Kimchi Lesson in Jordan

Assalamualaikum...

Salam Maal Hijrah semua~

Orang selalu cakap kalau sekarang ni Allah tak kasi kita sesuatu, mesti ada something Allah nak kasi yang lagi baik lepas nih. Kan? Kan? Mesti ramai dah hafal ayat nih.


Kenapa kali ni saya sentuh tentang ni?
Sebab kali ni ada satu pengalaman manis yang saya nak kongsi. Berkaitan sangat dengan ayat tadi.

June lepas waktu saya ke Korea saya memang langsung tak sempat ikut mana-mana sebarang bengkel buat kimchi sebab schedule saya jalan-jalan sangat pack. Waktu itu entah kenapa saya rasa takpe lah, one day nanti maybe boleh belajar sendiri. Guna internet ke apa ke.

Tapi sikit pun tak pernah terlintas di fikiran saya yang rupa-rupanya Allah nak kasi saya peluang melalui kekurangan tu untuk dapat kawan baru (kawan Korea) di Jordan malahan supaya saya boleh kenal lagi rapat dengan dia dan belajar buat kimchi di Jordan sendiri. Wah! =D

Semuanya bermula dalam bulan lepas sewaktu saya ke Readers Bookstore di Amman. Kebosanan sambil membaca buku-buku yang waktu itu kurang menyengat. Tetiba terdengar ada orang berkomunikasi dalam bahasa Korea di belakang saya. Eh? Oh, ada seorang kakak Korea tengah cari buku dengan anaknya. Dek kebosanan, saya ambil keputusan nak kacau buat budak tu. hehe..



Sambil pusing-pusing almari waktu selisih saya sempat bertukar-tukar senyuman dengan kakak tersebut sebelum menyapa anaknya yang comel tu dengan sapaan 'Ahnnyong~'. Cuak nak tegur mak, saya tegur anak dulu. hehe. Respon kakak tu amat baik bila dia dengan berbudi bahasanya suruh anak dia balas 'Ahnnyong~' juga kepada saya.

Next step, saya up sket satu lagi ayat kepada anak dia "Nama awak apa?" - menggunakan bahasa Korea.

" Ireumi muya?"  - dan budak tu mencicit-cicit lari sembunyi belakang mak dia.

Dan jeng jeng jeng! As expected from a Korean, kakak tu sangat-sangat terkejut dan mula excited tanya-tanya kami macam mana kami boleh tahu bahasa korea (padahal takdelah fluent sangat pun). Haha. Berjaya~ (^_^)Y And the rest was history. Kami jadi kawan dan tak lama lepas tu buat planning untuk belajar masak dengan dia. Oh, semestinya kami speaking dalam English ye. Saya faham Korea sedang-sedang sahaja.

Semalam adalah hari kami belajar kimchi. Dengan orang Korea. Di Jordan. Uuu.. Kecilnya rasa dunia. Saya bawa Kak Pady dan Maisarah sebab mereka dua pun memang travel buddies saya ke Korea dulu.

Kenapa semangat nak belajar Kimchi? Sebab Kimchi adalah sayur dan ia pedas - dua benda yang saya suka tapi jarang ada dalam mana-mana makanan di Jordan.=)



Oh ya tentang kawan Korea kami tu namanya Sunny Kim,  isteri kepada seorang student master bidang arkeologi di University Yarmuk - Mr Han. Mempunyai anak berusia 2 tahun - Han Ji You dan kini sedang pregnant sebulan lebih.

Kisah Hari Ini

Terlambat hampir setengah jam gara-gara terleka sembang dengan kawan Malaysia di Amman, kami bergegas ke tempat yang ditunggu lepas dia telefon tepat pada waktu yang dijanjikan. Aigoo, lupa plak orang Korea timing dia sharp. Nasib baik dia tak marah. Jumpa di C-town kami teman dia beli sayur dan bergerak pulang bersama-sama.

