Membelah Di Lautan

10:53 AM 11 Comments A+ a-

Assalamualaikum...

Tadi lepas kelas saya ada bersembang dengan seorang kawan tentang isu tak ada chemistry antara manusia. Konon-konon aura tak kena. Maka bolehlah buat alasan tak suka secara semulajadi, bukannya di buat-buat. Tapi bila fikir-fikir balik, macam aneh je..

Tambah-tambah bila baru-baru ni juga saya asyik terdengar-dengar di youtube, radio dan macam-macam lagi tempat tentang kepentingan untuk kita hidup memberi walaupun orang tak semestinya nak menerima. Bak kata seorang kawan - Buat dek je lah dengan orang macam tu, yang penting kita steady. Buat apa nak rudumkan hidup dengan fikir teruk-teruk pasal dia. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya. Kita sekadar usaha. Kalau dia tak ngam-ngam dengan dia, doakan je biar dia berubah.

(Dan siapa tahu entah-entah dia pun fikir macam kita juga. Terbalik tapi serupa saja)

Dan disebabkan Sabtu ini saya diamanahkan untuk memberi sesuatu kepada adik-adik di Irbid berkenaan bahasa dan karya, maka otak yang dah sedia seminggu pening nak kasi apa tiba-tiba macam lembut je nak keluarkan banyak kata-kata. Hehe. Paksa rela barangkali. Makin disua, makin menjadi. =p

Khusus untuk orang-orang yang saya dah selalu janji bila nak keluarkan suara, nah!
Hadiah untuk kalian sebab tak putus asa. ^^,


- Membelah Di Lautan




Kebencian adalah lautan
Pemisah kami menjadi dua daratan
sebagai pulau sunyi
sendirian
dihempas ombak perasaan

Hakisan pantai hati
yang makin dalam
mengundang resah camar
Lalu teriak ia terbang di langit
mencari bayang pelayar Musa
agar air terbelah
dan iman di dasar
kembali menghubung benua




Auriss Haira
9.10 malam
Irbid, Jordan

(Allahummasolli3alasaidinaMuhammad... saya kecuakan sebenarnya untuk Sabtu ini...)
-Moga Allah permudahkan segala urusan kita. Amin-


11 comments

Write comments
-hazen
AUTHOR
November 30, 2011 at 11:53 AM delete

peh, banyak saya nak tanya kakak dalam bengkel nanti.

haish..

Reply
avatar
November 30, 2011 at 12:08 PM delete

shafiq:
haish, orang suruh tengok kot2 boleh kritik, dia buat soalan plak. *nervous nak menjawab*

ok, insyallah. mana2 yg akak boleh bantu nnti, insyallah akk try jawab. Kalau tak tahu nnti, balik trus masukkan dlm yahoogroup GKLN yer, sana lagi ramai sifu. ^^

Reply
avatar
tepianmuara
AUTHOR
November 30, 2011 at 1:48 PM delete

adeh, 4hb ada exam.
nanti buat siri 2 tau!

dan rakam la eh untuk sabtu ni. nak timba ilmu. =)

ha, first time baca sajak akak.

Reply
avatar
fatt
AUTHOR
November 30, 2011 at 3:44 PM delete

ni ainul yg reka ke? mendalam maksudnya..

Insya Allah kalau dah biasa ckp dpn orang ramai gugupnya akan hilang...buat yg terbaik. all the best! :)

Reply
avatar
November 30, 2011 at 8:13 PM delete

haniff:
tengoklah kalau rajin. hehe. pasal rakam, kasitau kat sadis. dia ketua. ^^

sorry la berkurun baru nak buat. blank sket.

so ada komen utk puisi nih?

kak fatt:
aah akak. saya yang buat. *segan*
thanks for the wish~

Reply
avatar
nima
AUTHOR
November 30, 2011 at 8:31 PM delete

peh! k.ainul ke yg jd pnyampai nnti.. mnarik2~ =D

Reply
avatar
-iNtaN-
AUTHOR
November 30, 2011 at 10:10 PM delete

*speechless*

rangkap kedua sangat...*xtau nak describe cne*

suke, kak. sangat.

oke tata. doakan xm kami ahad ni~ ^^

Reply
avatar
arina
AUTHOR
December 1, 2011 at 4:53 AM delete

pergh. ternganga jap aku mase baca. :O good luck, Ainul! :D

Reply
avatar
December 1, 2011 at 11:12 PM delete

izzah:
err inshaallah... *cuak* =)

intan:
good luck intan! allah yusahhil alaik. ^^

arina:
*menggigil*

Reply
avatar
Nowwa Fitri
AUTHOR
December 3, 2011 at 8:59 AM delete

Indah!Masha Allah ya ukhti..all the best ok!

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *