Menjejak Ayla di Aqabah

Assalamualaikum

Hujung minggu lepas, alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk mengikuti Jaulah Anak Mami kelolaan Badan Kebajikan Anak Negeri Pulau Pinang ke Aqabah, sebuah bandar di selatan Jordan yang terkenal dengan satu-satunya sumber laut di Jordan (selain Laut Mati).

Tengah-tengah seronok main laut, saya sempat bertanya pada seorang adik junior baru di sini ...



Saya : Cuba teka apa sejarah Islam yang paling terkenal dekat Aqabah nih?

Adik Junior : Errr... Perjanjian Aqabah??! 

Saya : Ha? Hahahaha... Adeh, awak salah tempat lah. Itu jadi dekat Bukit Aqabah, bukan Laut Aqabah~ 



Baik, mari kita betulkan semua kesilapan fakta ini......

Untuk pengenalan awal, kita kenal dulu berapa banyak Aqabah yang ada dekat dunia nih:

1. Perjanjian Aqabah - Perjanjian damai atau sumpah setia antara Nabi dengan orang-orang Yathrib di Bukit Aqabah yang terletak beberapa kilometer di utara Kota Mekah iaitu berdekatan dengan Mina.

2. Sebuah bandar di selatan Jordan yang terletak betul-betul di pinggir Laut Merah. - rujuk Google Earth

3. Sebuah perkampungan di timur laut Tebing Barat, Palestin yang dirampas Irael untuk dijadikan kem tentera besar rejim Israel

4. Jamratul Aqabah - perbuatan melontar batu di Jamrah ketiga sewaktu haji 

- kalau ada tambahan lain, nanti saya update lain-
.
.

Ok, sekarang mari kita fokus tentang Aqabah, Jordan







Dari kedua-dua peta ini,kita boleh nampak yang Teluk Aqabah adalah sambungan daripada Laut Merah. Teluk Aqabah ni juga menyambungkan antara sempadan Jordan, Palestin, Egypt dan juga Arab Saudi. Maka atas sebab lokasinya yang sangat strategik nih, Aqabah menjadi salah satu tulang belakang penting bagi Jordan untuk mendapatkan sumber pendapatan negara - import, eksport, pelabuhan, pelancongan, ikan dll.


Ok, kemudian saya mahu kita rujuk balik pada peta yang saya dah fokus ni. Boleh nampak tak yang sebelah Aqabah tu ada tempat bernama Eilat? Dan sekitar Aqabah tu pun ada kawasan nama Ayla.. 

Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-A'araf ayat 163 :

Dan Bertanyalah kepada mereka (Wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar Yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, Yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik.


Menurut Ibnu Katsir dalam Kitab Al-Bidayah wan Nihayah - bandar yang diperkatakan Allah di dalam ini adalah penduduk Aylah. Aylah adalah sebuah kota yang terletak di tepi laut antara negeri Mesir dan Makkah, juga antara Madyan dan Thur. Negeri yang subur dengan hasil laut dan kurma ini  merupakan batas pertama wilayah Hijaz. Juga ia pernah menjadi salah sebuah kota jajahan kerajaan Romawi suatu ketika dahulu. 

Dan rasanya kita semua pernah dengar tentang golongan Ashabul Sabt yang diceritakan dalam ayat Allah tu tadi. Ashabul Sabt nih adalah masyarakat Yahudi yang menetap di sebuah kawasan bernama Aylah/Ailah yang terletak di Teluk Bahroum Khoulzoum (atau sekarang lebih mahsyur sebagai Laut Merah).

Ashabul Sabt ni telah Allah haramkan ke atas mereka untuk berkerja (baca : tangkap ikan - sebab diaorang ramai kerja nelayan) pada hari Sabtu sebab Allah dah kuatkuasakan sejak zaman Nabi Musa yang hari Sabtu ni dikir hari cuti bekerja dan hanya boleh beribadat 24 jam sahaja.

Namun Allah s.w.t menguji mereka dengan memperbanyakkan ikan pada hari Sabtu sampai jelas clear crystal sangat ikan-ikan tu meloncat-locat berkumpul-kumpul bersukaria di laut sebab takde ornag tangkap diaorang pada hari Sabtu. Maka benganglah sekelian nelayan yang ada waktu itu. Asal Sabtu je ikan banyak. Asal bukan Sabtu je ikan takde. Gedik punya ikan!  ( Ikan jawab: Allah suruh lah! Understand?)

Maka sebab tak tahan sangat dengan godaan ikan tersebut, maka ramailah yang mengingkari arahan Allah dan terus tangkap ikan pada hari Sabtu. Tapi sebab nak bajet-bajet tak melanggar arahan secara terang benderang, mereka buat kolam dan letak jala hari sebelum Sabtu supaya ikan bila masuk tak boleh patah balik, kemudiaan malam hari Sabtu atau pagi Ahad tu mereka datang kutip ikan. Isk3, panjang akal sungguh!