Sampai di rumah kami berkenalan pula dengan suaminya. Ji You masih tidur. Memandangkan cabbage kimchi baru je tadi dia tabur garam, kami perlu tunggu dalam 2 hingga 4 jam sebelum boleh betul-betul mula proses buat kimchi. Dia kata buat kimchi sepuluh minit je. Dia ajar buat Kimchi Basic. Yang paling mudah dan paling simple. Ok lah.

bahan-bahan memasak lunch dan kimchi
cabbage yang ditabur garam
Maka sementara nak tunggu tu, kita masak lunch dulu sama-sama. Korean lunch. Menu lunch hari ini : Nasi, Doenjang (Soy Bean Paste Stew), Pajeon (Korean Scallion Pancake), Kimchi (yang dah sebulan), dan seaweed. Sambil masak sambil bersembang. Kasi can pada Maisarah dan Kak Pady break the ice barrier dengan dia. =)

tolong masak
Awal-awal lagi kitaorang dah mula dengan tanya dia baik-baik either dia tahu apa yang kami boleh makan atau tak. Dan alhamdulillah sebab dia duduk Jordan, dia tahu sikit tapi still kami kena explain juga.

Menariknya kami juga baru tahu yang rupanya mereka sefamili agak unik berbanding non muslim lain - mereka tak suka daging pork (tak sedap katanya), jarang sangat-sangat minum alchohol, tak merokok dan kurang guna garam dan gula. Pendek kata, hidup sihat habis lah~ It runs in the family. Cool, kami selamat~

taaruf berkenal-kenalan
Mungkin juga sebab kami masing-masing adalah foreigner di Jordan, Sunny seronok dapat kenal dengan kami. Kami bertukar-tukar cerita tentang Jordan - tentang masyarakatnya, tentang lelaki Jordan yang kadang-kadang menyakitkan jiwa, tentang Korea, tentang Malaysia dan banyak lagi. Dan lawak bila difikirkan yang kami pernah ke Korea untuk travel dan Sunny pernah ke Johor Bharu untuk honeymoon, but end up kami jumpa di Jordan. Susunan Allah, isn't it?

Tambahan, masyarakat Korea di sini kurang buat gathering jadi kedatangan kami ke rumahnya ni macam satu penghargaan untuk dia. Siap kena marah lagi sebab bawak buah tangan. Next time tak dibenarkan. (bukan ke tradition Asia datang rumah orang bawak buah tangan? Huhu)

Sambil tunggu semua siap masak, Sunny bukak piano untuk kami main bosan-bosan. Dan disebabkan piano yang bising itu, akhirnya Ji You bangun sambil menangis. Alamak! Alamak! Sorry~

main piano sampai JiYou bangun
Nasib baik suami dia cool je. Habis cuci muka, Ji You dibawa masuk dapur berkenalan dengan kami para Unnie(kakak) yang mana last-last kami dipanggil Imo (Achik). Adeh, layan je lah. Memandangkan Ji You ni dari baby lagi dah duduk Jordan, makanya dia boleh tangkap 3 bahasa - Korea, English, Arab. Comel je dengar dia sebut "Ta3ali.. Ta3ali.."

hi..! I'm Han Ji You
Sambil tu juga, Mr Han tanya kami sejauh mana ayat Korea yang kami faham- ermm well okay saya translate balik ayat-ayat yang isteri dia cakap pada dia waktu anak diaorang menangis. To be exact, saya tak faham semua 100% but I know half of the meaning of the word in the sentences so sometimes I do understand and sometimes I don't. hehe. Precaution supaya dia tak expect tinggi sangat.

Disebabkan kami ada 3 orang dan meja makan mereka comel je, last-last Mr Han makan dekat ruang tamu kedua dengan Ji You while isterinya makan dengan kami. Sangat bertimbang-rasa kan? ^^

Korean version of lunch

Habis makan, cabbage masih belum cukup ready lagi (sebab winter, so kena tinggal lagi lama). Maka, mari tengok tv sambil minum tea dan main dengan Ji You. Disebabkan kami dah biasa tengok drama Korea, dia buka channel Korea sahaja. Kejap KBS, kejap KoreaChannel. Tapi semua drama yang ada semua kami dah tengok. So, takdelah nak fokus sangat.

watching tv and having tea
Ji You semangat tunjuk gambar celebration 1st birthday dia
Dalam pemerhatian saya, Sunny dan Mr Han sangat-sangat menjaga Ji You dalam fasa dia sedang suka meniru nih. Waktu kami menonton televisyen bersama-sama, setiap kali ada adegan tenking-tenking dalam drama automatik mesti Sunny tutup telinga anak dia. Kalau ada adegan belasah-belasah ke tarik-tarik rambut ke over-romantic  ke , mesti terus dia tutup mata anak dia. Sudahnya macam dia dengan anak dia plak yang buat drama  tutupmata-bukabilahabis-tutupmata-bukabilahabis dekat depan kami. Hehe.

