Surat Untuk Tokwan



Assalamualaikum

==> Ini adalah sekadar luahan tekanan seorang cucu yang tengah emo dan mencari kekuatan gara-gara tak dapat balik Malaysia hari ini nak pergi jumpa Tokwan dia. Abaikan kalau rasa tak perlu dibaca. Saya sekadar tulis nak melegakan diri sendiri. Tapi kalau ada kebaikannya kepada anda, ambillah buat teladan. This is not called meratap. This is called mengenang Tokwan in memori. 

************************************************************************

SURAT UNTUK TOKWAN


Assalamualaikum...

Tok Wan, how are you?~ (tokwan suka sepiking)

Nak tanya - apesal tokwan........ eh.eh. isk Arina! tak boleh tanya apesal. Nanti Allah marah...

*kesat hidung. Tarik nafas panjang-panjang. sambil dengar Yassin dan bayang duduk depan tokwan*

Ok mula balik.

Salam tokwan! Hi! (macam la tokwan boleh baca dah.. ah peduli apa,biar lah.)

Selalu kan kalau Arina dengar radio Era, mesti terdengar satu iklan nih. Yang suara budak tu kata "nak jumpa mama sekaliiiiiiiii je.." Serius Arina selalu sangat termenung kalau dengar iklan tu. Dulu setiap kali dengar, mesti teringat Fatimah. Nak jumpa Fatimah balik sekaliiiiiii je. Tapi hari ni nampaknya Arina kena tambah lagi satu. Nak jumpa tokwan balik sekaliiiiiii je. Lepas tu Arina gelak balik lah kat diri sendiri. Tunggu kiamat nanti la baru boleh jumpa balik kan? Hish, itu pun tak tahu ke..

Tok wan,
Nak tahu tak, tadi kan serius rasa macam nak pengsan baca adik punya mesej dekat Arina kata doktor kata tokwan dah kena septicemia. Adik kata " KakIna, tak tau berapa lama lagi tokwan boleh tahan.." Giler ah. Bukan ke tadi pagi baru sembang dengan tok, tok kata tokwan macam tokman je rasanya. Pneumonia so doktor kasi tokwan tidur biar paru-paru tu tak guna sangat sambil diaorang nak perbetul balik mana yang boleh. Tokman yang kena dulu pun dah makin sihat balik. Dah lah tengah malam tadi baru tokwan masuk hospital. Ni lawak april fool ke apa nih...

Nasib baik waktu tu Arina dah habis round dengan doktor. Kalau time tengah round dengan doktor time tu mesti dah lama kena hampuk sebab setiap seminit tengok handset sambil gelabah nak nangis *padahal meleleh dah pun*. Dah la Arina punya kredit baru habis sebab call tok pagi tadi. 

Lepas Zuhur Arina pinjam handset Izzah nak mintak mama call balik tanya update tokwan. Time tu Arina sembunyi belakang almari botol-botol berisi organ yang kena awet. Situ paling best port secret-secret ni tokwan. Bila dah reach mama, mama cerita yang tengahari tadi jantung tokwan berhenti kejap tapi doktor dapat resuscitate balik cumanya waktu tu tokwan dah lemah sangat-sangat. Doktor suruh stand by and doa banyak-banyak apa yang terbaik untuk tokwan. Mama punya suara serak tapi tahu je mesti mama tengah control tu. 

Dalam 10 minit sembang, Arina pesan kat mama apa-apa nanti update kat Arina balik dalam sms sebab Arina ada kelas lepas nih. Tapi tak sampai 3 minit lepas Arina stop berbual tu, mama call balik. Eh mama ni tertinggal nak cakap something ke? Laju giler call balik. Tapi bila angkat telefon, Arina dengar mama menangis. "Arina, tokwan baru pergi sat-sat tadi..."  hah? *Tokwan, Arina rasa time ni jantung Arina pun macam berhenti gak la. I need a CPR! *

You know how dark I felt the world just now?  Sebijik rasa macam 7 tahun lepas bila Fatimah meninggal. But today is worst because I can't go back at all! At least time Fatimah dulu boleh gak balik tengok jenazah even tak sempat jumpa sebelum dia hembus nafas last. This one... Allah Rabbi. Saya nak balik... T_T ~

Tokwan,
Arina nangis lama giler kot tadi. Dari habis call mak sampai masuk kelas. Orang keliling tengok pun Arina peduli apa. Seksa ok jadi orang yang nak balik tapi tak boleh balik. Nasib baik Arina kuat lagi nak pergi kelas sebab tadi ada kuiz dengan Dr Fayez Jallad. Kalau takde kuiz, berkemungkinan besar bakal ponteng tadi. Tadi kawan-kawan Arina dah bacakan Yassin untuk tokwan. Thanks sangat kat diaorang. Arina harap Tokwan makin ok dekat sana. Arina doa sangat-sangat.

