Distorted December

3:13 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum~



* Lagi sejam lepas entry ni ditulis, tarikh akan jadi 22 Disember 2011. Usyar blog archive bulan ini cuma ada 4 entry tak termasuk yang nih. Wow, memberangsangkan! Semakin menunjukkan kebarangkalian bakal lagi tak ter-update blog dalam masa depan adalah sangat tinggi. Perlu latihan barangkali sebelum masuk dunia final? Orang kata kalau sayang tinggal-tinggalkan, kan? eh yeke?

** 4 entry yang lepas - 2 tentang kehidupan 2 tentang kematian. Serius bulan ni feeling dia macam lain macam. Setiap hari dipertontonkan dengan kehidupan baru yang sangat dekat tapi dalam bulan yang sama juga dipertemukan dengan kematian-kematian yang teramat dekat. Dalam buku nota penuh tulis pasal hidup mati hidup mati hidup mati. Lepas tu mula rasa macam "Aaaaa Ainul apa kau nih! tak ready-ready lagi?!! Banyak giler rasa benda tak betul, tak siap, tak terbuat, tak terjadi, tak ter-itu, tak ter-ini" -pening-

*** Hari Ahad badan rasa tak sedap. Terbatuk, terbersin, terselesema puluh-puluh kali sampai habis berpeket2 tisu. Belum masuk suara rockers mengantuk hari-hari. Sah, winter dah naik tanduk. Hari Isnin dia up lagi grading - kepala macam kena lenyek bulldozer sambil rasa nak muntah even kalau sua air kosong. Pergi klinik periksa sekali terus suhu 39.8 degree. @_@  uuu. Tak memasal dapat masuk ubat demam IV. nasib baik tak lama sangat.

**** Berkat demam yang mengejut itu, maka terjadi lah tak dapat nak pergi kelas sekaligus terpaksa ponteng bentang seminar. Nak inform ketua grup takut. Apesal ntah, dia bukan cikgu disiplin pun. Last-last dapat tahu dia jugak yang decide nak ganti even stress giga-giga sebelum dapat  'ubat anti-hypertension' free bila doktor kata tak yah bentang. Apelah Ainul menghuru-harakan grup hari tu! -bersalah betul rasa- T_T

***** Bulan ni jugak kena pening kepala nak fikir bila nak buat elektif training dekat Malaysia. Paling tak best bila kena berebut-rebut plak tu daftar. Siap ada kuota siapa cepat dia dapat. Tu belum campur nak fikir kat hospital mana. Hish. Last-last bantai je amik grup elektif first. Hospital pun hentam je dulu ambil General Penang even rasanya macam sangat mustahil nak buat dekat situ. Jauh oh! Tu nnti bincang lain dengan famili. Yang penting, rotation last bukan Paedi atau Surgery dan cuti dia panjang (dari June sampai Ogos). Pejam mata sahaja pada risiko tak cukup ilmu tahun enam, ramadhan terakhir dan aidilfitri terakhir di Jordan dan lain-lain. Malas nak sesakkan kepala lagi minggu ini. Yang lagi menambahkan debaran haritu bila nama saya adalah nama terakhir yang berjaya didaftarkan untuk grup tersebut sebelum ia ditutup. Syukur -saspen- Eh cop! Alamak, tak sangka dah nak kena 'bertugas' dekat malaysia! >_< takut!

**** Saya sangat suka O&G sampai tak tercerita rasanya macam mana suka itu di sini. Tu pasal takde apa-apa entry kecuali entry-entry lepas yang saya rasa macam err agak kurang zouq sedikit penulisannya. Bosan.    Tapi lama-lama saya baru perasan baelajar Obstetric lagi best dari belajar Gynae. Boleh plak rasa tak berapa gemar Gynae. So asyik mengulang yang Obs, Gynae plak kita tinggal. Bila dah 4 minggu gini baru gabra balik bila doktor tanya pasal Gynae memanjang minggu nih. Aaaaa! Kan dah rasa macam esok nak exam~ Nasib baik next week bukan kat KAUH lagi, sempat gak nak pulun seminggu. -fuh-