Drama Korea
op.op. Tak boleh tengok part ni. Tutup mata!
Teringat pulak dulu sebelum ni di rumah orang lain (baca: orang kita) ada sekali tu tengah tengok cerita Thailand apa ntah yang mana waktu tu bagi saya sangat 18SG sampai saya sendiri takut nak tengok sebab ganas giler tapi budak kecik sebelah saya cool je tengok sambil ternganga. Sangat-sangat terbalik. Ok, take note!

30 minit lepas tu kami dah boleh mula buat kimchi. Dalam cabbage yang dah bergaram tadi, campurkan:
a. 3 setengah sudu paste bawang putih
b. se genggam serbuk cili kering
c. 2 sudu sos ikan
d. separuh biji epal yang dah diparut

( P/s: Resepi bertulis kat Maisarah. Nanti saya update balik tengok kalau tertinggal apa-apa- oh ye, garam yang awal2 tu Sunny bubuh setengah genggam. Mengikut kesesuaian banyak mana cabbage guna)

bubuh bawang dan serbuk cili
kacau guna tangan ber-glove
kacau.kacau.kacau.kacau
tambah sos ikan
parut epal
Then, kacau lah lama-lama sampai dah boleh rasa dengan rasa yang tepat. Kalau terlampau masin, rinse sekali lalu dengan air, then ulang balik masukkan bahan-bahan tadi. SIAP! Tepat-tepat 10 minit. -_-' Tapi nak makan dia bukan sekarang lah. Kena perap simpan dulu sehari dua. Lagi lama simpan lagi sedap. Kimchi ni dia boleh tahan sampai satu tahun.

dah siap!
penonton rancangan memasak
Laaaa, senang je rupanya. Eh, tapi yang ini basic super basic tau. Kalau yang native punya Kminchi banyak lagi barang diaorang tambah. Selagi ada apa-apa sayur, selagi tu boleh tambah masuk. Mak Sunny punya resepi siap tambah ikan fresh lagi dalam kimchi diaorang.

Selesaiiii..~

So, semua kimchi yang kami buat Sunny bungkuskan untuk kami bawa balik dan simpan. Dia siap tapaukan lagi Kimchi dia yang dah sebulan siap untuk kami makan di rumah. Tak cukup dengan itu, dia offer kami lagi untuk bawak balik sikit serbuk cili kering dia yang made in Korea tu. Katanya kat Jordan susah nak jumpa. Yang ni pun mak dia bekalkan. Eh? Eh? dah tu, kang berkuranglah stok dia. Takyah.Takyah. Biar kami cari dulu, kang tak dapat next time baru kasi.

serbuk cili yang sangat banyak
Habis berkemas, sesi sambung sembang dan ambil gambar pulak. Waktu bergambar, Ji You sangat-sangat lah irritate kalau dipegang. Last-last kami malas nak bergambar dengan dia. Aktif sangat. Tapi lawak sungguh bila orang bising-bising suruh dia get ready sebab kamera dah nak click, boleh pulak dia posing sorang-sorang gaya comel kat depan kamera while kami tertinggal kat belakang. Haha. Brilliant idea to be the centre of attention in front of the camera. Bijakk~ Bijakk~

cak! - Ji You yang terer posing tanpa disuruh kat depan
main piano dengan Imo Maisarah
Dan akhirnya dalam area petang tu, kami pun bergerak mengundurkan diri. Kena balik cepat sebab takut bas habis. Lagipun kesian kat Sunny takut dia penat sangat. Dah la tengah baru-baru pregnant. She should take a good rest. Serba-salah gak sebenarnya sebab takut menyusahkan. Tapi lega sangat bila saya dengar dia enjoy having us as a companion around. Dan insyallah next time kami akan berjumpa balik untuk belajar benda lain pulak. Bye~

Ahnnyong Higasaeyo~ Bye~ 

Sekian.