Tadi kan kawan Arina tanya "Ainul rapat eh dengan tokwan?" Maybe sebab Arina punya stok air mata macam lautan pasifik agaknya tadi. Yela, tokwan kan abah Arina nombor 2! Arina plak cucu tokwan yang ke 4 paling tua. Dari Arina kecik umur darjah 2 sampai last year (sebab last year pindah umah yang jaraknya 4 km dr rumah asal) Arina hidup depan mata tokwan, membesar dengan tokwan, kena buli dengan tokwan tiap-tiap hari. Tokwan la jiran, tokwan la warden kalau mak abah takde kat rumah ...maunya tak rapat. Sangat-sangat rapat. Tu pasal sekarang Arina nak balik Malaysia sangat-sangat-sangat-sangat nih ya Allah, pedihnya...~

Waktu dah nak sedia masuk kelas dan basuh muka, Asyraf mesej dari Russia " semoga kita yang di oversea ni tabah terima ketentuan tokwan dah tak ada." Allah hai, runtuh balik Arina rasa ni tok wan. Menggigil nak masuk kelas. Tahan Arina, tahan. Masuk kelas, duduk senyap, genggam tangan kuat-kuat. Tapi bila nampak Dr Fayez Jallad yang tua dan kaki mengusik tu tengah mengajar, berapa banyak kali Arina telan air liur tahan air mata. Sebijik Tok Wan lah doktor tu. Aaaaa nak balik! Teruknya nak study macam nih....! *Nasib baik hari ni Khamis. Balik boleh berkabung sorang-sorang.*

Waktu dalam bas tadi Arina pejam mata. Konon-konon bayang tengah ada dalam flight nak balik jumpa tokwan last time. Bila berhenti bukak mata, hahaha Arina kat Irbid lagi rupanya. Berangan sungguh! Hish, kronik..kronik... Tu la Tokwan, dasyat tau penangan mengejut-mengejut nih. Ni baru Arina. Belum abah lagi, anak tokwan yang tak pernah nak tolak tokwan nak apa. Mesti lagi sentap. Alangkah baiknya kalau Arina ada sana sekali dengan tok, dengan abah, dengan mak, dengan angah... *Sabar Arina sabar. Allah dah kata kita duduk Jordan je time Tokwan Dia panggil balik. Ko nak bising kat siapa?*

Tok Wan,
tahu tak dari last year lagi setiap kali Arina nampak kurma tangkai mesti Arina teringat kat Tokwan. Tokwan teringin sangat nak rasa benda tu. Tapi time balik aritu dia tak masuk musim lagi. Jenuh cari satu Irbid tak jumpa. Arina dah janji kan aritu nanti tahun depan Arina cari lagi. Tapi buah tu selalu ada time Arina tak balik. Nak pos takut dia tak elok dah bila sampai Malaysia. Ni tokwan takde, Arina nak kasi siapa? Tak special dah la....

Ha, keychain-keychain luar negara yang wajib untuk tokwan selalu tu. Lepas nih kalau Arina nak jalan-jalan lagi, portion Tokwan Arina nak kasi dekat siapa? Duit-duit luar pun. Sentimental value tu Tok Wan. Dulu kan kita dah planned nak buat koleksi sama-sama sambung tokwan punya koleksi sejak zaman tokwan muda remaja lagi. Lepas ni dah takde dah la.. Sedih la Arina macam nih.. Isk..

Baru je pagi tadi sembang pasal tokwan kat kawan-kawan Arab Arina. Semuanya sebab minggu ni Arina dapat round dekat Hospital Askar. Smart oo tokwan doktor-doktor askar sini! Kawan-kawan Arina semua pelik apesal Arina suka sangat dengan hospital Askar. Biar lah. Arina suka apa dengan disiplin askar. Lagipun tokwan dengan pak njang pun askar gak. Cool! Tambah-tambah bila teringat abah selalu hukum kitaorang berdiri tegak kat dinding 2-3jam takleh bergerak kalau gaduh. Mak selalu cakap tu tokwan la tu punya cara hukum abah gak dulu. Askar punya stail. Huhu..

Lagi best bila teringat waktu Arina cuti time sekolah dulu. Kalau mak abah takde, tok dengan tokwan jadi warden tengok kitaorang kat rumah buat apa. Dah sidai baju ke belum terutamanya. Tokwan sidai baju pagi-pagi buta. Lepas tu mesti tokwan check baju yang Arina sidai kat sebelah. Pantang kedut sikit sidai baju, tokwan mesti mula ceramah cara sidai baju yang betul  which is yes, cara askar. Aiyaa, skema lah tokwan nih~ Tapi sampai sekarang Arina ingat sebab tak pernah lagi Arina rasa orang kena ajar sidai baju dengan tokwan sendiri selain Arina. Haha.. 

Rasanya Arina ada dekat Jordan ni pun antaranya sebab tokwan selalu kasi sokongan. Ingat lagi waktu sekolah dulu bila abang dapat 10 A, tokwan cabar Arina kalahkan abang dan dapatkan 12A. Ingat tak? Takut tau Arina waktu tu. Dah la Arina duduk Integrasi je (tu pun dah teruk gila nak catchup belajar situ), nak suruh lawan dengan abang yang sekolah SASER tu. Biar betul tokwan nih.. Dan bila betul Arina dapat 12A, tokwanlahantara orang-orang terawal Arina nak inform. Konon nak tunjuk Arina terer dapat sahut cabaran tokwan. hahaha.. Bangga giler rasa waktu tu. Thanks tokwan! Berkat doa tokwan jugak la tu Arina sampai sini sekarang... hehe... =D

Adeh, penat lah gelak sambil nangis nih..

Tokwan,
Arina balik lagi sekali nih mesti dah tinggal sorang je patient nak follow up kat rumah tokwan dengan Asyraf - Tok je. Dulu tokwan selalu sangat bangga jadi orang yang takde diabetes, takde kencing manis, takde masalah jantung, takde masalah semput kat kitaorang. Tokwan ada high blood pressure je. Tu pun controlled. Hari-hari kalau balik kampung mesti Tok dengan Tokwan kasi buku rekod jumpa doktor kat Arina dengan Asyraf suruh tengok baca balik. Time tu je la Arina kagum.... sampailah Arina dengar tokwan tiba-tiba jatuh waktu naik motor time kitaorang dah balik university masing-masing. 

Lepas tu kaki tokwan jadi lemah sket dah. Tak lama lepas tu dengar plak tokwan kena mini strok, tapi nasib baik effect dekat otot tekak je. Kaki tangan muka lain semua takde. Time jatuh tu dengarnya tokwan pergi jumpa doktor lambat sebab tok kata nak pergi pun susah, tokwan bukan boleh jalan sangat lepas jatuh tu. Takkan nak suruh abah dukung. Sama besar kot abah dengan tokwan. Plus, tokwan bukan suka sangat duk hospital. Okla fine, lagipun tokwan kata dia ok je dah. Tang kaki ja problem. Ni yang nak suruh Malaysia bukak klinik bergerak nih. Suruh doktor datang jumpa patient, bukan patient datang jumpa doktor. Kan elok terutama kalau kes macam tokwan nih? Ada ke eh kat Malaysia? Tapi kalau ada nanti pun, tokwan dah tak ada...... 

Tapi dalam duk ok-ok tu, dapat plak berita tokwan demam haritu. Dah demam jadi malas nak makan, malas nak minum, tak lalu semua benda. Penat tok membebel suruh makan, tokwan duk takmau gak. Tiba-tiba tengah malam semalam tokwan komplen sakit perut dengan sakit kepala. Abah bawak gi hospital Parit Buntar tetiba time nak buat x-ray tokwan pengsan, dah semua pakat pi hantar ke Taiping plak. Nasib baik adik post kat facebook pasal tokwan, kalau tak jenuh kami yang duk luar ni nak tau awal-awal subuh macam tu.

