Dear Baby

Assalamualaikum

" Kau tahu kalau kami di Korea, siapa yang anak dia sampai 7-8 orang, confirm masuk TV! "


Teringat saya pada kata-kata Jackie, kawan Korea saya yang sempat datang beraya di rumah di Malaysia baru-baru ini. Memang dia terkejut sangat tengok bilangan adik-beradik ibu ayah dan sedara mara kami yang ramai sampai penuh rumah padahal waktu itu yang datang baru satu family sahaja - Family Wak Ban.

Masakan tidak, di Korea purata anak dalam satu keluarga hanyalah 2.

Dan minggu lepas, Sunny kawan Korea kami di Amman juga memberi reaksi yang serupa bila kami ditanya berapa bilangan beradik yang kami ada. Terkejut dia dengar purata bilangan anak di Malaysia adalah 5.

" Jadi dalam setahun dua ibu korang akan mengandung dan bersalin la ya? Waaahhh..! Dasyat! "


Agaknya la kan kalau dia dengar pengalaman kami berdepan dengan ibu-ibu di Jordan yang purata anak mereka dalam lingkungan 9-10 orang per famili, mesti dia lagi ternganga. Hairan barangkali macam mana seorang wanita boleh tahan mengandung dan beranak banyak-banyak kali.

Bagi mereka di Korea, cukuplah sekali dua merasai seksanya bersalin. Itu belum masuk bab membesarkan anak tu lagi, sangat-sangat memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Sebab itu bilangan anak-anak di sana sikit. Kalau anak mereka mencecah 4, kerajaan sana confirm akan tolong support dengan bagi duit, kata mereka.

Selama dua minggu saya di dalam rotation Obstetric and Gynaecology ( bahagian ibu-ibu), banyak rasanya yang saya dapat belajar walaupun pada minggu pertama yang lepas kami hanya ada kelas sahaja tanpa round ward jumpa pesakit. Terlampau banyak penyakit yang boleh menyebabkan usaha seseorang untuk mengandung itu gagal seolahnya siapa yang mengandung tu memang wow ajaibnya!

Pesan doktor dalam rotation kali ini, antara benda yang paling penting yang perlu kami handle dengan bijak adalah dari sudut psikologi. Semua rawatan yang ada semuanya akan include bab psikology. Bukan senang mahu mententeramkan seorang wanita mengenai masa depannya untuk mempunyai anak.

Pernah sekali Dr berhadapan dengan seorang pesakit yang sentiasa keguguran setiap kali di mengandung. Gravidan-ya (berapa banyak kali dia pregnant, tanpa mengira outcome) sampai 9, tapi parity-nya (berapa kali dia delivery / fetus lebih usia viability yakni 24 minggu, tanpa mengira outcome)  adalah 0. Memang tahap tinggi punya ujian ibu ni dapat. Tapi alhamdulillah berkat sokongan sekeliling terutamanya suami sendiri, dia masih terus mencuba dan sekarang sedang mengandung 32 minggu. Subhanallah...

Memikirkan pesakit-pesakit serupa ini, saya jadi pelik bila terkenang peningkatan kes buang anak di Malaysia. Apa diaorang ingat senang ke nak mengandung ha? Bagi senarai penyebab kes-kes tak dapat mengandung karang baru tahu betapa nikmatnya Allah kasi dapat mengandung. Tapi susah gak, sebab yang pelaku kes buang anak ni selalunya orang-orang yang memang tak mau mengandung. Hish, ntah apa-apa.

Anak tu kan rezeki..

Walaupun nampak macam bila ada anak tu jadi lagi banyak responsibility dan banyak kos yang bakal terbuang, tapi kena jugak ingat yang Allah dah tetapkan dah rezeki anak tu macam mana sebelum dia lahir lagi. Dan siapa tahu kot-kot salah satu daripada rezeki untuk anak yang dah tertulis tu sebenarnya bukan dapat benefit kat anak pun, tapi lebih kepada benefit untuk ibu bapanya.

Teringat saya satu kisah *lupa dari mana* yang mana ada seorang bakal bapa ni terpaksa dibuang kerja sebab tak dapat fokus bila isterinya pregnant. Tension sangat. Nak salahkan siapa gitu? Tapi rupa-rupanya bila lepas isteri dia bersalin, ada salah seorang kenalan mereka di ward ibu-ibu pregnant tu offer dia kerja yang lagi baik untuk dia sebab dia punya hasil kerja memang dah femes pun sebelum ni. Cuba bayangkan kalau isteri dia tak pregnant? Dia mesti takkan pergi ke ward tu tiap-tiap minggu dan berkenalan dengan bakal bos dia yang kebetulan teman isterinya yang mengandung jugak. Dan tentu dia still stuck dengan kerja dia yang lama dan biasa sahaja. See?

Tapi still lah, nak merancang keluarga kena tengok banyak aspek. Kalau kewangan kurang stabil tapi tiap-tiap tahun dapat anak, bahaya gak. Itu ignorance namanya. Boleh kena saman dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat kalau dapat tahu. Sebab tu parent education tu penting.

Eh, terasa macam tengah membebel plak.

Haha, inilah kesannya bila excited belajar O&G. Semua benda nak perhati tentang ibu-ibu nih. Takpelah, yang penting saya semangat nak masuk rotation nih. Walaupun orang kata bidang O&G sangat kronik, saya tetap minat! Either saya nak sambung atau tak nanti, we'll see. Tapi insyallah memang ini antara pilihan top 3 saya. =D

Hopefully nanti saya dapat banyak lagi pendedahan tentang rotation nih.

Hari ni time round macam takde apa sangat. Dapat masuk tengok Caesarean Section lagi buat kesekian kalinya. Best memang best tapi saya teringin nak tengok benda lain pulak. NVD ke apa ke..huhu. Amin3, harap-harap dapat nanti, insyallah~

Wallahualam kenapa tapi seriously bila nampak baby-baby kenit yang baru lahir tu saya rasa macam sangat-sangat osem. Life is really a miracle~

" Hey kiddo, grow up well and be a good person okay! 
Jangan sesekali menderhaka dengan ibu. 
We've seen her suffering so much because of you. 
Hanya dia tahu betapa seksanya melahirkan kita
sambil berdiri di jurang kematian
just because of you "






2 comments

Shazwani Adnan | December 5, 2011 at 4:30 AM

salam.

bukan setakat buang anak, sekarang kat malaysia dah amcam trend pula beranak dulu baru nikah. Hurmm

nanti dah kerja, macam-macam kes jumpa

Ainul Arina Madhiah | December 27, 2011 at 6:43 AM

kak wani:
erk? sampai macam tu sekali ke? isk...

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images