Bukan Sekadar Fancy

Assalamualaikum

Guru adalah penelaah yang tekun, 
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah, 
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia, 
ia mengemudi biduk, melepaskannya, 
atas lambungan laut, merangsangkan 
manusia menyelami rahsia khazanahnya.


Orang selalu pesan... nak belajar, kenalah berguru ~ 

Penting sangat-sangat kita untuk berguru sampaikan ada yang pernah mengatakan kalau belajar tanpa guru itu ibaratnya seperti belajar dengan syaitan - tapi ini sekadar amaran lisan semata ya! Bukan hadis atau apa-apa ya..

Saya pernah terfikir-fikir dahulu, betul ke penting sangat berguru nih. Tak boleh ke kalau kita hafal ikut buku je?

Sampailah beberapa hari lepas, baru saya rasa saya dah dapat satu jawapan kenapa saya kena berguru! 

Ia bermula bulan lepas bila tiba-tiba saya dapat mesej :

" Akak, kami nak jemput akak buat bengkel puisi untuk Kelab Penulisan dekat sini boleh ke? " 

 @_@  

ha? Ya Rabb!



Dalam banyak-banyak benda yang orang minta tolong saya tulis atau ajar, yang ini lah yang paling saya rasa paling berat, paling rasa nak lari, paling rasa tak nak buat. Serius takut !!

Kenapa?

Sebab jujur sejujur-jujurnya saya rasa kosong sangat-sangat untuk memberi ilmu secara rasmi untuk sesiapa berkenaan hal penulisan terutamanya bab puisi. Ilmu saya sangat seciput. Masakan tidak, selama ini saya sendiri tak pernah menyertai mana-mana bengkel puisi di mana-mana. Tiada peluang. Saya sekadar belajar melalui internet dan grup penulisan yang saya ikuti sahaja. Itu pun bukan ajar macam kuliah online. Lebih kepada baca nota sikit-sikit dan tengok kesalahan puisi yang telah di bedah. Sahaja. 

Maka bila di minta untuk memberi tunjuk ajar, automatik rasa sangat-sangat rendah diri. Siapalah saya untuk berdiri di depan ramai dan berucap seolah-olah saya telah master bidang ini. Aiyark. Sangat-sangat bukan saya orang yang sepatutnya. Dan bila banyak sangat masalah berlaku sampai tertangguh sekali dua, sungguh sebenarnya saya ada rasa sangat-sangat happy sebab tak payah buat. Haha. Jahat giler.  (sorry AJK! =p)

Tapi waktu itu lah sebenarnya baru saya mula terfikir...

 " Kenapa yang ini saya takut sangat yang ini padahal selama ni benda-benda lain ok je 
kalau bab nak mengajar atau beri tips pada orang nih? "

Fikir punya fikir, akhir sekali baru saya dapat konklusi - sebab saya tak pernah berguru maka saya tak tahu macam mana nak jadi guru dalam bidang ini. -blank-

Pernah sekali saya terfikir untuk membatalkan penyertaan sendiri sebagai tenaga pengajar kali ini.

Tapi bila nak kata " nak cancel " , mesti tak sampai hati. Plus, ada macam rasa takut tak kasi hak orang. Apa salahnya share ilmu yang Allah dah kasi sikit pada kita? Sikit-sikit pun lagi baik dari langsung tak bagi apa. Lantaklah kalau ada orang lagi terer yang datang dalam tu. Janji kita ada kasi something at least pada orang yang still zero dan tak tahu apa. Buat apa risau yang remeh-temeh macam tu kan?

Lepas tu ada terfikir gak, apa faedahnya aku dah masuk GKLN dekat sampai 5 tahun kalau takde input nak kasi kat orang?  takkan takde benda langsung nak share kat orang?.....Tu la, tak sistematik lagi.  isk! baling keluar tingkap kang! 

Maka, dengan rela hati paksa diri pun segeralah saya berguru secara fast-track dengan beberapa senpai yang sedia terer dalam grup GKLN tu sebagai mencari summary macam mana nak mengajar orang kalau ikut bengkel. Bila dah berbincang balik baru nampak sikit macam mana gambaran kasar bengkel tu nak buat macam mana. Huhu.. Ainull... Ainull.. balik Malaysia nih pergi bengkel lah! *tapi takut plak sendiri kena bedah! hehe*

Syukur jugak sehari sebelum kena buat bengkel puisi tu, saya join balik bengkel debat. Kembali tengok orang berdebat dan kembali mengenang masa debat sendiri yang telah berlalu. Uhuk. Serius cakap, bagi saya debat adalah salah satu cara terpenting saya untuk saya jadi berani. Dalam banyak-banyak perkara yang perlu saya ke depan, debat antara yang paling mencabar diri sendiri sebab di situ kami dilatih diasak bertubi-tubi untuk sentiasa cari jawapan paling nampak betul depan orang ramai dalam masa yang singkat. Jadi,setiap kali saya takut ke depan, saya kena rewind balik ingatan depan supaya saya tahu saya boleh buat!

Back to puisi, alhamdulillah bengkel puisi tu saya rasa berjaya saya selesaikan dengan baik. Tali ukur pencapaian baik tu saya kira melalui segmen brainstorm yang mana untuk bengkel julung kalinya ini, saya cuma mahu mereka melihat puisi dalam satu konsep yang lebih luas - bukan sekadar ayat bunga-bunga semata mahupun tema yang terlalu cetek dan klise selain daripada kesalahan-kesalahan kebiasaan dalam penulisan puisi. Tak ada pun sesi-sesi bedah puisi lagi. Jauh sangat lagi yang itu. Kita step by step dulu. 

Bak kata Samuel T. - Puisi adalah 'himpunan kata-kata terbaik dalam susunan yang terbaik. Ia bukan sekadar sastera 'fancy' tapi puisi adalah sastera yang berfungsi. Dalam dan banyak erti. Jadi, bukalah minda dan jelajahilah kreativiti. Lagi banyak kita berfikir, lagi banyak makna yang boleh kita gali. 

(dan baru hari ni tahu bukan senang nak mengajar orang berpuisi. Lagi dalam, lagi susah.... adeh! T_T )

Maka apabila hari itu saya berjaya membawa mereka mentakrifkan sepatah perkataan 'Coklat' atau sebuah nama 'Pak Pandir' mahupun serangkap frasa 'Bila Runtuh Kota Melaka' kepada berpuluh-puluh simbolisme yang boleh dijadikan tema, maka cukup! Alhamdulillah kalian semua sudah berjaya untuk hari ini. Dan errr...  saya sebagai tukang mengajar pun rasa sangat bahagia sebab dah selesai bebanan di dada. Hehe.. 

-lega-

Walaupun sekadar hanya 14 orang yang datang, tapi saya sebenarnya cukup bersyukur sebab mungkin itu cara Allah kasi saya ruang untuk memberi dengan sepenuhnya. Mengajar bagi saya bukan seperti berceramah. Cakap.cakap.cakap dan cakap. Saya lebih suka mengajar secara 'menyentuh' seorang demi seorang dengan tepat. Biar semua rasa diajar. Eh, macam bawak usrah pulak.Sebab tu kalau ramai sangat sebenarnya saya takut - takut tak tersampai dan tak tercapai. Insyallah yang tempoh hari semua dapat saya 'moulding' one by one sikit-sikit.  Amin..

Tiba-tiba rasa sangat-sangat lapang dan happy bila dah berjaya selesaikan bengkel puisi nih. Dia ada satu perasaan yang macam "owh, dah boleh balik Malaysia(lepas grad)! tak payah risau dah tak terbuat apa-apa untuk penulisan dekat sini"  haha.Dah ada pewaris!~ =p yeay, happy! =D



Kesimpulannya apa? 

Untuk saya : 
Walaupun tak ada guru yang Allah kasi face by face, there are a lot of way untuk saya upgrade diri. Guru online pun ramai. Yang penting bila ada orang mintak tolong jadi cikgu, sila lah tolong sedaya upaya supaya mereka pun tak payah tak berguru macam kita. Don't worry! Allah mesti akan tolong kita kalau kita ikhlas nak tolong orang. Understand??!

Ingat! Sepatah yang kita ajar, kalau memberi kebaikan untuk orang yang kita ajar - pahala dia turun mencurah-curah tak terputus-putus sampai bila-bila tambah-tambah kalau nanti dia pun ajar/bagi kebaikan pada orang lain jugak. 

*wow, hebatnya jadi cikgu!*  -ni yang teringin nak jadi pensyarah nih. ^_^ * 

Untuk orang lain (dan saya balik jugak) : 
Tolonglah jangan pencen dalam hal-hal memberi kebaikan pada orang kalau berkemampuan. Pencen jawatan takpe. Pencen bagi kebaikan jangan. Rugi oo! Sayang berjuta-juta kali sayang. Tambah-tambah kalau tak ramai orang yang boleh menolong bab yang kita boleh tolong. Lantaklah kita terer banyak ke kita terer sikit ke, kalau ada Allah kasi peluang itu maknanya Allah nak kita buat. Don't hesitate and always push yourself towards becoming a better person~

(there are few times I do regret of somethings I left behind ... but never mind.. past is a past. At least we can take them as reminder for the future..)

Ok, 

Selamat Berpuisi buat Ahli Kelab Penulisan Irbid + GKLN ~
Semoga semua menjadi penulis-penulis yang mampu mencetuskan kebaikan untuk Islam dan dunia~
Bitaufiq! 

Ma'assalamah~













8 comments

tumpangteduh | December 27, 2011 at 6:38 AM

hihi,boleh ada sesi seterusnya la ni ye kak,bedah puisi(?) :D

Ainul Arina Madhiah | December 27, 2011 at 7:00 AM

ainaa:
errr... akak nak buat-buat tak nampak soalan nih boleh? hehehe =p

Anash | December 27, 2011 at 7:00 AM

dah tiba masanya ada yang belajar..dan ada juga yang kena mengajar....
puisi....??? tak tercapai akal pikiran akak tau...hehe...
new template blog???
nice...
n terharu ada nama tertera kat travelhollic buddies/blogger...hahaha
tq n been honoured...

Ainul Arina Madhiah | December 27, 2011 at 7:10 AM

kak anash:
hehehe.. akak pun apa kurangnya. lumba basikal tu - tak tercapai dek akal saya. hehe =p

senang nak review balik. semua pakat ber-link connection, bila sy dtg je dah cerita baru. ketinggalan keretapi. hehe.. ^^,

Sarah Mohd Shukor | December 27, 2011 at 7:53 AM

"Pencen jawatan takpe. Pencen bagi kebajikan jangan."

Wow! Mantap kata-kata tu, Ainul! Tahniah Ainul sebab berjaya buat sesuatu sebelum meninggalkan Jordan. Paling kurang, dah ada ilmu yang dikongsikan dengan pelapis-pelapis. Ok, next: BEDAH PUISI!

^____^

Cidak | December 27, 2011 at 4:01 PM

saya taktahu nak jemput siapa kalau akak reject pelawaan saya..

mungkin bertambah tekanan sebab dah beberapa kali cancel,tetiba kak tolak.*takleh bayang*

terimakasih untuk semuanya~

ok,masuk dalam perancangan,bedah puisi !

haha.

Jamilah Mohd Norddin | December 27, 2011 at 6:29 PM

Kak Ainul Arina,

Bagus akak tinggalkan pewaris di bumi Jordan.. Banyak bakat yang menyinar di sana.. :) (walaupun saya mengikuti melalui penulisan mereka)

Ainul Arina Madhiah | December 27, 2011 at 7:49 PM

KS:
erk, bedah puisi tu susah sikit. kita panggil fahd razy lagi best kot kalau bab2 nak memancung nih. kihkihkih.. kan? =p

amir:
adeh, stop la kejap. akak tak larat.. haha

jamilah:
memang pun, akak perasan je sekarang sini ada banyak orang2 berbakat. jauh lagi hebat dari akak sendiri. tu yang happy tu =)

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images