Ok,

Selamat Makan Kimchi!

dan Selamat Kembali ke sekolah~ =D

9 comments

Nowwa Fitri | November 27, 2011 at 2:30 AM

Seronoknya ain..dah pandai buat kimchi!

Lily Riani | November 27, 2011 at 3:04 AM

best nye.... bila kat perantauan, semua musaffir jadi sahabat kan.

Wann Syada | November 27, 2011 at 3:58 AM

wow wowwwww dengki gila ni kak. kawan korea kat markaz lughah pon tak penah ajak pegi rumah dia. haha

Ainul Arina Madhiah | November 27, 2011 at 5:08 AM

kak nowwa:
baru belajar je kak. belum pernah buat sendirian berhad lagi. hehe

kak lily:
betul.betul.betul. tu yang best tu. =)

syada:
haha. kawan kak ainul ni kebosanan gak kot, tu yang dia boleh ajak ke rumah tu. Lagipun husband dia je yang study.

Anash | November 27, 2011 at 8:14 PM

ainul
itula kelebihannyer tahu bahasa luar negara..sapa sangka..kat jordan leh berbahasa korea(sambil kagum dgn kebolehan ainul)..
panjangkan silatulrahim lain bangsa tak rugi..malah bebaloi baloi..
pss..lawa plak sarung kusyen tuh..wat baju kurung sure comel..(heheh)

fatt | November 28, 2011 at 11:21 AM

ainul!!
thanks a lot for sharing cara paling mudah buat kimchi!! wah bestnya pasni bleh cuba. tp nak tau serbuk cili baba's tu bleh ke? hihi..kat mesia ni susah le nak cari. ada byk kedai grocery korea kat area ampang tp tak penah jgk so just wondering klu serbuk cili kat mesia compatible ke tak.

lagi 1 nak tanya pas siap sume nak simpan dlm peti ais ke camne?

tqvm!

Ainul Arina Madhiah | November 29, 2011 at 10:55 AM

kak anash:
ala akak, saya bukan fasih sangat pun bahasa korea. tahu sikit-sikit je.^^,
tu lah, alhamdulillah tak sangka gak sebenarnya boleh sampai jadi kawan gini. mmbuka mata sendiri jugak la. hehe..
(pss... bukan takat kusyen je akak, banyak sgt deco rumah dia comel2. geram tngok. =p)

kak fatt:
ainul tak sure la kak fatt serbuk cili baba tu boleh ke tak. Serbuk cili baba halus2 mcm tepung kan? dia guna serbuk cili yang tak berapa halus pun, macam keping2 kecik yang kecik2 amat tu. ntah. cuba je lah. ainul rasa macam lebih kurang je kot. haha, tak jamin~ tapi kalau jadi, sila kasitau balik eh. ^^,

simpan kat luar pun boleh je (aritu dia pesan kat kitaorang suruh simpan bawah meja. apesal ntah. maybe dia ingat meja semuaorg ada locker kecik kot.mcm meja dia. hehe), tapi kalau based on cuaca kat malaysia ainul rasa better simpan kat peti ais.kalau nak simpan luar, jangan lama2 sangat. Takut dia punya peram tu macam over sgt plak nnti dah berpanas2 kat luar. plus, bau garlic dia aiyoooooh kuat giler bila buat sendiri banyak2. simpan dlm peti ais lagi selamat kot utk kemaslahatan bau rumah. hehe.

fatt | November 30, 2011 at 3:37 PM

terima kasih ainul...akak cuba la cari serbuk cili tu kat kedai korea...hrp2 harga dia tak mahal sgt..klu tak tibai jela serbuk babas tu..tp sbnrnya serbuk babas tu takla sedap klu guna buat masak sbb bau dia pelik skit...

ye tak ye jgk..ada bau garlic kan..hurm, better buh dlm fridge kalau gitu...TQ lg skali! :)

Ainul Arina Madhiah | November 30, 2011 at 8:17 PM

kak fatt:
good luck dalam pencarian. saya doakan harga-harga dia murah belaka, boleh saya join beli skali kat malaysia nnti. hehe

welcome~ ^^,

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images