*** Selain study, saya ada banyak lagi benda yang saya suka buat. Reading (non-medic), socializing, writing, and doing anything ikut mood dan peluang ada dekat sekitar saya. TAPI bulan ini terutamanya serius rasa sangat-sangat terbantut semua benda. Saya sedar sangat keterbantutan tersebut dan selalu nak overcome ia tapi selalu sangat rasa macam belum cukup lepas. Maka kesimpulannya jadilah macam selalu tak puas hati sorang diri. Adoih. Tiba-tiba allahu a3lam, bulan ni datang plak beberapa adik-adik comel dari pelbagai biro multimedia sekeliling offer invitation jadi sidang redaksi artikel masing-masing. Alahai, minta maaf sangat2 dari saya. Yes, I used to be someone who love to write in any condition but these days... >_< Daripada saya terikat dan langsung membantutkan kalian juga, sebaiknya saya kontrol diri dahulu. Kalau saya mampu tolong bila-bila, insyallah saya tolong sedayanya cuma bukan atas keterikatan sebagai sidangnya ya. Maaf sangat-sangat. Saya teringin je sebenarnya tapi saya kena ukur baju di badan sendiri juga. -guilty-

** Semalam ada perjumpaan MARA di sini. Walaupun rumah saya semua (tiga) MARA, saya seorang je yang lepas pergi sebab lagi dua orang exam esoknya. Macam aneh je rasa free sorang-sorang sebab sebelum tu saya je sorang-sorang busy exam setiap 2 minggu. Tapi kurang sedapnya semalam saya rasa macam banyak sangat yang lewah diperbincangkan. Terkeluar tajuk. Ke saya yang malas nak tahu hal-hal seperti itu? Isu-isu sweet-sweet mahupun isu-isu siapa betul siapa salah tanpa pengukuhan fakta yang sah? Cukup la pelbagai perbincangan dalam internet. Isu ke-MARA-an pun banyak tak terjawab sepenuhnya lagi. Aih.. -tetiba terasa sangat skema-

* Uish dah 9 bintang menampakkan disorientation saya bulan ini. Distorted December nampaknya. Eh tapikan tadi banyak terbaca status siapa ya tulis entah. Katanya lebih kurang begini " Allah sent someone / something bad in your life is not just to make your life miserable. He want you to learn how to deal with them, to overcome their effect, be better and be a winner.." Sanad anonymous. Tiba-tiba rasa macam dalam hati ada hidayah. aceh. hehe. Yosh! Biarlah jadi 1001 benda serba tak kena pun, yang penting kita go on dan selalu think positive! Oh ya, resepi terbaru minggu ini = Berbaik sangka lah dengan Allah dalam apa jua keadaan~

HOW ?

Saya tak pasti cumanya baru-baru ini sebab asyik teringat 'berbaik sangka lah dengan Allah', setiap kali jadi apa-apa yang saya rasa kurenggg sikit saya mesti selalu tercakap sorang-sorang

" Ei, berbaik sangka okay dengan Allah! Kalau betul-betul berbaik sangka, insyallah mesti Allah ada something nak bagi yang the best untuk kita..."

lepas tu tambah-tambah lah apa-apa zikir yang patut sambil nak cool downkan hati sendiri yang of course lah bukan senang nak tunduk menyerah suka rela on the spot nak terima kita kata apa-apa tanpa sebarang bukti nyata sekarang lagi. Zikir tu kan boleh menenangkan hati. Serius nih... sebulan testing sendiri buat macam ni, ada banyak jugak la beberapa kali rasa macam makin yakin. Tak percaya?

List Looks Bad But Actually Not So Bad (ikut bintang di atas)


* Blog memang nampak macam makin ditinggalkan...... tapi dunia realiti saya, nampak makin dititikberatkan.  Too much to think sampai tak tertulis. Nak tulis pun kadang-kadang rasa berat. Ada beberapa persoalan yang saya kena cari sendiri jawapan sebelum tulis. Eh, rasa macam makin dewasa plak. hehe.

** Kematian dan kehidupan. Yang ini memang perit ah. Tapi yang paling perit tu lah yang selalu paling membalikkan kita kembali ke alam nyata kalau jauh sangat terbang tak ingat dunia. Thanks to Allah, banyak sangat benda yang saya terfikir balik pasal famili saya sepanjang bulan ni. Plus, waktu ini jugak baru terkena balik tanggungjawab tu lebih banyak dari masa. Itu pasal sekarang saya rasa macam cacing kepanasan. Dah tak tahu nak mula mana satu. Haaa sedar pun diri~

*** Ketidaksihatan ini memberi saya peluang untuk tidur sepanjang hari tanpa sebarang rasa bersalah kerana tidak study. Yeay! err tapi bersalah jugaklah sikit sebab teringat orang dekat university. Waktu nak minta MC, takut sangat kalau-kalau doktor tak kasi. Sekali bila suhu tinggi macam ni, doktor sangat-sangatlah concern lebih dari sangkaan saya sendiri. Plus, kawan segrup dengan baik hatinya bawak bubur nasi pergi sekolah tadi khas untuk saya. TQ =D

**** Yang ini paling best! Saya tak jadi bentang seminar.Kawan saya yang asalnya dia yang kena sebelum saya diundi ganti dia pun tak jadi bentang. Ketua grup saya yang sangat stress terpaksa ganti saya pun tiba-tiba tak sempat bentang sebab doktor cakap tak payah bentang kerana doktor amik masa sebelum tu dah lama sangat. Wah!! Selamat semua orang! Alhamdulillah3~ padahal sebelum tu dekat seminggu berebut undi sampai dua kali sebab semua main tolak-tolak siapa nak bentang seminar. Siapa tahu begini pengakhirannya kecuali Dia?