Tapi kan tokwan, perasan dak yang tokwan kali nih sebijik macam Fatimah dulu. Demam pastu tiba-tiba tengah malam sakit. Bawak gi Hosp Parit Buntar kena transfer Hospital Taiping. Dah tu tak sampai sehari tetiba dah tak ada dengan kitaorang lagi. Tak menyempat langsung nak tunggu Arina. Ni urusan mayat dekat rumah nanti, mesti sama jugak macam time Fatimah dulu sebab Fatimah dulu pun urus kat rumah tokwan. Arina ingat lagi semua detail katil mayat kat mana, orang duduk tunggu kat mana, mandi jenazah dekat mana, kafan dekat mana, keranda dekat mana.Mesti semua sama. Cuma kali ni Arina tak dapat nak tolong Tokwan buat kali terakhir macam Arina tolong uruskan Fatimah dulu. Sedih la, Tokwan. Arina minta maaf tak dapat balik.Ish..

Cakap pasal keranda, dulu Tokwan lah tukang buat keranda kat kampung kedah tu. Tapi hari ni Arina tiba-tiba teringin nak tahu siapa yang buatkan keranda untuk tokwan. Moga semua semua jasa tokwan sebagai kariah kampung dulu dapat teman tokwan bila kat kubur nanti. Pasal kubur pun, dulu tokwan lah yang tiap-tiap hari bersihkan kubur-kubur ahli keluarga kita kat Masjid Hijau setiap lepas Jumaat sebelum tokwan sakit kaki. Asal Arina pergi kubur Fatimah je, mesti bersih giler. Tahu sangat mesti tokwan punya kerja. Abah pun tak dapat challenge tokwan punya rajin bersihkan kubur lagi kecuali lepas tokwan sakit. Tapi serius tak sangka Arina balik lepas ni akan tambah lagi sorang penghuni dekat area kubur famili kita - Tokwan plak tu. Susahnya nak percaya.. Adeh. Tak expect langsung tokwan yang akan hilang tahun nih. Tiba-tiba menyesal dah lama tak call sembang dengan tokwan

Fuh tokwan, dah tujuh tahun rupanya Fatimah meninggal. Ingatkan dapat Arina nak mengharap tolonglah jangan apa-apa jadi dekat sesiapa dekat Parit Buntar dan Sabak Bernam khususnya dalam masa 6 tahun duduk luar nih. Tapi every year ada je sorang-sorang family pergi and rasanya this time the worst sebab tokwan dah macam abah nombor 2. Sakitnya sama macam sakit waktu Fatimah meninggal. Tapi, Arina yakin Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk kita. Kalau ini yang terbaik untuk tokwan, Arina redha.Insyallah *Tolong Arina ye Allah*

Arina akan selalu doakan tokwan dekat sana sebagaimana Arina selalu buat dekat Fatimah. Semoga tokwan tenang selalu. Dah habis dah ujian dunia tokwan, semoga dapat berehat dengan bahagia di taman syurga insyallah. Nanti Arina balik, Arina lawat Tokwan ye. Tapi Arina tak janji boleh bawak apa-apa macam biasa sebab tahun ni Arina tak boleh nak tahu dah tokwan nak apa. Selalu tokwan yang kirim awal-awal so senang Arina nak bawak balik apa. Takpelah, kali ni Arina kirim doa je lah selalu. Dapat terus kan nanti? Allah sure kasi kat tokwan macam Allah kasi kat Fatimah insyallah.. 

 Dan untuk Arina sendiri, Arina akan buat Tokwan bangga dengan Arina even tokwan tak sempat nak tengok sampai habis. Tok kan ada lagi. Tok jadi wakil tokwan ye. Tokwan tunggu je nanti tau. Insyallah...~

Okla tokwan. Sampai sini je kot Arina nak tulis. Alhamdulillah dah lega sikit rasa. Dah kering agaknya air mata ni dah tak menangis dah sekarang. Sekurang-kurangnya bila Arina tulis nih, semua pesanan tokwan terutama yang last sebelum Arina balik Jordan haritu Arina jadi teringat balik - termasuklah suruh kuat duduk sini. I will, tokwan. I will.. Promise~

Baiklah, Arina nak pergi baca Yassin untuk tokwan. Lepas tu nak sambung baca buku Hafalan Solat Delisa plak. Mana tahu ada pesanan dari Allah gak kat sana. Delisa pun hilang famili jugak siap lagi ramai lagi. Insyallah boleh Arina kumpul kekuatan lagi jugak lepas nih lepas baca buku tu. atau maybe tidur je terus. penat menangis dah.

ok,
Selamat Jalan, Tok Wan! *moga Allah rahmati roh tokwan dekat sana*
Selamat jumpa Fatimah! *please tell her I miss her sooo much!*

arwah tokwan with his Jordan jubah and tok


Jumpa lagi satu masa nanti. Aminnnn~

Sekian

Cucu Tokwan yang tension tak dapat balik,
Arina


************************************************************************

Pesanan dari Arina:

Untuk Tok, Abah, Mama, dan semua kat Parit Buntar,
Arina sangat-sangat teringin nak balik tapi tak dapat. Nak sangat-sangat duduk sana sama-sama pikul rasa apa yang jadi, sama-sama hantar tokwan buat kali terakhir. Nak sangat genggam tangan tok, tangan abah, tangan mama dan tangan orang lain untuk sama-sama bagi kekuatan untuk semua. Arina dekat sini doakan sangat-sangat semua orang tabah dan kuat untuk iringi pemergian tokwan. Arina yakin abang dekat Leeds dengan Asyraf dekat Russia pun sama macam Arina. Insyallah tokwan dah selamat dekat sana Allah jaga. Kita doakan yang terbaik untuk dia. Moga kita semua yang masih ada ni dapat jadi sumber pahala tokwan yang tak putus-putus. Amin....

Untuk Izzah, Aisyah Fikri dan Wani,
Thanks banyak-banyak tadi. Sorry lah air mata tak boleh berhenti langsung. Susah giler nak kontrol suruh stop sendiri. Appreciate sangat korang ada keliling tadi. Moga Allah balas kebaikan korang dengan sebaik-baik kebaikan. Amin... 

Untuk yang membaca entry ini,
Harap jangan salah sangka dengan tulisan saya. Saya bukan meratap. Saya redha dengan pemergian tokwan saya. Insyallah saya boleh terima. Saya cuma perlukan masa sikit je untuk lepas perasaan sekejap dan control diri balik. Dan menulis entry ini adalah salah satu cara saya untuk jadi kuat semula, sebagai cermin saya supaya saya tak terlampau sedih tak dapat balik Malaysia, dan supaya saya ingat balik kata-kata saya pada orang-orang yang pernah berhadapan dengan situasi yang sama macam saya sekarang suatu masa dulu so saya dapat belajar terima semuanya dengan tenang sekarang... 

Untuk diri sendiri,
Now do you see how many person has been gone just in a second?? 
Do not take anything for granted..
Appreciate everything..
and be prepared for anything..


Allahummaghfirlahu warhamhu waafili wa'fu a'nhum. Ya Allah, 
ampunkanlah tokwan, rahmatilah beliau, hindarilah beliau daripada keburukan dan maafkan beliau. Muliakanlah pertemuan beliau, luaskanlah laluan beliau, mandikanlah beliau dengan kesejukan mandian rahmatMu, bersihkanlah beliau daripada kesalahan-kesalahan sebagaimana pakaian yang putih yang dibersihkan daripada kekotoran. Anugerahkanlah untuk beliau rumah, keluarga dan pasangan yang lebih istimewa. Masukkanlah beliau ke dalam syurga dan hindarilah mereka daripada azab kubur dan ujiannya serta daripada azab neraka.

 ~Al-fatihah..

7 comments

tepianmuara | December 15, 2011 at 10:19 AM

takziah kak.

moga arwah ditempatkan di kalangan solihin.

Cidak | December 15, 2011 at 2:59 PM

takziah~

Nowwa Fitri | December 15, 2011 at 8:45 PM

Ainul,

Takziah dari akak.Luahkan kalau itu melegakan,bertabahlah yea.

Alfatihah buat Tok Wan,Ainul.


Jumuah Mubarakah ...:)

aliaa | December 15, 2011 at 9:56 PM

Allahyarhamhu

(Betul ke pe aku sebut nih??)

Nyway, be strong k Ainul. Allah sayang Tokwan kau. Sebab tuh die jemput dulu.

Insya Allah semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Amin ya rab

Ainul Arina Madhiah | December 16, 2011 at 11:22 PM

haniff, amir :
terima kasih..

kak nowwar:
terima kasih akak. =)

aliaa:
thanks aliaa. alhmdulillah aku dah ok sket harini. amin.. thanks for the du3a. ^^,

bdk2 @ John | December 19, 2011 at 9:54 AM

takziah arina,

what a great entry to be remembered.

Ainul Arina Madhiah | December 27, 2011 at 6:49 AM

john:
terima kasih

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images