Jadi waktu tu penduduk Aylah terbahagi kepada 3 golongan:
1) golongan yang tangkap ikan dan ingkar pada Allah
2) golongan yang melarang menangkap ikan
3) golongan yang I don't care you all nak buat apa. I neutral je.

Bila golongan ketiga pelik kenapa golongan kedua ni menyibuk je nak jaga tepi kain orang, maka golongan kedua ni menjawab seperti yang ada di dalam ayat seterusnya dalam quran: 


164. Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum Yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka Dengan azab Yang amat berat?" orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa".

165. Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa Yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang Yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang Yang zalim Dengan azab seksa Yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).

166. Maka setelah mereka berlaku sombong takbur (tidak mengambil indah) kepada apa Yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera Yang hina".

Ayat 'jadilah kamu kera yang hina' itu pun sebenarnya banyak tafsiran. Ada yang kata memang tukar jadi kera secara literal dan ada yang kata ia adalah sekadar perumpamaan sahaja kerana kera ini sifatnya ketagaq liat tak mau dengar kata. Allahu a3lam~

Dan azab seksa yang menanti mereka selepas itu adalah gempa bumi yang sangat super dasyat. Ketika semua ini berlaku, Nabi yang wujud ketika ini adalah Nabi Daud a.s. 

Satu peristiwa paling penting kena take note dekat sini adalah satu persoalan yang dibangkitkan oleh Ibnu Abbas kepada Ikrimah mengenai ayat ke 165 tadi 

“Saya lihat, orang-orang yang melarang itu selamat, tapi saya tidak melihat yang lain disebut-sebut. Sementara kita juga melihat banyak hal yang kita ingkari dan tidak mengatakan apa-apa.”
Apa kesudahan golongan ketiga??

Allahu A3lam~
Kita fikir lah sendiri...

Ha... !

Inilah sejarah Islam yang paling mahsyur di kawasan Aqabah nih. Aqabah Jordan ni nama lamanya adalah Ayla - sejak di zaman pemerintahan kerajaan Islam waima di zaman Umar Al-Khattab lagi. Ia mula dikenali dengan nama Aqabah di kurun ke-16. Dan sekarang nama Ayla ni digunakan pula oleh orang Israel ke atas kawasan di seberang teluk Aqabah iaitu Eilat. Either ia tempat yang sama atau tidak, Allah lebih tahu..

Ada banyak lagi sebenarnya sejarah Aqabah Jordan nih. Antaranya:

- Tell al-Khalifah terletak di sempadan Jordan-Eilat ringkasnya dikenali sebagai Ezion-Geber sebagaimana yang termaktub dalam Bible- di sini Raja Sulaiman telah membina sebuah armada perang yang belayar ke Ophir ( Somalia ) dan telah membawa pulang emas yang banyak kawasan itu ditemui selepas 8 SM selain menjadi tempat peleburan tembaga dan persinggahan kafilah perdagangan . 

-Menjelang kurun pertama SM , Nabatean yang sering merompak pedagang di Laut Merah telah tinggal di Ayla dan pada masa yang sama para pedagang dari Ailana telah dijumpai di Yaman .

- Kisah 1001 Arabian Night juga pernah mencatatkan Sinbad pernah singgah di pelabuhan Aylah

- Bermula dari 106 M kawasan ini mengalami perubahan perundangan bermula dari Roman seterusnya pemerintahan Islam . Puak Ghassan pada awalnya menguasai Ayla mewakili kerajaan Byzantium .

Tahun 639 Saidina Umar Al-Khattab singgah di Ayla dan Amru Al'as dikatakan berkubu di sini bersama tentera Islam pada tahun 634 masihi

-Era pemerintahan Islam, Ayla menjadi laluan para haji yang datang dari arah Syam. 1024 masihi, Aylah dirampas oleh Abdullah bin Idris Al-Ja'fari dari kerajaan Fatimiah.

-Antara tahun 1072-1073 kawasan ini dilanda gempa bumi dan pada 1116 tentera salib menguasai Aylah. Sallehuddin Al-Ayubi berjaya mengambil kawasan ini pada 1171 masihi dan kemudiannya jatuh ke tangan tentera salib semula dan dirampas kembali oleh pasukan tentera Sallehuddin Al-Ayubi yang diketuai oleh Husamuddin Lu'Lu' pada 1183 masihi.

-Kubu Aqabah telah dibina semula pada 1587 M di bawah seorang daripada pemerintah terakhir Sultan Mamluk ( Sultan Qansweh al-Ghuri , 1501 – 1516 M ) dan telah beberapa kali diubah suai selepas itu . 

-Tentera Seragam Hashimiyyah telah ditempatkan di atas pintu masuk utama semasa Pemberontakan Arab dalam Perang Dunia I di mana menyaksikan orang Turki beramai-ramai dihalau keluar dari kota ini .

- Pada permulaan kurun ke-16 , Empayar Othmaniyyah telah menguasai Aqabah dan pulau di sini . Selama 400 tahun bandar ini kekal sebagai perkampungan nelayan sehinggalah pasukan Othmaniyyah keluar dari kota ini setelah diserang tentera Arab di bawah pimpinan Raja Hussein bin Ali , pemimpin Hasyimiyyah dalam Pemberontakan Arab dan turut serta Raja Hussein adalah Lawrence of Arabia .

-Aqabah telah diistiharkan sebagai kawasan bebas cukai pada tahun 2002 di bawah pemerintahan Raja Abdullah II dalam kerajaan The Hashemite Kingdom Of Jordan.
(Rujukan : 1 , 2, 3, 4, 5)

** Ini baru sejarah Teluk Aqabah, Jordan. Kalau kita luaskan sikit skop kepada sejarah Teluk Aqabah 
secara general dan juga Laut Merah, ada banyakkkk lagi sejarah-sejarah best yang boleh kita jumpa. Misalannya : 

Tamat sesi sejarah~ !! ---->  Belajarlah sejarah dulu, baru best nak pergi melawat ..~ ^^,

Ok, seterusnya untuk sesiapa yang teringin nak tahu apa yang bestnya Aqabah ni secara tourisme nya selain sejarah, mari tengok list apa nak buat ini.

shopping (apa student jordan selalu beli)
coklat + kacang yang amat-amat murah dan banyak (harga 3x lagi murah)
jus buah yang paling ori dan sedap terutama jus tembikai susu ( sebotol 1 liter 1.25 jd sahaja)
makanan laut yang sangat fresh (Jordan ada laut kat sini sahaja)
comforter yang lawa2 macam dekat nagoya(?) (pandai cari boleh dapat less than 10jd)
kasut (semua less than 4jd)
barang-barang lain semuanya sangat-murah sebab sini kawasan bebas cukai....~

aktiviti
scuba diving, windsurfing, snorkeling, mandi laut
glass boat
pergi museum
tengok kubu mamluk Aqabah
tengok site arkeological lama
tengok tiang bendera paling besar dan paling tinggi di Jordan (dan 2nd tertinggi di dunia)
-bendera ni lambang Revolusi Arab-
melawat Pulau Firaun
dan katanya 2014 nanti ada Star Trek Park dekat sini. uuu...~ Kita tunggu..

snorkeling
glass boat

jalan-jalan tengok Israel

kubu Aqabah
 Terjun tiruk macam dekat kampung

bersiar-sir tepi pantai naik unta
tengok bendera ke-2 tertinggi kat dunia


sunset/sunrise - sambil check siapa bangun dulu orang jordan ke orang israel. (takde keje)

                                         
shopping comforter, cadar, carpet, blablabla

borong kacang dan cekelat


AMARAN: 

kalau nak berenang, sila hati-hati dengan binatang ini. Namanya landak laut. Super banyak di Aqaba.
landak laut

mangsa landak laut



Sekiannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn~ 

Akhir Kalam
Terima kasih MUTIARA sebab bawa saya pergi Aqabah kelmarin. 
Seronok dapat menenangkan fikiran dan bergumbira seketika...




Ma3assalamh Aqabah~

p/s: sesiapa datang Jordan, tak sah kalau tak pergi Aqabah. =)

8 comments

bdk2 @ John | December 29, 2011 at 7:31 AM

subhanaallah....cantiknya laut kat sini. tak sangka ade byk tempat tourism jugak ek kat selatan jordan ni. ingatkan padang pasir je.

thank you for sharing all those history. ^_^ kene dtg jordan la cmni. hehehe

Ainul Arina Madhiah | December 29, 2011 at 7:38 AM

john:
err ni je la laut yang ada selain laut mati. huhu. miskin air sungguh kat sini.

jemput2~ ^^

Anonymous | December 29, 2011 at 7:46 AM

info tambahan:
pak cik taxi ke aqabah cakap tadi, barang2 sekarang ni tengah murah.

bulan 2 dan ke atas nanti harga akan naik berkali2 ganda sebab time tu pelancong berduyun2 datang.

jadi, dia amat menggalakkan untuk pergi ke aqabah sekarang sebab harga tengah murah. kalau nak sewa shuqqah mafrushah, boleh dapat hingga 20jd/night. bulan 2 dan ke atas nanti jangan harapla..-katanya

aqabah untuk pergi sekarang ni = thumbs up (best) -(pak cik taxi)

Noor Hanisah Mohd Ishak | December 29, 2011 at 11:09 AM

Xde butang like ke?
Suka :)

Ainul Arina Madhiah | December 29, 2011 at 11:42 AM

anon:
ooo.... ok2. thanks for the info ^^

kak nisah:
saya tak tau macam mana nak kasi ada butang2 like tu. hehe

Nowwa Fitri | January 4, 2012 at 5:32 AM

Terkelip-kelip akak baca citer Aqabah ni...menariks!

Biqque | January 4, 2012 at 4:47 PM

aduh...bila la nak sampai jordan niiiii...nak tgk dgn mata kepala sendri isreal tu! hahaha!

Ainul Arina Madhiah | January 27, 2012 at 10:30 AM

kak nowwa:
=D

kak biqque:
cepat datang! saya tunggu nih. hehe

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images