***** Jangka panjang saya belum tahu lagi tentang perkara ini. Saya serahkan semuanya di tangan Allah. Tapi jangka pendeknya haritu waktu tengah pening kelam kabut mahu fikir sambil berebut mendaftar, saya sangat konfius nak pilih mana satu. Istikharah.Waktu tu memang dah rasa tawakkal sangat, kalau elektif first tu elok, Allah kasi masuk situ. Kalau tak, jauhkanlah. Hari nak mendaftar, bas lambat jalan sedangkan waktu itu saya dah dapat berita pendaftaran hanya tinggal baki 2 tempat. Dah rasa semacam. Ni memang telur hujung tanduk nih. Kalau terlepas, sah Allah yang tak kasi. Tapi terasa waktu tu pilihan tu paling proper antara yang lain untuk lain. Alamak. Tawakkal sambil lari-lari. ,(>_< )/  Tapi alhamdulillah dapat jugak... ~ Dan lepas tu terus rasa hilang beban. Tak payah penat-penat fikir lagi dah. Setel buat masa sekarang. Lega. Lain-lain tolak tepi. Fikir tahun depan.

**** Bab study memang kena sentiasa paksa diri. Tambah-tambah bila dah masuk tahun 5 macam sekarang. Tahun 6 nanti nak elektif. Lepas tu lepas tahun 6, grad. Lepas grad kena kerja. Waaaaa~ Layak ke dah nak jadi doktor nih? T_T  Rasa macam banyakkkkk lagi tak ter-cover. - terus nak pergi study sekarang. Ainul boleh. Ainul boleh-

*** Yang ini rasanya saya selalu rasa terbantut sebab saya macam tiba-tiba banyak kali rasa rendah diri sikit dengan orang sekeliling. Macam menulis misalnya. Kadang-kadang rasa macam apa benda la yang saya menulis nih. Ramai lagi kawan-kawan dan adik-adik yang jauh lagi berpotensi malahan lagi berkualiti. So, bila dah down, lagi malas lah nak buat. Tapi bila Allah tiba-tiba hantar orang-orang tu, rasa macam ada someone menjawab soalan diri saya. Kenapa mesti saya berhenti terus walaupun ramai lagi lagi hebat dari saya? Bukan saya wajib kena jadi the best among all pun, so why bother? Kan? Cumanya apa-apa hal, kena tahu limit diri sendiri.

** Walaupun banyak soalan tak berjawab dengan lengkap, tapi at least banyak jugakla soalan yang saya baru tahu boleh/perlu ditanya tentang MARA. Saya dah lupa bila last saya join jumpa perjumpaan MARA. Asal perjumpaan, exam. Asal exam, perjumpaan. Kali ini baru tak bertembung. Bolehlah... Plus, makanan dia sedap! Hehe. Tambah-tambah mushroom soup dia.  Takpe lapar otak, kenyang perut =p.-delicious-

* Walaupun minggu ni banyak stress konon gayanya (tapi doktor hospital-hospital bulan ni semua best2! superb!), hujung minggu ni Allah hadiahkan saya banyak sangat benda lain lagi. Khamis-Jumaat ni insyallah nak pergi join BKAN Mutiara pergi Aqabah (tapi kena confirmkan balik sempat sampai Irbid before tengahari Sabtu. Kalau tak, kena cancel -_-'). Sabtu ada bengkel Puisi (stress gak nih ><). Ahad cuti krimas dan ada bengkel debat (rindu nak tengok..^^, ). Isnin pulak cuti lagi sebab senior-senior O&G tahun 6 exam~(^_^Y) Alhamdulillah cuti 5 hari... Boleh rileks kejap. =D

Well...

Takdelah distorted sangat pun my December kali nih pun rasanya. ok je lah.. Ish Ainul, bersyukur!

I'm not sure untuk the next seminggu before habis 2011 bakal ada penambahan entry atau tak. Saya nak tunggu kesudahan The So Called Distorted December. Hopefully everything gonna be fine~ Ameen.

'Bersangka baik' yer~ INgat... ~

Wassalam!

Doakan saya yang tengah study dan kawan-kawan yang tengah exam!

jumpa lagi~



Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *