Kehamilan - Ujian yang Ajaib

10:11 AM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum


BILA KEHAMILAN BERMULA~

Wanita akan beradaptasi dan diuji ...

Isipadu darahnya bertambah lebih banyak
(plasma bertambah, penyerapan sodium di buah pinggang bertambah)
supaya nanti bila bersalin, darah yang hilang boleh diganti segera
dan keperluan bayi (melalui darah) dapat dipenuhi secukupnya

Darahnya lebih cepat membeku
(faktor koagulasi dan fibrinogen bertambah)
supaya bila bersalin, darah yang keluar cepat berhenti

Imunisasinya sangat lemah
(cytotoxic T cell berkurang)
supaya bayi yang 'asing' tu boleh membesar sempurna

Tahap ketahanannya pada kesakitan bertambah
(serum B-endorphins bertambah, spine cord K-opiate receptor activated)
supaya dia boleh melalui fasa bersalin yang amat seksa

Dos ubat tahan sakit yang diperlukan amat sedikit
(anatomical space berkurang, sensitivity of nerve bertambah)
supaya kadar penyerapan ubat menjadi lebih cepat
dan dos yang diperlukan tidak terlalu tinggi hingga menjadi toxicity

Tekanan darahnya rendah
( decrease peripheral resistant)
supaya pertambahan isipadu air dalam badannya tidak membahayakan

Selalu macam orang kelaparan
(decrease blood glucose & AA, increase ketone, triglyceride,FFA)
supaya keperluan pertumbuhan bayi sentiasa ada

Kadar pernafasannya bertambah tinggi
(,increase progestron, increase 2,3-DPG,  partial pressure changes)
supaya bayi di perutnya juga mendapat udara yang mencukupi

Kadar perkumuhannya berkurangan
(mekanikal, uterus yang membesar, progesteron bertambah)
supaya nutrien dapat diserap lebih banyak dan lama 

Selalu sangat nampak pucat
(kadar simpanan iron sendiri berkurang, isipadu plasma badan bertambah)
supaya iron yang bayinya perlukan untuk membesar mencukupi
dan darahnya lebih banyak tertumpu kepada bayi 



lagi?

Selalu nak muntah
selalu nak tidur
selalu sesak nafas
selalu bengkak gusi
selalu sembelit
selalu selesema
selalu sakit mata
selalu sakit kepala
selalu mengidam yang bukan-bukan
selalu mood swing
selalu makin gelap
selalu tidur tak tak cukup

haaaa....
 yang ni semua kerja hormon progesteron yang makin bertambah!

isk, menyusahkan ibu-ibu mengandung je lah
mesti lagi memeningkan orang yang menjaga ibu mengandung jugak
kan?

eh cop!

sabar~

Kalau lah takde peningkatan hormon progesteron ni waktu mengandung..

perempuan lagi langsung tak boleh mengandung
lapisan rahim  tak cukup tebal
bayi senang gugur
plasenta senang kena kacau dengan sel-sel yang membahayakan
serviks ibu senang kena jangkitan
uterus cepat sangat contraction even tak sampai masa bersalin lagi
sel-sel susu ibu tak membesar sempurna
susu ibu yang berkhasiat tuterkeluar awal sangat before anak keluar
dinding pelviks tak kuat nak bersedia untuk bersalin

pendek kata, kalau progesteron tak ada, memang la teramat bahaya !

(ni baru baca OnG chapter 3 nih.. Belum habis satu buku lagi)

Subhanallah....! 

Hebatnya Allah!

ibu mengandung dapat beradaptasi dengan selamat
bayi pun membesar dengan sempurna
dua-dua tercipta penuh luar biasa

Nampak kehamilan macamnya adalah satu ujian untuk si ibu kan?
Tapi rupanya semua wanita Allah dah kurniakan kekuatan
Mereka mampu dan mereka boleh melalui kesemuanya
dan nikmat di akhir ujian kehamilan adalah sebuah kelahiran
yang pastinya tentu sangat membahagiakan~ 

betul lah~

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” 

(At Tin : 5)

Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Al-ankabut: 20)

Allah mengeluarkan kalian dari perut ibu-ibu kalian dalam keadaan kalian tidak mengetahui apa-apa, dan Allah menciptakan untuk kalian pendengaran, penglihatan, dan hati mudah-mudahan kalian bersyukur (kepada-Nya).” (QS. an-Nahl : 78).
-ALHAMDULILLAH-
*********************************************
p/s: 
hari-hari teruja belajar pasal ibu-ibu mengandung dan bersalin nih
the best rotation ever rasanya =)

cuma just kena kuatkan minda dan diri

bila teringat injury-injury yang mengilukan
suara-suara ibu meraung-raung dalam labour room
procedure-procedure yang meng-"gulpp" diri sendiri
suasana tension yang tinggi bila kena selamatkan 2 in 1 patient
dan kadar kesibukan yang super power 

boleh ke tak entah saya nak specialise dalam bidang ni~
Wallahualam....
 tapi Insyallah, itu antara impian saya~
Amin 
^_^

4 comments

Write comments
FaraSyeera
AUTHOR
December 12, 2011 at 10:40 AM delete

insyaAllah! nnti blhlah dptkn khidmat Dr. Ainul !=D

Reply
avatar
December 13, 2011 at 11:47 PM delete

masyaAllah!!
mohon share di fb kak
utk rujukan:
https://www.facebook.com/syahiraismaishaari?ref=tn_tnmn

Reply
avatar
huurun
AUTHOR
December 22, 2011 at 8:17 PM delete

salam..info sgt berguna. minta izin nak share kat fb ye. thanks :)

Reply
avatar
December 27, 2011 at 6:48 AM delete

fara, syahira, huurun:
dipersilakan. =)

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *