua menari gelek! Adoi, sakit perut tahan gelak. Nasib baik ada unsur2 romantik sebab diaorang menari dengan makcik-makcik gak (isteri masing2). Aduh. Arab dan gelek memang macam isi dan kuku~

Owh ye, tadi before lelaki masuk, diaorang buat satu session nih. Amende ntah fungsinya. Pengantin pompuan akan buka semua barang kemas putih yang dia pakai dan mak mertua dia akan sarungkan plak dengan barang kemas version emas. Banyak owh!~ Rantai tiga, cincin dekat dua tiga gak, gelang, subang dan macam-macam lagi lah. Buntang mata kitaorang tengok. Wuuuuu, banyaknyer emas~ @_@



Habis mak mertua kasi, bila time tetamu-tetamu lain naik pelamin salam pengantin (ala-ala sesi renjis/ tepung tawar), semua pakat hulur tangan pengantin gelang sorang satu. Giler mewah! Kalau renjis mawar kat Malaysia tukar kasi gelang sebijik sorang, alamat sapa la nak datang depan ek? hahaha..

Habis bergambar, sambung menari lagi....~

Urm, kitaorang macam dah bosan la plak. Lama giler dah nih. Asyik menari je. Okeh, boleh balik dah kot. Nasib baik dah jumpa Aruz time takde lelaki tadi. So, dah habis amik gambar (bukannya kamera kitaorg pun, tak bleh! =[ )dan hadiah pun dah kasi kat ibu Aruz, maka kami pun pulang...~

Sekian~ My first time attend wedding orang Arab selepas 4 tahun duduk Jordan. Alhamdulillah, berpeluang jugak..

p/s: Time balik ke Irbid (ni kat Amman), kami dapat mesagge "Rasa tak gegar2?". Rupa-rupanya, Irbid merasai gempa bumi yang berpusat berdekatan laut mati. Hah? Jordan gempa bumi? Gulp, ya Allah nasib baik yang ni kecik. Hopefully tak ada apa-apa. Amin.....
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *